Saturday, 16 November 2013

Our Love Story (Bahagian 8)






Bahagian 8: New Love.





Syafiq memandang Zana dalam. Dia diam menanti Zana meneruskan bicara.

"Syafiq, saya tahu saya bersalah pada awak. Saya menyesal sebab tinggalkan awak dulu. Saya tak dapat beza yang mana kaca yang mana permata." ucap Zana serius. Syafiq hanya mendengar. Jujur sebenarnya dia tidak terkesan sangat bila Zana tinggalkannya dulu. Pertama, kerana ketika itu Amri masih bersamanya dan selalu menghiburkan hatinya. Kedua, dia sendiri sejak awal lagi tidak pernah ikhlas bila bersama dengan Zana. Hatinya sejak awal lagi bukan untuk Zana.

"Saya betul-betul minta maaf."

"Zana, awak tak perlu risau, saya dah maafkan awak." ucap Syafiq ikhlas. Zana tersenyum.

"lega saya awak dah cakap macam tu."ucap Zana lagi. Syafiq hanya tersenyum.

"so, mana boyfriend baru awak?" soal Syafiq pula. Zana mengeluh.

"dia tak ada, dia tipu saya. Dia tak ikhlas pun bersama dengan saya. Kami dah berpisah." Syafiq mengangguk faham.

"jadi, awak jumpa saya ni, sebab awak nak minta maaf saja ke?"soal Syafiq lagi.

"Tak, bukan, bukan tu je. Saya dah fikir masak-masak, dan saya dah buat keputusan."

"keputusan apa?"

"saya nak..."

"nak apa?"

"saya nak....kita kapel balik macam dulu." ucap Zana serius. Syafiq tersentak. Dia tidak pernah terfikir pun untuk kembali bersama Zana.

"Zana, saya....." Syafiq tiba-tiba teringatkan sesuatu sebelum sempat dia memberikan jawapan pada Zana. Ini adalah peluang untuknya. Dia perlu menjauhkan diri dari Amri. Dia perlu lupakan Amri. Mungkin dengan kembali pada Zana, dia boleh melupakan perasaannya pada Amri. Lagipun Amri sendiri seakan sudah ada pengganti.

"Zana, saya...."






Aidit tersenyum sambil memandang Amri dalam. Amri yang tadinya sedang khusyuk menyuap nasi goreng ke dalam mulutnya mula rasa terganggu dengan pandangan Aidit itu.

"Aidit tengok abang  macam tu kenapa?"soal Amri. Aidit tergelak kecil dengan soalan dari Amri.

"tak ada apa."jawab Aidit ringkas sebelum kembali menyuap mi goreng ke dalam mulutnya sendiri. Dia sebenarnya seakan tak percaya yang kini dia sedang makan berdua dengan Amri. Langsung dia tak pernah terfikir perkara ini bakal terjadi sebelum ini. Entah kenapa itu membuatkan dia cukup gembira. Hubungannya kini dengan Amri semakin baik. Mereka jadi semakin rapat.

"abang, saya tanya sikit, abang jangan marah tau." soal Aidit.

"apa dia?"

"sebelum saya jadi roommate abang ni, saya selalu dengar cerita pasal abang."

"cerita apa pulak?"

"cerita yang abang ni baik, peramah, mesra, dan macam-macam lagilah. Tapi, kenapabila saya jadi roomate abang, abang nampak lain. Tak macam yang saya selalu dengar. Baru sekarang ni abang dah berubah sikit."soal Aidit. Amri hanya tersenyum mendengarkan soalan itu.

"berubah macam mana?" soal Amri kembali.

"berubah lah, contohnya macam sekarang ni, abang makan sama-sama dengan saya. Kalau dulu, mana pernah abang buat semua ni." Amri tersenyum kecil.

"sorrylah, kalau Aidit tersinggung, abang ada masalah peribadi sikit. Tu yang jadi macam tu."ucap Amri lagi bernada serius. 

"Abang marah ke?"

"eh..tak lah.."balas Amri sambil terus menyuap nasi goreng ke dalam mulutnya. Aidit tersenyum lagi.





Syafiq termenung sendiri di balkoni rumah sewanya. Fikirannya melayang jauh. Berfikir tentang keputusan yang telah diambilnya. Betulkah tindakannya untuk kembali dengan Zana. Sama seperti dulu, dia ada motif lain untuk bersama dengan Zana. Sama seperti dulu, dia tidak pernah menyintai Zana. Cuma bezanya, kalau dulu, dia bersama Zana adalah untuk melupakan perasaannya pada Amri, tapi kini dia bersama Zana bukan sekadar untuk melupakan perasannya pada Amri, malah dia ingin melupakan terus tenatang Amri. Kini fikirannya kini beralih pula pada Amri. Rindu benar dia pada Amri. Seakan terbayang-bayang senyuman manis Amri di mindanya. 

"hmmm..." Syafiq melepaskan keluhan kecil. Kenapa semua boleh jadi begini? tak adakah jalan untuk mereka kembali seperti dulu? Syafiq rindukan kemesraan mereka dulu, rindukan persahabatan mereka dulu dan juga rindukan Amri. Perkara tu tak patut berlaku. Hanya kerana perkara itu telah berlaku Syafiq kini sudah tidak lagi boleh untuk memandang Amri sambil tidak memikirkan tentang keinginnanya untuk bersama dengan Amri. Perisai yang dulu dibina kukuh antara dirinya dan Amri kini sudah tiada. Kini pandangannya pada Amri bukan sekadar pandangan sayang atau cinta, tapi juga pandnagan nafsu. Itulah sebabnya kenapa dia tak boleh bersama dengan Amri lagi. Itu semua salah, dia tak boleh ada perasaan begitu pada kawan baiknya sendiri. Dia tidak boleh ada perasaan begitu pada seorang lelaki lain. Syafiq menggaru kepalanya yang tidak gatal. Fikirannya jadi runsing lagi.




Syafiq menarik kerusi perlahan sebelum duduk dikerusi itu. Adam yang memang sudah berada disitu hanya memerhati.

"lambat kau habis kelas hari ni ?" soal Adam.

"ha'ah...lambat sikit."ucap Syafiq ringkas sambil mula mengeluarkan buku-buku dari dalam begnya. Sudah menjadi rutin untuknya belajar bersama Adam dan beberapa rakan lain di perpustakaan ini setiap kali kelapangan.

"mana yang lain?"soal Syafiq kembali.

" Razif dia ada hal sikit tadi, Dani aku tak tahu, kejap lagi sampai la tu kot."Cerita Adam. Syafiq hanya mengangguk.

"buah hati kau tu mana?"soal Syafiq mengusik. Adam yang faham siapa yang dimaksudkan oleh Syafiq hanya tergelak kecil.

"Rafi dia ada kelas lagi, pukul empat nanti baru habis."cerita Adam lagi. Syafiq tergelak.

"aku tengok kau dengan Rafi tu rapat betul kan." soal Syafiq. Adam sedikit tersentak denggan soalan itu. Ada cerita disebalik Adam dan Rafi, namun tak mungkin rasanya dia dapat menceritakan semua itu pada Syafiq. Biarlah yang sudah tahu sahaja kekal tahu, tak perlu ditambah yang baru.

"Kau dengan Amri tu pun apa kurang nya."getus Adam pula cuba beralih topik. Syafiq jadi pegun bila nama Amri disebut. Jantungnya berdegut laju tiba-tiba.

"oh ya, lama dah aku tak nampak dia, apa khabar dia sekarang." soal Adam lagi. Syafiq masih diam. Dia jadi cemas bila persoalan tentang Amri disoalkan padanya. Adam yang menyedari perubahan pada Syafiq jadi keliru.

"Fiq, kenapa ni? kau okey tak ni?"soal Adam sedikit serius.

"aku...aku...okey....pening sikit."dalih Syafiq. Adam hanya mengangguk faham. Untuk seketika mereka masing masing diam dan mula menumpukan perhatian pada buku masing-masing.

Seketika kemudian kekhusyukan mereka diganggu dengan deringan telefon bimbit Syafiq. Adam yang sempat melirik ke arah skrin telefon bimbit yang diletakan hanya bersebelahan dengannya itu sedikit tersentak. Tertera nama Zana pada skrin. Syafiq lantas menjawab panggilan sebelum bergerak sedikit jauh dari Adam. Adam memerhati Syafiq. Zana? setahunya Syafiq sudah lama berpisah dengan Zana, tapi kenapa mereka masih berhubung? Seketika kemudian Syafiq kembali ke tempatnya. Adam masih menatapnya dalam. Dia jadi serba salah. Dia ingin sangat mahu tahu, cuma dia masih rasa teragak-agak untuk bertanya.

"apahal kau pandang aku macam tu?"soal Syafiq selepas tidak selesa dipandang begitu oleh Adam.

"yang tadi tu...Zana ye?" soal Adam.

"mana kau tahu?"

"aku ternampak skrin phone kau tadi."ujar Adam jujur. Syafiq hanya mengangguk membenarkannya.

"tapi, kau dengan  Zana kan dah...."

"kitorang dah kapel balik." ujar Syafiq selepas melihat Adam teragak-agak untuk menamatkan ayatnya.

"seriously?" soal Adam sedikit tidak percaya. Syafiq hanya mengangguk.

"but...how...i mean....apa cerita ni?" soal Adam keliru. Syafiq tergelak kecil dengan riaksi Adam.

"dia datang jumpa aku minggu lepas, dia kata dia dah buat silap dulu, then dia nak kapel dengan aku balik." cerita Syafiq. Adam mengangguk faham.

"jadi, masalah yang kau cerita kat aku dulu tu, pasal Zana ke?"

"eh tak...yang tu orang lain."

"siapa?" soal Adam. Sekali lagi Syafiq tersentak. Tak mungkin dia mahu cerita pada Adam yang itu semua mengenai Amri.

"ada lah..." Syafiq cuba berdalih. Adam mula berprasangka. Dia tahu Syafiq menyembunyikan sesuatu.





Aidit berlari anak mendapatkan telefon bimbitnya yang berbunyi. Tak tahu untuk yang keberapa kali. Dia baru sahaja selesai mandi. Bergegas dia membuka kunci biliknya tadi.

"helo..."ucap Aidit.

"helo..Aidit.."kedengaran suara Amri dihujung talian.

"ha..abang, kenapa?"soal Aidit kembali sambil mengelap rambutnya dengan tuala.

"kenapa tak angkat abang call tadi?"

"saya tadi kat bilik air la bang, baru lepas mandi ni. sorrylah.."

"ooh... ye ke, tak pelah, Aidit, tolong tengok abang punya laci meja, ada tak wallet abang kat dalam tu?" soal Amri kedengaran bernada risau.

"wallet? kejap..."ujar Aidit sambil bergerak ke meja Amri. Laci meja dibuka dan dibelek. Kelihatan sebuah beg duit kulit disitu. Beg duit itu dibelek.

"ada ni ha.."balas Aidit.

"ada? alhamdulillah, abang ingat tercicir kat mana lah tadi."Amri menarik nafas lega.

"ada ni kat sini, abang tu la yang cuai."balas Aidit pula. Amri hanya ketawa kecil dihujung talin.

"okeylah Dit, terima kasih."

"okey.."balas Aidit sebelum menamatkan talian. Aidit membelek sedikit beg duit milik Amri itu sebelum meletakn semula ke dalam laci. Entah bagaimana, beg duit itu terlepas dari tangnnya dan jatuh ke lantai. Aidit mengambil semula beg duit yang terbuka apabila terjatuh tadi. Sebelum sempat beg duit itu ditutup semula, Aidit tertancap pada sekeping gambar yang disemat elok di dalam beg duit itu. Gambar Amri dan seorang lelaki. Siapa? Aidit tidak mengenalinya.

"siapa ni?" soal Aidit sendiri. Entah kenapa melihatkan kemesraan mereka berdua di dalam gambar itu membuatkan hati Aidit sedikit sakit.



"aku ada dengar cerita yang Abang Amri ni selalu rampas awek kawan baik dia sendiri. betul ke?"


Tiba-tiba perbulannya dengan Syikin dulu terngiang diingatan.

"ini ke kawan kawan baik abang Amri yang Syikin cakap tu?"Aidit menyoal dirinya sendiri. Tak semena peristiwa di padang tak berapa lama dulu kembali terimbau diingatannya. Aidit merenung wajah lelaki itu lagi. Kini dia yakin dia memang nampak lelaki ini di padang pada masa itu. Dan dia yakin yang lelaki inilah yang dilihat oleh Amri. Kini timbul pula persoaln lain. Apa yang sudah jadi dengan hubungan mereka? Kenapa Amri selalu melihat lelaki ini berlatih di padang namun tak pernah menugur? Berbagai persoalan lain mula timbul dalam fikriannya. Aidit lantas meletakkan kembali beg duit itu ke dalam laci dan menutup semula laci itu. Perasaan ingin tahu dalam dirinya jadi makin kuat. Apa yang sebenarnya dah jadi pada Amri?








"awak, best juga ye makan kat tempat ni." puji Zana selepas menyedut sedikit jus orennya. Syafiq hanya tersenyum.

"awak tak pernah datang sini ke?"soal Syafiq kembali.

"tak pernah, ni lah pertama kali. Tak kan saya nak datang seorang-seorang makan kat sini pulak."

"boyfriend awak dulu tak pernah bawak awak datang sini?"

"mana pernah."jawab Zana ringkas. Memorinya mengenai Amri tiba-tiba muncul kembali.

"ye ke ni?"soal Syafiq mengusik.

"awak, jangan cakap pasal dia boleh tak?!"Zana sedikit marah.

"awak, siapa sebenarnya lelaki tu? saya teringin sangat nak tahu." ucap Syafiq lagi. Zana sedikit tersentak.

"kenapa awak nak tahu?"

"awak tak payah lah risau, saya bukan nak pergi tumbuk muka dia ke apa, saja je nak tahu. curious."ucap Syafiq bernada gurau.

"saya kalau boleh tak nak bercerita pasal ni pada awak sebab sebenarnya awak kenal sangat dengan dia."

"saya kenal dia?" soal Adam. Zana mengangguk.

"awak kenal dia. Kenal sangat. Sebab tu saya tak nak bagitahu. Saya takut sesuatu terjadi pada hubungan awak berdua."

"ok...now you got my attention. Sekarang ni bagitahu, siapa dia?"

"awak betul nak tahu?" soal Zana serius. Syafiq hanya mengguk menunjukan keseriusannya.






bersambung....





2 comments:

  1. ble nk smbg criter....... ltih ar tggu lame2

    ReplyDelete
  2. like it so much

    ReplyDelete