Tuesday, 2 April 2013

Zaman Dulu-dulu




Hi guys...
Assalamualikum...


bila dah besar-besar ni, tetiba rasa rindu pulak zaman kegemilangan kanak-kanak dulu....
happy je, tak de masalah...aman bahagia...

yang paling rindu permainan zaman tu,

tak tahulah kenapa aku dah tak nampak budak-budak zaman sekarang main permainan tradisional mcama galah panjang dan sebagainya...

budak-budak zaman sekarang ni kalau tak main bola sepak, main video game dalam rumah.
rugi betul zaman kanak-kanak mereka...

ni aku nak cerita sikit beberapa permainan tradisional feveret aku zaman dolu-dolu..


1.Galah Panjang.



Rasanya ramai yang tahu kot galah panjang ni mainnya macam mana.
kalau kat tempat aku, kitorang panggil main 'Ulut'.....mana dapat nama tu jangan tanya, aku pun tak tau.
Permainan ni yang paling aku suka sekali, pernah dulu kitorang main sampai lapan kotak, memang penat nak habis. kalau main tu memang sampai maghrib tak sudah-sudah lagi...hahahha
biasanya dulu aku ngan kawan-kawan, jiran-jiran aku main kat atas jalan tar je, garisannya buat dengan pasir, tak pun tanda dengan selipar je...asal ada, semua boleh jalan.

2. Baling Selipar.




Siapa pernah main permainan ni? susun kasut selipar menegak macam ni, lepas tu runtuhkan dan cuba tegakkan semula tanpa kena baling dengan selipar oleh pihak lawan. permainan ni dapat menguji ketangkasan untuk mengelak dari terkena kasut terbang...hahahha...kalau kat tempat aku, permainan ni dipanggil 'penggal selipar' (p/s: dalam dialek perak, penggal tu bermaksud baling.)


3. Cop Tiang / Sep Tiang.




ini adalah antara permainan wajib untuk dimainkan bila kita berada disekolah sebab kat sekolah je yang ada tiang-tiang macam dalam gambar ni....hihihi. Minimun dimainkan oleh 5 orang dan maksimum 7. kalau lebih dari tu jadi kurang best ( bagi akulah...hahah). Kalau masa zaman sekolah rendah dulu, aku ngan kengkawan emmang selalu main, tapi bila dah masuk sekolah menengah dah kurang, mungkin sebab dah besar kot...hahahha


4. Main penutup tin.




siapa yang tak pernah main benda ni, aku rasa dia dah mensia-siakan zaman kanak-kanaknya. dulu kalau pergi mana-mana kedai mesti cari penutup tin, tapi sekarang botol yang pakai penutup macam ni dah tak jual, yang ada pun harapkan botol kicap je lah...tak tahulah budak-budak zaman sekarang tahu atau tak tentang permainan ni.

5. Batu seremban.




dulu aku selalu memperlekehkan budak-budak perempuan yang main benda ni, sebab aku rasa benda ni terlalu mudah. Then satu hari ada seorang kawan perempuan aku ni cabar aku main benda ni, dengan berlagaknya aku menyahut cabaran. Tapi rupa-rupanya, benda ni tak semudah yang disangka. (menyesal aku berlagak...huhuhu)....sampailah sekarang, aku tak tahu mecam mana nak main benda ni. Pada budak-budak perempuan diorang memang sifu dalam permainan ni.

6. Congkak.




yang ni konfem ramai yang tahu, dan aku rasa masih ramai yang main. Aku pun masih selalu main benda ni dengan family aku. Ni pun antara aku punya feveret, tapi aku tak pernah menang. Tak tahulah kenapa...heish..



6 permainan yang aku cerita ni adalah antara permainan -permainan tradisional yang selalu aku main dulu. Banyak lagi sebenarnya, macam main bola popia, konda kondi, polis entry dan macam-macam lagilah. Mungkin kat tempat korang ada nama berbeza untuk permainan-permainan ni, tapi yang pasti bagi generasi kanak-kanak 90-an macam aku, mesti pernah main kan...


teringat zaman muda-muda dulu....hmmm...





2 comments:

  1. tak terasa dah nak expired kan hehehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tuko jer label.... Jadi barang baru... Haha

      Delete