Sunday, 25 August 2013

Diary Syawal II











Hi Guys...

Assalamualaikum....

Selamat Hari Raya...

hihihi..

korang jangan kata aku gila lak sekarang ni nak ucap selamat hari raya lagi...

hari ni sebanrnya hari raya keddua buat aku sebab semalam aku baru habis puasa suanat syawal...


yahooooo!!!!!


hahahhaha...


so hari ni aku raya lagi...

sebenarnya aku tak plan pun nak puasa sunat syawal ni, tapi hari ahad lepas tiba-tiba mak aku ajak aku puasa sekali sebab ayah dan kakak aku pun ikut puasa, so, kalau aku puasa sekali tak perlulah mak aku nak masak makan tengah hari...nak jadikan ceritanya aku pun ikut kan saja lah....so hari isnin startlah berpuasa sampailah semalam...jadi maknanya puasa aku untuk tahun ni dah cukup setahun...hihihi...( bukan nak riak ya, saja je nak cerita. Ni pun baru firsttime aku puasa sunat syawal..hahahah)


jadi, ada something interesting yang aku nak cerita kat korang. Yang ni tak ada kena mengena dengan puasa atau pun syawal. 

jadi, semalam, masa kitorang satu family tengah berbuka puasa, kitorang pun borak-boraklah macam biasa, tiba-tiba keluar cerita hantu.

kisah ada sebuah rumah kosong kat taman aku ni. Bila mak aku cerita benda tu semalam, aku baru perasan sebenarnya rumah tu dekat je dengan rumah aku ni dan rumah tu sebenarnya sebelah rumah budak hensem yang tak suka senyum tu.




macam nilah lebih kurang peta taman aku tu. rumah kosong tulah yang aku nak cerita.
yang kaler biru kat tepi tu lombong tinggal.



jadi, menurut cerita mak aku, benda ni berlaku pada mak cik N yang rumah depan rumah budak hensem  macam kat dalam gambar tu. Benda ni berlaku beberapa minggu sebelum puasa.

waktu tu senja sebelum azan maghrib. Mak Cik N ada kat luar rumah waktu tu, dia baru balik dari mana entah. Waktu tu dia seorang je. Then, lepas tu dia ternampak ada seorang perempuan, sedang dukung anak masuk kedalam rumah tu. Waktu tu, Mak Cik N ni tak fikir apa-apa sebab tak ada yang mencurikan tentang perempuan tu. Tapi lama-lama mak cik N ni jadi pelik sebabnya waktu tu dah senja, dah gelap tapi kenapa perempuan ni masuk rumah tak bukak lampu. Sedang dia dok pikir tu, azan maghrib berkumandang. serentak tu jugak baru dia teringatkan sesuatu. Rumah tu mana ada orang duduk. dah bertahun dah kosong. rumah tu dah kosong sebelum budak hensem tu pindah ke situ lagi. waktu tulah baru Mak Cik N ni sedar yang dia nampak tu bukan orang. dia dah jadi seram sejuk waktu tu terus dia masuk rumah.



sebenarnya, cerita pasal rumah tu bukan baru, dah lama dah. cuma baru-baru ni je cerita dia timbul balik. Rumah tu dulu milik seorang orang tua. aku tak ingat apa nama opah tu. sejak opah tu duduk situ pun sebanranya dia dah kerap kena ganggu. katanya dulu, setiap malam dia akan kena ganggu. katnaya dia selalu nampak ada benda duduk bertenggek kat alang rumah. banyak dah orang dia panggil untuk bersihkan rumah tu. lepas tu dah okey sekejap. Lepas opah tu meninggal, anak dia yang take over rumah tu. dia renovate rumah tu jadi yang macam sekarang ni. Gangguan yang dulu dah hilang tu, tiba-tiba datang balik ganggu rumah tu. bila dia dah tak tahan dia jual rumah tu. sekarang ni, rumah tu dah ada pemilik baru tapi pemilik baru tu tak pernah duduk rumah tu pun. Sebabkan rumah tu dah lama sangat kosong, dah macam-macam benda yang dah jadikan rumah tu tempat tinggal diorang.


dah ramai sebanrnya orang nampak benda-benda pelik kat rumah tu, bukan mak cik N tu sorang. Cuma cerita Mak Cik N tu yang paling latest lah. Aku ingatkan cerita pasal rumah tu satu taman di dah tahu rupanya, yang dekat-dekat area rumah aku ni je yang tahu pasal tu. ( dalam erti kata lain jiran-jiran kepada rumah kosong tu je yang tau) dan yang baru-baru pindah ni konfemlah tak tahu apa-apa. Aku tak sure family budak hensem tu tau ke tidak. rumah dia tu sebelah je. Aku rasa mungkin diorang pun dah pernah kena kacau.

seram lak tetiba...hahah..




p/s: kepada budak hensem tu: kalau adik takut, adik lari rumah abang ye. Abang berani....
      kihkihkikhkihkuh...(GATAL!!!)








3 comments:

  1. haha... mesej yg last tu jer yg penting... haha

    ReplyDelete
  2. tolong smpaikan salam aku dkt adik handsome...heheheh

    ReplyDelete