Sunday, 31 March 2013

Bukan Untukku - Cerita Adam- ( Bahagian III)


BAHAGIAN III : Saat Terindah.



Aku tersenyum apabila melihat jam tangan G-shock yang aku lihat bulan lepas masih dipamerkan.
            “tak tahu pulak awak minat jam tangan macam ni.”ujar seorang gadis disebelahku. Aku memandangnya sambil tersenyum.
            “bukan untuk saya.”ujarku sebelum bergerak masuk ke dalam kedai jam tangan itu.
            “habis tu?”soal gadis tadi keliru. Aku tersenyum lagi. Gadis ini teman wanitaku, Maya namanya. Kami kenal ketika di semester satu lagi.
            “untuk Rafi.”ucapku ringkas. Maya mencebik sebaik nama Rafi kusebut. Aku tak tahu kenapa, tapi Maya Nampak amat tak suka dengan Rafi sedangkan dulu mereka pernah bersekolah disekolah yang sama.
            “selamat datang.”ucap penjaga kedai mesra sambil tersenyum. Aku membalas senyumannnya.
            “bagi saya tengok jam tu.”ujarku sambil menunjuk jam tangan yang dipamerkan di rak hadapan. Penjaga kedai tadi terus mengambilnya.
            “kenapa pulak awak nak belikan jam untuk dia?”soal Maya seakan tak puas hati.
            “hari ni birthday dia. Saya nak bagi hadiah kat dia.”ucapku lagi. Belum sempat Maya membalas kata-kataku telefon bimbitku berbunyi. Aku mencapainya dan melihat nama di skrin. Aku tersenyum memandangnya. Dah agak dah, dia mesti akan call semula.
            “helo..”ucapku.
“wei…asal lak ni?”kedengaran suara Rafi dihujung talian. Tadi aku menghantar mesej padanya mengatakan aku tak dapat makan tengahhari dengannya. Memang biasanya aku akan makan tengahhari dengannya. Cuma hari ini aku mengelak untuk membeli jam tangan ini. Mulanya aku hanya ingin meminjam kereta Maya, tapi dia berkeras untuk ikut. Terpaksalah aku membawa Maya bersama.
“aku ada hal sikit.”ujarku cuba berdalih.
“hal apa pulak?” soal Rafi dengan nada suara yang seakan merungut.
“adalah hal aku.”jawabku lagi cuba berselindung.
“habis tu aku macam mana? tak kan aku nak makan seroang-seorang kot?” Rafi memprotes. Aku tersenyum mendengar rungutannya.
“alah, ajaklah sesiapa temankan kau..sorry ya, okey lah..bye.” dalihku sebelum menamatkan panggilan. Aku tergelak kecil sebelum kembali meletakan telefon bimbitku dalam poket seluar.
                “ini encik jam nya.”ujar penjaga kedai sambil menghulurkan aku seutas jam tangan G-shock berwarna merah yang selama ini menjadi bahan pameran di rak kaca dan juga jam yang sama berjaya menarik minat Rafi beberapa bulan lepas. Aku mengambil jam tangan itu dan mula membeleknya.
                “untuk Rafi, sanggup awak belikan jam mahal-maham macam ni.”ucap Maya pula. Aku memandangnya sekilas sebelum kembali membelek jam tangan itu.
                “alah, awak ni, setahun sekali je. Lagipun Rafi tu kawan baik saya kan.”ujarku pula mmbeli alasan.
                “saya ni girlfriend awak, awak tak pernah pun beli barang mahal-mahal macam ni.”ujar Maya bernada rajuk. Aku tersenyum memandangnya.
                “nak merajuk lah tu..”ujarku mengusik. Maya masih menarik muka.
                “alah, saya janji, birthday awak nanti saya belikan something yang lebih mahal dari ni.”ucapku pula cuba memujuk. Maya tersenyum semula. Manis sunggu wajah teman wanitaku ini.
                “awak ni, saya ni bukannya mata duitan. Saya tak kisah berapa harga barang tu. asal awak ikhlas, saya dah cukup gembira.”ucap Maya pula. Aku tersenyum bahagia. Inilah salah satu sebab kenapa aku tertarik pada Maya. Dia tak pernah kisah pasal harta. Masa mula-mula perhubungan kami dulu dia langsung tak tahu tentang latar belakang keluargaku. Namun dia masih mencintaiku seikhlas hati.
                “bertuah saya dapat girlfriend macam awak ni.” ucapku pula. Maya tersenyum malu. Aduhai manisnya, aku jatuh cinta lagi entah buat yang keberapa kali.
                “baiklah, saya nak beli jam ni.”ujarku pula pada penjaga kedai yang setia menunggu dari tadi.

                Aku bersandar di pintu bilik sambil memerhati Rafi yang asyik menghadap komputer ribanya. Sejak balik dari kelas tadi dia langsung tak bercakap dengan aku. Marah sangat dia aku tak makan tengahhari dengan dia tadi. aku tersenyum sendiri. Aku lantas mengahmpiri begku sebelum sebuah kotak yang berhias cantik kucapai. Aku lantas terus duduk ditilamku menghadap Rafi.
“Fi..”panggiku lembut. Namun tiada respon dari Rafi.
“Fi..”panggilku lagi sedikit kuat.
“Apa?”jawabnya acuh tak acuh.
“kau marahkan aku ya?”aku menduga.
“kenapa pulak aku nak marah kat kau?” balasnya pula.
“Aku tahu kau marah kat aku sebab tak makan tengah hari dengan kau tadi kan?” duga ku lagi. Rafi hanya dian tak memberi sebarng riaksi. Aku lantas menghampirinya.
“Aku ada something yang buat kau tak marah lagi dengan aku.”ujarku. Rafi masih diam membatu. Aku lantas meletakkan bungkusan hadiah yang kupegang dari tadi diatas mejanya. Rafi kaget. Dia memandnagku tepat cuba mendapatkan penjelasan.
“Happy Birthday.”ucapku sambil tersenyum lebar. Perlahan sebuah senyuman turut terukir dibibir merah Rafi.
“jadi inilah ‘hal’ kau tengahhari tadi?”soalnya pula sambil mula membelek bungkusan sebesar tapak tangan itu. Aku hanya mengangguk tanpa menghilangkan senyuman diwajahku.
“aku ingat tak ada orang yang ingat birthday aku?”ujarnya lagi. Aku jadi sayu mendengarnya. Ini salah satu benda yang misteri tentang Rafi. Entah kenapa aku rasi yang dia ni sangat kesunyian.
“janganlah cakap macam tu, aku ingat birthday kau. takkan lupa.”balasku pula cuba memberi semangat padanya. Aku memang tak akan lupa dengan tarikh ni, sebab pada hari yang sama inilah, setahun lepas, dengan tulang empat kerat aku, aku mendukung Rafi ke pusat kesihatan sebaik dia pengsan dihadapanku. Pendek kata hari ini adalah hari ulang tahun perkenalan kami. Aku tak tahu samada Rafi sedar mengenai ini atau tidak. Yang pasti, aku memang tak akan lupa tarikh hari ni.
“bukaklah.”pintaku. Rafi tersenyum lebar sambil terus mengoyakkan bungkusan kotak tersebut sebelum membukanya. Riak wajah Rafi berubah. Aku jadi kaget. Kenapa dengan Rafi? dia tak sukakah?
“kenapa?”soalku kehairanan.
“aku tak boleh terima benda ni.”ucapnya seraya mengembalikan bungkusan tersebut padaku.
“kenapa?”soalku lagi.
“mahal sangat jam tu, aku tak boleh.”ucapnya. Aku tersenyum mendengar alasnnya. Dah kuagak ini bakal berlaku.
“aku beli jam ni ikhlas untuk kau. Ini jam yang kau nak sangat tu kan.”ujarku sambil menyerahkan kembali jam tangan itu padanya.
“memanglah, tapi tak berniat pun nak mintak kau belikan ke apa.”
“ye aku tahu, sebab kau tak mintaklah aku belikan. Ambil jelah, ini sebagai tanda sayang dan penghargaan aku pada bestfriend aku yang sorang ni.”ucapku ikhlas. Rafi kelihatan teragak-agak.
“..ak…aku…”suaranya terketar-ketar cuba menyusun kata.
“sama-sama.”pintasku. Aku tak tahu dia perasan atau tidak yang dia masih belum mengucapkan terima kasih. Rafi memandngku sebelum tersenyum.
                “terima kasih.”ucapnya. Aku membalasnya dengan senyuman yang kuukir seikhlas hati.

Keesokan paginya kulihat Rafi membelek-belek jam tangan itu sebeum dia menyimpan semula jam itu di dalam almari.
“kenapa tak pakai?”soalku. Rafi kelihatan sedikit terkejut.
“cantik sangat, sayang nak pakai.”ucapnnya. Aku lantas menghampirinya. Jam tangan tadi kucapai. Kukeluarkan dari kotaknya. Tangan kirinya kucapai dan lantas kusematkan jangan tangan itu disitu. Sayang kalau jam tangan secantik ini dibiar terperap dalam almari.
“Jam ni akan lebih cantik kalau kau pakai.”ucapku ikhlas sambil tersenyum manis.
“tu kan cantik tu.” ucapku lagi sambil menepuk-nepuk lembut lengannya. memang jam tangan ini sedikit besar untuk pergelangan lengannya yang kecil itu, tapi entah kenapa ia tetap nampak padan dan sesuai.
terima kasih.”ucapnya ringkas sebelum berlalu pergi dengan wajah berona merah. Aku jadi hairan. Kenapa dengan rafi? kenapa wajahnya merah?






Thursday, 28 March 2013

Rafi in real life



Hi guys...
assalamualikum...

korang yang pernah baca cerpen aku, bukan untukku mesti familiar dengan watak Rafi kan? watak utama dalam cerpen tu.

ni aku nak cerita yang aku rasa aku dah jumpa rafi in real life...

orangnya sangat hampir dengan ciri-ciri fizikal Rafi yang aku gambarkan dalam cerpen tu.

ok, aku bagi nama dia Faiz. ( bukan nama sebenar).

orangnya rendah, bertubuh kecil dan putih melepak. yang bezanya, Faiz ni tak comel macam mana aku gambarkan Rafi dalam bukan untukku. Muka Faiz agak garang tapi handsome..

tapi sebabkan dia ni kecik je orang nya, ada jugaklah kecomelannya disitu..hahah..

tapi aku wujudkan watak rafi tu bukan berdasarkan faiz, aku pun baru sedar tentang persamaan ni baru-baru ni. pernah sekali tu aku hampir-hampir nak panggil dia Rafi...hahah

aku kenal faiz ni sejak semester lepas lagi, tapi sebabkan aku dan dia bukan dalam grup yang sama, so aku tak pernah bercakap dengan dia. bertegur pun tak pernah.

semester ni, kitorang ditakdirkan dalam satu grup yang sama. barulah aku mula bercakap-cakap dengan dia.

agak happy jugalah sebab aku dah perhatikan dia ni sejak semester lepas lagi. Nak kata taste aku tak jugak, cuma dia selalu menarik perhatian aku untuk tengok dia. (...hihihi gatal ).

beberapa hari lepas, aku duk berborak dengan sorang kawan aku ni, si faiz ni pun ada sama kat situ. timbul topik tentang rumah sewa aku. aku cerita kat kawan aku ni yang sekarang aku hanya menyewa berdua, sebab seorang housemate aku dah pindah rumah.

then kawan aku ni terus cakap macam ni.

"faiz, kau duduklah dengan annas, dia menyewa berdua je sekarang ni."
aku agak terkejut jugalah, asal kawan aku suruh faiz duk ngan aku. then faiz pun bertanya balik kat aku betul ke aku duk berdua je. aku pun mengiyakan. tapi aku malas nak berpanjangkan benda tu so aku pun tukar topik lain.

then, beberapa hari lepas tu, topik tu timbul semula. kali ni hanya aku dan faiz sahaja. dan aku rasa macam dia berminat nak duk dengan aku.

tapi sama macam hari tu, aku pun lari ke topik lain. aku takut sebanrnya kalau dia betul-betul berminat.

sebabnya, aku tak kenal sangat dia, takut nanti tak serasi. aku kalau bab housemate ni memang memilih sikt. ex-housemate aku dulupun pindah sebab masalah serasi ni.

tapi faiz tak pulak cakap yang dia nak duk ngan aku, mungkin sebab dia nak tunggu aku ajak dia.

patut ke aku ajak dia? aku memang perlukan housemate baru sekarang ni. tak mampu rasanya nak menyewa berdua begini. tapi nanti boleh ke aku serasi dengan dia?????


berfikir dan terus berfikir....




Saturday, 23 March 2013

Bukan Untukku - Cerita Adam- ( Bahagian II)


BAHAGIAN II : My Sunshine.




Semester berikutnya kami bersepakat meninggalkan kolej dan menyewa diluar. Kami menyewa sebuah bilik. Asalnya aku mahu menyewa sebuah apartment berdua sahaja dengan Rafi. Aku dengan senang hati mahu membayar lebih untuk sewa rumah itu kerana aku tahu Rafi tidak mampu, namun Rafi berkeras enggan. Tak mahu berhutang budi katanya. Kerana ingin menghormati keputusannya aku mengikut sahaja dia menyewa sebuah bilik. Rumah itu turut disewa oleh empat orang lain. Hanya kami sahaja yang masih pelajar, yang lain tu semua sudah bekerja. Tapi Alhamdulillah, mereka semua orang baik-baik. Dalam erti kata lain, aku senang dirumah kami ni.
      Sejak kami berpindah kesini, aku selalu ke kampus bersama Rafi dengan motorsikalnya. Malas aku nak bawak kereta aku tu, lagipun Rafi tak kisah. Dia sendiri sebenarnya yang mula-mula menawarkanku untuk menumpangnya. Tapi aku bukan tumpang free je, aku yang bayar duit minyak dia. Minyak untuk motor beraplah sangat, RM5 boleh tahan lebih dari seminggu. Tapi kalau cuaca tak elok, aku pula yang akan membawa Rafi dengan keretaku.
      Aku merebahkan badan di atas tilam sambil memandang Rafi yang sedang khusyuk mengadap komputer ribanya.
      “Fi, tengok wayang jom.” ajakku.
        “Aku banyak kerja la.” balasnya selamba sambil langsung tidak menoleh ke arahku.
        “jomlah, bosan lah.” aku cuba memujuk. Rafi memandnagku sekilas sebelum kembali mengadap komputer ribanya.
        “cerita apa?”soalnya. Aku tersenyum. Ada respon positif.
        “tak kisahlah cerita apa-apa pun.”
        “ajaklah awek kau.”ujarnya. Aku mengerutkan dahi. Hish Rafi ni, kalau aku nak ajak awek aku, buat apa aku ajak kau?
        “tak nak, aku nak tengok wayang dengan kau.”rengek ku seakan anak kecil. Sengaja ingin menarik perhatiannya. Rafi ku lihat melihatku sekilas sebelum tergelak kecil.
        “yelah..yelah…jomlah.”ujarnya bersetuju. Aku tersenyum lebar.
        “betul ni?”soalku mencari kepastian.
        “yelah.”jawabnya ringkas. Aku lantas bangun dari pembaringanku.
        “yes…ni yang aku tambah sayang kat kau ni.” ujarku gembira sebelum bangun dan terus menuju ke almari pakaianku. Bajuku kubuka sebelum membelek baju di dalam almari untukku pakai. Rafi ku lihat masih pegun dimejanya sambil tepat memandangku.
        “oi…cepatlah tukar baju.” ujarku mengarah. Rafi kulihat tanpa berlengah terus mencapai bajunya dan masuk ke bilik air. Aku memandangnya hairan, wajahnya memerah. Kenapa dengan Rafi ni? dan sejak belakangan inipun dia tidak lagi pernah mengganti baju di hadapanku. kenapa ye?


        Aku menoleh kebelakang mencari Rafi, tadi dia ada disebelahku, tiba-tiba dia hilang. Kemana saja budak sorang ni. Kami kini berada di dalam sebuah kompleks membeli belah dimana panggung wayang yang kami ingin pergi berada. Aku terpandang Rafi sedang berhenti dihadapan sebuah kedai jam. Aku lantas mendekatinya. Ku perhatikan dia asyik melihat sebuah jam tangan G-Shock yang dipamerkan di ruang pameran kedai jam tersebut.
        “woi….tengok pe?”soalku sambil menepuk perlahan bahunya. Rafi menoleh memandangku sekilas sebelum kembali memandang jang tangan yang berharga  hampir RM300.
        “tu jam tu, aku teringin betul nak jam macam tu.”ujarnya dengan wajah yang ceria. Aku tersenyum memandangnya. Berkenan benar nampaknya dia dengan jam tu.
        “dah suka beli je la.”ucap ku pula. Rafi memandangku sebelum mencebik.
        “kau cakap senang lah, kau kaya, aku mana mampu nak beli jam macam tu.”ucapnya sambil berlalu pergi dari kedai tadi.
        “yang kaya tu bapak aku, bukan aku.”balasku pula. Rafi memandangku sekilas sebelum mencebik kalah. Aku hanya tersenyum melihat riaksinya.





        Di dalam panggung aku berasa amat kecewa dengan filem yang kami pilih untuk tengok. Tak sangka pula cerita ni sebosan ini.
        “cerita apa yang kau ajak aku tengok ni?”rungut Rafi selepas lebih kurang setengah jam filem ditayangkan. Aku tergelak kecil dengan rungutannya.
        “manalah aku tahu cerita ni sebosan ni.”balasku pula cuba mempertahankan diri.
        “buat habis duit aku je tau tak, RM10 tu kalau bawak pergi KFC boleh kenyang tau.”rungutnya lagi. Aku tersengih rasa bersalah.
        “alah, nanti aku gantilah balik. Aku belanja kau KFC nanti.”ujarku cuba memujuk. Dalam kebisanan menonton filem yang entah apa-apa ni, aku memandang sekeliling. Kelihatan ramai pasangan kekasih duduk berdua di ‘couple seat’ dalam ramai-ramai pasangan tu aku ternampak seorang gadis sedang membaringkan kepalanya dibahu teman lelakinya. Aku tersenyum memandang mereka. Nampak sangat romantik. Entah kenapa aku lantas terus membuat perkara yang sama pada Rafi. Aku meletakan kepalaku di bahu Rafi.
        “ni….ni apahal pulak ni?”soal Rafi sedikit kaget. Aku tersenyum.
        “pinjam bahu kau kejap, aku nak tidur.”ujarku selamba. Bukan nak tidur sebenarnya, sengaja nak main-main dengan Rafi. Lama aku menunggu, tapi Rafi tak Nampak pun macam nak menolak kepalaku menjauh dari bahunya. Dia membiarkan sahaja kepalaku terletak elok dibahunya yang tak berapa nak besar tu. Entah kenapa mataku mula mengantuk dan terus terlelap. Aku benar-benar tertidur dibahunya.





        Aku berjalan dari kaunter restoran makanan segera ini sambil membawa sedulang penuh makanan. Aku melihat Rafi sedang mengurut-urut bahunya. Timbul rasa bersalah. Kenapalah aku pergi tidur kat bahu dia tadi. Tu kan dah sakit tu.
        “kenapa dengan bahu tu?” soalku sebaik aku melabuhkan punggung dihadapannya.
        “kepala kau la berat.”ujarnya tanpa berselindung. Aku tergelak kecil dengan jawapan jujurnya itu.
        “maaflah, aku tak sengaja tertidur betul-betul. Aku ingat tadi nak gurau-gurau je dengan kau.”ucapku pula sambil mengeluarkan semua makanan yang ku bawa tadi dari dalam dulang. Usai mengeluarkan semua makanan aku meletakan dulang kosong di meja sebelah. Aku kembali memandang kea rah Rafi. Kelihatan dia sdang memandangku kosong. Aku tahu dia sedang termenung berfikirkan sesuatu. Ini bukan kali pertama, sudah banyak kali aku Nampak dia sebegini. Bagai ada masalah. Mahu saja aku minta dia ceritakan masalahnya. Tapi itu semua sia-sia. aku kenal benar dengan Rafi. Dia memang susah untuk berkongsi masalah dengan orang lain walaupun dengan aku, kawan baik dia ni.
        “kau okey tak ni? sakit sangat ke bahu tu?”soalku. Aku tahu bahunya sakit, kepalaku ini bukannya ringan.
        “ehh..? aku okey. Tak ada apa-apa.”ujarnya yang seakan baru tersedar dari lamunan. Dia lantas menarik pinggan berisi ayam gorengnya mendekat. Aku juga berbuat perkara yang sama. Perut sudah lama menjerit-jerit minta diisi.
        “mana French fries?”soal Rafi tiba-tiba. Aku yang baru sahaj mahu menyuap secubit ayam ke multku terhenti.
        “French fries?”
        “la…kan aku dah pesan tadi.”ujarnya lagi. Aku cuba mengingat kembali. oh ya, memang dia ada pesan tadi. Aku lupa nak beli.
        “ala tu kan ada wedges, kentang juga.”ucapku kembali.
        “aku tak nak wedges, aku nak French fries.”ujarnya merengek. Aku tersenyum kecil melihat riaksinya. Aku suka melihat dia begitu. Dan yang pasti dia hanya beriaksi begitu bila dengan aku. Aku tak pernah Nampak dia sebegini dengan orang lain.
        “alah, mengada-ngadalah kau ni. kejap, aku pergi beli.”ujar ku sambil bangun dari kerusi. Kulihat Rafi tersenyum menang. Aku turut tersenyum. Aku sangat pasti bila Rafi merengek seakan anak kecil begitu, aku pasti kalah.



Bersambung ....




Friday, 22 March 2013

Yaoi Manga Review : Junjou Romantica



Hey guys...
Assalamualaikum...
Selamat Hari Jumaat....hahahha...

Ok, hari ni aku nak buat riview pasal yaoi manga lagi.

kali ni aku nak riview manga feveret aku, junjou romantica (dalam bahasa omputeh nya Pure Heart Romantica).

pada kaki manga atau anime yaoi macam aku ni konfem tahu pasal manga ni. Junjou romantica ni antara yoai manga paling popular sekali.

anime version pun dah ada tapi hanya untuk dua musim sahaja.

manga ni mula di terbitkan dalam tahun 2008 (english scanlation version) dan masih on going, maksudnya, manga ni masih belum tamat dan masih dihasilkan lagi oleh penulisnya.

junjou ramantika mengisahkan tentang seorang remaja lelaki lepasan sekolah tinggi, takahashi misaki yang sedang menyiapkan diri untuk masuk ke universiti. sejak kematian kedua ibu bapanya, misaki tinggal hanya berdua dengan abangnya, takahiro.

abangnya telah meminta rakan baiknya, usami akihiko untuk menjadi tutor pada misaki.

selepas beberapa peristiwa, akihiko yang asalnya mencintai takahiro secara senyap mula mengalih minat pada misaki.

selepas takahiro terpaksa berpindah ke luar tokyo, misaki menetap bersama usami akihiko.
selepas tinggal bersama, misaki secara tidak sedar turut jatuh cinta pada usagi (usamai akihiko).

mereka saling mengerti perasaan masing-masing cuma misaki yang masih belum boleh menerima perasaannya pasa usagi sepenuhnya.


selain dari kisah usagi dan misaki, manga ini juga mengandungi dua kisah lain yang diselitkan bersama di dalam mangan ini.

junjou egoist
mengisahkan kamijou hiroki, seorang pensyarah sastera jepun dan kusama nowaki, seorang pelajar peubatan kanak-kanak. mengisahkan tentang kusama nowaki yang jatuh cinta pada hiroki pada pandangan pertama.

selepas beberapa peristiwa, hiroki turut jatuh cinta pada nowaki, tapi kerana usianya yang jauh berbeza dari nowaki menyebakan egonya tinggi dan enggan mengakui perasaan itu. Namun nowaki masih tetap berusaha untuk meruntuhkan ego hiroki.

kisah yang kedua pula adalah junjou terrorist.
mengisahkan tentang miyagi dan shinobu. shinobu pernah diselamatkan oleh miyagi ketika hampir menjadi mangsa buli disekolah. sejak itu shinobu mula jatuh cinta pada miyagi.

namun cintanya musnah sebaik dia dapat tahu miyagi sebenarnya bakan berkahwin dengan kakaknya sendiri. sejak itu dia mula membawa diri. namun perkahwinan miayagi tak lama apabila mereka bercerai.

sejak mengetahui tentang penceraian itu, shinobu muncul semula dihadapan miyagi dan terus berterusterang tentang perasaannya pada miyagi. miyagi yang asalnya menolak kerana beranggapan shinobu tidak serius mula menyedari perasaanya pada shinobu selepas shinobu mula menjauhkan diri darinya.


ketiga-tiga cerita ini sebenarnya tidak ada jaitan antara satu sama lain, namun bersangkutan antara satu sama lain. sebagai contoh, kamijou hiroki adalah pensyarah misaki di universiti dan juga merupakan kawan baik kepada usami akihiko. miyagi pula merupakan seorang pensyarah kanan di universiti yang sama dan kamijou adalah pembantunya.

selain dari dua kisah sampingan ini, penulis sama ada buat sebuah lagi manga, junjou mistake. Junjou mistake diterbitkan secara berasingan. Watak utamnya adalah Isaka dan asahina. Isaka merupakan pemilik kepada murakawa publishing, tempat novel-novel tulisan usami akihiko diterbitkan, juga merupakan kawan baik kepada abang usami akihiko. asahina pula adalah setiausaha merangkap pembantu peribadinya. kedua-dua watak ini sering muncul dalam junjou romantika.


tak rugi kalau korang baca. memang awesome. kalau tak nak baca, try cari animenya. memang terbaik....


ni aku bg sikit trailer...hahahha








Tuesday, 19 March 2013

Bukan Untukku - Cerita Adam- ( Bahagian I)

BAHAGIAN I : Aku dan Rafi.



Aku berdiri sedikit jauh dari Doktor Amir sambil memerhatinya memeriksa pesakitnya. Seketika kemudia Doktor Amir datang menghampiriku.
      “kawan awak ke?”soalnya sambil merujuk kepada pesakit yang dirawatnya tadi.
      “aaa..ya.”jawabku sedikit-teragak-agak.
      “dia tak ada apa-apa, cuba penat je.”ujar Doktor Amir pula.
      “dia tak apa-apa?”soalku pula. Doktor Amir hanya tersenyum.
      “awak nasihatkan kawan awak ni, kalau demam, janganlah paksa diri pergi berkawad, dah jadi macam ni kan susah.”ujarnya lagi sambil berlalu ke arah pintu wad.
      “oh ya, kalau dia dah sedar nanti, suruh dia ambil ubat di kaunter depan sebelum balik.”sempat Doktor Amir berpesan sebelum meloloskan diri dibalik pintu. Aku hanya mengangguk faham. Aku kemudiannya menghampiri katil pesakit. Aku memerhati tubuh kecil seorang remaja lelaki yang terbaring lesu di situ. Aku memerhati lagi wajahnya, aku agak terpegun meihat wajahnya, kulitnya putih bersih, tak salah rasanya kalau aku kata dia ni terlalu ‘cantik’ untuk seorang lelaki. Apa nama dia ya? Aku tak kenal pun dia ni. Tadi aku yang membawanya pusat kesihatan ni bila dia pengsan di padang kawad tadi. Sebabkan dia pengsan betul-betul dihadapan aku, aku rasa macam bertanggungjawab pulak. Aku menarik kerusi dan duduk disebalahnya. Aku perhatikan lagi wajahnya. Comel sungguh, dengan tubuhnya yang kecil, siapa sangka dia sebenarnya sebaya denganku, kalau dia pakai uniform sekolah, confirm orang kata dia masih bersekolah, padahal sudahpun bergelar pelajar universiti. ISH!!!! apahal dengan aku ni? dari tadi dok puji dia cantiklah, comellah, dia LELAKI lah!! Adam!!! what happen to you??
      Seketika kemudia aku ternampak dia mula bergerak, matanya juga mula terbuka. Dia mula memerhati ruangan wad ini.
      “dah bangun?”soalku. Dia ku lihat memandangku dengan dahi berkerut. Alahai comel pulak dia buat muka macam ni. ISHH!!! Astarghfirullah al-azim, ADAM!! aku cuba menyedarkan diriku sendiri yang mula berfikiran aneh. Aku membantunya bangun dari pembaringgan sambil cuba menyembunyikan gelojak hatiku yang aneh.
      “kau kat pusat kesihatan ni, kau pengsan tadi kat padang kawad.” terangku padanya yang kulihat terpinga-pinga. Dia ku lihat berfikir sejenak sebelum kembali memandangku dengan pandangan yang sama. Oh ya, lupa, aku belum perkenalkan diri lagi.
      “Aku Adam.”ujarku tersenyum lebar sambil menghulurkan salam perkenalan.
      “Rafi.”ucapnya ringkas sambil membalas huluran tanganku.
      Itulah detik perkenalanku dengan seorang insan yang amat berharga buatku. Sejak dari hari tu, aku selalu juga terserempak dengan dia, tapi aku perasan yang dia selalu berseorangan, entah kenapa aku mula tertarik dengan dia, aku mula menegur dia setiap kali bertemu, dan lama-kelamaan kami jadi kawan. Terus terang aku suka berkawan dengan dia, dia sangat baik, dan sangat memahami. Satu benda yang aku paliang hormat pada dia adalah, dia seorang yang sangat matang, lebih matang dari aku, kontra dengan imej comel yang ala budak-budak sekolah tu. But that what makes him different and unique.
      Ditakdirkan, pada semester berikutnya aku ditempatkan di dalam bilik yang sama dengannya. Aku masih teringat saat aku membuka pintu bilik yang diberikan padaku dan melihat Rafi sedang mengemas barangnya di dalam bilik itu. Entah kenapa hatiku teras berbunga-bunga, rasa sangat seronok.
      “aku satu bilik dengan kau ke?”soalku bergurau. Rafi ku lihat tergelak kecil dengan soalan itu.
      “jodoh kau memang dengan aku.”ujarnya mengajuk kata-kata yang sering aku ucapkan setiap kali kami terserempak dulu. Kami ketawa senang. Aku tersenyum lebar melihat dia ketawa sebegitu. Aku sangat suka melihat wajahnya yang gembira begini, sangan comel. Kadang-kadang aku terfikir, bagaimana seorang lelaki boleh memiliki wajah yang sebegini? tapi yelah, tuhan tu berhak nak cipta hambanya sebagaimana yang dia suka.

     
      “Fi.”panggilku.
      “hem…”jawabnya ringkas tanpa menoleh. Dia masih khusyuk meyiapkan tugasannya. Aku tersenyum memandangnya. Dulu marah benar dia bila aku panggil dia sebegitu, katanya tak macho, tapi aku rasa nama tu lebih sesuai dengan dia dari ‘Rafi’. Nama Rafi tu seakan terlalu maskulin untuknya yang ‘comel’ni.
      “aku nak tanya sikit boleh?”soalku. Rafi memandangku sekilas sebelum kembali menghadap komputer ribanya.
      “kenapa kau macam tak rapat sangat dengan budak-budak kelas kau?”soalku. Dah lama sebenarnya aku nak tanya soalan ni. Aku selalu perasan yang dia selalu berseorangan kalau tak bersama aku. Rafi aku lihat tersenyum sedikit.
      “kenapa tiba-tiba pulak kau tanya macam tu?”soalnya kembali kini menghadapku.
      “tak adalah, selalu aku tengok kau seorang-seorang je kalau tak dengan aku.”Rafi tersenyum mendengar soalanku sebelum kembali menghadap komputer ribanya lagi.
      “entah, mungkin tak serasi kot.”
      “tak serasi?”
      “aku ni bukan jenis orang yang boleh mesra dengan semua orang, aku boleh berkawan, tapi susah nak rapat macam aku dengan kau.”jawabnya. Entah kenapa aku rasa senang dengan jawapan tu.
      “Jadi, aku ni kira special la.”ucapku sambil berteleku disebelahnya. Dia memandangku dan sebelum menghadiahkanku senyuman yang sangat manis yang entah kenapa berjaya membuat hati lelakiku goyah. Rileks Adam!! Rileks!!!
      “mungkin.”ucapnya pula. Aku tergelak kecil sebelum bangun dan kembali bersandar di tingkap sambil memandangnya. Entah kenapa aku rasa berbunga-bunga setiap kali bersama dengannya.



bersambung.....


Sunday, 17 March 2013

Best Friends 2



Hey guys...
Assalamualaikum..

ok, hari tu aku dah cerita pasal kawan-kawan aku sejak sekolah rendah, sampai habis SPM.

then, sekarang aku nak sambung lak cerita masa aku dah masuk universiti.

lepas spm dulu, aku ditawarkan ke sebuah universiti untuk program diploma kejuruteraan awam, sekarang ni aku dah tamat diploma, dah konvo dah pun dan sedang sambung ijazah pula dalam bidang yang sama dan universiti yang sama.

dan masa diploma dululah firsttime aku berjauhan dengan keluarga, kena duduk asrama buat pertma kalinya. memang nervous masa tu. tapi tak tahulah kenapa aku mudah je menyesuaikan diri. dapatlah roommate yang sekepala, memang bersyukurlah sesangat.

masa hari pendaftaran, aku orang terkahir yang masuk ke dalam bilik 6.30 (ingat lagi nombor bilik..hihihi). Dalam bilik tu, termasuk aku ada empat orang. ok, aku bagitahulah nama mereka (bukan nama sebenar), sufi, madi dan farhan. dalam tiga-tiga ni, farhan yang paling jambu sekali. hahahha dan aku dah terkantoi identiti aku yang satu lagi ni pada farhan dan madi, hanya mereka sahaja yang dalam dunia ni yang tahu aku ni PLU. tapi yang tu aku cerita lain kali.

alhamdulillah, mereka ni bebaik belaka. aku rasa bersyukur sangat berkawan dengan diorang. antara tiga-tiga orang ni, aku paling rapat dengan madi. tak tahu kenapa, mungkin sebab kitorang banyak suka benda yang sama, sebagai contoh, dia kaki anime cam aku, dia pun layan drama korea dan k-pop cam aku dan dia pun suka main game the sims cam aku. korang tahu tak game the sims tu apa dia? kalau nak tahu klik kat gambar bawah ni.






kitorang duduk kat kolej kediaman untuk semester pertama je, masuk semester kedua, menyewa diluar. asalnya hanya aku farhan dan madi sahaja menyewa bertiga, sufi decide nak stay dengan budak-budak kelas dia.

but tak lama lepas, kitorang punya jiran masa di kolej dulu kata nak duduk dengan kiotrang, nama dia aizat, dia kata, rumah yang duduk masa tu terlalu crowded, dia tak selesa, lepas mesyuarat (kena mesyuarat dulu sebab kitorang memilih sikit bab haousemate ni) kitorang setuju, dapat juga ringankan beban sewa, lagipun budak aizat ni lebih kurang macam kitorang perangainya.

sebabkan aku duuk master bedroom waktu tu, so terpaksalah aku berkongsi 'heaven' aku ni dengan si aizat ni. seperti dijangka, we get along well. sebab dia dah jadi roommate aku, so aku banyak luangkan masa dengan dia dan menyebabkan aku jadi rapat dengan dia.

bila aku dah mula rasa yang dia ni bestfriend aku, something happen. aku tak sure apa yang berlaku, atau benda ni semua memang perasaan aku je, tapi masa kitorang di semester akhir, aizat seakan mula menjauhkan diri dari aku. boleh kata, the whole week dia langsung tak bercakap dengan aku. kalau aku tanya, yang penting je dia jawab, kalau tak dia just stay silent. sampai aku naik fed up dan aku pun buat benda yang sama pada dia.

masa tu aku terfikir, dia tahu ke yang aku ni PLU and decide untuk tak nak berkawan dengan aku lagi? atau sebenarnya ada sebab lain? madi dan farhan dah cerita ke pada dia?

but alhamdulillah, sekarang dia okey balik. cuma aku tak tahu okey yang macam mana. samada dia betul-betul okey atau buat-buat okey. baru-baru ni dia dapat sambung degree dekat kampus aku sekarang ni. aku ajak dia stay dengan aku. tapi dia tak mahu. aku cuba pujuk dia, dia dia tetap tak mahu. aku mula fikir yang dia mungkin memang nak jauhkan diri dari aku. tapi aku malas nak fikir pasal tu sangat, tak bawa faedah pun.

madi sekarang juga berjaya sambung degree di shah alam dan farhan pula tidak menamatkan pengajian sebab banyak sangat carry subject, so lepas berbincang dengan parents dan pensyarah, dia decide untuk berhenti. sekarang ni dia masuk kolej swasta dalam bidang pengajian islam (bakal ustaz dia ni).

bila aku recall balik semua memori ni, aku berfikir, kenapa semua kawan-kawan aku menyisihkan aku? apa yang aku buat?

tapi bila fikir-fikir balik, mereka kah yang menyisihkan aku? atau aku yang menyisihkan mereka?
meraka pernah je ajak aku keluar lepak-lepak, terutama kawan-kawan masa sekolah menngah dulu, tapi aku yang tak mahu sebab aku bukan kaki lepak. mungkin sebab tu diorang tak endahkan aku lahi kot...jadi salah aku ke????



berfikir....dan terus berfikir....





Friday, 15 March 2013

Bukan Untukku - Cerita Adam- (Promo)



Salam..

hari ni nak promote cerpen terbaru aku, Bukan Untukku -Cerita Adam-

ini sebenarnya bukan sambungan pada bukan untukku,

sebenarnya cerpen yang ini adalah cerita yang sama dengan bukan untukku, cuma kali ini kisahnya diceritakan oleh Adam, tak seperti yang sebelum ni, kisahnya diceritakan oleh Rafi.

Dalam bukan untukku, ceritanya hanya berkisar tentang Rafi, apa yang berlaku pada Rafi dan apa yang Rafi rasa, tapi untuk bukan untukku -cerita adam-, penceritaannya berkisar pada adam, apa yang berlaku pada adam dan perasaan sebenar adam pada rafi. ada juga diselitkan kisah rafi yang tidak diceritakan sebelum ni.

aku harap cerpen yang ini pun akan mendapat sambutan, akan diterbitkan dalam minggu hadapan.

dan insyaallah, selesai yang ini, aku akan sambung semula kisah 
rafi dan adam dalam 'bukan untukku -epilog-'




Monday, 11 March 2013

Bukan Untukku (Bahagian Akhir)

BAHAGIAN V : Bukan Untuk Kita



Perlahan pintu bilikku ku buka. Jam didinding menunjukan jam 12 malam. Tapi selepas pertemuan yang tidak diduga dengan Asyaraf aku terus menyembunyikan diri di Masjid cuba menenangkan diri. Ku lihat Adam sedang duduk berteleku di tilamnya seakan memikirkan sesuatu. Aku memandangnya lama. Asyraf dah cerita segalanya ke? Adam dah tahukah tentang diriku? Perlahan aku mendekati Adam. Aku duduk disebelahnya.
“Adam..”panggilku lembut. Adam masih berdiam diri tak menghiraukan aku. Wajahnya Nampak kusut.
“Adam..”panggilku lagi kini cuba untuk menyentuh bahunya. Adam lantas menepis tanganku dan menolak tubuhku kuat.
“jangan sentuh aku!!!...jangan dekat dengan aku!!!”ucapnya kasar dengan suara meninggi. Aku kaget. Sekarang sudah pasti yang Asyraf memang telah menceritakan segalanya. Adam sudah membenciku sekarang. Serta merta kotak memoriku terbuka luas. Memori-memori lama yang kusimpan kemas selama ini mula meliar keluar memenuhkan kotak fikiranku dan berjaya menghimpit akal warasku ke satu sudut jauh yang tak dapat ku capai.
‘kau dengar sini aku nak cakap, kawan karib yang kau sayang sangat tu sebenarnya gay!! dia ada hati dengan kau tau tak!!’
‘betul ke apa yang Abang Syarif cakap tu?’
‘jangan sentuh aku !!!’
‘aku benci orang macam kau!’
‘jangan sentuh aku!!!...jangan dekat dengan aku!!!’
‘jauhkan diri dari Adam!! aku tak mahu dia jadi macam kau, jijik!!’
‘anak tak guna, aku tak keluarkan duit aku besarkan kau untuk kau jadi manusia dilaknat tuhan macam ni.’
‘kau ambik kain baju kau, kau keluar dari rumah ni, aku tak mengaku ada anak macam kau. Aku bersumpah aku tak ada anak macam kau!!!’ kata-kata Abang Syarif, Asyraf, Adam, Maya dan ayahku mula silih berganti bergema dalam mindaku. memori tentang peristiwa-peristiwa hitam lapan tahun dulu, peristiwa aku dimalukan di khalayak umum, bagaiman aku mula dipulaukan semua orang disekolah, Asyraf, kawan baikku mula membenciku, peristiwa perit bagaimana ayah kandungku tanpa rasa belas kasihan menghalauku keluar dari rumah, amaran Maya beberapa bulan lepas, peristiwa di restoran tengah hari tadi dan terbaru bagaiman Adam menengkingku tadi mula terpampang satu persatu dengan jelas dalm mindaku. Aku jadi kusut. Tubuhku menggeletar, nafasku laju, dadaku berombak, jantungku berdegup pantas dan peluh dingin mula terbit. Aku diserang panik, aku memegang kepalaku dengan harapan semua bayangan peristiwa-peristiwa perit itu hilang. Aku bangun dan berlari keluar. Ya Allah, bantu aku. jerit batinku. Aku terus berlari keluar dari rumah berharap fikiranku kembali tenang.
Sedang aku menuruni tangga, kakiku tiba-tiba jadi lemah sebelum langkahku tersasar. Tubuhku terasa melayang jatuh ke kaki tangga. Hempasan kuat membuatkan tubuhku kebas tak dapat bergerak. Penglihatanku mula kabur. Kepalaku terasa berat.
“Fi!!!”kedengaran satu suara yang amat ku kenal memanggil namaku. Penglihatanku semakin kabur. Seluruh tubuhku terasa sakit. Ya Allah, jika ini masanya untuk kau menjemputku, ampunilah segala dosaku, dosa aku mencintai insan sejenisku. Ampunkan aku ya Allah.


                                            


Perlahan aku membuka mata yang terasa berat. Cahaya terang mula mnyerang mataku. Terkebil-kebil mataku cuba menyesuaikan diri dengan cahaya terang di ruangan ini. Aku mula memerhati ruangan yang agak asing ini sebelum wajahku tertancap pada satu wajah lembut seorang wanita awal 40-an disebeluhku yang sedang menggenggam erat tangaku. Kelihatan matanya merah dan basah.
“Mak Su.”panggilku lembut. Mak Su mengangguk sambil tersenyum gembira dan mengusap lembut wajahku.
“Alhamdulillah, angah dah sedar, Mak Su risau betul.”ucapnya lagi. Seketika kemudia seorang lelaki berbaju putih datang ke arahku bersama seorang wanita. Lelaki tadi mula melakukan pemeriksaan ke atasku.
“Alhamdulillah, nampaknya anak saudara puan ni menunjukan tindak balas positif. Insyaallah dia boleh sembuh dengan cepat, tapi dia masih perlu diletak bawah pengawasan.”ucap lelaki tadi pada Mak Su. Mak Su kulihat mengukir senyum.
“terima kasih doktor.”ucap Mak Su sebelum lelaki tadi bersama wanita yang bersamanya tadi keluar dari ruangan ini. Aku kembali mengalih pandangan pada Mak Su yang kembali duduk disebelahku.
“Mak Su, angah kat mana? apa jadi pada angah?”soalku yang jelas masih keliru dengan apa yang berlaku. Mak Su tersenyum padaku sambil mengusap lembut rambutku.
“Angah kat hospital ni, angah jatuh tangga. Dah seminggu angah koma.”ucapnya lagi. Aku mula mengingat kembali apa yang berlaku. segala apa yang berlaku pada malam itu mula terpancar kembali dalam fikiran. Aku tertunduk. Mak Su mengeratkan kembali genggamannya.
“ibu ?”soalku ingin tahu. Mak Su tertunduk lagi.
“Ibu dah tahu, tapi….. dia tak boleh datang….”ucapnya sedikit serba salah. Aku tertunduk sambil melepaskan keluhan berat. Sudah ku agak, ayah tak akan benarkan ibu melawatku. Baginya aku ni bukan anaknya yang perlu dia ambil tahu.
“nampaknya, memang angah akan mati sebagai seorang anak derhaka.”ucapku sayu. Air mataku mula menitik.
“angah jangan cakap macam tu, insyaallah, ayah boleh terima angah semula. Angah kena banyak berdoa.”pujuk Mak Su. Mak Su yang membawaku tinggal bersamanya selepas ayahku menghalauku keluar dari rumah. Sejak itu Mak Su menjadi pengganti pada Ibu dan Ayah.
“Angah dah banyak menyusahkan Mak Su, patutnya Mak Su tak ambil angah dulu, biarkan saja Angah duduk di bawah jambatan.”ucapku lagi terbawa-bawa degan emosi pada saat itu. Mak Su menampar lembut pipiku dengan airmatanya yang terus mengalir.
“berapa kali dah Mak Su pesan jangan cakap macam tu lagi!!”ucap Mak Su tegas. Aku memandangnya sebelum mendakapnya.
“maafkan angah.”ucapku didalam dakapan. Mak Su meleraikan dakapan kami sebelum sekali lagi membelai rambutku lembut. Penuh rasa kasih seorang ibu yang telahku hilang sejak lapan tahun dulu.
“Angah rehat dulu ya, Mak Su keluar sekejap beli makanan.”ucap Mak Su. Aku menggauk sebelum baring semula. Fikiranku mula mengelamun jauh. Aku teringatkan Adam dan peristiwa tempoh hari. segalanya sudah berakhir. Adam sudah membenciku. Tiada lagi tempat untukku disisinya. Menjadi kawannya pun sudah tidak layak. Tanpaku sedar air mataku mengalir kembali.

“Angah..”panggil Mak Su lembut sambil menghalakan sudu yang berisi nasi dan sup ayam ke mulutku. Aku menggeleng tanda tidak mahu.
“makan sikit lagi.”
“dah kenyang.”ucapku pula. Bukan dah kenyang sebenarnya. Cuma tak berselera. Macam-macam  yang ku fikirkan. Aku jadi runsing.
“Angah..”belum sempat Mak Su habis berkata-kata kedengaran pintu wad dikuak. Seketika kemudian muncul Adam di muka pintu. Aku jadi cemas. Tubuhku mula menggeletar. Lantas ku rasa tanganku digenggam erat. Aku melirik melihat Mak Su yang menggenggam tanganku tadi. Dia memandang tepat ke arahku sambil tersenyum lembut. Aku mula rasa tenang kembali.
“Adam, mari duduk sini.”jemput Mak Su lembut sambil bangun dan meletakan mangkuk yang masih berisi nasi dan sup di atas meja. Adam tersenyum dan duduk di bangku disebelahku.
“Mak Su keluar dulu ya.”ucap Mak Su dan meninggalkanku dan Adam berdua. Untuk seketika tak ada walau sepatahpun perkataan yang keluar dari mulutku mahupun Adam. Masing-masing terdiam dan melayan perasaan sendiri. Seketika kemudian kulihat Adam mencapai mangkuk nasi yang ditinggalkan oleh Mak Su tadi. Dia mengacau-ngacau sedikit sebelum menyudu nasi di dalam mangkut tersebut dan menyuakanya ke arahku. Aku melihatnya lama sebelum mulutku terbuka dengan sendiri dan menerima suapan dari Adam. Adam tersenyum melihatku sebelum satu lagi suapan diberi dan aku menerimanya. Adam berterusan menyuapkanku sehingga semua nasi tersebut habis. Tiada sepatahpun perkataan yang keluar dari mulut kami. Aku merasa hairan. Kenapa dengan Adam? apa yang terjadi sebenarnya? Adam meletakan mangkuk yang kosong di tepi sebelum memberiku segelas air. Aku meminumnya separuh sebelum mengembalikannya pada Adam. Adam menunduk semula ke bawah. Masih tidak bersuara. Aku hanya menunggunya bersuara.
“kepala kau sakit lagi ke?”soalnya memecahkan suasana sunyi. Aku hanya diam dan menggeleng sedikit. Sekali lagi kami terperangkap dalam kesunyian.
“Asy….Asyraf dah cerita semua pada aku…tentang kau, tentang siapa kau, tentang apa yang dah jadi kat kau dan tentang perasaan kau pada dia.”ucapnya perlahan. Aku hanya mendengar. Aku dah agak memang itu yang berlaku.
“Aku nak tanya kau sesuatu.”ucapnya sambil memandangku tepat. Aku hanya menanti soalannya dengan berdebar.
“Asyraf ada cakap yang cara kau layan aku tak macam cara seorang kawan…jadi aku nak tanya, kau….kau…kau anggap aku lebih dari kawan ke?”soalnya teragak-agak. Aku tersentak sedikit mendengarkan soalannya itu. Aku tertunduk sebelum melepaskan keluhan berat. Patut aku mengaku sahaja segalanya. Dah tak ada apa yang patut disembunyikan lagi. Aku akhirnya mengangguk perlahan.
“maksud kau?” aku melepaskan keluhan lagi.
“aku suka kau, aku jatuh cinta pada kau.”ucapku tanpa berselindung. Adam Nampak macam tak terkejut, seakan dia sudah tahu segalanya.
“kau boleh benci aku kalau kau mahu.”ucapku lagi. Adam kulihat hanya tertunduk dan terdiam. Hatiku terasa sakit tiba-tiba.
“maafkan aku…aku tak boleh balas perasaan kau.”ucapnya lembut. Aku agak terkejut dengan jawapnnya. Aku tak pernah menjangka dia akan cakap begitu.
“kau….kau tak benci aku?”soalku pula kehairanan. Adam memandang wajahku.
“aku dah cuba. Masa Asyraf bagitahu aku pasal semuani memang aku rasa benci dengan kau, aku marah, aku rasa tertipu, rasa dikhianati, tapi bila aku tengok kau menggigil malam tu lepas aku tolak kau, aku rasa risau, aku kejar kau bila kau lari. Aku nampak dengan mataku sendiri kau jatuh tangga. Bila aku nampak kau tak bergerak dengan kepala berdarah aku jadi takut…aku takut aku akan kehilangan kau.” Adam mula bercerita. Aku hanya mendengar. Kelihatan mata Adam memerah menahan tangis.
“sepanjang kau koma dalam seminggu ni aku banyak berfikir, dan aku mula sedar yang aku….aku tak boleh benci kau. Kau kawan aku, kawan terbaik yang pernah aku ada, aku tak boleh benci kau, aku sayang kau, aku tak nak kehilangan kau macam tu.”ucapnya lagi. Aku mula rasa keliru dengan apa yang diucapkannya.
“kalaulah tuhan berikan kita satu peluang untuk melakukan kesalahan, aku pilih untuk mencintai kau.”ucapnya lagi. Aku rasa terharu mendengar kata-katanya. Aku mula faham. Adam sendiri sebenarnya keliru dengan perasaannya sendiri.
“Adam, kau tak perlu rasa macam ni. Aku bukan orang yang selayaknya merasakan cinta kau.” ucapku cuba memujuk.
“Aku keliru, aku tak tahu apa patut aku buat. Aku tahu ini salah, tapi aku tak mahu kehilangan kau.” Aku tersenyum.
“perasaan yang kau rasa nilah yang aku rasa sejak lapan tahun dulu. Merasakan cinta yang tak harus dimiliki. Tak semua benda yang kita mahu kita akan dapat, ada juga sesuatu yang mustahil untuk kita dapat. Kita ni hanya makhluk yang terikat pada perintah Maha Pencipta. Dia tahu apa yang terbaik untuk kita. Ini semua ujian yang diberikan olehnya untuk mengukur sejauh mana, seteguh mana iman umatnya itu. Itu tanda yang Allah tu sayang dan selalu memerhatikan kita.”ucapku. Adam memandangku tepat.
“aku kagum dengan kau, kau kuat.”ucap Adam memuji. Aku tersenyum kecil.
“banyak yang aku lalui untuk sampai ke tahap ni, tak semudah yang kau sangka.”ucapku pula.
“aku tahu, Mak Su dah cerita semuanya. Tentang kau dibuang oleh keluarga kau, tentang kau yang mengalami kemurungan berat yang memaksa Mak Su hantar kau ke wad psikiatri.”aku tergelak kecil mendengar kata-katanya. Mak Su dah pecahkan rahsia.
“sejak bila kau rapat dengan Mak Su aku?”soalku separuh bergurau. Adam turut ketawa.
“Aku harap kita masih boleh kawan macam biasa.” ucap Adam dengan nada penuh mengharap. Aku tersenyum memandangnya.
“kau tak kisah ke berkawan dengan seorang gay yang pernah masuk wad sakit jiwa dulu?”soalku sinis.
“jangan cakap macam tu. Walau apapun, kau tetap kawan aku, kawan baik aku.”ucapnya lagi serius. Sayu aku mendengarnya. Rasa terharu. Aku tertunduk sebelum air mataku menitik.
“terima kasih Adam.”ucapku. Adam lantas duduk di birai katilku dan merangkul tubuhku rapat ketubuhnya. Dia mendakapku erat. Aku yang kaget hanya membiarkan sebelum turut membalas pelukannya. Ya Allah ya tuhanku, aku bersyukur engkau telah mengurniakan Adam sebagai sahabatku. Ya Allah, peliharakanlah hubungan ini, jangan kau putuskan dan janganlah kau biarkan ianya melampaui batas. Hanya kepadamu aku berserah dan hanya kepada mu aku meminta pertolongan. Ya Allah, untuk kesekian kalinya, bantu aku.


tamat


Sunday, 10 March 2013

Best Freinds




Hey guys....

lama dah rasanya tak bercerita, so harini rasa macam nak borak-borak lak...
pada yang tunggu bahagian akhir Bukan Untukku ku, sabar ya, tak lama lagi. hiihihih

so hari ni aku nak cerita pasal bestfreinds, korang ada bestfrend????

baru-baru ni aku ada tengok drama korea, cerita tentang freindship. As usual, aku jadi sangat emosi bila tengok cerita macam ni, sebabnya aku cemburu tengok orang yang ada kawan karib.

kenapa aku cemburu? sebabnya aku tak ada kawan karib. Aku teringin sangat nak ada kawan  karib yang sekepala, yang buat semua benda sama-sama, yang boleh bercerita macam-macam, yang sentiasa ada walau susah-atau senang. Aku tak pernah  ada kawan yang sebegini. Kalau adapun, mungkin hanya aku yang anggap mereka kawan karib aku, dan mereka tidak sesekali.

masa aku sekolah rendah dulu, aku  ada seorang kawan yang aku anggap kawan karib aku, nama dia nizam ( bukan nama sebenar ). dia nilah kawan first aku masa aku masuk darjah satu dulu. Aku berkawan rapat ngan dia, kemana pun memang kami berdua. Aku pernah cium dia dulu...hihihi ( cium pipi ya, bukan tempat lain). Aku tak pasti aku cium dia kerana naluri PLU aku dah bangkit pada waktu tu atau apa, yang aku pasti, aku cium dia sebab aku rasa sayang pada dia. Tapi kami kawan tak lama, masa dia darjah empat dia pindah ke KL, since then, aku tak pernah dengar berita pasal dia langsung. Dia terus hilang macam tu je. Sampailah sekarang. Dan sejak tu, terputuslah hubungan persahabatan kitorang.

but, sebelum dia pindah, dia ada kenalkan aku dengan seorang kawan dia, nama dia khairul ( bukan nama sebenar ). Sejak nizam pergi, aku berkawan baik pula dengan si khairul ni. Dan masa tu jugak aku mula rapat dengan seorang lagi budak kelas aku, nama dia zahar (bukan nama sebenar ). Aku dan zahar dah kawan sejak darjah tiga lagi, cuma tak rapat. Tak tahu sebab apa kitorang boleh jadi rapat waktu tu, then kitoang bertiga jadilah kawan baik. setiap kali waktu rehat kami akan lepak bertiga, tapi masa darjah enam aku lepak ngan khairul je selalunya sebab zahar dah jadi ketua pengawas sekolah waktu tu, so dia selalu busy. but then, lepas UPSR kitorang berpecah, aku masuk sekolah menengah biasa, zahar masuk MRSM dan si khairul masuk sekolah agama. tinggallah aku seorang-seorang lagi. Lepas dari tu aku ada jugaklah contact diorang dan kadang-kadang jumpa, ziarah masa hari raya, tu pun untuk setahun dua je, lepas tu si khairul ni pun hilang tanpa khabar berita. hanya si zahar ni je masih dapat dihubungi. Sekarang ni zahar dah sambung study kat canada and dia masih anggap aku kawan dia. lega sikit, aku ingat dah belajar sampai luar negeri dia dah lupa kawan-kwan dia terutamanya kawan masa sekolah rendah macam aku ni.

masa kat sekolah menengah, aku berseorangan, lama juga aku nak buat kawan sebab aku memang susah nak berkawan, tapi aku taklah sombong. masa di tingkatan satu, aku mula rapat dengan fizi ( bukan nama sebenar ). fizi ni sebenarnya aku dah kenal sejak darjah satu lagi. dan memang sejak darjah satu lagi kami satu kelas. tapi dulu masa sekolah rendah, satu kelas tu ada 40 orang lebih. bila dah ramai-ramai macam tu akan muncullah gang a, gang b, gang c dan sebagainya. dan aku memang tak pernah se'gang' dengan si fizi ni, tulah sebab aku tak berkawan rapat dengan dia. bila di sekolah menengah ni, aku ngan fizi masih sekelas. tapi dalam kelas tu hanya ada 20 orang murid dan hanya ada 4 orang student lelaki. so memang kami empat orang ni akan jadi rapat. dan sebab aku dan fizi dah memang kenal, kitorang lebih mudah rapat dari yang lain. masa di tingkatan satu ni jigaklah aku mula kenal dengan Muaz ( bukan nama sebanr ).

masa lebih kurang di tigkatan dua, fizi jadi lain, aku tak tahu kenapa tapi dia memang selalu lepak kelas sebelah, tinggalkan aku seorang-seorang. dan sebab kan tu, aku lebih banyak habiskan masa dengan muaz. dan dari situ kitorang mula berkawan rapat. aku rasa best berkawan dengn muaz. tak tahu kenapa, nak kata sekepala tak jugak. masa form 3 ni fizi dah jadi normal semula dan aku mula rapat dengn dia semula. tapi waktu ni aku rasa aku lebih rapat dengan muaz dan aku pun rasa, ok, muaz kawan baik aku. dan seperti yang dah berlaku sebelum ni, lepas PMR, muaz tinggalkan aku. dia masuk ke asrama penuh. sejak tu hubungn kami sedikit renggang. but aku still anggap dia kawan baik aku. aku siap cerita pasal kisah cinta aku pada dia.

masa aku clash dengan awek aku dulu pun aku cerita pada dia, tapi lepas tu aku mula sedar yang dia tak pernah ambik kisah pasal semua tu. but still aku anggap dia kawan baik aku. sekarang ni dia tengan study kat australia (kawan-kawan aku semua pandai-pandaikan, aku je yang terperok lagi kat Malaysia ni). beberapa bulan lepas dia balik ke Malaysia, cuti summer break kalau tak silap. Aku ada cakap kat dia kalau ada apa-apa plan nak buat apa-apa aktiviti ajaklah aku. then dia kata ok. tapi baru-baru ni dia upload gambar dia pergi panjat gunung dengan kawan-kawan ktorang yang lain dan aku bukan sekadar tak diajak, tapi aku langsung tak tahu pasal tu. Aku betul-betul terasa hati waktu. dan aku cakap pada diri aku, dia bukan kawan baik kau, dia tak pernah anggap kau kawan baik dia.

lepas cerita si muaz, ni aku nak smabung cerita si fizi, so lepas muaz masuk asrama penuh, masa form 4, aku berkawan rapat balik dengan fizi. semua berjalan baik. kitorang kongsi macam-macam cerita. hal percintaan dia pun dia cerita pad aku. aku dah jadi macam dr cinta dia pulak. then waktu tu anggap, ok, fizi kawan karib aku. masa form 4, ni juga aku mula rapat dengan mamat ( bukan nama sebenar ). mamat ni aku dah kenal sejak di tingkatan satu tapi cuma masa form 4 ni kami sekelas. tapi dia ni dulu lain. dia pendiam, tak banyak cerita. tapi masa form 4 ni dia jadi lain. aku kata dia dah jadi gila. hahah, dia dah berubah. dia dah banyak cakap, perangai pun dah mula gila-gila (tapi dia bukan berubah jadi jahat lak).

masa form 5, aku fizi dan mamat ni duduk sebaris. dan kami bertiga jadi kawan mula berkawan baik. but, masa nak hujung-hukung dah dekat SPM, fizi jadi lain semula. dia dah tak cerita kisah cinta dia pada aku. dia clash dengan awek dia pun dia tak cerita pada aku. aku tahu pun sebab terdengar dia bercerita apsal tu pada orang lain. aku cuba tak ambil hal pasal semua tu sebab malas nak pening-pening kepala. bukan sekali, dah banyak kali jadi macam ni. i'm nobody to them.

lepas SPM, seperti dijangka, masing-masing hilang. sampai sekaranga aku tak pernah jumpa fizi atau pun mamat. at least mamat still respon kalau aku mesej dia di fb, tapi fizi langsung tak layan aku. kadang-kdanga aku terfikir, aku ada buat slah ke kat dia? knapa dia tak endahkan aku?

tamat zaman persekolah, kesimpulannya, aku tak ada sahabat baik or bestfreind forever.

nanti aku sambung lagi cerita masa aku kat universiti lak....

bye...

Wednesday, 6 March 2013

Bukan Untukku ( Bahagian Akhir - Promo)



nantikan bukan untukku bahagian akhir ; bukan untuk kita, akan terbit tak lama lagi.... ^__^  

Monday, 4 March 2013

Bukan Untukku (Bahagian IV)


BAHAGIAN IV : My Love.




Perlahan pintu wad kubuka. Kelihatan Adam terbaring lesu dia tas katil. Aku lihat sekeliling wad, Maya tiada. Ini sebenarnya kali ke tiga aku datang, tapi baru kali ini aku berjaya melihat Adam. Maya melarang aku melawat Adam sebelum ini. Baru kali ini ku lihat Maya tiada. Aku masuk dan tutup semula pintu wad perlahan. Tak mahu mengganggu Adam tidur. Aku mendekati Adam dan duduk di bangku disebelahnya. Rasa sayu melihatnya dalam keadaan sebegitu. Tangan kanannya bersimen, kesan luka dan calar penuh di tubuh badannya.
“maaflah Adam, aku baru lawat kau sekarang.”ucapku perlahan.
“aku ingat kau tak sudi datang.”aku tersentak. Adam dah sedar rupanya. Ku lihat Adam memandangku sayu.
“janganlah cakap macam tu.”ujarku pula. Adam hanya tersenyum kelat.
“terima kasih, sudi datang.”ucapnya. Aku terasa sayu mendengarkannya. Adam cuba bangun. Aku membantunya bersandar. Adam hanya memandangku lama.
“kenapa kau pandang aku macam tu?”soalku selepas rasa tak selesa.
“saja…rindu nak tengok kau.”ucapnya bernada manja. Aku hanya tersenyum. Mengada-ngada pulak Adam ni.
“aku ingat kau dah tak pedulikan aku.”ucapnya lagi. Aku lantas direntap rasa bersalah.
“janganlah cakap macam tu. Kau bestfriend aku, takkanlah aku tak pedulikan kau.”
“habis tu kenapa kau jauhkan diri dari aku dua minggu ni?”soalnya lagi. Aku tersentak lagi. Apa alasan patut kuberi?
“maafkan aku.”
“kalau aku ada buat something yang buat kau marah, kau beritahulah. Aku minta maaf.”
“tak Adam, kau tak buat apa-apa salah pun.”ucapku lagi. Pandangan Adam masih belum jemu menjamah wajahku.
“habis tu?”
“masalah dia pada aku.”balasku.
“yelah, apa masalahnya?”suara Adam kedengaran sedikit mendesak. Aku memandang Adam dalam. Patutkah aku cerita perkara sebanar? tidak, tak boleh. Adam tak boleh tahu perkara sebenar.
“Aku…”belum sempat aku bersuara kedengaran pintu wad dibuka. Aku dan Adam memandang kea rah pintu wad serentak. Kelihatan Maya masuk. Maya yang agak terkejut melihatku kemudia memandangku dengan pandangan tajam. Aku tertunduk sedikit sebelum bangun dari dudukku.
“aku…aku balik dululah Adam.”ucapku sebelum mencapai begku yang ku letak dilantai tadi.
“nak balik? nantilah dulu.”ucap Adam.
“aku ada kerja sikit. Aku balik dulu.”ucapku sambil sedikit melirik memandang Maya. Dia masih pegun dipintu sambil memandangku tajam.
“nanti kau datang lagi tak?”soalan Adam itu membuatku berhenti melangkah. Aku memandangnya sebelum tersenyum dan mengangguk sedikit sebelum aku membawa kaki melangkah ke luar wad. Seketika kemudian Maya datang mendekatiku.
“kau buat apa kat sini?”soal Maya keras. Aku berhentikan langkah dan berhadapan dengannya.
“Aku datang nak lawat Adam.”
“aku dah cakap pada kau kan, jangan datang lawat Adam.”ucapnya lagi. Aku memandangnya lama sambil menarik nafas panjang.
“Maya, aku nak minta kau beri aku peluang untuk bersama dengan Adam untuk tempoh 3 bulan ni saja, aku janji lepas habis sahaja semester ni, aku tak akan wujud lagi dalam hidup Adam. Tolong…tiga bulan sahaja.”aku separuh merayu.
“kenapa? kau dah jatuh cinta pada dia pulak?”soal Maya sinis.
“ya!! memang aku cintakan dia, aku sayang dia!!”terang aku buat pengakuan. Maya kelihatan agak terkejut.
“tapi aku tahu aku tak boleh bersama dia. Sebab tu aku mintak tolong dari kau. izinkan aku untuk bersama Adam untuk kali terkahir. Lepas tiga bulan ni, terpulanglah pada kau nak buat apa, kalau kau nak cerita pada semua orang tentang aku pun, kau ceritalah. Cuma tolong beri aku peluang bersama dengan Adam. Untuk tiga bulan ni sahaja.”ucapku lagi bersungguh. Maya kelihatan agak kaget dengan rayuanku.
“ok…aku bagi peluang, tiga bulan. Lepas tu kau berjaji kena menghilang.”aku mengangguk laju.
“janji dalam masa tiga bulan ni jangan apa-apakan dia. Jangan sentuh dia!”ucapnya lagi.
“ya aku janji.”Maya mengangguk puas hati sebelum meninggalkanku dan kembali masuk ke wad Adam. Aku melepaskan keluhan lega. Alhamdulillah. Aku bertekad akan gunakan peluang yang adani untuk bersama dengan Adam sebaiknya sebelum aku melupakannya secara total.

Aku melihat Adam terkial-kial cuba membuka baju yang dipakainya. Dia baru sahaja dibenarkan keluar dari hospital pagi tadi. Aku memerhatikannya. Timbul rasa kasihan. Dengan tangan kanannya yang masih bersimen, agak sukar untuknya melakukan banyak hal.
“kau nak mandi ke?”soalku sambil menghampirinya. Adam menoleh ke arahku sambil mengangguk lemah.
“nak aku tolong?”soalku.
“tolong apa?”soalnya pula.
“tolong kau bukak baju.”ujarku selamba. Sengaja mahu mengusik. Wajah  Adam ku lihat mula merona merah.
“hish..tak nak lah..!!”ujarnya tegas sambil sedaya upaya mencuba membuka pakaiannya lagi. Tangan kirinya yang masih lemah menambahkan lagi kesukarannya.
“dah lah, biar aku tolong, kalau macam ni, sampai subuh lusa pun kau tak mandi lagi.”ujarku sambil terus mencapai bajunya. Adam yang asalnya cuba menolak akhirnya akur selepasku berkeras. Berdebar keras jantungku melihat batang tubuhnya yang tidak berbaju. Sabar, hati!! sabar!!!
“terima kasih..”ucap Adam perlahan sambil tertunduk malu. Aku tersenyum melihat riaksinya.
“seluar ni nak aku tolong bukakan ke?”soalku lagi.
“eh…eh..tak payah.”ucapnya. Adam lantas mencapai tuala dan terus menuju ke bilik air. Aku tergelak kecil melihat riaksi Adam. Tak pernah kulihat Adam semalu itu. Aku duduk di tilamku dan mula terkenangkan semula sepanjang seminggu aku aku menjaga Adam di hospital. Adam berkeras tak mahu dipindahkan ke hospital di Selangor untuk mudah ibu dan bapanya menjaganya, oleh sebab itu ibu dan bapanya hanya sempat menjaganya untuk beberapa hari sebelum terpaksa pulang semula. Akulah yang sentiasa menemankan Adam di hospital. Aku bertekad untuk gunakan sepenuhnya tempoh tiga bulan ini bersama dengan Adam supaya tidak timbul rasa sesal bila saat kami perlu berpisah nanti.
Hari-hariku dengan Adam kurasakan begitu Indah. Aku seakan tak mahu melepaskan peluang untuk bersamanya, setiap saat aku akan bersamanya, di kampus, di rumah atau dimana sahaja. Ini sahaja masa yang aku ada, aku tak akan persiakan.
Sedar tak sedar sudah lebih sebulan Adam keluar dari hospital. Keadaannya sudah pulih sepenuhnya. Simen di tangan kanannya sudah pun dibuka dan kehidupan Adam kembali seperti biasa cuma disibukan dengan tugasan-tugasan dan projek akhir. Hubungan Adam dan Maya berjalan seperti biasa. Maya benar-benar mengotakan janjinya dan sehingga ke hari ini Adam langsung tidak tahu menahu tentang perjanjian antara kami. Aku berharap untuk tempoh lebih kurang enam minggu lagi, semuanya akan berjalan dengan lancar. Namun siapalah kita, apa kuasa manusia untuk menidakkan ketentuan tuhan. Kita merancang, Allah yang menentukan. Panas yang diharap membawa kepetang rupanya mengundurkan diri di tengah hari memberi laluan untuk badai bertiup kencang.
Aku menjenguk ke kiri dan kekanan mencari kelibat Adam. Tadi aku mendapat pesanan ringkas dari Adam menyuruh aku terus ke restoran ini waktu makan tengah hari. Katanya dia nak kenalkan aku dengan sepupunya yang datang melawatnya. Aku tersenyum melihat Adam melambai ke arahku. Aku menghampirinya yang kelihatan sedang duduk berhadapan dengan seorang lelaki yang dalam lingkungan usia sama dengan kami.
“sory lambat sikit.”ucapku.
“tak pe, ha..Fi, inilah sepupu aku, Asyraf.”ujarnya ceria. Aku memandang kearah lelaki yang dimaksudkan Adam. Jantungku seakan terhenti melihatnya. Lelaki itu juga melihatku tanpa mengelipkan mata tanda dia juga terkejut. Asyraf bangun dari duduknya.
“Rafi..”ucapnya. Aku mengundur beberapa tapak kebelakang. Mataku masih tepat memandangnya.
‘kau dengar sini aku nak cakap, kawan karib yang kau sayang sangat tu sebenarnya gay!! dia ada hati dengan kau tau tak!!’ kata-kata Abang Syarif lapan tahun dulu mula bergema dalam kepalaku.
‘betul ke apa yang Abang Syarif cakap tu?’
‘jangan sentuh aku !!!
‘aku benci orang macam kau!  kata-kata yang diucapkan Asyraf pula kini berselang seli bermain di mindaku. Aku menggelengkan kepala.
“Fi..kenapa ni?”kedengan Adam bertanya selepas melihat riaksiku. Asyraf masih berdiri tegak sambil merenungku tajam. Fikiranku jadi berserabut. Aku jadi buntu, tanpa berlengah aku lantas terus meninggalkan tempat itu dan Adam yang masih terpinga-pinga. Habislah, semuanya akan terbongkar…semuanya akan berakhir!!