Thursday, 1 August 2013

Baju Melayu







Assalamualaikum..

Hi Guys....


Minggu depan dah nak raya, baju raya semua dah belu ke belum??...hihihi.

bersempena dengan hari raya yang dah tinggal x berapa hari je lagi ni, aku nak share sikit dengan korang somthing tentang baju kebangsaan kita ni, Baju Melayu. Mungkin ramai yang dah tahu, mungkin ada juga yang belum tahu.

Sekarang ni, korang boleh nampak macam-macam jenis baju melayu yang wujud, tapi sebenarnya, baju melayu yang asal hanya ada dua jenis sahaja, iaitu Baju Melayu Cekak Musang dan Baju Melayu Teluk Belanga ataupun ada gak orang panggil Baju Melayu Johor. Beza kedua-dua baju ni hanya pada rekaan bentuk tengkuknya sahaja. Macam yang dalam gambar kat atas tu, tu baju melayu cekak musang. (p/s: aku ambik gambar tu kat google, so aku tak tahu siapa mat saleh yang cute tu..huhuh). Baju Melayu teluk belangan pulak tengkuk dia lebih kurang macam tengkuk baju kurung.



Baju Melayu Teluk Belanga (Gambar ni pun aku dapat kat google...hihhi)



So, apa yang aku nak cerita hari ni adalah tentang baju Melayu cekak musang. Korang tahu tak kenapa baju melayu ni ada lima butang?? dan kenapa dua butang di letak dekat kolar dan yang tiga lagi dekat bawah??

ni nak habaq mai...

menurut kata cikgu aku dulu, lima butang tu melambangkan rukun islam dan juga lima waktu solat. Susunan butang-butang tu pulak sebenarnya melambangkan seuah keluarga. Dua butang yang sebelah atas tu melambangkan ibu dan ayah dan tiga butang yang disebelah bawah tu pulak melambangkan anak-anak. Anak-anak berada di bawah ibu dan ayah melambangkan kedudukan dalam keluarga. Anak-anak perlu patuh dan hormat pada ibu dan ayah.




pasal sampin pulak, korang tahu tak zaman dulu, nak pakai sampain ada cara dia. Sampin untuk lelaki bujang dan sampain untuk lelaki yang telah berkahwin sebenarnya berbeza. Sekarang ni, ramai yang dah praktikan benda ni sebab ramai yang tak tahu. Macam aku sendiri, aku tak pernah pakai sampin sebenarnya..hahah...

apa yang beza dia??

untuk orang bujang, sampin perlu di pakai di paras lutut atau pun di atas lagi dari paras lutut. Untuk orang lelaki yang telah berkahwin pula, sampain perlu dipakai di bawah paras lutut.

kalau zaman dulu, kalau ada lelaki yang sudah berkahwin memakai sampin di atas paras lutut, itu maknanya dia nak kahwin lagi...hahahha


indah sungguh orang zaman dulu, banyak kiasan. Bukan sekadar bahasa, malah penampilan diri juga membawa pelbagai maksud tersirat.

oh ya..lagi satu..bila sebut sampin, tak semestinya kena kain songket..(kain songket ni mahal!!!), kain pelikat biasa pun boleh....hihihi





p/s: apa yang aku sampaikan hari ni mungkin betul dan mungkin juga tidak. Aku dapat dari sumber lisan sahaja, kesahihannya tak dapat dibuktikan. Aku just share sahaja, mungkin boleh mmebri manfaat..betul tak...









No comments:

Post a Comment