Saturday, 14 December 2013

Rindukanlah...







Assalamualikum...
Hi Guys....

Apa khabar?..

korang pernah tengok tak cerita yang kat atas tu???

aku tak tengok pun cerita tu, tapi aku sangat suka dengan OST dia...Rindukanlah by Encik mimpi.

korang mesti pernah dengar lagu tu kan?? kalau x pernah, dengarlah ni..





Korang kenal x penyanyi lagu ni??

x kenal??

aku pun x kenal...


hahahhaha...

Penyanyi dia adalah Encik Mimpi....siapa encik mimpi tu aku pun tak tahu, tapi dia sangat misteri sebab dia pakai topeng..


Ni lah dia Encik Mimpi, Misterious kan...hahha


Encik Mimpi ni lebih kurang cam Najwa latif gak la, artis youtube...korang try la tengok channel dia. Dia banyak buat lagu parody dan cover...

ni antara parody yang best...




Encik mimpi ni sangat kelakar.....kalau korang tengok video2 kat channel dia mesti korang gelak...hahhaha

Ni ada satu website yang menginterview encik mimpi ni...interview dia pun kelakar gak...hahhaha.



ok..., tujelah yang aku nak cakap kali ni...hihihi..


bye...






Friday, 29 November 2013

Homesick...





Hi Guys...

Assalamualaikum..

Lama dah x update blog....

sorry sangat..

seperti yang aku dah citer haritu, aku dah pindah rumah baru.

so, dekat rumah baru ni, aku duduk berlima, jadinya kurang sikitlah privasi..

tambahan  lagi, rumah tu x ada internet...

tulah sebabnya aku tak dapat nak update blog ni selalu...


Macam yang aku ada citer dalam post yang lepas,

segala masalah yang aku hadap tu membuatkan aku jadi sangat homesick, jadi rindu sangat dengan family...

kalau ikutkan jadual aku, aku hanya boleh balik kampung pada cuti study week 23 Disember nanti..oh tidak!!!!

disebabkan itu, aku telah bertekad untuk ponteng kelas harini dan balik kampung...hahhaha...

dan sekarang aku di kampung...yeah!!!!!!

sejak raya haji hari tu aku tak balik, rindu gila dekat family....bila dah dapat jumpa rasa happy sangat....

sebenarnya, semalam lagi aku dah balik, dan sebenarnya aku kelas hari ni je aku ponteng, aku ponteng kelas untuk the whole week...Aku hanya datang kelas hari isnin pagi dan rabu pagi. Kelas lain semua aku ponteng.

Sebabnya aku dah tak ada mood. Aku kalau dah homesick, memang langsung tak ada mood belajar, sebab tu aku kena balik...

so, sekarang dah ok sikit....insyaallah, nanti aku akan blaik kampus dengan minda yang fresh...hihihi...




p/s: next episode for my love story mungkin masa study week nanti baru aku update, maklumlah, hujung2 sem ni sangat busy..

p/s: driver bas yang bawak bas aku semalam sangat hensem...uhuhuhu...tergoda..hahaha





Saturday, 16 November 2013

Our Love Story (Bahagian 8)






Bahagian 8: New Love.





Syafiq memandang Zana dalam. Dia diam menanti Zana meneruskan bicara.

"Syafiq, saya tahu saya bersalah pada awak. Saya menyesal sebab tinggalkan awak dulu. Saya tak dapat beza yang mana kaca yang mana permata." ucap Zana serius. Syafiq hanya mendengar. Jujur sebenarnya dia tidak terkesan sangat bila Zana tinggalkannya dulu. Pertama, kerana ketika itu Amri masih bersamanya dan selalu menghiburkan hatinya. Kedua, dia sendiri sejak awal lagi tidak pernah ikhlas bila bersama dengan Zana. Hatinya sejak awal lagi bukan untuk Zana.

"Saya betul-betul minta maaf."

"Zana, awak tak perlu risau, saya dah maafkan awak." ucap Syafiq ikhlas. Zana tersenyum.

"lega saya awak dah cakap macam tu."ucap Zana lagi. Syafiq hanya tersenyum.

"so, mana boyfriend baru awak?" soal Syafiq pula. Zana mengeluh.

"dia tak ada, dia tipu saya. Dia tak ikhlas pun bersama dengan saya. Kami dah berpisah." Syafiq mengangguk faham.

"jadi, awak jumpa saya ni, sebab awak nak minta maaf saja ke?"soal Syafiq lagi.

"Tak, bukan, bukan tu je. Saya dah fikir masak-masak, dan saya dah buat keputusan."

"keputusan apa?"

"saya nak..."

"nak apa?"

"saya nak....kita kapel balik macam dulu." ucap Zana serius. Syafiq tersentak. Dia tidak pernah terfikir pun untuk kembali bersama Zana.

"Zana, saya....." Syafiq tiba-tiba teringatkan sesuatu sebelum sempat dia memberikan jawapan pada Zana. Ini adalah peluang untuknya. Dia perlu menjauhkan diri dari Amri. Dia perlu lupakan Amri. Mungkin dengan kembali pada Zana, dia boleh melupakan perasaannya pada Amri. Lagipun Amri sendiri seakan sudah ada pengganti.

"Zana, saya...."






Aidit tersenyum sambil memandang Amri dalam. Amri yang tadinya sedang khusyuk menyuap nasi goreng ke dalam mulutnya mula rasa terganggu dengan pandangan Aidit itu.

"Aidit tengok abang  macam tu kenapa?"soal Amri. Aidit tergelak kecil dengan soalan dari Amri.

"tak ada apa."jawab Aidit ringkas sebelum kembali menyuap mi goreng ke dalam mulutnya sendiri. Dia sebenarnya seakan tak percaya yang kini dia sedang makan berdua dengan Amri. Langsung dia tak pernah terfikir perkara ini bakal terjadi sebelum ini. Entah kenapa itu membuatkan dia cukup gembira. Hubungannya kini dengan Amri semakin baik. Mereka jadi semakin rapat.

"abang, saya tanya sikit, abang jangan marah tau." soal Aidit.

"apa dia?"

"sebelum saya jadi roommate abang ni, saya selalu dengar cerita pasal abang."

"cerita apa pulak?"

"cerita yang abang ni baik, peramah, mesra, dan macam-macam lagilah. Tapi, kenapabila saya jadi roomate abang, abang nampak lain. Tak macam yang saya selalu dengar. Baru sekarang ni abang dah berubah sikit."soal Aidit. Amri hanya tersenyum mendengarkan soalan itu.

"berubah macam mana?" soal Amri kembali.

"berubah lah, contohnya macam sekarang ni, abang makan sama-sama dengan saya. Kalau dulu, mana pernah abang buat semua ni." Amri tersenyum kecil.

"sorrylah, kalau Aidit tersinggung, abang ada masalah peribadi sikit. Tu yang jadi macam tu."ucap Amri lagi bernada serius. 

"Abang marah ke?"

"eh..tak lah.."balas Amri sambil terus menyuap nasi goreng ke dalam mulutnya. Aidit tersenyum lagi.





Syafiq termenung sendiri di balkoni rumah sewanya. Fikirannya melayang jauh. Berfikir tentang keputusan yang telah diambilnya. Betulkah tindakannya untuk kembali dengan Zana. Sama seperti dulu, dia ada motif lain untuk bersama dengan Zana. Sama seperti dulu, dia tidak pernah menyintai Zana. Cuma bezanya, kalau dulu, dia bersama Zana adalah untuk melupakan perasaannya pada Amri, tapi kini dia bersama Zana bukan sekadar untuk melupakan perasannya pada Amri, malah dia ingin melupakan terus tenatang Amri. Kini fikirannya kini beralih pula pada Amri. Rindu benar dia pada Amri. Seakan terbayang-bayang senyuman manis Amri di mindanya. 

"hmmm..." Syafiq melepaskan keluhan kecil. Kenapa semua boleh jadi begini? tak adakah jalan untuk mereka kembali seperti dulu? Syafiq rindukan kemesraan mereka dulu, rindukan persahabatan mereka dulu dan juga rindukan Amri. Perkara tu tak patut berlaku. Hanya kerana perkara itu telah berlaku Syafiq kini sudah tidak lagi boleh untuk memandang Amri sambil tidak memikirkan tentang keinginnanya untuk bersama dengan Amri. Perisai yang dulu dibina kukuh antara dirinya dan Amri kini sudah tiada. Kini pandangannya pada Amri bukan sekadar pandangan sayang atau cinta, tapi juga pandnagan nafsu. Itulah sebabnya kenapa dia tak boleh bersama dengan Amri lagi. Itu semua salah, dia tak boleh ada perasaan begitu pada kawan baiknya sendiri. Dia tidak boleh ada perasaan begitu pada seorang lelaki lain. Syafiq menggaru kepalanya yang tidak gatal. Fikirannya jadi runsing lagi.




Syafiq menarik kerusi perlahan sebelum duduk dikerusi itu. Adam yang memang sudah berada disitu hanya memerhati.

"lambat kau habis kelas hari ni ?" soal Adam.

"ha'ah...lambat sikit."ucap Syafiq ringkas sambil mula mengeluarkan buku-buku dari dalam begnya. Sudah menjadi rutin untuknya belajar bersama Adam dan beberapa rakan lain di perpustakaan ini setiap kali kelapangan.

"mana yang lain?"soal Syafiq kembali.

" Razif dia ada hal sikit tadi, Dani aku tak tahu, kejap lagi sampai la tu kot."Cerita Adam. Syafiq hanya mengangguk.

"buah hati kau tu mana?"soal Syafiq mengusik. Adam yang faham siapa yang dimaksudkan oleh Syafiq hanya tergelak kecil.

"Rafi dia ada kelas lagi, pukul empat nanti baru habis."cerita Adam lagi. Syafiq tergelak.

"aku tengok kau dengan Rafi tu rapat betul kan." soal Syafiq. Adam sedikit tersentak denggan soalan itu. Ada cerita disebalik Adam dan Rafi, namun tak mungkin rasanya dia dapat menceritakan semua itu pada Syafiq. Biarlah yang sudah tahu sahaja kekal tahu, tak perlu ditambah yang baru.

"Kau dengan Amri tu pun apa kurang nya."getus Adam pula cuba beralih topik. Syafiq jadi pegun bila nama Amri disebut. Jantungnya berdegut laju tiba-tiba.

"oh ya, lama dah aku tak nampak dia, apa khabar dia sekarang." soal Adam lagi. Syafiq masih diam. Dia jadi cemas bila persoalan tentang Amri disoalkan padanya. Adam yang menyedari perubahan pada Syafiq jadi keliru.

"Fiq, kenapa ni? kau okey tak ni?"soal Adam sedikit serius.

"aku...aku...okey....pening sikit."dalih Syafiq. Adam hanya mengangguk faham. Untuk seketika mereka masing masing diam dan mula menumpukan perhatian pada buku masing-masing.

Seketika kemudian kekhusyukan mereka diganggu dengan deringan telefon bimbit Syafiq. Adam yang sempat melirik ke arah skrin telefon bimbit yang diletakan hanya bersebelahan dengannya itu sedikit tersentak. Tertera nama Zana pada skrin. Syafiq lantas menjawab panggilan sebelum bergerak sedikit jauh dari Adam. Adam memerhati Syafiq. Zana? setahunya Syafiq sudah lama berpisah dengan Zana, tapi kenapa mereka masih berhubung? Seketika kemudian Syafiq kembali ke tempatnya. Adam masih menatapnya dalam. Dia jadi serba salah. Dia ingin sangat mahu tahu, cuma dia masih rasa teragak-agak untuk bertanya.

"apahal kau pandang aku macam tu?"soal Syafiq selepas tidak selesa dipandang begitu oleh Adam.

"yang tadi tu...Zana ye?" soal Adam.

"mana kau tahu?"

"aku ternampak skrin phone kau tadi."ujar Adam jujur. Syafiq hanya mengangguk membenarkannya.

"tapi, kau dengan  Zana kan dah...."

"kitorang dah kapel balik." ujar Syafiq selepas melihat Adam teragak-agak untuk menamatkan ayatnya.

"seriously?" soal Adam sedikit tidak percaya. Syafiq hanya mengangguk.

"but...how...i mean....apa cerita ni?" soal Adam keliru. Syafiq tergelak kecil dengan riaksi Adam.

"dia datang jumpa aku minggu lepas, dia kata dia dah buat silap dulu, then dia nak kapel dengan aku balik." cerita Syafiq. Adam mengangguk faham.

"jadi, masalah yang kau cerita kat aku dulu tu, pasal Zana ke?"

"eh tak...yang tu orang lain."

"siapa?" soal Adam. Sekali lagi Syafiq tersentak. Tak mungkin dia mahu cerita pada Adam yang itu semua mengenai Amri.

"ada lah..." Syafiq cuba berdalih. Adam mula berprasangka. Dia tahu Syafiq menyembunyikan sesuatu.





Aidit berlari anak mendapatkan telefon bimbitnya yang berbunyi. Tak tahu untuk yang keberapa kali. Dia baru sahaja selesai mandi. Bergegas dia membuka kunci biliknya tadi.

"helo..."ucap Aidit.

"helo..Aidit.."kedengaran suara Amri dihujung talian.

"ha..abang, kenapa?"soal Aidit kembali sambil mengelap rambutnya dengan tuala.

"kenapa tak angkat abang call tadi?"

"saya tadi kat bilik air la bang, baru lepas mandi ni. sorrylah.."

"ooh... ye ke, tak pelah, Aidit, tolong tengok abang punya laci meja, ada tak wallet abang kat dalam tu?" soal Amri kedengaran bernada risau.

"wallet? kejap..."ujar Aidit sambil bergerak ke meja Amri. Laci meja dibuka dan dibelek. Kelihatan sebuah beg duit kulit disitu. Beg duit itu dibelek.

"ada ni ha.."balas Aidit.

"ada? alhamdulillah, abang ingat tercicir kat mana lah tadi."Amri menarik nafas lega.

"ada ni kat sini, abang tu la yang cuai."balas Aidit pula. Amri hanya ketawa kecil dihujung talin.

"okeylah Dit, terima kasih."

"okey.."balas Aidit sebelum menamatkan talian. Aidit membelek sedikit beg duit milik Amri itu sebelum meletakn semula ke dalam laci. Entah bagaimana, beg duit itu terlepas dari tangnnya dan jatuh ke lantai. Aidit mengambil semula beg duit yang terbuka apabila terjatuh tadi. Sebelum sempat beg duit itu ditutup semula, Aidit tertancap pada sekeping gambar yang disemat elok di dalam beg duit itu. Gambar Amri dan seorang lelaki. Siapa? Aidit tidak mengenalinya.

"siapa ni?" soal Aidit sendiri. Entah kenapa melihatkan kemesraan mereka berdua di dalam gambar itu membuatkan hati Aidit sedikit sakit.



"aku ada dengar cerita yang Abang Amri ni selalu rampas awek kawan baik dia sendiri. betul ke?"


Tiba-tiba perbulannya dengan Syikin dulu terngiang diingatan.

"ini ke kawan kawan baik abang Amri yang Syikin cakap tu?"Aidit menyoal dirinya sendiri. Tak semena peristiwa di padang tak berapa lama dulu kembali terimbau diingatannya. Aidit merenung wajah lelaki itu lagi. Kini dia yakin dia memang nampak lelaki ini di padang pada masa itu. Dan dia yakin yang lelaki inilah yang dilihat oleh Amri. Kini timbul pula persoaln lain. Apa yang sudah jadi dengan hubungan mereka? Kenapa Amri selalu melihat lelaki ini berlatih di padang namun tak pernah menugur? Berbagai persoalan lain mula timbul dalam fikriannya. Aidit lantas meletakkan kembali beg duit itu ke dalam laci dan menutup semula laci itu. Perasaan ingin tahu dalam dirinya jadi makin kuat. Apa yang sebenarnya dah jadi pada Amri?








"awak, best juga ye makan kat tempat ni." puji Zana selepas menyedut sedikit jus orennya. Syafiq hanya tersenyum.

"awak tak pernah datang sini ke?"soal Syafiq kembali.

"tak pernah, ni lah pertama kali. Tak kan saya nak datang seorang-seorang makan kat sini pulak."

"boyfriend awak dulu tak pernah bawak awak datang sini?"

"mana pernah."jawab Zana ringkas. Memorinya mengenai Amri tiba-tiba muncul kembali.

"ye ke ni?"soal Syafiq mengusik.

"awak, jangan cakap pasal dia boleh tak?!"Zana sedikit marah.

"awak, siapa sebenarnya lelaki tu? saya teringin sangat nak tahu." ucap Syafiq lagi. Zana sedikit tersentak.

"kenapa awak nak tahu?"

"awak tak payah lah risau, saya bukan nak pergi tumbuk muka dia ke apa, saja je nak tahu. curious."ucap Syafiq bernada gurau.

"saya kalau boleh tak nak bercerita pasal ni pada awak sebab sebenarnya awak kenal sangat dengan dia."

"saya kenal dia?" soal Adam. Zana mengangguk.

"awak kenal dia. Kenal sangat. Sebab tu saya tak nak bagitahu. Saya takut sesuatu terjadi pada hubungan awak berdua."

"ok...now you got my attention. Sekarang ni bagitahu, siapa dia?"

"awak betul nak tahu?" soal Zana serius. Syafiq hanya mengguk menunjukan keseriusannya.






bersambung....





Tuesday, 5 November 2013

Selamat Tahun Baru 1435H







Assalamualikum...
Hai guys...

lama dah tak online ni...

So, dikesempatan ini aku nak ucap selamat tahun baru pada hijrah pada korang semua, semua tahun ini menjadi lebih baik dari tahun yang lepas...amin..


so, last week aku sangat sibuk dengan test..ada 6 semuanya, isnin satu, rabu 2, jumaat 2 dan lastly hari sabtu ada satu.

tambah pulak dengan masalah sikit dengan housemate....haih....

tapi sekarang ni semua dah setel..

aku dah pindah rumah baru sekarang...

yeay!!!!...hahahahah

rumah baru ni lebih best, lebih selesa dan sewa lebih murah...

cumanya, rumah baru aku ni x ada internet connection, tapi x pe, jangan risau, aku x kan abaikan blog ni. Blog ni akan sentiasa diupdate.

My love story pun akan terus diupdate, jangan risau ye...hahahha...

so, last word..semoga tahun ini lebih awesome dari tahun lepas...hahaha



p/s: stress melampau minggu lepas membuatkan aku jadi homesick, rasa nak balik rumah, jumpa ngan family...huhuuh






Tuesday, 15 October 2013

Our Love Story (Bahagian 7)


Bahagian 7: That Smile.







Perlahan amri membuka matanya. Kepalanya terasa berat. Penglihatan yang kabur kini beransur terang. Dia memerhati keadan sekeliling yang agak asing. Perhatiannya kemudian teralih pada pintu ruangan itu yang terbuka.

"Eh...abang dah bangun?" Ujar Aidit lembut sambil tersenyum mesra.

"Apa yang dah jadi? Abang dekat mana?" Soal Amri yang keliru.

"Abang tak ingat ke? Abang demam kuat. Abang pengsan tadi kat bilik. Abang di pusat kesihatan sekarang ni." Cerita Aidit sambil duduk dikerusi disebelah katil Amri. Amri cuba mengingat kembali apa yang terjadi. Ingatannya mula jelas semula. Memang dia diserang demam beberapa hari lepas dan klimaksnya apabila dia pengsan pagi tadi ketika ingin bersiap ke kuliah. Kini sesuatu menjadi persoalan padanya. Dia memandang Aidit yang duduk disebelahnya.

"Aidit." Panggil amri lembut. Aidit menoleh memandang Amri.

"Aidit ke yang bawa abang kesini?" Soal amri ingin tahu. Aidit hanya tersenyum dengan soalan Amri itu. Memang dia yang membawa Amri ke situ, cuma dia berasakan yang tak perlu rasanya untuk dia bercerita.

"abang nak air?" Ujar Aidit sambil menuangkan segelas air cuba untuk lari dari topik tadi. Gelas berisi air kosong tadi dihulurkan pada amri. Amri menyambut dan meminum perlahan sedikit demi sedikit. Tekaknya terasa sangat kering.

"Doktor cakap abang dah boleh balik bilik bila abang dah sedar." Ujar aidit ceria. Amri menyerahkan semula gelas yang kosong pada Aidit.
"Saya pergi bagi tahu doktor abang dah sedar" ujar Aidit selepas meletakan kembali gelas tadi di atas meja. Aidit kemudiannya bangun dan menuju ke arah pintu.

"Aidit." Panggil Amri sebelum sempat Aidit menghilang di baik pintu. Aidit menoleh memandang Amri.

"Terima kasih."ucap Amri smbil tersenyum. Aidit seakan terpana seketika dengan senyuman Amri itu. Ini kali pertama dia melihat Amri tersenyum begitu. Senyuman yang dirasakan cukup menggoda. Aidit jadi gugup. Dia hanya mengangguk sedikit sebelum meloloskan diri di balik pintu.






Aidit duduk sendiri di meja belajarnya sambil fikiannya melayang jauh. Entah kenapa selepas peristiwa di pusat kesihatan tadi dia berasa sesuatu yang berseza. Senyuman Amri tadi masih segar diingatannya. Hatinya jadi berbunga-bunga.

'Astagrfirullah al-Azim!!! Aidit!! kenapa dengan kau ni? Abang Amri tu lelaki!! kenapa kau boleh rasa macam ni pulak?' Aidit bermonolog sendiri. Dia jadi keliru. Dia tak tahu kenapa dia rasa begini. Aidit meraup wajahnya. Lamunannya terhenti sebaik dia mendengar bunyi katil yang bergerak. Wajahnya dialih memandang ke arah katil Amri. Kelihatan Amri telah bangun dari lena dan duduk di birai katil.

"Abang dah bangun?"soal Aidit sambil berdiri dan mendekati Amri. Amri menoleh memandang Aidit.

"Abang nak apa-apa tak?"soal Aidit lagi sambil duduk disebelah Amri. Amri hanya tersenyum dan menggelangkan kepala.

"Aidit tak payahlah susah-susah pasal abang, Abang dah okey dah." ucap Amri lembut. Aidit hanya tersenyum.

"Aidit ni baik betul kan, sanggup jaga Abang sampai macam ni, bawak abang pergi pusat Kesihatan, lepas tu bawak abang balik. Bila dah balik jaga pulak abang sampai macam ni." ucap Amri ikhlas. Aidit jadi malu bila dipuji-puji begitu. Wajahnya tiba-tiba memerah.

"tak..tak de apa lah bang, itukan tanggungjawab saya, saya roomate abang, kalau bukan saya, siapa lagi nak tolong abang." balas Aidit pula. Amri tersenyum bila melihat riaksi Aidit. Wajahnya yang memerah kelihatan comel pula. Aidit pula bertambah memerah wajahnya apabila melihat senyuman Amri. Senyuman yang sejak semalam menghantui fikirannya. Aidit jadi hairan. Dia tak pernah merasa sebegini sebelumnya. Ini bukan kali pertama dia melihat Amri tersenyum begini, namun sejak dia melihat senyuman Amri semalam, setiap senyuman yang dilihatnya terukir di bibir nipis Amri kelihatan cukup mempersonakan.

Amri memandang Aidit dalam. Dia seakan mula tersedar dengan layanannya pada Aidit sebelum ini. Memanglah layanan itu tidak dingin, namun layanan itu sudah cukup untuk membuatkan Aidit terasa hati. Rasa sesal mula muncul dalam dirinya.

"Abang kenapa tengok saya macam tu?"soal Aidit selepas sedar dirinya diperhatikan Amri. Amri tergelak kecil selepas ditegur begitu.

"Aidit, abang nak minta maaf pada Aidit."

"minta maaf kenapa pulak?"

"sebelum ni, abang macam tak layan Aidit sangat, Aidit buat macam-macam nak cuba berkawan rapat dengan abang, tapi abang tak layan pun." Aidit hanya tersenyum dengan kata-kata Amri.

"tak pelah bang, saya tak ambil hati pun." uacap Aidit lembut.

"terima kasih."Ucap Amri lagi sambil sekali lagi tersenyum. Jantung Aidit berdegup laju apabila melihat senyuman itu. Lebih-lebih lagi apabila jaraknya dengan Amri tak sampai lima inci. Aidit lantas bangun cuba menenangkan dirinya.

"erm...abang nak makan apa-apa tak? saya nak turun bawah ni."ujar Aidit sambil mengambil walletnya dari dalam laci.

"tak pelah, nanti abang beli sendiri."

"abang nak turun jugak ke? jomlah sekali dengan saya."pelawa Aidit.

"tak pe ke? abang nak solat dulu." soal Amri.

"tak pe, saya tunggu."ujar Aidit.

"erm...okey. Tunggu sekejap ya."ucap Amri sebelum lolos menuju ke bilik air. Aidit yang dari tadi jantungnya berdegup laju terduduk di kerusinya. Aidit menarik nafas panjang cuba menenangkan dirinya.

"apa dah jadi dengan aku ni?" Aidit menyoal dirinya sendiri.







Syafiq terberhenti langkah sebaik melihat kelibat Amri tidak jauh daripadanya. Dia hanya memerhati Amri dari jauh. Amri bersama dengan seorang lelaki di kafetaria. Dia nampak gembira. Tersenyum, kadang-kadang ketawa. Nampak bahagia. Hati Syafiq jadi sakit. Sejak dia memutuskan hubungan dengan Amri, dia rasa sangat tak tenang, gelisah dan menyesal. Dulu dia merasakan yang Amri juga merasa begitu. Tapi nampaknya tidak, Amri kelihatan gembira.

'Siapa lelaki yang bersama dengan Amri?'
'Apa hubungan mereka?'
'Apa yang mereka bualkan?'
'Amri, kau tak rindu ke sperti mana aku merindui kau?'

Soalan-soalan seperti itu berlegar-legar dalam fikirannya. Perlahan Syafiq mengatur langkah  pergi meninggalkan kafetaria itu. Kakinya diatur malas menyusuri jalan menuju ke bangunan fakultinya. Dia kemudiannya berhenti di sebuah bangku dan duduk disitu. Syafiq melepaskan keluhan berat.

'Syafiq, kau yang buat keputusan tu, kau yang mahu hubungn ini ditamatkan, kau kena bertanggungjawab dengan keputusan yang kau sendiri putuskan.' Syafiq bermonolog sendiri. Syafiq meraup wajahnya sebelum bersandar pada kerusi. Apa yang dilihat di kafetaria tadi kembali memenuhi kotak fikirannya. Semua tingkah laku Amri tadi seakan sangat jelas tergambar dalam fikirannya. Tergambar jelas bagaimana senyuman yang diberikan Amri kepada lelaki itu. Sebelum ini senyuman itulah yang selalu memebuatkan dirinya bahagia. Kini dia tidak lagi dapat melihat senyuman semanis itu. Syafiq teringat kembali saat-saat hubunganya dengan Amri masih baik dulu. Saat-saat gembira dan saat-saat duka sejak mereka masih dizaman kanak-kanak sehinggalah ke peristiwa di pulau tempoh hari. Andai saja perkara itu tak berlaku, dia percaya kini dia masih dapat melihat senyuman manis Amri.

'Amri!! kenapa kau goda aku amlam tu? kalau kau tak goda aku, semua ni tak akan terjadi!?' Hati Syafiq bergolak.

"memang salah kau, kalau kau tak mulakan, perkara tu takkan berlaku!"

"Amri...dengar sini. Apa yang berlaku pada malam tu adalah satu kesilapan. Kesilapan paling besar dalam hidup aku. Benda tu tak akan berlaku lagi. Tak Akan!!!" 

Amri teringat kembali kata-kata yang pernah diucapnya dulu. Sungguh kini dia rasa menyesal dengan apa yang diucapnya sendiri. Namun dirinya begitu lemah untuk membetulkannya kembali.

'Aku tak sepatutnya cakap macam tu pada Amri, aku tak sepatutnya meletakan 100% kesalahan padanya. Benar, memang dia yang goda aku, tapi dia tak pernah paksa.'

"kalau kau tak suka, kau tolak aku sekarang, sebelum aku pergi lagi jauh." 

'Sejak awal lagi Amri dah bagi aku amaran, tapi aku sendiri yang merelakan, aku juga turut bersalah.'
'Aku mesti kembali pada Amri, aku rindu dia, aku sayang dia'
'Sayang?.....cinta?'
'tak..tak boleh....aku tak boleh ada perasaan begitu pada Amri, itu salah! Aku lelaki dan dia juga lelaki! aku tak boleh berperasaan begitu pada Amri.'

'benar, inilah yang terbaik, aku tak boleh kembali pada Amri, apa yang aku lakukan ini dalah benar. Memang ini yang sepatutny aku lakukan.'

'tapi...aku rindukan dia, aku mahu melihat lagi senyuman itu, tapi bila aku dekat dengannya, aku mahukan yang lain pula....apa patut aku buat ni?!!!' Syafiq melayan konflik antara hati dan akalnya. Dia menekup wajah buntu.

"Syafiq." kedengaran satu suara lembut memanggil namnya. Syafiq perlahan mendongak melihat pemilik suara yang dirasakan tidak asing baginya. Syafiq terpaku seketika sebaik melihat pemilik pada suara itu.

"Zana..." Zana hanya memandang Syafiq sambil tersenyum.






bersambung....





p/s: Selamat hari Raya Idul Adha 1434H.....korang berkorban tak tahun ni???







Saturday, 12 October 2013

Promote diri....






Hai guys...

Assalamualaikum...

Aku nak tanya korang sesuatu, korang pernah tak nampak sesuatu yang macam kat dalam gambar-gambar kat bawah ni??






rasanya korang mesti selalu nampak kan?..

gambar ni aku ambil pagi tadi masa aku kat tandas awam kat stesen bas.

korang pernah tak try contact nombor-nombor yang ada tu?

tak pun korang pernah tak promote diri cam ni kat mana-mana tandas awam???...hahah...


sebenarnya, setiap kali aku masuk mana-mana tandas awam, aku akan cari benda-benda cam ni, bukan nak call ke apa, saja je nak tengok kat tempat tu ada plu cam kita ke tak...

but honestly, aku tak rasa this is the best way to promote yourself...dah macam desperate sangat...

dulu masa aku form 4 atau form 5 cam tu, aku pernah try contact nombor yang aku ambil dari satu tandas awam ni.

aku tak call, aku hantar mesej je.

aku dapat respon, borak-borak sikit, then aku dapat tahu yang pemilik nombor tu sebenarnya seorang pondan..hahahha...terus reject. Aku memang tak berkenan dengan pondan ni, dah alang-alang suka dengan lelaki, baik cari yang lelaki betul....betul tak??

so, lepas tu aku dah tak pernah lagi contact nombor-nombor kat tandas awam ni. rasanya macam tak boleh percaya.

oh ya, aku pun pernah jumpa benda-benda macam ni kat tandas U aku. Yang ni aku tak sure samada memang pemilik nombor tu yang tulis or pemilik nombor tu dah kena dajal ngan orang lain..hahha...maklum jelah bebudak u ni, bukan semuanya matang...hahah...

so, aku ada soalan nak tanya korang.

First.
korang ada tak experinece yang macam ni? 

Second.
korang rasa boleh percaya ke benda-benda ni? 

Third.
ada lagi ke orang buat macam ni zaman sekarang ni?






p/s: aku baru je sampai kampung tengah hari tadi. Terlewat beli tiket, mujur ada lagi. Kalau tak tak balik raya aku.

p/s: tadi aku jumpa budak handsome tu lagi. Rasa happy lak dapat tengok muka dia selepas sebulan lebih tak jumpa...hahhaha

p/s: mesti ada korang yang menyampah dengan aku kan, asyik dok cakap pasal budak handsome tum tapi tegur atk jugak...hahahahha...

p/s: ( banyak pulak p/s aku kali ni ya..hahha)....Our Love Story Bahagian 7 insyaallah akan diterbitkan dalam masa terdekat...pada peminat yang membaca, minta sabar ya...






Friday, 27 September 2013

Our Love Story (Bahagian 6)




Bahagian 6: Life Without Him.



"Assalamualaikum." Kedengaran orang memberi salam seraya itu pintu bilik kolej kediaman itu dibuka. Amri menoleh memandang ke arah pintu. Kelihatan seorang lelaki masuk.

"Waalaikumussalam." Amri menjawab salam sebelum kembali menumpukan perhatian pada latihan kalkulus yang sedang ditelaahnya.

"eh....abang tak keluar pulak malam ni? tak study kat bawah ke?"soal lelaki tadi mesra sambil duduk di tempatnya sendiri.

"saja je, malas nak keluar."ujar Amri malas. Aidit adalah teman sebilik Amri yang baru. Juniornya. Walaupun beza umur antara mereka hanya setahun, namun Aidit tetap memanggil Amri 'Abang'. Walaupun sudah beberapa kali ditegah, namun Aidit tetap memanggilnya begitu. Sudah terbiasa katanya. Semester baru baru sahaja bermula. Kali ini Amri tidak sebilik dengan Syafiq lagi. Syafiq kini menyewa diluar dengan rakan sekelasnya. Tinggallah Amri sendiri di kolej.

"Abang makan dah?"soal Aidit lagi ramah.

"dah.."jawan Amri ringkas. Aidit sesekali melirik ke arah Amri. Sebelum ini dia sering mendengar orang bercakap mengenai Amri. Terutamnaya dari kawan-kawan perempuannya. Namun, sejak dia tinggal sebilik denngan Amri, banyak kata-kata yang didengarnya itu seakan tidak benar. Sudah sebulan mereka tinggal bersama namun jarang-jarang baru mereka berbual. Amri lebih banyak senyap dari bercakap. Kalaupun Aidit yang cuba memulakan perbualan, Amri seakan tak berminat mahu turut serta. Mahu sahaja rasanya dia bertanya secara terus dengan Amri, namun takut pula nanti lain jadinya. 

Aidit bangun semula dari kerusinya dan menuju ke almarinya. Tak tahu samada dia perlu cuba terus berbual dengan Amri atau dibiarkan sahaja dia dengan dunianya.







DUSH!!!! satu hentaman kuat terkena di wajah Syafiq. Syafiq terjatuh ke tanah sebelum kedengan bunyi wisel ditiup kuat. Syafiq bangun semula sambil meraba-raba pipinya yang memerah terkena hentaman bola ragbi. 

"Syafiq!!!"kedengaran namanya dipanggil. Syafiq memandang kearah suara yang emmanggilnya itu. Kelihatan Coach Zaki berdiri tegak di tepi padang sambil memberi isyarat menyuruhnya keluar dari padang. Syafiq aku dan berjalan perlahan mendekati Coach Zaki.

"Yang lain, teruskan latihan."Arah Coach Zaki. Coach Zaki kemudiannya mengalihkan perhatain pada Syafiq yang kini berdiri tegak disebelahnya.

"Apa yang kamu buat kat tengah padang tu tadi?"soal coach Zaki merujuk kepada tindakan Syafiq yang tidak menumpukan perhatian sehingga dia gagal mengelak bola yang datang tepat ke arahnya.

"Maafkan saya coach."

"dah, sekarang ni saya mahu kamu lari keliling padang ni. Selagi saya tak suruh berhenti, jangan berhenti. Faham!!" Syafiq mendongak emmandang wajah Coach Zaki. Sedar atas kesalahannya sebentar tadi, Syafiq hanya akur.

"baik coach."tanpa berlengah Syafiq terus memulakan lariannya. Coach Zaki hanya menggelengkan kepala melihat perubahan sikat pemain kesayangannya itu.




"Abang!!" Amri terkejut apabila tiba-tiba dia disergah begitu. Amri menoleh kebelakang. Kelihatan Aidit sedang berdiri tersengeh di belakangnya.

"Abang terkejut ke? sorrylah, tak terniat pun nak terkejutkan abang."ucapnya lembut. Amri hanya tersenyum sebelum matanya kembali melirik ke arah padang. Sejak tadi sebenarnya dia duduk disitu sambil memerhati pasukan rugby berlatih. Sering sebenarnya dia ke situ, hanya semata untuk melihat Syafiq. Rindu benar dia pada wajah lelaki itu.

"abang selalu ke kat sini?"soal Aidit lagi sambil kini duduk disebelah Amri.

"taklah, sekali sekala je. Aidit buat apa kat sini?"soal Amri kembali.

"saya biasalah petang-petang macam ni, joging. lalu kat sini, ternampak pulak abang. Saya singgah lah."cerita Aidit mesra. Amri masih tekun melihat ke arah padang.  

"..ehm....saya kacau abang ke?"soal Aidit selepas melihat Amri diam tidak beriaksi. Amri lantas memandang wajah Aidit.

"tak lah, kenapa kamu tanya macam tu?"

"tak delah, saya tengok abang macam tak suka je saya lepak dengan abang kat sini."

"eh...mana...mana ada, abang okey je." balas Amri. Aidit hanya merenung Amri lama sebelum dia turut memangdang ke arah pasukan rugby di tengah padang. Dia perhatikan lagi Amri. Dia seakan dapat melihat sesuatu, Amri bukan sekadar memandang kosong ke arah padang, tapi dia sedang memandnag seseorang. Cuma dia tak pasti siapa yang sebenarnya Amri pandang.

"tak pelah bang, saya gerak dululah."ucap Aidit meminta diri.

"ha..ok.."ucap Amri tanpa menoleh. Aidit melepaskan keluhan ringan sebelum bangun. Niatnya tadi cuba untuk merapatkan hubungannya dengan Amri, namun nampaknya Amri masih tidak membuka ruang untuknya. Amri menoleh memandang Aidit yang semakin jauh darinya. Keluhan Aidit tadi seakan menarik perhatiannya. 

'aku ada tersalah cakap ke?' Amri menyoal dirinya sendiri.






"Nah..."Coach Zaki memeberikan Syafiq sebotol air mineral sejuk kepada Syafiq. Kesemua pemain sudahpun pulang. Yang ada di padang kini hanya Syafiq dan Coach Zaki. 

"penat?"soal Coach Zaki. Syafiq hanya mengangguk sambil meneguk habis sebotol air mineral yang diberikan oleh coach Zaki tadi.

"saya bukan suka-suka nak denda kamu buat macam tu."

"saya tahu...saya tak tumpukan perhatian tadi, memang patut coach denda saya."ucap Syafiq.

"kamu ada masalah ke Syafiq?"soal Coach Zaki. Syafiq memandang wajah coach Zaki sekilas.

"masalah apa pulak coach? mana ada masalah, saya okey je."Syafiq cuba berdalih.

"Syafiq, saya kenal kamu bukan baru sehari dua tau, kamu dah adala dalam pasukan ni pun sejak kamu di tahun pertama lagi. Saya tahu kamau seoarang pemain yang berbakat, berdisiplin dan selalu fokus pada setiap perlawanan walaupun sekadar sesi latihan macam ni. Tapi sejak kita mulakan semula sesi latihan kita pada semester ni, kamu jadi lain sangat. Fokus kamu pada latihan dah tak ada. Kamu selalu mengelamun. Macam yang terjadi tadi tu. Saya tak pernah nampak seorang pemain ragbi kena hentam dengan bola ketika bermain."Syafiq hanya diam tidak menjawab. Benar, dia memang sudah hilang fokus. Fikirannya sangat kusut pada waktu ini.

"Saya bukan nak masuk campur urusan peribadi awak, saya cum harap awak jangan bawa masuk masalah tu dalam padang."

"baik coach."

"lagi satu, kamu tahukan lagi dua minggu kita ada perlawanan dalam kejohanan ragbi IPT zon utara?" soal coach Zaki. Syafiq mengangguk.

"dalam tempoh dua minggu ni, saya mahu kamu buktikan pada saya yang kamu boleh saya turunkan dalam perlawanan tu, kalau dalam dua minggu ni kamu masih berprestasi begini, saya terpakas simpan awak di bangku pemain simpanan sahaja."ujar coach zaki tegas.

"baik coach."Amri menagguk faham.





Syafiq tersenyum sebaik ternampak kelibat Adam sedang menunggunya di pintu masuk fakulti. Syafiq berlari-lari anak mendapatkan sahabatnya itu.

"wei...sorry aku terlambat. Lama ke kau tunggu?"soal Syafiq sambil menghulur salam.

"lama jugaklah, nak tertanggallah lutut ni tunggu kau."ujar Adam bergurau.

"aku betul-betul minta maaf. Serius aku tak sengaja." ujar Syafiq.

"tak delah, aku bergurau je. Kau kenapa lambat?"

"bas lambat pulak tadi, tu yang lambat tu."

"tulah, dah elok-elok duduk kolej, kau keluar, dah la tu, kenderaan pun tak ada, macam ni kan kau jugak yang susah."bebel Adam.

"sementara ni je, nanti aku bawaklah aku punya motor."dalih Syafiq. Adam hanya menggelengkan kepala.

"nah, ni buku yang kau nak tu."ujar Adam sambil memberikan buku yang mahu dipinjam oleh Syafiq.

"ok...thanks bro..dah siap assignment aku nanti aku pulangkan balik."ucap Syafiq. Adam hanya mengangguk.

"aku dengar cerita semalam kau kena marah dengan coach kat padang."

"mana kau tahu?"soal Syafiq sambil tergelak kecil.

"aku tahulah.."

"tak ada apalah, biasalah tu."

"mana ada biasa, Syafiq yang aku kenal tak pernah kena marah kat padang tau. Kau ada masalah ke?"

"masalah apa pulak...aku okey jelah."

"aku tengok macam tak okey je, aku tengok kau sekarang dah lain. Kau sekarang ni lebih banyak dia dari bercakap, lepas tu kau suka mengelamun, kat padang pun tak fokus. Seriously, Syafiq yang aku kenal tak macam ni."ujar Adam mengambil berat. Syafiq hanya terdiam dan teryunduk.

"aku okey Adam, tak payah risau. Adalah masalah sikit, tapi aku boleh handle, Insyaallah." ujar Syafiq sambil menepuk perlahan bahu Adam.

"mind to share with me? maybe i cant help you to solve it, but at least it will lessen your burden."ucap Adam. Syafiq tersenyum. Sebelum bersandar di dinding.

"entahlah Adam, aku tak tahu, aku serabut sekarang ni. Aku rasa tak yakin dengan keputusan yang aku dah buat."Syafiq membuka cerita.

"is it something about love?" soal Adam lagi sebelum turut bersandar di sebelah Syafiq.

"love?...perhaps...entahlah, aku pun tak tahu. Something just happen, dan aku rasa benda tu salah, benda tu tak patut berlaku. Tanpa bagi peluang untuk keadaan menjadi sedikit tenang, aku ambil keputusan untuk tamatkan segalanya."

"dan sekarang kau jadi ragu dengan keputusan yang kau dah buat?" duga Adam. Syafiq mengangguk.

"Adam.."Adam dan Syafiq menoleh kearah suara yang memanggil. Kelihatan seorang lelaki datang menghampiri mereka. Adam tersenyum senang.

"Rafi, awal pulak hari ni."ujar Adam ceria.

"tadi lecturer buat kuiz je. Hai Syafiq."sapa Rafi mesra. Syafiq hanya tersenyum.

"sebenarnya tadi sambil tunggu kau, aku tunggu budak ni. Syafiq, about your problem, aku tak boleh nak bagi kau apa-apa nasihat, aku pun tak faham sangat soal hati dan perasaan ni. i know you will make a rigth choice. Just ask your heart sincerely, it will give you answer you are looking for."

"tahnks bro."ucap Syafiq ikhlas.

"itulah gunanya ada kawan."balas Adam pula.

"kitorang gerak dulu."Adam meminta diri. Mereka bersalaman sebelum masing-masing mengambil jalan sendiri. Lega sidikit hati Syafiq selepas dapat menceritakan masalahnya pada seseorang.






Aidit duduk sendiri di kafetaria. Fikirannya kini sedang asyik memeikirkan sesuatu. Memikirkan tengtang bagaimana dia boleh merapatkan lagi hubungannya dengan Amri. Entah kenapa dia terasa ingin sekali ada hubungan yang rapat dengan Amri. Tapi sehingga kini dia merasakan yang Amri enggan mahu menerimanya. Apa yang patut dilakukakan?

"woit!!!"Aidit terkejut apabila seorang gadis menegurnya.

"Syikin!! Astaghfirullah al-Azim, kau ni. Terkejut aku."ujar Aidit. Syikin hanya tergelak-gelak.

"sorry...sorry...kau apahal termenung seorang-seorang kat sini?"soal Syikin.

"tak ada apalah. Kau buat apa kat sini? tak ada kelas ke?"

"tak ada, kelas aku pukul dua petang nanti."jelas Syikin. Aidit mengangguk faham.

"wei...aku dengar cerita kau sebilik dengan Abang Amri ya?"soal Syikin teruja. Aidit memandang Syikin.

"dah...mula la tu nak menggatal. Tak ada, aku tak nak jadi orang tengah, kalau kau suka dia, pergi approach dia sendiri."ujar Aidit tegas.

"ish..kau ni, bukan pasal tu."

"habis tu?"

"ni pasal lain, aku nak tanya kau betul ke cerita yang aku dengar ni."

"cerita apa pulak?"

"tak adalah, aku ada dengar cerita yang Abang Amri ni selalu rampas awek kawan baik dia sendiri. betul ke?"soal Syikin. Aidit mengerutkan dahi. Ini pertama kali dia mendengar cerita yang tak elok tenatng Amri. Cerita yang selalu didengar semua cerita-cerita yang baik je.

"mana kau tahu cerita ni? aku tak pernah dengar pun."soal Aidit.

"adalah, daripada sumber yang boleh dipercayai."

"betul ke?" soal Aidit lagi.

"yang tu aku tak tahulah pulak. Kau kenal tak Kak Zana?"

"Zana? entah...tak kot...."

"Kak Zana tu dulu kapel dengan Kawan baik Abang Am ni, then Abang Am ni goda dia. Bila Kak Zana ni dah putus dengan kawan baik Abang Am ni, Abang Am pulak tak nak terima dia."cerita Syikin.

"apa cerita macam tu? jadi apa tujuan dia goda kak Zana tu?"soal Aidit lagi.

"entahlah, katanya sebab dia nak test sejauh mana kesetian kak Zana tu pada kawan baik dia tu."Aidit mengangguk faham.

"macam tu pulak..."ujar Aidit kembali.

"sebab tu aku nak tanya kau, kau kan sebilik dengan dia, manalah tahu dia ada cerita apa-apa pada kau."

"tak pulak dia cerita apa-apa."balas Aidit pula.

'bercakap hal-hal biasa pun jarang-jarang, ni kan pula nak cakap pasal perkara macam tu?'bisik hati Aidit.








bersambung.................













Thursday, 26 September 2013

Love of Siam...










Assalamualaikum....


Hi Guys!!!...



Siapa pernah tengok cerita ni  angkat kaki!!!!...hahahah...


konfem ramai yang dah tengok...hahaha..


aku je yang baru je tengok dua tiga hari lepas.....


hahahahha....


aku sebenarnya dah lama tahu tentang kewujudan cerita ni, cuma tak tahulah kenapa, aku tak ada keinginan untuk tengok cerita ni, cuma dalam two days ago aku bosan sangat dah tak ada apa nak tengok so aku layanlah cerita ni kat youtube...


and...



im in love with it....hahaha...


cerita ni sangat sweet dan cute dan sedih....siapa yang belum tengok tu pergilah tengok...tak menyesal...


and once again aku perasan peminat cerita ni sebenarnya kebanyakannya perempuan....( yang ni aku still tak faham....)...


Sebenarnya aku tak plan pun nak post pasal benda ni, cumanya sejak aku dah tengok citer tu, aku selalu cari video mew dengan tong kat youtube....aku suka sangat tengok diorang, sangat sweet...


ini adalah tong, atau nama sebenarnya Mario Maurer.





ni pulak mew, atau nama sebenarnya witwisit hiranyawongkul. (berbelit-belit lidah menyebutnya)....
atau nama populernya Pchy.




ni video behind the scene babak diorang bercium tu....aww....sweet..sangat...hahahahha





yang ni video yang aku suka ulang-ulang....ni sebenarnya konsert band Mario, Pchy hanya undangan khas sahaja, and diorang nyanyi lagu tema movie ni....dalam video ni pun diorang sangat sweet...hahahha




banyak lagi video yang korang leh jumpa kat youtube....


diorang bukan gay ( katanya lah...), ni semua disebeut sebagai fan service....hahahha.....




ada tak apa-apa movie lagi yang lebih kurang cam ni??? kalau korang tahu leh le bagitahu aku....