Friday, 26 April 2013

Bukan Untukku - Cerita Adam- ( Bahagian V)



BAHAGIAN V : THE SECRET




Aku berjalan beriringan dengan Maya menuju ke panggung wayang. Sepanjang perjalanan dari kereta tadi ada sahaja yang Maya bualkan. Namun aku tak menumpukan perhatian. Perhatian aku tertumpu ke arah lain. Sekali sekala aku menoleh ke arah Rafi yang berjalan sendirian di belakang kami. Semester baru akan bermula lagi dua hari. Aku sengaja pulang awal kerana sudah berjanji dengan Maya untuk keluar bersama pada malam ini. Tak sangka pula Rafi juga pulang awal. Berjumapa buat kali pertama dalam tempoh dua bulan benar-benar buat aku gembira sehinggakan aku tak sengaja mengajaknya keluar malam ni. Aku terlupa yang aku sudah berjanji terlebih dulu dengan Maya. Tak sampai hati pula nak batalkan salah satu, sebagai penyelesaian, aku bawa sekali Rafi bersama. Aku yakin kalau Rafi tahu aku akan keluar bersama dengan Maya, dah tentu dia tak mahu ikut. Sekarang ni aku rasa menyesal pula berbuat begitu. Kasihan pula pada Rafi. Dia bersendirian. Tak pelah, nanti aku tebus balik. Aku keluar lagi sekalid engan Rafi nanti.

"Awak, kita tengok cerita ni nak?"soal Maya mengejutkan akud ari lamunan.
"ha?"
"kita tengok cerita ni." ujar Maya lagi sambil menunjuk kearah sebuah poster filem yang ditayangkan di panggung wayang ini. Aku memandang poster yang ditunjuk oleh Maya sebelum mengalih pandangan pada Rafi yang kelihatan sedang hanyut dalam lamunannya sendiri.
"cerita ni ok tak Fi?"soalku.
"ha?"Rafi tersedar dari lamunannya.
"Rafi ok je tu. Tak payah tanya."sampuk Maya pula.
"ak....aku...ok je."balas Rafi. Aku kembali memandnag Maya.
"ok lah, kita tengok cerita ni." balasku pada Maya. Maya tersenyum lebar.

*********************

Dalam panggung Maya duduk diantara aku dan Rafi. Asalnya aku mahu duduk disebelah Rafi dan Maya disebelahku. Tapi entah kenapa tiba-tiba Maya mahu duduk ditengah-tengah. Sepanjang tayangan juga Maya asyik menempel padaku. Hairan pula rasanya. Maya tak selalunya begini. Dan aku perasana sesuatu, sejak dari dalam kereta tadi, Maya akan menyampuk setiap kali aku bercakap dengan Rafi. Aku terasa macam dia sengaja tak mahu aku berbual dengan Rafi. Di pertengahan cerita Rafi bangun. Mahu ketandas katanya. Aku dapat idea, inilah masa sesuai untuk aku bercakap dengan Rafi. Aku kena minta maaf. Aku tahu dia marahkanku. Aku pun lantas bangun untuk mengekori Rafi.
"eh...nak pergi mana?"soal Maya.
"tandas."
"nak ikut..."
"aih...pergi tandas pun nak ikut? awak nak join saya masuk tandas lelaki ke?"soalku pula. Maya terdiam. Aku tersenyum sebelum meninggalkannya.

Aku masuk ke dalam tandas dan ternampak Rafi di sinki. Aku menghampirinya perlahan.
"Fi.."panggilku. Rafi menoleh memandangku dan tesenyum.
"lah..keluar jugak.."ucapnya. Aku tersenyum sebelum berdiri disebelahnya.
"aku keluar nak cakap dengan kau."
"cakap dengan aku?"
"yelah, sejak tadi lagi aku tak ada can nak cakap dengan kau...kesian kau, lonely je aku tengok."Rafi hanya ketawa kecil. Aku tersenyum melihat riaksinya.
"aku minta maaf tau." Rafi menoleh memandngku.
"maaf kenapa?"
"yelah, aku tahu kau marah, sebab aku ajak kau keluar sekali dengan Maya." ucapku.
"oh...sebab tu, aku tak kisah lah..."jawabnya. Aku perhatikan riak wajahnya sedikit berubah.
"ok..aku janji...minggu depan aku keluar dengan kau. Kita keluar dating berdua."ucapku sedikit bergurau. Rafi tersenyum lebar.
"janji?" soal Rafi yang kini memandangku.
"janji !!, sumpah!" ucapku pula sambil mengangkat tangan kanan seakan berikrar.
"ok, aku tunggu minggu depan."ucapnya. Aku tersenyum lebar. Entah kenapa aku rasa bahagia. Aneh sungguh.

*********************

Seusai menonton wayang kami bertiga pergi makan disebuah restoran makanan segera. Aku membeli makanan bersama Rafi. Usai membeli aku membiarkan Rafi membawa makanan itu ke meja dan aku pula ke tandas. Aku menuju ke tandas dan bersembunyi dibalik dinding. Sebenarnya aku sengaja buat begitu. Aku biarkan Maya dan Rafi berdua. Aku nak tengok bagaimana hubungan mereka berdua. Fikiran aku masih memikirkan ada sesuatu antara Rafi dan Maya.

kulihat mereka mula berbual. Kelihatannya agak serius. Apa yang dibualkan agaknya. Kulihat Rafi hanya banayk berdiam, sesekali sahaja dia membalas. Hanya Maya yang banyak bercakap. Dan  kelihatan seakan sedang....marah. Apa yang mereka bualkan sebenarnya? Aku jadi makin keliru dan makin curiga. Aku yakin ada sesuatu yang mereka berdua sembunyikan dari aku.

Aku mengambil keputusan untuk kembali pada mereka. Perlahan aku menghampiri meja kami.
"bincang apa ni? serius je nampak."soalku sebaik tiba. Rafi dan Maya kulihat sedikit terkejut.
"eh awak."ujar Maya lembut. Belum sempat aku memberi respon Rafi lantas bangun dari duduknya.
"eh, Fi, nak pergi mana?"aku menahan Rafi.
"toilet."ucap Rafi ringkas sebelum berlalu pergi. Aku tahu ada yang tak kena. Riak wajah Rafi menceritakan segalanya. Aku lantas duduk di tempat Rafi tadi berhadapan dengan Maya.
"awak nak ayam."pelawa Maya. Aku hanya memandang wajah Maya tepat.
"apa yang awak bincangkand enngan Rafi tadi?" soalku rasa ingin tahu.
"tak ada apa."balas Maya ringkas dan sedikit kasar.
"takkanlah tak ada apa, saya tengok bukan main serius je tadi."
"tak ada apa."balas Maya lagi.
"baik awak cerita pada saya. Saya tahu ada something antara awak dan Rafi."
"awak ni kenapa? tiba-tiba nak fikir yang bukan-bukan ni?" ucap Maya sedikit garang.
"saya bukan fikir yang bukan-bukan. Saya cuma..."
"awak, saya tak sukalah awak fikir yang bukan-bukan macam ni." pintas Maya bernada rajuk.
"awak..."
"dahlah, saya nak balik."ucap Maya tegas sambil bangun dari duduknya.
"awak nanti dulu."pintas ku.
"okey....saya minta maaf, kita balik, tapi tunggu Rafi dulu."ucapku pula.
"dah!!! tak payah, kalau awak nak tunggu dia, awak tunggu. Saya balik sendiri." Maya mula merajuk. Ni yang payah ni.
"awak!!"panggilku sambil mengekorinya.
"awak, okey..kita balik...saya hantar awak."ucapku. Maya hanya diam dan terus berjalan. Aku mencapai telefon bimbitku dan menghantar satu pesanan ringkas pada Rafi.
'Rafi, aku kena hantar Maya balik dulu. Kau tunggu aku kat restoran tu. Lepas aku hantar Maya, aku ambil kau.'tulisku. Selesai menghantar pesanan aku berlari-lari anak mendapatkan Maya. Tak kan aku nak biarkan dia balik sendiri lewat malam begini. Tak elok benar rasanya.

**************

Aku duduk berteleku di tilamku sambil memandang jam didinding ruangan bilikku yang kelam ini. Jam menunjukan hampir pukul dua pagi. Sesekali ku pandang tilam milik Rafi yang kosong.
"kemana pulak Rafi ni?" aku mula berasa risau. Tadi selepas aku mengahantar Maya pulang, aku kembali ke restoran makanan segera yang dibuka 24 jam itu. Rafi tiada disitu. Puas aku mencari tapi tak jumpa. Aku pulang ke rumah, dia masih tiada. Sehingga sekarang dia masih belum balik. Kemana agaknya dia. Risau pula kalau terjadi sesuatu. Aku lantas bangun dan mencapai kunci keretaku. Aku tak boleh duduk diam macam ni saja. Aku kena cari dia. Dahlah telefonnya dimatikan. Tak senang duduk rasanya. Seusai mengunci pintu rumah aku terus menuju ke tangga. Tidak sampai beebrapa langkah, aku terhenti. Pandanganku tertancap pada seseorang yang sedang duduk termenung di anak tangga paling bawah. Aku tersenyum lega. Dah balik rupanya dia. Aku lantas mengatur langkah menghampirinya.
"Rafi!!, kau dah balik rupanya. Aku baru ingat nak pergi cari kau.kau pergi mana? kan aku suruh tunggu. risau tau aku tiba-tiba kau hilang macam tu."ucapku sambil duduk disebelahnya. Kulihat Rafi hanya memandang ke depan tanpa memberi sebarang respon.
"kau pergi mana tadi?"soalku lagi.
"tak kemana pun. Saja je jalan-jalan ambil angin malam."ucapnya lesu.
"kalau ya pun, bagitaulah aku."
"handphone aku dah habis bateri."ucapnya ringkas. Patutlah aku telefon tidak dijawab. Aku memerhati wajahnya lagi. Jelas nampak kusut. Aku jadi bertambah yakin yang memang terjadi sesuatu antara dia dan Maya tadi.
"apa yang sebenarnya terjadi antara kau dan Maya?"soalku ingin tahu. Rafi memandang wajahku seketika sebelum tertunduk ke bawah.
"tak ada apa yang terjadi."jawabnya ringkas.
"aku tahu, kau dan Maya ada sembunyikan sesuatu dari aku."
"kalau itu yang kau fikirkan, kau jangan risau, aku tak ada apa-apa hubungan dengan Maya."jawab Rafi. Kesitu pula dia. Aku langsung tak pernah berfikir sebegitu. Aku tahu Rafi dan Maya memang tak ada apa-apa hubungan. Tingkah laku mereka tidak menunjukan sebegitu. Tapi aku masih yakin ada sesuatu yang aku tak tahu antara mereka.
"aku tak fikir macam tu. Aku tahu kau dan Maya taka da hubungan istimewa, aku cuma rasa yang kau dan Maya ada sesuatu yang korang sembunyikan dari aku."
"tak ada apa yang kami sembunyikan. Perasaan kau saja."
"habis tu, apa yang korang bincangkan tadi. Aku tengok Maya macam marah-marah kau."soalku lagi. Sekali lagi Rafi memandang wajhku sebelum dia menunduk ke bawah. Dia diam tidak menjawab.
"aku bukan apa, Maya tu girlfriend aku, kau bestfriend aku, aku sayang korang berdua. Tapi kalau macam ni, aku tak suka. Aku tak suka korang gaduh-gaduh macam ni."ucapku ikhlas.
"tak ada siapa yang gaduh."ucap Rafi sedikit tegas sambil memandang tepat ke wajahku.
"Adam, Maya tu girlfriend kau, kau patut sayang dia seorang je. Kau tak perlukan aku. Tak perlu sayang aku."ucap Rafi serius. Aku mengerutkan dahi.
"apa kau cakap ni?"soalku keliru.
"dahlah, aku masuk dulu."belum sempat aku menghabiskan ayat Rafi lantas bangun dan mendaki tangga menuju ke rumah sewa kami di tingkat satu. Aku hanya menghantarnya dengan ekor mata. Apa yang sebenarnya berlaku ni? Yang Maya begitu, yang Rafi begini. Aduh!!! kusutlah macam ni!

4 comments:

  1. Pergh... lama tunggu part ni bro. bila baca macam tengah tengok cermin... bak kata ang, tamsilan "bukan untukku". Baru audien tao ape belah pihak satu lagi rasa selama ni... Hehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. sebab tulah aku tulis cerita ni. kita kne dengar juga cerita dari pihak yang satu lagi, baru adil...x timbul fitnah...heheh

      Delete
  2. :) ..bil asambung lagi..ni mesti tahun depan baru ada sambung...hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe... semoga dengan komen abg janggut...kita dpt baca update citer ni tiap2 minggu... hehe

      Delete