Saturday, 6 April 2013

Baucar Buku 1 Malaysia



Hi guys...
Asslamualikum...

aku sebenarnya bukan jenis yang suka komplen....tapi hari ni aku nak komplen sikit...
sakit hati ni!!!

berapa ramai dari korang dapat baucar buku untuk tahun ni??
korang dah belanja habis dah??
korang tahu tak pasal peraturan baru yang kementerian buat untuk tahun ni??

peraturan nilah yang menyakitkan hati aku ni..

petang tadi aku dengan senang hatinya menunggang motorsikal aku menuju ke Popular Bookstore.
plan memang nak belanja baucar tu la...dalam hujan-hujan tu aku gagahkan juga.

sampai je kedai tu, aku pun terus masuk cari-cari barang. Datang situ bukan nak beli buku pun sebenarnya, plan nak beli cooler pad untuk laptop.

dah jumpa, harga RM29.90, so untuk cukupkan RM50, aku pun pusing-pusinglah kat dalam tu cari buku...
belek-punya belek, aku ambik satu buku, tajuk dia aku tak ingat, tapi buku bergenre islamik (...insaf sikit..), harga dia RM25.

dah cukup kuota, aku pun dengan senag hati pergi kaunter nak bayar. Aku letak barang tu atas kaunter, n adik yang jaga kaunter tu pun ambik dan scan barang-barang tu. lepas tu jadilah perbuaan kat bawah ni.

aku: saya nak bayar dengan baucar. adik tu pun tengok balik barang-barang yang aku beli tadi.

adik kaunter: tak boleh bayar dengan baucar bang. 

aku pun pelik apa pasal pulak tak boleh?

aku: kenapa pulak?

adik kaunter: sekarang dah ada peraturan baru, 80% kena beli buku, 20% je boleh untuk stationary dan eksosory komputer.

siapalah punya bangang buat peraturan macam ni?! maka dengan rasa bengang aku pun cakap macam ni.

aku: takpelah tak jadi beli!!

maka aku pun terus beredar dari kedai tu dengan rasa bengang dan kecewa. nasib baik adik kaunter tu comel ( perempuan tau...bukan lelaki hihihi ), sejuk sikit hati.

ni lah dia yang aku nak komplen ni.
siapalah punya idea buat peraturan macam tu? menyusahkan je.

aku sokong baucar buku ni. memang bermanfaat.
tapi kalau dah ada peraturan macam ni, tak berguna juga.

kerajaan kononnya nak bantu mahasiswa, tapi kerajaan langsung tak refer pada mahasiswa apa yang mahasiswa perlukan sebenarnya.

memang mahasiswa perlu beli banyak buku, tapi tak semua buku tu boleh di beli di kedai-kedai buku macam popular, MPH, Hasani dan lain-lain.

macam aku sendiri, banyak buku yang aku kena beli melalui pensyarah, sebab pensyarah tu yang terbitkan buku tu. dan dah tentulah tak boleh pakai baucar.

ada juga buku yang kena fotostat dari senior.

jadi apaje yang boleh mahasiswa beli dengan baucar tu selain dari alat tulis dan aksesori komputer.
buku apa je yang mahasiswa boleh beli dari kedai-kedai ni yang boleh relate degan course yang kita ambil?

cuba korang bagi tahu, ada tak korang jumpa buku-buku yang berkaitan dengan kejuruteraan kat kedai-kedai macam ni?

ada jumpa tak buku calculus? soil mechanics? mechanis of structure? water engineering???

TAK ADA!!!

buku-buku SPM, PMR, UPSR banyaklah. Buku untuk student universiti mana ada jual kat situ. Tu belum lagi kos-kos lain, memang tak lah.

heish!!!

kalau macam nilah gayanya, aku rasa baucar buku aku tu emmang aku tak gunalah nampaknye...hmmm!!


p/s: sebabkan hal ni, tetiba rasa macam nak undi PR lak dalam PRU13 ni...hihihi


berfikir dan terus berfikir.




5 comments:

  1. Undilah PR...untuk menafaat semua...
    tak OK nanti..tukar balik BN...
    BN leh kita tahan 55 tahun takan 5 tahun untuk PR x dapat kan?

    sejak PR menang banyak negeri ni , aku lihat tiba tiba lak BN ni jadi baik hati dengan Krim mrim ice cream semua ..hehehehe

    ReplyDelete
  2. betul itu aku sokong..x semua buku yg kita nak kita boleh dpt di kedai2 tersebut..jadi aku gunakan semua baucar tersebut dgn membeli novel byk2.,selebihnya aku beli alat tulis dan kelengkapan komputer..novel yg aku beli tu aku jual kat awek2 yg tgh sangap nak baca novel dgn harga separuh dari jumlah buku tersebut..makannya aku gak dpt untung disitu..hahahaaha apela kerajaan ni nama je prihatin..tp bila memberi bantuan kononnya padahal duit yg dorg beri itu adalah duit kita sendiri dari hasil cukai dan sbgainya..hadoii berpolitik lak aku hahaha

    ReplyDelete
  3. haha...aku pon perasan gak pasal 80+20 tu. Tu pon masa p beli barang kat mydin. Satu lagi, aku guna baucer tu beli komik jer... sebab? buku medical mana ade yang murah2? lagipon banyak baca journal jer.... guna la baucer tu beli komik untuk release tension sebagai student... hehe

    ReplyDelete
  4. maaf la nyampuk yekk..bukan ke kt baucer tu tulis "BAUCER BUKU 1 MALAYSIA"..diulangi yek, "BUKU"..so anda sume "STUDENT" mesti tau ape yg dimaksudkan dengan baucer tersebut..tak kisah la buku ape sekali pun tapi "BUKU"..Pada pendapat saya la...

    -Moaz-

    ReplyDelete
  5. oh baucer tu aku bagi mak aku..beli buku agama..huhu

    ReplyDelete