Thursday, 27 February 2014

After Ever After








Assalamualaikum..

Hi guys...

Minggu ni aku dah tak busy dah, kerja-kerja memecahkan dinding rumah dah pun siap.

So ingatkan tadi naklah update Bayu Arjuna.

Tapi tetiba malas pulak...hwa..hwa..hwa....

jadi..

sebabkan aku tak nak aku punya graf visitor tu terus je turun, so aku nak share something dengan korang.

Macam yang aku pernah cerita kat korang sebelum ni, hobi aku emmang suka ke youtube, macam-macam video aku tengok.

So aku ada terjumpa satu video nih, seorang vlogger mat saleh ni buat parody lagu-lagu kartun disney..

Tak sure korang pernah tengok ke tak, tapi memang best...




mamat mat saleh ni pun cute kan...hahhaha...


Aku jumpa video ni lama dah, sebelum aku start berblogging lagi. Aku selalu ulang-lang tengok video ni sbb best..hhah


ni ad alagi satu video dari mamat ni gak. Yang ni pun best gak, pasal harry potter.





hahahah...best tak??

okey tu je kali ni...hihihi




p/s: next week dah start kuliah....argh...nak sambung cuti lagi leh tak??? hihihih






Sunday, 23 February 2014

Tipu







Assalamualaikum...

Hi Guys...

Selamat Hari Ahad....hihihih...

so sebelum apa-apa, aku nak minta maaf sebab sepatutnya minggu ni aku dah kena update Bayu Arjuna, tapi bahagian kedua baru siap dala 30%...hihihih'

sorry sesangat...minggu ni aku busy sikit sebab kena tolong abah aku pecahkan dinding rumah...

rumah aku sekarang ni tengah renovate, tambah lagi dua bilik..

tapi semua abah aku buat sendiri...

nak jimat katanya....

hihihihi....

tambahhan lagi, sejak ada facebook ni, aku dok layan facebook je menyebabkan aku tak ada mood nak tulis cerita tu... ( sampai Jr Piyot tu sound aku...huhuhuh).


cakap pasal facebook...aku nak buat sikit pengakuan kat sini...




Gambar ni, yang aku guna sebagai profile picture aku kat facebook dan jugak kat blog ni..

BUKAN

gambar aku...


ramai gak fren kat facebook tu ingat itu gambar aku sampai puji aku comel segala...hahahha
(termasuklah piyot riyot tu...hihihihi)

aku tak secomel tu...aku comel lagi dari tu....hwahwahwahwhahwha......(gelak setan)




aku tak berniat pun nak tipu ke apa

aku minta maaf la sangat-sangat...

aku ingatkan korang boleh cam itu gambar siapa...

okeylah, pada yang tak boleh cam, meh sini aku bagi tahu...





gambar tu sebenarnya hasil photoshop aku dari gambar nih...


V

V

V

V

V

V

V

V

V





hahahahha...

kenal tak??

siapa yang dah tengok love in siam tu mesti tau ni sape...

hihihihi...


Mario Maurer.. ( cute tol mamat nih...hihihihi)




okey tu je nak cakap....


sebagai tanda minta maaf aku bagi korang video nih...hihihi




cute kan lagu nih....ni sebenarnya cover je, lagu asal  nyanyian Bird Tongchai.hihih...enjoy...








p/s:  gambar kat aku punya banner kat atas tu...yang tu gambar aku...hihihi...

p/s: aku tak sure bila boleh siap Bayu Arjuna tu, so tunggu jelah ye....hihih..

p/s: lagi satu...kalau korang perasaan kat tepi tu aku ada letak satu poll box...
      so...kalau rajin tolonglah tick mana-mana yang berkenaan. Aku just nak tahu ada tak perempuan yang           baca blog aku nih...hihihi...







Thursday, 20 February 2014

Junjou Romantica








Hi guys....

Assalamualaikum...

korang pernah baca tak manga ni...Junjou Romantica...

ini manga and anime favourite aku.

aku pernah post pun pasal manga ni dulu...kalau lupa baca ni...<sini>


so, hari ni aku bukan nak citer pasal manga ni sebab aku dah cerita dah dulu, cuma hari ni aku nak share ngan korang live action trailer manga ni...hahhaha...

tapi manga ni sebenarnya tak ada live action edition...yang ni hanyalah fanmade, maksudnya peminat yang buat sendiri.



Junjou Romantica




Junjou Egoist





Junjou Terorist




best tak???/   best tak????

hahah...ketiga-tiga tariler ni dibuat oleh orang yang sama, siapa tu tak tahu la pulak...

buat semua trailer ni amat best.....cuma sayang ini hanya fanmade...

aku sebenarnya berharap memang ada live action edition untuk manga ni...

apa-apa pun aku amat respect orang yang buat trailer ni....sangat kreatif.

pelakon yang dia guna pun amat sesuai dengan watak-watak dalam manga...

video editing pun dia pandai buat....

tabik spring untuk pembuat trailer-trailer ni...








ok...tu je nak cakap...hahha...

bye...







Tuesday, 18 February 2014

Bayu Arjuna (Bahagian 1)






Bahagian 1: Sumpahan


Hari yang tadinya cerah bertukar gelap hanya dalam sekelip mata, Tira Kirana mula menjadi kecoh. Majlis gilang gemilang sambutan ulang tahun ke-20 kelahiran Putra Arjuna yang tadi meriah di istana bertukar menjadi huru-hara. Semuanya angkara sang ahli sihir durjana, Malika.

"Hentikan semua ini Malika!!!"jerit Tuanku Raja Sang Saka Buana, Raja ke-19 Kerajaan Tira Kirana. Puteranya, Putera Arjuna berselindung dibalik tiang istana sambil cuba melindungi bondanya, daripada dihentam oleh objek-objek yang berterbangan.

"Aku tak akan berhenti selagi aku tak dapat apa yang aku mahu." jerit Malika yang kini mula terapung dan melayang-layang diudara. Petir mula sabung-menyabung di langit yang kini gelap gelita.

"kamu tidak akan dapat apa yang kamu mahu. Parajurit, serang ahli sihir itu!!"Tuanku Raja Sang Saka Buana memberikan arahan pada para parajurit yang sedang bersiap sedia dari tadi. Panah-panah berapi mula terbang menuju tepat ke arah Malika. Namun apalah sangat panah-panah berapi dari parajurit Tira kirana jika ingin dibandingkan dengan kuasa ahli sihir terhebat di Tira Kirana. Hanya dengan sedikit pergerakan tangan, kesemua panah berapi tadi ditepis dan terbang melayang kearah rumah-rumah rakyat jelata di kota itu. Kota Tira Kirana mula disambar api. Raja Sang Saka Buana semakin marah.


Monday, 17 February 2014

1st Aniversary






Hi guys...

Assalamualaikum...

Selamat datang ke Road to Awesomeness yang berwajah baru....cam ne? cantik tak??

seperti macam tajuk post ni dan jugak gambar kat atas tu, hari ni, 17 Februari adalah aniversary pertama blog aku tang awesome ni...hahahha (angkat bakul)...

17 Februari 2013 adalah post aku yang pertama untuk blok ni...

pejam celik pejam celik dah setahun dah...

aku nak ucap terima aksih pada korang semua readers yang sudi baca dan jugak bagi sokongan pada bloog aku terutamanya pada blog-blog yang ada letak link blog aku kat blog diorang macam blog putera dan shark dan beberapa blog-blog lain yang mungkin aku tak tahu. Terima kasih bebanyak you help me a lot.

terima kasih je yang boleh aku ucap, nak bagi hadiah tak mampu...hihiih

aku harap korang akan still sokong aku dalam masa mendatang dan bersama-sama menuju ke arah yang lebih baik...


once again...thank you....






p/s: hari sabtu hari tu aku ada jumpa budak hensem tu kat kenduri kahwin..hihihi..

p/s: aku dah ada akaun facebook untuk blog ni so korang bolehlah add aku....bolehlah kita borak-borak ke apa...





Wednesday, 12 February 2014

Pertemuan II






Hi guys....

Assalamualaikum....

seperti tajuk post ni, aku nak cerita sikit pasal pertemuan aku lagi...

tapi kali ni bukan jumpa sesiapa di luar, tapi dalam blog ni jugak....

korang ada baca tak post aku yang sebelum ni, tajuk yang sama dengan yang ni.

Kalau belum baca klik ni....<sini>

cuba korang tengok bahagian komen tu, komen aku dengan seorang reader nama lukman...baca tak? baca tak?






dah baca dah???....macam yang aku tulis dalam komen tu, aku sebenarnya sangat curious nak tahu siapa sebenarnya Encik Lukman ni....aku suruh dia email dia tak nak...haih....

aku sebenarnya tak kisah sangat kalau dia tahu identiti aku yang sebenar sebabnya bila dia baca blog aku ni, maksudnya dia PLU cam kita gak la kan.....so its okey bagi aku. Tapi bila dia dah kata nak stay anonymous cam tu, okeylah, aku hormat pendirian dia. Cuma bila dia kata dia yakin 80% aku adalah orang yang dia kenal, dia buatkan aku sangat curious....katanya, dia just nak tahu mana aku tinggal untuk kuatkan lagi keyakinan dia tu...

tak pelah, pada Encik Lukman, aku bagi ko hint la mana aku tinggal, walaupun aku rasa aku dan cerita dah dalam post-post aku sebelum ni, tak pelah, aku bagi jugaklah hint kat ko....

hint dia, 

tempat aku tinggal ni adalah daerah paling bongsu dalam negeri perak... 


tau tak??? tau tak???..hahah


pada Encik Lukman, kalau ko dah yakin sangat saipa aku, leh lah contact aku kat email or aku punya akaun google+

pada readers yang lain, kalau nak teka pun boleh gak....komen kat bawah ni ye...hihiih


okey...tu je nak kata....

bye...



p/s: insyaallah blog ni akan berwajah baru tak lama lagi....and mungkin aku akan buka official facebook page gak...hihih....tungguuuuuuu....


p/s: aku dah try cari budak hensem tu kat fb and wechat....tapi tak jumpa....budak tu tak ada kot benda2 tu...huhuhuh...kachiwa.... T_T




Monday, 10 February 2014

Our Love Story (Bahagian 11 - Akhir)





Bahagian 11: I Love You.



Syafiq duudk bersendirian di tepi pantai. Matanya dibiarkan meliar ke laut yang luas terbentang. Laut biru ini begitu mengasyikan. Sesekali Syafiq menoleh ke kiri dan ke kanan. Matanya tertancap pada sekujur tubuh yang datang mengahmpirinya. Dia tersenyum. Lelaki yang dilihatnya itu juga turut tersenyum.  Lelaki itu datang mendekatinya dan lantas duduk disebelahnya. Syafiq tersenyum lagi. Wajah putih bersri lelaki itu ditenungnya lama. Lelaki itu berpaling dan menatap Syafiq juga. Senyuman manis masih menghiasi wajahnya. Syafiq berasa bahagia melihat senyuman itu. Perlahan tangan lelaki itu diraih dan digenggam erat. Mereka berdua tersenyum lagi. Tapi entah kenapa tiba-tiba lelaki itu melepaskan genggaman tangannya dengan Syafiq. Dia berdiri. Syafiq yang keliru turut bangun. Dia memandang lelaki itu lagi. Ada air mata yang mengalir dan membasahi pipinya. Syafiq kaget. Lelaki itu sekali lagi berpaling memandang Syafiq. Dia tersenyum lagi, cuma bezanya senyumnya kali ini amat kelat. Kemanisannya tadi sudah tiada. Syafiq jadi panik dan keliru. Perlahan lelaki itu berpaling ke belakang. Langkah diatur perlahan menjauhi Syafiq. Syafiq panik. Mulutnya terbuka. Nama lelaki itu cuba untuk disebut, namun tidak keluar. Tidak semena-mena keadan sekeliling menjadi gelap, gelap gelita. Syafiq cemas. Lelaki tadi masih berada dihadapannya dan semain menjauh. Syafiq cuba mengejar tapi hampa. Kakinya seakan kaku dan tidak mengikut arahan. Nama lelaki itu juga turut cuba iducap, namun masih mulutnya bisu.

"Amri!!!!" Syafiq terbangun dari tidurnya. Darahnya bergerak laju, jantungnya berdegup kencang, tubuhnya lenjun dibasahi keringat. Nafasnya teercungap-cungap. Syafiq memandang keadaan sekeliling. Dia masih berada di atas katil dalam biliknya sendiri. Dia meraup wajahnya sendiri.

"Astaghfirullah al-Azim." Syafiq beristighfar sebaik seddar segalanya tadi hanyalah sebuah mimpi.

"Amri..." nama lelaki dalam mimpinya tadi meniti dibibirnya.






Syafiq melangkah longlai masuk ke dalam bangunan kolej kediaman ini.Langkah perlahan diatur mnedaki tangga ke aras tiga. Syafiq memandang keadaan sekeliling yang agak kosong. Mungkin hujung minggu begini menyebabkan ramai pelajar yang mengambil kesempatan untuk pulang ke kampung. Dengan perasaan gementar Syafiq menghampiri bilik yang bernombor 12. Syafiq berhenti di hadapan pintu bilik itu sambil menarik nafas dalam. Ini bilik Amri. Dia sendiri seakan tak percaya yang dia kini berdiri di hadapan bilik ini. Sejak pertemuannya dengan Amri tempoh hari dia seakan berasa ada sesuatu yang telah hilang darinya. Dan dia amat yakin yang sesuatu itu ada bersama Amri. Syafiq masih pegun disitu. Masih was-was dengan tindakannya. Wajarkah dia berjumpa dengan Amri? Adakah Amri masih mahu bertemunya? adakah ini jalan yang terbaik? segala persoalan bermain dimindanya. Dia jadi buntu.

" Abang Syafiq.." Syafiq menoleh ke arah datang suara yang memanggilnya itu. Syafiq memandang pemilik suara itu lama cuba mengecamnya. Siapa dia?




"Abang datang nak jumpa abang Amri?"soal Aidit selepas mereka diam seketika. Tadi Aidit ternampak Syafiq berdiri di hadapan pintu biliknya. Selepas memperkenalkan diri, Aidit mengajak Syafiq ke kafetaria ini.

"Amri ada tak?"soal Syafiq pula.

"dia ada dalam bilik, berehat."ucap Aidit.

"dia tak sihat ke?"soal Syafiq pula. Aidit hanya diam tak menjawab. Amri sihat saja, cuma hatinya yang penat.

"Abang nak jumpa dia buat apa?"soal Aidit pula.

"kamu tak perlu tahu, itu urusan aku dan Amri."balas Syafiq yang jelas kurang senang.

"apa sahaja yang berkaitan dengan Abang Amri, akan ada kaitan dengan saya."balas Aidit.

"siapa kamu sebenarnya pada Amri?" soal Syafiq Ingin tahu. Lantas peristiwa tempoh hari bermain di minda Aidit. peristiwa di mana dia 'melamar' Amri.


"Saya tak akan benci abang, saya ambil berat tentang abang, saya sayang abang."ucapnya. Amri masih terkedu. Aidit meleraikan pelukannya. Kedua tangan Amri diraih dan digenggam erat.
"Kalau Abang Syafiq tak boleh terima abang, saya boleh. Izinkan saya menggantikan tempat abang Syafiq dalam hati abang."ucapnya serius. Amri memandang wajah Aidit dalam. Amri keliru, tapi dia cukup yakin yang Aidit sangat serius dengan apa yang diucapkannya.
"kenapa?" soal Amri pula.
"sebab saya.....saya suka abang, saya sayang abang, saya cintakan abang." ucap Aidit serius. Baru sebentar tadi dia rasa yang dia sangat yakin yang dia cintakan Amri. Aidit tertunduk lesu, cuba memikirkan apa yang patut dibuatnya. Aiidt hanya diam menanti riaksi dari Amri.
" Aidit....Aidit sedar tak apa yang Aidit cakap ni?" soal Amri sambil memandang tepat ke dalam mata Aidit.
" Aidit sedar, Aidit betul-betul yakin, Aidit cintakan abang."ucap Aidit lagi serius.
" Aidit.." panggil Amri lembut. Perlahan Amri melepaskan tangannya yang masih di genggam erat oleh Aidit. Perlahan juga dia menggelengkan kepala. Hati Aidit mula rasa terguris. Dia faham benar dengan riaksi yang sebegitu.
" Aidit, Aidit lelaki straight, jangan sesekali jadi macam abang. Sebagai seorang lelaki, mencintai seorang lelaki lain, bukan sesuatu yang indah." ucap Amri lagi. Aidit hanya terdiam.
" Abang minta maaf, bukan abang tak sukakan Aidit, abang pun sayangkan Aidit. Tapi cinta abang hanya ada satu, dan cinta itu untuk Syafiq." ucap Amri lagi. Perlahan Amri bangun dan berlalu pergi perlahan. Aidit masih hanya duduk berteleku. Hatinya terasa sakit. Baru tadi dia rasa benar-banar yakin dengan cintanya, namun kini semunya seakan musnah hanya sekelip mata.



" Aidit..." Aidit tersentak selepas namanya dipanggil. Aidit menoleh memandang Syafiq yang memanggilnya tadi.

" Cukuplah kalau saya katakan yang saya seorang yang sangat ambil berat terhadap Abang Amri." ucap Aidit sebagai jawapan kepada soalan yang diajukan kepadanya tadi. Syafiq masih belum puas hati dengan jawapan Aidit. Dia berasakan ada sesuatu pada hubungannya dengan Amri.

" saya tahu semua cerita tentang abang dan abang Amri." ujar Aidit sebelum sempat Syafiq menyoal siasatnya. Syafiq tersentak

" kamu tahu?" soal Syafiq. Aidit mengangguk.

" abang dah tolak cinta dia, tapi kenapa abang datang cari dia lagi?" soal Aidit pula. Syafiq terdiam. Syafiq tertunduk sebelum meraup wajahnya. Dia melepaskan keluhan berat.

" aku tak tolak cinta dia....."

" habis tu?"

" aku tak tahu, aku keliru. Aku sayang dia, aku cintakan dia, cuma...aku....aku tak tahu...." Syafiq meluahkannya. Ini sebenarnya kali pertama dia terbuka dengan perasaannya pada oarang lain, dan orang itu pula adalah orang asing yang dia tak kenali. Aidit hanya mendengar. Entah kenapa dia seakan memahami perasaan Syafiq. Dia pernah turut merasai perasaan yang sama. Walaupun hanya untuk seketika, dia masih boleh faham.

" Saya sebenarnya sukakan abang Amri. Saya cintakan dia." cerita Aidit. Syafiq mendongak memandang wajah Aidit. Wajahnya berkerus.

" Dua hari lepas, saya dah luahkan perasaan saya pada dia." cerita Aidit lagi. Syafiq jadi gementar.

" tapi....cinta dia hanya untuk seseorang. Cinta dia hanya untuk abang Syafiq seorang je." ujar Aidit lagi. Syafiq jadi lega. Entah kenapa timbul sedikit rasa gembira dihatinya.

" Abang Amri tak pernah main-main bila dia cintakan abang." ucap Aidit lagi.

" aku tahu..." balas Syafiq lesu.

" kalau abang betul-betul cintakan dia, terimalah cinta dia seadanya, tapi kalau abang tak boleh terima, tolong lupakan dia. Tianggalkan dia dan jangan jumpa dia lagi." Ucap Aidit serius. Syafiq terdiam mendenngarnya. 

'jangan jumpa dia lagi?' Syafiq menyoal dirinya sendiri.



Aidit hanya melihat Amri mula mengemas-ngemas barang-barangnya. Esok dia akan pulang ke kampung selepas sesesai menduduki semua kertas peperiksaannya untuk semester ini.

"untunglah 'paper' dah habis."ucap Aidit sinis bergurau. Amri hanya tergelak kecil.

"janganlah jealous.." balas Amri pula. Aidit mencebik sambil kembali menyambung mentelaah pelajarannya, Aidit hanya akan habis menduduki peperiksaan pada hari lusa. Itu membuatkan dia sedikit cemburu dengan Amri. Sekali-sekala Aidit menoleh lagi memandang Amri. Hatinya berasa lega hubungannya dengan Amri tidak terjejas dengan apa yang berlaku sebelum ni. Hatinya memang terluka kerana cintanya ditolak oleh Amri, tapi dia perlu matang. Dia terima semuanya dengan hati terbuka. Dia sedar, dia tak mungkin mampu mengambil alih tempat Syafiq di dalam hati Amri. Pada mulanya memang dia berasa agak kekok, tapi lama kelamaan dia mula membiasakan diri. Begitu juga dengan Amri. Dia tak mahu merosakan hubungan baiknya dengan Aidit. Baginya, Aidit sudah dianggap sebagai Adiknya sendiri.

"Aidit paper last bila?"soal Amri.

"lusa.." balas Aidit ringkas. Amri hanya mengangguk perlahan.  Untuk seketika masing-masing khusyuk dengan dunia sendiri. Tak semena-mana Aidit teringatkan pertemuannya dengan Syafiq tempoh hari.Dia memandang Amri yang kini sudahpun siap mengemas barang-barangnya.

"abang..."panggil Aidit. Amri berpaling memandang Aidit.

"hari tu...saya ada jumpa abang Syafiq."cerita Aidit. Entah kenapa dia rasa dia perlu cerita. Amri perlu tahu apa perasaan sebenar Syafiq. Baginya, asalkan Amri bahagia, dia turut bahagia. Amri tertunduk. Darahnya mula bergerak laju.

"Aidit jumpa dia kat mana?" soal Amri.

"kat depan bilik ni."ucap Aiidt. Amri kaget.

"Syafiq datang sini?" Aidit hanya mengangguk.

"dia datang sini nak jumpa abang."ujar Aidit lagi. Amri hanya terdiam. Fikirannya ligat memikirkan apa yang Syafiq mahukan darinya.

"lama dia berdiri depan pintu tu, teagak-agak nak ketuk. Saya bila nampak dia macam tu, saya ajak dia turun bawah."cerita Aidit.

"Aidit cakap apa dengan dia?"

"saya cakap....saya suruh dia tinggalkan abang.."

"Aidit!!!"

"kalau dia tak ada perasaan dengan abang..." pintas Aiidt cuba menamatkan ayatnya yang tadi dipintas oleh Amri. Amri terdiam.

"saya suruh dia tinggalkan abang kalau dia benar-benar tak ada perasaan pada abang, tapi...."

"tapi apa?"

"dia sebenarnya ada perasaan pada abang, dia cintakan abang, cuma dia keliru. Dia masih tak yakin memilih untuk bersama itu adalah satu pilihan yang baik."cerita Aidit. Amri terdiam. Dia tidak pernah tahu tentang ini. Dia tak pernah tahu perasaan sebenar Syafiq pada dirinya. Timbul sedikit rasa senang dalam hatinya. Paling tidak dia tahu yang dia tidak bertepuk sebelah tangan.

"kalau abang betul-betul sayangkan dia, dan nak bersama dengan dia, cubalah yakinkan dia."ujar Aidit pula. Amri memandang wajah polos Aidit.

"Aidit, are you okey with this??" soal Amri. Amri seddikit hairan dengan Aidit. Syafiq adalah pesaingnya, tapi kenapa dia menggalakan dirinya dengan Syafiq.

"What do you mean??....oh...pasal tu.." Aidit tesenyum pada Amri. Dia faham apa yang dimaksudkan oleh Amri.

"of course i'm okey.."balas Aidit.

"tapi..."

"abang,....abang tak perlu risau. Saya faham, cinta abang hanya untuk abang Syafiq. Lagi pun abang dah reject saya hari tu kan.."ucap Aidit disusuli ketawa kecil. Amri tersenyum.

"saya hormati keputusan abang, lagipun saya rasa, saya dah cukup bahagia asalkan abang bahagia."ucap Aidit yang tidak lain hanyalah untuk menyenangkan hati Amri. Mana mungkin dia bahagia melihat orang yang dia cinta berbahagia dengan orang lain. Tapi tak guna juga kalau dia berusaha mendapatkan Amri. Akhirnya nanti mungkin dia berjaya mendapatkan Amri, tapi hanya jasad, hatinya tetap pada Syafiq. Amri tersenyum senang.

"terima kasih Aidit." ucap Amri sambil tersenyum manis. Aidit turut mengukir senyum.


"Adam, aku rasa aku dah nekad."ujar Syafiq. Adam yang duduk dihadapannya terkebil-kebil tidak faham, tadi dia dan Syafiq belajar bersama untuk persedian peperiksaaan akhir yang akan diduduki beberapa hari lagi.

"nekad apa pulak?" soal Adam.

"aku dah nekad, aku nak putus dengan Zana."ucap Syafiq serius.

"lah...pulak...kenapa?" soal Adam. Syafiq memadang wajah Adam. Begitu lama masa diambil untuk membuat keputusan ini, Kini dia yakin kebahagiannya bukan dengan Zana.

"Aku kapel dengan dia pun, bukan sebab aku cintakan dia."ujar Syafiq. Adam hanya mendengar. Dia tidak begitu terkejut kerana sejak awal lagi dia sudah boleh mengaagak yang hubungan Syafiq dan Zana bukan atas dasar cinta.

"kau ni macam tak terkejut je?"soal Syafiq selepas melihat riaksi Adam. Adam tergelak kecil.

"sejak awal lagi aku tahu kau tak cinatakn dia. Sebab tu aku terkejut bila aku dapat tahu kau kapeld engan dia balik dulu."cerita Adam. Syafiq mengangguk faham.

"jadi, apa plan kau sebenarnya?"soal Adam.

"maksud kau?"

"yelah, kau cintakan orang lain kan?" duga Adam. Kini Syafiq pula yang terkejut.

"mana kau tahu?"

"lah...kan kau yang cerita pada aku dulu." Syafiq mula teringat kembali pertemuannya dengan Adam dulu. Benar, dia menceritakan masalahnya apda Adam dulu. Syafiq tersenyum sendiri.

"aku dah nekad yang aku akan putuskan hubungan aku dengan Zana dan mencintai orang tu."ujarnya.

"orang tu?" soal Adam. Adam sedikit hairan, kenapa Syafiq merujuk kepada 'orang tu'dan bukan gadis itu atau wanita itu? kenapa terlalu umum?

"jadi, siapa sebenarnya orang tu?" soal Adam pula. Syafiq tersenyum lagi.

"yang tu, aku tak boleh bagitahu kau. Apa yang aku boleh bagitahu, aku benar-benar cintakan dia." ucap Syafiq. Adam hanya mengagguk faham. Dia memang ingin tahu, tapi dia perlu menghormati keputusan rakannya itu.



Syafiq bergegas masuk ke dalam restoran ini. Dia memandang sekeliling mencari kelibat Zana. Tapi tiada. Syafiq menarik nafas lega. Kini dia mencari pula tempat kosong. Dia membuat pesanan dan duduk diam disitu menanti Zana sampai. Kertas peperiksaan terakhirnya untuk smesester ini baru sahaja selesai diduduki petang tadi. Esok dia akan pulang ke kampung. Tapi sebelum dia pulang esok, ada sesuatu yang perlu diselesaikannya dulu. Sesuatu yang amat penting.

"Assalamualikum." kedengaran satu suara memberi salam. Syafiq menoleh dan tersenyum.

"Awak lama ke tunggu? soal Zana sambil duduk dihadapan Syafiq. Syafiq hanya menggelengkan kepala sebagai respon.

"Saya pun baru sampai."ucap Syafiq pula. Zana tersenyum. Seketika kemudian pelayan sampai, Zana membuat pesanan dan pelayan itu kembali semula ke dapur. 

"Zana, saya sebenarnya ada perkara pentaing yang saya nk bagitahu awak."ucap Syafiq selepas lama dia mengumpul kekuatan. Dia mengajaka Zana ke sini adalah kerana ingin memutuskan hubungan mereka. Syafiq kini yakin yang dia mahu memilih Amri dan untuk itu, hubungannya dengan Zana perlu ditamatkan.

"apa dia?" Syafiq memandang  wajah Zana dalam sebelum menarik nafas dalam.

"Zana, saya rasa, saya tak boleh nak teruskan hubungan kita." ucap Syafiq tenang. Zana tersentak. Senyuman diwajahnya tadi hilang serta merta.

"apa maksud awak?"soal Zana. Syafiq memandnag wajah Zana lagi yang kini mula berkerut.

"Saya minta maaf Zana, saya tipu awak. Sejak awal lagi sebenarnya saya tak pernah ikhlas bersama dengan awak. Saya tak pernah cintakan awak. Sejak pertama kali saya cuba dekati awak masa kita di semester satu dulu, saya tak pernah terniat pun nak cintakan awak."

"apa maksud awak? habis tu apa sebenarnya saya ni pada awak?" soal Zana keliru.

"Saya dekati awak dulu semata-mata untuk mengalihkan perhatian saya daripada cinta saya yang sebenar. Saya menerima awak semula pun dulu atas sebab yang sama. Saya hanya pergunakan awak saja. Saya minta maaf. Saya minta maaf sangat-sangat." Zana hanya diam membisu. Dia seakan tak percaya apa yang abru didengarnya. Selama ini sebenarnya dia hanya diperalatkan.

"siapa cinta awak yang sebenar tu?" soal Zana pula. Syafiq memandang wajah Zana lagi. Mata Zana memerah menahan tangis. Syafik diam, dia tak mungkin menjawab soalan itu. Zana mengangguk faham.

"baiklah kalau itu yang awak nak."ujar Zana yang mula menitiskan air mata.

"terima kasih Syafiq."ucap Zana lagi sebelum bangun dan beredar. Syafiq hanya memandang Zana pergi dengan perasaan  sayu. Timbul rasa kesal kerana telah melukai hati seorang gadis yang benar-benar ikhlas mencintainya. Namun dia kena kuat, dia sendiri terluka. Dia perlu merawat dirinya sendiri, dan ini adalah jalan awal yang perlu diambilnya.




"Assalamualaikum..." Syafiq memberi salam. Namun tiada respon dari dalam rumah.

"Assalamualaikum.." Sekali lagi Syafiq memberi salam.

"Waalaikumusslam.."kedengaran suara seorang wanita dari dalam. Seketika kemudian wanita itu muncul dimuka pintu. Syafiq tersenyum.

"eh...Syafiq...."ujar wanita itu.

"Apa khabar Mak Limah? sihat?"soal Syafiq sopan.

"sihat, alhamdulillah, lama benar Mak Limah tak nampak kamu."

"saya ada je Mal Limah, tak kemana pun." ucap Syafiq lagi.

"kamu datang nak jumpa Am ya?"soal Mak Limah.

"a'ah, dia ada Mak Limah?"

"Amri tak ada, dia dah keluar."

"dia pergi mana?"

"tak tahu pulak Mak Limah, dia tak bagitahu pulak, sedar-sedar dah hilang, cuba kamu tengok dekat kedai Pak Ngahnya tu...ada kat situ agaknya."

"ha yelah....terima kasih Mak Limah....Assalamualaikum." sempat Syafiq memberi salam sebelum berlalu pergi.




"Am..." panggil Pak Sam.

"Am..."Panggil Pak Sam lagi.

"Ya.."jawab Amri sebaik tersedar dari lamunan. Pak Sam ketawa kecil melihat riaksi anak buahnya itu.

"kenapa Pak Ngah?"

"kamu tu mengelamun dari tadi kenapa?"soal Pak Sam.

"tak ada apalah Pak ngah." dalih Amri.

"kamu ada masalah ke? kalau ada ceritalah pada Pak Ngah, kot Pak Ngah boleh tolong."ucap Pak Sam.

"tak ada apalah Pak Ngah, saya okey je." balas Amri. Pak Sam menggelengkan kepala.

"sudahlah, kamu ni, Pak Ngah tengok dah semacam je sejak kamu balik cuti. Ni ambil barang-barang ni, hantar rumah Haji Solehin."arah Pak Sam. Amri akur dan mengambil barang-barang yang dimaksudkan oleh Pak Sam. Barang-barang itu diangkut dan diletak di atas motorsikalnya.

"Am.."panggil Pak Sam lahi. Amri menoleh.

"dah hantar tu, kamu balik sajalah, rehat dekat rumah. Besok baru datang lagi."ucap Pak Sam. Amri hanya tersenyum sedikit dan mengaangguk. Enjin motorsikalnya dihidupkan dan dia terus meluncur pergi menyiapkan tugasannya.



"Assalamualaikum."

"Waalaikumussalam."Jawan Pak Sam.

"ha...Syafiq!, lama tak nampak kamu."sapa Pak Sam mesra.

"saya ada je Pak Sam. Pak Sam Sihat?"

"sihat Alhamdulillah."

"erm...Pak Sam....ada Amri datang sini?"soal Syafiq tanpa berlengah.

"ada tadi, tapi tadi Pak Sam dah suruh dia balik."

"Pak Sam suruh dia balik?"

"ha'ah...yelah, tak guna pun kalau dia ada kat sini kalau asyik mengelamun je, Pak Sam suruh lah dia balik, berehat kat rumah."

"oh ya ke..."

"ha...kamu rapat dengan si Amri tu kan, kamu tahu ke kenapa dia jadi macam tu? macam ada masalah besar je Pak Sam tengok." soal Pak Sam. Syafiq terdiam. Dia tahu benar tentang masalah Amri, dialah punca segalanya. Tapi tak mungkin untuk dia bercerita pada Pak Sam.

"biasalah, Pak Sam, masalah orang muda."dalih Syafiq. Pak Sam tersenyum sebelum ketawa kecil dengan jawapan Syafiq.

"heih...macam-macam budak-budak zaman sekarang ni."ujar Pak Sam pula. Syafiq hanya tersenyum sama.

"Pak Sam, saya pergi dululah ya."

"ha...yelah..."

"Assalamualikum."

"Waalaikumussalam."




Syafiq memandang kawasan sekeliling air terjun itu mencari kelibat Amri. Tadi selepas dia ke kedai Pak Sam dia kembali ke rumah Amri, tapi mortorsikal milik Amri tiada, itu tandanya dia belum pulang lagi. Selepas itu dia pergi pula ke tepi sungai tempat dia dan Amri selalu melepak dulu, Amri juga tiada disitu. Puas juga dia pusing satu kampung mencari Amri, tapi tidak bertemu. Lantas dia teringatkan air terjun ini. Air terjun in agak tersorok dan terletak dalam kawasan tanah yang dimiliki oleh kelurga Amri. Mereka pernah kesini beberapa kali dahulu. Syafiq tersenyum selepas ternampak Amri duduk bersendiri diatas sebuah abtu besar. Perlahan dia mendekati lelaki itu.

"boleh aku duduk sini?"soal Syafiq. Amri yang sedikit terkejut lantas menoleh kebelakang. Kelihatan Syafiq sedang berdiri tidak jauh darinya. Amri kembali menoleh kedepan tanpa menjawab. Syafiq lantas terus duduk disebelah Amri.

"penat tau, aku cari kau. Satu kampung aku pusing." cerita Syafiq.

"mana kau tahu aku ada disini?" soal Amri. Syafiq memandang wajah Amri sambil tersenyum.

"naluri."jawab Syafiq ringkas. Buat seketika hanya bunyi air terjun yang memenuhi suasana.

"aku...aku...dah putus dengan Zana." cerita Syafiq. Amri yang sedikit terkejut dengan berita itu masih cuba mengawal diri. Dia masih memandnag kedepan seakan Syafiq tiada disitu. Sekali lagi hanya bunyi air terjun memecah suasana.

"hari tu...aku ada jumpa Aidit." cerita Syafiq lagi. Amri menoleh memandang Syafiq. Dia tak pernah tahu yang Syafiq kenal dengan Aidit.

"dia ada cerita yang dia dah luah perasaan dia pada kau, tapi kau tolak." cerita Syafiq. Amri kembali menoleh kedepan.

"dia kata yang cinta kau hanya untuk aku." Jantung Amri berdegup laju. Apa maksud Syafiq membangkitkan isu ini.

"aku dah bagitahu kau kan, aku tak pernah tipu tentang perasaan aku."ucap Amri pula.

"aku tahu, aku tahu perasaan kau. Aku dapat rasakan. Cuma aku yang cuba menipu perasaan aku sendiri. Aku bersalah pada kau. Aku buat kau keliru, aku buat kau patah hati. Aku minta maaf. Aku yang salah."ucap Syafiq. Amri hanya menoleh memandang Syafiq dengan pandangan kosong.

"sebab tu, aku nak tebus balik kesalahan aku."

"apa maksud kau?" soal Amri. Syafiq memandang mata Amri dalam sebelum dia mencapai kedua tangan Amri. Tangan Amri digeanggam erat sebelum dicium penuh perasaan. Amri kaget.

"izinkan aku untuk mencintai kau, dengan sebenar-benarnya." ucap Syafiq serius. Amri memandang wajah Syafiq dengan pandangan berkaca.

"kau jangan nak mainkan perasaan aku."ujar Amri sambil cuba menarik semula tangannya. Namaun lantas tangan itu digenggam semula oleh Syafiq.

"aku tak main-main, kali ni aku serius. Aku dah fikri masak-masak, aku serius. Aku cintakan kau. Aku tak boleh tipu diri aku sendiri lagi." Amri memandang wajah Syafiq tepat. Jelas terpancar keseriusan pada wajahnya. Amri tertunduk dan air matanya mengalir laju. Dia benar-benar terharu dan gembira. Cintanya buat Syafiq akhirnya terbalas. Syafiq menarik dagu Amri dengan ibu jarinya. Air mata Amri dikesat.

"janganlah menangis, nati tak comel dah."ucap Syafiq bernada gurau. Amri tergelak kecil. Sempat lagi Syafiq bergurau.

"terima kasih Fiq." ucap Amri. Ucapan terima kasih itu disambut dengan pelukan dari Syafiq. Syafiq menarik Amri rapat ketubuhnya dan didakap erat. Amri mula terasa bahagia.

"I Love You."bisik Syafiq perlahan ditelinga Amri.

"I Love You More."balas Amri. Kedua mereka tersenyum gembira dalam dakapan masing-masing berharap hubungan ini akan kekal selamanya.





Tamat

Saturday, 8 February 2014

Pertemuan






Hi guys...

Assalamualaikum...


tak ada apa pun yang sebenarnya nak aku cerita, cuma saje je nak bagitahu yang semalam aku ada jumpa budak hensem tu...hihihih...(maksud jumpa tu adalah ternampak...hahah).

aku 'jumpa' dia kat masjid, masa tu baru lepas habis solat jumaat.

budak tu as handsome as ever....but still tak suka senyum...hahahh...but still cute....

bilalah aku boleh bercakap dengan budak tu...haih....

korang tahu tak macam mana aku nak jumpa budak tu, tanpa nampak terlalu obvious..tau tak?...tau tak?

tak pun korang tahu tak cam ne nak cari facebook dia sedangkan aku tak tahu pun apa nama dia..tau tak?...tau tak?...hihihi..



oh ya, selaim budak tu, aku pun ada terjumpa seorang kawan aku semalam. Korang ingat lagi tak kawan aku Muaz, yang aku pernah cerita dulu??? ingat tak??...kalau tak ingat klik ni....<sini>..

lama dah aku tak jumpa mamat ni, last tak silap aku sebelum aku sambung aku punya degree dulu, dalam setahun lebih lepas....

tapi tak sempat nak borak lama, sebab aku jumpa dia pun masa lepas habis solat jumaat semalam, aku pun ada hal lain, so just borak sikit-sikit tanya khabar je...

oh ya, aku ada cerita tak yang si muaz ni hensem???....dia ni sangat hensem, dulu sempat jugaklah aku ada crush kat dia...hahhaha...




kenal tak mamat ni?? tak kenal...x pe...




kalau yang ni kenal tak???...yang atas tu dengan yang bawah ni adalah orang yang sama...Steve Blues Clues...atau nama sebenarnya Steve Burns.



jadi, nak jadikan ceritanya, si muaz ni ada iras-iras steve burn ni. Tapi dia tak mengaku. Bila aku kata cam tu dia marah...hahha....tak tahulah apa yang dia marahkan, aku rasa okey pe steve ni...hensem gak kan...


by the way, itu je yang aku nak cerita kali ni...hihihi...

okey...bye....



Tuesday, 4 February 2014

Micropenis








Hi guys...

Assalamualikum...


Hari ni aku nak cakap sikit pasal MICROPENIS...

korang rahu tak apa benda tu, aku rasa mungkin ramai tak tahu, sebab aku pun baru je tahu pasal benda ni.

micro tu maksudnya kecil dan penis tu adalah zakar

jadi...

micropenis = zakar kecil...

hahah..tapi micropenis tu bukan masalah zakar kecil yang biasa yang menjadi igauan ngeri para lelaki, tapi micropenis tu adalah sejenis penyakit genetic yang dihidapai oleh lebih kurang 0.6% lelaki di dunia.

Micropenis ini adalah apabila seorang lelaki dewasa itu mempunyai saiz zakar kurang dari 7cm ketika berereksi penuh. Maknanya saiznya lebih kurang saiz zakar kanak-kanak. (korang punya saiz berapa ya??? hihihi, gatal lak rasa cam nak tahu...hahah)

keabnormalan ini biasanya akan dikesan apabila seorang lelaki itu melepasi proses akil baligh. Jarang ada yang dapat dikesan sebelum tu sebab kebiasaannya zakar ahnya membesar secara normal selepas akil baligh.

selain dari saiz zakar yang terlalu kecil, tak ada masalah kesihatan lain yang dihadapai oleh enghidap sindrom ini.

Punca micropenis ini kebiasaannya disebakan penghasilan hormon yang tidak sempurna dalam tubuh seorang ellaki itu. Terutamanya hormon testosteron yang menjadi hormon penting untuk seorang lelaki.

cara rawatannya aad dua, satu melalui rawatan hormon, dalam rawatan sebegini, seorang lelaki itu akan diberikan suntikan hormon, tapi, jarang lelaki yang menerima rawatan ini akan dapat saiz zakar yang normal, zakarnya akan membesar tapi masih dikatogorikan sebagai kecil.

satu lagi cara adalah secara pembedahan, tapi cara yang ni pun tak berapa baik, sebab dia lebih kurang macam pembedahan plastik, saiz yang dikehendaki tu mungkin akan dapat, tapi zakar tu bukan 'natural'...faham tak maksud aku??..hihihih

tapi, ramai orang salah anggap yang mereka ada sindrom micropenis ni, sedangkan sebenarnya saiz zakar mereka tu memang kecil. Jadi, kalau nak kepastian kenalah jumpa doktor.


ni antara website yang ada gambar lelaki micropenis...boleh korang pergi tengok....comel sangat zakar diorang...geram aku....hahahha 

http://davidmicro.tumblr.com/
http://martinstinypenis.tumblr.com/






p/s: aku memang fetish pada zakar kecik dan uncut...hahhaha