Saturday, 23 March 2013

Bukan Untukku - Cerita Adam- ( Bahagian II)


BAHAGIAN II : My Sunshine.




Semester berikutnya kami bersepakat meninggalkan kolej dan menyewa diluar. Kami menyewa sebuah bilik. Asalnya aku mahu menyewa sebuah apartment berdua sahaja dengan Rafi. Aku dengan senang hati mahu membayar lebih untuk sewa rumah itu kerana aku tahu Rafi tidak mampu, namun Rafi berkeras enggan. Tak mahu berhutang budi katanya. Kerana ingin menghormati keputusannya aku mengikut sahaja dia menyewa sebuah bilik. Rumah itu turut disewa oleh empat orang lain. Hanya kami sahaja yang masih pelajar, yang lain tu semua sudah bekerja. Tapi Alhamdulillah, mereka semua orang baik-baik. Dalam erti kata lain, aku senang dirumah kami ni.
      Sejak kami berpindah kesini, aku selalu ke kampus bersama Rafi dengan motorsikalnya. Malas aku nak bawak kereta aku tu, lagipun Rafi tak kisah. Dia sendiri sebenarnya yang mula-mula menawarkanku untuk menumpangnya. Tapi aku bukan tumpang free je, aku yang bayar duit minyak dia. Minyak untuk motor beraplah sangat, RM5 boleh tahan lebih dari seminggu. Tapi kalau cuaca tak elok, aku pula yang akan membawa Rafi dengan keretaku.
      Aku merebahkan badan di atas tilam sambil memandang Rafi yang sedang khusyuk mengadap komputer ribanya.
      “Fi, tengok wayang jom.” ajakku.
        “Aku banyak kerja la.” balasnya selamba sambil langsung tidak menoleh ke arahku.
        “jomlah, bosan lah.” aku cuba memujuk. Rafi memandnagku sekilas sebelum kembali mengadap komputer ribanya.
        “cerita apa?”soalnya. Aku tersenyum. Ada respon positif.
        “tak kisahlah cerita apa-apa pun.”
        “ajaklah awek kau.”ujarnya. Aku mengerutkan dahi. Hish Rafi ni, kalau aku nak ajak awek aku, buat apa aku ajak kau?
        “tak nak, aku nak tengok wayang dengan kau.”rengek ku seakan anak kecil. Sengaja ingin menarik perhatiannya. Rafi ku lihat melihatku sekilas sebelum tergelak kecil.
        “yelah..yelah…jomlah.”ujarnya bersetuju. Aku tersenyum lebar.
        “betul ni?”soalku mencari kepastian.
        “yelah.”jawabnya ringkas. Aku lantas bangun dari pembaringanku.
        “yes…ni yang aku tambah sayang kat kau ni.” ujarku gembira sebelum bangun dan terus menuju ke almari pakaianku. Bajuku kubuka sebelum membelek baju di dalam almari untukku pakai. Rafi ku lihat masih pegun dimejanya sambil tepat memandangku.
        “oi…cepatlah tukar baju.” ujarku mengarah. Rafi kulihat tanpa berlengah terus mencapai bajunya dan masuk ke bilik air. Aku memandangnya hairan, wajahnya memerah. Kenapa dengan Rafi ni? dan sejak belakangan inipun dia tidak lagi pernah mengganti baju di hadapanku. kenapa ye?


        Aku menoleh kebelakang mencari Rafi, tadi dia ada disebelahku, tiba-tiba dia hilang. Kemana saja budak sorang ni. Kami kini berada di dalam sebuah kompleks membeli belah dimana panggung wayang yang kami ingin pergi berada. Aku terpandang Rafi sedang berhenti dihadapan sebuah kedai jam. Aku lantas mendekatinya. Ku perhatikan dia asyik melihat sebuah jam tangan G-Shock yang dipamerkan di ruang pameran kedai jam tersebut.
        “woi….tengok pe?”soalku sambil menepuk perlahan bahunya. Rafi menoleh memandangku sekilas sebelum kembali memandang jang tangan yang berharga  hampir RM300.
        “tu jam tu, aku teringin betul nak jam macam tu.”ujarnya dengan wajah yang ceria. Aku tersenyum memandangnya. Berkenan benar nampaknya dia dengan jam tu.
        “dah suka beli je la.”ucap ku pula. Rafi memandangku sebelum mencebik.
        “kau cakap senang lah, kau kaya, aku mana mampu nak beli jam macam tu.”ucapnya sambil berlalu pergi dari kedai tadi.
        “yang kaya tu bapak aku, bukan aku.”balasku pula. Rafi memandangku sekilas sebelum mencebik kalah. Aku hanya tersenyum melihat riaksinya.





        Di dalam panggung aku berasa amat kecewa dengan filem yang kami pilih untuk tengok. Tak sangka pula cerita ni sebosan ini.
        “cerita apa yang kau ajak aku tengok ni?”rungut Rafi selepas lebih kurang setengah jam filem ditayangkan. Aku tergelak kecil dengan rungutannya.
        “manalah aku tahu cerita ni sebosan ni.”balasku pula cuba mempertahankan diri.
        “buat habis duit aku je tau tak, RM10 tu kalau bawak pergi KFC boleh kenyang tau.”rungutnya lagi. Aku tersengih rasa bersalah.
        “alah, nanti aku gantilah balik. Aku belanja kau KFC nanti.”ujarku cuba memujuk. Dalam kebisanan menonton filem yang entah apa-apa ni, aku memandang sekeliling. Kelihatan ramai pasangan kekasih duduk berdua di ‘couple seat’ dalam ramai-ramai pasangan tu aku ternampak seorang gadis sedang membaringkan kepalanya dibahu teman lelakinya. Aku tersenyum memandang mereka. Nampak sangat romantik. Entah kenapa aku lantas terus membuat perkara yang sama pada Rafi. Aku meletakan kepalaku di bahu Rafi.
        “ni….ni apahal pulak ni?”soal Rafi sedikit kaget. Aku tersenyum.
        “pinjam bahu kau kejap, aku nak tidur.”ujarku selamba. Bukan nak tidur sebenarnya, sengaja nak main-main dengan Rafi. Lama aku menunggu, tapi Rafi tak Nampak pun macam nak menolak kepalaku menjauh dari bahunya. Dia membiarkan sahaja kepalaku terletak elok dibahunya yang tak berapa nak besar tu. Entah kenapa mataku mula mengantuk dan terus terlelap. Aku benar-benar tertidur dibahunya.





        Aku berjalan dari kaunter restoran makanan segera ini sambil membawa sedulang penuh makanan. Aku melihat Rafi sedang mengurut-urut bahunya. Timbul rasa bersalah. Kenapalah aku pergi tidur kat bahu dia tadi. Tu kan dah sakit tu.
        “kenapa dengan bahu tu?” soalku sebaik aku melabuhkan punggung dihadapannya.
        “kepala kau la berat.”ujarnya tanpa berselindung. Aku tergelak kecil dengan jawapan jujurnya itu.
        “maaflah, aku tak sengaja tertidur betul-betul. Aku ingat tadi nak gurau-gurau je dengan kau.”ucapku pula sambil mengeluarkan semua makanan yang ku bawa tadi dari dalam dulang. Usai mengeluarkan semua makanan aku meletakan dulang kosong di meja sebelah. Aku kembali memandang kea rah Rafi. Kelihatan dia sdang memandangku kosong. Aku tahu dia sedang termenung berfikirkan sesuatu. Ini bukan kali pertama, sudah banyak kali aku Nampak dia sebegini. Bagai ada masalah. Mahu saja aku minta dia ceritakan masalahnya. Tapi itu semua sia-sia. aku kenal benar dengan Rafi. Dia memang susah untuk berkongsi masalah dengan orang lain walaupun dengan aku, kawan baik dia ni.
        “kau okey tak ni? sakit sangat ke bahu tu?”soalku. Aku tahu bahunya sakit, kepalaku ini bukannya ringan.
        “ehh..? aku okey. Tak ada apa-apa.”ujarnya yang seakan baru tersedar dari lamunan. Dia lantas menarik pinggan berisi ayam gorengnya mendekat. Aku juga berbuat perkara yang sama. Perut sudah lama menjerit-jerit minta diisi.
        “mana French fries?”soal Rafi tiba-tiba. Aku yang baru sahaj mahu menyuap secubit ayam ke multku terhenti.
        “French fries?”
        “la…kan aku dah pesan tadi.”ujarnya lagi. Aku cuba mengingat kembali. oh ya, memang dia ada pesan tadi. Aku lupa nak beli.
        “ala tu kan ada wedges, kentang juga.”ucapku kembali.
        “aku tak nak wedges, aku nak French fries.”ujarnya merengek. Aku tersenyum kecil melihat riaksinya. Aku suka melihat dia begitu. Dan yang pasti dia hanya beriaksi begitu bila dengan aku. Aku tak pernah Nampak dia sebegini dengan orang lain.
        “alah, mengada-ngadalah kau ni. kejap, aku pergi beli.”ujar ku sambil bangun dari kerusi. Kulihat Rafi tersenyum menang. Aku turut tersenyum. Aku sangat pasti bila Rafi merengek seakan anak kecil begitu, aku pasti kalah.



Bersambung ....




No comments:

Post a Comment