Tuesday, 9 April 2013

Bukan Untukku - Cerita Adam- ( Bahagian IV)



BAHAGIAN IV : Keliru.





“helo sayang…”ujarku sebaik menyambut panggilan telefon yang bordering dari tadi.
            “apa sayang-sayang?!” kedengaran suara Maya dihujung talian garang. Aku tergelak kecil.
            “apa marah-marah ni? awak ni tak rindu saya ke?”soalku pula cuba memujuk. Cuti semester baru bermula, masih ada lebih kurang empat minggu lagi sebelum semester baru bermula.
            “rindu?!, sebab saya rindulah saya call awak ni. Awak tu setiap kali saya call mesti busy je. Tengok tadi pun berapa lama saya tunggu baru awak nak angkat.”rungut Maya.
            “ala sory la, saya pergi makan tadi. Mama buat nasi biryani, mana boleh lepas.”ucapku lagi.
            “habis tu, yang sebelum-sebelum ni kenapa susah sangat nak call awak, busy je, awak call siapa?”
            “yeke? mana ada saya call sesiapa, owh ye, awak call masa saya tengah cakap dengan Rafi kot.”
            “Rafi lagi…cuti-cuti ni pun awak nak call dia jugak ke?”rungut Maya tak puas hati. Aku menggaru kepala cuba mencari alasan.
            “alah jangan la marah, saya saja je nak borak-borak dengan dia. Ok..ok, saya janji lepas ni saya akan call awak selalu.”
            “dahlah, tak payahlah awak nak berjanji-janji dengan saya. Saya ni tak penting, Rafi tu lagi penting bagi awak.”
            “ala, awak janganlah macam ni, memang Rafi penting, dia bestfriend saya, tapi awak lebih special. Awak kan buah hati saya.”ujarku cuba memujuk. Maya terdiam. Aku tersenyum menang. Dah agak dah, Maya mesti kalahd engan pujuk rayu aku.
            “awak ni, memang mulut manis. Tahu je apa nak cakap untuk lembutkan hati saya.”ujar Maya mengaku kalah. Aku tersenyum lagi.

            Sepanjang cuti semester ni aku rasa agak bosan. Memang aku selalu keluar dengan kawan-kawan aku, tapi entahlah, tak sama rasanya bila aku dengan Rafi. Dengan Rafi, aku rasa lebih ceria. Ada juga sekali dua aku keluar dengan Maya. Tapi dalam fikiran aku masih penuh dengan Rafi, Rafi, Rafi dan Rafi. Aku sendiri tak tahu kenapa. Disebabkan itulah hampir setiap hari aku akan menelefon Rafi, kalau SMS tu jangan cakaplah, dah jadi rutin. Belum masuk di facebook lagi. Entahlah, sehari tak dengar suara Rafi rasa macam tak lengkap.
            Aku jadi hairan juga, kenapa aku begini? kenapa aku rasa begini dengan Rafi. Dengan Maya sendiri aku tak rasa macam ni. Tapi kenapa dengan Rafi? apa istimewanya Rafi? Entahlah, aku sendiri tak dapat jawab soalan tu. Yang aku tahu, Rafi memang ada tempat yang istimewa disisiku disamping Maya. Maya, sehingga kini aku tak tahu kenapa dia benci sangat tak suka dengan Rafi. Marah benar dia bila akus ebut pasal Rafi. Mungkin dia cemburu aku lebih dekat dengan Rafi, tapi aku tahu ada sesuatu sebenarnya. Maya bukan sekadar cemburu. Seakan ada sesuatu yang dia sembunyikan.

            “Assalamualaikum.”kedengaran satu suara lembut dihujung talian. Aku tersenyum.
            “waalaikumussalam, sayang abang tengah buat apa tu?”ucapku bernada manja.
            “banyaklah kau punya sayang!!”kedengaran suara Rafi garang dihujung talian. Aku tergelak besar mendengar riaksinya.
            “janganlah marah sayang, abang rindu dekat sayang ni.”ucapku lagi mengusik.
            “aku letak karang!!”Rafi mengugut.
            “ok..ok..ok…alah kau ni, tu pun nak marah.”ucapku pula. Kini giliran Rafi pula ketawa.
            “tahu takut….aku bukan marah, aku menyampah dengar kau cakap macam tu, geli tau..geli!!”
            “alah geli konon, aku tahulah kau suka sebenarnya.”ucapku lagi.
            “banyaklah kau punya suka!!”berderai tawa kami berdua. Inilah rutin aku sepanjang cuti semester ni. Setiap kali aku menelefon Rafi, pasti ada sahaja benda yang kami ketawakan.
            “wei, Rafi, aku nak tanya kau sikit ni.”ucapku pula kembali kepada topic asal yang aku tanyakan sebenarnya.
            “apa dia?” soal Rafi.
            “tak adalah, aku nak tanya ni. Kau dulu kan satu sekolah dengan Maya.”aku cuba membuka topic.
            “ya, kenapa?”
            “kau tahu tak apa-apa pasal Maya yang dia tak nak kau cerita pada aku?”
            “pasal apa pulak?”
            “apa-apalah, something happen ke pada dia yang kau tahu.”
            “entah, tak ada pulak. Maya dulu kat sekolah ok je, tak ada pun benda-benda pelik jadi kat dia.”jawab Rafi pula. Aku menarik nafas panjang. Aku syak sesuatu terjadi pada Maya dulu. Dan Rafi tahu mengenai itu dan sebab itulah Maya tak suka pada Rafi, dia takut kalau Rafi cerita benda tu apda aku. Tapi nampaknya sangkaan aku salah.
            “kenapa ni? tiba-tiba je.” soal afi pula.
            “tak adalah, aku cuma pelik tentang sesuatu.”
            “apa bendanya yang pelik sangat tu?”
            “ tentang Maya, dan tentang kau.” ceritaku lagi.
            “eh, apa pasal berkait dengan aku pulak?”Rafi seakan cemas.
            “taka dalah, aku tengok Maya tu tak suka benar dengan kau. Setiap akali aku cakap pasl kau dia mesti marah. So, aku syak yang mungkin kau tahu something yang dia nak sembunyikan dari aku, sebab tu dia tak suka kau.”ucapku lagi. Rafi diam tanpa riaksi dihujung talian.
            “Rafi…”panggilku, masih tiada respon. Aku melihat ke skrin telefon. Talian masih bersambung.
            “Rafi, are you there?”soalku lagi.
            “ya..ada..aku dengar.”aku tersenyum sebaik mendengar suara Rafi.
            “kau rasa kenapa dia tak suka kat kau?”soalku pula.
            “kau tanyalah dia, ada pulak tanya aku. Dia yang tak suka kat aku, manalah aku tau apa sebabnya.”
            “ke kau ada buat salah kat dia?”
            “ish…mana ada, aku baik tau. Tak baik cakap cam tu.”aku tergelak kecil mendengar jawapan Rafi. Rafi juga begitu.





p/s: lepas ni mungkin cerita ni akan lambat sikit di update sebab sekarang aku tengah sibuk dengan pelbagai macam test dan assignment...

kalau ada pembaca setia yang sudi baca cerita ni minta bersabar sikit ye....

segala kesulitan amat dikesali....





5 comments:

  1. baik tuan...
    kami akn menunggu sambungan seterusnya dgn penuh kesabaran yg sngt tinggi...hehehhe
    do the best in test... :)

    ReplyDelete
  2. aku pembaca setia...
    aku doakan ko sukses sukses selalu
    tp jangan x sambung bahgian 3 ke bahgian 4 ambil masa 10 hari..bertelor aku menungggu ..nasib x jadi penunggu :)

    ReplyDelete
  3. perghhh. takpe2. study rajin2. aku tunggu your update :)

    ReplyDelete