Saturday, 2 March 2013

Train Prince



Tadi aku naik train nak balik penang, minggu depan kuliah dah start..heih!!...rasa macam nak cuti lagi..tapi kejap, aku ada cerita ke sebelum ni yang aku masih belajar??? entah, aku pun tak ingat, tak pelah, aku cerita balik, aku ni student lagi, tahun tiga, ijazah sarjana muda kejuruteraan awam. Belajar kat Penang, ( bukan USM tau)...so minggu depan kuliah dah start so aku kena balik dengan berat hatinya.

Jadi apa kena mengena aku balik Penang dengan 'Train Prince'?

ha...ni nak citer ni, aku memang selalu naik train kalau nak balik Penang, or nak balik kampung sebab aku rasa train adalah kenderaan awam paling selamat.

So, seperti biasa, kali ni pun aku naik train jugak. Dan seperti biasa aku akan ambik seat yang boleh tidur tu, sebab ada privacy sikit.

Jadi, nak dijadikan cerita, masa dalam train tadi aku ada nampak seorang lelaki yang mukanya sangatlah handsome!, tergugat iman aku ni. Dah tu pulak, tadi kebetulan aircond koc yg kitorang naik tu tak berapa elok, so panas sikit, dia dengan selambanya buka baju dalm koc tu. Aduh!! badan dia, dah lah putih bersih berseri-seri, berotot-otot pulak, tapi x lah macam body builder tu, dia kurus je. pendek kata, memang taste aku mamat ni. Sepanjang perjalan aku dok asyik stalk dia je.

Tapi tadi dia dengan seorang perempuan, bini dia kot, sebab dia duk sekali kat atas katil tu berdua2. haih!!

Cadang nak snap gambar dia tadi, tapi takot kantoi lak, sebab dekat sangat. Jadi tak dapatlah aku nak kongsikan ke'henseman' mamat ni kat korang...

Ingatkan mamat ni nak pergi penang gak, ruapanya dia turun kat Parit Buntar. Sedih!!

harap aku dapat jumpa lagi train prince ni...hahahah

tak pun, train prince lain yang lagi hensem...hihihi

No comments:

Post a Comment