Wednesday, 28 August 2013

Our Love Story (Bahagian 3)




Bahagian 3: Friendship.




"Amri."Amri menoleh kebelakang sebaik mendengar seseorang memanggilnya. Dia baru sahaja pulang dari kelas dan hanya beberapa langkah sahaja lagi untuk dia sampai ke biliknya yang dikongsi bersama Syafiq. Amri tersenyum memandang lelaki yang memanggilnya.

"baru balik ke?"soal lelaki itu.

"a'ah, baru balik." jawab Amri sambil tersenyum kepada rakan seasramanya itu.

"Amri, kau semester ni ada masuk mana-mana kelab tak?"soal Syam.

"kelab? tak tahu lagi. Kenapa Syam?"

"tak adalah, aku ingat nak ajak kau masuk kelab aku."

"kelab kau? bola baling?" soal Amri. Syam mengangguk sambil tersenyum.

"mana aku tahu main bola baling. " balas Amri lagi. Syam tergelak kecil.

"sebenarnya, aku bukan nak kau main pun."

"habis tu?"soal Amri keliru. Syam hanya tersenyum nakal.

"minggu depan kan ada pendaftaran kelab untuk pelajar baru, kau kan popular di kalangan pelajar-pelajar baru tu, jadi, kalau kau ada dalam kelab aku, ramailah budak-budak yang nak masuk. Especially awek-awek."ujar Syam lagi. Amri mula ketawa kecil.

"la, itu rupanya niat kau, tak ikhlas langsung."protes Amri bernada gurau. Mereka berdua ketawa.

"kalau setakat untuk tu, tak payahlah aku masuk kelab kau. Tak pe, aku tolong jaga kaunter kelab kau nanti okey?"ujar Amri memberi cadanngan. Syam seakan mula berfikir.

"okey gak tu. Tak pe, esok aku tanya budak-budak kelab aku macam mana."

"okey."ujar Amri. Syam lantas berlalu pergi kembali ke biliknya. Amri pula menyambung mengatur langkah menuju ke biliknya. Sekali-sekala dia tersenyum mengenangkan permintaan Syam tadi. Pandai je dia nak mengeksploitasi kepopularan dirinya ini. Amri menggelengkan kepala sesekali. 

Anak kunci disumbat ke tombol pintu sebelum anak kunci itu dipulas. Selang hanya beberapa saat, pintu bilik itu terbuka.

"Assalamualaikum."Amri memberi salam.

"Waalaikumussalam."kedengaran Syafiq menjawab salam. Amri yang tadinya tersenyum termati senyumnya sebaik melihat Syafiq. Syafiq sedang mencucuk external hard disk milik Amri ke laptop miliknya.

"Am, aku pinjam kau punya externak kejap."ucap Syafiq. Wajah Amri berubah pucat. Sepantas kilat dia mendekati Syafiq dan menarik external hard disknya. Syafiq jadi terkejut denngan tindakan Amri. Buat seketika mereka berpandangan sesama sendiri.

"kau..kau nak buat apa?"soal Amri.

"aku nak cari movie, kau ada banyak movie kan?"soal Syafiq yang masih memandang Amri tepat. Amri lantas kembali ke mejanya dan menyimpan external hard disknya.

"bagitahulah aku dulu, janganlah ambil sesuka hati."ujar Amri tegas. Syafiq jadi kaget. Tak pernah dia lihat Amri sebegini. Amri bukan marahkan Syafiq mengambil barang miliknya. Dua cuma risau Syafiq akan ternampak sesuatu yang tak sepatutnya dia nampak di dalam hard disk itu. Di dalam tulah Amri menyimpan koleksi video-vide gay yang selama ini di download dari internet.

"kau marah aku ke? sorrylah. Tak tahu pulak kau marah sampai macam ni."ucap Syafiq perlahan. Amri menarik nafas panjang cuba menenangkan dirinya.

"Sorrylah Am."ucap Syafiq lagi. Amri jadi luluh. Lemah benar dia kalau Syafiq memujuknya begini.

"ok..ok...macam ni. Kau bagi aku mandi dulu, solat maghrib, lepas tu kita tengok movie sama-sama."ucap Amri yang kini menoleh memandang Syafiq. Syafiq tersenyum lebar.

"ok."ucap Syafiq ceria. Amri turut tersenyum apabila melihat senyuman manis dibibir Syafiq.





Sekali sekala Syafiq melirik memandang Amri yang duduk disebelahnya. Amri sedang khusyuk menonton filem yang dipasang di komputer riba miliknya.

"Am."panggil Syafiq.

"hmm.."jawab  Amri ringkas.

"tengok movie gelap-gelap berdua cam ni best gak kan."ucap Syafiq. Amri memandang wajah Syafiq. Dia tersenyum. Sebelum kembali menumpukan perhatian pada skrin komputer ribanya. Sengaja mereka menonton filam dalam gelap begini, baru terasa seperti di dalam panggung wayang. Sekali lagi Safiq melirik ke arah Amri. Wajah Amri dipandang lama. Peristiwa petang tadi mula bermain di fikirannya.

"Am."panggilnya lagi.

"apa?"jawab Amri.

"aku nak tanya kau sikit." Amri kini memandnag wajah Syafiq. Mereka saling bertentangan buat seketika.

"tanya apa?"

"pasal petang tadi."ucap Syafiq tenang. Amri kembali berpaling memandang skrin. Dia mula rasa tak selesa.

"kenapa?"

"aku..tak pernah tengok kau marah macam tu."ucap Syafiq lagi. Amri hanya diam. Dia tiada jawapan untuk itu.

"aku tahu, kau marah aku, sebab kau tak nak aku tengok apa yang ada kat dalam external tu kan?"duga Syafiq. Amri jadi gelisah. Dugaan Syafiq tepat mengenai sasaran. Seketika mereka hanya terdiam. Syafiq masih memandang Amri menunggu jawapan. Amri pula masih tertunduk cuba memikirkan apa jawapan yang patut diberi. Amri menarik nafas dalam. Dia sedar dia terpaksa jujur pada Syafiq sebab sejak kecil lagi Syafiq dapat menghidu setiap penipuan yang dia cuba buat.

"memang ada sesuatu yang ada dalam external tu, yang aku tak nak kau tengok."ujar Amri jujur. Syafiq kembali memandang ke hadapan.

"kau simpan video lucah ye?"duga Syafiq bernada gurau. Amri memandang Syafiq.

"kau dapat dari mana? share la dengan aku, aku nak gak."ucap Syafiq selamba. Amri tersenyum dengan tingkah laku Syafiq.

"tak boleh."

"apa pasal tak boleh? kedekut lah kau. Dengan aku pun nak kedekut."ujar Syafiq bernada rajuk. Amri tersenyum.

"dah!! tak payah nak merajuk bagai. Macamlah kau tak boleh cari sendiri dekat internet tu. Kau just taip je kat google search tu, macam-macam boleh keluar." Syafiq mencebik. Amri hanya tergelak kecil dengan riaksi Syafiq. Buat seketika mereka berdua kembali menumpu perhatian pada Skrin komputer riba Amri. 

"Am.."panggil Syafiq lagi selepas seketika.

"apa lagi?" protes Amri.

"serious..aku curious nak tahu apa yang ada kat dalam external tu."ucap Syafiq berterus terang. Entah kenapa dia jadi benar-benar nak tahu apa yang ada di dalam external hard disk itu. Amri memandang Syafiq dalam.

"Fiq.." Amri memandang ke hadapan sambil memanggil nama Syafiq bernada serius. Syafiq memandang Amri.

"kalau kau betul-betul anggap aku ni kawan baik kau, tolong jangan tanya lagi pasal ni. Apa yang ada kat dalam external tu, kau tak perlu tahu. Lebih baik untuk kau tak tahu. Demi kebaikan kau, demi hubungan kita."ucap Amri serius. Syafiq terkedu. Serius benar Amri. Itu membuatkan rasa ingin tahunya bertambah membuak-buak.

"serius betul kau."ucap Syafiq. Amri memandang Syafiq sambil tersenyum.

"pandai tak aku berlakon?"soal Amri sambil menaik-naikkan keningnya.

"cheh!!! tak guna kau, berlakon rupanya."protes Syafiq sambil menolak kasar badan Amri. Amri sudah tergelak-gelak melihat riaksi Syafiq.

"tak boleh belah muka  kau, priceless gila!!"ucap Amri sambil memegang perut menahan tawa. Syafiq turut ketawa. Pada saat ini entah kenapa dia merasakan rasa sayangnya dan cintanya pada Amri makin bertambah. Dia rasa cukup bahagia bila berdua bersama dengan Amri sambil bergelak ketawa macam ni.





Semester berjalan dengan pantas, sedar tak sedar mereka semakin hampir dengan peperiksaan akhir. Di minggu-minggu terakhir ini para pelajr mula disubukan dengan pelbagai tugasan akhir dan persiapan menghadapi peperiksaan yang bakal tiba tidak lama lagi. Tak banyak masa yang Syafiq dan Amri dapat luangkan bersama kerana mereka mengambil kursus yang berbeza. Hanya waktu malam sahaja waktu yang meraka ada untuk luangkan bersama. Dan waktu itulah yang mereka manfaatkan sepenuhnya. Mereka hanya akan menghabiskan masa dibilik berdua. Mengulang kaji bersama ataupun sekadar berbual-bual kosong atau menonton filam seperti yang sering mereka lakukan.


"nak tengok cerita apa malam ni?"soal Syafiq sebaik mematikan lampu bilik.

"kau nak tengok cerita apa?"soal Amri pula. Sambil membelek koleksi filem-filem yang pernah dimuatturunnya

Amri memasang sebuah filem inggeris sebelum mengambil tempat disebelah Syafiq. Esok hari sabtu, sengaja mereka ingin berehat sebentar dari pelajaran pada malam ini. Filem mula dimainkan. Masing-masing hanya diam dan menonton tanpa banyak bicara. Selang beberapa minit Syafiq merasakan bahu kanannya menjadi berat. Dia menoleh ke tepi. Amri telahpun terlelap dan tak sengaja menjadikan bahu Syafiq tempat bersandar. Syafiq tersenyum.

"dah lentok dah."ucap Syafiq. Syafiq memandang wajah Amri lama. Tangan kirinya seakan bergerak sendiri dan mula membelai lembut wajah 'jambu' Amri. Rambut Amri yang terjuntai di dahi disisir ke belakang. Dari rambut, jari runcing Syafiq bergerak ke mata Amri. 

'Panjang betul bulu mata'. bisik hati Syafiq. Dari mata, jari jemarinya berpindah ke hidung. Hidungnya tak mancung, tak kemik. Elok padan dengan wajah wajahnya. Dari hidung jarinya berlaih pula ke bibir merah Amri. Lembut. Terasa macam mahu dicium sahaja bibir gebu itu. Syafiq tersenyum sendiri. Terasa bahagia. Syafiq kembali memandang ke komputer riba. Matanya tertancap pada external yang terletak elok di sebelah komputer riba milik Amri.

"apa yang ada kat dalam tu?" Syafiq berbisik didalam hatinya. Rasa ingin tahunya membuatkan tubuhnya seakan bergerak sendiri. Perlahan tubuh Amri yang ringan di angkat dan dipindahkan ke katilnya sendiri. Perlahan Syafiq kembali ke katilnya dan mula ingin meneroka external hard disk milik Amri itu.

"kalau kau betul-betul anggap aku ni kawan baik kau, tolong jangan tanya lagi pasal ni. Apa yang ada kat dalam external tu, kau tak perlu tahu. Lebih baik untuk kau tak tahu. Demi kebaikan kau, demi hubungan kita."  

Kata-kata Amri dulu kembali terngiang dalam fikirannya. Syafiq mula berfikir semula. Kalaulah apa yang dikatakan oleh Amri itu bukan hanya sekadar gurauan dan kalaulah Amri dapat tahu apa yang ingin dilakukannya ini, apa akan terjadi dengan hubungan mereka? Syafiq kini jadi ragu untuk meneruskan niatnya.

"aku tertidur ek" soalan dari Amri itu mengejutkan Syafiq. Syafiq lantas menoleh ke arah Amri yang tadi dia telah baringkan di katilnya.

"a'ah, kau teridur."balas Syafiq.

"kau nak buat apa tu?"Soal Amri apabila melihat komputer ribanya berada di tangan Syafiq. Syafiq jadi kaget.

"aku....aku nak tutup laptop ni la. Tak kan nak biar terbukak pulak, aku pun nak tidur dah ni." balas Syafiq. Sambil terus meng'klik' butang 'shut down'. Amri hanya mengangguk faham sebelum duduk di birai katilnya.

"dah pukul berapa dah ni?"soal Amri.

"baru pukul 10.30" balas Syafiq.

"lah, awal lagi. "ujar Amri. Amri memandang sekeliling dan jadi sedikit hairan. Rasanya tadi dia duduk di katil Syafiq. Kenapa kini dia dikatilnya sendiri.

"kenapa aku ada kat sini? bukan tadi aku duduk dengan kau ke?"soal Amri kebingungan. Syafiq yang kini sedang duduk di meja belajarnya tersenyum melihat Amri.

"kau tertidur tadi, aku aku angkatlah kau ke situ."ucap Syafiq. Amri mengangguk faham.

"wei, sorrylah, aku mengantuk sangatlah. Tadi, movie tu dah habis tengok ke?"soal Amri lagi.

"mana ada habis, dah kau tidur, malaslah aku tengok sorang-sorang."ucap Syafiq pula. Amri mengangguk faham.

"sorrylah, aku menagantuk betul ni."ucap Amri lagi.

"tak pelah, dahlah, tidur jelah, kalau dah mengantuk." Amri hanya menggauk sebelum kembali merebahkan tubuhnya pada katil. Syafiq mengintai sedikit Amri untuk memastikan dia benar-benar tidur. Syafiq melepaskan keluhan lega. Hampir-hampir tertangkap tadi. Dia sudah buat keputusan. Dia tak akan cuba-cuba nak tengok lagi apa yang ada dalam external tu. Dia kena hormati pendirian Amri.






bersambung....




p/s: bahagian 3 ni sepatutnya aku post hari isnin hari tu, tapi sejak hari ahad hari tu aku lost internet connection, baru ptg tadi org TM datang buat checking and repair. So baru sekarang dapat internet semula.

tiga hari tak ada internet macam 3 bulan rasanya...now i get my life back...hahahha...(internet addicter rupanya aku ni...huhuhu)...





2 comments:

  1. alooooo... pekdeknyer.... nk lg... nak lg...

    ReplyDelete
  2. kena kembangkan lagi citer ni.. masukkan kawan2 yang minat kat amri... ceritakan kisah silam amri... maybe syafiq dapat tau yang amri dok citer pasal dia kat orang lain.... syafiq bagi hint kat amri yang dia pun plu juga...

    ReplyDelete