Thursday, 21 February 2013

Bukan Untukku (Bahagian II)

BAHAGIAN II : My Someone Special


Aku membuka nota-nota kuliahku seperti biasa dan mula mengulang kaji. Kelihatan Adam masuk kedalam bilik dan terus baring ditilamnya sambil menghadapku.
“Fi..”panggilnya lembut. Aku sengaja buat-buat tidak dengar.
“Fi..”panggilnya lagi kini sedikit kuat.
“Apa?”soalku acuh tak acuh.
“kau marahkan aku ya?”solnya.
“kenapa pulak aku nak marah kat kau?”ujarku pula sambil terus membuat beberapa latihan.
“Aku tahu kau marah kat aku sebab tak makan tengah hari dengan kau tadi kan?” duganya. Aku hanya diam tanpa respon. Aku bukan marah, Cuma tak puas hati. Bukan sebab dia tak makan tengah hari bersama denganku, tapi kerana dia menyembunyikan sesuatu dariku. Adam lantas bangun dan mencapai beg sandangnya yang biasa dibawa ke kelas. Aku menjeling dari ekor mata.
“Aku ada something yang buat kau tak marah lagi dengan aku.”ujarnya. Aku sekali lagi pura-pura tak dengar. Adam menghampiriku dan meletakan satu bungkusan yang terhiasan cantik di hadapanku. Aku kaget dan lantas memandang wajahnya.
“Happy Birthday.”ucapnya sambil tersenyum lebar. Tanpa sedar juga aku tersenyum gembira dan terharu. Aku kembali memandang bungkusan tadi.
“jadi inilah ‘hal’ kau tengahhari tadi?”soalku sambil memandang wajahnya sekali lagi. Adam mengangguk dengan senyuman yang tidak lekang dari wajahnya. Aku tersenyum lebar.
“aku ingat tak ada orang yang ingat birthday aku?”ujarku sambil membelek bungkusan sebesar tapak tangan itu.
“janganlah cakap macam tu, aku ingat birthday kau. takkan lupa.”ucapnya lagi. Ya benar, harini memang hari lahirku, tapi tak ramai yang tahu sebab aku tak suka nak kecoh-kecoh pasal hal ni. Di akaun facebook ku juga sengaja ku sembunyikan tarikh lahirku pada pandangan umum. Selain dari ahli keluargaku, Adamlah satu satunya orang yang tahu dan ingat bila hari lahirku.
“bukaklah.”arahnya. Aku lantas mula membuka balutan bungkusan itu perlahan-lahan. Aku kaget melihat isinya. Sebuah jam tangan yang berharga ratusan ringgit. Terkebil-kebil mataku melihat jamtangan itu. Pandanganku beralih melihat jam tangan itu dan Adam silih berganti. Adam masih setia disitu menunggu riaksiku. Aku lantas menyerahkan jam tangan itu kembali pada Adam. Riaksi wajah Adam berubah.
“kenapa?”soalnya.
“aku tak boleh terima benda ni.”ucapku lagi.
“kenapa?”soal Adam lagi.
“mahal sangat jam tu, aku tak boleh.”ucapku. Ya aku tahu jam tu mahal sebab aku kenal dengan jam tu, itu jam idamanku yang pernah kutunjukan pada Adam dulu. Harganya ratusan ringgit dan aku memang tak mampu untuk memiliki jam yang sebegitu. Adam kulihat tersenyum mendengar jawapanku. Aku tak pernah menyangka yang Adam akan membelikan ku jam tangan ini sebagai hadiah hari lahirku. Dulu masa aku menunjukan jam ini padanya, tidak pernah terlintas untuk memintanya membelikan untukku. Aku tahu Adam kaya, tapi aku tak mahu mengambil kesempatan.
“aku beli jam ni ikhlas untuk kau. Ini jam yang kau nak sangat tu kan.”ujarnya sambil menyerahkan kembali jam itu padaku.
“memanglah, tapi tak berniat pun nak mintak kau belikan ke apa.”
“ye aku tahu, sebab kau tak mintaklah aku belikan. Ambil jelah, ini sebagai tanda sayang dan penghargaan aku pada bestfriend aku yang sorang ni.”ucapnya lagi. Entah kenapa tiba-tiba aku berasa sebak. Pertam kali dalam hidup aku terima hadiah semahal ini. Aku jadi buntu, tak tahu apa yang aku nak cakapkan lagi.
“..ak…aku…”suaraku terketar-ketar cuba menyusun kata.
“sama-sama.”pintas Adam. Aku tersenyum mendengar kata-katanya itu. Kami berdua tergelak kecil. Aku memerhati jam tangan yang kini berada dalam tanganku. Adam, kenapa kau buat macam ni? kau tahu tak aku sedang cuba melupakan perasaan aku pada kau, tapi sekarang, perasaan tu dah bertambah. Apa aku patut buat ni. Ya Allah, bantu aku.
Aku membelek-belek jam tangan yang dihadiahkan oleh Adam semalam. Cantik sangat, rasa sayang pula untuk dipakai. Aku meletak semula jam tangan tersebut ke dalam kotak.
“kenapa tak pakai?”soal Adam. Aku memandangnya sekilas sambil meletakkan semula jam tersebut ke dalam almari.
“cantik sangat, sayang nak pakai.”ucapku. Adam mendekati aku. Jam tangan tadi diambil dan dikeluarkan dari kotaknya. Aku hanya melihat tindak-tanduknya. Tangan kiriku diraih dan dengan selamba dia memakai jam tangan itu ditanganku. Aku kaget dengan tindakannya namun tidak ku halang. Darahku bergerak laju.
“Jam ni akan lebih cantik kalau kau pakai.”ucapnya sambil menyemat kemas jam tangan itu pergelangan tanganku.
“tu kan cantik tu.”ucapnya sambil tersenyum lebar. Terkebil-kebil mataku sambil cuba menyembunyikan gelojak perasaan dalam dadaku.
terima kasih.”ucapku ringkas sambil berlalu pergi meninggalkan Adam yang sedikit terpinga-pinga. Adam!! kau buat lagi!!.Kadang-kadang timbul cuga rasa curiga dalam diri aku, kenapa Adam begitu baik dengan aku? kenapa dia terlalu mesra dengan aku? dan kenapa dia terlalu manja dengan aku? dia sudah ada teman wanita, tapi kenapa dia lebih banyak habiskan masa dengan aku? adakah dia juga macam aku?  dan adakah dia berperasaan yang sama macam aku? adakah aku sebenarnya tidak bertepuk sebelah tangan? persoalan-persoalan ini makin ligat bermain dalam kepala otak aku. Kadang-kadang aku berasa gembira, tapi kadang-kdang aku berasa takut. Takut aku akan lebih tercampak jauh ke dalam lembah hitam ini. Bagiku, aku mungkin tidak mampu untuk kembali ke tengah laluan, tapi paling tidak aku masih perlu kekal di tepi dan tidak tersasar. Langkahku mungkin tempang, tapi paling tidak aku tak menyimpang dari jalan sepatutnya.
Peperiksaan akhir berlalu, cuti semester pula menjelang. Sekali lagi aku dan Adam terpisah seketika untuk beberapa minggu. Aku pulang ke Perak dan Adam pula kembali ke Selangor. Cuti semester kali ini kurasa sangat lain, aku berharap ianya cepat habis sebab aku mahu bertemu dengan Adam lagi. Aku rindu padanya, sangat rindu. Hampir setiap hari paling tidak aku akan menghantar pesanan ringkas padanya. Dan dia pasti balas. Kalau tidak melalui handphone,melalui facebook. Kadang-kadang kami akan buat video call. Rindu benar aku pada wajah manis itu.
“assalamualaikum.”aku memberi salam sambil membuka pintu rumah sewa ku. Rumah pangsa di tingkat Sembilan itu sunyi. Adam mungkin belum balik lagi. Aku sengaja pulang awal ke rumah sewa. Semester akan bermula semula minggu hadapan. Aku menutup pintu dan terus mengheret beg-begku masuk ke dalam bilik. Sebaik sahaja aku masuk ke dalam bilik aku merasakan seseorang memeluk aku dari belakang. Aku kaget lantas aku bergelut cuba melepaskan diri. Aku cemas. Namun seketika kemudian pelukan ditubuhku dilepaskan dan aku terdengar bunyi orang ketawa. Aku berpaling ke belakang.
“Adam!!”ucapku dengan nafas termengah-mengah. Adam masih ketawa, kelakar benar agaknya melihat aku terkejut sebegitu. Bila pulak dia ni balik?
“bila kau balik? tak baik tau buat aku macam tu, boleh kena heart attack tau.!” komplenku sambil mengutip semula beg-begku yang ku campak tadi.
“sorry la…”ucapnya dalam sisa tawa.
“aku ingat entah penyangak mana la tadi nak ambil kesempatan kat aku..dah la aku ni comel.”ujarku selamba sambil bergurau. Adam ku lihat makin galak ketawa. Aku turut tersenyum senang. Rindu benar aku pada wajah yang satu ni. Aku lantas meletakan beg-begku di tepi almari baju sebelum merebahkan badanku pada tilam. Adam ku lihat turut merebahakan badannya di tilamnya disebelahku.
“Fi.”panggilnya lembut. Aku yang tadi menghadap dinding berpaling memandangnya.
“malam ni keluar nak?”ajaknya.
“pergi mana?”
“mana-mana lah, wayang ke, boling ke…nak?”aku tersenyum dengan pelawaannya. Lantas aku mengangguk sambil tersenyum. Dia kembali tersenyum padaku.

Aku berjalan sedikit terbelakang dari Adam dan teman wanitanya, Maya. Aku tak sangka pula Adam membawa Maya bersama malam ini. Aku ingat dia hanya ingin keluar berdua bersama ku. Aku memerhati sahaja mereka berdua. Sungguh mesra. Hatiku terasa sakit. Sabar Rafi!! ingat, Maya tu teman wanita Adam, bukan kau. Kau tak boleh cemburu, kau tak layak cemburu dan kau tak ada hak untuk cemburu. Berkali-kalai aku cuba meyakinkan diriku berharap hatiku akan tenang walau sakitnya tuhan sahaja yang tahu. Ya tuhan, bantu aku lagi!”
“cerita ni ok tak Fi?!”soalan Adam yang tiba-tiba itu mengejutkan aku dari lamunan. Adam dan Maya melihat ke arahku sambil Adam menunjukan sebuah poster berdekatan dengan kaunter tiket panggung wayang ini.
“Rafi ok je tu, tak perlu Tanya.”ujar Maya sebelum sempat aku bersuara. Aku memandangnya sebelum mataku kembali kepada Adam. Adam juga berbuat begitu.
“ak..aku ok je.”balasku sambil tersenyum. Adam membalas senyumanku sebelum dia menuju ke kaunter tiket bersama Maya. Maya sempat menjeling ke arah ku.
Didalam panggung, Maya sengaja duduk di tengah antara aku dan Adam. Dia sengaja tak mahu aku duduk bersebelahan dengan Adam. Ini bukan kali pertama, sudah beberapa kali. Maya memang sejak awal lagi memang tak suka dengan aku. Dia tahu siapa aku yang sebenar dan dia mahu melindungi teman lelakinya. Maya tahu? ya dia tahu. Dia satu sekolah dengan aku dulu. Dia diantara 200 orang yang menjadi saksi aku dipermalukan dikhalayak umum. Peristiwa hitam yang menjadi parut dalam jiwa ku.
“aku pergi toilet jap.”ujar Adam sambil memberikan dulang berisi makanan padaku. Kami baru sahaja selesai menonton wayang dan kini sedang berada di sebuah restoran makanan segera yang dibuka 24 jam. Belum sempat aku berkata apa-apa Adam sudah menghilang. Aku melepaskan keluhan berat sebelum menuju ke meja kami tadi. Maya memandang ke arahku sebaik dulang itu ke letak ke atas meja.
“Adam mana?”soal Maya sambil memandang sekeliling.
“toilet.”jawabku ringkas sambil menghenyakkan punggung di kerusi dihadapan Maya. Maya memandangku sambil tersenyum sinis.
“kenapa?”soal ku yang tidak selesa dengan pandangan Maya.
“tak ada apa, Cuma aku terasa macam aku ni….bermadu dengan kau.”ujarnya sinis. Aku sedikit tersentak.
“ap…apa maksud kau?”
“Adam tu, layan kau lebih lagi dari dia layan aku. Dah macam kau pulaka yang awek dia, bukan aku.”ujar Maya yang mula meluahkan ketidak puasan hatinya. Aku hanya hanya mendengar.
“setiap kali aku keluar dengan Adam, dia tak habis-habis cerita paal kau, Rafi itu, Rafi ini, Rafi macam tu, Rafi macam ni…rimas tau tak! sakit telinga aku ni!”
“habis tu kau nak aku buat apa?”soalku yang masih cuba menahan sabar.
“jauhkan diri dari Adam!! aku tak mahu dia jadi macam kau, jijik!!”ujar Maya keras. Darahku berasa bergerak laju.
“aku tahu kau siapa, aku tahu apa perassaan kau pada Adam, aku boleh Nampak semua tu.” ujarnya lagi. Aku menarik nafas dalam cuba bertahan.
“tapi aku dengan Adam…”
“jangan sampai aku terpaksa cerita pada semua orang tentang diri kau tu? dan kalau aku terpaksa, aku akan pastikan Adam orang pertama yang akan tahu.”pintasnya mengugut. Pandanganku mencerun. Dadaku berombak. Tidak, Adam tak boleh tahu, Adam tak boleh tahu aku siapa!!
“bincang apa ni? serius je.”ujar Adam yang tiba-tiba muncul.
“eh awak..”ujar Maya sambil tersenyum manja. Aku lantas bangun dari dudukku, aku tak boleh diam disini. Aku mesti beredar.
“eh..Fi, nak pergi mana?”tahan Adam.
“toilet.”jawab ku ringkas tanpa memandang wajah Adam. Aku lantas masuk ke dalam tandas dan cuba menenangkan diriku. Kata-kata Maya tadi bermain di dalam fikiranku. Aku dah agak dah perkara macam ni akan berlaku sejak pertama kali aku tahu tentang hubungan Adam dan Maya. Ya Allah, untuk kesekian kalinya, bantu aku!!



bersambung lagi....


AnnasYusry  ^___^


2 comments: