Monday, 1 July 2013

Life is too short...



Hi guys..
Assalamualaikum..

Long time no see...hihih..

aku sekarang sebenarnya masih busy lg dengan final..
last saaturday my first paper and next saturday my second paper...

tapi aku bukan nak cakap tentang paper final aku, x ada yang menarik untuk dibincangkan..

harini aku nak bercakap sikit tentang kehidupan...

for the last 3 weeks, aku dan classmate aku dikejutkan dengan berita seorang classmates kitorang ni, girl, nama 'Z' telah dimasukkan ke hospital.

sekarang ni dia sedang tenat kat wad ICU.

ramai yang tak sangka, selama ni x ada siapa yang tahu dia sakit. Selama ni kitorang telah dibodohkan dengan lagak ceria dia. Dia langsung tak macam orang sakit. Dia happy je selalu, dia baik dengan semua orang, dia pandai dan yang paling penting dia sentiasa tersenyum.

so, ceritanya, 3 minggu lepas, kitorang ada presentation. Dia hadir masa tu. Dan masa tu memang dah nampak dia macam lain sikit. Muka pucat. But still dia present dengan sangat superb.

then, lepas habis je kelas, dia minta tolong sorang kawan aku ni hantarkan dia ke hospital. Yang kawan aku ni terpinga-pingalah jugak, kenapa pulak dia nak pergi hospital. Tapi bila tengok muka si Z ni pun dah pucat semacam kawan aku ni (lelaki) dan seorang kawan lagi (perempuan) pergilah hantar Z ni ke hospital.

Sampai je kat depan pintu masuk Hospital tu, si Z ni terus pitam n terus dimasukan ke wad kecemasan. ( dah macam drama TV, tapi ni seirus!! memang betul berlaku). 

Waktu tulah kawan aku yang dua orang tahu yang rupa-rupanya si Z ni ada barah usus. Barah peringkat ke berapa tu aku tak tahu. Yang aku tahu dia memang tengah tenat sekarang. Maka tersebarlah berita tu kat kitorang semua. Ramai yang terkejut. Termasuklah aku. Dia dah lama sebenarnya ada penyakit ni. Sebelum ni pun dia pernah cuti satu semester sebab buat operation.

sekarang ni dia kat Hospital selayang, baru je buat operation yang entah keberapa kali. Menurut kata ibunya,  keadaan dia sekarang tengah tenat. Dengar cerita lagi yang doktor bagitahu yang dia mungkin dah tak ada harapan lagi.

dua tiga hari lepas, sorang classmate aku pergi melawat dia kat selayang sebab kebetulan dia balik kampung masa study week aritu. Dia cerita, keadaan Z memang menyedihkan. Kata doktor, dia dapat bertahan sampai keharini sebab dia kuat untuk lawan penyakit dia. Yang ni memang aku salute kat dia.

so, benda ni buat aku terfikir, kalaulah aku ditempat dia, cukup kuatkah aku untuk nak lawan penyakit tu?? kalau ada harapan untuk sembuh sepenuhnya mungkin aku masih ada semangat, tapi bagaimana kalau sejak awal lagi aku tahu yang memang tiada harapan lagi. Mampukah aku untuk lawan balik???

patutlah selama ni Z selalu mengukir senyum dan selalu happy je sebab dia tahu dia hidup takkan lama. Bila-bila masa je Allah boleh panggil dia balik. Tak guna untuk dia sibukkan hidup dia yang mungkin hanya tinggal seketika tu dengan benda-benda yang tak perlu yang hanya buat dia bertambah derita.

aku taklah sebegitu rapat dengan Z, tapi aku tahu dia cukup kuat untuk lawan penyakit dia. Dia baik dengan semua orang, dan aku tahu semua orang itu akan mendoakan dia.aku betul2 salute dengan dia. Aku harap Allah masih bagi dia peluang untuk terus hidup dan bersama dengan kami semua sekali lagi.



"Ya Allah, berikanlah dia peluang untuk terus bersama dengan kami semua."........

Amin....




7 comments:

  1. semoga Allah berikan terbaik untuk sahabat ang.. jika bersama kalian itu yang terbaik in sha ALLAH..tetapi jika Allah lebih sayangkan dia, maka berbahagia lah dia kerana menjadi tetamu yang dijemput lebih awal dari kita semua

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul juga tu, kalau dah memang ajal dia dah sampai nak buat macam mana, at least dosa dia x banyak mana pun...

      by the way, where is your hubby??? selalu dia je yg jd first commenter kat blog aku nih....hihihi

      Delete
    2. dia bz memasak.. tetiber.. lariiii

      Delete
    3. oit... ngumpat aku! aku baca ler... cuma tak komen. Aku jarang komen untuk entri melibatkan benda2 macam ni... Sebab tak tahu nak komen ape. Kalau salah menaip, bisa mengguris perasaan orang lain.

      Delete
    4. heheh...bukan menumpat, mengata je..hihi...aku pun cam tu gak sebenarnya...x tau apa yang patut di kata...isu macam ni memang payah sikit...

      Delete
  2. Reflect kat hidup kite blik.

    Ada kah kte dah ready utk bertemu allah.

    ReplyDelete