Thursday, 15 August 2013

Miracles








Assalamualaikum..

Hi Guys...

So semalam, somthing miracles happen to me..

korang ingat lagi tak kawan aku Faiz yang aku cerita dulu? kalau tak ingat tak pe, baca ni...[sini].

jadi, semalam, Faiz ni mesej aku kat facebook, wish selamat hari raya.

then, lepas tu dia bukak balik cerita pasal rumah sewa aku tu. Dia tanya rumah tu kat mana, aku pun ceritalah kat dia. Aku tanya kenapa, then dia bagitahu yang dia sekarang tengah cari rumah atau bilik baru untuk disewa. Katanya, rumah yang dia sewa sekarang ni ramai sangat orang, jadi dia kena stay kat ruang tamu. Family dia dapat tahu dan famiy dia suruh dia cari rumah lain. Kenapa family dia suruh macam tu tak tahu lak aku.

aku macam teruja tiba-tiba. Maknanya, dulu aku bukanlah syok sendiri, dia memang sebenarnya berminat nak duduk dengan aku.

aku pun ajaklah dia duduk dengan aku, dapat gak ringankan beban aku bayar sewa.

aku cakap kat dia yang rumah tu ada dua bilik je, kalau dia nak aku boleh bagi bilik aku kat dia dan aku stay kat ruang tamu. Aku memang tak kisah sangat pasal bilik ni. AKu kat mana-mana pun boleh tidur. Yang aku fikir sekarang ni pasal sewa. Kalau dia stay dengan aku, ringanlah sikit beban aku nak bayar sewa, plus..tak adalah sunyi sangat aku kat rumah tu.

bila aku cakap macam tu, dia kata dia tak nak. Dia kata dia macam halau aku keluar pulak dari bilik. Lepas tu dia senyap je, tengah fikir agaknya.

sekarang ni, aku pun tengah fikir gak. Patutke aku hasut dia supaya dia stay dengan aku atau biar je dia decide sendiri.

aku pun terfikir gak kalau dia stay degan aku, maknyanya kurang sikitlah aku punya privasi. Lagi-lagi duduk kat ruang tamu. Payahlah sikit nak update blog ni...huhuhuh..

tapi bila fikir lagi, sewa tu lebih penting...haih..cam ne ni??

patut ke aku hasut dia???




4 comments:

  1. tak payah hasut.. haha.. ang dah keja kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. ang budak2 xyah nak share2 bilik.. ti kencing malam ti susah plak.. haha

      Delete
  2. hasut2... siler hasut cara berhikmah... hehe

    ReplyDelete