Monday, 29 July 2013

Bukan Untukku - Cerita Adam- ( Bahagian IX)






BAHAGIAN IX : BUKAN UNTUK KITA.





Aku hanya duduk diam meananti Mak Su membuka bicara. Mak Su ku lihat sedang menyedut teh ais yang di pesannya tadi. Kami kini berada di kafetaria Hospital. Aku memintanya menceritakan segalanya tentang Rafi. Terlalu banyak benda yang aku ingin tahu tentang Rafi. Dan aku yakin dengan ini juga aku dapat memahami diriku sendiri.

"lepas Syarif malukan Rafi di khalayak, seluruh sekolah mula kecoh. Mereka semua tahu tentang Rafi. Mereka semua mula pulaukan Rafi. Kawan baik Rafi, Asyraf, terus jadi musuh dia. Rafi jadi tertekan. Tak lama lepas tu, pihak sekolah dapat tahu. Pihak sekolah terpaksa hubungi keluarga Rafi. Lepas didesak oleh pengetua dan Ayah dia, Rafi terpaksa mengaku. Masa tu dia baru 15 tahun, apalah budak besar tu boleh buat nak bela diri dia. Ayah Rafi marah benar dengan Rafi. Dia terlalu marah sampai ke tahap dia tak mengaku Rafi tu anak dia. Dia  halau Rafi dari rumah. Mak Su di Jakarta waktu tu, jadi Mak Su tak tahu apa yang berlaku. Lepas kena halau, dua minggu Rafi duduk merempat di jalanan.

"dia merempat?" aku menyoal kembali. Mak Su hanya mengangguk perlahan.

"Alhamdulillah, kebetulan Mak Su jumpa dia masa Mak Su baru sampai dari Jakarta. Mak Su bawak dia balik lepas tu. Mak Su tanya dia apa yang terjadi, dia langsung tak nak jawab. Mak Su jumpa dengan ibu dia lepas tu. Masa tulah Mak Su tahu apa yang terjadi pada dia. Sejak tu, Mak Su yang jaga dia. Disebabkan perkara ni juga, Rafi mengalami kemurungan berat. Sebulan dia duduk dengan Mak Su, tak ada sepatah pun perkataan yang keluar dari mulut dia. Dia betul-betul murung. Mak Su terpaksa hantar dia ke wad psikiatri ."cerita Mak Su lagi yang kini sudah mula mengalir air mata

"tiga bulan dia dirawat dalam wad psikaitri tu. Alhamdulilah, dia makin pulih, cuma dia kerap terkena serangan panik setiap kali dia teringatkan apa yang pernah terjadi pada dia."

"serangan panik?"

"macam yang Adam nampak sebelum dia jatuh tangga malam tu, tubuh dia akan menggigil dan mula berpeluh. Pada masa tu sebenarnya fikiran dia sudah mula dipenuhi dengan peristiwa-peristiwa yang berlaku hitam yang pernah dilaluinya dulu. Dalam keadaan yang macam tu, dia tak dapat berfikir seperti biasa. Dia akan jadi sama macam orang yang sedang panik." cerita Mak Su lagi. Aku mula faham. Ternyata sudah terlalu banyak yang dilalui oleh Rafi.

"jadi, keluarga dia sekarang macam mana?" soal ku lagi.

"sehingga kini ayah Rafi masih belum mahu menerima Rafi kembali. Ibunya memang tidak pernah membuang Rafi, tapi ayah Rafi menghalang Rafi dan ibunya bertemu. Mereka hanya berhubung melalui telefon saja. Itupun secara senyap-senyap." Aku mengangguk faham.

"boleh Mak Su tanya Adam sikit?"soal Mak Su. Aku yang tadinya sedang melayan perasaan sendiri sedikit tersentak.

"apa dia Mak Su?"

"apa perasaan Adam yang sebenar pada rafi?"soal Mak Su. Aku memandang tepat Mak Su seketika sebelum tertunduk.

"entahlah Mak Su, saya pun tak tahu. Saya sendiri tengah keliru ni."

"maksud Adam?"

"saya tak tahu, saya tak faham dengan perasaan saya sendiri. Bila Asyraf cerita pada saya siapa Rafi yang sebenar, sayah marah. Saya rasa tertipu. Tapi saya tak pulak rasa jijik atau geli. Bila Rafi dah jadi macam ni, saya rasa takut pulak. Saya takut sesuatu terjadi pada dia."ceritaku pada Mak Su berharap dapat meringankan sedikit beban yang kurasa saat ini.

"jujur saya cakap, saya tak pernah ada kawan yang macam Rafi sebelum ni. Rafi kawan terbaik yang pernah saya ada. Saya sayang dia, saya tak nak kehilangan dia."ceritaku lagi. Mak Su hanya diam mendengar.






Aku berdiri tegak dihadapan wad yang menempatkan Rafi. Rafi telas pun sedar dan kini telah dipindahkan ke wad biasa. Aku sudah bertekad untuk berhadapan dengan Rafi. Aku kini sudah lebih jelas dengan perasaanku. Namun aku hanya akan lebih yakin selepas berhadapan sendiri dengan Rafi. Aku menarik nafas panjang sebelum memulas tombol pintu wad. Kulihat Mak Su sedang menyuapkan Rafi nasi dan sup. Rafi kulihat seakan terkejut dengan kehadiaranku. Tubuhnya mula menggigil. Aku jadi cemas. Namun Rafi kembali tenang selepas ditenangkan oleh Mak Su.

“Adam, mari duduk sini.”jemput Mak Su lembut sambil bangun dan meletakan mangkuk yang masih berisi nasi dan sup di atas meja. Aku tersenyum dan duduk di bangku disebelah Rafi.

“Mak Su keluar dulu ya.”ucap Mak Su dan meninggalkanku dan Rafi berdua. Untuk seketika kami hanya membisu tanpa sepatah kata. Masing-masing terdiam dan melayan perasaan sendiri. Ku kemudian ternampak mangkuk nasi yang ditinggalkan Mak Su tadi. Tanganku seakan bergerak sendiri lalu mencapai mangkuk tersebut. Aku mengacau-ngacau sedikit isinya sebelum menyudu sedikit nasi dan kusuakan pada Rafi. Rafi menyambut huluran nasiku. Aku tersenyum sedikit. Entah kenapa aku rasa senang melihat Rafi menerima nasi yang kusuapkan padanya. Aku lantas menyambung menyuapkannya sehingga nasi dan sup ayam di dalam mangkuk itu habis. Aku meletakan mangkuk kosong itu di tepi sebelum kuhulurkan gelas berisi air kosong yang juga telah tersedia di meja tepi. Rafi meneguk sedikit sebelum mengembalikannya padaku. Sekali lagi kesunyian membelengguku.

“kepala kau sakit lagi ke?”soalku cuba memecah kesunyian. Rafi hanya menggeleng. 

“Asy….Asyraf dah cerita semua pada aku…tentang kau, tentang siapa kau, tentang apa yang dah jadi kat kau dan tentang perasaan kau pada dia.”ucapku perlahan. Rafi kuhilat hanya diam tanpa sebarang riaksi. Dia seakan sudah menjangka yang ini akan berlaku.

“Aku nak tanya kau sesuatu.”ucapku sambil memandang tepat wajahnya.

“Asyraf ada cakap yang cara kau layan aku tak macam cara seorang kawan…jadi aku nak tanya, kau….kau…kau anggap aku lebih dari kawan ke?”soalku sedikit teragak-agak. Aku perlu tahu perasaan Rafi yang sebenar. Rafi kulihat sedikit tersentak dengan soalan itu. Dia tertunduk seketika sebelum mengangguk perlahan.

“maksud kau?” soalku cuba mendapatkan kepastian.

“aku suka kau, aku jatuh cinta pada kau.”ucapnya tanpa berselindung. Aku hanya tertunduk lesu. Memang benar kata-kata Asyraf.

“kau boleh benci aku kalau kau mahu.”ucapnya lagi. Aku hanya diam tidak menjawab. Aku sedang cuba memahami hatiku sendiri.

“maafkan aku…aku tak boleh balas perasaan kau.”ucapku lembut. Rafi kulihat sedikit terkejut dengan jawapanku.

“kau….kau tak benci aku?”soalnya kehairanan. Aku memandang wajahnya.

“aku dah cuba. Masa Asyraf bagitahu aku pasal semua ni memang aku rasa benci dengan kau, aku marah, aku rasa tertipu, rasa dikhianati, tapi bila aku tengok kau menggigil malam tu lepas aku tolak kau, aku rasa risau, aku kejar kau bila kau lari. Aku nampak dengan mata aku sendiri kau jatuh tangga. Bila aku nampak kau tak bergerak dengan kepala berdarah aku jadi takut…aku takut aku akan kehilangan kau.” Aku menceritakan segalanya tentang perasaanku. Entah kenapa aku mula terasa sebak.

“sepanjang kau koma dalam seminggu ni aku banyak berfikir, dan aku mula sedar yang aku….aku tak boleh benci kau. Kau kawan aku, kawan terbaik yang pernah aku ada, aku tak boleh benci kau, aku sayang kau, aku tak nak kehilangan kau macam tu.”ujarku lagi meluahkan segala yang terbuku dihati.

“kalaulah tuhan berikan kita satu peluang untuk melakukan satu kesalahan, aku pilih untuk mencintai kau.”ujarku jujur. Kalaulah memang mencintai kaum sejenis itu bukan satu kesalahan, aku memang tak akan teragak-agak untuk mencintai Rafi.

“Adam, kau tak perlu rasa macam ni. Aku bukan orang yang selayaknya merasakan cinta kau.” ujarnya pula.

“Aku keliru, aku tak tahu apa patut aku buat. Aku tahu ini salah, tapi aku tak mahu kehilangan kau.” ujarku lagi berterus terang.

“perasaan yang kau rasa nilah yang aku rasa sejak lapan tahun dulu. Merasakan cinta yang tak harus dimiliki. Tak semua benda yang kita mahu kita akan dapat, ada juga sesuatu yang mustahil untuk kita dapat. Kita ni hanya makhluk yang terikat pada perintah Maha Pencipta. Dia tahu apa yang terbaik untuk kita. Ini semua ujian yang diberikan olehnya untuk mengukur sejauh mana, seteguh mana iman umatnya itu. Itu tanda yang Allah tu sayang dan selalu memerhatikan kita.”ucapnya yakin. Aku memandnagnya tepat.

“aku kagum dengan kau, kau kuat.” Aku memuji. Rafi kulihat tersenyum tipis.

“banyak yang aku lalui untuk sampai ke tahap ni, tak semudah yang kau sangka.”ujarnya pula.

“aku tahu, Mak Su dah cerita semuanya. Tentang kau dibuang oleh keluarga kau, tentang kau yang mengalami kemurungan berat yang memaksa Mak Su hantar kau ke wad psikiatri.”ceritaku. Rafi kulihat sudah tergelak kecil.

“sejak bila kau rapat dengan Mak Su aku?”soalnya separuh bergurau. Aku turut tertawa.

“Aku harap kita masih boleh kawan macam biasa.” ujarku jujur penuh berharap. Rafi kulihat hanya tersenyum.

“kau tak kisah ke berkawan dengan seorang gay yang pernah masuk wad sakit jiwa dulu?”soalnya sinis.

“jangan cakap macam tu. Walau apapun, kau tetap kawan aku, kawan baik aku.”ujarku jujur. Rafi kulihat tertunduk sebelum air matanya menitis.

“terima kasih Adam.”ucapnya sayu. Hatiku jadi luluh melihatnya menitiskan air mata begitu. Aku lantas teringatkan cerita Mak Su tentang kisah silam Rafi. Tubuhku seakan bergerak sendiri sekali lagi. Aku duduk dibirai katil dan lantas mendakap tubuh Rafi erat berharap ddapat menenangkannya. Ya Allah, peliharalah hubungan ini Ya Allah, Rafi amat berharga buatku. Kekalkanlah hubungan ini sebegini, jangan dikurangkan mahupun dilebihkan. Padamu Allah tempatku berlindung dan tempatku memohon perlindungan.





tamat

10 comments:

  1. Assalamualaikum sahabatttt......

















































    dah jawab salam aku tu ker belom? jawab dulu ok?




















































    hehe...



































































    hehe.... lagi... skrol ke bawah lagi....

































































    lagi skit...








































    sikit jer lagi...




























































    haha.. ok. terima kasih atas kesabaran. aku suka part akhir tu....
    "Ya Allah, peliharalah hubungan ini Ya Allah, Rafi amat berharga buatku. Kekalkanlah hubungan ini sebegini, jangan dikurangkan mahupun dilebihkan. Padamu Allah tempatku berlindung dan tempatku memohon perlindungan."

    lagi2 bila ang mntion, jgn dikurangkan mahupon dilebihkan.... amin.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. amboi...makin panjang nampaknye komen ko...hahhah

      thanks sebab sudi baca cerita ni dari mula sampai habis..

      aku pun suka part yang tu gak...hahha

      Delete
    2. kan?? penat aku mngaji kt Gunung Dato nun untuk blaja komen panjang2... haha

      Delete
  2. It was a great story. seronok aku baca.. evendoh banyak typo. hahaha~

    syahreeza

    ReplyDelete
    Replies
    1. don't mention the typo please,....(its embarrassing.....huhuh)

      btw...thanks 4 reading....

      Delete
  3. sebak kot aku baca part last tu..haha.anyway,good job.

    ReplyDelete
  4. tahniah. satu jalan cerita yg baik dan memberi pengajaran tentang ertinyer sahabat.

    ReplyDelete
  5. Nothing changed~

    ReplyDelete
    Replies
    1. shut up..u know nothing about storyline...

      Delete
  6. Sebijik apa dalami la ni.,,,tp part yg DITOLAK kerana rasa JIJIK tu la yg sama. Yg lain x de un,,,sobb,sob,,,,,pe un. Cete ni memotivasikan dr ku tq penulis,,,,

    ReplyDelete