Wednesday, 29 January 2014

Our Love Story (Bahagian 10)





Bahagian 10: The silver lining.






Syafiq dan Amri duduk bersebelahan di sebuah bangku yang diletak berhampiran padang. Untuk seketika masing-masing hanya terdiam seribu bahasa. Kalau dulu, waktu berduaan beginilah sesuatu yang amat ditunggu oleh Amri mahupun Syafiq. Tapi kini hanya kesunyian yang menyelubungi. Masing-masing terkunci mulut.

"kau apa khabar?" soal Syafiq memecah kesunyian.

"baik...kau?" balas Amri pula.

"baik.." jawab Syafiq. Sekali lagi mereka berdua berdiam.

"apa hal yang kau nak cakap tu?" soal Amri selepas mengumpul kekuatan untuk bertanya. Syafiq terdiam lagi. Syafiq menoleh memandang wajah Amri dalam. Rindu benar dia dengan wajah itu. Lama benar rasanya dia tidak dapat menatap wajah ini sedekat ini. Syafiq kembali memandang kedepan sebelum menarik nafas panjang.

"aku....aku dah kapel balik dengan Zana."ucap Syafiq. Amri tersentak. Darahnya bergerak laju.

"oh... yakah, baguslah...tahniah."ucap Amri dengan suara bergetar. Wajahnya mengukir senyum, namun hatinya sudah menangis. Syafiq menoleh memandang wajah Amri lagi.

"Zana.......dia dah cerita semua pada aku." ucap Syafiq lagi. Amri hanya diam mendengar.

"dia dah cerita semua yang kau dah buat pada hubungan kami dulu."ucap Syafiq berterus terang. Amri tersentak. Segalanya sudah terbongkar.

"aku percaya apa yang dia cakap, dan aku tahu apa sebab dia. Cuma aku tak puas hati selagi aku tak dengar sendiri dari mulut kau."ucap Syafiq lagi. Amri memandang wajah Amri dalam. Jelas terpancar keseriusan di wajahnya. Amri tersandar pada kerusi sebelum menarik nafas dalam. Tak guna lagi rasanya untuk dia berdalih lagi. Baik dia berterus terang sahaja. Tidak ada apa lagi yang perlu dirahsiakan. Tiada harapan lagi untuk mereka bersama. Syafiq sendiri telah kembali bersama dengan Zana. Dia perlu berundur. Dia perlu tamatkan segalanya dan lupakan Syafiq. Walaupun dia tahu dia tak akan mampu untuk melakukannya, namun dia sedar itu adalah yang terbaik.

"sebelum aku cerita pada kau semunya, aku nak kau janji dengan aku sesuatu." ucap Amri tenang.

"apa dia?"


Saturday, 25 January 2014

Our Love Story ( Bahagian 9)





Bahagian 9: The curtain was opened.




Syafiq termenung sendiri di balkoni rumah sewanya. Malam ini dia bersendirian. Memang kebiasannaya malam minggu sebegini dia bersendiri. Rakan-rakannya yang lain semua sibuk dengan urusan masing-masing. Fikiran Syafiq melayang jauh. Cerita Zana pada petang tadi masing terngiang diingatannya. Memang dia terkejut dengan cerita Zana, tapi dalam masa yang sama juga dia tahu apa sebabnya. 



"lelaki tu kawan baik awak sendiri."ucap Zana berterus terang.

"kawan baik saya? maksud awak?"

"Amri."

"Amri?!" Zana mengangguk perlahan.

"tapi kenapa?"soal Syafiq pula.

"dia kata dia nak uji kesetiaan saya pada awak. Dia yang mula goda saya. Dia mula dekati saya selepas awak keanlakan kami berdua dulu. Pada mulanya, dia selalu bertemu saya dibelakang awak. Lepas tu kami mula berhubung dengan telefon. Call...mesej dan macam-macam lagi. Mulanya saya tak nak layan. Tapi dia pandai memujuk, dia pandai berkata-kata sehinggakan saya mula kalah. Secara diam-diam, saya mula menjalin hubungan dengan dia dibelakang awak.  Dia pengaruhi saya untuk putuskan hubungan dengan awak. Bila saya dah nekad, saya pun putuskan hubugan dengan awak. Tapi sebaik saja lepas tu, dia terus tinggalkan saya. Dia kata saya perempuan yang tak setia. Dia goda saya sebab nak lihat kesetian saya pada awak. Dia tipu saya."cerita Zana panjang lebar. Syafiq hanya mendengar.

"awak, saya menyesal dengan apa yang saya buat dulu. Saya janji yang untuk kali ni, walau apa pun yang terjadi saya akan tetap setia dengan awak."Zana mengurai janji. Syafiq hanya tersenyum sebagai riaksi. Namun sebenarnya senyuman itu hanya untuk menutup gelodak hatinya. 

Syafiq tersentak dari lamunannyas ebaik terdengar pintu rumah sewanya dibuka.

"Assalamualaikum."kedengaran suara orang memberi salam. Syafiq berpaling memandang pintu. Rakan serumahnya telah pulang.

"Waalaikumussalam."jawabnya ringkas sebelum kembali memandang ke luar.



"Terima kasih bang temankan  saya beli barang ni."ucap Aidit sebelum menyedut air minumannya. Tadi Amri menemaninya membeli barang untuk tugasannya. Selepas habis semua barang dibeli, mereka singgah di restoran makanan segera ini untuk makan tengah hari.

"tak ada apalah tu, hal kecil je."balas Amri pula. Untuk seketika mereka hanya diam dan khusyuk menelan semua makanan yang telah diberi. Entah kenapa, tiba-tiba Aidit teringatkan gambar yang dijumpainya dalam beg duit milik Amri tempoh hari. Rasa ingin tahunya amat kuat. Sudah lama dia menimbang untuk bertanyakan soal itu pada Amri namun dia masih belum punya kekuatan untun membuka mulut. Tapi hari ini dia erasakan yang inilah masa yang sesuai untuknya bertanyakan soal itu.

"abang, Aidit tanya sikit abang jangan marah ya."soal Aidit. Amri mendongak sedikit.

"apa dia?"

"janji dulu jangan marah."

"ok...abang tak marah. Apa dia?" Aidit diam seketika. Masih berkira-kira mahu bertanya atau tidak.

"hari tu, masa abang call suruh saya tengokkan abang punya beg duit.." Aidit berhenti seketika. Amri hanya setia mendengar.

"masa saya ambil beg duit abang tu..." Aidit berhenti lagi.

"saya tak sengaja terbuka beg tu." Amri mula jadi kurang senang.

"jadi.."soal Amri. Darahnya mula bergerak laju.

"saya ternampak gambar abang dengan seorang lelaki." Syafiq jadi gementar. Dia sudah mengagak memang itu yang akan disoalkan oleh Aidit apabila Aidit memberitahunya yang dia telah melihat isi kandungan beg duitnya.

"siapa lelaki tu?"soal Aidit lagi. Amri tertunduk. Dia masih cuba mengawal emosi.

"kawan..."jawab Amri ringkas. Aidit merasa tidak puas dengan jawapan itu. Entah kenapa dia begitu yakin yang Amri dan lelaki itu bukan sekadar kawan biasa.

"abang selalu pergi padang untuk tengok dia kan?"soal Aidit lagi. Amri tersentak.

"ma...mana ada..." Aidit hanya diam dengan riaksi Amri. Dengan riaksi Amri yang sebegitu, dia jadi benar-benar yakin yang ada sesuatu antara Amri dan lelaki itu.

"abang dengan dia bukan kawan biasa kan?"duga Aidit lagi.

"cukup !!!"Amri tiba-tiba meninggikan suara. Aidit tersentak. Amri meraup wajahnya dan cuba menenangkan dirinya semula.

"ab....abang minta maaf. Abang dan janji takkan marah tadi.."ucap Amri selepas tersedar ketelanjurannya. Aidit hanya diam. Dia masih terkejut. Dia tak pernah melihat Amri sebegitu.

"abang minta maaf Aidit. Cuma, jangan cakap pasal tu lagi."ucap Amri lagi.

"sorry.."balas Aidit pula yang berasa bersalah.




Syafiq duduk bersendirian di sambil fikirannya mula melayang. Banyak benda yang bermain difikirannya. Namun hal paling besar yang sedang difikirkannya adalah soal Amri. Persoalan tentang apa yang telah diceritakan oleh Zana tempoh hari. Dia kata-kata menguji kesetian itu hanya sekadar alasan. Dia sangat pasti sebab sebenar kenapa Amri bertindak begitu. Dia yakin yang Amri menggoda Zana hanya kerana mahu melihat mereka berpisah. Namun Syafiq masih belum berpuas hati jika tidak mendengar alasan sebenar dari mulut Amri sendiri. Kini dia mula terfikir adakah Amri berbuat begitu pada kesemua teman-teman wanitanya dulu?

"woit...apa dimenungkan tu!"teguran dari Adam itu mengejutkan Syafiq dari lamunannya.

"eh...tak ada apalah." Syafiq berdalih.

"kau ni aku tengok makin lama makin kusut. Termenung sana, termenung sini. Dah macam orang angau. Aku ingatkan bila kau dah balik denngan Zana semua dah okey. Ni lain pulak jadinya. Apa masalah kau sebenarnya?"

"entahlah Adam, aku pun tak tahu. Aku pun ingat macam tu jugak dulu." balas Syafiq.

"kalau kau nak kongsi dengan aku, kau ceritalah. Kalau aku boleh tolong, aku tolong."ucap Adam mengambil berat. Syafiq tersenyum mendngarnya.

"thanks Adam, kau lah kawan baik aku dunia akhirat."ucap Syafiq. Adam hanya tergelak kecil.

"so, apa masalahnya?" soal Adam lagi. Syafiq merenung Adam lama. Berkira-kira samada untuk bercerita pada Adam atau tidak.

"aku....aku rasa, aku belum sedia lagi nak cerita pada sesiapa."ucap Syafiq. Adam hanya diam. Dia faham apa yang dirasai oleh Syafiq. Dia juga pernah satu ketika ada masalah yang tak mampu untuk diceritakan pada sesiapa.

"baiklah, kalau kau dah kata macam tu, aku tak akan paksa kau untuk bercerita. Aku doakan kau dapat selesaikan masalah tu."

"terima kasih Adam."

"cuma aku nak cakap pada kau satu benda, masalah atak akan pernah selesai sekiranya kita terus melarikan diri. Ada masanya sesuatu itu masalah itu lebih mudah untuk diselesaikan daripada apa yang kita sangka kalau kita berdepan dengan masalah tu."Adam memberikan nasihat. Dia bercakap daripada pengalaman.





"kau nak apa tiba-tiba nak jumpa aku ni?" soal Syikin pada Aidit sebaik mereka berdua merebahkan punggung di atas bangku di kafetaria itu.

"ada benda aku nak minta tolong kau ni."ucap Aidit pula.

"tolong apa?"

"aku nak kau tolong siasat sesuatu." Bulat mata Syikin mendengarkan permintaan Aidit itu.

"siasat? dah macam spy lak ni...siasat apa pulak?" soal Syikin ingin tahu.

"aku nak minta tolong kau cari tahu sesuatu, pasal abang Amri."

"Abang Amri? kenapa pulak dengan dia?"

"aku nak kau tolong cari maklumat pasal kawan baik dia tu, dan macam mana hubungan mereka yang sebenarnya."

"apa maksud kau 'hubungan mereka yang sebenarnya' ?" soal Syikin keliru. Aidit terdiam. Tak tahu jawapan apa yang patut diberikan.

"kau siasat je lah.."balas Aidit pula.

"aku boleh siasat, hal kecil je tu, cuma kenapa kau nak tahu pasal tu?"

"tak adalah apa, aku cuma...nak tahu...." dalih Aidit.

"kau ni lain macam je...macam....kau jangan kata yang kau.....kau bukan gay kan?" duga Syikin. Merah wajah Aidit bila dia disoal begitu.

"ish kau...mana ada...!!!"nafi Aidit keras. Namun wajahnya yang memerah tidak mampu disorokan.

"aku bukan apa, aku cuma ada dengar cerita yang peminat abang Amri tu bukan sekadar perempuan. Yang lelaki pun ada jugak. Kot lah kau ni salah seoarang dari lelaki-lelaki tu. Tambah pulak kau sebilik dengan dia. Dah tentu kau tahu sesuatu yang orang lain tak tahu." ucap Syikin lagi. Aidit semakin resah. Dia sendiri masih keliru dengan pearasaannya sendiri.

"its okey....kau kenal aku kan. Aku okey je dengan hal-hal yang macam ni. Kau still kawan aku kalau kau gay pun. Dan aku tak akan bagitahu sesiapa. Rahsia kau selamat dengan aku."Syikin cuba mengorek rahsia. Aidit memandang Syikin dalam. Benar dia, kenal Syikin. Syikin seorang gadis yang sangat liberal dan seorang yang sangat pandai menyimpan rahsia. Aidit mula menimbang untuk bertereus terang sahaja.

"kalau kau tak nak cerita tak apa, aku tak paksa."

"aku bukan gay...sumpah bukan gay. Cuma, aku ada rasa sesuatu pada abang Amri."Aidit bercerita. Syikin tersenyum selepas berjaya mempengaruhi Aidit untuk bercerita.

"kau suka abang Amri? maksud aku...cinta?"

"mungkin....entah...aku tak tahu. Aku keliru. Dulu aku tak macam ni, tapi sejak sebulan lepas setiap kali aku tengok dia senyum hati aku akan berdegup laju macam orang jatuh cinta."

"dia goda kau ke?"

"tak...dia tak buat apa-apa pun. Cuama aku sahaja yang ada perasaan macam tu."

"hebat abang Amri ni, lelaki pun dia boleh goda, walaupun tanpa dia sedar."ucap Syikin pula. Aidit tergelak kecil dengan kata-kata Syikin itu.

"jadi, apa kena mengena dengan kawan baik dia tu?" soal Syikin lagi.

"aku cuma pelik. Hari tu aku ada ternampak gambar abang Amri dengan kawan baik dia tu. Gambar diorang sangat mesra. Tapi aku tak pernah nampak diorang berjumpa pun sekarang ni. Bila aku tanya, abang Amri marah. Dia macam sedang nak lupakan kawan baik dia tu. Aku cuma syak yang hubungan mereka tu bukan kawan biasa. Ada sesuatu antara mereka. Abang Amri tak akan respon sampai macam tu aklau mereka cuma kawan biasa." cerita Aidit lagi.

"kau cemburu ya?" duga Syikin. Aidit tersentak disoal begitu.

"mungkin...."ucap Aidit perlahan. Syikin tersenyum.

"oh ya...aku baru teringat sesuatu."ucap Syikin pula. Aidit memandang Syikin tepat.

"kau ingat tak aku pernah tanya kau soal yang sama dulu?" soal Syikin. Aidit mengangguk setuju.

"mungkin hal tu ada kaitannya."ucapnya lagi. Aidit mengangguk lagi.

"okey...aku ambil kes ni."ucapnya lagi. Aidit tersenyum mendengarkan kata-kata Syikin, dah macam penyisat profesional pulak.

"okeylah...aku gerak dulu, ada kelas. Bila aku dah dapat apa-apa nanti, aku call kau."ucap Syikin sambil bangun dan menyandang semula begnya.

"eh...Syikin..."

"don't worry.....your secret save..."ucap Syikin sambil tersenyum. Aidit turut tersenyum.





Perlahan Aidit mendekati Amri yang sedang duduk sendiri di kafetaria. Sejak kejadian di restoran makanan segera tempoh hari, Amri seakan mengelak untuk bercakap dengan Aidit. Kini Aidit tekad untuk selesaikan segalanya. Dia perlu mohon maaf.

"Assalamualaikum.."Aidit memberi salam.

"Waalaikumussalam.."jawab Amri.

"boleh saya duduk sini" soal Aidit. Amri hanya mengangguk. Aidit segera mengambil tempat di hadapan Amri.

"Aidit tak makan?"soal Amri sambil menyuap makanan ke mulutnya. Aidit hanya menggelang.

"Abang marah saya lagi ke?"soal Aidit. Amri memandang wajah Aidit sekilat.

"mana ada abang marah, marah sebab apa pulak."

"saya tahu, abang masih marah saya pasal hal hari tu. Saya minta maaf bang."ucap Aidit separuh merayu. Amri tersenyum melihat riak wajah Aidit. Comel pula dia merayu begitu.

"yelah...abang maafkan, cuma....jangan bangkitkan isu tu lagi."ucap Amri pula. Aidit tersenyum lebar.

"ok...janji...tak cakap lagi pasal tu." ucap Aidit pula. Mereka berdua tersenyum senang. Untuk kesekian kalinya Aidit tergoda  dengan senyuman manis Amri.

"Assalamualaikum."

"Waalaikumussalam."jawab mereka berdua serentak sambil menolah ke arah datangnya suara itu. Amri tersentak. Aidit juga tersentak.

"Syafiq...."ucap Amri perlahan.

"Am....boleh kita bercakap sekejap?" soal Syafiq. Aidit hanya berdiam. Dia tahu, inilah lelaki yang ada di dalam gambar yang dilihatnya temph hari. 

'apa yang dia mahu?' soal Aidit dalam hatinya.






bersambung......






p/s: lama gila tak sambung cerita ni...hihih...harap pembaca setia tak larilah...enjoy reading...







Wednesday, 22 January 2014

Bayu Arjuna (PROMO)










"Malika mungkin seorang ahli sihir yang hebat, namun itu tidak bermakna tiada cara untuk menghapuskan sihirnya."ucap Pendeta Adipati tenang.
"Wahai Pendeta, katakanlah, apa yang boleh aku lakukan untuk pulih dari sihir ini." ucap Putra Arjuna bersungguh. Bayu hanya mengangguk setuju disebelahnya.
"Malika menyihirmu kerana cinta, maka penawarnya juga harus dengan cinta." ucap Pendeta Adipati lagi.
"Apa maksudmu wahai pendeta?"soal Bayu pula.
"Sihir ke atasmu akan terhapus sekiranya kamu merasai sebuah cinta sejati."
"cinta sejati?" 





Bayu Arjuna, kisah sebuah kembara Sang Putera yang tersihir bersama seorang pemuda biasa yang berhati mulia. Dalam kembara mencari penawar dan cinta sejati.






p/s: cerita baru dari aku....aku nak feedback dari korang. Agak-agak best tak kalau aku buat cerita cam ni? setakat ni baru ada satu episod je....jangan risau, aku tak akan tinggalkan our love story cam tu je...and cerita ni MUNGKIN hanya akan diterbitkan selepas our love story tamat. So please comment and let me know what you think dengan genre yang macam ni. Fantasy Historical Fiction...hahahah








Sunday, 19 January 2014

Hallooooo!!!!






Hello..

Hi guys..

Assalamualaikum...


apa khabar semua??..lama gila x update blog...rindu sgt...

selamat bercuti pada budak u yg tengah bercuti cam aku...huhuh

rasa sangat best bila dapat balik rumah....

so, i will staying here till next march... so dalam tempoh tu insyaallah aku akan update blog regularly..

insyaallah...

Our Love story pun akan disambung semula....tengah nak cari idea je sekarang ni...

so..tu je nak cakap....till next post..hihi..





p/s: selamat tahun baru 2014 pada semua...harap tahun ni akan jadi lebih baik dari tahun sebelumnya..

p/s: harap readers aku belum lari lagi...hihihih...dan harap juga dapat lebih ramai readers baru tahun ni..hihih

p/s: harap jugak dapat jumpa budak hensem tu dalam tempoh aku cuti ni..hihi...rindu kat dia...