Wednesday, 29 January 2014

Our Love Story (Bahagian 10)





Bahagian 10: The silver lining.






Syafiq dan Amri duduk bersebelahan di sebuah bangku yang diletak berhampiran padang. Untuk seketika masing-masing hanya terdiam seribu bahasa. Kalau dulu, waktu berduaan beginilah sesuatu yang amat ditunggu oleh Amri mahupun Syafiq. Tapi kini hanya kesunyian yang menyelubungi. Masing-masing terkunci mulut.

"kau apa khabar?" soal Syafiq memecah kesunyian.

"baik...kau?" balas Amri pula.

"baik.." jawab Syafiq. Sekali lagi mereka berdua berdiam.

"apa hal yang kau nak cakap tu?" soal Amri selepas mengumpul kekuatan untuk bertanya. Syafiq terdiam lagi. Syafiq menoleh memandang wajah Amri dalam. Rindu benar dia dengan wajah itu. Lama benar rasanya dia tidak dapat menatap wajah ini sedekat ini. Syafiq kembali memandang kedepan sebelum menarik nafas panjang.

"aku....aku dah kapel balik dengan Zana."ucap Syafiq. Amri tersentak. Darahnya bergerak laju.

"oh... yakah, baguslah...tahniah."ucap Amri dengan suara bergetar. Wajahnya mengukir senyum, namun hatinya sudah menangis. Syafiq menoleh memandang wajah Amri lagi.

"Zana.......dia dah cerita semua pada aku." ucap Syafiq lagi. Amri hanya diam mendengar.

"dia dah cerita semua yang kau dah buat pada hubungan kami dulu."ucap Syafiq berterus terang. Amri tersentak. Segalanya sudah terbongkar.

"aku percaya apa yang dia cakap, dan aku tahu apa sebab dia. Cuma aku tak puas hati selagi aku tak dengar sendiri dari mulut kau."ucap Syafiq lagi. Amri memandang wajah Amri dalam. Jelas terpancar keseriusan di wajahnya. Amri tersandar pada kerusi sebelum menarik nafas dalam. Tak guna lagi rasanya untuk dia berdalih lagi. Baik dia berterus terang sahaja. Tidak ada apa lagi yang perlu dirahsiakan. Tiada harapan lagi untuk mereka bersama. Syafiq sendiri telah kembali bersama dengan Zana. Dia perlu berundur. Dia perlu tamatkan segalanya dan lupakan Syafiq. Walaupun dia tahu dia tak akan mampu untuk melakukannya, namun dia sedar itu adalah yang terbaik.

"sebelum aku cerita pada kau semunya, aku nak kau janji dengan aku sesuatu." ucap Amri tenang.

"apa dia?"





"pertama, aku nak kau janji apa sahaja yang aku cerita pada kau nanti, aku nak itu jadi rahsia antara kita sahaja." ucap Amri lagi tenang.

"yang kedua?"

"yang kedua, aku nak kau dengar semua yang aku akan cerita dari mula sampai habis. Jangan potong tengah-tengah."

"itu je?"

"itu je."

"okey.." Amri tersenyum pada Syafiq sebelum melepaskan satu keluhan kecil. Syafiq hanya diam menanti Amri bercerita.

"kau ingat lagi tak macam mana kita boleh berkawan  dulu?" Syafiq hanya berdiam sambil cuba mengingat kembali memori hampir 20 tahun dulu.

"masa tu kita baru 5 tahun, kau 'selamatkan' aku dari kena buli."cerita Amri diikuti ketawa kecil.

"padahal waktu tu sebenarnya aku bukan kena buli pun. Ada budak sekolah rendah nak bagi aku gula-gula, tapi kau ingat budak-budak tengah pau aku."cerita Amri lagi. Syafiq tersenyum kecil apabila teringatkan memori itu.

"kelakar betul."ucap Amri lagi diikuti ketawa.

"waktu tu, aku rasa kau ni budak pelik. Tapi lama-lama aku jadi suka berkawan dengan kau. Kau baik sangat. Sejak tu aku jadi suka pada kau, kau la kawan yang sangat aku sayang."cerita Amri. Syafiq hanya setia mendengar.

"Bila kita makin besar, dah masuk sekolah menengah, aku mula sedar yang sayang aku pada kau tak sama macam sayang aku pada kawan-kawan kita yang lain. Kau special. Kau ingat lagi tak masa form 1 dulu, masa kau dapat girlfriend yang pertama? Kau ingat lagi tak macam mana aku marah kau waktu tu? Aku kata kau lebih pentingkan girlfriend kau dari aku. Seminggu lebih aku tak bercakap dengan kau, sampai kau kena pujuk aku berhari-hari." Syafiq hanya mengangguk setuju.

"waktu tu kita tak matang lagi kan, suka buat benda ikut perasaan. Bila kita makin besar aku mula sedar yang perasaan aku pada kau tu salah. Waktu tu juga aku mula sedar yang aku ni lain dari orang lain. Aku gay, aku suka lelaki, dan aku suka kau." cerita Amri lagi sambil sesekali dia melirik memandang wajah Syafiq.

"aku tahu aku tak sepatutnya ada perasaan sebegitu pada kau, tapi aku tak boleh nak halang perasaan kau. Semakin aku cuba untuk lupakan perasaan tu, perasaan  tu makin kuat. Aku tak mampu nak lawan. Akhirnya aku terima saja perasaan tu. Sejak tulah aku mula rasa yang kau ni hak aku, aku tak mahu ada orang lain dekat dengan kau."

"Apa yang Zana cerita pada kau tu memang betul. Memang aku goda dia, aku bagi alasan nak uji kesetian dia, tapi tujuan sebanar aku adalah untuk pisahkan dia dengan kau. Bukan Zana seorang, aku buat benda yang sama pada semua teman wanita kau dulu sejak di sekolah  menengah lagi." Amri berterus terang. Syafiq yang sudah memang menduga tidak terlalu terkejut. Namun dia rasa lega Amri berterus terang.

"Masa kita di pulau dulu, bila aku cakap yang aku suka pada kau, aku tak tipu, aku betul-betul suka kau, sayang kau dan cintakan kau."ucap Amri ikhlas sambil memandang Syafiq tepat.

"bila aku cium kau pada petang tu, kau tak tunjuk yang kau tak suka, jadi aku ingat kau pun ada perasaan yang sama dengan aku. Malam tu pulak, bila kau tak tolak aku, aku jadi benar-benar yakin yang kau juga ada perassaan yang sama dengan aku. Aku betul-betul gembira. Cinta aku pada kau yang berputik 10 tahun dulu akhirnya terbalas."cerita Amri tekun.

"Tapi rupanya tak, aku silap, hanya aku yang rasa begitu, kau tak kan?" soal Amri sambil memandang wajah Syafiq dalam. Syafiq lantas berasa bersalah.

"Syafiq, bila aku cakap yang aku sukakan kau, aku tak pernah tipu. Aku benar-benar suka pada kau, aku cintakan kau. Tapi aku tahu, kau sekarang dah benci aku kan?" ujar Amri yang kini dengan suara yang mula bergetar. Amri sebak.

"aku sedar aku salah, memang aku yang bersalah, aku tak patut goda kau malam tu. Tak, bukan, aku tak sepatutnya ada perasaan begini pada kau sejak awal lagi. Aku salah. Aku minta maaf. Minta maaf sangat-sangat." ucap Amri serius yang kini matanya mula berair. Syafiq sedikit tersentak. Dia tak pernah melihat Amri menangis sebelum ini.

"Masa kita jumpa di kampung dulu, dan kau putuskan hubungan kita, aku masih berharap aku masih ada peluang untuk betulkan keadaan. Tapi bila aku dapat tahu kau tolak tawaran tinggal di kolej, dan kau terus-terusan menjauhkan diri dari aku, aku sedar yang antara kita memang benar-benar berakhir. Tapi aku masih berharap kita boleh tamatkan semuanya dengan cara baik." ucap Amri sambil mengesat air mata yang mula menitis. Dia kemudiannya cuba mengukir senyum sebelum memandang wajah Syafiq. Entah kenapa, melihatkan Amri begini, Syafiq juga jadi sebak.


"Bagus juga kau sudi nak jumpa aku hari ni, bolehlah kita tamatkannya dengan cara baik." Ujar Amri lagi. Syafiq sedikit keliru, apa maksud Amri?

"maksud kau?"soal Syafiq. Amri tersenyum hambar.

"Syafiq...aku nak ucap terima kasih dengan kau. Aku bersyukur sangat tuhan tu dah kirimkan kau pada aku. Kau sahabat terbaik yang aku ada. 10 tahun aku berkawan dengan kau, aku bahagia sangat. Aku tak tahu dimana atau bila aku boleh jumpa sahabat macam kau lagi."ujar Amri lagi. Kini air matanya menitis lebih laju. Amri lantas mengesat air matanya dengan belakang tapak tangan. Bibirnya dipaksa lagi mengukir senyum. Syafik hanya memerhati. Amri kemudiannya menghulurkan tangannya. Syafiq yang asalnya masih teragak-agak lantas menyambut huluran tangan itu. Amri tersenyum senang.

"aku ingat bersalam dengan aku pun kau dah tak sudi."ucap Amri bernada gurau sebelum tersenyum sendiri. Seketika kemudian salaman mereka terlerai.

"Syafiq, boleh aku peluk kau?" soal Amri. Syafiq yang masih keliru hanya mengangguk perlahan. Amri lantas mendakap Syafiq erat. Syafiq jadi teragak-agak samada mahu membalas pelukan itu hanya atau hanya membiarkannya. Air mata Amri menitis lagi saat dia mendakap Syafiq. Dia tahu ini adalah kali terakhir dia berpeluang untuk melakukan ini. Di saat Syafiq membuat keputusan untuk membalas pelukan itu, Amri terlebih dulu meleraikannya. Amri tertunduk sambil mengesat air matanya.

"maaflah, aku teremosional pulak."ucap Amri sebelum disusuli ketawa kecil yang jelas dipaksa.

"Am...aku...."

"terima kasih Fiq." Amri memintas. Amri memandang wajah Syafiq dalam buat kali terakhir. Dia tidak tahu bila lagi dia boleh melihat wajah Syafiq dari jarak sedekat ini. Amri kemudiannya lantas bangun dan terus meninggalkan lokasi itu. Syafiq menghantar Amri pergi dengan matanya. Entah kenapa hatinya terasa berat, rasa sebak. Dia terasa sesuatu yang amat bernilai padanya telah pergi.

"Am.." nama Amri disebut perlahan. Rasa sesal kembali menghambat dirinya.




Aidit memerhati Amri yang duduk sendiri di mejanya. Sejak dia pulang dari bertemu dengan Syafiq tempoh hari keadaannya begini. Selalu termenung. Diam tidak berkata-kata. Makan pun kurang. Kerap juga dia tidak ke keelas.Keadaannya seakan balik seperti dulu. Ada juga Aidit bertanya, cuba untuk tahu, namun Amri tidak menjawab. Dia sekan lebih suka untuk memendam segalanya sendiri. Risau Aidit dibuatnya.

"Abang, kita pergi dinner jom."ajak Aidit.

"Tak apalah, Aidit pergilah."ucap Amri lesu.

"ah...abang nak apa-apa tak? saya belikan."ucap Aidit lagi. Amri hanya menggeleng. Aidit akur dan terus berlalu pergi menuju ke kafetaria. Aidit melepaskan keluhan berat. Apa yang telah berlaku sebenarnya? Hatinya menyoal sendiri. Belum sempat kakinya melangkah jauh, tiba-tiba telefon bimbitnya berbunyi. Tertera nama Syikin di skrin telefon.

"helo...."

"helo Aidit...."

"syikin..."

"aku dah ada maklumat yang kau nak tu." kedengaran suara Syikin dihujung talian. Aidit tersenyum sendiri.



"Apa yang kau tahu."soal Aidit sebaik dia duduk dihadapan Syikin. Syikin hanya tersenyum.

"aku  tak tahu banyak sangat, cuma apa yang aku tahu abang Amri dan Abang Syafiq tu dulu memang berkawan baik. Mereka kawan sejak kecil lagi. Diorangs angat rapat. Dimana ada Amri, disitulah ada Syafiq. Begitu juga sebaliknya. Tapi, tak tahu apa yang berlaku, tiba-tiba hubungan diorang jadi renggang. Syafiq tiba-tiba tolak tawaran kolej dan duduk menyewa diluar. Diorang pun langsung tak pernah berjumpa selepas tu." cerita Syikin. Aidit hanya mendengar.

"jadi apa yang sebenarnya berlaku?" soal Aiidt pula.

"tak ada siapa yang tahu. Diorang saja yang tahu apa yang berlaku."

"jadi sebenarnya, hubungan Abang Amri dan Abang Syafiq tu macam mana?" soal Aidit lagi.

"kalau kau tanya mereka tu ada hubungan yang lebih dari seorang kawan, tu aku tak tahu. Mungkin ya, dan mungkin tidak. Tapi apa yang aku tahu, mereka berdua tu sangat rapat." Aidit hanya mengangguk faham.

"kau okey tak ni?" soal Syikin pula selepas melihatkan wajah Aidit yang gusar.

"aku okey je..."

"ye ke ni? lain je aku tengok."

"aku okey...cuma..."

"cuma...?"

"dua hari lepas, Abang Syafiq ada datang jumpa Abang Amri."

"ha?..yakah?" Syikin teruja. Aidit mengangguk.

"aku tak tahu apa yang jadi, tapi aku yakin something just happen. Abang Amri balik lepas tu, dia nangis."

"seriously?"soal Syikin lagi. Aidit mengangguk lagi.

"sekarang ni, Abang Amri dah balik jadi macam dulu. No, its worst. Sekarang ni, dia selalu termenung, makan pun tak berapa nak. Aku jadi risau tau." cerita Aidit. Syikin hanya mengangguk faham.

"kau nasihatkan lah Abang Amri tu,  tak elok dia berterusan macam tu." ucap Syikin pula. Aidit mengangguk setuju.



"Assalamualikum."Aidit memberi salam sebelum masuk ke biliknya. Dia memandang sekeliling. Kelihatan Amri sedang tidur di atas katilnya. Aidit masuk perlahan dan meletakan barangnya di atas meja belajarnya. Aidit berpaling pula ke meja Amri. Bungkusan nasi yang dibelinya tengah hari tadi untuk Amri masih ada disitu. Aidit mendapatkan bungkusan itu. Bungkusan itu berat, tanda masih berisi. Aidit menggelengkan kepala. Dia medapatkan pula Amri.

"Abang.."panggil Aidit selepas duduk disebelah Amri.

"Abang..."panggilnya lagi. Amri masih tidak respon.

"Abang Amri.."panggil Aidit lagi sambil memegang bahu Amri. Amri terbangun dari lenanya. Dalam keadaan mamai dia bangun.

"Aidit..."ujar Amri lemah. Beginilah keadaannya sejak dua hari lalu, kalau pun dia tak termenung, dia hanya akan tidur sepanjang hari.

"Kenapa abang tak makan nasi yang saya beli tu?" soal Aidit. Amri menoleh sedikit memandang bungkusan yang masih terletak elok di atas mejanya.

"abang tak ada selera."ucapnya malas.

"abang tak boleh macam ni. Dah, jom kita turun, makan."ajak Aidit.

"tak apalah, abang tak ada selera." balas Amri pula.

"abang...janganlah macam ni. Tak elok biar perut tu kosong, dahlah sarapan pun abang tak makan, nasi yang saya belikan tengah hari tadi pun abang tak makan, ni saya ajak pergi makan malam pun abang tak nak."

"Aidit....abang tak nak!!"ujar Amri kini sedikit tegas.

"Kenapa dengan abang ni?!! sudah-sudahlah tu, saya tak tahu apa yang dah jadi antara abnag dan abang Syafiq, tapi tak perlu sampai abang menghukum diri sendiri begini!!!!"Aidit meninggikan suara.

"Apa Aidit cakap ni?!" Amri sedikit terasa dengan kata-kata Aidit tadi.

"saya tahu sesuatu dah tak terjadi antara Abang dan abang Syafiq. Tapi walau apa pun yang terjadi, apa yang abang buat ni akan memudaratkan diri abang sendiri!!"tegas Aidit yang sedikit hilang sabar. Amri memandang wajah Aidit lama.

"Aidit tak kan faham!!!"

"kalau macam tu buatlah saya faham!!!" ujar Aidit semula. Amri jadi makin sakit hati. Aidit tak faham apa-apa. Dia tak patut masuk campur begini. Amri lantas bangun dari katil dan menuju keluar. Dia perlu keluar dari situ untuk menenangkan dirinya sendiri.

"abang!!!"panggil Aidit, namun Amri tidak mempedulikannya dan terus keluar dari bilik itu. 

Aidit menarik nafas panjang sebelum meraup wajahnya. Dia lantas merebahkan dirinya di atas katil. Dia sendiri perlu menenagkan dirinya.

"apa yang aku buat ni?"ujar Aidit menyesali perbuatannya meninggikan suara pada Amri.


Aidit berjalan perlahan mendekati Amri yang duduk berteleku di balik dinding. Mereka kini berada di tingkat paling atas bangunan kolej kediaman enam tingkat ini. Kawasan ini sebenarnya kawasan larangan, namun sebenarnya masih ramai yang kesini, terutamanya kaki rokok. Entah kenapa pihak pengurusan kolej tidak menggantikan kunci pintu yang dirosakan. Seakan macam mereka sengaja membenarkan para penghuni kolej untuk melapak disini. Aidit berdiri tidak jauh dari Amri. Masih berkira-kira untuk mendekati Amri atau tidak. Penat juga dia mncari Amri tadi apabila Amri masih belum pulang walaupun jam sudah menunjukan jam satu pagi. Tapi entah kenapa nalurinya mengatakan yang Amri berada disini. Telahannya benar, memang Amri disini. Sesekali Aidit menggosok lengannya sendiri. Angin berasa begitu dingin disini. Aidit mengatur langkah memberanikan diri mendekati Amri.

"boleh saya duduk sini?"soal Aidit perlahan. Amri berpaling memandang Aidit sekilas.

"duduklah."jawabnya perlahan. Aidit lantas duduk disebelah Amri. Untuk seketika mereka masing-masing terdiam.

"Apa yang Aidit tahu pasal Syafiq?"soal Amri memecah kesunyian. Aidit menoleh memandang Amri.

"tak ada apa yang saya tahu. Saya cuma tahu yang abang dengan dia kawan baik."cerita Aidit. Amri mengangguk faham.

"tapi saya juga tahu yang abang tak akan jadi macam ni kalau hubungan banag berdua ni sekadar kawan baik."ucap Aidit lagi. Amri sedikit tersentak sebelum memandang Aidit.

"saya yakin yang abang dengan dia ada hubungan yang istimewa....cinta...mungkin...."Aidit menduga. Amri kembali memandang ke depan. Entah kenapa dia terasa kalah. Tak mampu lagi rasanya untuk dia menyimpan semuanya sendiri. Dia sudah penat, rimas untuk terus memendam rasa. Dia mahu luahkan sahaja semuanya.

"abang hanya bertepuk sebelah tangan."ucap Amri. Aidit hanya medengar.

"abang mengaku, abang bukan lelaki normal. Abang gay. Abang suka lelaki dan abang dah jatuh cinta pada Syafiq. Lama dulu. Sejak di bangku sekolah." cerita Amri.

"abang dah tersilap langkah. Abang ingat kalau abang luahkan perasaan tu, semunya akan jadi baik. Tapi abang silap. Syafiq bukan macam abang. Dia dah benci abang sekarang." cerita Amri lagi. Air matanya mula menitis. Aidit hanya mendengar.

"Aidit boleh benci abang kalau Aidit mahu."ucap Amri lagi sambil menesat air matanya. Hati Aidit jadi sebak melihat air mata Amri yang menitis. Tiba-tiba naluri pelindungnya muncul. Dia tekad. Dia perlu lindungi lelaki ini. Dia lantas menarik Amri ke dalam dakapannya. Aidit memeluk Amri erat. Amri terkedu.

"Saya tak akan benci abang, saya ambil berat tentang abang, saya sayang abang."ucapnya. Amri masih terkedu. Aidit meleraikan pelukannya. Kedua tangan Amri diraih dan digenggam erat.

"Kalau Abang Syafiq tak boleh terima abang, saya boleh. Izinkan saya menggantikan tempat abang Syafiq dalam hati abang."ucapnya serius. Amri memandang wajah Aidit dalam.

'apa yang berlaku ni?'soal hati kecilnya.





bersambung......





p/s:...hihihihi....bersambung lagi...ambik kau....hahhaha

p/s: ....kepada yang dok komplen tu, aku betul-betul minta maaf. Bukan aku sengaja biarkan cerita terbiar. Aku sibuk...maklumlah kalau dah hujung2 semester tu....sem depan ni aku lagi sibuk sebab kena concentrate pada aku punya FYP.

p/s: next chapter mungkin yang terakhir....MUNGKIN....hihihi...








8 comments:

  1. pandai mengayakan jln cerita x sedar abis mmbaca....tq

    ReplyDelete
  2. asalkan setiap minggu keluar ikut masa kira ok la.. dah nama pon citer bersiri kan?
    so far aku suka gilak dgn plot dia. x sabar nak tau ending citer ni. huhu

    syahreeza

    ReplyDelete
  3. ahhhhh... apa dah jd ni? omg! boleh plak die offer diri mcm tu...hak hak hak...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Asal lak??? X leh ke dia offer diri cam tu??...hihihihi

      Delete