Sunday, 18 August 2013

Our Love Story ( Bahagian 2 )




Bahagian 2: Amri.




"Amri!!" Amri menoleh memandang ke arah suara yang memanggilnya. Dia hanya memandang sekilas sebelum menyambung perjalanannya membiarkan gadis yang memanggilnya itu mengejarnya.

"Awak, nantilah dulu."ujar gadis itu lagi sambil cuba menyaingi langkah Amri.

"Awak, tunggulah dulu." panggil gadis itu lagi. Amri akur dan memberhentikan langkahnya.

"kenapa awak tak berhenti?"soal gadis itu lagi sebaik berjaya mendapatkan Amri.

"saya nak pergi kelas ni, lambat dah."ucap Amri selamba.

"awak, sekejaplah, saya nak cakap sikit dengan awak."

"awak nak cakap apa?"

"awak, kenapa awak tak jawab bila saya call, kenapa awak tak balas mesej-mesej saya?"soal gadis itu. 

"saya sibuklah...tak ada masa nak blas mesej-mesej awak tu."

"awak, bukan awak je yang sibuk, orang lain pun sibuk juga, tapi masih boleh nak jawab call , balas mesej."

"awak nak apa sebenarnya ni? "soal Amri yang mula rasa rimas.

"awak, kenapa dengan awak ni? kenapa awak jadi lain. Dingin je dengan saya?"

"awak? awak nak cakap apa sebenarnya ni, saya dah lambat nak pergi kelas ni."Amri bersuara tegas.

"okey, macam ni, saya nak bagitahu awak satu benda ni. Saya dah tinggalkan Syafiq."ucap Gadis itu lagi sambil memandang wajah Amri seakan mengharapkan sesuatu. Amri menoleh dan memandang Gadis itu sambil tersenyum sinis.

"jadi?"soal Amri sinis. Gadis tadi mengerutkan dahi seakan tak percaya dengan apa yang diucapkan oleh Amri.

"jadi?..jadi..kita bolehlah..."

"kita bolehlah apa?"

"kita bolehlah teruskan hubungan kita yang..."

"hubungan apa? seingat sayalah, saya tak pernah ada apa-apa hubunngan dengan awak."ujar Amri dingin.

"awak!!..apa awak cakap ni?"

"Zana, saya tak rasa akan ada apa-apa antara kita. Saya tak pernah janji apa-apa pun dengan awak."

"Awak!!, tapi saya dah tinggalkan Syafiq, semata-mata untuk awak!"ucap Zana sedikit tegas.

"kalau awak boleh tinggalkan Syafiq untuk saya, apa jaminan awak tak akan tinggalkan saya untuk lelaki lain?"soal Amri kembali.

"Tapi awak yang goda saya, awak yang suruh saya tinggalkan Syafiq!!!"

"ya!, memang saya yang goda awak, saya yang suruh awak tinggalkan dia. Syafiq tu kawan baik saya, awak ingat saya ni suka-suka je nak rampas teman wanita kawan baik saya sendiri? Saya sengaja buat macam tu sebab nak tahu sejauh mana awak serius dengan dia. Tapi ternyata awak memang tak serius langsung. Saya baru goda awak sikit je, awak dah tinggalkan dia untuk saya. Perempuan jenis apa awak ni?"

"Awak!!"Zana kini sudah mula mengalirkan air mata. Amri memandang Zana dalam. Timbul pula sedikit rasa kasihan di dalam hatinya.

"Zana, awak carilah lelaki lain dan kalau awak dah jumpa, cubalah untuk setia. Saya buat semua ni untuk kawan baik saya tu. Saya tak mahulah dia terluka kerana perempuan macam awak." ucap Amri lembut sebelum berlalu pergi. Benar, Amri yang menggoda Zana dulu. Sengaja dia berbuat begitu. Zana bukanlah yang pertama, Zana adalah teman wanita Syafiq yang kelima yang dia 'rampas'. Dalam erti kata lain, dia adalah punca Syafiq kecundang dalam kelima-lima percintaannya dulu. Benar, menguji kesetian gadis-gadis itu memang salah satu sebab kenapa dia berbuat begitu, tapi sebab sebenar dia atas tindakannya itu adalah dia rasa cemburu. Dia tidak suka kalau Syafiq ada hubungan dengan orang lain. Baginya, Syafiq adalah untuk dirinya sahaja.

Ada satu rahsia sebenarnya yang dipendam oleh Amri. Hanya dia seorang yang tahu. Amri sebenarnya seorang gay, dan dia sudah jatuh cinta dengan Syafiq, teman karib yang sudah dikenalinya sejak kecil lagi. Dia tahu mustahil dia akan mendapatkan cinta Syafiq, dia juga sedar apa yang dilakukannya ini hanyalah satu tindapan pentingkan diri sendiri yang semata-mata demi kepuasan diri sendiri. Tapi itu sahaja yang dia mampu lakukan. Dia juga cukup  tahu yang dia tak mungkin selamanya boleh berbuat begini. Sampai ketikanya nanti, dia tetap tak akan mampu menolak takdir ilahi, tapi selagi saat itu belum tiba, biarlah dia buat sesuatu yang boleh membahagiakan hatinya. Dan bersama dengan Syafiq itu yang membuat hatinya bahagia.







"Hai Amri..."Amri mendongak melihat orang yang berdiri dihadapannya.

"Hai..."balas Amri ringkas sambil tersenyum.

"seorang je ke? boleh aku duduk sini?"soal gadis yang tadi menegur Amri.

"tak delah, kan ramai lagi ni."ujar Amri bergurau. Gadis tadi mencebik. Amri tergelak kecil.

"alah, touching le tu, duduk lah, aku sorang je." Gadis tadi tersenyum senang dan lantas duduk di hadapan Amri.

"kau seorang je ke Alia?"soal Amri pula sambil kembali membelek buku yang sedang ditelaahnya.

"aku seorang je, buat masa ni. Kejap lagi kawan  aku sampailah."ujar Alia mesra. Amri hanya mengangguk faham.

"Amri, aku nak tanya kau sikit ni."Amri memandang wajah Alia sekilas sebelum kembali berpaling pada bukunya.

"apa dia?"

"apa nama kawan kau yang dengan kau malam tadi tu?"

"siapa?"

"alah..yang dengan kau kat restoran tu, roommate kau tu."

"owh...Syafiq." ujar Amri ringkas. Alia mengangguk faham.

"dia..orangnya macam mana ya?"soal Alia lagi. Kini Amri memandang wajah Alia tepat. Dia mula rasa kurang senang.

"kenapa kau nak tahu?"soal Amri pula.

"tak delah, aku cuma nak kenal dengan dia. Tak salah kan."ujar Alia berterus terang. Amri memandang Alia dalam. Sudah diagak ini akan berlaku. Ini bukan kali pertama. Banyak kali sebenarnya perkara ini berlaku. Setiap kali dia memperkenalkan Syafiq pada kawan-kawan perempuannya, inilah yang akan berlaku. Syafiq bukanlah terlalu kacak, wajahnya biasa sahaja. Cuma tubuh atletis dan wajahnya yang maskulin membuatkan dia digilai ramai.

"cakaplah, Syafiq tu macam mana orangnya?"

"Syafiq tu....."

"Syafiq tu.." Alia mengulang ucapan Amri.

"kau ada hati kat dia ek?"duga Amri. Alia tersenyum simpul. Malu kononnya.

"bukanlah ada hati, cuma berminat je."dalih Alia. Amri tersenyum sinis. Menyampah pula dia dengan Alia.

"kau lupakan jelah Syafiq tu. Syafiq tu sebenarnya playboy tau, banyak dah perempuan yang jadi mangsa dia. Dia tak pernah serius pun dengan mana-mana perempuan. Lepas dia dapat apa yang dia nak, dia akan buang perempuan tu jauh-jauh."dengan selamba Amri memburuk-buruk kan Syafiq di hadapan Alia. Sengaja dia berkata begitu supaya Alia hilang minat pada Syafiq. Bukan kali pertama dia buat begini. Boleh dikatakan ini adalah dialog wajib setiap kali ada perempuan yang bertanyakan tentang Syafiq padanya.

"lepas dia dapat apa yang dia nak? apa yang dia nak?"soal Alia yang kini mula berubah riak wajahnya.

"kau rasa?"soal Amri sambil memberikan senyuman menggoda. Alia menelan liur.

"kau ni tipu je kot, takkan lah dia macam tu. Aku tengok dia baik je."

"terpulanglah kau nak percaya ke tidak. Aku kenal Syafiq tu sejak kitorang kat tadika lagi tau. Semua rahsia dia aku tahu. Kat mana tahi lalat kat badan dia pun aku tahu."ujar Amri yakin. Alia kini sekaan mula termakan dengan kata-kata Amri.

"aku bukan apa, kau kawan aku, aku tak nak lah kau pun jadi mangsa buaya tembaga tu jugak."Amri menambah perisa pada ceritanya.

"tak sangka pulak aku Syafiq tu macam tu, muka suci je."Amri tersenyum senang. Alia kini sudah termakan dengan kata-katanya. Satu lagi jerung yang mahu membaham Syafiq berjaya di halau pergi.

"air yang tenang, jangan disangka tak ada buaya tembaga macam Syafiq tu."ujar Amri lagi dengan penuh yakin.

"tak pelah, aku gerak dulu lah."ujar Alia hilang semangat. Amri hanya mengangguk sambil menghantar Alia pergi dengan pandangannya. Terukir senyuman senang diwajahnya.

"Fiq, maafkan aku...aku terpaksa."ucap Amri perlahan sambil matanya masih memandang ke arah Alia yang sedang menuruni tangga di dalam perpustakaan itu.

"Apa yang kau terpaksa?"soalan dari Syafiq itu membuatkan Amri terkejut.

"Fiq!! bila kau sampai?"soal Amri yang masih terkejut.

"baru je, kau ni kenapa? kau tengok apa tu? khusyuk semacam."ujar Syafiq sambil mula membuka buku-buku yang dibawanya.

"ha?!..tak ada apa, aku..aku tak tengok apa-apa."dalih Amri. Syafiq memandang Amri tepat.

"kau ni kenapa? lain macam je aku tengok. Okey tak ni?"

"aku okey, tak apa-apa."Ujar Amri lagi yang sudah mula tenang. Amri menarik nafas panjang.

"kau ni pelik-pelik je perangai."ucap Syafiq selamba sambil terus membelek buku-bukunya. Amri hanya tersenyum memandang Syafiq.




bersambung...



p/s: ni bahgagian kedua, macam sebelum ni juga, kalau korang ada apa-apa idea yang best untuk cerita ni bolehlah share dengan aku. Aku ni dah agak ketandusan idea.

p/s: semalam aku jumpa budak hensem yang tak suka senyum tu buat pertama kalinya selepas hari raya. Aku jumpa dia kat kenduri kahwin kat taman aku ni. Kali pertama jugak aku nampak dia pakai baju bukan melayu..hahahha...bertambah cute budak tu aku tengok...hihihihi









2 comments:

  1. urmm..suka watak amri dlm baik ada kejamnya?make me pause n ponder for a second..

    ReplyDelete
  2. aku dh start jatuh hti dgn watak Amri...hehehe

    ReplyDelete