Tuesday, 15 October 2013

Our Love Story (Bahagian 7)


Bahagian 7: That Smile.







Perlahan amri membuka matanya. Kepalanya terasa berat. Penglihatan yang kabur kini beransur terang. Dia memerhati keadan sekeliling yang agak asing. Perhatiannya kemudian teralih pada pintu ruangan itu yang terbuka.

"Eh...abang dah bangun?" Ujar Aidit lembut sambil tersenyum mesra.

"Apa yang dah jadi? Abang dekat mana?" Soal Amri yang keliru.

"Abang tak ingat ke? Abang demam kuat. Abang pengsan tadi kat bilik. Abang di pusat kesihatan sekarang ni." Cerita Aidit sambil duduk dikerusi disebelah katil Amri. Amri cuba mengingat kembali apa yang terjadi. Ingatannya mula jelas semula. Memang dia diserang demam beberapa hari lepas dan klimaksnya apabila dia pengsan pagi tadi ketika ingin bersiap ke kuliah. Kini sesuatu menjadi persoalan padanya. Dia memandang Aidit yang duduk disebelahnya.

"Aidit." Panggil amri lembut. Aidit menoleh memandang Amri.

"Aidit ke yang bawa abang kesini?" Soal amri ingin tahu. Aidit hanya tersenyum dengan soalan Amri itu. Memang dia yang membawa Amri ke situ, cuma dia berasakan yang tak perlu rasanya untuk dia bercerita.

"abang nak air?" Ujar Aidit sambil menuangkan segelas air cuba untuk lari dari topik tadi. Gelas berisi air kosong tadi dihulurkan pada amri. Amri menyambut dan meminum perlahan sedikit demi sedikit. Tekaknya terasa sangat kering.

"Doktor cakap abang dah boleh balik bilik bila abang dah sedar." Ujar aidit ceria. Amri menyerahkan semula gelas yang kosong pada Aidit.
"Saya pergi bagi tahu doktor abang dah sedar" ujar Aidit selepas meletakan kembali gelas tadi di atas meja. Aidit kemudiannya bangun dan menuju ke arah pintu.

"Aidit." Panggil Amri sebelum sempat Aidit menghilang di baik pintu. Aidit menoleh memandang Amri.

"Terima kasih."ucap Amri smbil tersenyum. Aidit seakan terpana seketika dengan senyuman Amri itu. Ini kali pertama dia melihat Amri tersenyum begitu. Senyuman yang dirasakan cukup menggoda. Aidit jadi gugup. Dia hanya mengangguk sedikit sebelum meloloskan diri di balik pintu.






Aidit duduk sendiri di meja belajarnya sambil fikiannya melayang jauh. Entah kenapa selepas peristiwa di pusat kesihatan tadi dia berasa sesuatu yang berseza. Senyuman Amri tadi masih segar diingatannya. Hatinya jadi berbunga-bunga.

'Astagrfirullah al-Azim!!! Aidit!! kenapa dengan kau ni? Abang Amri tu lelaki!! kenapa kau boleh rasa macam ni pulak?' Aidit bermonolog sendiri. Dia jadi keliru. Dia tak tahu kenapa dia rasa begini. Aidit meraup wajahnya. Lamunannya terhenti sebaik dia mendengar bunyi katil yang bergerak. Wajahnya dialih memandang ke arah katil Amri. Kelihatan Amri telah bangun dari lena dan duduk di birai katil.

"Abang dah bangun?"soal Aidit sambil berdiri dan mendekati Amri. Amri menoleh memandang Aidit.

"Abang nak apa-apa tak?"soal Aidit lagi sambil duduk disebelah Amri. Amri hanya tersenyum dan menggelangkan kepala.

"Aidit tak payahlah susah-susah pasal abang, Abang dah okey dah." ucap Amri lembut. Aidit hanya tersenyum.

"Aidit ni baik betul kan, sanggup jaga Abang sampai macam ni, bawak abang pergi pusat Kesihatan, lepas tu bawak abang balik. Bila dah balik jaga pulak abang sampai macam ni." ucap Amri ikhlas. Aidit jadi malu bila dipuji-puji begitu. Wajahnya tiba-tiba memerah.

"tak..tak de apa lah bang, itukan tanggungjawab saya, saya roomate abang, kalau bukan saya, siapa lagi nak tolong abang." balas Aidit pula. Amri tersenyum bila melihat riaksi Aidit. Wajahnya yang memerah kelihatan comel pula. Aidit pula bertambah memerah wajahnya apabila melihat senyuman Amri. Senyuman yang sejak semalam menghantui fikirannya. Aidit jadi hairan. Dia tak pernah merasa sebegini sebelumnya. Ini bukan kali pertama dia melihat Amri tersenyum begini, namun sejak dia melihat senyuman Amri semalam, setiap senyuman yang dilihatnya terukir di bibir nipis Amri kelihatan cukup mempersonakan.

Amri memandang Aidit dalam. Dia seakan mula tersedar dengan layanannya pada Aidit sebelum ini. Memanglah layanan itu tidak dingin, namun layanan itu sudah cukup untuk membuatkan Aidit terasa hati. Rasa sesal mula muncul dalam dirinya.

"Abang kenapa tengok saya macam tu?"soal Aidit selepas sedar dirinya diperhatikan Amri. Amri tergelak kecil selepas ditegur begitu.

"Aidit, abang nak minta maaf pada Aidit."

"minta maaf kenapa pulak?"

"sebelum ni, abang macam tak layan Aidit sangat, Aidit buat macam-macam nak cuba berkawan rapat dengan abang, tapi abang tak layan pun." Aidit hanya tersenyum dengan kata-kata Amri.

"tak pelah bang, saya tak ambil hati pun." uacap Aidit lembut.

"terima kasih."Ucap Amri lagi sambil sekali lagi tersenyum. Jantung Aidit berdegup laju apabila melihat senyuman itu. Lebih-lebih lagi apabila jaraknya dengan Amri tak sampai lima inci. Aidit lantas bangun cuba menenangkan dirinya.

"erm...abang nak makan apa-apa tak? saya nak turun bawah ni."ujar Aidit sambil mengambil walletnya dari dalam laci.

"tak pelah, nanti abang beli sendiri."

"abang nak turun jugak ke? jomlah sekali dengan saya."pelawa Aidit.

"tak pe ke? abang nak solat dulu." soal Amri.

"tak pe, saya tunggu."ujar Aidit.

"erm...okey. Tunggu sekejap ya."ucap Amri sebelum lolos menuju ke bilik air. Aidit yang dari tadi jantungnya berdegup laju terduduk di kerusinya. Aidit menarik nafas panjang cuba menenangkan dirinya.

"apa dah jadi dengan aku ni?" Aidit menyoal dirinya sendiri.







Syafiq terberhenti langkah sebaik melihat kelibat Amri tidak jauh daripadanya. Dia hanya memerhati Amri dari jauh. Amri bersama dengan seorang lelaki di kafetaria. Dia nampak gembira. Tersenyum, kadang-kadang ketawa. Nampak bahagia. Hati Syafiq jadi sakit. Sejak dia memutuskan hubungan dengan Amri, dia rasa sangat tak tenang, gelisah dan menyesal. Dulu dia merasakan yang Amri juga merasa begitu. Tapi nampaknya tidak, Amri kelihatan gembira.

'Siapa lelaki yang bersama dengan Amri?'
'Apa hubungan mereka?'
'Apa yang mereka bualkan?'
'Amri, kau tak rindu ke sperti mana aku merindui kau?'

Soalan-soalan seperti itu berlegar-legar dalam fikirannya. Perlahan Syafiq mengatur langkah  pergi meninggalkan kafetaria itu. Kakinya diatur malas menyusuri jalan menuju ke bangunan fakultinya. Dia kemudiannya berhenti di sebuah bangku dan duduk disitu. Syafiq melepaskan keluhan berat.

'Syafiq, kau yang buat keputusan tu, kau yang mahu hubungn ini ditamatkan, kau kena bertanggungjawab dengan keputusan yang kau sendiri putuskan.' Syafiq bermonolog sendiri. Syafiq meraup wajahnya sebelum bersandar pada kerusi. Apa yang dilihat di kafetaria tadi kembali memenuhi kotak fikirannya. Semua tingkah laku Amri tadi seakan sangat jelas tergambar dalam fikirannya. Tergambar jelas bagaimana senyuman yang diberikan Amri kepada lelaki itu. Sebelum ini senyuman itulah yang selalu memebuatkan dirinya bahagia. Kini dia tidak lagi dapat melihat senyuman semanis itu. Syafiq teringat kembali saat-saat hubunganya dengan Amri masih baik dulu. Saat-saat gembira dan saat-saat duka sejak mereka masih dizaman kanak-kanak sehinggalah ke peristiwa di pulau tempoh hari. Andai saja perkara itu tak berlaku, dia percaya kini dia masih dapat melihat senyuman manis Amri.

'Amri!! kenapa kau goda aku amlam tu? kalau kau tak goda aku, semua ni tak akan terjadi!?' Hati Syafiq bergolak.

"memang salah kau, kalau kau tak mulakan, perkara tu takkan berlaku!"

"Amri...dengar sini. Apa yang berlaku pada malam tu adalah satu kesilapan. Kesilapan paling besar dalam hidup aku. Benda tu tak akan berlaku lagi. Tak Akan!!!" 

Amri teringat kembali kata-kata yang pernah diucapnya dulu. Sungguh kini dia rasa menyesal dengan apa yang diucapnya sendiri. Namun dirinya begitu lemah untuk membetulkannya kembali.

'Aku tak sepatutnya cakap macam tu pada Amri, aku tak sepatutnya meletakan 100% kesalahan padanya. Benar, memang dia yang goda aku, tapi dia tak pernah paksa.'

"kalau kau tak suka, kau tolak aku sekarang, sebelum aku pergi lagi jauh." 

'Sejak awal lagi Amri dah bagi aku amaran, tapi aku sendiri yang merelakan, aku juga turut bersalah.'
'Aku mesti kembali pada Amri, aku rindu dia, aku sayang dia'
'Sayang?.....cinta?'
'tak..tak boleh....aku tak boleh ada perasaan begitu pada Amri, itu salah! Aku lelaki dan dia juga lelaki! aku tak boleh berperasaan begitu pada Amri.'

'benar, inilah yang terbaik, aku tak boleh kembali pada Amri, apa yang aku lakukan ini dalah benar. Memang ini yang sepatutny aku lakukan.'

'tapi...aku rindukan dia, aku mahu melihat lagi senyuman itu, tapi bila aku dekat dengannya, aku mahukan yang lain pula....apa patut aku buat ni?!!!' Syafiq melayan konflik antara hati dan akalnya. Dia menekup wajah buntu.

"Syafiq." kedengaran satu suara lembut memanggil namnya. Syafiq perlahan mendongak melihat pemilik suara yang dirasakan tidak asing baginya. Syafiq terpaku seketika sebaik melihat pemilik pada suara itu.

"Zana..." Zana hanya memandang Syafiq sambil tersenyum.






bersambung....





p/s: Selamat hari Raya Idul Adha 1434H.....korang berkorban tak tahun ni???







4 comments:

  1. tak sabar menunggu episod seterusnya... menarik

    ReplyDelete
  2. terima kasih sebab baca, next chapter aku tak sure lagi bila boleh diterbitkan, baru suku je yang berjaya ditulis...heheheh

    ReplyDelete
  3. Kalau sudi lawatlah blog http://kakiberangan.wordpress.com :3

    ReplyDelete
  4. nak sambungannya..please......

    ReplyDelete