Tuesday, 28 May 2013

Dick Trick



Assalamualikum...
Hi guys...

excited tak tengok tajuk n gambar ni???

hahhaha....harini aku nak post something dirty sikit...sikit je...x banyak..

korang tahu tak apa benda dick trick??

aku pun tak tahu nak explain benda ni, apa yang aku tahu, dick trick ni adalah trick yang kita buat dengan kita punya k***k..hahah

so, baru-baru ni aku aku ada terjumpa satu video ni, nak kata lucah tak lucah, tapi nak kata tak lucah, lucah juga lah.

aku jumpa video ni kat satu web gay ni...( ok...aku mengaku aku selalu tengok video blue gay kat site ni..).

aku nak share video ni dengan korang sebab aku rasa video ni menarik. Video tentang dua orang lelaki, buat satu live show. diorang buat dick trick.

tapi sebab video tu agak lucah jugak sebab tak ada sensor, so tak berani aku nak letak video tu kat blog ni.

nanti tak pasal-pasal block aku ni kena blog...eh silap...blog aku ni kena block....hehehhe

so kalau ada sesape yang nak tengok, email aku...nanti aku bagi link dia....

happy watching... ^_^

p/s: ni email aku... annasyusry@gmail.com





Sunday, 26 May 2013

Rock Band from Japan




Assalamualikum...
hi guys...

hari ni aku nak cakap pasal muzik...
tengok gambar kat atas tu....korang kenal x band tu??

yang tu ONE OK ROCK, satu rock band dari bumi sakura....

aku ni bukanlah minat sangat genre rock ni, tapi sometimes layan gak lah..

so, currently aku dah fall in love dengan band ni.

cerita dia, aku ni memang selalu masuk youtube, tengok macam-macam video. So, aku adalah tengok sati video anime, fanmade video actually. background video tu adalah salah satu lagu dari band ni.


ni lah lagu tu, The Beginning.

jadi, firsttime dengar lagu ni, aku ingat ni lagu inggeris dan salah satu band dari barat. But, sampai certain part dalam lagu ni, tiba-tiba aku rasa macam lain. Bila aku dengar betul-betul rupanya lagu ni bercampur bahasa inggeris dan bahasa jepun. Sebabkan curious, aku pun mulalah selidik.

selidik punya selidik, maka jumpalah aku band ni. Lepas tu aku pun dengar la lagu-lagu diorang yang lain. As a result, now im in love with this band.

apa yang paling aku suka tentang band ni, vocalist dia punya sebutan bahasa inggeris sangat tepat, tak ada pelat langsung. 

bagi yang familiar dengan orang jepun, korang tahukan orang jepun punya english pronunciation macam mana kan. but diorang ni sangat perfect.

satu lagi sebab yang buat aku suka dalah vicalist dia sendiri, Taka. Aku suka dia sebab dia ni kecik je orangnya, sangat comel...hahaha 
( tak tahulah kenapa, tapi sejak belakngan ni taste aku beralih pada orang badan kecik macam ni, sangat comel..hahahah).


nilah Taka, comel x???..hihihi

ni lagi satu lagu feveret aku...  c.h.a.o.s.m.y.t.h.















Friday, 24 May 2013

Trip to Langkawi.






Assalamualaikum..
Hi guys...
lama dah rasanya aku tak update pape...
soryla ek, sibuk sangat sekarang ni. Maklumlah  dah dekat hujung-hujung sem ni macam-macam keje datang. Sekarang ni pun aku tengah cuti gawai, pun ada keje gak...adoi...penat...

untuk peminat bukan untukku, aku minta maaf, belum ada masa gi nak tulis, kenalah tunggu ya, bila, aku tak boleh janji. Depend pada kesibukan aku juga.

so, hari ni tetiba aku rasa macam nak tulis sesuatu, sepatutnya aku nak tulis minggu lepas, sebab benda ni jadi minggu lepas, tapi kena postpon..heheheh..

so, nak dijadikan cerita, last week, aku pergi langkawi, ada trip 3 hari 2 malam...batch kitorang punya penasihat akademik nak buat program team building katanya. So kitorang pun pergilah. Bila dah ada kat sana, kena stay dengan kawan-kawan for more than 24 hours, barulah aku tahu sesuatu yang sebelum ni aku tak tahu tentang kawan-kawan aku ni.

especially Faiz. Korang ingat lagi tak member aku yang nama faiz ni, dulu aku pernah cerita yang kononnya dia berminat nak duk dengan aku...ingat tak? kalau ingat tak pe, kalau tak ingat baca ni. [klik sini].

pasal kes yang hari tu tu, sebenarnya, Faiz tak ada pun minat atau niat nak duk dengan aku, aku je yang syok sendiri...hahahhaah ( aduh...malu... T^T).

balik pada cerita kat langkawi tadi, bila kat sini baru aku tahu yang sebenarnya si Faiz ni merokok, sebelum ni aku tak pernah tahu dan tak pernah nampak Faiz merokok. Aduh...agak kecewa disitu, aku memang sejak dulu lagi kurang berkenan pada perokok. Walau orang tu taste aku macam mana pun, kalau dia merokok, terus hilang minat. Samalah juga macam si Faiz ni, dah hilang dah minat aku pada dia....hmm..

banyak juga kawan-kawan aku yang sebelum ni aku tak tahu mereka merokok, rupa-rupanya mereka merokok.

banyak juga yang masa kat langkawi nilah aku tahu yang ada antara dyorang yang berkapel.

ada juga seorang lagi member aku ni, yang sebelum ni aku kenal dia dalam kelas je, orangnya pendiam, alim. Tapi rupanya, di luar kelas, dia ni gila-gila orangnya, nakal n kelakar. Fun jugalag hangout dengan dia.

Jadi kesimpulannya kat sini, banyak benda yang aku tak tahu tentang kawan-kawan aku ni, aku tahu lepas trip ke langkawi ni.

Apa yang boleh aku kata, kita tak akan kenal perangai seseorang itu kalau kita tak spend masa dengan dia lebih dari 24 jam. Atau senang kata di luar waktu yang biasanya kita bersama. Sebab masa tulah mereka akan menunjukan perangai sebenar.

p/s: pergi langkawi dengan kawan-kwan memang best....hihihh
p/s lagi : menyesal lak tak cuba buat parasailing kat pantai tengah tu...hmmm...




Monday, 6 May 2013

Bukan Untukku - Cerita Adam- ( Bahagian VI)




BAHAGIAN VI : DISTANCE.

Aku keluar dari bilik sambil membetulkan tali leherku.
“Fi..!!”panggilku. Aku keluar dari bilik air tadi dia dah tak ada dibilik. Didapur agaknya.
“Fi..!”panggilku lagi sambil mengemaskan diri dihadapan cermin besar diruang tamu.
“kamu cari Rafi ke?”tegur Abang Rasyid, teman serumah kami.
“A’ah.” ucapku ringkas.
“dia dah keluar dah tadi.”ucap abang Rasyid sambil duduk dimeja makan sebelum meneguk milo panas yang baru dibancuhnya.
“ha? dah keluar?”aku agak terkejut. Abang Rasyid mengangguk. Aku lantas keluar cuba mendapatkan Rafi. Belum sempat aku memakai kasut kulihat Rafi telahpun meninggalkan kawasan pangsapuri ini dengan motorsikalnya.‘lah…dia tinggalkan aku?’rungutku sendiri. Aku melihat ke jam tangan. Masih awal. Kenapa pula dengan Rafi ni. Sejak peristiwa pada malam tu, dia dah jadi lain. Aku masuk semula ke rumah dan memakai semula kasutku kemas-kemas.
“dia dah pergi ke?”soal Abang Rasyid pula. Aku hanya mengangguk lesu.
“eh…bukan kamu berdua selalu pergi kampus sama-sama ke?”soal Abang Rasyid lagi.
“memanglah, tak tahulah Rafi tu kenapa hari ni dia tinggalkan saya pulak. Ada hal la tu kot.”
“dia tak bagitahu kamu ke hal apa?”soal Abang Rassyid lagi yang kini turut mula menyarung stokinnya disebelahku.
“dia tak cerita apa-apa pulak.”ucapku sambil bangun dan mengemaskan sedikit pakaianku.”
“so, kamu nak pergi kampus dengan apa ni? nak abang hantar?”pelawa abang Rasyid.
“eh…takpelah bang, saya bawak kereta saya jelah.” Abang Rasyid hanya mengangguk.
“oklah bang, saya pergi dulu.”ucapku sebelum melangkah keluar dari rumah.


Aku terjaga dari tidur bila ku terdengar pintu bilikku dibuka. Aku melihat dalam kesamaran malam. Rafi baru pulang. Aku melirik pula pada telefon bimbit yang kuletak disebelah. Jam menunjukan pukul dua pagi.
"kau baru balik Fi."tegurku. Rafi yang tadinya hendak keluar semula dari bilik terhenti langkah.
"kau pergi mana satu hari ni?"soalku lagi sambil membetulkan duduk.
"aku….aku ada kerja, sibuk sikit….buat assignment."ujarnya sedikit tergagap. Aku jadi makin curiga. Rafi lantas keluar semula dari bilik. Dia membawa bersama tuala, ingin madi agaknya. Kenapa pula dengan Rafi ni? Sepanjang hari dia menghilang. Pagi tadi entah kenapa tiba-tiba dia tinggalkan aku. Sedangkan memang setiap hari aku akan bersamanya ke kampus. Sepanjang hari aku Call dia tak jawab, aku sms tak dia balas. Tengah hari aku tunggu dia di kafetaria macam biasa. Satu jam aku tunggu dia tak muncul-muncul. Balik pula lewat macam ni. Confirm ada yang tak kena. Sejak malam kami keluar bersama dengan Maya hari tu, dia dah mula jadi begini. Dia macam sedang menjauhkan diri dari aku. Aku ada buat salah ke? takkan sebab apa yang jadi malam tu? tapi aku sendiri tak tahu apa yang terjadi. Itu antara dia dan Maya, tapi kenapa aku pula yang terkena tempiasnya.?


"hoih..termenung."Aku terperanjat bila disergah oleh teman serumahku, Abang Rasyid.
"eh...abang, terkejutlah saya."rungutku. Abang Rasyid tergelak kecil sambil duduk disebelahku di sofa.
"kau tengok tv ke, tv tengok kau?"soal abang Rasyid mengusik. Aku hanya diam, malas nak membalas. Kepalaku dah cukup runsing untuk disibukkan lagi dengan gurauan abang Rasyid itu.
"Rafi mana?"soalnya lagi sambil mula membuka sedikit butang baju dan lengan yang disemat kemas sejak pagi.
"tak balik lagi."ucapku ringkas sambil mata masih tertancap ke kaca televisyen.
"tak balik lagi? dia keluar pergi mana? tak pernah-pernah Rafi keluar malam-malam macam ni."
"adala tu urusan dia."balasku pula. Aku memandang Abang Rasyid selepas tidak mendapat sebarang riaksi darinya. Kulihat dia sedang memandangku tepat dan dalam.
"abang tengok saya macam tu kenapa?"soalku hairan dan sedikit tak selesa.
"korang gaduh ke?"soal Abang Rasyid tiba-tiba. Soalannya itu membuatkanku termangu seketika.
"kenapa pulak abang tanya macam tu?" soalku pula sambil kembali memandang ke depan.
"takdelah, abang tengok korang macam dah lain sikit sekrang ni. Selalu berkepit je berdua. Kemana-mana pun berdua dah macam kapel, sekarang ni kau selalu sorang je,"
"apa abang cakap ni?"soalku protes. Abang Rasyid hanya tergelak melihat riaksiku.
"so apa masalah dia?"soal abang Rasyid pula. Aku menarik nafas panjang cuba mencari kekuatan untuk bercerita.
"entahlah Rafi tu, dia dah macam jauhkan diri dari saya."
"kenapa? apa kamu buat?"
"entahlah bang, saya pun tak tahu. Mungkin dia marahakan saya kot, sebab bawa dia keluar sekali dengan saya dan Maya."
"la, memanglah dia marah, mana boleh kau bawa dia jumpa madu dia."ujar Abang Rasyid berseloroh.
"abang!!"protes ku. Abang Rasyid ni tak sudah-sudah nak kaitkan aku dengan Rafi dengan hubungan yang macam tu. Tadi dia kata aku dah macam kapel dengan Rafi, ni dia kata Rafi bermadu dengan Maya pulak. Aku memang rapat dengan rafi, aku memang Sayang Rafi. Tapi aku masih waras lagi. Belum lagi sampai kesitu. Abang Rasyid kulihat tersenyum senang dapat menyakatku.
"takkanlah sebab tu je dia nak jauhkan diri dari kamu?"soalnya lagi dalam sisa tawa.
"tulah yang saya tengah fikir ni."ucapku lagi. Betul, aku betul-betul sedang buntu mencari jawapan. Nak bertanya apda Rafi, bukan sekadar nak cakap, nak jumpa pun payah. Nak tanya pada Maya, nanti tak pasal-pasal dia melenting lagi. Aduh!!! apa patut aku buat ni?


"Awak, awak naik dulu, saya nak ambil buku jap dekat sini."ujar Maya sambil sebelum terus berlalu pergi ke rak. Aku pula hanya akur dan mengatur langkah perlahan naik ke aras satu bangunan perpustakaan ini. Disinilah tempat aku dan Maya biasa belajar bersama. Ujian pertengahan semester akan bermula tak berapa lama lagi. Memang menjadi kebiasaan untuk aku dan Maya belajar bersama di perpustakaan ini di hujung minggu sebagai persediaan untuk menghadapi ujian itu nanti. Sampai sahaja di anak tangga paling atas mataku tertancap pada seorang pelajar lelaki berjaket putih sedang duduk sendirian. Rafi pun disini rupanya. Aku mula menagtur langkah cuba mendapatkannya. Namun belum sempatku melangkah seorang lelaki mendapatkannya terlebih dahulu. Aku cuba mengecam pelajar lelaki itu dari belakang. Oh ya, itu Dani, rakan sefakulti dengan kami. Dani lantas duduk dihadapan Rafi. Mereka kelihatan berbual sedikit sebelum ketawa riang. Entah kenapa aku tiba-tiba jadi marah. Aku jadi marah melihat Rafi tersenyum begitu pada orang lain. eh kenapa dengan aku ni? kenapa aku marah? aku.....cemburu?? ish...kenapa pula aku harus cemburu? kenapa aku rasa cemburu? kenapa kau rasa begini?
"awak, kenapa ni?"soal Maya yang muncul dari belakang. Aku lantas memandang wajahnya.
"awak kenapa ni? muka merah je?"soal Maya lagi.
"awak, kita study kat tempat lainlah."ucapku sambil kembali turun ke tingkat bawah.
"eh kenapa pula ni?"soal Maya sambil cuba mendapatkan aku. Aku betul-betul rasa marah, aku marah sebab Rafi sebegitu dingin dengan aku tapi boleh sebegitu mesra dengan Dani. Tapi yang membuatkau aku betul-betul marah saat ini adalah hakikat yang aku marah melihat kemesraan Rafi dan Dani. Ya Allah, kenapa dengan aku ni??

Seperti biasa sejak Rafi berubah dingin denganku, aku memandu keretaku sendiri menuju ke kampus. Tak seperti biasanya, pagi ni aku berasa mengantuk, mengantuk sangat. Puncanya malam tadi aku tak boleh tidur. Fikiranku asyik disibukan dengan Rafi..Rafi...dan Rafi... Semasa aku bertembung dengnnaya di pintu malam tadipun, aku tak dapat kawal mindaku daripada teringatkan kemesraan dengan Dani. Dan itu betul-betul memuatkan hatiku panas. Kenapa dengan aku ni? dah tak betulke? sebegitu sekali ke penangan Rafi terhadapku? Memikir ini sahaja sudah membuatkanku bertambah sakit hati. Ish!!! aku menghentak sedikit stering kereta cuba menahan amrah. Namun tindakanku itu mengundah aparh. Keretaku hilang kawalan. Hanya sekelip mata keretaku terbabas sebelum melanggar sebatang pokok di pinggir jalan. Aku tak sedar apa yang berlaku. Yang aku tahu badanku terasa sakit dan kepalaku tersa berat. Pandanganku kian kabur sebelum bertukar gelap sepenuhnya.