Friday, 24 May 2013

Trip to Langkawi.






Assalamualaikum..
Hi guys...
lama dah rasanya aku tak update pape...
soryla ek, sibuk sangat sekarang ni. Maklumlah  dah dekat hujung-hujung sem ni macam-macam keje datang. Sekarang ni pun aku tengah cuti gawai, pun ada keje gak...adoi...penat...

untuk peminat bukan untukku, aku minta maaf, belum ada masa gi nak tulis, kenalah tunggu ya, bila, aku tak boleh janji. Depend pada kesibukan aku juga.

so, hari ni tetiba aku rasa macam nak tulis sesuatu, sepatutnya aku nak tulis minggu lepas, sebab benda ni jadi minggu lepas, tapi kena postpon..heheheh..

so, nak dijadikan cerita, last week, aku pergi langkawi, ada trip 3 hari 2 malam...batch kitorang punya penasihat akademik nak buat program team building katanya. So kitorang pun pergilah. Bila dah ada kat sana, kena stay dengan kawan-kawan for more than 24 hours, barulah aku tahu sesuatu yang sebelum ni aku tak tahu tentang kawan-kawan aku ni.

especially Faiz. Korang ingat lagi tak member aku yang nama faiz ni, dulu aku pernah cerita yang kononnya dia berminat nak duk dengan aku...ingat tak? kalau ingat tak pe, kalau tak ingat baca ni. [klik sini].

pasal kes yang hari tu tu, sebenarnya, Faiz tak ada pun minat atau niat nak duk dengan aku, aku je yang syok sendiri...hahahhaah ( aduh...malu... T^T).

balik pada cerita kat langkawi tadi, bila kat sini baru aku tahu yang sebenarnya si Faiz ni merokok, sebelum ni aku tak pernah tahu dan tak pernah nampak Faiz merokok. Aduh...agak kecewa disitu, aku memang sejak dulu lagi kurang berkenan pada perokok. Walau orang tu taste aku macam mana pun, kalau dia merokok, terus hilang minat. Samalah juga macam si Faiz ni, dah hilang dah minat aku pada dia....hmm..

banyak juga kawan-kawan aku yang sebelum ni aku tak tahu mereka merokok, rupa-rupanya mereka merokok.

banyak juga yang masa kat langkawi nilah aku tahu yang ada antara dyorang yang berkapel.

ada juga seorang lagi member aku ni, yang sebelum ni aku kenal dia dalam kelas je, orangnya pendiam, alim. Tapi rupanya, di luar kelas, dia ni gila-gila orangnya, nakal n kelakar. Fun jugalag hangout dengan dia.

Jadi kesimpulannya kat sini, banyak benda yang aku tak tahu tentang kawan-kawan aku ni, aku tahu lepas trip ke langkawi ni.

Apa yang boleh aku kata, kita tak akan kenal perangai seseorang itu kalau kita tak spend masa dengan dia lebih dari 24 jam. Atau senang kata di luar waktu yang biasanya kita bersama. Sebab masa tulah mereka akan menunjukan perangai sebenar.

p/s: pergi langkawi dengan kawan-kwan memang best....hihihh
p/s lagi : menyesal lak tak cuba buat parasailing kat pantai tengah tu...hmmm...




No comments:

Post a Comment