Friday, 13 September 2013

Our Love Story (Bahagian 5)




Bahagian 5: Heart.





"Aduh..!!!"Amri mengaduh sebaik bahunya ditepuk kuat.

"Apa ni mak!!, sakitlah.."Amri memprotes sambil mengusap-usap bahunya.

"dah tu, yang kamu diam je kenapa? mak tanya tu jawablah."ujar Mak Limah geram.

"mak tanya apa?"soal Amri lagi. Tadi dia sebenarnya langsung tak mendengar apa yang ibunya itu katakan. Fikirannya asyik memikirkan perkara lain.

"tengok tu?! dia boleh tanya balik!!...mak tanya, sejak kamu balik dari pulau tu, kenapa kamu langsung dah tak keluar rumah? asyik terperap je dekat rumah."

"alah mak ni, Am duduk kat rumah pun marah, bila Am selalu keluar, pun marah jugak, dah tu macam mana?" ujar Amri pula sambil menukar saluran televisyen. Mereka sekeluarga baru sahaja selesai makan tengahhari dan kini sedang bersantai diruang tamu.

"bukanlah mak nak marah, cuma pelik je. Kamu tu pantang ada masa sikit, terus je keluar dengan si Syafiq tu, ni tiba-tiba baik sangat duduk dekat rumah. Mak tanyalah. Oh ye, Syafiq tak ada ke?"

"dia ada..."balas Amri malas.

" lama mak tak nampak dia. Kamu tak keluar dengan dia ke?" Soal Mak Limah lagi. Amri hanya diam tidak menjawab.

"hei..mak tanya ni!"sekali lagi Mak Limah memukul bahu Amri.

"aduh...Mak...sakitlah!!"protes Amri lagi.

"dah tu jawablah mak tanya tu."

"ish..entahlah mak, tak tahulah."ujar Amri sebelum dia berlalu menuju kebiliknya.

"eh..eh..budak ni" Mak Limah Hairan. Amri menutup pintu biliknya rapat sebelum merebahkan badannya di katil. Bukan dia mahu bersikap kurang ajar, cuma sebenarnya dia sendiri tiada jawapan untuk soalan dari ibunya itu. Sudah seminggu berlalu sejak mereka pulang dari bercuti di pulau. Tapi sejak mereka menjejakkan semula kaki di kampung ini, sehinggalah ke hari ini Syafiq terus menyepikan diri. Telefon tidak diangkat, SMS apatah lagi. Entah dibaca tau tidakpun tidak diketahui. Amri mencapai telefon bimbitnya. Nombor telefon Syafiq didail ntuk entah yang keberapa kali. Seperti dijangka, panggilan itupun tidak dijawab. Amri menghempas telefon bimbitnya diatas katil seraya melepaskan keluhan berat. 

'Fiq!! kenapa dengan kau ni?!' hati Amri menjerit.







"Assalamualaikum..."Amri memberi salam. Kini dia berada betul-betul dihadapan rumah Syafiq. Salam yang diberi tidak dijawab.

"Assalamualaikum.."sekali lagi salam diberi. Amri tiada jalan lain selain dari datang sendiri berjumpanya dirumah.

"Waalaikumussalam." Amri menoleh kebelakang memandang kearah datangnya suara lembut yang menjawab salam itu. Amri tersenyum melihat seorang gadis cantik beruniform sekolah datang menghampirinya.

"Abang Am.."ujar gadis itu.

"Hai Anis..baru balik dari sekolah ke?" soal Amri ramah.

"Ha'ah, Abang Am buat apa kat sini? cari Abang Fiq ya?" soal Anis lembut.

"ha'ah, dia ada tak?"

"biasanya dia ada je waktu-waktu macam ni, sekejap, Anis pergi tengok." ujar Anis sebelum dia melangkah mendaki tangga naik ke rumah kayu itu. Amri setia menunggu dibawah. Seketika kemudian Anis kembali semula namun kini dia hanya berdiri diberanda rumah.

"Abang Fiq....tak ada lah bang, dia keluar kot."ucap Anis. Amri dapat mengesan sedikit kelainan pada nada suara Anis. Amri lantas memandang sekeliling rumah. Amri terlihat sepasang selipar yang sering digunakan oleh Syafiq. Motorsikal milik Syafiq juga masih elok terletak dibawah rumah. Amri kini yakin yang Syafiq sebenarnya ada di dalam. Dia sengaja tak mahu bertemu dengannya.

"tak pelah Anis. Anis boleh tolong abang tak?"soal Amri lagi.

"apa dia?"

"tolong pesan kat Abang Fiq, yang Abang Am tunggu dia kat tepi sungai, tempat biasa kitorang lepak, tau."

"ha yelah, nanti Anis sampaikan." ucap Anis kembali.

"terima kasih Anis, Abang Am balik dulu."ucap Amri sebelum kembali menghidupkan enjin motorsikalnya dan terus meluncur laju meninggalkan perkarangan rumah kayu yang dikelilingi pohon getah. Sebaik kelibat Amri hilang dari pandangan. Anis masuk kembali ke dalam rumah. Tudung yang tadi dipakai elok ditanggalkan. Anis mengatur langkah menuju ke bilik Abangnya. Kelihatn Syafiq sedang berbaring elok diatas katil sambil membaca komik.

"dengar tak tadi?"soal Anis pada Abangnya. Syafiq memandang Anis sekilas sebelum kembali menumpukan perhatian pada komiknya.

"dengar."balas Syafiq malas. Anis hanya diam dan masih bersandar pada pintu sambil merenung satu-satunya  abang yang dia punya itu. Syafiq jadi tidak selesa.

"yang Anis berdiri tegak kat situ lagi kenapa? "soal Syafiq kurang senang.

"Abang dengan Abang Am gaduh ye?" Anis cuba menduga.

"jangan menyibuk hal abang boleh tak, dah..pergi dapur sana makan. Mak dah siapkan dah semua."ujar Syafiq sebelum mencapai senaskah lagi komik di raknya. Anis hanya mencebik.

"Macam budak-budak, dah besar-besar pun nak gaduh macam budak tadika."ujar Anis selamba sebelum menuju kebiliknya sendiri. Syafiq hanya menahan geram melihat adiknya yang bakal mengambil SPM tidak lama lagi. Syafiq kini duduk dikatilnya sebelum melepaskan keluhan berat. Apa yang berlaku sepanjang tempoh percutianya dengan Amri tempoh hari kembali berlegar dalam kepalanya. Dia mula jadi kusut. Dia sedang mengalami peperangan dahsyat dalam dirinya. Antara Cinta dan juga prinsip. Satu bahagian dirinya amat gembira dengan apa yang telah berlaku, tapi sebahagian lagi asyik mengatakan apa yang berlaku pada malam sebelum mereka pulang itu tak patut berlaku. Salah sama sekali.Syafiq jadi buntu. Kerana itulah dia cuba untuk mengelakan diri dari Amri. Dia takut dia akan bertambah keliru kalau Amri berada dekat dengannya. Tapi dalam masa yang sama juga dia amat merindukan Amri. Syafiq meraup wajahnya sebelum merebahkan diri diatas katil.

'Am, aku rindu kau.' bisik hati Syafiq.





Anis mengayuh basikalnya perlahan sambil memerhati ke tebing sungai. Senyuman terukir diwajahnya sebaik ternampak kelibat seorang lelaki sedang duduk di bawah pokok. Perlahan basikalnya di tongkat dan dia berjalan perlahan mendekati lelaki itu.

"Assalamualaikum."Anis memberi salam. Lelaki tadi menoleh memandangnya.

"Waalaikumussalam...eh Anis." Amri terkejut melihat Anis berada disitu.

"boleh Anis duduk?"soal Anis lembut.

"boleh....boleh...duduklah."balas Amri. Anis lantas duduk di atas batu tidak jauh dari Amri. Tempat ini bukanlah tersorok, ramai sebenarnya orang yang berada di kawasan ini bila waktu semakin petang begini.

"Anis buat apa kat sini?"

"Anis pergi kedai tadi, beli pulut, mak suruh. Saja lalu sini. Tengok abang ada kat sini, Anis singgahlah sekejap."cerita Anis.

"oh ye ke..."

"Abang memang kat sini sejak Abang balik dari rumah Anis tadi ke?"soal Anis. Amri hanya tertunduk. Memang dia berada disitu sejak tadi menunggu kalau-kalau Syafiq akan muncul.

"Abang Fiq tak datang lagi ya?"soal Anis lagi. Amri hanya mengangguk sambil tersenyum. Buat seketika mereka hanya terdiam.

"Abang, sebenarnya kan, masa abang datang tadi, Abang Fiq ada tau dekat rumah. Dia yang suruh Anis cakap yang dia tak ada."cerita Anis berterus terang. Amri memandang Anis sambil tersenyum.

"Abang tahu.."

"mana abang tahu?"

"motor dia kan ada dekat rumah tadi." Anis menangguk faham. Sekali lagi mereka berdua senyap.

"Anis tak tahu apa yang berlaku, tapi, Anis harap abang berdua boleh lekas-lekas baik."ucap Anis. Amri sedikit tersentuh dengan kata-kata Anis itu.

"kenapa Anis cakap macam tu?"

"Anis tahu, sesuatu dah jadi antara banag berdua. Sejak korang balik dari pulau dulu, korang langsung tak pernah jumpa lagi kan? Abang Fiq tu, dulu mana lekat di rumah, tapi sekarang ni dia ada je dekat rumah tu. Sibuk duk baca komik dia yang entah dah berapa kali dia baca."cerita Anis. Amri ketawa kecil mendengarkan kata-kata Anis. Ada sedikit humor disitu.

"Abang ingat lagi tak, dulu, masa kecil-kecil, kita selalu main bertiga."

"mestilah abang ingat..kenapa Anis tiba-tiba cakap pasal tu pulak?"

"tak adalah apa, kadang-kadang bila kita ingatkan sesuatu yang gembira pada masa lepas, kita boleh tutup perkara-kara sedih yang berlaku pada kita sekarang."ujar Anis berfalsafah. Amri tergelak kecil.

"amboi, pandai pulak Anis ni bercakap ya."

"eh..mestilah, Anis dapat A tau dalam sastera."ujar Anis sedikit bangga. Amri ketawa. Anis turut ketawa.

"dahlah bang, Anis blik dululah. Nanti bising pulak mak kat rumah tu."ujar Anis sambil bangun dan membersihkan habuk-habuk yang melekat pada baju yang dipakainya.

"elok-elok jalan."pesan Amri sambil menghantar Anis pergi dengan ekor matanya. Amri masih tersenyum lebar. Entah kenapa rasa lega sedikit hatinya yang gusar tadi bila dapat berbual dengan Anis. Namun fikirannya lantas kembali kepada Syafiq. Kenapa Syafiq jadi begini?




"Syafiq, kamu nak kemana lepas ni?" soal Puan Khatijah sambil menuangkan susu getah yang baru dikutipnya tadi ke dalam satu tong besar di pusat pengumpulan getah ini.

"Tak ada kemana, balik rumah jelah." ucap Syafiq sambil membantu ibunya.

"kalau macam tu, lepas ni kamu singgah kedai Pak Sam, beli beras ya. Beras dekat rumah tu dah habis dah." cerita Puan Khatijah. Syafiq tersentak bila nama Pak Sam disebut. Pak Sam adalah bapa saudara Amri. Dan Amri memang sentiasa di kedai milik Pak Sam itu pada waktu-waktu begini. Memang disitu pun tempat dia dan Amri selalu melepak kalau bukan di tepi sungai.

"alah, mak jelah pergi beli."Syafiq cuba mengelak.

"eh..budak ni. Tak kan mak nak bawak beras tu naik basikal tua mak tu?" soal Puan Khatijah. Keluarga mereka tidak punya kereta. Yang ada cuma motorsikal dan Puan Khatijah memang tak tahu menunggu motorsikal, jadi hanya basikal tua milik arwah suaminya itulah yang manjadi tunggangannya sehari-hari. Syafiq menggaru kepala.

"tunggu Anis baliklah, suruh dia beli."

"ha, yelah!! tunggu Anis balik, kita ni tak payahlah makan tengah hari!"soal Puan Khatijah, menyindir. Syafiq jadi runsing. Dia tak mahu ke kedai itu, dia pasti Amri berada disitu dan dalam kampung ni pula hanya Pak Sam sahaja yang memiliki kedai runcit. Syafiq hanya memerhati ibunya mengambil wang hasil jualan getahnya pada hari itu dari peraih. Seketika kemudian Puan Khatijah kembali menghampirinya.

"nah..ni ambil ni, beli gula dengan kopi sekali." ujar Puan Khatijah sambil menghulurkan beberapa keping wang RM10 kepadanya.

"alah..mak, lain kali tak boleh ke?"Syafiq masih cuba mengelak.

"masyaallah!!!...apa masalahnya kamu ni? apa yang susah sangat? tadi kata tak ada nak kemana-mana. Kalau dulu tu mak tak bagi pergi pun sibuk nak melepak dekat situ. Sekarang ni macam-macam alasan kamu bagi."rungut Puan Khatijah sambil memusingkan semua basikalnya.

"mak tak kira, kamu pergi beli jugak. Kalau tak, kamu jangan balik rumah."ucap Puan Khatijah tegas sebelum mengayuh basikalnya laju. Syafiq melepaskan keluuhan berat. Dia tiada pilihan. Mahu tak mahu dia terpaksa juga ke kedai Pak Sam.




"Assalamualikum..." Amri memberi salam.

"Waalaikumussalam...ha Am, dah pukul 11 baru nak muncul? ni kena potong gaji ni."ujar Pak Sam. Amri tersengeh-sengeh.

"alah..Pak Ngah, sorrylah, terlambat bangun pulak tadi."ucap Amri bersalih. Pak Sam hanya menggelengkan kepala. Masak benar dia dengan perangai anak saudaranya yang seorang ni.

"nasib baik kamu ni anak saudara Pak Ngah tau. Kalau tak, dah lama dah Pak Ngah pecat."ucap Pak Sam lagi. Amri masih tersengeh-sengeh. Kalau bukan kerana desakan dari ayahnya, dia tak mahu bekerja di kedai bapa saudaranya ini. Kerana tak mahu dileteri secara terus-terusan oleh ayah dan ibunya, maka dia hanya akur. Setiap kali cuti semester tiba, dia akan kesini untuk membantu. Cuma kali ini agak berbeza sebab Syafiq tiada. Selalunya Syafiq juga akan kesini untuk melepak.

"erm...Pak Ngah."

"hmm.."jawab Pak Sam ringkas sambil menyusun kotak-kotak rokok di rak belakang kaunter.

"ada Syafiq datang sini?"soal Amri cuba menduga kalau-kalau Syafiq ada datang.

"Syafiq? oh ya, baru tadi dia datang beli beras. Tak sampai lima minit pun lagi sebelum kamu sampai tadi." cerita Pak Sam. Amri lantas keluar semula dari kedai dan mendapatkan motorsikalnya. Inilah masanya. Kalau dia pantas dia mungkin dapat memintas Syafiq dijalan.

"eh..nak kemana pulak tu?" soal Pak Sam.

"keluar kejap Pak Ngah, sekejap je."ucap Amri sebelum pantas menunggang motorsikalnya. Pak Sam hanya menggelengkan kepala. Amri menunggang selajau yang boleh. Tidak berapa lama kemudian dia ternampak kelibat Syafiq. Amri tersenyum senang. Dia lantas melajukan motorsikalnya cuba menyaingi Syafiq.

"Fiq!!!.."panggil Amri. Syafiq menoleh memandang Amri. Dia jadi kaget.

"berhenti sekejap, aku nak cakap dengan kau."jerit Amri. Bimbang terjadi sesuatu Syafiq mula mmeperlahankan motorikalnya dan berhenti di tepi jalan. Amri juga begitu. Amri meletakan motosikalnya dan berjelan mendekati Syafiq. Syafiq masih diam di atas motorsikalnya.

"aku nak cakap dengan kau sekejap."ucap Amri. Dia perlu merungkai segala kekusutan yang berlaku.

"kau nak cakap apa?"soal Syafiq dingin.

"Fiq, kenapa dengan kau? kenapa kau macam jauhkan diri dari aku? kenapa aku call kau tak jawab? SMS kau tak balas, semalam aku tunggu kau kat tepi sungai tapi kau tak datang. Kenapa ni?" Syafiq hanya berdiam. Dia tak tahu apa patut dijawab. Dia masih belum bertemu dengan jawapan.

"Sejak kita balik dari pulau tu, kau terus jadi macam ni? jadi dingin dengan aku, kau....kau menyesal dengan apa yang dah jadi pada malam tu?"soal Amri

"ya!!!!..aku menyesal. Aku menyesal sangat. Apa yang dah jadi malam tu tak sepatutnya berlaku. Aku tak tahu apa yang dah merasuk aku pada malam tu sampai akau boleh buat perkara tu dengan kau!." Amri tersentak mendengar jawapan dari mulut Syafiq.

"jadi kau nak salahkan aku?"

"memang salah kau, kalau kau tak mulakan, perkara tu takkan berlaku!" ujar Syafiq lagi. Amri terkesima. Hatinya mula rasa sakit. Benar, memang dia yang mulakan, tapi dia tidak pernah memaksa Syafiq. Syafiq boleh tolak kalau dia tak mahu."

"Amri...dengar sini. Apa yang berlaku pada malam tu adalah satu kesilapan. Kesilapan paling besar dalam hidup aku. Benda tu tak akan berlaku lagi. Tak Akan!!!" ucap Syafiq tegas sebelum menghidupkan semula enjin motorsikalnya dan mula menunggang pergi. Amri masih disitu. Hatinya terasa sakit. Matanya mula berair. Saat ini dia tahu, segalanya sudah berakhir. Takdir buruk yang selama ini ingin dielak menimpa ke atas dirinya. Tiada lagi Syafiq untuknya dan tiada lagi Amri untuk Syafiq. Segalanya sudah berakhir.


"kau tahu kan kita mungkin dah tak boleh patah balik lepas apa yang kita buat ni?"

kata-kata Syafiq pada malam itu terngiang kembali dalam fikriannya. Ya, benar, tiada jalan kembali untuk mereka. Selepas apa yang berlaku pada malam itu, mereka hanya ada dua pilihan, sama ada terus melalui laluan itu atau menamatkan segalanya. Dan nampaknya Syafiq sudah terlebih dulu memilih pilihan yang kedua. Amri mula sedar yang kehidupannya selepas ini akan hilang warnanya.





bersambung....







6 comments:

  1. woah..best cite kamu ni anas..
    habih 2 tempayan air mata abg mmbacanya..
    teruskan menulis..
    x sabar tggu next episod..

    ~abgNakal~

    ReplyDelete
    Replies
    1. amboi...sedih sgt ke??...thanks abg nakal, sudi baca....

      Delete
  2. sentap tol org atas aku ni... hehe... mana ada dua tempayan, genang kat mata pon xda...
    ni anas, ceriter ni best. tu jerk komen aku. cuma pendek sangat, macam karangan PMR jer bro.. hehe.... panjangkan ler lagi.... sikit lagi....

    ReplyDelete
    Replies
    1. eceh..hehehe..
      not literally la 'fallen angel'..kut jd kasim selamat nnti..
      maklumlah dah tua2 ni over sensitip sikit, asal sedey berguling--asal berguling je sedey..uhuk2..

      ~abgNakal~

      Delete
  3. kalau sudi bacalah karya saya di www.kakiberangan.wordpress.com

    ReplyDelete
  4. part 'apa yg blaku mlm tu adlah ksilapan bsar dlm hdup aku. . . .' seriuosly sama mcam apa yg baru jadi kat si sufi, hampir sma la ngan citer ni, tp ktaorg xdela main just peluk2 jer then lama2 dy jauhkn dri n dlu suma tu ksilapan dlm hdup dy . . .pftttttttttt huhuhuu teringt plak kisah dulu,anyway citer tetap best >.<

    ReplyDelete