Monday, 11 March 2013

Bukan Untukku (Bahagian Akhir)

BAHAGIAN V : Bukan Untuk Kita



Perlahan pintu bilikku ku buka. Jam didinding menunjukan jam 12 malam. Tapi selepas pertemuan yang tidak diduga dengan Asyaraf aku terus menyembunyikan diri di Masjid cuba menenangkan diri. Ku lihat Adam sedang duduk berteleku di tilamnya seakan memikirkan sesuatu. Aku memandangnya lama. Asyraf dah cerita segalanya ke? Adam dah tahukah tentang diriku? Perlahan aku mendekati Adam. Aku duduk disebelahnya.
“Adam..”panggilku lembut. Adam masih berdiam diri tak menghiraukan aku. Wajahnya Nampak kusut.
“Adam..”panggilku lagi kini cuba untuk menyentuh bahunya. Adam lantas menepis tanganku dan menolak tubuhku kuat.
“jangan sentuh aku!!!...jangan dekat dengan aku!!!”ucapnya kasar dengan suara meninggi. Aku kaget. Sekarang sudah pasti yang Asyraf memang telah menceritakan segalanya. Adam sudah membenciku sekarang. Serta merta kotak memoriku terbuka luas. Memori-memori lama yang kusimpan kemas selama ini mula meliar keluar memenuhkan kotak fikiranku dan berjaya menghimpit akal warasku ke satu sudut jauh yang tak dapat ku capai.
‘kau dengar sini aku nak cakap, kawan karib yang kau sayang sangat tu sebenarnya gay!! dia ada hati dengan kau tau tak!!’
‘betul ke apa yang Abang Syarif cakap tu?’
‘jangan sentuh aku !!!’
‘aku benci orang macam kau!’
‘jangan sentuh aku!!!...jangan dekat dengan aku!!!’
‘jauhkan diri dari Adam!! aku tak mahu dia jadi macam kau, jijik!!’
‘anak tak guna, aku tak keluarkan duit aku besarkan kau untuk kau jadi manusia dilaknat tuhan macam ni.’
‘kau ambik kain baju kau, kau keluar dari rumah ni, aku tak mengaku ada anak macam kau. Aku bersumpah aku tak ada anak macam kau!!!’ kata-kata Abang Syarif, Asyraf, Adam, Maya dan ayahku mula silih berganti bergema dalam mindaku. memori tentang peristiwa-peristiwa hitam lapan tahun dulu, peristiwa aku dimalukan di khalayak umum, bagaiman aku mula dipulaukan semua orang disekolah, Asyraf, kawan baikku mula membenciku, peristiwa perit bagaimana ayah kandungku tanpa rasa belas kasihan menghalauku keluar dari rumah, amaran Maya beberapa bulan lepas, peristiwa di restoran tengah hari tadi dan terbaru bagaiman Adam menengkingku tadi mula terpampang satu persatu dengan jelas dalm mindaku. Aku jadi kusut. Tubuhku menggeletar, nafasku laju, dadaku berombak, jantungku berdegup pantas dan peluh dingin mula terbit. Aku diserang panik, aku memegang kepalaku dengan harapan semua bayangan peristiwa-peristiwa perit itu hilang. Aku bangun dan berlari keluar. Ya Allah, bantu aku. jerit batinku. Aku terus berlari keluar dari rumah berharap fikiranku kembali tenang.
Sedang aku menuruni tangga, kakiku tiba-tiba jadi lemah sebelum langkahku tersasar. Tubuhku terasa melayang jatuh ke kaki tangga. Hempasan kuat membuatkan tubuhku kebas tak dapat bergerak. Penglihatanku mula kabur. Kepalaku terasa berat.
“Fi!!!”kedengaran satu suara yang amat ku kenal memanggil namaku. Penglihatanku semakin kabur. Seluruh tubuhku terasa sakit. Ya Allah, jika ini masanya untuk kau menjemputku, ampunilah segala dosaku, dosa aku mencintai insan sejenisku. Ampunkan aku ya Allah.


                                            


Perlahan aku membuka mata yang terasa berat. Cahaya terang mula mnyerang mataku. Terkebil-kebil mataku cuba menyesuaikan diri dengan cahaya terang di ruangan ini. Aku mula memerhati ruangan yang agak asing ini sebelum wajahku tertancap pada satu wajah lembut seorang wanita awal 40-an disebeluhku yang sedang menggenggam erat tangaku. Kelihatan matanya merah dan basah.
“Mak Su.”panggilku lembut. Mak Su mengangguk sambil tersenyum gembira dan mengusap lembut wajahku.
“Alhamdulillah, angah dah sedar, Mak Su risau betul.”ucapnya lagi. Seketika kemudia seorang lelaki berbaju putih datang ke arahku bersama seorang wanita. Lelaki tadi mula melakukan pemeriksaan ke atasku.
“Alhamdulillah, nampaknya anak saudara puan ni menunjukan tindak balas positif. Insyaallah dia boleh sembuh dengan cepat, tapi dia masih perlu diletak bawah pengawasan.”ucap lelaki tadi pada Mak Su. Mak Su kulihat mengukir senyum.
“terima kasih doktor.”ucap Mak Su sebelum lelaki tadi bersama wanita yang bersamanya tadi keluar dari ruangan ini. Aku kembali mengalih pandangan pada Mak Su yang kembali duduk disebelahku.
“Mak Su, angah kat mana? apa jadi pada angah?”soalku yang jelas masih keliru dengan apa yang berlaku. Mak Su tersenyum padaku sambil mengusap lembut rambutku.
“Angah kat hospital ni, angah jatuh tangga. Dah seminggu angah koma.”ucapnya lagi. Aku mula mengingat kembali apa yang berlaku. segala apa yang berlaku pada malam itu mula terpancar kembali dalam fikiran. Aku tertunduk. Mak Su mengeratkan kembali genggamannya.
“ibu ?”soalku ingin tahu. Mak Su tertunduk lagi.
“Ibu dah tahu, tapi….. dia tak boleh datang….”ucapnya sedikit serba salah. Aku tertunduk sambil melepaskan keluhan berat. Sudah ku agak, ayah tak akan benarkan ibu melawatku. Baginya aku ni bukan anaknya yang perlu dia ambil tahu.
“nampaknya, memang angah akan mati sebagai seorang anak derhaka.”ucapku sayu. Air mataku mula menitik.
“angah jangan cakap macam tu, insyaallah, ayah boleh terima angah semula. Angah kena banyak berdoa.”pujuk Mak Su. Mak Su yang membawaku tinggal bersamanya selepas ayahku menghalauku keluar dari rumah. Sejak itu Mak Su menjadi pengganti pada Ibu dan Ayah.
“Angah dah banyak menyusahkan Mak Su, patutnya Mak Su tak ambil angah dulu, biarkan saja Angah duduk di bawah jambatan.”ucapku lagi terbawa-bawa degan emosi pada saat itu. Mak Su menampar lembut pipiku dengan airmatanya yang terus mengalir.
“berapa kali dah Mak Su pesan jangan cakap macam tu lagi!!”ucap Mak Su tegas. Aku memandangnya sebelum mendakapnya.
“maafkan angah.”ucapku didalam dakapan. Mak Su meleraikan dakapan kami sebelum sekali lagi membelai rambutku lembut. Penuh rasa kasih seorang ibu yang telahku hilang sejak lapan tahun dulu.
“Angah rehat dulu ya, Mak Su keluar sekejap beli makanan.”ucap Mak Su. Aku menggauk sebelum baring semula. Fikiranku mula mengelamun jauh. Aku teringatkan Adam dan peristiwa tempoh hari. segalanya sudah berakhir. Adam sudah membenciku. Tiada lagi tempat untukku disisinya. Menjadi kawannya pun sudah tidak layak. Tanpaku sedar air mataku mengalir kembali.

“Angah..”panggil Mak Su lembut sambil menghalakan sudu yang berisi nasi dan sup ayam ke mulutku. Aku menggeleng tanda tidak mahu.
“makan sikit lagi.”
“dah kenyang.”ucapku pula. Bukan dah kenyang sebenarnya. Cuma tak berselera. Macam-macam  yang ku fikirkan. Aku jadi runsing.
“Angah..”belum sempat Mak Su habis berkata-kata kedengaran pintu wad dikuak. Seketika kemudian muncul Adam di muka pintu. Aku jadi cemas. Tubuhku mula menggeletar. Lantas ku rasa tanganku digenggam erat. Aku melirik melihat Mak Su yang menggenggam tanganku tadi. Dia memandang tepat ke arahku sambil tersenyum lembut. Aku mula rasa tenang kembali.
“Adam, mari duduk sini.”jemput Mak Su lembut sambil bangun dan meletakan mangkuk yang masih berisi nasi dan sup di atas meja. Adam tersenyum dan duduk di bangku disebelahku.
“Mak Su keluar dulu ya.”ucap Mak Su dan meninggalkanku dan Adam berdua. Untuk seketika tak ada walau sepatahpun perkataan yang keluar dari mulutku mahupun Adam. Masing-masing terdiam dan melayan perasaan sendiri. Seketika kemudian kulihat Adam mencapai mangkuk nasi yang ditinggalkan oleh Mak Su tadi. Dia mengacau-ngacau sedikit sebelum menyudu nasi di dalam mangkut tersebut dan menyuakanya ke arahku. Aku melihatnya lama sebelum mulutku terbuka dengan sendiri dan menerima suapan dari Adam. Adam tersenyum melihatku sebelum satu lagi suapan diberi dan aku menerimanya. Adam berterusan menyuapkanku sehingga semua nasi tersebut habis. Tiada sepatahpun perkataan yang keluar dari mulut kami. Aku merasa hairan. Kenapa dengan Adam? apa yang terjadi sebenarnya? Adam meletakan mangkuk yang kosong di tepi sebelum memberiku segelas air. Aku meminumnya separuh sebelum mengembalikannya pada Adam. Adam menunduk semula ke bawah. Masih tidak bersuara. Aku hanya menunggunya bersuara.
“kepala kau sakit lagi ke?”soalnya memecahkan suasana sunyi. Aku hanya diam dan menggeleng sedikit. Sekali lagi kami terperangkap dalam kesunyian.
“Asy….Asyraf dah cerita semua pada aku…tentang kau, tentang siapa kau, tentang apa yang dah jadi kat kau dan tentang perasaan kau pada dia.”ucapnya perlahan. Aku hanya mendengar. Aku dah agak memang itu yang berlaku.
“Aku nak tanya kau sesuatu.”ucapnya sambil memandangku tepat. Aku hanya menanti soalannya dengan berdebar.
“Asyraf ada cakap yang cara kau layan aku tak macam cara seorang kawan…jadi aku nak tanya, kau….kau…kau anggap aku lebih dari kawan ke?”soalnya teragak-agak. Aku tersentak sedikit mendengarkan soalannya itu. Aku tertunduk sebelum melepaskan keluhan berat. Patut aku mengaku sahaja segalanya. Dah tak ada apa yang patut disembunyikan lagi. Aku akhirnya mengangguk perlahan.
“maksud kau?” aku melepaskan keluhan lagi.
“aku suka kau, aku jatuh cinta pada kau.”ucapku tanpa berselindung. Adam Nampak macam tak terkejut, seakan dia sudah tahu segalanya.
“kau boleh benci aku kalau kau mahu.”ucapku lagi. Adam kulihat hanya tertunduk dan terdiam. Hatiku terasa sakit tiba-tiba.
“maafkan aku…aku tak boleh balas perasaan kau.”ucapnya lembut. Aku agak terkejut dengan jawapnnya. Aku tak pernah menjangka dia akan cakap begitu.
“kau….kau tak benci aku?”soalku pula kehairanan. Adam memandang wajahku.
“aku dah cuba. Masa Asyraf bagitahu aku pasal semuani memang aku rasa benci dengan kau, aku marah, aku rasa tertipu, rasa dikhianati, tapi bila aku tengok kau menggigil malam tu lepas aku tolak kau, aku rasa risau, aku kejar kau bila kau lari. Aku nampak dengan mataku sendiri kau jatuh tangga. Bila aku nampak kau tak bergerak dengan kepala berdarah aku jadi takut…aku takut aku akan kehilangan kau.” Adam mula bercerita. Aku hanya mendengar. Kelihatan mata Adam memerah menahan tangis.
“sepanjang kau koma dalam seminggu ni aku banyak berfikir, dan aku mula sedar yang aku….aku tak boleh benci kau. Kau kawan aku, kawan terbaik yang pernah aku ada, aku tak boleh benci kau, aku sayang kau, aku tak nak kehilangan kau macam tu.”ucapnya lagi. Aku mula rasa keliru dengan apa yang diucapkannya.
“kalaulah tuhan berikan kita satu peluang untuk melakukan kesalahan, aku pilih untuk mencintai kau.”ucapnya lagi. Aku rasa terharu mendengar kata-katanya. Aku mula faham. Adam sendiri sebenarnya keliru dengan perasaannya sendiri.
“Adam, kau tak perlu rasa macam ni. Aku bukan orang yang selayaknya merasakan cinta kau.” ucapku cuba memujuk.
“Aku keliru, aku tak tahu apa patut aku buat. Aku tahu ini salah, tapi aku tak mahu kehilangan kau.” Aku tersenyum.
“perasaan yang kau rasa nilah yang aku rasa sejak lapan tahun dulu. Merasakan cinta yang tak harus dimiliki. Tak semua benda yang kita mahu kita akan dapat, ada juga sesuatu yang mustahil untuk kita dapat. Kita ni hanya makhluk yang terikat pada perintah Maha Pencipta. Dia tahu apa yang terbaik untuk kita. Ini semua ujian yang diberikan olehnya untuk mengukur sejauh mana, seteguh mana iman umatnya itu. Itu tanda yang Allah tu sayang dan selalu memerhatikan kita.”ucapku. Adam memandangku tepat.
“aku kagum dengan kau, kau kuat.”ucap Adam memuji. Aku tersenyum kecil.
“banyak yang aku lalui untuk sampai ke tahap ni, tak semudah yang kau sangka.”ucapku pula.
“aku tahu, Mak Su dah cerita semuanya. Tentang kau dibuang oleh keluarga kau, tentang kau yang mengalami kemurungan berat yang memaksa Mak Su hantar kau ke wad psikiatri.”aku tergelak kecil mendengar kata-katanya. Mak Su dah pecahkan rahsia.
“sejak bila kau rapat dengan Mak Su aku?”soalku separuh bergurau. Adam turut ketawa.
“Aku harap kita masih boleh kawan macam biasa.” ucap Adam dengan nada penuh mengharap. Aku tersenyum memandangnya.
“kau tak kisah ke berkawan dengan seorang gay yang pernah masuk wad sakit jiwa dulu?”soalku sinis.
“jangan cakap macam tu. Walau apapun, kau tetap kawan aku, kawan baik aku.”ucapnya lagi serius. Sayu aku mendengarnya. Rasa terharu. Aku tertunduk sebelum air mataku menitik.
“terima kasih Adam.”ucapku. Adam lantas duduk di birai katilku dan merangkul tubuhku rapat ketubuhnya. Dia mendakapku erat. Aku yang kaget hanya membiarkan sebelum turut membalas pelukannya. Ya Allah ya tuhanku, aku bersyukur engkau telah mengurniakan Adam sebagai sahabatku. Ya Allah, peliharakanlah hubungan ini, jangan kau putuskan dan janganlah kau biarkan ianya melampaui batas. Hanya kepadamu aku berserah dan hanya kepada mu aku meminta pertolongan. Ya Allah, untuk kesekian kalinya, bantu aku.


tamat


12 comments:

  1. Serius aku menangis baca part ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. apa yang sedih sangat tu? kongsi sikit..

      Delete
  2. dah habis ke?? ala..cite ni bestla..

    ReplyDelete
    Replies
    1. setakat ni je dulu, insyaallah mungkin akan disambung jika ada sambutan..

      Delete
  3. nak musim ke-2 ada x? bahagian 4 and 5 is the fabulous story telling ever,...rase nak nanges pon ader,...

    ReplyDelete
  4. we want more!
    we want more!
    we want more!
    ok, dah 3 kali aku seru, kalau dalam bahasa arab dah panggil jamak ni...

    ReplyDelete
  5. Its quite boring....im sorry...

    ReplyDelete
  6. heartbreaking la ending dia...truly...am crying...huhu...

    ReplyDelete
  7. dah 5 kali baca but still touch part ni.

    ReplyDelete