Tuesday, 26 February 2013

Bukan Untukku (Bahagian III)


BAHAGIAN III : Menjauh.


“kau dengar sini aku nak cakap, kawan karib yang kau sayang sangat tu sebenarnya gay!! dia ada hati dengan kau tau tak!!”tempelak Abang Syarif dengan nada yang aku rasa cukup kuat untuk didengari semua orang di dewan makan ini. Asyraf, kawan karib ku memandangku dengan pandangan mencerun.
“apa abang cakap ni?”soal Asyraf kebingungan sambil kembali memandang ke arah Abang Syarif dan kawan-kawanya yang berdiri tepat di hadapan kami.
“aku tak cakap suka-suka tau, aku ada bukti.” ujarnya lagi sambil menghempas sebuah buku nota di atas meja. Aku kaget, aku cemas. Itu diariku yang dirampas oleh Abang Syarif dua minggu lepas. Asyraf mengambilnya aku lantas merampas diari itu dari Asyraf. Asyraf tak boleh lihat isi kandungan diari yang penuh dengan luahan perasaanku padanya. Asyaraf memandangku tepat.
“bagi aku tengok buku tu!”ujarnya tegas. Aku kaget. Aku tak pernah tengok Asyraf sebegitu.
“bagi aku tengok!!”ujarnya lagi. Aku tertunduk takut. Aku dapat rasa semua orang sedang memandang ke arah kami.
“dah tentu dia tak bagi kau tengok. Dekat dalam tu penuh dengan luahan perasaan dia pada kau.”ujara Abang Syarif lagi. Aku memandang Abang Syarif tajam. Aku tak sangka dia betul-betul akan berbuat begini, aku ingat dai hanya sekadar mengugut.
“betul ke apa yang Abang Syarif cakap tu?”soal Asyraf pula. Aku kembali memandang ke arahnya. Airmataku mula jatuh.
“Asyraf…aku…”
“jadi betullah?!”aku hanya tertunduk dan terdiam.
“Asyraf…”aku cuba mencapai tangannya. Asyaraf lantas menepis.
“jangan sentuh aku !!!”ucapnya kasar sambil bangun dari kerusi. Aku terkesima dengan tindakannya. Dia mula memandangku dengan pandangan jijik.
“aku benci orang macam kau!”ucapnya kasar sambil terus meninggalkan dewan makan dan kembali ke asrama.
Mataku terbeliak sambil aku menarik nafas dalam. Dadaku berdegup laju. Aku memandang keadaan sekeliling yang kelam.
“astaghfirullah al-azim!!” ucapku sambil bangun dari pembaringan. Aku bermimpi rupanya. Aku memandang Adam yang sedang tidur nyenyak di tilamnya. Sudah tiga malam berturut-turut aku bermimpikan peristiwa hitam yang menjadi punca aku dipulaukan disekolah dulu. Peristiwa lapan tahun dulu itu masih segar diingatanku. Asyraf menjadi rakan karibku sejak di sekolah rendah terus membenciku sehingga ke hari ini. Dia seorang homophobic, seseorang yang amat benci terhdap golongan homoseksual. Sekali lagi aku memandang Adam. Ya Allah adakah peristiwa itu akan beralang kembali?! soal hatiku. Aku amat takut peristiwa itu berulang. Aku memandang jam di telefon bimbitku yang mununjukan jam empat pagi. Aku lantas bangun dan terus menuju ke bilik air. Aku mengambil wudu’ sebelum mencapai sejadah untuk menunaikan solat sunat tahajud dan hajat. Usai solat dan berdoa aku duduk kembali di atas tilamku. Aku memandang Adam lama. Apa patut aku buat?
Aku sengaja bergerak sendiri ke kampus tanpa menunggu Adam, aku rasa aku sudah patut mula untuk menjauhi Adam. Lagipun ini semester terakhir, aku hanya perlu bersabar sedikit untuk tempoh empat bulan dan selepas itu aku boleh melupakan Adam buat selamanya.
Kelas baru sahaja bermula sebelum aku merasakan getaran dari telefon bimbitku. Perlahan telefon bimbit di dalam poketku kucapai. Satu khidmad pesanan ringkas ku terima. Seperti dijangka ianya dari adam.
‘kenapa tak tunggu aku?’ soalnya. Aku jadi serba salah. Apa alasan patutku bagi? akhirnya aku buat keputusan membiarkan  mesej itu tanpa dibalas. Waktu tengahhari satu lagi mesej ku terima dari Adam.
‘kau kat mana? aku kat kafe ni.’soalnya lagi. Sengaja aku tidak ke kafetaria seperti biasa. Aku perlu menjauhi Adam. Aku tak mahu dia bencikan aku. Memang tiada kesudahan lain untuk hubungan aku dan Adam selain dari perpisaan. Tapi paling tidak aku tak mahu perpisahan itu terjadi dalam keadaan dia bencikan aku.
“jam menunjukan pukul sepuluh setengah malam, aku yang tadinya menulangkaji sendirian di bilik bacaan bergegas menuju ke tempat parkir motorsikal. Tak mahu pula nanti aku terperangkap di dalam kawasan kampus selepas pintu pagar utama ditutup tepat jam sebelas malam. Sebelum pulang aku singgah sebentar disebuah restoran untuk mengisi perut yang tidak diisi sejak petang tadi. Sebaik sahaja pelayan yang mengambil pesanan kembali ke dapur restoran telefon bimbitku berbunyi lagi. Entah yang keberapa kali Adam cuba menghubungiku, namun tidak satupun ku jawab. Aku buntu. Tak tahu apa yang harus aku perbuat, apa yang aku tahu, aku perlu menjarakkan diri denan Adam. Paling tidak aku perluakan masa untuk berfikir dengan waras.
“perlahan aku melangkah masuk ke dalam rumah yang telah pun gelap. Sudah pukul satu pagi, semua dah tidur rasanya. Tadi selepas aku makan malam aku terus sahaja ke rumah seorang sahabatku untuk belajar bersama. Perlahan pintu bilikku ku ketuk. Kelihatan Adam sudah terlena di tilamnya. Aku menarik nafas lega. Perlahan aku meletakan beg dan mencapai tuala untuk membersihkan diri yang ku rasa sudah melekit.
“kau baru balik Fi?”kedengaran siara Adam. Aku termati langkah. Perlahan aku berpaling padanya yang sudahpun terduduk di atas tilamnya.
“kau pergi mana satu hari ni?”soalnya lagi.
“aku….aku ada kerja, sibuk sikit….buat assignment.”ujarku tergagap-gagap cuba mencari alasan. Adam kulihat hanya berdiam sambil memandangku tajam sebelum kembali merenahkan badannya. Aku menjadi hairan dengan pandangan Adam tadi. Pandangan yang sukar untuk aku tafsirkan apa maksudnya.
Apa yang aku lakukan hari ini aku lakukan juga esok harinya dan hari-hari berikutnya. Aku akan keluar awal pagi sebelum Adam sempat bersiap dan pulang lewat malam selepas Adam tidur. Adam tidak lagi bertanyakan aku kemana aku pergi. Malah dia seakan tidak mengharaukan aku lagi. Aku rasa gembira kerana usahaku menjauhi Adam seakan berhasil, tapi aku sedih sebab aku rindukan kemesraan aku dan Adam dulu. Setiap malam kalau aku tidak ke rumah sahabatku aku akan beriktikaf di masjid berhampiran rumahku. Aku jadi makin runsing. Sampai bila aku nak hidup sebegini? sudah hampir dua minggu. Sampai bila aku mampu untuk kekal begini?
“woit…”tegur seorang sahabatku sambil duduk dihadapanku. Aku yang tadinya terkejut tersenyum memandangnya.
“waalaikumussalam.”ujarku memerli, Dani, sahabatku tadi tersengih malu.
“kau buat apa kat sini?”solanya lagi yang masih tersengih malu.
“buat apa lagi kat library, belajar lah.”jawabku selamba. Sekali lagi Dani tersengih. Aku tergelak kecil dengan kelakuannya.
“aku join kau kat sini boleh tak? tempat lain penuh la.”ujarnya lagi.
“boleh je..”
“Adam mana?”soalnya tiba-tiba sambil mula menyelak halaman-halaman bukunya. Aku sedikit tersentak dengan soalannya.
“entah…”jawabku ringkas sambil cuba menyembunyikan riak wajahku.
“pulak…bukan dia boyfriend kau ke?”soal Dani lagi yang nyata membuatku bertambah tidak selesa. Apa Dani ni?!
“ap…apa pulak kau ni?!”soalku sedikit cemas, jangan kata Dani tahu hal sebenar, tapi tak mungkin.
“tak adalah, aku tengok korang berdua ni asyik berkepit berdua je, dah macam kekasih.”
“apa kau ni, Awek dia Maya lah.”jawabku sedikit lega. Nasib baik hanya ta’akulannya sahaja.
“tau…saja je aku sakat kau.”ujar Dani lagi.
“bengong la kau!!”protesku sambil mengetuk perlahan lengannya dengan bukuku. Kami berdua ketawa serentak, namun masih diakwal supaya tidak mengganggu pelajar lain di dalam perpustakaan ini. Aku sedikit lega, ingatkan Dani sudah tahu perasaanku pada Adam. Tapi betulkah aku sebegitu rapat dengan Adam sehingga disedari orang lain?

“Rafi!!Rafi!!!”aku tersedar dari lena sebaik namaku dipanggil.
“eh..Abang Majid.”ujarku sambil mengesat-ngesat mataku.
“kamu buat apa kat sini tak balik lagi? dah dekat pukul dua belas dah ni.”ujar Abang Majid. Aku memandang sekeliling. Oh..aku masih di Masjid lagi. Terlena pula rupanya.
“terlelap lah bang.”ujarku. Abang Majid ni salah seorang dari Ahli Jawatankuasa Masjid. Memang dia yang selalu ditugaskan untuk mengunci Masjid.
“kamu ni ada masalah ke?”soal Abang Majid. Tersentak akud engan soalan Abang Majid itu.
“masalah apa pulak bang?”soalku pula.
“abang tengok kamu dah beberapa hari  dekat masjid ni sampai lewat-lewat malam. Muka pun muram je. Ada masalah ceritalah dekat abang, mana tahu abang boleh tolong.”ujar Abang Majid sambil duduk disebelahku. Aku memandangnya lama cuba mencari kepastian, patut ke aku cerita pada Abang Majid? boleh ke dia terima?
“saya memang ada masalah, tapi tak rasa saya patut cerita.”ujarku pula.
“lah..kenapa pulak.” Aku memandang Abang Majid sambil tersenyum.
“tak apalah bang, saya belum sedia lagi. Nanti bila saya dah sedia saya cerita pada abang.”ucapku perlahan.
“kalau kamu dah cakap macam tu, terpulanglah. Kalau apa nanti, cari je abang dekat Masjid ni. Abang ada insyaallah.”
“tak pelah bang, saya balik dulu lah.”ujarku sambil memeungut semula barang-barangku.
“Assalamualaikum.”aku memberi salam selepas beralam dengannya. Aku terus mendapatkan motorsikalku dan terus bergerak pulang.
Aku agak kaget apabila terserempak dengan Adam di hadapan pintu bilik kami. Dia hanya memandangku sekilas sebelum masuk terus ke dalam bilik. Adam sudah mula dingin denganku. Kenapalah agaknya? Dia marahkah aku menjarakkan diri dengannya. Dia terus merebahkan dirinya ke atas tilam. Aku masuk perlahan dan memerhati Adam. Rasa sakit pula hati. Kenapa semua jadi begini? begini sahajakah kesudahannya?

“Rafi..!!” kedengaran satu suara dari belakang. Aku menoleh. Kelihatan Dani berlari-lari anak mendapatkanku. Aku tersenyum simpul. Kalut betul mamat ni. Dani berhenti berhampiranku dan melepaskan lelah.
“kenapa dengan kau ni?”soalku.
“kau dah pergi tengok Adam? dia macam mana?”soal Dani. AKu kehairanan.
“kenapa dengan Adam?”soalku kembali. Dani kembali memadnangku dengan pandangan hairan.
“kau tak tahu ke?”
“tahu apa?”
“Adam kemalangan pagi tadi.”ujarnya. Aku terkesima. Adam!!

Sunday, 24 February 2013

Terima Kasih



Pejam celik pejam celik, hari ni genap seminggu blog aku ni bersiaran, dan serius aku cakap, aku tak pernah expect aku akan dapat viewers sebanyak ni dalam tempoh seminggu.


Dan boleh kata semua viewers ni datang dari sini.


Jadi aku nak ambik peluang ni nak ucap terima kasih pada blog Malaysian PLU Story sebab letak link blog aku yang tak berapa nak awesome ni dalam blog dia, terutamanya pada owner dia, Encik Putera, terima kasih bebanyak, jasamu dikenang...hihihih

But yang paling penting sekali RIBUAN TERIMA KASIH aku ucapkan pada para viewers yang sudi masuk dan melawat blog ni dan yang paling penting pada para followers...terima kasih kerana mnyokong saya...







Saturday, 23 February 2013

Yaoi Manga Review : Complex



Harini rasanya aku nak buat review tentang yaoi manga yang pernah aku baca dulu.


Hari ni aku nak riview tentang manga COMPLEX.



Cerita ni aku baca dalam dua atau tiga tahun lepas. Baru-baru ni lepas pos aku tentang yaoi manga tu aku cari balik mangan ni. As expected, aku nangis lagi.

Inilah satu-satunya manga yang boleh buat aku menangis. try baca kalau tak percaya.

Asalnya manga ni hanyalah one-shot.(manga yang ditulis untuk satu episod sahaja). Lepas tu penulis tu disuruh untuk sambung manga tu lepas dapat sambutan hangat. Akhirnya manga ni ditulis sehingga 24 jilid.

Manga ni menceritakan tentang persahabatan dan percintaan dua watak utamanya, Tatsuya dan Jun. Mereka berkawan sejak sekolah rendah lagi. Daripada bersahabat mereka mula jatuh cinta. Masa disekolah tinggi mereka masih cuba mencari identiti sebenar. Tatsuya sudah mula mengakui perasaannya pada Jun, tapi Jun masih cuba mencari dengan cuba keluar dengan perempuan lain, sebelum akhirnya dia juga turut mengakui perasaannya pada Tatsuya.

Mereka masuk ke universiti yang sama dan duduk bersama. Mereka mula berkapel sehinggalah mereka masuk ke alam pekerjaan.

Ibu Tatsuya memaksa Tatsuya untuk berkahwin, Tatsuya akhirnya meminta tolong rakan sekerjanya untuk menyamar menjadi teman wanitanya dan bertemu dengan ibunya. Malam ketika dirumah ibunya, sesuatu berlaku antara mereka berdua yang akhirnya membawa kepada kehamilan rakan sekerjanya itu.

Berasa bertanggungjawab, Tatsuya memilih untuk mengahwini rakan sekerjanya itu dan terpaksa meninggalkan Jun. Jun yang cuba menerima segalanya mahu mereka berpisah secara baik. Mereka menghabiskan masa bersama sebelum Tatsuya meninggalkannya. Mereka berpsah begitu sahaja. Tatsuya berkahwin dengan rakan sekerjanya itu dan membina keluarga sendiri.

Jun pula membawa diri dalam kesedihan. Dia langsung tak dapat melupakan Tatsuya. Akhirnya dia bekerja di sebuah kelab malam untuk pondan selepas mendapati hanya di situ dia dapat melupakan Tatsuya untuk seketika.

Beberapa tahun selepas itu, Jun terserempak dengan Tatsuya. Dia mula mengekori Tatsuya sehinggalah dia dapat tahu yang isteri Tatsuya sedang sakit di hospital. Jun membuat keputusan untuk bertemu dengan isterin Tatsuya.

Di situlah isteri Tatsuya menceritakan keadaannya dan meminta Jun untuk kembali pada Tatsuya selepas dia mati kerana Tatsuya tidak pernah melupakan Jun.

Tidak lama selepas itu, isteri Tatsuya meninggal dunia. Jun akhirnya membuat keputusan untuk muncul semula dihadapan Tatsuya dan berterus terang ingin bersamanya semula. Tatsuya pada mulanya enggan kerana risau hubungan nya kan memberi kesan buruk pada naknya, Kenta.

Namun selepas Kenta sendiri mengizinkan, Tatsuya kembali kepada Jun dan mereka hidup bersama semula.



Cerita ni sebenarnya panjang lagi. Setakat ni jelah yang aku dapat ringkaskan.


So kalau korang berminat nak baca boleh baca di sini.


yang kat bawah ni antara snapshot dalam manga ni.....try baca, confirm tak menyesal.









Thursday, 21 February 2013

Bukan Untukku (Bahagian II)

BAHAGIAN II : My Someone Special


Aku membuka nota-nota kuliahku seperti biasa dan mula mengulang kaji. Kelihatan Adam masuk kedalam bilik dan terus baring ditilamnya sambil menghadapku.
“Fi..”panggilnya lembut. Aku sengaja buat-buat tidak dengar.
“Fi..”panggilnya lagi kini sedikit kuat.
“Apa?”soalku acuh tak acuh.
“kau marahkan aku ya?”solnya.
“kenapa pulak aku nak marah kat kau?”ujarku pula sambil terus membuat beberapa latihan.
“Aku tahu kau marah kat aku sebab tak makan tengah hari dengan kau tadi kan?” duganya. Aku hanya diam tanpa respon. Aku bukan marah, Cuma tak puas hati. Bukan sebab dia tak makan tengah hari bersama denganku, tapi kerana dia menyembunyikan sesuatu dariku. Adam lantas bangun dan mencapai beg sandangnya yang biasa dibawa ke kelas. Aku menjeling dari ekor mata.
“Aku ada something yang buat kau tak marah lagi dengan aku.”ujarnya. Aku sekali lagi pura-pura tak dengar. Adam menghampiriku dan meletakan satu bungkusan yang terhiasan cantik di hadapanku. Aku kaget dan lantas memandang wajahnya.
“Happy Birthday.”ucapnya sambil tersenyum lebar. Tanpa sedar juga aku tersenyum gembira dan terharu. Aku kembali memandang bungkusan tadi.
“jadi inilah ‘hal’ kau tengahhari tadi?”soalku sambil memandang wajahnya sekali lagi. Adam mengangguk dengan senyuman yang tidak lekang dari wajahnya. Aku tersenyum lebar.
“aku ingat tak ada orang yang ingat birthday aku?”ujarku sambil membelek bungkusan sebesar tapak tangan itu.
“janganlah cakap macam tu, aku ingat birthday kau. takkan lupa.”ucapnya lagi. Ya benar, harini memang hari lahirku, tapi tak ramai yang tahu sebab aku tak suka nak kecoh-kecoh pasal hal ni. Di akaun facebook ku juga sengaja ku sembunyikan tarikh lahirku pada pandangan umum. Selain dari ahli keluargaku, Adamlah satu satunya orang yang tahu dan ingat bila hari lahirku.
“bukaklah.”arahnya. Aku lantas mula membuka balutan bungkusan itu perlahan-lahan. Aku kaget melihat isinya. Sebuah jam tangan yang berharga ratusan ringgit. Terkebil-kebil mataku melihat jamtangan itu. Pandanganku beralih melihat jam tangan itu dan Adam silih berganti. Adam masih setia disitu menunggu riaksiku. Aku lantas menyerahkan jam tangan itu kembali pada Adam. Riaksi wajah Adam berubah.
“kenapa?”soalnya.
“aku tak boleh terima benda ni.”ucapku lagi.
“kenapa?”soal Adam lagi.
“mahal sangat jam tu, aku tak boleh.”ucapku. Ya aku tahu jam tu mahal sebab aku kenal dengan jam tu, itu jam idamanku yang pernah kutunjukan pada Adam dulu. Harganya ratusan ringgit dan aku memang tak mampu untuk memiliki jam yang sebegitu. Adam kulihat tersenyum mendengar jawapanku. Aku tak pernah menyangka yang Adam akan membelikan ku jam tangan ini sebagai hadiah hari lahirku. Dulu masa aku menunjukan jam ini padanya, tidak pernah terlintas untuk memintanya membelikan untukku. Aku tahu Adam kaya, tapi aku tak mahu mengambil kesempatan.
“aku beli jam ni ikhlas untuk kau. Ini jam yang kau nak sangat tu kan.”ujarnya sambil menyerahkan kembali jam itu padaku.
“memanglah, tapi tak berniat pun nak mintak kau belikan ke apa.”
“ye aku tahu, sebab kau tak mintaklah aku belikan. Ambil jelah, ini sebagai tanda sayang dan penghargaan aku pada bestfriend aku yang sorang ni.”ucapnya lagi. Entah kenapa tiba-tiba aku berasa sebak. Pertam kali dalam hidup aku terima hadiah semahal ini. Aku jadi buntu, tak tahu apa yang aku nak cakapkan lagi.
“..ak…aku…”suaraku terketar-ketar cuba menyusun kata.
“sama-sama.”pintas Adam. Aku tersenyum mendengar kata-katanya itu. Kami berdua tergelak kecil. Aku memerhati jam tangan yang kini berada dalam tanganku. Adam, kenapa kau buat macam ni? kau tahu tak aku sedang cuba melupakan perasaan aku pada kau, tapi sekarang, perasaan tu dah bertambah. Apa aku patut buat ni. Ya Allah, bantu aku.
Aku membelek-belek jam tangan yang dihadiahkan oleh Adam semalam. Cantik sangat, rasa sayang pula untuk dipakai. Aku meletak semula jam tangan tersebut ke dalam kotak.
“kenapa tak pakai?”soal Adam. Aku memandangnya sekilas sambil meletakkan semula jam tersebut ke dalam almari.
“cantik sangat, sayang nak pakai.”ucapku. Adam mendekati aku. Jam tangan tadi diambil dan dikeluarkan dari kotaknya. Aku hanya melihat tindak-tanduknya. Tangan kiriku diraih dan dengan selamba dia memakai jam tangan itu ditanganku. Aku kaget dengan tindakannya namun tidak ku halang. Darahku bergerak laju.
“Jam ni akan lebih cantik kalau kau pakai.”ucapnya sambil menyemat kemas jam tangan itu pergelangan tanganku.
“tu kan cantik tu.”ucapnya sambil tersenyum lebar. Terkebil-kebil mataku sambil cuba menyembunyikan gelojak perasaan dalam dadaku.
terima kasih.”ucapku ringkas sambil berlalu pergi meninggalkan Adam yang sedikit terpinga-pinga. Adam!! kau buat lagi!!.Kadang-kadang timbul cuga rasa curiga dalam diri aku, kenapa Adam begitu baik dengan aku? kenapa dia terlalu mesra dengan aku? dan kenapa dia terlalu manja dengan aku? dia sudah ada teman wanita, tapi kenapa dia lebih banyak habiskan masa dengan aku? adakah dia juga macam aku?  dan adakah dia berperasaan yang sama macam aku? adakah aku sebenarnya tidak bertepuk sebelah tangan? persoalan-persoalan ini makin ligat bermain dalam kepala otak aku. Kadang-kadang aku berasa gembira, tapi kadang-kdang aku berasa takut. Takut aku akan lebih tercampak jauh ke dalam lembah hitam ini. Bagiku, aku mungkin tidak mampu untuk kembali ke tengah laluan, tapi paling tidak aku masih perlu kekal di tepi dan tidak tersasar. Langkahku mungkin tempang, tapi paling tidak aku tak menyimpang dari jalan sepatutnya.
Peperiksaan akhir berlalu, cuti semester pula menjelang. Sekali lagi aku dan Adam terpisah seketika untuk beberapa minggu. Aku pulang ke Perak dan Adam pula kembali ke Selangor. Cuti semester kali ini kurasa sangat lain, aku berharap ianya cepat habis sebab aku mahu bertemu dengan Adam lagi. Aku rindu padanya, sangat rindu. Hampir setiap hari paling tidak aku akan menghantar pesanan ringkas padanya. Dan dia pasti balas. Kalau tidak melalui handphone,melalui facebook. Kadang-kadang kami akan buat video call. Rindu benar aku pada wajah manis itu.
“assalamualaikum.”aku memberi salam sambil membuka pintu rumah sewa ku. Rumah pangsa di tingkat Sembilan itu sunyi. Adam mungkin belum balik lagi. Aku sengaja pulang awal ke rumah sewa. Semester akan bermula semula minggu hadapan. Aku menutup pintu dan terus mengheret beg-begku masuk ke dalam bilik. Sebaik sahaja aku masuk ke dalam bilik aku merasakan seseorang memeluk aku dari belakang. Aku kaget lantas aku bergelut cuba melepaskan diri. Aku cemas. Namun seketika kemudian pelukan ditubuhku dilepaskan dan aku terdengar bunyi orang ketawa. Aku berpaling ke belakang.
“Adam!!”ucapku dengan nafas termengah-mengah. Adam masih ketawa, kelakar benar agaknya melihat aku terkejut sebegitu. Bila pulak dia ni balik?
“bila kau balik? tak baik tau buat aku macam tu, boleh kena heart attack tau.!” komplenku sambil mengutip semula beg-begku yang ku campak tadi.
“sorry la…”ucapnya dalam sisa tawa.
“aku ingat entah penyangak mana la tadi nak ambil kesempatan kat aku..dah la aku ni comel.”ujarku selamba sambil bergurau. Adam ku lihat makin galak ketawa. Aku turut tersenyum senang. Rindu benar aku pada wajah yang satu ni. Aku lantas meletakan beg-begku di tepi almari baju sebelum merebahkan badanku pada tilam. Adam ku lihat turut merebahakan badannya di tilamnya disebelahku.
“Fi.”panggilnya lembut. Aku yang tadi menghadap dinding berpaling memandangnya.
“malam ni keluar nak?”ajaknya.
“pergi mana?”
“mana-mana lah, wayang ke, boling ke…nak?”aku tersenyum dengan pelawaannya. Lantas aku mengangguk sambil tersenyum. Dia kembali tersenyum padaku.

Aku berjalan sedikit terbelakang dari Adam dan teman wanitanya, Maya. Aku tak sangka pula Adam membawa Maya bersama malam ini. Aku ingat dia hanya ingin keluar berdua bersama ku. Aku memerhati sahaja mereka berdua. Sungguh mesra. Hatiku terasa sakit. Sabar Rafi!! ingat, Maya tu teman wanita Adam, bukan kau. Kau tak boleh cemburu, kau tak layak cemburu dan kau tak ada hak untuk cemburu. Berkali-kalai aku cuba meyakinkan diriku berharap hatiku akan tenang walau sakitnya tuhan sahaja yang tahu. Ya tuhan, bantu aku lagi!”
“cerita ni ok tak Fi?!”soalan Adam yang tiba-tiba itu mengejutkan aku dari lamunan. Adam dan Maya melihat ke arahku sambil Adam menunjukan sebuah poster berdekatan dengan kaunter tiket panggung wayang ini.
“Rafi ok je tu, tak perlu Tanya.”ujar Maya sebelum sempat aku bersuara. Aku memandangnya sebelum mataku kembali kepada Adam. Adam juga berbuat begitu.
“ak..aku ok je.”balasku sambil tersenyum. Adam membalas senyumanku sebelum dia menuju ke kaunter tiket bersama Maya. Maya sempat menjeling ke arah ku.
Didalam panggung, Maya sengaja duduk di tengah antara aku dan Adam. Dia sengaja tak mahu aku duduk bersebelahan dengan Adam. Ini bukan kali pertama, sudah beberapa kali. Maya memang sejak awal lagi memang tak suka dengan aku. Dia tahu siapa aku yang sebenar dan dia mahu melindungi teman lelakinya. Maya tahu? ya dia tahu. Dia satu sekolah dengan aku dulu. Dia diantara 200 orang yang menjadi saksi aku dipermalukan dikhalayak umum. Peristiwa hitam yang menjadi parut dalam jiwa ku.
“aku pergi toilet jap.”ujar Adam sambil memberikan dulang berisi makanan padaku. Kami baru sahaja selesai menonton wayang dan kini sedang berada di sebuah restoran makanan segera yang dibuka 24 jam. Belum sempat aku berkata apa-apa Adam sudah menghilang. Aku melepaskan keluhan berat sebelum menuju ke meja kami tadi. Maya memandang ke arahku sebaik dulang itu ke letak ke atas meja.
“Adam mana?”soal Maya sambil memandang sekeliling.
“toilet.”jawabku ringkas sambil menghenyakkan punggung di kerusi dihadapan Maya. Maya memandangku sambil tersenyum sinis.
“kenapa?”soal ku yang tidak selesa dengan pandangan Maya.
“tak ada apa, Cuma aku terasa macam aku ni….bermadu dengan kau.”ujarnya sinis. Aku sedikit tersentak.
“ap…apa maksud kau?”
“Adam tu, layan kau lebih lagi dari dia layan aku. Dah macam kau pulaka yang awek dia, bukan aku.”ujar Maya yang mula meluahkan ketidak puasan hatinya. Aku hanya hanya mendengar.
“setiap kali aku keluar dengan Adam, dia tak habis-habis cerita paal kau, Rafi itu, Rafi ini, Rafi macam tu, Rafi macam ni…rimas tau tak! sakit telinga aku ni!”
“habis tu kau nak aku buat apa?”soalku yang masih cuba menahan sabar.
“jauhkan diri dari Adam!! aku tak mahu dia jadi macam kau, jijik!!”ujar Maya keras. Darahku berasa bergerak laju.
“aku tahu kau siapa, aku tahu apa perassaan kau pada Adam, aku boleh Nampak semua tu.” ujarnya lagi. Aku menarik nafas dalam cuba bertahan.
“tapi aku dengan Adam…”
“jangan sampai aku terpaksa cerita pada semua orang tentang diri kau tu? dan kalau aku terpaksa, aku akan pastikan Adam orang pertama yang akan tahu.”pintasnya mengugut. Pandanganku mencerun. Dadaku berombak. Tidak, Adam tak boleh tahu, Adam tak boleh tahu aku siapa!!
“bincang apa ni? serius je.”ujar Adam yang tiba-tiba muncul.
“eh awak..”ujar Maya sambil tersenyum manja. Aku lantas bangun dari dudukku, aku tak boleh diam disini. Aku mesti beredar.
“eh..Fi, nak pergi mana?”tahan Adam.
“toilet.”jawab ku ringkas tanpa memandang wajah Adam. Aku lantas masuk ke dalam tandas dan cuba menenangkan diriku. Kata-kata Maya tadi bermain di dalam fikiranku. Aku dah agak dah perkara macam ni akan berlaku sejak pertama kali aku tahu tentang hubungan Adam dan Maya. Ya Allah, untuk kesekian kalinya, bantu aku!!



bersambung lagi....


AnnasYusry  ^___^


Sebuah Pilihan



Ramai orang kata, menjadi orang macam kita ini adalah pilihan kita sendiri? betul ke? Mungkin ada yang memang pilihan sendiri, mungkin ada juga yang terpaksa or dipaksa.


tapi bagi aku, aku tak pernah pun pilih nak jadi PLU. Tak pernah sesiapa pun yang bagi aku pilihan untuk memilih.

Bukan aku nak salahkan sesiapa, apatah lagi nak salahkan tuhan, tapi aku memang terlahir dengan naluri sebegini. Sejak kecik lagi aku dah berkeinginan pada lelaki. Masa tu 'GAY' tu pun aku tak tahu apa benda, apatah lagi istilah-istilah lain.

Aku ingat lagi, dulu aku ada seorang kawan, kita bagilah nama dia Ali ( bukan nama sebeanr ). Masa tu aku baru lima tahun, si Ali ni empat tahun. Aku masa tu dah masuk tadika, Ali belum lagi. Dia memang selalu tunggu kat depan rumah aku masa aku balik dari tadika. Ali ni duk sebelah rumah aku je. Masa tu pulak aku duk kampung, tadika pun dekat je dengan rumah, so aku selalu pergi balik tadika sendiri je.

Ali ni selalu tunggu aku sebab nak main sama-sama. Boleh kata setiap hari dia tunggu. Dan dia suka sangat ikut aku termasuk masa aku nak tukar baju. Tak tahu kenapa waktu tu aku bukan setakat tak kisah, tapi aku suka bila dia tengaok aku tukar baju. Biasalah style budak-budak tukar baju, bogel dulu, baru pakai baju lain.

Pernah sekali tu tak tahu apa dah masuk kepala otak aku, aku suruh dia pegang aku punya k****. Masa tu tak la pulak aku fikir pasal sex ke apa, budak lima tahun mana tahu pasal benda tu. Dia ikut je cakap aku, dia memang nak pegang, tapi tak jadi sebab tiba-tiba abang aku masuk bilik. Aku cepat-cepat pakai baju dan terus keluar.

Lepas tu tak ada apa dah yang berlaku antara aku dan dia. Bila aku fikir balik mungkin masa tu Allah nak selamatkan aku dari terus masuk ke dunia ni seawal usia itu.

Lepas dari hari tu memang dah tak ada apa dah jadi antara aku dan si Ali ni sampailah aku pindah masa aku tujuh tahun.

Masa aku umur lapan tahun kot, aku tak ingat sangat, masa tu kali pertama aku tengok video blue, masa aku dok selongkar almari dalam bilik aku (aku kongsi bilik dengan abang aku), tiba-tiba aku terjumpa VCD, aku tak tahu tu VCD apa, tapi aku dah boleh agak. Kalau itu VCD biasa takkan abang aku sorok kat dalam almari. Tapi masa tu line tak clear, kakak aku ada kat rumah, so tak dapatlah aku nak tengok VCD tu, tv ada kat ruang tamu je, komputer pun kat ruang tamu jugak, so aku simpan balik VCD tu.

Hari sabtu, kadang-kadang memang aku tinggal seorang dirumah, mak dan abah aku kerja, kakak-kakak dan abang aku pulak pergi kokurikukum kat sekolah, so aku yang darjah dua ni mana ada terlibat dalam aktiviti macam tu, so tinggallah aku seorang dirumah, waktu ni lah aku ambil peluang nak tengok VCD tu.

Aku selongkar balik almari tu dan jumpa balik VCD tu. Aku terus pasang kat VCD player. Excited giler ni, lagi-lagi kat sekolah, kengkawan semua dah dok citer pasal video lucah. Mana diorang tengok aku pun tak tahu. Itulah kali pertama aku tengok kemaluan perempuan dan kemaluan lelaki lain. Aku ingat lagi waktu tu aku lebih berminat nak tengok pelakon lelaki tu punya senjata daripada pelakon perempuan tu punya. Tengok senjata orang putih yang besar tu, aku rasa terpegun. BESAR GILER. Sejak dari tu aku memang selalu tengok VCD. Abang akulah suppliernya. Tapi dia tak tahu yang aku curi-curi tengok VCD tu.

Dan setiap kali aku tengok VCD tu, memang aku akan fokus pada lelaki. Kenapa?! Tak siapa ajar aku benda-benda ni, semuanya aku belajar sendiri dengan naluri aku sendiri.

Jadi, adakah ini pilihan aku sendiri???



Tapi alhamdulillah, sampai sekarang, Allah masih pelihara aku, setakat ni aku hanya berzina mata sahaja, tak pernah lagi aku buat perkara-perkara yang tak betul ni, banyak kali peluang datang, tapi setiap kali tulah, ada saja yang berlaku. Tulah yang aku cakap tadi, Allah masih pelihara aku.

Sekarang ni aku berharap agar aku masih terus dipelihara, aku selalu dengar orang-orang macam kita ni cakap, sekali dah terjebak, memang susah nak keluar. seleum aku tersiksa untuk keluar, lebih baik aku elakkan diri dari terjebak. Betul tak???


AnnasYusry  ^___^

Wednesday, 20 February 2013

Lempeng Hangus



Pagi tadi, masa aku bangun tidur, aku terbau satu bau yang sedap dari dapur, bila bangun rupanya mak tercinta buat lempeng untuk sarapan pagi...hahahha...

lama dah tak makan benda ni,

then aku teringat lagu ni...



nak dijadikan cerita, aku cari lagu ni kat youtube, then the whole day aku dok nyanyi lagu ni sensorang..hahah

haru betul....  -_-!


AnnasYusry  ^___^

Tuesday, 19 February 2013

Gay Fanfics - Yaoi Manga




Rasanya ramai kot yang dah tahu apa dia Gay Fanfics dan Yaoi Manga, tapi tak pelah, pada yang belum tahu, meh sini aku kasi tahu, fanfics tu adalah gabungan perkataan FAN dan FICTIONS, maksudnya sesebuah cerita, cerpen, atau novel (fiksyen) yang ditulis secara amatur oleh FANS (peminat) berdasarkan artis-atis pujaan mereka.








Aku selalu juga baca fanfics kat site atas ni, especially cerita yang bertemakan gay. So dah nama pun Asianfanfics, dah tentulah ceritanya berdasarakan artis-artis asia, mostly K-pop Idol. Boleh try baca, ceritanya boleh tahan gak, semuanya dalam bahasa inggeris, kalau korang bernasib baik jumpalah yang bahasa melayu, tapi sangat rare. Jangan expect yang gempak sangat, sebab diorang ni semua amatur.





Yaoi Manga ni rasanya aku tak yah nak cerita panjanglah, rasanya ramai tahu dah kot. Manga atau komik yang bertemakan gay, banyak gak yang dah di animekan. Aku selalu baca yaoi manga kat site yang atas ni. Banyak yang ada kat sini.

yang ni faveret aku, sape pernah baca or tengok animenya???

Tapi, apa yang aku nak cerita bukan pasal gay fanfics atau yaoi manga ni, tapi yang aku nak cerita adalah tentang para penulisnya. Mungkin ada yang dah tahu, mungkin ada yang tidak, yang belum tahu tu meh sini aku cerita lagi.

 Tahukah anda, hampir kesemua penulis gay fanfics dan yaoi manga ini adalah PEREMPUAN? dan majoriti pembacanyapun adalah PEREMPUAN.

Tulah dia, masa aku mula tahu tentang 'FAKTA' ini pun aku rasa macam....


Bila dah lama-lama aku mula fikir, kenapa perempuan suka pada benda yang macam ni? apa yang diorang rasa tentang golongan gay ni? diorang suka ke? diorang suka ke artis pujaan mereka ni gay? ada ke golongan yang macam ni kat Malaysia??????

I dont get it...seriously!!




AnnasYusry ^___^


Monday, 18 February 2013

Bukan Untukku (Bahagian I)


Bukan Untukku (Bahagian I: Aku dan Adam)



Perlahan aku membuka mata yang berat. Penglihtan yang mulanya kabur bertukar terang perlahan-lahan. Aku memerhati keadaan sekeliling yang kelihatan agak asing.
                “dah bangun?”kedengaran satu suara dari sisiku. Aku memandang wajah lelaki tersebut. Siapa dia? Aku tak kenal. Aku cuba untuk bangun dari pembaringan. Lelaki tadi membantu aku bangun. Aku duduk bersandar di kepala katil.
                “kau kat pusat kesihatan. Kau pengsan tadi kat padang kawad.”terangnya selepas melihat aku yang kebingungan. Aku cuba mengingat semula apa yang berlaku. Oh ya, memang tadi aku ke padang kawad untuk kawad rutin pelajar semester satu setiap hari rabu. Aku memang tidak berapa sihat sejak beberapa hari. Tapi aku gagahkan juga diri ke padang kawad. Malas rasanya nak pusat kesihatan ni hanya untuk mendapatkan surat cuti sakit. Aku fikir aku masih mampu, tak sangka aku boleh pengsan. Aku kembali memandang lelaki tadi yang duduk kemas di sebelah katilku. Siapa dia ni? Aku cuba menyelak helaian-helaian memori dalam mindaku. Tapi aku masih gagal mengenal pasti siapa dia. Lelaki tadi tersenyum melihatku terpinga-pinga.
                “Aku adam.”Adam memperkenalkan dirinya sambil menghulur tangan salam perkenalan.
                “Rafi.”ujarku sambil menyambut huluran tangannya. Itulah detik perkenalan aku dan Adam dua tahun dulu. Dia yang membawa aku ke pusat kesihatan selepas aku pengsan di padang kawad. Kenapa dia yang bawa aku? Sebabnya dia yang berada dibelakangku waktu itu. Bila diingatkan semula malu gila rasanya. Aku masih ingat, sehari selepas kejadian tu semua orang pandang aku dengan pandangan pelik. Pelik sangat ke pengsan di padang kawad?? Mungkin sebab yang pengsa tu lelaki. Kadang-kadang aku ketawa sendiri mengingatkan kejadian itu.
                Sejak itu juga aku mula berkawan dengan Adam. Mulanya hanya kenalan biasa, namun makin hari makin rapat. Kami mengambil kursus yang berbeza, namun entah kenapa kami kerap berjumpa di luar kelas walaupun kami tak pernah berjanjipun nak berjumpa.

                “lah…muka kau lagi..tak ada muka lain ke aku nak jumpa?”ujar ku selamba sebaik terserempak dengan Adam di kafetaria.
                “Aku dah kata kat kau banyak kali dah, kita ni memang ada jodoh.”ujar Adam selamba sambil duduk dihadapanku. Kami berdua ketawa serentak. Itulah kata-kata yang sering diucapkan olehnya. ‘kita ni memang ada jodoh’.
Ditakdirkan, pada semester ke dua, kami ditempatkan dalam bilik yang sama di kolej kediaman. Agak terkjut, tapi aku senang.
“aku sebilik dengan kau ke?”soal Adam sambil meletakan begnya. Aku hanya melihatnya sambil tersenyum.
“jodoh kau memang dengan aku.”ujarku selamba. Kami berdua ketwa lagi. Sejak itu, aku dan Adam menjadi sangat rapat. Kemanapun kami akan bedua. Aku sangat gembira berkawan dengannya. Ada saja modalnya untuk buat aku ketawa.
Semester berikutnya kami berdua berpindah ke rumah sewa. Kami menyewa sebuah bilik. Termasuk kami, ada enam orang yang menyewa dirumah tu. Mereka semua dah bekerja, hanya kami yang masih belajar. Hubungan kami masih seperti biasa, rapat. Dia selalu menumpangku ke kampus dengan motorsikalku. Murah katanya, sekali-sekali kami akan pergi dengan keretanya. Itupun kalau cuaca tak elok.
“Fi, tengok wayang jom.”ajaknya tiba-tiba.
“Aku banyak kerja la.”balasku sambil masih tetap mengadap laptopku. Aku tersenyum sendiri. ‘Fi’, itulah panggilan yang digunanya untukku. Selain dari keluarga aku yang panggil aku Angah, semua orang yang aku kenal dalam dunia ni panggil aku Rafi, hanya Adam seorang sahaja yang memanggil aku dengan nama tu. Tak tahu kenapa, tapi aku suka. Nama tu Nampak ‘cute’ sesuai dengan aku yang memang ‘cute’..hihihi..angkat bakul !.
“jomlah, bosan lah.”rengek Adam. Aku memandangnya sekilas yang sedang baring meniarap di atas tilamnya sambil memandang ku.
“cerita apa?” soal ku.
“tak kiasahlah apa-apa pun.”
“Ajaklah awek kau.”balasku lagi sambil kembali mengadap laptop.
“tak nak, aku nak tengok wayang dengan kau.”rengek Adam seakan anak kecil. Aku tergelak kecil.
“yelah, yelah…jom.”ujarku bersetuju.
“betul ni?”soal Adam sambil bangun dari pembarigannya.
“yelah.”balasku.
“yes…ni yang aku tambah sayang kat kau ni.”ujarnya gembira. Aku hanya ketawa melihat tingkahnya. Adam lantas bangun dan menuju ke almari pakaiannya. Baju T nya dibuka dan dia mula membelek baju-baju lain di dalam almari. Melihat tubuh putih tidak berbajunya itu membuatku rasa malu. Aku lantas berpaling mengadap ke tempat lain. Jantungku berdegup kencang. Aku mula perasan tentang perasaan sebegini sejak beberapa bulan lepas. Aku mula perasan yang aku ada perasaan lain pada Adam. Perasaan liar yang dulu pernah aku tundukan dan kini dia bangkit semula.
“oi…cepatlah tukar baju.”perintah Adam. Aku bangun dan mengambil bajuku dari dalam almari. Aku lantas menuju ke bilik air dan menukar baju. Sejak aku sedar tentang perasaan ini, aku tidak lagi menukar baju di hadapan Adam. Aku takut perasaan liar ini akan lebih liar.
Sejak belakangan ini, aku  mula sedar tentang perkara ini. Layanan baik dan ambil berat yang ditunjukan Adam padaku telah membangkitkan semula naluri songsang yang selama ini Berjaya aku tidurkan. Naluri songsang? ya, aku bernaluri songsang. Rahsia besar yang berjaya aku simpan sekian lama, aku suka pada lelaki. Sebenarnya aku tak suka menggunakan istilah naluri songsang, gay, homoseksual atau PLU. Bagi aku istilah-istilah itu terlalu berat dan agak menghina. Aku lebih gemar menggunakan istilah yang aku ciptakan sendiri iaitu OKN, ‘Orang Kelainan Naluri’. Bagiku, orang seperti ku adalah seorang orang cacat. Bukan cacat anggota, tetapi cacat dari segi emosi dan naluri. Bukan aku minta untuk berperasaan sebegini. Perasaan ini lahir sendiri. Aku pernah terbaca satu ungkapan di dalam sebuah laman web, katanya “if being gay is a choice, then when you decide to be straight?”. Maksudnya, jika  menjadi gay itu adalah satu pilihan, jadi bila kamu membuat keputusan untuk jadi lelaki tulen? . Mulanya aku hanya ketawa mendengarnya, kerana ia kedengaran seakan satu bahan jenaka, tapi lama-kelaman aku sedar ianya benar. Aku alaminya sendiri. Aku tak pernah memilih untuk jadi gay atau berperasaan pada sesama jenis, perasaan itu hadir sendiri tanpa aku dapat berbuat apa-apa.
Dulu perasaan ini pernah bermaharaja lela sehingga aku dipulaukan semua orang disekolah sehingga memakasa aku bertukar ke sekolah lain. Sehingga ayah aku tak mengaku aku anaknya dan memaksa aku terperap di wad psikiatri selama empat bulan kerana kemurungan. Sejak itu aku mula belajar mengawal perasaan ini dan aku Berjaya menundukannya bila aku sedar ianya salah dan satu dosa yang besar. Tapi entah kenapa kini perasaan itu bangkit semula untuk Adam. Jujur aku katakan tak pernah ada sesiapa di dalam dunia ini yang melayan aku sebaik layanan Adam terhadapku. Adam melayanku dengan sangat baik dan seakan aku ini sangat berharga buatnya. Tapi dia memang begitu. Bukan sekadar dengan aku, dia memang baik dengan semua orang. Tapi aku masih tidak dapat menafikan yang sifatnya itulah yang membuatku tertarik padanya. Tambahan pula Adam memang seorang yang kacak, bergaya. Pendek kata dia memang sempurna pada pandangan mata.
“cerita apa kau ajak aku tengok ni?”gerutuku pada Adam selepas hampir setengah jam filem  ditayangkan. Adam hanya tersenyum memandangku menyerlahkan lagi kemanisan wajahnya.
“manalah aku tahu cerita ni sebosan ni.”ujar Adam cuba mempertahankan dirinya.
“buat habis duit aku je tau tak, RM10 tu kalau bawa kat KFC boleh kenyang tau.”protes ku lagi. Adam hanya tersengeh-sengeh.
“ala, nanti aku belanja la kau.”katanya sambil meletakan kepalanya kebahuku. Aku kaget. Badanku keras tiba-tiba. Terkejut dengan tindakan Adam itu.
“ni…..ni apahal pulak kau ni?”soalku sambil cuba mengawal suara supaya Adam tidak mengesan perasaanku saat itu.
“tumpang bahu kau sekejap, aku nak tidur.”jawabnya selamba. Aku melirik kewajahnya, matanya tertutup. Aku memandang wajahnya lama. Terasa ingin saja aku memeluknya saat ini, namun aku tahan. ‘Ya Allah, bantu aku ya Allah.’ doaku didalam hati. Akhirnya aku hanya membiarkan Adam tertidur dibahuku sehingga filem tamat ditayangkan. Aku tahu Adam memang baik dengan semua orang, dia memang mesra dengan semua orang, tapi adakah dia semanja ini dengan semua orang? yang itu aku sendiri tidak pasti.
Aku duduk sendiri dibangku restoran makanan segera kegemaran ramai ini sambil menunggu Adam membeli makanan. Sesekali aku memicit-micit bahuku yang terasa lenguh.
“kenapa dengan bahu tu?”soal Adam sambil meletakan dulang berisi ayam-ayam goreng dan beberapa hidangan lain diatas meja.
“kepala kaulah…berat.”ujar selamba sambil mencapai air mountain dew yang aku pesan tadi. Adam hanya tersengeh.
“Sory la….aku tertidur betul-betul….ingat nak baring je…”ujarnya. Melihatkan kelakuan Adam ini, aku mula terfikir, kalaulah Adam tahu siapa diri aku yang sebanar, kalaulah dia tahu perasaan aku padanya, mahukah dia tersenyum begitu lagi padaku? memikirkannya sahaja sudah membuat hatiku terasa sakit.
“kau okey tak ni? sakit sangat ke bahu tu?”soal Adam sebaik melihat aku terdiam seketika.
“eh…tak ada apalah..”dalihku sambil menarik pingganku mendekat.
“mana French fries?”soalku cuba mengalih perhatian Adam.
“French fries?”soal Adam kembali.
“laa…kan aku dah pesan tadi.”Adam mula menggaru kepala. Lupalah tu.
“ala…tu kan ada wedges..”ujarnya kembali.
“aku tak nak wedges, aku nak French fries.”rengekku mengada-ngada.
“ala…mengada-ngada la kau, kejap aku pergi beli.”ujarnya sambil bangun dan kembali menuju ke kaunter. Aku tersenyum menang sambil melihatnya kembali ke kaunter. Berharap sangat tak akan ada apa yang terjadi yang boleh merosak hubungan aku dan Adam. Biarlah hubungan ini kekal begini.
Beberapa bulan ni, hari-hariku berjalan seperti biasa, peperiksaan akhirpun makin dekat, aku makin sibuk dengan pelabagai tugasan dan ulangkaji, begitu juga dengan Adam. Alhamdulillah, imanku masih kuat sehingga kini. Aku masih mampu menahan perasaanku walaupunku sedar makin hari perasaanku padanya semakin menebal. Aku akan terus bertahan selagi termampu.
Aku berjalan masuk ke kafetaria, mataku melilau mencari Adam, tak sampai lagikah dia? Aku mula mencari kerusi kosong dan duduk disitu sambil menunggu Adam. Memang kebiasaannya kami akan kesini untuk makan tengah hari. Seketika kemudian, telefon bimbit yang kuletak dalam mod senyap bergetar menandakan ada pesanan masuk. Aku lantas mencapai telefon bimbitku. Tertera nama Adam di skrin.
‘Salam, Fi, aku tak dapat makan tengahari dengan kau hari ni, ada hal. Kau makan sendiri ya.’itulah pesanan yang dihantar oleh Adam. ‘hal apa pulak’soalku sendiri sedikit kesal. Lantas nombor Adam kudail. Lama juga masa yang diambilnya untuk menjawab panggilanku.
“helo.”kedengaran suara Adam dihujung talian.
“wei…asal lak ni? soalku.
”aku ada hal sikit.”jawab Adam.
“hal apa pulak?”
“adalah hal aku.”Adam cuba berselindung. Aku menjadi sedikit hairan. Adam tak pernah macam ni, dia tak pernah berahsia dengan aku.
“habis tu aku macam mana? tak kan aku nak makan seroang-seorang kot?”protesku.
“alah, ajaklah sesiapa temankan kau..sorry ya, okey lah..bye.”ucapnya sebelum mematikan panggilan sebelum sempat aku berkata apa-apa. Apa pulak halnya dia ni? hatiku dihambat rasa ingin tahu yang amat sangat. Mahu tak mahu terpaksa juga aku makan tengahhari bersendirian tengahari itu. Sepanjang kelas sebelah petang aku asyik terfikirkan tentang ‘hal’yang dibuat oleh Adam tadi. Apalah agaknya halnya itu. Tamat kelas jam empat petang aku terus ke tempat parkir motorsikal dan menunggu Adam. Kelihatan Adam datang menghampiriku. Kelihatannya dia macam biasa, tiada yang aneh. Kalau ikutkan hati mahu sahaja rasanya aku menyoal siasatnya disitu juga. Aku sengaja tidak bergerak dan memandang Adam tepat tanpa bicara, kot-kot dia nak cerita pasal hal tadi.
“asal? jomlah.”ujarnya sambil duduk membonceng di belakang. Aku yang sedikit kecewa lantas memulas minyak dan mula meninggalkan tempat parkir itu. Sampai sahaja dirumah aku sengaja tidak mahu bercakap dengan Adam. Protes kononya. Entah kenapa aku nak sangat tahu apa yang dia buat tengah hari tadi. Aku meletakan beg di dalam bilik dan terus keruang tamu untuk menonton tv. Adam kulihat juga terus membuat halnya sendiri. Aku makin dihimpit rasa ingin tahu. Geram pula rasanya.


Tunggu sambungannya ya...



AnnasYusry ^___^

Bukan Untukku

Ini cerpen tulisan aku sendiri...
Harap enjoy...





AnnasYusry ^___^

Domino

Pernah Main Domino? pernah buat tak?
Bukan Domino Pizza!!
Domino yang orang duk penat-penat susun pastu diorang runtuhkan...
Aku pernah gakla buat, tapi taklah sebesar viseo ni.
Yang ni memang betul-betul AWESOME!!!



AnnasYusry ^___^

Siapa Aku??







Salam semua...

untuk permulaan ni, rasanya aku nak perkenalkan diri dulu...

Siapa aku?

Nama Annas Yusry, tapi bukan nama sebenar.

Bukan nama sebenar? habis tu apa nama sebenar?

Nama sebenar aku tak leh bagi tahu kat sini.

Kenapa tak boleh bagi tahu? kenapa kena pakai nama lain?

Macam yang aku bagitahu kat dalam pos yang sebelum ni, blog ni aku cipta untuk aku meluahkan isi hati aku yang aku tak boleh luahkan pada kawan-kawan atau facebook.

Kenapa pulak tak boleh bagitahu? apa yang rahsia sangat?

Memanglah rahsia, gila ke apa nak cerita kat semua orang yang aku ni lelaki yang suka pada lelaki????

Gay??

bukan...

Habis tu?

Orang kelainan Naluri (OKN)

Apa benda lak tu?

Aku cipta sendiri istilah tu...kalau korang dah baca cerpen aku 'Bukan Untukku' dalam tu aku dah cerita apa maksudnya.  0_<

Lama dah jadi gay? eh silap..OKN.

Entah, tak tahu, yang aku tahu, sejak kecil lagi aku memang suka pada lelaki. Sejak lahir lah agak nye...hihihi

Ada perasaan pada perempuan?

Ada...so aku boleh kata aku ni bisexual, bukan pure gay. Aku masih ada perasaan pada perempuan, aku masih bernafsu pada perempuan, aku pernah kapel pun dulu (dengan perempuan). But aku just rasa yang aku lebih suka pada lelaki dari perempuan.

Kalau diberi pilihan antara lelaki dan perempuan?

Kalau diberi pilihan, kalau untuk jadi teman hidup, dah tentu aku akan pilih perempuan, tapi kalau untuk *censored* mungkin aku akan pilih lelaki. hihihih


Oklah, tu je kot untuk kali ni.....nanti kita cerita panjang lagi ye...

AnnasYusry  ^___^

Sunday, 17 February 2013

Perkenalan



HELLOOOO!!!!!!

Hello...Assalamualikum...apa kahbar...anyonghaseyo....konichiwa...nihou....guten tag....hola....bonjour....
apa lagi ye...hahahha...
firsttime tulis blog....
tak la firsttime sangat pun sebenarnya...
but...ni firsttime blog peribadi....
excited....banyak benda nak citer ni...
cerita yang aku tak boleh cerita pada rakan-rakan atau family...
kisah , cerita dan luahan dari sisi aku yang lain...dunia aku yang satu lagi...
apa benda ni??..hahha..suspen tak?...anyway...hope blog ni boleh jadi tempat aku luahkan perasaan yang tak dapat aku luahkan sebelum ni...sebelum menamatkan post yang pertama ni, terimalah pantun dari saya...

buah cempedak diluar pagar,
ambik galah tolong jolokan,
saya budak baru belajar,
kalau salah tolong tunjukan...


^_____^
AnnasYusry