Thursday, 5 September 2013

Our Love Story (Bahagian 4)




Bahagian 4: Love.


"Amaran....mengandungi aksi-kasi dewasa yang ringan....tidak sesuai untuk pembacaan 13 tahun da kebawah......hihihi....enjoy!!!"



"Pantai!!!!!!"jerit Amri sebaik dia keluar ke beranda bilik yang disewanya di resort ini.

"woi..agak-agaklah kalau ye pun, tak payahlah nak jerit-jerit cam tu, malu la oarang tengok."ujar Syafiq mempprotes sambil meletakan begnya di tepi katil Amri hanya tersengeh-sengeh sebelum mendekati Syafiq. Mereka berdua baru sahaja sampai di resort di sebuah pulau peranginan terkenal di pantai barat semenanjung.

"yang kau nak moody-moody ni kenapa, ceria la sikit."soal Amri pula.

"aku bukan apa, cuti-cuti semester cam ni, patutnya aku dekat rumah, tolong mak aku kat kebun getah tu."ujar Syafiq lagi. Memang selalunya setiap kali cuti semester Syafiq akan membantu ibunya menoreh getah di kebun milik keluarga mereka sendiri. Cuma kali ini entah kenapa Amri begitu beriya-iya mengajaknya bercuti di pulau ini. Disebabkan Amri bersetuju untuk menanggung segala perbelanjaan sepanjang mereka di pulau ini, Syafiq pun bersetuju.

"jadi kau menyesal lah datang sini dengan aku?"soal Amri menarik muka. Syafiq memandang Amri sekilas.

"bukanlah macam tu.."Syafiq kalah lagi. Amri tersenyum senang. Dia lantas bangun dan duduk disebelah Syafiq.

"bukan selalu kita dapat keluar bercuti berdua macam ni. Kita kat sini pun bukan lama, tiga hari je. Lepas tu kau pergilah tolong mak kau. Kau nak tidur dalam kebun getah tu pun aku tak halang."ucap Amri lagi sambil menghadiahkan senyuman manis yang sering membuat hati Syafiq luluh. Syafiq hanya membalas senyuman Amri.

"dah...jom."ajak Amri.

"pergi mana? " soal Syafiq kehairanan.

"tu..kau tak dengar tu? ombak tu memanggil-manggil dari tadi. Jomlah pergi mandi."Amri teruja.

"sekarang? agak-agaklah pun. Tengah hari rembang macam ni kau nak pergi mandi laut. Elok-elok kau putuh macam ni nanti balik terus jadi negro."pintas Syafiq. Amri mencebik.

"ala...kau ni." ujar Amri bernada rajuk sebelum duduk semula di sebelah Syafiq. Syafiq tergelak kecil dengan riaksi Amri, sangat comel. Mungkin ramai yang tak tahu sifat sebenar Amri yang sebegini manja. Dia anak tunggal, jadi kalau dirumah memang sifat manjanya menyerlah, diluar semuanya ditutupi dengan rapi. Cuma dengan Syafiq sahaja dia membiarkan semua sifat-sifat semula jadinya keluar.

"petang-petang nanti kalau dah redup sikit kita pergilah mandi."ujar Syafiq memujuk.

"habis tu sekarang kita nak buat apa?"soal Amri pula.

"sekarang ni...."ujar Syafiq sebelum melirik ke arah jam tangannya yang tepat menunjukan pukul 2.30 petang.

"sekarang ni, kita solat dulu, lepas tu kita pergi makan, lepas tu kita pergi jalan-jalan kat pulau ni...ok?"Syafiq memberi cadangan. Amri tersenyum.

"aih....semangat pulak kau tiba-tiba, tadi macam nak balik sangat dah aku tengok."ujar Amri nakal. Syafiq memandang Amri tepat sebelum menolak keras tubuh kurusnya itu.

"kau nak ke tak nak, kalau tak aku balik sekarang jugak."ujar Syafiq yang sebenarnya cuba menahan malu. Entah kenapa tiba-tiba dia jadi begitu bersemangat pula.

"ok...ok...ok..."balas Amri sebelum lantas masuk ke bilik air untuk mengambil air sembahyang. Seketika kemudian mereka berdua menunaikan solat jamak qasar zohor dan asar berjamaah sebelum keluar dari resort untuk mencari tempat makan. Selesai makan mereka berdua menyewa sebuah motorsikal dan mula meronda sekeliling pulau.




"Am..."panggil Syafiq sambil menoleh memandang Amri yang duduk disebelahnya.

"hmm.."jawab Amri ringkas tanpa memandang Syafiq. Mereka berdua kini sedang duduk di pantai. Walaupun hari sudah larut malam dan keadaan gelap, namun suasana nyaman di pantai ini membuatkan mereka tak mahu pulang.

"sejak aku kenal kau, sampailah sekarang, aku tak pernah nampak kau ada awek." Amri yang sedikit tersentak dengan soalan tiba-tiba dari Syafiq itu menoleh memandangnya.

"kenapa tiba-tiba pulak kau tanya macam tu?"soal Amri.

"Tak adalah apa, saja nak tau. Manalah tau kau ada bercinta senyap-senyap belakang aku."ujar Syafiq. Dah lama sebenarnya Syafiq ingin bertanyakan soalan itu. Amri seorang yang ada rupa. Tambahan lagi dia memang sangat popular di kampus. Tapi kenapa dia masih tak ada pasangan? Itu memebuatkan Syafiq sedikit curiga. Amri terdiam cuba mencari akal.

'aku tak pernah bercinta sebab cinta aku sejak dulu untuk kau seorang je.'bisik hati kecil Amri. Ingin sahaja rasanya dia mengucapkan kata-kata itu kepada Syafiq. Tapi dia tiada keberanian. Dia tak mahu hubungan yang terjalin sekian lama ini rosak. Dia tahu Syafiq bukan sepertinya.

"dah tak ada orang nak dengan aku, aku nak buat apa lagi."ucap Amri merendah diri.

"ceh!!...tipulah tak ada orang nak."sanggah Syafiq. Amri tergelak kecil dengan riaksi Syafiq.

"tak kanlah tak ada orang yang nak kat kau, kau kan popular, kacak, baik, mesti ada orang nak punyalah." puji Syafiq ikhlas. Amri tersenyum mendengar pujian menggunung dari Syafiq.

"ye ke aku kacak?"soal Amri.

"betul, tak tipu..kau memang kacak, tapi, lebih pada 'jambu' lah..."balas Syafiq pula. Mereka berdua tergelak kecil.

"kau tinggal keluar ayat-ayat manis je, konfem ramai yang terpikat."tambah Syafiq lagi.

"termasuk kau?" soal Amri menguji.

"ya...termasuk aku.."ujar Syafiq yakin sebelum termati kata seketika. Mereka berdua berpandangan.

"maksud aku...kalau....kalau aku perempuanlah..."Syafiq mencari helah. Amri tersenyum sebelum kembali memandang ke depan. Syafiq menarik nafas dalam. Lega, hampir saja pecah lubang.

"entahlah Fiq, malaslah nak fikir pasal benda tu." ucap Amri sebelum memandang Syafiq dan tergelak kecil.

"aku tak naklah jadi macam kau, bercinta lima kali, tapi semua tak lekat."tambah Amri lagi mengusik.

"sempat lagi kau perli aku ye..."ujar Syafiq tak puas hati. Amri hanya ketawa.

"tulah, aku pun tak tahu kenapa nasib aku malang sungguh dalam bercinta."balas Syafiq lagi. Amri memandang Syafiq sambil tersenyum. Berjaya dia mengubah topik perbualan.

"kau kena mandi bungalah aku rasa."ujar Amri pula.

"mungkinlah kot..."balas Syafiq pula. Mereka ketawa lagi.

"kadang-kadang tu aku rasa macam aku kena sabotaj."ujar Syafiq lagi. Amri menelan liur mendengar kata-kata Syafiq itu. Sudah terbongkarkah segalanya?

"maksud kau?"

"maksud aku, macam ada seseorang ni yang akan rampas semua awek yang aku dapat. Setiap kali aku putus cinta, semuanya sebab awek aku tu dah jumpa lelaki lain yang lebih baik."

"siapa yang nak buat macam tu dekat kau?"soal Amri lagi.

"yang tu tak tahulah pulak. Itupun, aku rasa je yang macam ada orang sabotaj aku."

"dahlah, perasaan kau je tu, tak kanlah ada orang yang nak buat macam tu dekat kau."ucap Amri cuba untuk membuatkan Syafiq melupakan terus tentang perkara itu. Kalaulah Syafiq mula menyiasat, habislah dia. Segalanya akan terbongkar tentang apa yang telah dibuatnya dahulu.




"Fiq!!"panggil Amri yang masih berendam di air laut. Syafiq kini berjalan naik ke pantai. Amri menysul tidak lama kemudian.

"asal kau naik? jomlah mandi lagi." ajak Amri bersemangat.

"nantilah dulu, penatlah."balas Syafiq.

"alah, tak kan dah penat.."

"penat ronda-ronda semalam pun tak habis lagi. Ni pagi-pagi kau dah ajak mandi laut."

"alah, kau ni, kata atlet, main rugby, tapi baru macam ni dah penat. Meh sini aku urut kau."ucap Amri sambil duduk disebelah Syafiq. Tanganya mula memegang bahu tegap Syafiq dan diurut.

"ahh....sedap betul kau urut...bawah sikit...bawah sikit."ucap Syafiq ceria.

"ish..kau ni!!"Amri menolak kasar bahu Syafiq.

"lah...asal berhenti, kata nak urut aku."

"mana aci macam ni, aku je yang urut kau."protes Amri. Syafiq hanya tergelak.

"dah kau yang offer nak urut aku, aku ok je."

"ok, macam ni, kita bertanding. Siapa kalah kena urut orang yang menang malam ni. ok?"

"ok...set...so bertanding apa?"

"ehmmm..."Amri memikirkan sesuatu sambil memandnag sekeliling.

"kau nampak batu tu?"soal Amri sambil menunjuk sebuah batu besar yang terletak di dalam laut tidak jauh dari pantai tempat mereka duduk. Syafiq menangguk.

"kita lumba, dari sini sampai batu tu. Siapa sampai dulu, dia menang."

"tak jauh sangat ke tu?"soal Syafiq.

"asal? takut ke?"soal Amri berlagak.

"eehhh...siapa takut? aku risau kau je kot lemas ke.."giliran Syafiq pula berlagak.

"amboi...pandang rendah kat aku, ok..jom mula sekarang."Amri bersemangat sebelaum bangun. Dia lantas membuat satu garisan dengan kakinya di pantai. Mereka berdua lantas mengambil tempat dibelakang garisan.

"sedia...."

"satu..."

"dua..."

"mula.." Ucap Amri sebelum terus memecut berlari ke laut. Syafiq yang mulanya sedikit ketinggalan mula menyaingi Amri sebaik mereka sampai ke gigi air. Langkah mula diatur masuk ke dalam laut sebelum renangan mula dibuat. Syafiq kini jauh kedepan. Statusnya sebagai seorang pemain ragby yang pernah mewakili universitinya membuatkan dia tiada masalah untuk menyaingi Amri yang memang tidak gemar melibatkan diri dalam sukan. Selang hanya beberapa minit Syafiq sampai ke batu yang dimaksudkan.

"Yes...aku menang!!"ucap Syafiq gembira sebelum menoleh ke belakang. Riak wajah yang tadi tersenyum gembira bertukar sebaik melihat Amri terkapai-kapai dilambung ombak.

"Am!!!"jerit Syafiq. Amri dilihat semakin tenggelam. Dia lemas. Syafiq cemas.

"Amri!!!"Syafiq lantas berenang mendapatkan Amri. Syafiq menyelam ke dalam laut dan lantas menarik Amri dengan bajunya. Amri dibawa ke pantai. Keadaan yang masih di awal pagi menyebabkan tak ramai pengunjung yang berada di pantai itu.

"Amri..."panggil Syafiq sambil membaringkan Amri yang sudah tidak sedarkan diri di pantai.

"Am...bangun!!"Syafiq cuba membangunkan Amri. Syafiq jadi makin cemas. 'ya tuhan, tolong jangan ambil dia dariku.'Syafiq berdoa.

"Am...bangun, jangan main-main macam ni!!"ujar Syafiq lagi. Yakin yang Amri memang benar-benar lemas Syafiq lantas menjalankan bantuan pernafasan mulut-kemulut. Syafiq meluruskan kedudukan badan Amri. Dagunya didongakan. Perlahan dia merapatkan mulutnya ke mulut Amri. Perlahan hembusan diuat. Syafiq berlalih ke dada Amri. Tiga kali tekanan dibuat. Tiada respon. Sekali lagi prosedur sama diulang. Masih tiada respon. Prosedur sama diulang untuk kali ketiga.

"ughhh!!!!"Amri mula sedar dan memuntahkan air dari mulutnya. Syafiq terduduk lega. Tanpa dia sedar sebenarnya air matanya mengalir. Amri masih terbatuk-batuk. Syafiq lantas mendakap tubuh kurus Amri.

"alhamdulillah kau selamat."ucap Syafiq. Amri terpinga-pinga masih keliru dengan apa yang berlaku.

"jangan buat macam tu lagi, aku risau betul!!!"ujar Syafiq tegas sambil memandang tepat wajah Amri. Amri yang nyata masih keliru hanya mengangguk. Sekali lagi Syafi mendakap Amri. Air mata gembianya mengalir lagi tanpa dia dapat kawal.

"aku sayang kau, jangan tinggalkan aku, jangan buat macam tu lagi." ucap Syafiq lagi sambil mendakap erat tubuh Amri. Syafiq seakan hanya membiarkan perasaannya mengalir tanpa dikawal. Amri seakan terkesima mendengarkan kata-kata Syafiq. Dia jadi terharu. Tubuh Syafiq juga didakap kembali



Syafiq meletakn bungkusan nasi yang belinya diatas meja sebelum dia duduk dibirai katil. Amri sedang terbaring lesu berselimut. Syafiq meletakan telapak tangannya didahi Amri. Panas. Amri terkena demam panas. Terkejut agaknya dengan apa yang berlaku padanya tadi. Syafiq tersenyum sendiri. 'macam budak-budak.'ucap Syafiq perlahan. Peristiwa yang berlaku pagi tadi terimbau kembali diingatannya. Lantas dia turut teringat kata-kata yang sempat diucapkan pada Amri sebaik selepas dia sedar.

"aku sayang kau, jangan tinggalkan aku, jangan buat macam tu lagi." 
Pipi Syafiq memerah. Lantas dia teringan pula CPR yang dilakukannya pada Amri. Itu adalah ciuman pertamnya. Dia memegang bibirnya. Seakan masih terasa kelembutan bibir Amri di bibirnya sendiri. Entah kenapa tiba-tiba dia merasakan 'adik' nya mula beriaksi.

'Syafiq!!!...Syafiq!!! wake up' Syafiq cuba membangunkan dirinya  sendiri daripada terus dialun mimpi indah yang seketika.

"Fiq.." suara Amri membuatkan Syafiq tersentak. Perlahan dia memandang Amri yang baring dibelakangnya.

"kau ok ke?"soal Syafiq. Amri hanya diam.

"ni aku ada belikan nasi untuk kau."

"dah pukul berapa ni?"soal Amri lagi.

"pukul dua."ucap Syafiq. Amri kelihatan masih lemah.

"kau nak makan ke?"soal Syafiq. Amri menggelengkan kepala.

"nantilah aku makan, terima kasih." Syafiq tersenyum.

"dahlah, tidurlah, nanti lagi satu jam aku kejutkan kau. Kau tak sembahyang zohor lagi kan."ucap Syafiq lembut sambil membantu Amri baring semula.

"Fiq.."panggil Amri lembut.

"hmm.."

"i'm sorry."ucap Amri perlahan. Syafiq tersenyum. Amri kelihatan sangat comel waktu itu.

"tak pe, dah tidur." selang hanya beberapa saat Amri tertidur kembali.




Amri datang mendekati Syafiq yang duduk sendiri di balkoni bilik resrot itu. Perlahan Amri menarik kerusi dan duduk disebelah Syafiq. Syafiq menoleh kearahnya.

"Am!!..kenapa kau bangaun.. kau.."

"Aku okey...jangan risau."pintas Amri. Syafiq hanya akur dan mula tenang semula. Amri tersenyum-senyum sendiri sambil sekali-sekala melirik ke arah Syafiq. Syafiq mula rasa tak selesa.

"ke..kenapa kau tengok aku macam tu?"soal Syafiq. Amri hanya tersenyum menyerlahkan lagi lesung pipitnya. Syafiq jadi malu bila Amri tersenyum padanya begitu.

"sayang betul kau dekat aku ya."ujar Amri dengan senyuman yang tak lekang dari bibirnya. Syafiq mula gelisah. Peristiwa yang berlaku petang tadi mula terimbau kembali dalam ingatannya. Syafiq lantas memandang kearah lain cuba menyembunyikan wajahnya yang mula memerah. Amri bertambah senang melihat riaksi Syafiq yang sebegitu. Amri kemudian merapatkan kerusinya dengan Syafiq. Perlahan dia melatakkan kepalanya dibahu Syafiq.

"tau tak.....aku pun sayang kau jugak."ucap Amri berterus terang. Syafiq lantas memandang Amri. Wajahnya bertambah merah. Tak tahu kenapa dia berasa senang mendengar kata-kata Amri itu. Terukir senyuman kecil dibibirnya tanpa dia sedar.

"Aku...aku keluar sekejap..."ucap Syafiq sebelum bangun. Cuba melarikan diri Amri. Belum sempat Syafiq lolos, Amri lantas menarik tangan Syafiq. Mereka kini sama-sama berdiri dan berpandangan antara satu sama lain. Amri mendekatkan dirinya dengan Syafiq. Kini Amri benar-benar dekat dengan Syafiq. Mereka terlalu dekat sehingga mereka terasa nafas terkena wajah masing-masing. Sekelip mata Amri mendekapkan bibirnya ke bibir merah Syafiq. Syafiq kaget, dia membeku disitu. Amri melepaskan ciumannya sebelum memandang mata Syafiq tepat. Mata Syafiq terbuka luas. Dia lantas menekup bibirnya. Dia benar-benar terkejut. Dia tak menyangka Amri akan menciumnya. Namun entah kenapa langsung tiada rasa marah atau jijik dengan perlakuan Amri, malah dia berasa teruja dan gembira.

"kenapa ka....kau buat macam tu?"soal Syafiq tergagap-gagap. Jantungnya mengepam darah laju ke seluruh tubuh.

"sebab...sayang aku pada kau, adalah sayang yang macam ni."jawab Amri lagi selamba. Jawapan terus-terang Amri itu membuatkan Syafiq bertambah malu. Dia lantas terus meninggalkan bilik itu untuk menenagkan dirinya. Amri tersenyum sambil melihat Syafiq pergi. Dari riaksi Syafiq tadi, dia kini yakin dnegan satu perkara. Syafiq tak marah atau rasa jijik bila dia menciumnya tadi, itu bermakna Syafiq juga ada perasaan yang sama dengannya.

"aku akan pastikan kau jadi milik aku selamanya malam ini juga."Amri bertekad.





Perlahan Syafiq membuka pintu bilik resort yang dikongsinya dengan Amri itu. Dia mengintai sedikit mencari Amri. Telinganya kemudian menangkap bunyi bilik air di bilik air. Syafiq menarik nafas lega. Apa yang berlaku tadi masih membuatnya tak tenang. Perlahan dia masuk semula ke dalam bilik dan meletakan bungkusan nasi goreng yang dibelinya tadi di atas meja.

"kau beli apa?"soalan dari Amri itu membuatkan Syafiq terkejut. Perlahan dia menoleh kebelakang. Kelihatan Amri berdiri di tepi pintu bilik air tanpa sebarang pakaian lain selain dari tuala yang diikat longgar di pinggangnya. Sungguh sexy. Syafiq menelan liur melihat tubuh cantik Amri yang terdedah itu.

"aku...aku beli nasi goreng..jomlah makan."ujar Syafiq cuba menyembunyikan gelojak perasaannya. Amri lantas mendekati Syafiq dan duduk di hadapan Syafiq. Sengaja dia melintas dekat dengan Syafiq. Syafiq yang tercium bau wangi tubuh Amri yang baru selesai mandi itu jadi tak senang duduk. Amri mula membelek nasi goreng yang dibeli Syafiq itu.

"Am...pakailah baju dulu..."ujar Syafiq.

"kenapa? kau tak suka tengok aku macam  ni?"soal Amri sambil melihat wajah Syafiq.

"eh..tak..."

"jadi kau sukalah?" soal Amri lagi menjerat.

"eh..bukan macam tu, maksud aku..."

"kalau kau suka baguslah, aku tak kisah."Amri memintas sambil memberi senyuman nakal pada Syafiq. Sengaja dia mahu mengusik Syafiq. Syafiq jadi termati kata. Dia lantas bangun dari kerusi dan berpindah ke katilnya. Amri mengekori Syafiq dengan ekor mata. Dia kemudiannya turut bangun dan duduk disebelah Syafiq. Mereka berdua diam tanpa sebarang bicara buat seketika.

"Fiq.."panggil Amri cuba memecah kesunyian. Syafiq menoleh memandang Amri.

"Kau tahu tak aku suka kau." soal Amri. Syafiq jadi gemuruh.

"apa kau cakap ni?..."soal Syafiq pula. Namun selang beberapa saat kemudian Amri menolak Syafiq. Syafiq terbaring dia tas katil dengan Amri menindihnya dari atas.

"aku betul-betul suka kau, aku cintakan kau."ucap Amri lagi sambil mengusap lembut wajah Syafiq menggoda.

"Am..."

"aku tahu kau pun ada perasaan yang sama macam aku kan."duga Amri. Syafiq jadi termati kata. Benar, dia juga menyimpan perasaan yang sebegitu. Belum sempat syafiq menjawab apa-apa Amri lantas sekali lagi mencium Syafiq. Kali ini lebih lama dan lebih dalam. Syafiq menarik nafas dalam sebaik Amri berhenti.

"kalau kau tak ada perasaan yang macam tu pada aku, dah tentu kau marah aku tadi kan. Tapi kau tak marah. Tu tandanya kau pun suka aku, kan?" Syafiq diam lagi. Dia tak tahu apa yang patut dilakukannya saat ini fikirannya jadi kosong.

"kalau kau tak suka, kau tolak aku sekarang, sebelum aku pergi lagi jauh."ucap Amri sebelum sekali lagi memagut bibir merah Syafiq. Syafiq hanya memejamkan mata dan membiarkan Amri menciumya. Dia sedang berperang dengan dirinya sendiri. Sebahagian dirinya mengatakan yang ini semua salah, tapi sebahagian lagi mahukannya. Dia jadi keliru. Tapi tubuhnya terlebih dulu membuat inisiatif sebelum fikirannya membuat membuat keputusan. Tanpa dia dapat mengawal bibir dan lidahnya yang tadi hanya kaku kini membalas ciuman hangat Amri. Amri bertambah galak mencium sebaik sedar yang Syafiq mula membalas ciumannya. Amri memutuskan ciuman itu seketika untuk menyambung semula nafas yang terputus-putus. Mereka berdua menarik nafas panjang sambil berpandangan. Amri ingin menyambung kembali ciumannya hangatnya sebelum Syafiq menahan.

"kau tahu kan kita mungkin dah tak boleh patah balik lepas apa yang kita buat ni?"soal Syafiq sambil tepat memandang wajah Amri yang hanya berjarak kurang dua inci dari wajahnya.

"tahu.."jawab Amri ringkas.

"kau.. tak kisah?"

"selagi aku ada kau, aku tak kisah."ucap Amri tenang. Jawapan itu membuatkan Syafiq senang. Dia tersenyum. Lantas dia menolak Amri ke sebelah dan kini dia pula yang menindih Amri. Tuala longgar yang dipakai Amri tadi telah hilang entah kemana, kini dia bertelanjang bulat dihadapan Syafiq. Syafiq memandang tubuh putih Amri penuh bernafsu.

"jangan menyesal pula nanti."ujar Syafiq lagi.

"tak akan."balas Amri dengan senyuman yang sangat menggoda. Syafiq kalah. Kini dia pula yang memainkan peranan sebagai orang yang diatas. Satu ciuman membawa kepada ciuman yang lain. Malam itu mereka hanyut dalam lautan cinta mereka yang bergelora. Buat pertama kalinya sehabit baik ini bermadu asmara. Masing-masing melapaskan perasaan yang selama ini dipendam sendiri.



bersambung.....







p/s: untuk minggu kedua aku terputus internet connection, kali ni kabel telekom kena curi...huhuhu...baru semalam ok semula...i've got my freedom back!!!...hahahha

p/s: next week kuliah dah start semula, wish me luck....hihihi












2 comments:

  1. "kalau kau tak suka, kau tolak aku sekarang, sebelum aku pergi lagi jauh."ucap Amri sebelum sekali lagi memagut bibir merah Syafiq

    tu ayat dlm komik mentaiko... yg 2 org kawan baek blk mabuk2 tu... tgk blue... pastu... tuuttttt.... terjadilah ayat tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. oh ye ke???...aku x bce komik tu...x tau la pulak...ye la tu agaknya...hahahah

      Delete