Tuesday, 23 April 2013

Macam tu pulak ceritanya....



Hi guys...
Assalamualaikum...
halo everybody....

lama x jumpa...

ada yang rindu aku tak??

hahahhahahah....

sekarang ni aku tengah cuti mid sem, 
tengah seronok dok kat kampung dengan family.
so pendek cerita, aku tengah dalam mood cuti..
nak tulis cerita adam pun x ad mood lagi..

so pada yang masih menanti tu sabaq sat na...hihihi..


berbalik pada tajuk pos ni, ada sesutu yang aku nak cerita.

macam yang aku cerita pada pos yang lepas, minggu lepas aku memang busy dengan test, start dari hari jumaat minggu yang sebelumnya sampailah jumaat lepas, macam-macam test ada, naik tension aku. belum masuk assignment lagi. tapi alhamdulillah semuad ah siap, cuma test je ada yang tak memuaskan hati.

dalam minggu lepas juga, ada sesuatu yang terjadi. hari khamis tu, housemate aku accident. aku balik dari kuliah tengahhari tu aku tengok ada ramai lak kengkawan dia kat rumah. pelik pulak rasanya, dia memang tak pernah balik tengahhari. Ini sekali dengan kengkawan dia pulak, so aku pergi bilik dia tengok dia duduk kat katil and kaki dia ada luka sikit. Aku tanya kenapa? dia jawab accident. Aku tanya lagi accident kat mana? teruk ke? dah pergi hospital ke?...dan bla..bla..bla...

sebabkan ada kawan dia dua orang kat situ, so aku pun malas la nak menyemak kat bilik dia tu juga, so aku pun masuk la bilik aku, buat kerja aku. aku fikir, lepas kengkawan dia ni balik barulah aku nak temu ramah dia ke apa.

dalam pukul 2 cam tu, aku pergi kelas semula. balik pukul 4 aku tengok dia tengah tidur, so x nak la aku kacau dia, aku masuk bilik aku, buat kerja sendiri dan tak sedar tetiba terlelap. dalam kul 6 aku terjaga, sedar-sedar housemate aku tu dah x ada...aku hantar sms tanya dia kat ne, rupanya dia dah on the way balik kampung, kawan dia yang tadi tu hantar.

so, lepas tu semua berjalan macam biasa. Hari sabtu, aku pulak balik kampung, bila kat kampung, mak aku cerita yang housemate aku ni mengadu kat kakak aku yang aku tak peduli dia accident...eh.. macam tu pulak ceritanya?!..( oh ya, lupa nak cerita, housemate aku ni sebenarnya boyfriend kakak aku, insyaallah kalau tak ada aral melintang pukang, dia bakal jadi abang ipar aku). Serius aku tak sangka yang dia ni kaki adu.

betul ke aku tak pedulikan dia?????

mungkin betul dan mungkin juga tidak.

1.bukannya aku tak ambil kisah langsung, aku masih tanya apa yang jadi pada dia. Bukannya aku buat bodoh je.

2.aku belom sempat nak interview dia lagi, dia dah balik kampung, nak buat cam ne.

3.aku pun masa tu tengah sibuk dengan test ngan assigment, macam-macam aku nak kena fikir bukannya nak fikirkan dia je. lagipun bukannya teruk sangat keadaan dia. terseliuh kaki je.

4.aku memang jenis yang macam tu, kalau ada orang sekeliling aku yang kemalangan macam tu, aku tak tahu apa nak buat, aku tak tahu riaksi apa yang patut aku beri. aku tak tahu apa yang patut aku tolong dan aku tak tahu macam nak respon. aku jadi blank tiba-tiba.

jadi...entahlah, tak tahulah sebenarnya aku betul-betul tak pedulikan dia atau apa...tapi pada aku, yang aku buat tu dah memadaila kot..kan?

korang rasa macam mana???

6 comments:

  1. report nak manja2 ler tu... hehe...

    ReplyDelete
  2. oklah 2 , kira pari hatin lah jugak..dah dia balik masa ko xda..nak wat camna?

    nak manja manja juga sepak kang hehehehhe

    ReplyDelete
  3. nak komen lain pulak..dulu aku senang jer masuk cerita panas lelaki ..tp kenapa lak minta invite readr lah pulak?
    boleh bagiu pencerahan

    ReplyDelete
    Replies
    1. entahlah abang jangut, aku pun x tahu, owner dye memang macam tu, sekejap dia open to public pastu tetiba for invited readers only pastu open to public balik...ikut suka dialah dia nak buat apa pun, kesimpulannya, tunggulah dia open to public balik pastu apply jd invited readers...heheh

      Delete
  4. Takper..lepas ni...setiap kali terserempak ngan dier *How are you today* sampai dier rase nak muntah hahaha

    ReplyDelete