Sunday, 31 March 2013

Bukan Untukku - Cerita Adam- ( Bahagian III)


BAHAGIAN III : Saat Terindah.



Aku tersenyum apabila melihat jam tangan G-shock yang aku lihat bulan lepas masih dipamerkan.
            “tak tahu pulak awak minat jam tangan macam ni.”ujar seorang gadis disebelahku. Aku memandangnya sambil tersenyum.
            “bukan untuk saya.”ujarku sebelum bergerak masuk ke dalam kedai jam tangan itu.
            “habis tu?”soal gadis tadi keliru. Aku tersenyum lagi. Gadis ini teman wanitaku, Maya namanya. Kami kenal ketika di semester satu lagi.
            “untuk Rafi.”ucapku ringkas. Maya mencebik sebaik nama Rafi kusebut. Aku tak tahu kenapa, tapi Maya Nampak amat tak suka dengan Rafi sedangkan dulu mereka pernah bersekolah disekolah yang sama.
            “selamat datang.”ucap penjaga kedai mesra sambil tersenyum. Aku membalas senyumannnya.
            “bagi saya tengok jam tu.”ujarku sambil menunjuk jam tangan yang dipamerkan di rak hadapan. Penjaga kedai tadi terus mengambilnya.
            “kenapa pulak awak nak belikan jam untuk dia?”soal Maya seakan tak puas hati.
            “hari ni birthday dia. Saya nak bagi hadiah kat dia.”ucapku lagi. Belum sempat Maya membalas kata-kataku telefon bimbitku berbunyi. Aku mencapainya dan melihat nama di skrin. Aku tersenyum memandangnya. Dah agak dah, dia mesti akan call semula.
            “helo..”ucapku.
“wei…asal lak ni?”kedengaran suara Rafi dihujung talian. Tadi aku menghantar mesej padanya mengatakan aku tak dapat makan tengahhari dengannya. Memang biasanya aku akan makan tengahhari dengannya. Cuma hari ini aku mengelak untuk membeli jam tangan ini. Mulanya aku hanya ingin meminjam kereta Maya, tapi dia berkeras untuk ikut. Terpaksalah aku membawa Maya bersama.
“aku ada hal sikit.”ujarku cuba berdalih.
“hal apa pulak?” soal Rafi dengan nada suara yang seakan merungut.
“adalah hal aku.”jawabku lagi cuba berselindung.
“habis tu aku macam mana? tak kan aku nak makan seroang-seorang kot?” Rafi memprotes. Aku tersenyum mendengar rungutannya.
“alah, ajaklah sesiapa temankan kau..sorry ya, okey lah..bye.” dalihku sebelum menamatkan panggilan. Aku tergelak kecil sebelum kembali meletakan telefon bimbitku dalam poket seluar.
                “ini encik jam nya.”ujar penjaga kedai sambil menghulurkan aku seutas jam tangan G-shock berwarna merah yang selama ini menjadi bahan pameran di rak kaca dan juga jam yang sama berjaya menarik minat Rafi beberapa bulan lepas. Aku mengambil jam tangan itu dan mula membeleknya.
                “untuk Rafi, sanggup awak belikan jam mahal-maham macam ni.”ucap Maya pula. Aku memandangnya sekilas sebelum kembali membelek jam tangan itu.
                “alah, awak ni, setahun sekali je. Lagipun Rafi tu kawan baik saya kan.”ujarku pula mmbeli alasan.
                “saya ni girlfriend awak, awak tak pernah pun beli barang mahal-mahal macam ni.”ujar Maya bernada rajuk. Aku tersenyum memandangnya.
                “nak merajuk lah tu..”ujarku mengusik. Maya masih menarik muka.
                “alah, saya janji, birthday awak nanti saya belikan something yang lebih mahal dari ni.”ucapku pula cuba memujuk. Maya tersenyum semula. Manis sunggu wajah teman wanitaku ini.
                “awak ni, saya ni bukannya mata duitan. Saya tak kisah berapa harga barang tu. asal awak ikhlas, saya dah cukup gembira.”ucap Maya pula. Aku tersenyum bahagia. Inilah salah satu sebab kenapa aku tertarik pada Maya. Dia tak pernah kisah pasal harta. Masa mula-mula perhubungan kami dulu dia langsung tak tahu tentang latar belakang keluargaku. Namun dia masih mencintaiku seikhlas hati.
                “bertuah saya dapat girlfriend macam awak ni.” ucapku pula. Maya tersenyum malu. Aduhai manisnya, aku jatuh cinta lagi entah buat yang keberapa kali.
                “baiklah, saya nak beli jam ni.”ujarku pula pada penjaga kedai yang setia menunggu dari tadi.

                Aku bersandar di pintu bilik sambil memerhati Rafi yang asyik menghadap komputer ribanya. Sejak balik dari kelas tadi dia langsung tak bercakap dengan aku. Marah sangat dia aku tak makan tengahhari dengan dia tadi. aku tersenyum sendiri. Aku lantas mengahmpiri begku sebelum sebuah kotak yang berhias cantik kucapai. Aku lantas terus duduk ditilamku menghadap Rafi.
“Fi..”panggiku lembut. Namun tiada respon dari Rafi.
“Fi..”panggilku lagi sedikit kuat.
“Apa?”jawabnya acuh tak acuh.
“kau marahkan aku ya?”aku menduga.
“kenapa pulak aku nak marah kat kau?” balasnya pula.
“Aku tahu kau marah kat aku sebab tak makan tengah hari dengan kau tadi kan?” duga ku lagi. Rafi hanya dian tak memberi sebarng riaksi. Aku lantas menghampirinya.
“Aku ada something yang buat kau tak marah lagi dengan aku.”ujarku. Rafi masih diam membatu. Aku lantas meletakkan bungkusan hadiah yang kupegang dari tadi diatas mejanya. Rafi kaget. Dia memandnagku tepat cuba mendapatkan penjelasan.
“Happy Birthday.”ucapku sambil tersenyum lebar. Perlahan sebuah senyuman turut terukir dibibir merah Rafi.
“jadi inilah ‘hal’ kau tengahhari tadi?”soalnya pula sambil mula membelek bungkusan sebesar tapak tangan itu. Aku hanya mengangguk tanpa menghilangkan senyuman diwajahku.
“aku ingat tak ada orang yang ingat birthday aku?”ujarnya lagi. Aku jadi sayu mendengarnya. Ini salah satu benda yang misteri tentang Rafi. Entah kenapa aku rasi yang dia ni sangat kesunyian.
“janganlah cakap macam tu, aku ingat birthday kau. takkan lupa.”balasku pula cuba memberi semangat padanya. Aku memang tak akan lupa dengan tarikh ni, sebab pada hari yang sama inilah, setahun lepas, dengan tulang empat kerat aku, aku mendukung Rafi ke pusat kesihatan sebaik dia pengsan dihadapanku. Pendek kata hari ini adalah hari ulang tahun perkenalan kami. Aku tak tahu samada Rafi sedar mengenai ini atau tidak. Yang pasti, aku memang tak akan lupa tarikh hari ni.
“bukaklah.”pintaku. Rafi tersenyum lebar sambil terus mengoyakkan bungkusan kotak tersebut sebelum membukanya. Riak wajah Rafi berubah. Aku jadi kaget. Kenapa dengan Rafi? dia tak sukakah?
“kenapa?”soalku kehairanan.
“aku tak boleh terima benda ni.”ucapnya seraya mengembalikan bungkusan tersebut padaku.
“kenapa?”soalku lagi.
“mahal sangat jam tu, aku tak boleh.”ucapnya. Aku tersenyum mendengar alasnnya. Dah kuagak ini bakal berlaku.
“aku beli jam ni ikhlas untuk kau. Ini jam yang kau nak sangat tu kan.”ujarku sambil menyerahkan kembali jam tangan itu padanya.
“memanglah, tapi tak berniat pun nak mintak kau belikan ke apa.”
“ye aku tahu, sebab kau tak mintaklah aku belikan. Ambil jelah, ini sebagai tanda sayang dan penghargaan aku pada bestfriend aku yang sorang ni.”ucapku ikhlas. Rafi kelihatan teragak-agak.
“..ak…aku…”suaranya terketar-ketar cuba menyusun kata.
“sama-sama.”pintasku. Aku tak tahu dia perasan atau tidak yang dia masih belum mengucapkan terima kasih. Rafi memandngku sebelum tersenyum.
                “terima kasih.”ucapnya. Aku membalasnya dengan senyuman yang kuukir seikhlas hati.

Keesokan paginya kulihat Rafi membelek-belek jam tangan itu sebeum dia menyimpan semula jam itu di dalam almari.
“kenapa tak pakai?”soalku. Rafi kelihatan sedikit terkejut.
“cantik sangat, sayang nak pakai.”ucapnnya. Aku lantas menghampirinya. Jam tangan tadi kucapai. Kukeluarkan dari kotaknya. Tangan kirinya kucapai dan lantas kusematkan jangan tangan itu disitu. Sayang kalau jam tangan secantik ini dibiar terperap dalam almari.
“Jam ni akan lebih cantik kalau kau pakai.”ucapku ikhlas sambil tersenyum manis.
“tu kan cantik tu.” ucapku lagi sambil menepuk-nepuk lembut lengannya. memang jam tangan ini sedikit besar untuk pergelangan lengannya yang kecil itu, tapi entah kenapa ia tetap nampak padan dan sesuai.
terima kasih.”ucapnya ringkas sebelum berlalu pergi dengan wajah berona merah. Aku jadi hairan. Kenapa dengan rafi? kenapa wajahnya merah?






3 comments: