Sunday, 11 August 2013

Our Love Story ( Bahagian 1)




Bahagian 1: Syafiq.





Syafiq merenung wajah gadis dihadapannya tajam. Fikirannya masih ligat memproses apa yang baru didengarnya tadi. Gadis dihadapannya itu masih tertunduk.

"Awak cakap apa tadi?"soal Syafiq lagi cuba mencari kepastian.

"Saya....saya nak putus." Syafiq kini lebih yakin dengan apa yang didengarnya tadi. Memang itu yang gadis itu katakan dan bukan sekadar ilusi pendengaran semata. Gadis tadi hanya diam menunggu riaksi Syafiq.

"tapi kenapa?"soal Syafiq lagi.

"saya...saya....saya dah jumpa....orang lain. Yang lebih sesuai dengan saya."ucap gadis itu lagi. Syafiq hanya tenang. Ini bukan kali pertama, ini bukan cinta pertamanya. Dia pernah melaluinya. Untuk lebih tepat, ini adalah untuk kali kelima.

"apa kurangnya saya ni?"soal Syafiq lagi.

"tak ada apa yang kurang pada awak, cuma saya rasa yang dia lebih sesuai dengan saya."

"siapa lelaki tu?"

"nanti awak akan tahu juga. Awak, saya percaya akan ada lebih ramai lagi perempuan yang akan suka pada awak. Awak percayalah cakap saya." ujar gadis itu lagi seakan cuba memujuk. Syafiq hanya tertunduk lesu.

"awak pastike ini yang awak nak? tak ada peluang lagi untuk saya?" soal Syafiq lagi. Gadis itu hanya mengangguk kecil. Syafiq akhirnya melepaskan keluhan pasrah.

"baiklah, kalau itu yang awak nak, kita tamatkan sahaja hubungan kita disini."Syafiq memberi kata putus. Gadis tadi tersenyum senang.

"terima kasih awak."ucap gadis itu ringkas sebelum berlalu pergi. Syafiq hanya menghantarnya dari pandangan mata. Ini kali kelima dia putus cinta semenajak di sekolah menengah. Entah kenapa dia memang tidak pernah bernasib baik dalam percintaan. Mungkin kerana kesalahannya sendiri. Dia sendiri sebenarnya tidak pernah ikhlas setiap kali memulakan hubungan baru. Niatnya bukan untuk mencintai, tetapi hanya untuk lari dari rasa cintanya pada seseorang yang tak sepatutnya. Syafiq sebenarnya mencintai seseorang. Seseorang yang dia sudah kenal sejak sekian lama. Hubungan yang mulanya hanya sekadar persahabatan mula bertukar bila rasa cinta itu muncul. Sedar rasa cinta itu wujud untuk seseorang yang tidak sepatutnya, dia lantas mahu meminggirkan cinta itu dengan cuba mencari cinta yang lain. Namun tidak pernah berjaya. Cinta itu masih tetap wujud, dan tetap mekar.





Syafiq berjalan perlahan pulang kebiliknya. Pintu bilik dibuka perlahan.

"Assalamualaikum."Syafiq memberi salam. Kelihatan biliknya kosong. Syafiq masuk dan terus duduk di meja belajarnya. Fikirannya masih ligat memkirkan tentang perkara tadi.

"eh balik dah.."Syafiq memandang kearah suara yang datang dari pintu. Kelihatan rakan sebiliknya, Amri masuk dengan hanya bertuala. Baru lepas mandi agaknya. Amri lantas meletakan kembali peralatan amndinya di dalam almari sebelum mencapai boxernya. Seusai boxer diasarung, tuala yang tadi melilit pinggangnya ditanggalkan dan dia mula mengelap tubuh kurus putihnya itu. Syafiq hanya memerhati.

"kau kenapa? sedihje aku tengok."soalan Amri itu mengejutkan Syafiq yang tadi terkhayal sebentar.

"kenapa ni? ada masalah ke?"soal Amri sambil yang kini duduk di sebelah Syafiq. Kedudukan mereka yang dekat membuatkan Syafiq mampu menghidu bau wangi sabun dari tubuh Amri.

"za..zana...aku dah break dengan dia."ucap Syafiq cuba mengalih tumpuannya.

"ha?? la..bila?"soal Amri lagi.

"baru je tadi."balas Syafiq. Amri bukan sekadar teman sebilik, dia juga merupakan teman karibnya sejak kecil lagi. Mereka jiran dikampung dah sudah kenal sejak di tadika. Hubungan mereka sangat akrab. Amrilah cinta yang Syafiq cuba lari. Sedar perasaan cintanya itu salah, dia cuba lari. Namun cintanya untuk Amri tetap ada dan tetap mekar. Kadang-kadang dia merasakan yang dia sudah mengkhianati persahatan yang mereka jalin sejak dulu dengan perasaan cintanya itu. Perasaan itu mula muncul ketika mereka masih disekolah menengah. Sejak itulah Syafiq cuba lari dari cintanya pada Amri dengan mencari cinta dari gadis lain. Namun tiada satu pun yang kekal. Mungkin benar kata seoarang sahabatnya di 'Planet Romeo', cara terbaik nak lupakan cintanya pada Amri adalah dengan meninggalkan Amri. Sesuatu yang dia tidak mampu lakukan.

"kali ni kenapa pulak?"soal Mari lagi.

"dia kata, dia dah jumpa orang lain yang lebih sesuai dengan dia."

"kesiannya engkau, ini dah kali kelima lan kau kena reject macam ni?" Syafiq hanya mengangguk.

"dah lah, tak mahu sedih-sedih. Dah tak handsome dah kalau kau monyok cam tu."ujar Amri sambil mengusap bahu Syafiq lembut. Syafiq tersenyum dengan kata-kata Amri.

"ha, cam tulah, senyum, baru handsome. dah pergi mandi, lepas tu kita solat maghrib, lepas tu kita keluar." ucap Amri"

"keluar? pergi mana?"soal Syafiq.

"kita makan kat luar, bosanlah makan kat kafe tu."ucap Amri.

"kau belanja?"

"okey...aku belanja." Syafiq tersenyum lebar mendengar persetujuan Amri. Dia lantas mencapai tuala dan alat mandiannya. dan terus menuju ke kamar mandi. Syafiq tersenyum lebar. Mungkin ini sebab kenapa cintanya pada Amri tidak pernah padam. Amri terlalu baik dengannya sehingga dia secara tidak sear mengharapkan sesuatu yang lebih dari Amri.









"eh Amri, makan kat luar hari ni?"tegur seorang gadis ketika Amri sedang menjam selera disebuah restoran ternama di kawasan sekitar kampus ini. Restoran ini memang menjadi tempat popular kunjungan pelajar-pelajar dari universiti mereka.

"Alia, a'ah, bosanlah makan kat kolej tu, kau pun makan kat sini?"soal Amri kembali. Syafiq hanya memandang.

"ha, samalah, aku pun bosan gak, tu yang keluar ramai-ramai tu. Korang berdua je?"soal Alia lagi.

"a'ah, berdua je. Ni roomate aku dan aku punya bestfrend, Syafiq."Amri memperkenalkan Syafiq pada Alia. Syafiq hanya tersenyum sambil menunduk sedikit. Alia juga behitu.

"ni Alia, classmate aku."Amri memperkenalkan Alia pada Amri.

"okeylah, kitorang gerak dulu."Alia meminta diri.

"ha, yelah."Amri menghantar Alia dengan ekor kata.

"popular betul kau ya."Ujar Syafiq.

"Apa dia?"

"tak adalah, sejak kita sampai tadi, sampailah sekarang ni, ramai benar yang tegur kau." Amri tersenyum mendengar kata-kata Syafiq yang ada sedikit nada cemburu. Termasuk Alia, sebenarnya sudah hampir enam oarang yang menegur Amri. Amri boleh dikatkan sebagai seorang pelajar yang popular di kampusnya baik dari kalangan pelajar lelaki, mahupun wanita. Sifat ramah dan cerianya membuatkan dia disenangi ramai orang. Itu juga membuatkan Syafiq cemburu.

"kau cemburu ya?"soal Amri. Syafiq tersentak.

"ma..mana ada, kenapa pula aku nak cemburu?" ujar Syafiq cuba menyembunyikan perasaannya. Amri hanya tersenyum melihat wajah Syafiq yang mula memerah.



bersambung....




p/s: bahgaian ni agak pendek, sebab ni bahagian pengenalan sahaja. Korang rasa macam mana? ok tak?...kalau korang ada idea-idea yang bernas yang sesuai untuk cerita ni korang boleh ke bagitahu aku kat komen, mana tahu akalau aku suka, aku boleh masukkan dalam cerita ni. Dalam perancangan aku sekarang sebanrnya cerita ni aku nak buat dalam dua jilid. Yang ni jilid pertama dan akan ada jilid yang kedua nanti. Tapi bukan macam 'bukan untukku' yang aku buat cerita yang sama tapi dari dua sudut berbeza. Jilid yang kedua nanti adalah sambungan untuk jilid pertama. Tapi satu jilid tu mungkin tak panjang sangat sebab aku ni bukan rajin sangat nak menulis..so fell free to comment. Nak kritik pun boleh...lastly, selamat hari raya ke-4...hihihi












2 comments:

  1. you punye intro quite nice i like it and i kind of love ur previous storyline which is kind of less sex scene.For my opinion utk buat cite2 cinta tak perlu rasanya tlampau obvioussex scene sbb i kind of love romance more than sex scene.Btw keep it up sbb intro nmpk menarik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks...aku pun x suka sebenarnya buat sex scene tu..hahah...

      Delete