Friday, 9 August 2013

Diary Syawal








Hi Guys...
Assalamualikum...

Macam mana hari raya korang??

dikesempatan ini aku nak ucap selamat hari raya aidilfitri

aku minta maaf kalau ada terkasar kata atau apa-apa yang boleh buat korang terasa atau tersinggung bila baca post aku kat blog ni..

sesungguhnya aku tak terniat pun...



ramadhan dah habis, dah tak ada terawih dah. Tak dapat dah aku nak jumpa budak hensem yang tak suka senyum tu...huhuuh ( lepas ni terpaksalah aku buat-buat jalan kat depan rumah dia...hihiihih).


oh ya, nak citer sikit. macam tahun2 sebelumnya, bila hari raya, rumah jiran depan rumah aku ni konfem akan penuh sebab adik-adik jiran aku ni memang akan beraya disini. Nak jadikan cerita, ada sorang anak buah jiran aku ni sangat hensem..hahah..jambu je budak tu...

umur dia tak sure lak, sebaya aku kot rasanya.

tapi...aku tak tahu kenapa, tapi aku rasa yang budak hensem ni orang macam kita gak.

tak tahulah, kenapa, tapi aku rasa macam yakin yang dia ni gay. Mungkin ni yang orang sebut 'gaydar'...ye tak??


semalam raya pertama sebelah pagi tak pergi memana pun, sebelah petang baru sibuk sikit. adik beradik mak aku datang semalam. Penuh jugalah rumah aku yang tak berapa nak besar ni. Lepas tu diorang semua ajak pergi rumah mak long aku. So kitorang satu family pun ikutlah.

cakap pasal mak long aku, dia ada cucu ( so kiranya, budak ni pangkat anak buah aku la....) yang sangat hensem gak..hahahha. Ingatkan semalam dapatlah jumpa dia. Tapi rupanya dia tak de...aduhai.

tapi budak ni sombong sikit..tulah masalah dia...aku ni plak dah le tak mesra alam...hhuhuhu...

oh ye, lagi satu semalam akhirnya aku dapat bawak kereta abang aku..hahahha. Sebelum ni jangan haraplah. Tapi tak tahulah kenapa semalam dia dia suruh aku yang bawak kereta...hihihi...


so setakat ini sahajalah diary syawal aku. Kalau rajin nanti aku sambung lagi untuk episod ke dua..hahha


sekali lagi

SELAMAT HARI RAYA
MAAF ZAHIR BATIN.




No comments:

Post a Comment