Tuesday, 18 February 2014

Bayu Arjuna (Bahagian 1)






Bahagian 1: Sumpahan


Hari yang tadinya cerah bertukar gelap hanya dalam sekelip mata, Tira Kirana mula menjadi kecoh. Majlis gilang gemilang sambutan ulang tahun ke-20 kelahiran Putra Arjuna yang tadi meriah di istana bertukar menjadi huru-hara. Semuanya angkara sang ahli sihir durjana, Malika.

"Hentikan semua ini Malika!!!"jerit Tuanku Raja Sang Saka Buana, Raja ke-19 Kerajaan Tira Kirana. Puteranya, Putera Arjuna berselindung dibalik tiang istana sambil cuba melindungi bondanya, daripada dihentam oleh objek-objek yang berterbangan.

"Aku tak akan berhenti selagi aku tak dapat apa yang aku mahu." jerit Malika yang kini mula terapung dan melayang-layang diudara. Petir mula sabung-menyabung di langit yang kini gelap gelita.

"kamu tidak akan dapat apa yang kamu mahu. Parajurit, serang ahli sihir itu!!"Tuanku Raja Sang Saka Buana memberikan arahan pada para parajurit yang sedang bersiap sedia dari tadi. Panah-panah berapi mula terbang menuju tepat ke arah Malika. Namun apalah sangat panah-panah berapi dari parajurit Tira kirana jika ingin dibandingkan dengan kuasa ahli sihir terhebat di Tira Kirana. Hanya dengan sedikit pergerakan tangan, kesemua panah berapi tadi ditepis dan terbang melayang kearah rumah-rumah rakyat jelata di kota itu. Kota Tira Kirana mula disambar api. Raja Sang Saka Buana semakin marah.





"Kau tak akan dapat melawan kuasaku wahai orang tua!!!" ujar Malika bongkak disusuli dengan hilaian tawa. Malika kemudiannya mula membaca mantera sebelum satu bebola cahaya terbentuk di antara telapak tangannya. Bebola cahaya itu kemudiannya dibaling ke arah Tuanku Raja Sang Saka Buana. Hanya dalam sekelip mata Tuanku Raja Sang Saka Buana bertukar menjadi batu.

"Ayahanda!!!" jerit Putra Arjuna sambil menuju mendapatkan ayahandanya. Permaisuri Si Putih Melati turut berbuat begitu.

"Kanda....!!"Rintih Tuanku Permaisuri Si Putih Melati.

"engkau keterlaluan Malika!! berani kau menyihir ayahandaku!!!"bidas Putra Arjuna. Malika hanya tertawa. Malika kemudiannya terbang turun dan lantas mendekati Putera Arjuna. Malika berjalan berkeliling Putera Arjuna. Malika kemudiannya berhenti betul-betul dihadapan Putera Arjuna. Wajah tampan Putera Arjuna dibelai lembut. Putera Arjuna hanya terkaku disitu. Entah kenapa dia tidak mampu berbuat apa-apa. Eantah apa yang telah disihirkan oleh Malika.

"bukan sekadar ayahandamu, seluruh warga Tira Kirana bisa ku sihir menjadi batu jika ku mahu. Melainkan jika kau menurut kemahuanku, jadikan aku isterimu!!" Malika mengulangi permintaannya dengan suara menggoda,

"Anakanda, jangan bersetuju anakanda, perempuan itu sudah gila!! entah apa lagi yang boleh dilakukannya. Hancur masa depanmu nanti."sempat Permaisuri Si Putih Melati memberi nasihat.

"Anakanda tahu bonda, anakanda tahu." balas Putra Arjuna sambil sedaya upaya melepaskan diri dari Malika.

"Aku lebih suka dijadikan batu seperti ini daripada menjadikan perempuan sihir gila sepertimu sebagai isteriku!!"tempelak Putra Arjuna.

"berani kau menghina aku!!!"Malika berang.Malika mula terbang semula ke udara. Dia mula membaca mantera dalam bahasa yang hanya dia sendiri fahami. Putera Arjuna yang sudah terlepas dari sihir Malika tadi lantas cuba melarikan diri. Dia cuba mendapatkan bondanya dan mahu lari masuk ke dalam Istana. Satu lagi bebola cahaya yang kini berwarna biru muncul di antara telapak tangan Malika. Bebola Cahaya itu dibaling pula terus pada Putra Arjuna.

"Arghhh....!!" Putra Arjuna tidak sempat mengelak. Hanya seketika, Putra Arjuna berubah menjadi seekor Angsa yang bermata biru.

"Anakanda!!!" jerit Permaisuri Si Putih Melati sambil mendapatkan Putra Arjuna yang kini telah menjadi seekor Angsa.

"apa yang telah kau lakukan pada anak ku??!!" Soalan dari Permaisuri Si Putih Melati itu disambut dengan hilai tawa dari Malika.

"apa kau buta?! tak mampu melihat?! aku sudah sihirkan dia menjadi seekor angsa." ujar Malika lagi sambil ketawa besar.

"jahanam kau Malika!!!"jerkah Permaisuri Si Putih Melati. Malika hanya ketawa lagi. Sekali lagi dia membaca manteranya dan dalam hanya sekelip mata juga Angsa putih yang sedang dipangku oleh Permaisuri Si Putih Melati hilang. Permaisuri Si Putih Melati jadi panik.

"mana putraku?!"

"aku telah hantarkannya ke hutan larangan."jelas Malika bongkak.

"pulangkan putraku, jadikannya manusia semula!"Permaisuri Si Putih Melati separuh merayu.

"Aku akan jadikannya manusia semula dan kembalikannya kepada kau, asal saja dia bersetuju memperisterikan aku!"ujar Malika lagi.

"itu tak akan pernah terjadi!!"tegas Permaisuri Si Putih Melati.

"terpulanglah pada kau. Terima sahaja hakikat putra kau kini seekor angsa di hutan larangan atau terima aku sebagai menantumu."ucap Malika lagi bongkak. Permaisuri Si Putih Melati terdiam termati kata.Air matanya mengalir laju.

"sekiranya kau ingin berubah fikiran, kau tahu dimana ingain mendapatkanku."uacap Malika lagi sebelum ghaib dibalik angin. Langit yang tadinya gelap dengan kilat sabung menyabung mula bertukar cerah kembali seperti sedia kala. Tuanku Raja Sang Saka Buana turut kembali bertukar menjadi manusia. Permaisuri Si Putih Melati masih terduduk terjelopok di lantai. Buntu dan menangisi apa yang berlaku.



Bayu berjalan sendiri menghampiri pinggir sebuah hutan tebal yang terletak tidak jauh dari kampung kediamannya. Kakinya melangkah masuk ke hutan yang sebenarnya amat digeruni oleh seluruh rakyat pelusuk negara. Hutan larangan ini adalah sebuah hutan yang telah tersihir. Seluruh penghuninya adalah makhluk yang telah tersihir. Namun itu tidak menyebabkannya mahu menjauh dari hutan itu. Sedang semua orang menjauhi hutan itu, dia pula lebih tertarik dengan hutan itu. Setelah agak lama berjalan, Bayu sampai ke sebuah tasik yang hanya sederhana besar. Bayu tersenyum sebelum duduk dipangkin yang telah dibinanya disitu. Ini bukanlah kali pertma dia kesini. Hutan ini sudah diibaratkan bagai taman permainannya. Dia sudah kesini sejak dia masih kecil. Sesuai dengan wujudnya, hutan ini berbeza dengan hutan-hutan lain. Banyak tumbuhan disini tidak ada di kawasan lain. Apa yang paling menarik, sebenarnya, hutan ini amat indah. Sukar digambar denngan kata-kata. Itu yang menyebabkan dia amat menyukai hutan ini. Walau berkali ibunya memarahinya kerana masuk ke hutan ini, namun itu langsung tidak mematahkan semangatnya untuk terus kesini. Bayu duduk dipangkin binaannya itu sebelum berbaring. Dia menarik nafas panjang cuba melepaskan lelah. Sepanjang pagi tadi sebenarnya dia kehutan untuk mencari hasil hutan. Memang itulah rutin sehariannya. Seawal pagi dia akan ke hutan mencari hasil hutan, pucuk kayu, rotan mahupun buahan-buahan, semuanya diambil dan dijual dipasar, hasilnya dibelanjakan pula membeli keperluan harian seperti beras dan tepung.

Bayu tersentak sebaik terdengar sesuatu bergerak di dalam semak. Bayu bangun dan mencapai parangnya. Dia sudah bersedia dengan sebarang kebarangkalian. Bunyi di dalam semak semakin hampir. Jantung bayu berdegup laju. Entah apa yang akan muncul. Namun darangnya yang tadi bergerak laju seakan mulai bergerak normal semula. Bayu memrhati makhluk berwarna putih yang keluar dari dalam semak itu. Bayu dan makhluk itu berpandangan sesama sendiri.

"Quak....!!!" makhluk itu berkuak.

"apalah, hanya seekor angsa. Buat kurisau saja." ujar Bayu lega sambil mengurut dada. Parangyang tadi disarung semula ke dalam sarungnya.

"Quak..!!" angsa itu berbunyi lagi. Bayu memandang angsa putih lalu tersenyum. Dia lantas menghampiri angsa itu. Angsa putih bermata biru itu langsung tak berganjak. Bayu duduk bercangkung sebelum mengusap kepala angsa tersebut.

"dari mana kamu datang wahai angsa putih?"  soalnya. Angsa itu hanya diam tidak berganjak. Bayu memerhati angsa itu. Bulunya sungguh cantik dan bersih. Seakan mustahil angsa ini memang berasal dari hutan ini.

"kamu lapar?"soal Bayu sambil mengeluarkan bekalan nasi yang dibawanya. Nasi putih bersama dengan ikan kering itu di letakan di hadapan angsa itu. Dengan lahapnya nasi itu disudu oleh angsa tersebut. Bayu tersenyum melihatnya.

"sebegini lapar kamu ya." ujar Bayu. Bayu bangun dan kembali ke pangkinya. Hanya selang beberapa detik Bayu kembali terbuai di alam mimpi.

Bayu berdiri di sebuah taman yang indah dia memandang sekeliling. Taman itu dilitupi kabus putih. Dia jadi keliru.

"aku dimana?"soalnya sendiri. Seketika kemudian, matanya tertancap pada susuk seseorang yang datang menghampirinya.

"siapa itu?" soal Bayu. Lelaki itu makin hampir dan makin jelas dibalik kabus tebal itu. Bayu memandang lelaki itu. Tampaknya seakan seusia dengannya. Namun jelas lelaki itu berstatus berbeza. Pakaian nampak berada, nampak seperti seorang bangsawan.

"Siapa kamu?" soal Bayu lagi.

"Namaku Arjuna." ujar lelaki itu.


"Huhhh...." Bayu terjaga dari lenanya. Dia memandang sekeliling cuba menganal pasti diamana dia berada. Dia masih di pangkin kecil binaannya di hutan larangan.

"Aku bermimpi rupanya."ujar Bayu sambil menarik nafas lega. Dia lantas teringatkan lelaki didalam mimpinya itu.

"Arjuna?"

"Quak..." Bayu terkejut mendengarkan bunyi angsa menguak secara tiba-tiba. Bayu menoleh ke tepi dan ternampak angsa putih yang tadi muncul dihadapannya sedang berada betul-betul disebelahnya sambil memandangnya.

"kau masih disini angsa putih." ujarnya sendiri. Bayu lantas memandang ke langit. Matahari kian tegak menongkat langit.

"Aku harus pulang sekarang." uajrnya lagi. Lantas barang-barangnya dikemas dan dia lantas mengorak langkah mahu meninggalkan hutan itu. Langkahnya terhenti sebaik menyedari dirinya diekori. Perlahan dia menoleh kebelakang. Kelihatan Angsa putih itu berada dibelakangnya. Langkah diatur lagi dan angsa itu turut mengekorinya. Bayu memberhentikan langkah dan lantas memandang angsa itu.

"kamu mahu mengikutku pulang?"soal Bayu.

"Quaakk..."



Dari jauh Mak Kesum melihat anak tunggalnya berjalan perlahan menuju ke rumah kayu usang yang terletak dihujung kampung. Memang kebiasaanya anak tunggalnya itu pulang lewat tengah hari begini dari mencari hasil hutan. Namun ada yang berbeza kali ini. Pandangan mata Mak Kesum tepat memandang seekor angsa putih yang dikendong oleh anaknya itu.

"Apa yang kau bawa tu Bayu?" soal Mak Kesum. Bayu hanya terseyum sambil mengusap-usap angsa putih itu.

"Angsa, mak."jawab Bayu sambil tersenyum sambil menghampiri Mak Kesum yang berdiri di tepi tangga ke pondok milik mereka ini.

"mana kau dapat angsa ini Bayu, kau jangan buat masalah nak, kita ni orang susah."ucap Mak Kesum yang khuatir Bayu melakukan sesuatu yang tidak benar.

"mak, apa yang mak fikirkan? Bayu tak mencuri mak, bayu terjumpa angsa ini ketika dihutan."terang Bayu. Mak Kesum memandang angsa itu lagi sambil turut membelainya.

"jarang benar ada angsa secantik ini dihutan. Benarkah kau tak mencurinya Bayu?"

"benar mak, lagi pun tak ada yang mustahil di hutan larangan." Bayu terdiam sebaik menyedari dia terlepas cakap.

"kamu ke hutan itu lagi?!" soal Mak Kesum yang kini mulai marah. Bayu hanya tertunduk.

"berapa kali sudah mak pesan, jangan ke hutan sihir itu lagi. Hutan itu bahaya, bukan untuk orang seperti kita Bayu."

"mak, tapi hutan itu berbeza mak, Bayu sangat sukakan hutan itu." terang Bayu.

"memang hutan itu berbeza kerana hutan itu sudah disihir." ujar Mak Kesum lagi. Sekali lagi Mak Kesum memandang angsa putih yang masih dikendong oleh Bayu.

"angsa ini kau jumpa dihutan itu?" soal Mak Kesum. Bayu hanya mengangguk.

"Mak mahu kau hantar semula angsa ini ke hutan itu."arah Mak Kesum tegas.

"tapi mak..."

"bayu, kita tak tahu apa sebenarnya angsa ini. Semua yang ada di hutan itu sudah tersihir Bayu, siang dia begini, tapi bila malam entah apa akan jadi. Sudah, hantarkannya semula. Mak tak mahu kita bertambah susah." Bayu hanya tertunduk lesu.



Bayu duduk bersendiri di tepi tasik yang terletak di dalam kawasan hutan larangan. Dia memang sering kesini. Walaupun sering ditegah oleh ibunya, namun langkahnya sering memebawanya kesini. Memang hutan ini agak menakutkan bagi sesetengah orang, namun baginya hutan ini amat indah. Mungkin kerana hutan ini bebas dari aktiviti manusia, maka ianya masih kekal dalam keadaan semual jadi. Tabahan pula hutan ini ada banyak tumbuhan dan juga haiwan yang tidak dijumpai di tempat lain. Sesekali Bayu memandang angsa putih bermata biru yang tadinya dijumpai di tasik ini. Entah kenapa angsa itu tidak pergi jauh darinya. Malah menjejak air pun tidak. Langsung tak seperti angsa-angsa yang lain. Tadi selepas dimarahi oleh ibunya, Bayu akur dan membawa kembali angsa ini kesini. Namun Bayu merasa tak sampai hati untuk meninggalkan angsa itu. Dia berasakan seakan ada sesuatu dengan angsa itu yang menarik hatinya. Sekali lagi Bayu mengusap kepala angsa itu.

"apa kau ni sebenarnya?"soal Bayu. Sesekali Bayu mendongak ke langit. Hari semakin gelap. Dia perlu pulang. Berada di hutan larangan ini di waktu malam bukanlah satu buah fikiran yang baik. Hutan ini sudah cukup bahaya di siang hari. Malam hanya menjadikannya berkali ganda lebih bahaya kerana kebanyakan makhluk di hutan ini akan kembali ke wajah asal sebaik sang suria menghilang.

"Baiklah, Angsa putih, aku perlu pulang dahulu. Hari semakin gelap. Besok aku datang lagi. Kau tunggu aku disini ya." ucap Bayu. Seketika kemudian dia bangun dari duduknya.

"Aku pulang dulu." ucapnya lagi sambil tersenyum. Bayu berpaling dan mula mengatur langkah pulang. Namun hanya selepas seketika, langkahnya terhenti. Ada suatu cahaya yang amat terang muncul dari arah belakangnya. Bayu berpaling, namun cahaya yang begitu terang menyilaukan pandanganya. Bayu menutup matanya dengan belakang tapak tangan. Cahaya yang terang tadi mula beransur hilang. Keadaan kelam malam mula menyelubungi semula. Silau di mata bayu turut beransur hilang. Sebaik pandangan kembali sedia kala, pandangannya terpaku. Jantungnya berdegup laju. Dia seakan tidak percaya. Tepat di tempat yang sama dimana angsa putih tadi berada dan juga punca datangnya cahaya tadi terbaring sekujur tubuh manusia tidak berpakaian. Bayu menggosok-gosok matanya cuba untuk memastikan apa yang dilihatnya itu bukan sekadar ilusi mata. Bayu menghampiri lelaki tidak berpakaian itu. Tubuhnya begitu putih dan kurus. Namun tidak terlalu kurus, sesedap mata memandang. Tubuhnya bagai seorang wanita, tapi masih dengan ciri-ciri kelelakian. Bayu jadi malu melihat tubuh telanjang lelaki yang jelas menanpakan dia dari golongan bangsawan. Orang kebanyakan sepertinya tidak mungkin memiliki tubuh seindah itu.

"si...siapa kau? dari mana kau datang?" soal Bayu gugup. Lelaki yang tadinya terbaring tertiarap bangun perlahan dan memandang wajah Bayu tepat.

"tidakkah kau dapat mengenaliku?"soal lelaki itu. Bayu mula tersentak selepas terpandang mata biru milik lelaki itu. Dia mula tersedar sesuatu. Dia pernah meluhat lelaki ini. Ya benar, dia yakin ini adalah lelaki yang dia jumpa dalam mimpinya siang tadi.

"kau....kau Arjuna?!!"





bersambung.....





p/s: ok tak cerita ni???...komen jangan tak komen ya...hihih






8 comments:

  1. kena la sambung dulu.. baru la tau ok ke x?

    ReplyDelete
  2. Hurm.. not bad. Lgpun ni baru episod permulaan.. Tapi sy masih sukakannya.

    ReplyDelete
  3. awesome,... tak sabar nak baca sambungannya..

    ReplyDelete
  4. Best jugak...

    ReplyDelete
  5. best
    intro yg menarik untuk tunggu sambungan

    ReplyDelete