Monday, 18 February 2013

Bukan Untukku (Bahagian I)


Bukan Untukku (Bahagian I: Aku dan Adam)



Perlahan aku membuka mata yang berat. Penglihtan yang mulanya kabur bertukar terang perlahan-lahan. Aku memerhati keadaan sekeliling yang kelihatan agak asing.
                “dah bangun?”kedengaran satu suara dari sisiku. Aku memandang wajah lelaki tersebut. Siapa dia? Aku tak kenal. Aku cuba untuk bangun dari pembaringan. Lelaki tadi membantu aku bangun. Aku duduk bersandar di kepala katil.
                “kau kat pusat kesihatan. Kau pengsan tadi kat padang kawad.”terangnya selepas melihat aku yang kebingungan. Aku cuba mengingat semula apa yang berlaku. Oh ya, memang tadi aku ke padang kawad untuk kawad rutin pelajar semester satu setiap hari rabu. Aku memang tidak berapa sihat sejak beberapa hari. Tapi aku gagahkan juga diri ke padang kawad. Malas rasanya nak pusat kesihatan ni hanya untuk mendapatkan surat cuti sakit. Aku fikir aku masih mampu, tak sangka aku boleh pengsan. Aku kembali memandang lelaki tadi yang duduk kemas di sebelah katilku. Siapa dia ni? Aku cuba menyelak helaian-helaian memori dalam mindaku. Tapi aku masih gagal mengenal pasti siapa dia. Lelaki tadi tersenyum melihatku terpinga-pinga.
                “Aku adam.”Adam memperkenalkan dirinya sambil menghulur tangan salam perkenalan.
                “Rafi.”ujarku sambil menyambut huluran tangannya. Itulah detik perkenalan aku dan Adam dua tahun dulu. Dia yang membawa aku ke pusat kesihatan selepas aku pengsan di padang kawad. Kenapa dia yang bawa aku? Sebabnya dia yang berada dibelakangku waktu itu. Bila diingatkan semula malu gila rasanya. Aku masih ingat, sehari selepas kejadian tu semua orang pandang aku dengan pandangan pelik. Pelik sangat ke pengsan di padang kawad?? Mungkin sebab yang pengsa tu lelaki. Kadang-kadang aku ketawa sendiri mengingatkan kejadian itu.
                Sejak itu juga aku mula berkawan dengan Adam. Mulanya hanya kenalan biasa, namun makin hari makin rapat. Kami mengambil kursus yang berbeza, namun entah kenapa kami kerap berjumpa di luar kelas walaupun kami tak pernah berjanjipun nak berjumpa.

                “lah…muka kau lagi..tak ada muka lain ke aku nak jumpa?”ujar ku selamba sebaik terserempak dengan Adam di kafetaria.
                “Aku dah kata kat kau banyak kali dah, kita ni memang ada jodoh.”ujar Adam selamba sambil duduk dihadapanku. Kami berdua ketawa serentak. Itulah kata-kata yang sering diucapkan olehnya. ‘kita ni memang ada jodoh’.
Ditakdirkan, pada semester ke dua, kami ditempatkan dalam bilik yang sama di kolej kediaman. Agak terkjut, tapi aku senang.
“aku sebilik dengan kau ke?”soal Adam sambil meletakan begnya. Aku hanya melihatnya sambil tersenyum.
“jodoh kau memang dengan aku.”ujarku selamba. Kami berdua ketwa lagi. Sejak itu, aku dan Adam menjadi sangat rapat. Kemanapun kami akan bedua. Aku sangat gembira berkawan dengannya. Ada saja modalnya untuk buat aku ketawa.
Semester berikutnya kami berdua berpindah ke rumah sewa. Kami menyewa sebuah bilik. Termasuk kami, ada enam orang yang menyewa dirumah tu. Mereka semua dah bekerja, hanya kami yang masih belajar. Hubungan kami masih seperti biasa, rapat. Dia selalu menumpangku ke kampus dengan motorsikalku. Murah katanya, sekali-sekali kami akan pergi dengan keretanya. Itupun kalau cuaca tak elok.
“Fi, tengok wayang jom.”ajaknya tiba-tiba.
“Aku banyak kerja la.”balasku sambil masih tetap mengadap laptopku. Aku tersenyum sendiri. ‘Fi’, itulah panggilan yang digunanya untukku. Selain dari keluarga aku yang panggil aku Angah, semua orang yang aku kenal dalam dunia ni panggil aku Rafi, hanya Adam seorang sahaja yang memanggil aku dengan nama tu. Tak tahu kenapa, tapi aku suka. Nama tu Nampak ‘cute’ sesuai dengan aku yang memang ‘cute’..hihihi..angkat bakul !.
“jomlah, bosan lah.”rengek Adam. Aku memandangnya sekilas yang sedang baring meniarap di atas tilamnya sambil memandang ku.
“cerita apa?” soal ku.
“tak kiasahlah apa-apa pun.”
“Ajaklah awek kau.”balasku lagi sambil kembali mengadap laptop.
“tak nak, aku nak tengok wayang dengan kau.”rengek Adam seakan anak kecil. Aku tergelak kecil.
“yelah, yelah…jom.”ujarku bersetuju.
“betul ni?”soal Adam sambil bangun dari pembarigannya.
“yelah.”balasku.
“yes…ni yang aku tambah sayang kat kau ni.”ujarnya gembira. Aku hanya ketawa melihat tingkahnya. Adam lantas bangun dan menuju ke almari pakaiannya. Baju T nya dibuka dan dia mula membelek baju-baju lain di dalam almari. Melihat tubuh putih tidak berbajunya itu membuatku rasa malu. Aku lantas berpaling mengadap ke tempat lain. Jantungku berdegup kencang. Aku mula perasan tentang perasaan sebegini sejak beberapa bulan lepas. Aku mula perasan yang aku ada perasaan lain pada Adam. Perasaan liar yang dulu pernah aku tundukan dan kini dia bangkit semula.
“oi…cepatlah tukar baju.”perintah Adam. Aku bangun dan mengambil bajuku dari dalam almari. Aku lantas menuju ke bilik air dan menukar baju. Sejak aku sedar tentang perasaan ini, aku tidak lagi menukar baju di hadapan Adam. Aku takut perasaan liar ini akan lebih liar.
Sejak belakangan ini, aku  mula sedar tentang perkara ini. Layanan baik dan ambil berat yang ditunjukan Adam padaku telah membangkitkan semula naluri songsang yang selama ini Berjaya aku tidurkan. Naluri songsang? ya, aku bernaluri songsang. Rahsia besar yang berjaya aku simpan sekian lama, aku suka pada lelaki. Sebenarnya aku tak suka menggunakan istilah naluri songsang, gay, homoseksual atau PLU. Bagi aku istilah-istilah itu terlalu berat dan agak menghina. Aku lebih gemar menggunakan istilah yang aku ciptakan sendiri iaitu OKN, ‘Orang Kelainan Naluri’. Bagiku, orang seperti ku adalah seorang orang cacat. Bukan cacat anggota, tetapi cacat dari segi emosi dan naluri. Bukan aku minta untuk berperasaan sebegini. Perasaan ini lahir sendiri. Aku pernah terbaca satu ungkapan di dalam sebuah laman web, katanya “if being gay is a choice, then when you decide to be straight?”. Maksudnya, jika  menjadi gay itu adalah satu pilihan, jadi bila kamu membuat keputusan untuk jadi lelaki tulen? . Mulanya aku hanya ketawa mendengarnya, kerana ia kedengaran seakan satu bahan jenaka, tapi lama-kelaman aku sedar ianya benar. Aku alaminya sendiri. Aku tak pernah memilih untuk jadi gay atau berperasaan pada sesama jenis, perasaan itu hadir sendiri tanpa aku dapat berbuat apa-apa.
Dulu perasaan ini pernah bermaharaja lela sehingga aku dipulaukan semua orang disekolah sehingga memakasa aku bertukar ke sekolah lain. Sehingga ayah aku tak mengaku aku anaknya dan memaksa aku terperap di wad psikiatri selama empat bulan kerana kemurungan. Sejak itu aku mula belajar mengawal perasaan ini dan aku Berjaya menundukannya bila aku sedar ianya salah dan satu dosa yang besar. Tapi entah kenapa kini perasaan itu bangkit semula untuk Adam. Jujur aku katakan tak pernah ada sesiapa di dalam dunia ini yang melayan aku sebaik layanan Adam terhadapku. Adam melayanku dengan sangat baik dan seakan aku ini sangat berharga buatnya. Tapi dia memang begitu. Bukan sekadar dengan aku, dia memang baik dengan semua orang. Tapi aku masih tidak dapat menafikan yang sifatnya itulah yang membuatku tertarik padanya. Tambahan pula Adam memang seorang yang kacak, bergaya. Pendek kata dia memang sempurna pada pandangan mata.
“cerita apa kau ajak aku tengok ni?”gerutuku pada Adam selepas hampir setengah jam filem  ditayangkan. Adam hanya tersenyum memandangku menyerlahkan lagi kemanisan wajahnya.
“manalah aku tahu cerita ni sebosan ni.”ujar Adam cuba mempertahankan dirinya.
“buat habis duit aku je tau tak, RM10 tu kalau bawa kat KFC boleh kenyang tau.”protes ku lagi. Adam hanya tersengeh-sengeh.
“ala, nanti aku belanja la kau.”katanya sambil meletakan kepalanya kebahuku. Aku kaget. Badanku keras tiba-tiba. Terkejut dengan tindakan Adam itu.
“ni…..ni apahal pulak kau ni?”soalku sambil cuba mengawal suara supaya Adam tidak mengesan perasaanku saat itu.
“tumpang bahu kau sekejap, aku nak tidur.”jawabnya selamba. Aku melirik kewajahnya, matanya tertutup. Aku memandang wajahnya lama. Terasa ingin saja aku memeluknya saat ini, namun aku tahan. ‘Ya Allah, bantu aku ya Allah.’ doaku didalam hati. Akhirnya aku hanya membiarkan Adam tertidur dibahuku sehingga filem tamat ditayangkan. Aku tahu Adam memang baik dengan semua orang, dia memang mesra dengan semua orang, tapi adakah dia semanja ini dengan semua orang? yang itu aku sendiri tidak pasti.
Aku duduk sendiri dibangku restoran makanan segera kegemaran ramai ini sambil menunggu Adam membeli makanan. Sesekali aku memicit-micit bahuku yang terasa lenguh.
“kenapa dengan bahu tu?”soal Adam sambil meletakan dulang berisi ayam-ayam goreng dan beberapa hidangan lain diatas meja.
“kepala kaulah…berat.”ujar selamba sambil mencapai air mountain dew yang aku pesan tadi. Adam hanya tersengeh.
“Sory la….aku tertidur betul-betul….ingat nak baring je…”ujarnya. Melihatkan kelakuan Adam ini, aku mula terfikir, kalaulah Adam tahu siapa diri aku yang sebanar, kalaulah dia tahu perasaan aku padanya, mahukah dia tersenyum begitu lagi padaku? memikirkannya sahaja sudah membuat hatiku terasa sakit.
“kau okey tak ni? sakit sangat ke bahu tu?”soal Adam sebaik melihat aku terdiam seketika.
“eh…tak ada apalah..”dalihku sambil menarik pingganku mendekat.
“mana French fries?”soalku cuba mengalih perhatian Adam.
“French fries?”soal Adam kembali.
“laa…kan aku dah pesan tadi.”Adam mula menggaru kepala. Lupalah tu.
“ala…tu kan ada wedges..”ujarnya kembali.
“aku tak nak wedges, aku nak French fries.”rengekku mengada-ngada.
“ala…mengada-ngada la kau, kejap aku pergi beli.”ujarnya sambil bangun dan kembali menuju ke kaunter. Aku tersenyum menang sambil melihatnya kembali ke kaunter. Berharap sangat tak akan ada apa yang terjadi yang boleh merosak hubungan aku dan Adam. Biarlah hubungan ini kekal begini.
Beberapa bulan ni, hari-hariku berjalan seperti biasa, peperiksaan akhirpun makin dekat, aku makin sibuk dengan pelabagai tugasan dan ulangkaji, begitu juga dengan Adam. Alhamdulillah, imanku masih kuat sehingga kini. Aku masih mampu menahan perasaanku walaupunku sedar makin hari perasaanku padanya semakin menebal. Aku akan terus bertahan selagi termampu.
Aku berjalan masuk ke kafetaria, mataku melilau mencari Adam, tak sampai lagikah dia? Aku mula mencari kerusi kosong dan duduk disitu sambil menunggu Adam. Memang kebiasaannya kami akan kesini untuk makan tengah hari. Seketika kemudian, telefon bimbit yang kuletak dalam mod senyap bergetar menandakan ada pesanan masuk. Aku lantas mencapai telefon bimbitku. Tertera nama Adam di skrin.
‘Salam, Fi, aku tak dapat makan tengahari dengan kau hari ni, ada hal. Kau makan sendiri ya.’itulah pesanan yang dihantar oleh Adam. ‘hal apa pulak’soalku sendiri sedikit kesal. Lantas nombor Adam kudail. Lama juga masa yang diambilnya untuk menjawab panggilanku.
“helo.”kedengaran suara Adam dihujung talian.
“wei…asal lak ni? soalku.
”aku ada hal sikit.”jawab Adam.
“hal apa pulak?”
“adalah hal aku.”Adam cuba berselindung. Aku menjadi sedikit hairan. Adam tak pernah macam ni, dia tak pernah berahsia dengan aku.
“habis tu aku macam mana? tak kan aku nak makan seroang-seorang kot?”protesku.
“alah, ajaklah sesiapa temankan kau..sorry ya, okey lah..bye.”ucapnya sebelum mematikan panggilan sebelum sempat aku berkata apa-apa. Apa pulak halnya dia ni? hatiku dihambat rasa ingin tahu yang amat sangat. Mahu tak mahu terpaksa juga aku makan tengahhari bersendirian tengahari itu. Sepanjang kelas sebelah petang aku asyik terfikirkan tentang ‘hal’yang dibuat oleh Adam tadi. Apalah agaknya halnya itu. Tamat kelas jam empat petang aku terus ke tempat parkir motorsikal dan menunggu Adam. Kelihatan Adam datang menghampiriku. Kelihatannya dia macam biasa, tiada yang aneh. Kalau ikutkan hati mahu sahaja rasanya aku menyoal siasatnya disitu juga. Aku sengaja tidak bergerak dan memandang Adam tepat tanpa bicara, kot-kot dia nak cerita pasal hal tadi.
“asal? jomlah.”ujarnya sambil duduk membonceng di belakang. Aku yang sedikit kecewa lantas memulas minyak dan mula meninggalkan tempat parkir itu. Sampai sahaja dirumah aku sengaja tidak mahu bercakap dengan Adam. Protes kononya. Entah kenapa aku nak sangat tahu apa yang dia buat tengah hari tadi. Aku meletakan beg di dalam bilik dan terus keruang tamu untuk menonton tv. Adam kulihat juga terus membuat halnya sendiri. Aku makin dihimpit rasa ingin tahu. Geram pula rasanya.


Tunggu sambungannya ya...



AnnasYusry ^___^

4 comments:

  1. teruskan bro ^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. sambungannya akan terbit tak lama lagi..

      Delete
  2. bahagian nih mcm too much skip jer,...erm,..

    ReplyDelete