Monday, 29 July 2013

Bukan Untukku - Cerita Adam- ( Bahagian IX)






BAHAGIAN IX : BUKAN UNTUK KITA.





Aku hanya duduk diam meananti Mak Su membuka bicara. Mak Su ku lihat sedang menyedut teh ais yang di pesannya tadi. Kami kini berada di kafetaria Hospital. Aku memintanya menceritakan segalanya tentang Rafi. Terlalu banyak benda yang aku ingin tahu tentang Rafi. Dan aku yakin dengan ini juga aku dapat memahami diriku sendiri.

"lepas Syarif malukan Rafi di khalayak, seluruh sekolah mula kecoh. Mereka semua tahu tentang Rafi. Mereka semua mula pulaukan Rafi. Kawan baik Rafi, Asyraf, terus jadi musuh dia. Rafi jadi tertekan. Tak lama lepas tu, pihak sekolah dapat tahu. Pihak sekolah terpaksa hubungi keluarga Rafi. Lepas didesak oleh pengetua dan Ayah dia, Rafi terpaksa mengaku. Masa tu dia baru 15 tahun, apalah budak besar tu boleh buat nak bela diri dia. Ayah Rafi marah benar dengan Rafi. Dia terlalu marah sampai ke tahap dia tak mengaku Rafi tu anak dia. Dia  halau Rafi dari rumah. Mak Su di Jakarta waktu tu, jadi Mak Su tak tahu apa yang berlaku. Lepas kena halau, dua minggu Rafi duduk merempat di jalanan.

"dia merempat?" aku menyoal kembali. Mak Su hanya mengangguk perlahan.

"Alhamdulillah, kebetulan Mak Su jumpa dia masa Mak Su baru sampai dari Jakarta. Mak Su bawak dia balik lepas tu. Mak Su tanya dia apa yang terjadi, dia langsung tak nak jawab. Mak Su jumpa dengan ibu dia lepas tu. Masa tulah Mak Su tahu apa yang terjadi pada dia. Sejak tu, Mak Su yang jaga dia. Disebabkan perkara ni juga, Rafi mengalami kemurungan berat. Sebulan dia duduk dengan Mak Su, tak ada sepatah pun perkataan yang keluar dari mulut dia. Dia betul-betul murung. Mak Su terpaksa hantar dia ke wad psikiatri ."cerita Mak Su lagi yang kini sudah mula mengalir air mata

"tiga bulan dia dirawat dalam wad psikaitri tu. Alhamdulilah, dia makin pulih, cuma dia kerap terkena serangan panik setiap kali dia teringatkan apa yang pernah terjadi pada dia."

"serangan panik?"

"macam yang Adam nampak sebelum dia jatuh tangga malam tu, tubuh dia akan menggigil dan mula berpeluh. Pada masa tu sebenarnya fikiran dia sudah mula dipenuhi dengan peristiwa-peristiwa yang berlaku hitam yang pernah dilaluinya dulu. Dalam keadaan yang macam tu, dia tak dapat berfikir seperti biasa. Dia akan jadi sama macam orang yang sedang panik." cerita Mak Su lagi. Aku mula faham. Ternyata sudah terlalu banyak yang dilalui oleh Rafi.

"jadi, keluarga dia sekarang macam mana?" soal ku lagi.

"sehingga kini ayah Rafi masih belum mahu menerima Rafi kembali. Ibunya memang tidak pernah membuang Rafi, tapi ayah Rafi menghalang Rafi dan ibunya bertemu. Mereka hanya berhubung melalui telefon saja. Itupun secara senyap-senyap." Aku mengangguk faham.

"boleh Mak Su tanya Adam sikit?"soal Mak Su. Aku yang tadinya sedang melayan perasaan sendiri sedikit tersentak.

"apa dia Mak Su?"

"apa perasaan Adam yang sebenar pada rafi?"soal Mak Su. Aku memandang tepat Mak Su seketika sebelum tertunduk.

"entahlah Mak Su, saya pun tak tahu. Saya sendiri tengah keliru ni."

"maksud Adam?"

"saya tak tahu, saya tak faham dengan perasaan saya sendiri. Bila Asyraf cerita pada saya siapa Rafi yang sebenar, sayah marah. Saya rasa tertipu. Tapi saya tak pulak rasa jijik atau geli. Bila Rafi dah jadi macam ni, saya rasa takut pulak. Saya takut sesuatu terjadi pada dia."ceritaku pada Mak Su berharap dapat meringankan sedikit beban yang kurasa saat ini.

"jujur saya cakap, saya tak pernah ada kawan yang macam Rafi sebelum ni. Rafi kawan terbaik yang pernah saya ada. Saya sayang dia, saya tak nak kehilangan dia."ceritaku lagi. Mak Su hanya diam mendengar.






Aku berdiri tegak dihadapan wad yang menempatkan Rafi. Rafi telas pun sedar dan kini telah dipindahkan ke wad biasa. Aku sudah bertekad untuk berhadapan dengan Rafi. Aku kini sudah lebih jelas dengan perasaanku. Namun aku hanya akan lebih yakin selepas berhadapan sendiri dengan Rafi. Aku menarik nafas panjang sebelum memulas tombol pintu wad. Kulihat Mak Su sedang menyuapkan Rafi nasi dan sup. Rafi kulihat seakan terkejut dengan kehadiaranku. Tubuhnya mula menggigil. Aku jadi cemas. Namun Rafi kembali tenang selepas ditenangkan oleh Mak Su.

“Adam, mari duduk sini.”jemput Mak Su lembut sambil bangun dan meletakan mangkuk yang masih berisi nasi dan sup di atas meja. Aku tersenyum dan duduk di bangku disebelah Rafi.

“Mak Su keluar dulu ya.”ucap Mak Su dan meninggalkanku dan Rafi berdua. Untuk seketika kami hanya membisu tanpa sepatah kata. Masing-masing terdiam dan melayan perasaan sendiri. Ku kemudian ternampak mangkuk nasi yang ditinggalkan Mak Su tadi. Tanganku seakan bergerak sendiri lalu mencapai mangkuk tersebut. Aku mengacau-ngacau sedikit isinya sebelum menyudu sedikit nasi dan kusuakan pada Rafi. Rafi menyambut huluran nasiku. Aku tersenyum sedikit. Entah kenapa aku rasa senang melihat Rafi menerima nasi yang kusuapkan padanya. Aku lantas menyambung menyuapkannya sehingga nasi dan sup ayam di dalam mangkuk itu habis. Aku meletakan mangkuk kosong itu di tepi sebelum kuhulurkan gelas berisi air kosong yang juga telah tersedia di meja tepi. Rafi meneguk sedikit sebelum mengembalikannya padaku. Sekali lagi kesunyian membelengguku.

“kepala kau sakit lagi ke?”soalku cuba memecah kesunyian. Rafi hanya menggeleng. 

“Asy….Asyraf dah cerita semua pada aku…tentang kau, tentang siapa kau, tentang apa yang dah jadi kat kau dan tentang perasaan kau pada dia.”ucapku perlahan. Rafi kuhilat hanya diam tanpa sebarang riaksi. Dia seakan sudah menjangka yang ini akan berlaku.

“Aku nak tanya kau sesuatu.”ucapku sambil memandang tepat wajahnya.

“Asyraf ada cakap yang cara kau layan aku tak macam cara seorang kawan…jadi aku nak tanya, kau….kau…kau anggap aku lebih dari kawan ke?”soalku sedikit teragak-agak. Aku perlu tahu perasaan Rafi yang sebenar. Rafi kulihat sedikit tersentak dengan soalan itu. Dia tertunduk seketika sebelum mengangguk perlahan.

“maksud kau?” soalku cuba mendapatkan kepastian.

“aku suka kau, aku jatuh cinta pada kau.”ucapnya tanpa berselindung. Aku hanya tertunduk lesu. Memang benar kata-kata Asyraf.

“kau boleh benci aku kalau kau mahu.”ucapnya lagi. Aku hanya diam tidak menjawab. Aku sedang cuba memahami hatiku sendiri.

“maafkan aku…aku tak boleh balas perasaan kau.”ucapku lembut. Rafi kulihat sedikit terkejut dengan jawapanku.

“kau….kau tak benci aku?”soalnya kehairanan. Aku memandang wajahnya.

“aku dah cuba. Masa Asyraf bagitahu aku pasal semua ni memang aku rasa benci dengan kau, aku marah, aku rasa tertipu, rasa dikhianati, tapi bila aku tengok kau menggigil malam tu lepas aku tolak kau, aku rasa risau, aku kejar kau bila kau lari. Aku nampak dengan mata aku sendiri kau jatuh tangga. Bila aku nampak kau tak bergerak dengan kepala berdarah aku jadi takut…aku takut aku akan kehilangan kau.” Aku menceritakan segalanya tentang perasaanku. Entah kenapa aku mula terasa sebak.

“sepanjang kau koma dalam seminggu ni aku banyak berfikir, dan aku mula sedar yang aku….aku tak boleh benci kau. Kau kawan aku, kawan terbaik yang pernah aku ada, aku tak boleh benci kau, aku sayang kau, aku tak nak kehilangan kau macam tu.”ujarku lagi meluahkan segala yang terbuku dihati.

“kalaulah tuhan berikan kita satu peluang untuk melakukan satu kesalahan, aku pilih untuk mencintai kau.”ujarku jujur. Kalaulah memang mencintai kaum sejenis itu bukan satu kesalahan, aku memang tak akan teragak-agak untuk mencintai Rafi.

“Adam, kau tak perlu rasa macam ni. Aku bukan orang yang selayaknya merasakan cinta kau.” ujarnya pula.

“Aku keliru, aku tak tahu apa patut aku buat. Aku tahu ini salah, tapi aku tak mahu kehilangan kau.” ujarku lagi berterus terang.

“perasaan yang kau rasa nilah yang aku rasa sejak lapan tahun dulu. Merasakan cinta yang tak harus dimiliki. Tak semua benda yang kita mahu kita akan dapat, ada juga sesuatu yang mustahil untuk kita dapat. Kita ni hanya makhluk yang terikat pada perintah Maha Pencipta. Dia tahu apa yang terbaik untuk kita. Ini semua ujian yang diberikan olehnya untuk mengukur sejauh mana, seteguh mana iman umatnya itu. Itu tanda yang Allah tu sayang dan selalu memerhatikan kita.”ucapnya yakin. Aku memandnagnya tepat.

“aku kagum dengan kau, kau kuat.” Aku memuji. Rafi kulihat tersenyum tipis.

“banyak yang aku lalui untuk sampai ke tahap ni, tak semudah yang kau sangka.”ujarnya pula.

“aku tahu, Mak Su dah cerita semuanya. Tentang kau dibuang oleh keluarga kau, tentang kau yang mengalami kemurungan berat yang memaksa Mak Su hantar kau ke wad psikiatri.”ceritaku. Rafi kulihat sudah tergelak kecil.

“sejak bila kau rapat dengan Mak Su aku?”soalnya separuh bergurau. Aku turut tertawa.

“Aku harap kita masih boleh kawan macam biasa.” ujarku jujur penuh berharap. Rafi kulihat hanya tersenyum.

“kau tak kisah ke berkawan dengan seorang gay yang pernah masuk wad sakit jiwa dulu?”soalnya sinis.

“jangan cakap macam tu. Walau apapun, kau tetap kawan aku, kawan baik aku.”ujarku jujur. Rafi kulihat tertunduk sebelum air matanya menitis.

“terima kasih Adam.”ucapnya sayu. Hatiku jadi luluh melihatnya menitiskan air mata begitu. Aku lantas teringatkan cerita Mak Su tentang kisah silam Rafi. Tubuhku seakan bergerak sendiri sekali lagi. Aku duduk dibirai katil dan lantas mendakap tubuh Rafi erat berharap ddapat menenangkannya. Ya Allah, peliharalah hubungan ini Ya Allah, Rafi amat berharga buatku. Kekalkanlah hubungan ini sebegini, jangan dikurangkan mahupun dilebihkan. Padamu Allah tempatku berlindung dan tempatku memohon perlindungan.





tamat

Sunday, 28 July 2013

Album Lama







Asslamualikum...

Hi Guys...

Hari ni aku nak citer sikit tentang satu memori lama aku. Memori ni ada kaitan sikit dengan babak-babak awal dunia PLU aku ni.

Siang tadi, entah kenapa aku tetiba jadi rajin sangat nak kemas almari TV kat ruang tamu rumah aku ni, kemas punya kemas, aku terjumpa satu foto album lama. Dengan curiousnya aku pun buka labum tu. Rupa-rupanya itu album gambar-gambar masa aku bersunat dulu.

Aku dulu bersunat special sikit, sebab aku join progam berkhatan beramai-ramai kat taman aku ni. Kalau nak ingat balik agak best jugaklah. Lain dari yang lain. Program tu buat ala-ala tradisional sebab ada upacara berarak beramai-ramai dan mandi air pili bomba. Tapi still doktor yang khatankan guna teknik moden.

So, dalam banyak-banyak gambar tu, aku ada terjumpa satu gambar, gambar aku n seorang budak hensem. Aku lupa apa nama dia sebab dia bukan budak taman ni, dia orang luar yang just join program berkhatan ni. Aku pun berkawan dengan dia masa hari tu ju...hahah

Jadi, apa yang special nya budak ni adalah (selain dari dia hensem....hihih), dialah satu-satunya orang yang mintak nak tengok aku punya k***k...hahahahh. BIla aku jumpa gambar tu terus aku ingat peristiwa ni..rasa cam kelakar lak..

So, cerita dia, masa hari berkhatan tu, sebelah paginya, ada program khatam Quran. So aku duduk sebelah budak ni, so kitorang pun berkawanlah..(budak-budak....senang nak buat kawan). So, tengahhari tu kitorang dimandikan dengan air dari pili bomba. (bomba siap datang lagi pancutkan air untuk kitorang mandi.). Lepas dah mandi, kitorang pun lepak-lepak la dulu sementara nak tunggu doktor yang nak sunatkan kitorang tu sampai.

Sambil lepak, ada yang pergi main, main kejar-kejarlah, macam-macam lagilah. Tapi Aku just duduk je. Malas nak main ( plus...nervous..plus..takut..). Budak ni pin join duduk sebelah aku. Kitorang pun borak-boraklah berdua. Aku tak ingat sangat apa topik yang kitorang bualkan, but finally dia kata dia nak tengok aku punya. Dia siap offer nak tunjuk dia punya kalau aku tunjuk aku punya.

Tapi masa tu, aku tak terus setuju. Memang aku curious nak tengok dia punya, tapi entahlah, tak tahu kenapa aku keberatan. Macam-macam cara dia pujuk aku. ( atau mungkin dia goda aku..hihihi). Akhirnya aku setuju. So aku ajak dia pergi toilet untuk sesi tunjuk menunjuk tu. Tapi mungkin Allah nak selamatkan aku gaknya, masa on the way nak pergi toilet tu, doktor pun sampai. So, sesi tunjuk menunjuk tu pun tak jadi.

Then, lepas tu, seorang, demi seorang dari kami kena sembelih.....Lepas dari hari tu, aku tak pernah jumpa dia lagi.

Tapi kalau tak silap aku, aku ada terserempak dengan dia dalam dua tahun lepas kot. Dia sekarang memang sangat hensem..and hot...hihih. Tapi dia macam tak ingat aku. Tak tahulah dia memang tak ingat, atau dia buat-buat tak ingat.

Bila aku teringatkan balik peristiwa tu tadi, aku terfikir, budak ni gay ke??? Masa tu aku baru darjah lima, mana la aku tahu benda-benda gay ni. So memang tak pernah terfikir pun pasal tu. Korang rasa dia gay ke? ke just curiosity seorang kanak-kanak??


berfikir dan terus berfikir...



p/s: tadi aku sembahyang terawih sebelah budak hensem yang tak suka senyum tu...hahahha...tak khusyuk solat aku...hihihi






Wednesday, 24 July 2013

Budak handsome yang tak suka senyum.






Hi Guys!!!

Assalamualaikum...

Selamat berpusa..

dah masuk hari ke 16 kita berpuasa..macam mana? ok lagi ke tak? ke dah KO?..hihihi gurau je...

sebenarnya, tahun ni merupakan tahun ke dua aku berpuasa dekat rumah dengan family. Sebelum-sebelum ni, sejak tahun 2009, aku berpuasa di perantauan ( tak delah perantauan mana pun...hihi). Tahun lepas, tahun pertama aku berpuasa di rumah selepas 3 tahun sebab masa tu baru habis diploma and tengah tunggu nak masuk degree pada september, so sempatlah berpuasa dan beraya dirumah. Tahun ni pulak sekali lagi dapat berpuasa di rumah sebab tengah cuti sem.

sejak tahun lepas, bila aku dapat berpuasa dan bertarawih di rumah ni, aku perasan satu benda, dah ramai budak-budak kat taman aku ni yang aku dah tak kenal. tahulah samada budak-budak yang dulu kecik-kecik sekarang dah besar ataupun budak-budak baru yang baru pindah ke taman aku ni. sebelum aku masuk diploma dulu, boleh kata semua budak-budak atau kanak-kanak kat taman aku ni aku kenal, atau paling tidak aku kenal siapa parents diorang, tapi sekarang aku dah tak boleh cam budak-budak ni. Semua dah besar-besar.( tetiba terasa macam dah tua..huhuh).

so, dalam banyak-banyak budak-budak ni, aku tertarik pada seorang budak laki ni. Aku tak tahu siapa nama dia, aku rasa dia baru pindah sebab aku tak kenal parents dia. Budak ni umur dalam 14 atau 15 tahun cam tuh. Rumah dia baris belakang rumah aku. ( rasa-rasanya la). Apa yang buat aku tertarik dengan dia ni adalah kerana dia hensem..hahhaha. Nak kata sangat hensem tu tak lah, tapi hensem jugaklah pada pandangan aku. Cuma satu je yang kurang, dia tak suka senyum. Sejak aku mula perasan dia masa ramadhan tahun lepas, sampailah sekarang, dah setahun, aku tak pernah nampak dia senyum. Aku selalu membayangkan betapa cutenya dia kalau dia senyum..huhuhuhuhu..

apa yang aku nampak, budak ni sangat baik. Muka dia innocent je, dan selalu dok berkepit dengan bapak dia je. ( anak bapak la kot..hihih). aku tak pernah nampak pulak dia bercampur gaul ngan bebudak lain kat taman ni. mungkin dia pun introvert cam aku gak. agak-agak dia pun serong cam kita gak ke ha?? hihiih. ke situlak perginya!!!

bila la agaknya aku dapat tengok dia senyum?..hmmm...



berfikir dan terus berfikir....




Monday, 22 July 2013

Bukan Untukku - Cerita Adam- ( Bahagian VIII)





BAHAGIAN VIII : TENTANG RAFI.




Aku duduk berteleku di atas tilamku. Fikiranku masih memikirkan tentang apa yang diceritakan oleh Asyaraf padaku tadi. Aku benar-benar tidak menyangka.

" kau ingat lagi tak aku pernah cerita pada kau yang masa aku sekolah dulu, aku ada seorang kawan baik yang sebenarnya dia gay dan dia suka pada aku." aku mengangguk mendengar kata-kata Asyraf itu.

"Rafi tulah orangnya."

"maksud kau, Rafi tu..."

"dia tu gay. Aku tak rasa yang dia tak ada walau sikit pun perasaan pada kau. Dari cara layanan dia pada kau yang kau ceritakan pada aku tu, aku yakin yang dia memang suka pada kau." aku terkedu. Sunggu aku tak menyangka.

"tapi dia tak pernah pun buat benda-benda tak elok pada aku."aku cuba membela Rafi walaupun aku sendiri masih terkejut dengan apa yang baru aku dengar tadi.

"mungkin belum lagi, siapa tahu."

"tapi.."

"aku rasa baik kau jangan berkawan dengan dia lagi. Orang macam tu bahaya. Nanti tak pasal-pasal dia tarik kau sekali jadi macam dia. Kau mahuke jadi manusia dilaknat tuhan?"


Aku tersedar dari lamunan sebaik terdengar jam dinidng berbunyi tepat jam lapan malam. Aku jadi kusut. Aku langsung tak menyangka Rafi kawan yang aku sangat sayang selama ni gay. Aku terasa macam tertipu. Inikah rahsia yang dia simpan selama ni? Aku lantas mendail nombor Maya. Aku perlu mencari tahu segalanya dari Maya.

"Helo Sayang."kedengaran suara Maya dihujung talian.

"Helo, Maya awak kat mana? saya nak jumpa awak sekejap. Urgent!"





"Apa hal yang urgent sangat ni?"soal Maya sebaik duduk disebelahku di kerusi yang disediakan di kawasan pantai ini. Sengaja aku memebawanya kesini. Lebih privasi.

"Saya tahu awak tahu sesuatu yang saya tak tahu."ujarku. 

"Maksud awak?"

"tentang Rafi. Saya tahu awak tahu sesuatu mengenai dia dan awak sembunyikan dari saya, kan?"

"kenapa awak ni? tiba-tiba cakap tentang Rafi pulak?"

"Maya, saya nak awak terus terang dengan saya. Selama ni awak tahu yang Rafi tu sebenarnya gay kan?" Maya kelihatan terkejut dengan soalanku itu.

"Mana awak tahu?"soal Maya kembali.

"Mana saya tahu tu tak penting. Jadi memang betullah Rafi tu suka pada lelaki?"

"memang betul dia gay. Sebab tu saya tak mahu dia berkawan rapat dengan awak. Saya tak mahu dia goda awak dan nanti jadikan awak sama macam dia."ujar Maya. Aku menarik nafas panjang. Kecewa. Jauh disudut hati aku aku berharap yang semua ni tak betul. Tapi nampaknya ini semua memang benar.

"jadi macam mana awak tahu yang dia gay?"soalku lagi.

"bukan saya seorang yang tahu. Ramai lagi. Kalau awak cari budak-budak sekolah saya tu dulu, mereka semua tahu. Dulu masa disekolah dulu, ada seorang senior ni, Syarif nama dia, dia selalu kacau Rafi. Tak tahulah apa yang dia mahu. Tapi Rafi selalau tak layan. Sampailah satu hari ni, mungkin dia marahkan Rafi sebab tak beri apa yang dia nak, dia bongkarkan kat semua orang yang Rafi ni gay dan suka pada kawan baik dia Asyraf. Sejak tulah semua orang tahu yang Rafi ni gay. Tak lama lepas tu Rafi berhenti sekolah, ada yang kata dia dibuang. Lepas tu saya tak pernah jumpa dia lagi sampailah kat Uni ni."cerita Maya panjang lebar.

"awak tahu tak, Asyraf tu sebenarnya sepupu saya."ucapku. Maya sekali lagi terkejut.

"siang tadi dia datang sini, dia dah ceritakan smeua tentang Rafi pada saya."ceritaku lagi.

"saya tak pernah sangka yang Rafi macam tu."ucapku lagi. Maya hanya berdiam. Aku benar-benar rasa kecewa.



Pintu bilik dikuak. Aku malas mahu melihat. Rafi datang perlahan kearahku. Dia duduk berteleku disebelahku.

"Adam.."panggilnya. Aku tidak menjawab. Aku masih asyik memandang telefon bimbitku.

"Adam.."ujarnya lagi sambil cuba menyentuh bahuku. Aku tak tahu apa yang merasuk diriku, aku menepis kuat Rafi sebelum menolaknya.

"jangan sentuh aku.."ujarku lagi. Rafi kulihat terjelopok dilantai dengan pandangan wajah yang sukar untuk aku tafsirkan. Dia mula berundur ke belakang. Matanya membulat memandang lantai. Tubuhnya mula menggigil. Peluh mula membasahi tubuhnya. Aku jadi kaget. Kenapa dengan Rafi? belum sempat aku bersuara Rafi lantas bangun dan meninggalkan ruangan bilik ini. Aku dihambat rasa risau. Tubuhku bagai bergerak sendiri apabila aku lantas mengekorinya. Mataku membulat. Dengan dua biji mataku sendiri aku lihat tubuh kecil Rafi melayang jatuh di tangga. Tubuhnya terhempas ke anak tangga paling bawah. Rafi tidak bergerak. Cecair likat berwarna merah mula mengalir kelur dari tubuhnya.

"Fi!!!"panggilku cemas sebelum mendapatkannya di bawah.

"Fi!!.."panggilku lagi. Air mataku mengalir dengan sendiri. Aku jadi takut. Rafi...tolong jangan tinggalkan aku!!




Aku duduk berteleku di atas tilam. Rafi kini di hospital, masih koma. Tadi Abang RAsyid mengajakku ke hospital, tapi aku menolak. Aku jadi keliru. Aku tak mahu dekat lagi dnegan Rafi sebab dia gay, tapi dalam masa yang sama aku tak mahu kehilangan dia. Apa patut aku buat? Ya Allah!! Bantu aku!!! Aku lantas bangun dan menuju ke bilik air. Aku mengambil air sembahyang dan lantas mendirikan solat zohor yang masih belum aku tunaikan. Berharap fikiranku sedikit tenang selepas solat. Seusai solat, aku membuat keputusan untuk ke hospital. Hari ini hari keempat Rafi di ICU. Dia masih belum sedar.Aku hanya melihat Rafi dari cermin di pintu. Aku jadi takut untuk masuk. Aku tak tahu bagaimana nak berdepan dengan dia.

"Adam.."aku menoleh melihat suara yang memanggilku. Seorang wanita dalam lingkungan umur sebaya dengan Mama tersenyum kearahku.

"ingat Mak Su lagi tak?"soalnya. Ini ibu saudara Rafi. Aku pernah berjumpanya dulu. Aku tersenyum kembali padanya.

"Adam, mak su nak cakap sikit dengan Adam." Aku hanya diam dan mengikut Mak Su duduk dibangku.

"beberapa hari lepas, mungkin sebelum Rafi jatuh, dia ada telefon Mak Su. Dia dah cerita semuanya. Sepupu Adam, Asyraf, dia mesti dah cerita semua tentang Rafi pada Adam kan?" duga Mak Su. Aku agak terkejut. Jadi Mak Su memang  tahu segalanya.

"Jadi Mak Su memang dah tahu yang Rafi..."

"Ya, Mak Su tahu. Mak Su tahu segalanya tentang Rafi."ujar Mak Su yakin. Aku hanya mendengar.

"Mak Su faham kalau sekarang ni Adam dah lihat Rafi berbeza dari dulu. Mak Su pun faham kalau Adam sekarang dah benci pada Rafi. Adam jangan risau, Mak Su akan carikan rumah lain untuk Rafi nanti. Cuma, Mak Su nak minta tolong pada Adam satu perkara saja. Mak Su minta tolong Adam rahsiakan apa yang Adam tahu. Rafi dah lalui bermacam-macam disebabkan perkara ni. Dia dah cukup tertekan dulu. Mak Su tak nak dia kembali pada keadaan dia yang dulu." Aku hanya mendiam tak menjawab. Aku jadi seakan termati kata. Aku tak tahu apa riaksi yang patut aku berikan. Aku juga rasa ingin tahu apa yang terjadi pada Rafi. Apa maksud Mak Su bila dia katakan dia tak mahu Rafi kembali kepada keadaannya yang dulu?

"satu lagi, Mak Su nak Adam tahu yang walaupun Rafi begitu, dia masih tahu batas-batas dia. Dia tak pernah lagi buat perkara-perkara yang tak elok tu. Dan insyaallah, dia akan kekal begitu. Mak Su akan pastikan dia masih di atas landasan yang benar."ujar Mak Su lagi.

"Adam tolong Mak Su ya, tolong rahsiakan."ucap Mak Su lagi lembut. Aku mengangguk setuju. Mak tersenyum senang.

"Terima kasih Adam."ucap Mak Su sebelum bangun. Aku lantas dihambat rasa ingin tahu yang mendalam. Apa yang sebenarnya terjadi pada Rafi?

"Mak Su."panggilku. Mak Su memberhentikan langkah dan berpaling memandangku.

"Apa yang jadi.....pada Rafi..dulu?" Mak Su kulihat tersenyum memandangku.

"betul Adam nak tahu?"




bersambung....



p/s: so siapa yang dah baca bukan untukku mesti dah dapat agak yang cerita ni dah nak habiskan. so next chapter is the last one...so nantikan bahagian akhir 'Bukan Untukku-Cerita Adam-'







Saturday, 20 July 2013

I am an Introvert






Hi guys!!!!

Assalamualaikum..

Selamat berpuasa....

Korang tau tak apa benda introvert tu? kalau extrovert?

aku dah selalu sebenarnya dengar perkataan ni, cuma baru sekarang rasa nak ambik berat sikit..

so baru-baru ni aku ada terjumpa satu infografik tentang introvert, bila aku baca benda tu aku dapat buat satu kesimpulan...

Yes, I am an Introvert...

bila aku baca infografik ni, banyak benda yang memang kena dengan aku, memang tak boleh dinafikan yang aku memang seorang introvert..

so kalau korang nak tahu apa benda introvert tu, baca kat bawah ni....
















dah baca dah????

so extrovert pulak adalah yang opposite dari introvert...

so ada tak sesiapa yang introvert gak cam aku???

kalau ada tolong angkat kaki...hihihi







Friday, 19 July 2013

Our Love Story








"kau tahu kan kita mungkin dah tak boleh patah balik lepas apa yang kita buat ni?"

"aku tahu..."

"kau tak kisah?"

"selagi aku ada kau, Aku tak kisah"







Nantikan cerpen terbaru dari Annas Yusry...


hanya di

 Road To Awesomeness.

Wednesday, 17 July 2013

Bukan Untukku - Cerita Adam- ( Bahagian VII)




BAHAGIAN VII : PANAS YANG SEKETIKA.



"Adam, makan sikit lagi sayang."ujar Mamaku sambil mnyuakan sudu berisi nasi ke mulutku.

"tak nak la Ma."ucapku perlahan. Mamaku lihat hanya akur dan meletakan mangkuk berisi nasi di tepi. Aku kini terlantar di hospital. Aku sendiri tak berapa ingat apa yang terjadi. Aku sedar-sedar aku dah berada disini. 

"Adam, betul ke tak nak pindah ke Kelang? susahla Mama nak jaga Adam kat sini."ujar Mamaku lagi. Aku kini masih di hospital di Pulau Pinang. Mama dan Papaku bergegas ke sini selepas mereka dimaklumkan tentang kemalangan yang menimpaku.

"betul, Adam nak stay kat sini je."ujarku.

"Siapa nak jaga Adam kat sini?"

"Adam boleh jaga diri sendiri."ujarku lagi.

"Adam..."

"Mama, Adan kan dah semester akhir ni, Adam tak naklah ponteng kelas banyak hari, banyak kerja nanti."ujarku lagi cuba memujuk.
"Mama risaulah."

"alah Mama ni, Adam okey, tak payahlah risau."

"saya boleh jaga dia kak."ujar satu suara dari pintu. Aku dan Mama menoleh." Kelihatan Abang Rasyid tersenyum pada kami.

"eh, Rasyid.."

"Saya dan yang lain kat rumah tu boleh jaga dia, insyaallah."ucap Abang Rasyid lagi sambil duduk dikerusi disebelahku, bertentagan dengan Mama.

"tak menyusahkan kamu ke ananti?"soal Mama lagi. Abang Rasyid kulihat hanya tersenyum sesekali dia melirik kewajahku.

"insyaallah, tak menyusahkan."

"yelah, kalau kamu dah kata macam tu."ujar Mamaku memberi persetujuan. Aku tersenyum senang.

"Adam jangan menyusahkan Abang Rasyid dan yang lain-lain."pesan Mamaku.

"tahula Ma."

"Mama nak pergi toilet sekejap."ujar Mamaku sambil membungkus semula bekal yang dibawanya tadi dan terus berlalu keluar.

"Adam Okey?"soal Abang Rasyid. Aku hanya mengangguk.

"Rafi mana?"soalku. Sudah tiga hari sebenarnya aku terlantar di hospital ni, namun sekali pun Rafi tak pernah datang.

"Rafi ada kat rumah. Abang ajak dia datang tadi. Tapi dia tak nak, sibuk katnya." cerita Abang Rasyid. Aku hanya mengagguk lesu sebelum berpaling ke tempat lain.




Aku terdengar bunyi pintu dibuka dan ditutp semula. Aku masih memejamkan mata. Malas nak ambil pusing. Mungkin Maya. Dia bersamaku tadi. Sebentar tadi dia keluar. Mungkin dia dah kembali. Aku terdengar lagi bunyi kerusi disebelahku ditarik.

“maaflah Adam, aku baru lawat kau sekarang.”aku tersentak mendnegarkan suara itu. Suara yang amat aku rindu. Perlahan aku membuka mata. Aku tersenyum melihat Rafi duduk disebelahku.

“aku ingat kau tak sudi datang.”ujarku padanya. Rafi yang tadinya tertunduk lesu memandangku.

“janganlah cakap macam tu.”ujarnya kesal. Aku hanya tersenyum kelat.

“terima kasih, sudi datang.”ucapku sambil bangun dan bersandar di kepala katil. Aku kemudiannya memandanng wajah Rafi lama. Aku baru sedar betapa rindunya aku pada wajah ini.

“kenapa kau pandang aku macam tu?”soal Rafi selepas sedar aku memandang wajahnya tepat.

“saja…rindu nak tengok kau.”ujarku jujur tanpa berselindung.

“aku ingat kau dah tak pedulikan aku.”ujarku lagi.

“janganlah cakap macam tu. Kau bestfriend aku, takkanlah aku tak pedulikan kau.”balas Rafi seakan bersalah dan cuba memujuk.

“habis tu kenapa kau jauhkan diri dari aku dua minggu ni?”soalku lagi. Soalan yang memang sudah sekian lama ingin aku tanyakan.

“maafkan aku.”ujarnya memohon maaf.

“kalau aku ada buat something yang buat kau marah, kau beritahulah. Aku minta maaf.” ujarku lagi.

“tak Adam, kau tak buat apa-apa salah pun.”ujarnya lagi. Aku masih tepat memandang wajahnya. Untuk kesekian kalinya, aku tahu Rafi menyembunyikan sesuatu.

“habis tu?”aku cuba untuk mengorek rahsia.

“masalah dia pada aku.”balasnya.

“yelah, apa masalahnya?”aku cuba mendesak. Aku sudah mula bosan dengan semua persoalan yang bermain dalam minda ku ini.

“Aku…”belum sempat Rafi bersuara pintu wadku dibuka. Kami serentak memandnag ke arah pintu. Maya seakan terkejut melihat Rafi disini. Rafi pula kelihatan seperti seorang pesalah. Apa semua ni?

“aku…aku balik dululah Adam.”ujarnya lesu sambil mencapai beg sandangnya yang diletak dilantai.

“nak balik? nantilah dulu.”aku cuba menghalang.

“aku ada kerja sikit. Aku balik dulu.”ujarnya lagi sambil sesekali melirik ke arah Maya yang sedang memandangnya tajam.

“nanti kau datang lagi tak?”soalku berharap. Rafi memberhentikan langkah. Soalanku itu hanya dibalas dengan senyuman sebelum dia lolos di balik pintu. Seketika kemudian Maya terus menyusulnya.  Aku bangun dan menjenguk ke luar wad. Kelihatan Maya dan Rafi seakan sedang berbincang sesuatu. Aku tidak tahu apa yang mereka bincangkan. Aku sekali lagi dihambat dengan pelbagai persoalan.




Selepas peristiwa itu, Rafi sudah kerap melawatku di Hospital. Selepas aku dibenarkan pulang, Rafi yang banyak membantuku membuat segala urusan. Aku tak tahu apa yang terjadi, tapi kini Rafi bukan sekadar sudah kembali seperti Rafi yang dulu, malah aku rasakan yang dia kini semakin dekat denganku. Sepanjang kaki dan tanganku masih bersimen ni, afi lah yang menjadi tanganku dan kakiku. Aku dilayan sekan seorang kanak-kanak kecil. Bila makan, Rafi yang suapkan, bila berjalan Rafi yang tolong papahkan, malah bila nak mandipun Rafi yang tolong menanggalkan pakaianku. Nasib baik dia tak memandikan aku sekali. Apa yang pasti, semuani buat  aku senang. Aku rasa Happy. Cukup senang untuk aku melupakan sahaja perkara yang disembunyikan oleh Rafi dan Maya.


Sedar tak sedar sebulan sudah berlalu. Aku kini pulih sepenuhnya. Ahubungan aku dan Rafipun masih seperti dulu. Hubungan aku dengan Mayapun tiada apa yang berubah. Pendek kata, semua kembali seperti asal. Sekan tidak ada pa yang berlaku. Mungkin ini hikmah disebalik kemalangan yang menimpa aku.

Aku melihat ke skrin telefon bimbitku yang berbunyi minta diangkat. Aku tersenyum melihat nama yang terpapar di skrin.

"Hello Bro.."ujarku sebaik menjawab  panggilan.

"Assalamualaikum..."kedengaran suara seorang lelaki di hujung talian. Aku tergelak kecil cuba menahan malu.

"waalaikumussalam.."jawabku. Kedengaran suara dihujung talian turut ketawa.

"kau kenapa call aku tetiba ni, tak pernah-pernah pun."ujarku lagi.

"takkanlah aku nak call sepupu aku yang sorang ni pun tak boleh.." ujarnya lagi Aku tersenyum. Ini sepupuku, Asyraf. Satu-satunya sepupu yang sama umur denganku. 

"bukanlah tak boleh... pelik sikit."

"aku dengar kau eksiden, betul ke?"soalnya lagi.

"lah baru tahu ke, dah sebulan lebih dah kot. Aku dah sihat dah pun."ujarku lagi.

"la..yeke, baru ingat nak alwat kau. Aku kat Pulau Pinang ni."ujarnya.

"ha? betulke? kau buat apa kat sini?"soalku teruja.

"ada urusan sikit, alang-alang dah sampai sini ingat nak jumpa kau sekejap."

"eh..boleh..boleh..boleh...kau kat mana ni? kita pergi makan tengahhari sama-sama nak?"pelawa ku teruja.

"ok..boleh...kat mana?"Asyraf bersetuju.

"ok, sekejap lagi aku SMS alamat restoran tu."

"ok..jumpa kat sana nanti."

"ok.."ucapku ringkas sebelum menamatkan panggilan. Aku tersenyum senang. Lama dah sebenarnya aku tak jumpa Asyraf. Kali terakhir pada hari raya tahun lepas. Aku kemuadian menghantar alamat restoran itu pada Asyraf. 

'Oh ya, ajak Rafi sekalilah. Boleh kenalkan dia dengan Asyraf.' aku lantas menghantar lagi satu khidmat pesanan ringkas pada Rafi pula.



"kau cari siapa?"soal Asyraf sebaik melihat aku yang seakan sedang mencari seseorang.

"aku cari Housemate aku. Tadi aku ajak dia datang sekali."ujarku. Asyraf hanya menangguk faham sambil terus menyambung menyuap nasi goreng ayam yang dipesannya tai ke mulut.

"ha.. tu dia.."ujarku sebaik ternampak kelibat Rafi. Aku melambaikan tangan memanggilnya. Rafi tersenyum sebaik melihatky dan terus menuju ke arah kami. 

“sory lambat sikit.”ucapnya sebaik sampai ke meja kami.

“tak pe, ha..Fi, inilah sepupu aku, Asyraf.” Aku memperkenalkan Asyraf. Mereka saling berpandangan. Rafi kelihatan sangat terkejut. Wajahnya yang tadi dihiasi senyuman ceria kini berubah pucat. Asyraf juga kelihat terkejut. Asyraf bangun dari duduknya.

“Rafi..”ucapnya. Rafi kulihat berundur beberapa tapak. Matanya membulat seakan meliahat sesuatu yang menakutkan.

“Fi..kenapa ni?”aku bertanya. Aku jadi risau melihat riaksinya itu. Belum sempat aku bertnya lanjut Rafi terus angkat kaki meninggalakn premis itu. Aku jadi bertambah hairan. Kenapa pula ni??




bersambung...



p/s: pada pembaca setia bukan untukku (kalau ada lah..) aku minta maaf sebab baru je berkesempatan nak update cerita ni....sebenarnya dah dua tiga hari dah aku nak update, tapi sebab lama sangat dah aku tinggalkan cerita ni aku dah hilang idea macam mana nak sambung...so lepas ni insyaallah akan ada update setiap minggu..
happy reading!!!!!









Wednesday, 10 July 2013

Salam Ramadhan




Assalamualaikum...
Hi Guys..
Salam Ramadahan Mubarak..

Sape tak pose kat sini sila angkat tangan!!!!...hihih

so post kali ni x nak cerita pape pun, just nak ucap selamat berpuasa kepada yang berpuasa...

pada yang selalu buat benda-benda lagha...tu, kurang-kurangkanlah...

harap semua dapat puasa penuh tahun nih..hihih..

sekali lagi....SELAMAT BERPUASA dan SALAM RAMADHAN al-MUBARAK 1434H...

Monday, 1 July 2013

Life is too short...



Hi guys..
Assalamualaikum..

Long time no see...hihih..

aku sekarang sebenarnya masih busy lg dengan final..
last saaturday my first paper and next saturday my second paper...

tapi aku bukan nak cakap tentang paper final aku, x ada yang menarik untuk dibincangkan..

harini aku nak bercakap sikit tentang kehidupan...

for the last 3 weeks, aku dan classmate aku dikejutkan dengan berita seorang classmates kitorang ni, girl, nama 'Z' telah dimasukkan ke hospital.

sekarang ni dia sedang tenat kat wad ICU.

ramai yang tak sangka, selama ni x ada siapa yang tahu dia sakit. Selama ni kitorang telah dibodohkan dengan lagak ceria dia. Dia langsung tak macam orang sakit. Dia happy je selalu, dia baik dengan semua orang, dia pandai dan yang paling penting dia sentiasa tersenyum.

so, ceritanya, 3 minggu lepas, kitorang ada presentation. Dia hadir masa tu. Dan masa tu memang dah nampak dia macam lain sikit. Muka pucat. But still dia present dengan sangat superb.

then, lepas habis je kelas, dia minta tolong sorang kawan aku ni hantarkan dia ke hospital. Yang kawan aku ni terpinga-pingalah jugak, kenapa pulak dia nak pergi hospital. Tapi bila tengok muka si Z ni pun dah pucat semacam kawan aku ni (lelaki) dan seorang kawan lagi (perempuan) pergilah hantar Z ni ke hospital.

Sampai je kat depan pintu masuk Hospital tu, si Z ni terus pitam n terus dimasukan ke wad kecemasan. ( dah macam drama TV, tapi ni seirus!! memang betul berlaku). 

Waktu tulah kawan aku yang dua orang tahu yang rupa-rupanya si Z ni ada barah usus. Barah peringkat ke berapa tu aku tak tahu. Yang aku tahu dia memang tengah tenat sekarang. Maka tersebarlah berita tu kat kitorang semua. Ramai yang terkejut. Termasuklah aku. Dia dah lama sebenarnya ada penyakit ni. Sebelum ni pun dia pernah cuti satu semester sebab buat operation.

sekarang ni dia kat Hospital selayang, baru je buat operation yang entah keberapa kali. Menurut kata ibunya,  keadaan dia sekarang tengah tenat. Dengar cerita lagi yang doktor bagitahu yang dia mungkin dah tak ada harapan lagi.

dua tiga hari lepas, sorang classmate aku pergi melawat dia kat selayang sebab kebetulan dia balik kampung masa study week aritu. Dia cerita, keadaan Z memang menyedihkan. Kata doktor, dia dapat bertahan sampai keharini sebab dia kuat untuk lawan penyakit dia. Yang ni memang aku salute kat dia.

so, benda ni buat aku terfikir, kalaulah aku ditempat dia, cukup kuatkah aku untuk nak lawan penyakit tu?? kalau ada harapan untuk sembuh sepenuhnya mungkin aku masih ada semangat, tapi bagaimana kalau sejak awal lagi aku tahu yang memang tiada harapan lagi. Mampukah aku untuk lawan balik???

patutlah selama ni Z selalu mengukir senyum dan selalu happy je sebab dia tahu dia hidup takkan lama. Bila-bila masa je Allah boleh panggil dia balik. Tak guna untuk dia sibukkan hidup dia yang mungkin hanya tinggal seketika tu dengan benda-benda yang tak perlu yang hanya buat dia bertambah derita.

aku taklah sebegitu rapat dengan Z, tapi aku tahu dia cukup kuat untuk lawan penyakit dia. Dia baik dengan semua orang, dan aku tahu semua orang itu akan mendoakan dia.aku betul2 salute dengan dia. Aku harap Allah masih bagi dia peluang untuk terus hidup dan bersama dengan kami semua sekali lagi.



"Ya Allah, berikanlah dia peluang untuk terus bersama dengan kami semua."........

Amin....