Monday, 4 March 2013

Bukan Untukku (Bahagian IV)


BAHAGIAN IV : My Love.




Perlahan pintu wad kubuka. Kelihatan Adam terbaring lesu dia tas katil. Aku lihat sekeliling wad, Maya tiada. Ini sebenarnya kali ke tiga aku datang, tapi baru kali ini aku berjaya melihat Adam. Maya melarang aku melawat Adam sebelum ini. Baru kali ini ku lihat Maya tiada. Aku masuk dan tutup semula pintu wad perlahan. Tak mahu mengganggu Adam tidur. Aku mendekati Adam dan duduk di bangku disebelahnya. Rasa sayu melihatnya dalam keadaan sebegitu. Tangan kanannya bersimen, kesan luka dan calar penuh di tubuh badannya.
“maaflah Adam, aku baru lawat kau sekarang.”ucapku perlahan.
“aku ingat kau tak sudi datang.”aku tersentak. Adam dah sedar rupanya. Ku lihat Adam memandangku sayu.
“janganlah cakap macam tu.”ujarku pula. Adam hanya tersenyum kelat.
“terima kasih, sudi datang.”ucapnya. Aku terasa sayu mendengarkannya. Adam cuba bangun. Aku membantunya bersandar. Adam hanya memandangku lama.
“kenapa kau pandang aku macam tu?”soalku selepas rasa tak selesa.
“saja…rindu nak tengok kau.”ucapnya bernada manja. Aku hanya tersenyum. Mengada-ngada pulak Adam ni.
“aku ingat kau dah tak pedulikan aku.”ucapnya lagi. Aku lantas direntap rasa bersalah.
“janganlah cakap macam tu. Kau bestfriend aku, takkanlah aku tak pedulikan kau.”
“habis tu kenapa kau jauhkan diri dari aku dua minggu ni?”soalnya lagi. Aku tersentak lagi. Apa alasan patut kuberi?
“maafkan aku.”
“kalau aku ada buat something yang buat kau marah, kau beritahulah. Aku minta maaf.”
“tak Adam, kau tak buat apa-apa salah pun.”ucapku lagi. Pandangan Adam masih belum jemu menjamah wajahku.
“habis tu?”
“masalah dia pada aku.”balasku.
“yelah, apa masalahnya?”suara Adam kedengaran sedikit mendesak. Aku memandang Adam dalam. Patutkah aku cerita perkara sebanar? tidak, tak boleh. Adam tak boleh tahu perkara sebenar.
“Aku…”belum sempat aku bersuara kedengaran pintu wad dibuka. Aku dan Adam memandang kea rah pintu wad serentak. Kelihatan Maya masuk. Maya yang agak terkejut melihatku kemudia memandangku dengan pandangan tajam. Aku tertunduk sedikit sebelum bangun dari dudukku.
“aku…aku balik dululah Adam.”ucapku sebelum mencapai begku yang ku letak dilantai tadi.
“nak balik? nantilah dulu.”ucap Adam.
“aku ada kerja sikit. Aku balik dulu.”ucapku sambil sedikit melirik memandang Maya. Dia masih pegun dipintu sambil memandangku tajam.
“nanti kau datang lagi tak?”soalan Adam itu membuatku berhenti melangkah. Aku memandangnya sebelum tersenyum dan mengangguk sedikit sebelum aku membawa kaki melangkah ke luar wad. Seketika kemudian Maya datang mendekatiku.
“kau buat apa kat sini?”soal Maya keras. Aku berhentikan langkah dan berhadapan dengannya.
“Aku datang nak lawat Adam.”
“aku dah cakap pada kau kan, jangan datang lawat Adam.”ucapnya lagi. Aku memandangnya lama sambil menarik nafas panjang.
“Maya, aku nak minta kau beri aku peluang untuk bersama dengan Adam untuk tempoh 3 bulan ni saja, aku janji lepas habis sahaja semester ni, aku tak akan wujud lagi dalam hidup Adam. Tolong…tiga bulan sahaja.”aku separuh merayu.
“kenapa? kau dah jatuh cinta pada dia pulak?”soal Maya sinis.
“ya!! memang aku cintakan dia, aku sayang dia!!”terang aku buat pengakuan. Maya kelihatan agak terkejut.
“tapi aku tahu aku tak boleh bersama dia. Sebab tu aku mintak tolong dari kau. izinkan aku untuk bersama Adam untuk kali terkahir. Lepas tiga bulan ni, terpulanglah pada kau nak buat apa, kalau kau nak cerita pada semua orang tentang aku pun, kau ceritalah. Cuma tolong beri aku peluang bersama dengan Adam. Untuk tiga bulan ni sahaja.”ucapku lagi bersungguh. Maya kelihatan agak kaget dengan rayuanku.
“ok…aku bagi peluang, tiga bulan. Lepas tu kau berjaji kena menghilang.”aku mengangguk laju.
“janji dalam masa tiga bulan ni jangan apa-apakan dia. Jangan sentuh dia!”ucapnya lagi.
“ya aku janji.”Maya mengangguk puas hati sebelum meninggalkanku dan kembali masuk ke wad Adam. Aku melepaskan keluhan lega. Alhamdulillah. Aku bertekad akan gunakan peluang yang adani untuk bersama dengan Adam sebaiknya sebelum aku melupakannya secara total.

Aku melihat Adam terkial-kial cuba membuka baju yang dipakainya. Dia baru sahaja dibenarkan keluar dari hospital pagi tadi. Aku memerhatikannya. Timbul rasa kasihan. Dengan tangan kanannya yang masih bersimen, agak sukar untuknya melakukan banyak hal.
“kau nak mandi ke?”soalku sambil menghampirinya. Adam menoleh ke arahku sambil mengangguk lemah.
“nak aku tolong?”soalku.
“tolong apa?”soalnya pula.
“tolong kau bukak baju.”ujarku selamba. Sengaja mahu mengusik. Wajah  Adam ku lihat mula merona merah.
“hish..tak nak lah..!!”ujarnya tegas sambil sedaya upaya mencuba membuka pakaiannya lagi. Tangan kirinya yang masih lemah menambahkan lagi kesukarannya.
“dah lah, biar aku tolong, kalau macam ni, sampai subuh lusa pun kau tak mandi lagi.”ujarku sambil terus mencapai bajunya. Adam yang asalnya cuba menolak akhirnya akur selepasku berkeras. Berdebar keras jantungku melihat batang tubuhnya yang tidak berbaju. Sabar, hati!! sabar!!!
“terima kasih..”ucap Adam perlahan sambil tertunduk malu. Aku tersenyum melihat riaksinya.
“seluar ni nak aku tolong bukakan ke?”soalku lagi.
“eh…eh..tak payah.”ucapnya. Adam lantas mencapai tuala dan terus menuju ke bilik air. Aku tergelak kecil melihat riaksi Adam. Tak pernah kulihat Adam semalu itu. Aku duduk di tilamku dan mula terkenangkan semula sepanjang seminggu aku aku menjaga Adam di hospital. Adam berkeras tak mahu dipindahkan ke hospital di Selangor untuk mudah ibu dan bapanya menjaganya, oleh sebab itu ibu dan bapanya hanya sempat menjaganya untuk beberapa hari sebelum terpaksa pulang semula. Akulah yang sentiasa menemankan Adam di hospital. Aku bertekad untuk gunakan sepenuhnya tempoh tiga bulan ini bersama dengan Adam supaya tidak timbul rasa sesal bila saat kami perlu berpisah nanti.
Hari-hariku dengan Adam kurasakan begitu Indah. Aku seakan tak mahu melepaskan peluang untuk bersamanya, setiap saat aku akan bersamanya, di kampus, di rumah atau dimana sahaja. Ini sahaja masa yang aku ada, aku tak akan persiakan.
Sedar tak sedar sudah lebih sebulan Adam keluar dari hospital. Keadaannya sudah pulih sepenuhnya. Simen di tangan kanannya sudah pun dibuka dan kehidupan Adam kembali seperti biasa cuma disibukan dengan tugasan-tugasan dan projek akhir. Hubungan Adam dan Maya berjalan seperti biasa. Maya benar-benar mengotakan janjinya dan sehingga ke hari ini Adam langsung tidak tahu menahu tentang perjanjian antara kami. Aku berharap untuk tempoh lebih kurang enam minggu lagi, semuanya akan berjalan dengan lancar. Namun siapalah kita, apa kuasa manusia untuk menidakkan ketentuan tuhan. Kita merancang, Allah yang menentukan. Panas yang diharap membawa kepetang rupanya mengundurkan diri di tengah hari memberi laluan untuk badai bertiup kencang.
Aku menjenguk ke kiri dan kekanan mencari kelibat Adam. Tadi aku mendapat pesanan ringkas dari Adam menyuruh aku terus ke restoran ini waktu makan tengah hari. Katanya dia nak kenalkan aku dengan sepupunya yang datang melawatnya. Aku tersenyum melihat Adam melambai ke arahku. Aku menghampirinya yang kelihatan sedang duduk berhadapan dengan seorang lelaki yang dalam lingkungan usia sama dengan kami.
“sory lambat sikit.”ucapku.
“tak pe, ha..Fi, inilah sepupu aku, Asyraf.”ujarnya ceria. Aku memandang kearah lelaki yang dimaksudkan Adam. Jantungku seakan terhenti melihatnya. Lelaki itu juga melihatku tanpa mengelipkan mata tanda dia juga terkejut. Asyraf bangun dari duduknya.
“Rafi..”ucapnya. Aku mengundur beberapa tapak kebelakang. Mataku masih tepat memandangnya.
‘kau dengar sini aku nak cakap, kawan karib yang kau sayang sangat tu sebenarnya gay!! dia ada hati dengan kau tau tak!!’ kata-kata Abang Syarif lapan tahun dulu mula bergema dalam kepalaku.
‘betul ke apa yang Abang Syarif cakap tu?’
‘jangan sentuh aku !!!
‘aku benci orang macam kau!  kata-kata yang diucapkan Asyraf pula kini berselang seli bermain di mindaku. Aku menggelengkan kepala.
“Fi..kenapa ni?”kedengan Adam bertanya selepas melihat riaksiku. Asyraf masih berdiri tegak sambil merenungku tajam. Fikiranku jadi berserabut. Aku jadi buntu, tanpa berlengah aku lantas terus meninggalkan tempat itu dan Adam yang masih terpinga-pinga. Habislah, semuanya akan terbongkar…semuanya akan berakhir!!


9 comments:

  1. Replies
    1. tapi x sehebat cerita-cerita kau...heheh

      Delete
  2. Best la..smbung la cepat skit...

    ReplyDelete
  3. terima kasih sebba menyokong, tapi cerita ni dah nak habis...bahagian berikutnya adlaah bahagian akhir...

    ReplyDelete
  4. Alamak! ape nak jadi plak ni?!

    ReplyDelete
    Replies
    1. nak tau kne tunggu...bahagian yang akhir ni akan menceritakan tentang apa yang dialami oleh Rafi sebelum ni dan juga perasaan sebenar Adam pada Rafi...

      Delete
  5. hrmm...
    kesian rafi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu semua ujian untuk dia, tanda tuhan masih peduli.

      Delete