Wednesday, 11 September 2013

I'm Sexy and I know it !!!






hi Guys!!

Assalamualikum....

So first week kuliah, still x de pape g, kelas pun banyak yang baru mula minggu depan, so x de pe nak cerita pasal tu...

Jadi...hari ni aku nak cerita sikit pasal sexy...

selalunya sexy lebih dikaitkan dengan wanita, tapi sebenarnya lelaki pun ramai yang sexy.

menurut kamus dewan, Seksi (sexy) membawa maksud : 

"menimbulkan nafsu syahwat, menggiurkan, memberahikan, mengghairah­kan"

and, according to the free dictionary by Falex, sexy means:

Arousing or tending to arouse sexual desire or interest."

jadi, nak dipendekan cerita, sexy itu baik dalam bahasa melayu ataupun inggeris tetap membawa maksud yang sama.


hari ni aku just nak cerita tentang lelaki yang sexy.

jadi, tadi bila aku google 'sexy men' kat google image, maka, keluarlah gambar macam yang kat atas tu and yang macam kat bawah ni.






kesemuanya menunjukan lelaki-lelaki yang mendedahkan tubuh badan ataupun senang ceritanya separuh bogel. Tapi, adakah seorang lelaki itu hanya boleh dipanggil sexy bila mereka separuh bogel? macam dalam lagu ni.






bagi akulah, secara peribadinya, TIDAK.

tak semestinya seorang lelaki itu akan nampak sexy bila separuh bogel macam ni. In fact, yang betul-betul bogel pun tak semestinya sexy..( they're hot!!!!...heheeh).

Jadi, bila seorang lelaki itu akan nampak sexy?

persoalan ni, tiada jawapan sebab semua ni depend pada lelaki itu sendiri dan juga orang yang melihatnya.

macam yang aku nampak pagi tadi.

ada seorang junior aku ni, dia ni nerd. Nampak sangat ke'nerd'annya. Bawak buku banyak, beg besar, pakai songkok lagi. But, at the same time aku rasa dia ni sexy. So aku panggil dia Budak Nerd yang Sexy. (hahahhah)....

kenapa aku kata dia sexy? sebab walaupun perwatakan dia nerd, tapi dia ada badan yang cantik.

maksud aku, dia ada body build yang cantik. Badan dia nampak kekar, nampak gagah. Dada dia tegap. Aku tengok dari luaran saje ye, aku tak selak baju dia. Korang jangan pikir yang bukan-bukan!!!

aku tak sure dia memang dianugerahkan badan yang macam tu ataupaun dia ni kaki gym.

nampak tak?, walaupun budak ni pakai baju elok je, tak de pun mendedahkan apa-apa yang tak perlu, dia tetap nampak sexy, walaupun berimej nerd cam tu.

tapi, tak semua yang ada body build yang cantik cam tu je yang sexy, contohnya, aku ada seorang kawan ni yang badan dia kurus kerempeng je, tapi still nampak sexy. Yang dia ni aku tak sure cam ne nak describe keseksian dia. Yang pasti dia still nampak sexy on certain part.

ini sebenarnya sekaligus menjadikan definisi sexy seperti yang aku bagi tadi kurang tepat. Definisi tu membawa maksud seperti seseorang yang 'sengaja' mahu menaikan nafsu dan sebagainya. Sedangkan dua contoh yang aku bagi tadi, diorang bukan sekadar tak terniat, malah diorang tak sedar pun yang diorang tu kelihatan sexy dimata orang lain...


jadi, kesimpulannya...sexy tu, bagi aku sesuatu yang sangat subjektif, tak kiralah bagi lelaki mahupun perempuan.

oh ya lagi satu aku rasa cukup menyampah dengan orang yang sebenarnya, tak seksi pun, tapi berlagak sexy. Especially lelaki. Aku cukup menyampah dengan orang yang badan tak lah lawa mana pun, tapi suka pakai baju ketat, baju sleeveless. Rasa menyampah sungguh. Rasa macam nak pergi cakap kat depan muka dia yang dia tu tak sexy, orang rasa geli lagi tengok adalah...( heheh..kejam sungguh).




p/s: Our Love Story Bahagiah 5 aku x sure bila boleh pos. Aku tak tulis pape gi...sabarkan ajelah ya...heheh







1 comment: