Monday, 18 February 2013

Siapa Aku??







Salam semua...

untuk permulaan ni, rasanya aku nak perkenalkan diri dulu...

Siapa aku?

Nama Annas Yusry, tapi bukan nama sebenar.

Bukan nama sebenar? habis tu apa nama sebenar?

Nama sebenar aku tak leh bagi tahu kat sini.

Kenapa tak boleh bagi tahu? kenapa kena pakai nama lain?

Macam yang aku bagitahu kat dalam pos yang sebelum ni, blog ni aku cipta untuk aku meluahkan isi hati aku yang aku tak boleh luahkan pada kawan-kawan atau facebook.

Kenapa pulak tak boleh bagitahu? apa yang rahsia sangat?

Memanglah rahsia, gila ke apa nak cerita kat semua orang yang aku ni lelaki yang suka pada lelaki????

Gay??

bukan...

Habis tu?

Orang kelainan Naluri (OKN)

Apa benda lak tu?

Aku cipta sendiri istilah tu...kalau korang dah baca cerpen aku 'Bukan Untukku' dalam tu aku dah cerita apa maksudnya.  0_<

Lama dah jadi gay? eh silap..OKN.

Entah, tak tahu, yang aku tahu, sejak kecil lagi aku memang suka pada lelaki. Sejak lahir lah agak nye...hihihi

Ada perasaan pada perempuan?

Ada...so aku boleh kata aku ni bisexual, bukan pure gay. Aku masih ada perasaan pada perempuan, aku masih bernafsu pada perempuan, aku pernah kapel pun dulu (dengan perempuan). But aku just rasa yang aku lebih suka pada lelaki dari perempuan.

Kalau diberi pilihan antara lelaki dan perempuan?

Kalau diberi pilihan, kalau untuk jadi teman hidup, dah tentu aku akan pilih perempuan, tapi kalau untuk *censored* mungkin aku akan pilih lelaki. hihihih


Oklah, tu je kot untuk kali ni.....nanti kita cerita panjang lagi ye...

AnnasYusry  ^___^

1 comment:

  1. Haha, ayat ang yang last tu memang x boleh blah....haha

    "Kalau diberi pilihan, kalau untuk jadi teman hidup, dah tentu aku akan pilih perempuan, tapi kalau untuk *censored* mungkin aku akan pilih lelaki. hihihih"

    ReplyDelete