Monday, 10 February 2014

Our Love Story (Bahagian 11 - Akhir)





Bahagian 11: I Love You.



Syafiq duudk bersendirian di tepi pantai. Matanya dibiarkan meliar ke laut yang luas terbentang. Laut biru ini begitu mengasyikan. Sesekali Syafiq menoleh ke kiri dan ke kanan. Matanya tertancap pada sekujur tubuh yang datang mengahmpirinya. Dia tersenyum. Lelaki yang dilihatnya itu juga turut tersenyum.  Lelaki itu datang mendekatinya dan lantas duduk disebelahnya. Syafiq tersenyum lagi. Wajah putih bersri lelaki itu ditenungnya lama. Lelaki itu berpaling dan menatap Syafiq juga. Senyuman manis masih menghiasi wajahnya. Syafiq berasa bahagia melihat senyuman itu. Perlahan tangan lelaki itu diraih dan digenggam erat. Mereka berdua tersenyum lagi. Tapi entah kenapa tiba-tiba lelaki itu melepaskan genggaman tangannya dengan Syafiq. Dia berdiri. Syafiq yang keliru turut bangun. Dia memandang lelaki itu lagi. Ada air mata yang mengalir dan membasahi pipinya. Syafiq kaget. Lelaki itu sekali lagi berpaling memandang Syafiq. Dia tersenyum lagi, cuma bezanya senyumnya kali ini amat kelat. Kemanisannya tadi sudah tiada. Syafiq jadi panik dan keliru. Perlahan lelaki itu berpaling ke belakang. Langkah diatur perlahan menjauhi Syafiq. Syafiq panik. Mulutnya terbuka. Nama lelaki itu cuba untuk disebut, namun tidak keluar. Tidak semena-mena keadan sekeliling menjadi gelap, gelap gelita. Syafiq cemas. Lelaki tadi masih berada dihadapannya dan semain menjauh. Syafiq cuba mengejar tapi hampa. Kakinya seakan kaku dan tidak mengikut arahan. Nama lelaki itu juga turut cuba iducap, namun masih mulutnya bisu.

"Amri!!!!" Syafiq terbangun dari tidurnya. Darahnya bergerak laju, jantungnya berdegup kencang, tubuhnya lenjun dibasahi keringat. Nafasnya teercungap-cungap. Syafiq memandang keadaan sekeliling. Dia masih berada di atas katil dalam biliknya sendiri. Dia meraup wajahnya sendiri.

"Astaghfirullah al-Azim." Syafiq beristighfar sebaik seddar segalanya tadi hanyalah sebuah mimpi.

"Amri..." nama lelaki dalam mimpinya tadi meniti dibibirnya.






Syafiq melangkah longlai masuk ke dalam bangunan kolej kediaman ini.Langkah perlahan diatur mnedaki tangga ke aras tiga. Syafiq memandang keadaan sekeliling yang agak kosong. Mungkin hujung minggu begini menyebabkan ramai pelajar yang mengambil kesempatan untuk pulang ke kampung. Dengan perasaan gementar Syafiq menghampiri bilik yang bernombor 12. Syafiq berhenti di hadapan pintu bilik itu sambil menarik nafas dalam. Ini bilik Amri. Dia sendiri seakan tak percaya yang dia kini berdiri di hadapan bilik ini. Sejak pertemuannya dengan Amri tempoh hari dia seakan berasa ada sesuatu yang telah hilang darinya. Dan dia amat yakin yang sesuatu itu ada bersama Amri. Syafiq masih pegun disitu. Masih was-was dengan tindakannya. Wajarkah dia berjumpa dengan Amri? Adakah Amri masih mahu bertemunya? adakah ini jalan yang terbaik? segala persoalan bermain dimindanya. Dia jadi buntu.

" Abang Syafiq.." Syafiq menoleh ke arah datang suara yang memanggilnya itu. Syafiq memandang pemilik suara itu lama cuba mengecamnya. Siapa dia?




"Abang datang nak jumpa abang Amri?"soal Aidit selepas mereka diam seketika. Tadi Aidit ternampak Syafiq berdiri di hadapan pintu biliknya. Selepas memperkenalkan diri, Aidit mengajak Syafiq ke kafetaria ini.

"Amri ada tak?"soal Syafiq pula.

"dia ada dalam bilik, berehat."ucap Aidit.

"dia tak sihat ke?"soal Syafiq pula. Aidit hanya diam tak menjawab. Amri sihat saja, cuma hatinya yang penat.

"Abang nak jumpa dia buat apa?"soal Aidit pula.

"kamu tak perlu tahu, itu urusan aku dan Amri."balas Syafiq yang jelas kurang senang.

"apa sahaja yang berkaitan dengan Abang Amri, akan ada kaitan dengan saya."balas Aidit.

"siapa kamu sebenarnya pada Amri?" soal Syafiq Ingin tahu. Lantas peristiwa tempoh hari bermain di minda Aidit. peristiwa di mana dia 'melamar' Amri.


"Saya tak akan benci abang, saya ambil berat tentang abang, saya sayang abang."ucapnya. Amri masih terkedu. Aidit meleraikan pelukannya. Kedua tangan Amri diraih dan digenggam erat.
"Kalau Abang Syafiq tak boleh terima abang, saya boleh. Izinkan saya menggantikan tempat abang Syafiq dalam hati abang."ucapnya serius. Amri memandang wajah Aidit dalam. Amri keliru, tapi dia cukup yakin yang Aidit sangat serius dengan apa yang diucapkannya.
"kenapa?" soal Amri pula.
"sebab saya.....saya suka abang, saya sayang abang, saya cintakan abang." ucap Aidit serius. Baru sebentar tadi dia rasa yang dia sangat yakin yang dia cintakan Amri. Aidit tertunduk lesu, cuba memikirkan apa yang patut dibuatnya. Aiidt hanya diam menanti riaksi dari Amri.
" Aidit....Aidit sedar tak apa yang Aidit cakap ni?" soal Amri sambil memandang tepat ke dalam mata Aidit.
" Aidit sedar, Aidit betul-betul yakin, Aidit cintakan abang."ucap Aidit lagi serius.
" Aidit.." panggil Amri lembut. Perlahan Amri melepaskan tangannya yang masih di genggam erat oleh Aidit. Perlahan juga dia menggelengkan kepala. Hati Aidit mula rasa terguris. Dia faham benar dengan riaksi yang sebegitu.
" Aidit, Aidit lelaki straight, jangan sesekali jadi macam abang. Sebagai seorang lelaki, mencintai seorang lelaki lain, bukan sesuatu yang indah." ucap Amri lagi. Aidit hanya terdiam.
" Abang minta maaf, bukan abang tak sukakan Aidit, abang pun sayangkan Aidit. Tapi cinta abang hanya ada satu, dan cinta itu untuk Syafiq." ucap Amri lagi. Perlahan Amri bangun dan berlalu pergi perlahan. Aidit masih hanya duduk berteleku. Hatinya terasa sakit. Baru tadi dia rasa benar-banar yakin dengan cintanya, namun kini semunya seakan musnah hanya sekelip mata.



" Aidit..." Aidit tersentak selepas namanya dipanggil. Aidit menoleh memandang Syafiq yang memanggilnya tadi.

" Cukuplah kalau saya katakan yang saya seorang yang sangat ambil berat terhadap Abang Amri." ucap Aidit sebagai jawapan kepada soalan yang diajukan kepadanya tadi. Syafiq masih belum puas hati dengan jawapan Aidit. Dia berasakan ada sesuatu pada hubungannya dengan Amri.

" saya tahu semua cerita tentang abang dan abang Amri." ujar Aidit sebelum sempat Syafiq menyoal siasatnya. Syafiq tersentak

" kamu tahu?" soal Syafiq. Aidit mengangguk.

" abang dah tolak cinta dia, tapi kenapa abang datang cari dia lagi?" soal Aidit pula. Syafiq terdiam. Syafiq tertunduk sebelum meraup wajahnya. Dia melepaskan keluhan berat.

" aku tak tolak cinta dia....."

" habis tu?"

" aku tak tahu, aku keliru. Aku sayang dia, aku cintakan dia, cuma...aku....aku tak tahu...." Syafiq meluahkannya. Ini sebenarnya kali pertama dia terbuka dengan perasaannya pada oarang lain, dan orang itu pula adalah orang asing yang dia tak kenali. Aidit hanya mendengar. Entah kenapa dia seakan memahami perasaan Syafiq. Dia pernah turut merasai perasaan yang sama. Walaupun hanya untuk seketika, dia masih boleh faham.

" Saya sebenarnya sukakan abang Amri. Saya cintakan dia." cerita Aidit. Syafiq mendongak memandang wajah Aidit. Wajahnya berkerus.

" Dua hari lepas, saya dah luahkan perasaan saya pada dia." cerita Aidit lagi. Syafiq jadi gementar.

" tapi....cinta dia hanya untuk seseorang. Cinta dia hanya untuk abang Syafiq seorang je." ujar Aidit lagi. Syafiq jadi lega. Entah kenapa timbul sedikit rasa gembira dihatinya.

" Abang Amri tak pernah main-main bila dia cintakan abang." ucap Aidit lagi.

" aku tahu..." balas Syafiq lesu.

" kalau abang betul-betul cintakan dia, terimalah cinta dia seadanya, tapi kalau abang tak boleh terima, tolong lupakan dia. Tianggalkan dia dan jangan jumpa dia lagi." Ucap Aidit serius. Syafiq terdiam mendenngarnya. 

'jangan jumpa dia lagi?' Syafiq menyoal dirinya sendiri.



Aidit hanya melihat Amri mula mengemas-ngemas barang-barangnya. Esok dia akan pulang ke kampung selepas sesesai menduduki semua kertas peperiksaannya untuk semester ini.

"untunglah 'paper' dah habis."ucap Aidit sinis bergurau. Amri hanya tergelak kecil.

"janganlah jealous.." balas Amri pula. Aidit mencebik sambil kembali menyambung mentelaah pelajarannya, Aidit hanya akan habis menduduki peperiksaan pada hari lusa. Itu membuatkan dia sedikit cemburu dengan Amri. Sekali-sekala Aidit menoleh lagi memandang Amri. Hatinya berasa lega hubungannya dengan Amri tidak terjejas dengan apa yang berlaku sebelum ni. Hatinya memang terluka kerana cintanya ditolak oleh Amri, tapi dia perlu matang. Dia terima semuanya dengan hati terbuka. Dia sedar, dia tak mungkin mampu mengambil alih tempat Syafiq di dalam hati Amri. Pada mulanya memang dia berasa agak kekok, tapi lama kelamaan dia mula membiasakan diri. Begitu juga dengan Amri. Dia tak mahu merosakan hubungan baiknya dengan Aidit. Baginya, Aidit sudah dianggap sebagai Adiknya sendiri.

"Aidit paper last bila?"soal Amri.

"lusa.." balas Aidit ringkas. Amri hanya mengangguk perlahan.  Untuk seketika masing-masing khusyuk dengan dunia sendiri. Tak semena-mana Aidit teringatkan pertemuannya dengan Syafiq tempoh hari.Dia memandang Amri yang kini sudahpun siap mengemas barang-barangnya.

"abang..."panggil Aidit. Amri berpaling memandang Aidit.

"hari tu...saya ada jumpa abang Syafiq."cerita Aidit. Entah kenapa dia rasa dia perlu cerita. Amri perlu tahu apa perasaan sebenar Syafiq. Baginya, asalkan Amri bahagia, dia turut bahagia. Amri tertunduk. Darahnya mula bergerak laju.

"Aidit jumpa dia kat mana?" soal Amri.

"kat depan bilik ni."ucap Aiidt. Amri kaget.

"Syafiq datang sini?" Aidit hanya mengangguk.

"dia datang sini nak jumpa abang."ujar Aidit lagi. Amri hanya terdiam. Fikirannya ligat memikirkan apa yang Syafiq mahukan darinya.

"lama dia berdiri depan pintu tu, teagak-agak nak ketuk. Saya bila nampak dia macam tu, saya ajak dia turun bawah."cerita Aidit.

"Aidit cakap apa dengan dia?"

"saya cakap....saya suruh dia tinggalkan abang.."

"Aidit!!!"

"kalau dia tak ada perasaan dengan abang..." pintas Aiidt cuba menamatkan ayatnya yang tadi dipintas oleh Amri. Amri terdiam.

"saya suruh dia tinggalkan abang kalau dia benar-benar tak ada perasaan pada abang, tapi...."

"tapi apa?"

"dia sebenarnya ada perasaan pada abang, dia cintakan abang, cuma dia keliru. Dia masih tak yakin memilih untuk bersama itu adalah satu pilihan yang baik."cerita Aidit. Amri terdiam. Dia tidak pernah tahu tentang ini. Dia tak pernah tahu perasaan sebenar Syafiq pada dirinya. Timbul sedikit rasa senang dalam hatinya. Paling tidak dia tahu yang dia tidak bertepuk sebelah tangan.

"kalau abang betul-betul sayangkan dia, dan nak bersama dengan dia, cubalah yakinkan dia."ujar Aidit pula. Amri memandang wajah polos Aidit.

"Aidit, are you okey with this??" soal Amri. Amri seddikit hairan dengan Aidit. Syafiq adalah pesaingnya, tapi kenapa dia menggalakan dirinya dengan Syafiq.

"What do you mean??....oh...pasal tu.." Aidit tesenyum pada Amri. Dia faham apa yang dimaksudkan oleh Amri.

"of course i'm okey.."balas Aidit.

"tapi..."

"abang,....abang tak perlu risau. Saya faham, cinta abang hanya untuk abang Syafiq. Lagi pun abang dah reject saya hari tu kan.."ucap Aidit disusuli ketawa kecil. Amri tersenyum.

"saya hormati keputusan abang, lagipun saya rasa, saya dah cukup bahagia asalkan abang bahagia."ucap Aidit yang tidak lain hanyalah untuk menyenangkan hati Amri. Mana mungkin dia bahagia melihat orang yang dia cinta berbahagia dengan orang lain. Tapi tak guna juga kalau dia berusaha mendapatkan Amri. Akhirnya nanti mungkin dia berjaya mendapatkan Amri, tapi hanya jasad, hatinya tetap pada Syafiq. Amri tersenyum senang.

"terima kasih Aidit." ucap Amri sambil tersenyum manis. Aidit turut mengukir senyum.


"Adam, aku rasa aku dah nekad."ujar Syafiq. Adam yang duduk dihadapannya terkebil-kebil tidak faham, tadi dia dan Syafiq belajar bersama untuk persedian peperiksaaan akhir yang akan diduduki beberapa hari lagi.

"nekad apa pulak?" soal Adam.

"aku dah nekad, aku nak putus dengan Zana."ucap Syafiq serius.

"lah...pulak...kenapa?" soal Adam. Syafiq memadang wajah Adam. Begitu lama masa diambil untuk membuat keputusan ini, Kini dia yakin kebahagiannya bukan dengan Zana.

"Aku kapel dengan dia pun, bukan sebab aku cintakan dia."ujar Syafiq. Adam hanya mendengar. Dia tidak begitu terkejut kerana sejak awal lagi dia sudah boleh mengaagak yang hubungan Syafiq dan Zana bukan atas dasar cinta.

"kau ni macam tak terkejut je?"soal Syafiq selepas melihat riaksi Adam. Adam tergelak kecil.

"sejak awal lagi aku tahu kau tak cinatakn dia. Sebab tu aku terkejut bila aku dapat tahu kau kapeld engan dia balik dulu."cerita Adam. Syafiq mengangguk faham.

"jadi, apa plan kau sebenarnya?"soal Adam.

"maksud kau?"

"yelah, kau cintakan orang lain kan?" duga Adam. Kini Syafiq pula yang terkejut.

"mana kau tahu?"

"lah...kan kau yang cerita pada aku dulu." Syafiq mula teringat kembali pertemuannya dengan Adam dulu. Benar, dia menceritakan masalahnya apda Adam dulu. Syafiq tersenyum sendiri.

"aku dah nekad yang aku akan putuskan hubungan aku dengan Zana dan mencintai orang tu."ujarnya.

"orang tu?" soal Adam. Adam sedikit hairan, kenapa Syafiq merujuk kepada 'orang tu'dan bukan gadis itu atau wanita itu? kenapa terlalu umum?

"jadi, siapa sebenarnya orang tu?" soal Adam pula. Syafiq tersenyum lagi.

"yang tu, aku tak boleh bagitahu kau. Apa yang aku boleh bagitahu, aku benar-benar cintakan dia." ucap Syafiq. Adam hanya mengagguk faham. Dia memang ingin tahu, tapi dia perlu menghormati keputusan rakannya itu.



Syafiq bergegas masuk ke dalam restoran ini. Dia memandang sekeliling mencari kelibat Zana. Tapi tiada. Syafiq menarik nafas lega. Kini dia mencari pula tempat kosong. Dia membuat pesanan dan duduk diam disitu menanti Zana sampai. Kertas peperiksaan terakhirnya untuk smesester ini baru sahaja selesai diduduki petang tadi. Esok dia akan pulang ke kampung. Tapi sebelum dia pulang esok, ada sesuatu yang perlu diselesaikannya dulu. Sesuatu yang amat penting.

"Assalamualikum." kedengaran satu suara memberi salam. Syafiq menoleh dan tersenyum.

"Awak lama ke tunggu? soal Zana sambil duduk dihadapan Syafiq. Syafiq hanya menggelengkan kepala sebagai respon.

"Saya pun baru sampai."ucap Syafiq pula. Zana tersenyum. Seketika kemudian pelayan sampai, Zana membuat pesanan dan pelayan itu kembali semula ke dapur. 

"Zana, saya sebenarnya ada perkara pentaing yang saya nk bagitahu awak."ucap Syafiq selepas lama dia mengumpul kekuatan. Dia mengajaka Zana ke sini adalah kerana ingin memutuskan hubungan mereka. Syafiq kini yakin yang dia mahu memilih Amri dan untuk itu, hubungannya dengan Zana perlu ditamatkan.

"apa dia?" Syafiq memandang  wajah Zana dalam sebelum menarik nafas dalam.

"Zana, saya rasa, saya tak boleh nak teruskan hubungan kita." ucap Syafiq tenang. Zana tersentak. Senyuman diwajahnya tadi hilang serta merta.

"apa maksud awak?"soal Zana. Syafiq memandnag wajah Zana lagi yang kini mula berkerut.

"Saya minta maaf Zana, saya tipu awak. Sejak awal lagi sebenarnya saya tak pernah ikhlas bersama dengan awak. Saya tak pernah cintakan awak. Sejak pertama kali saya cuba dekati awak masa kita di semester satu dulu, saya tak pernah terniat pun nak cintakan awak."

"apa maksud awak? habis tu apa sebenarnya saya ni pada awak?" soal Zana keliru.

"Saya dekati awak dulu semata-mata untuk mengalihkan perhatian saya daripada cinta saya yang sebenar. Saya menerima awak semula pun dulu atas sebab yang sama. Saya hanya pergunakan awak saja. Saya minta maaf. Saya minta maaf sangat-sangat." Zana hanya diam membisu. Dia seakan tak percaya apa yang abru didengarnya. Selama ini sebenarnya dia hanya diperalatkan.

"siapa cinta awak yang sebenar tu?" soal Zana pula. Syafiq memandang wajah Zana lagi. Mata Zana memerah menahan tangis. Syafik diam, dia tak mungkin menjawab soalan itu. Zana mengangguk faham.

"baiklah kalau itu yang awak nak."ujar Zana yang mula menitiskan air mata.

"terima kasih Syafiq."ucap Zana lagi sebelum bangun dan beredar. Syafiq hanya memandang Zana pergi dengan perasaan  sayu. Timbul rasa kesal kerana telah melukai hati seorang gadis yang benar-benar ikhlas mencintainya. Namun dia kena kuat, dia sendiri terluka. Dia perlu merawat dirinya sendiri, dan ini adalah jalan awal yang perlu diambilnya.




"Assalamualaikum..." Syafiq memberi salam. Namun tiada respon dari dalam rumah.

"Assalamualaikum.." Sekali lagi Syafiq memberi salam.

"Waalaikumusslam.."kedengaran suara seorang wanita dari dalam. Seketika kemudian wanita itu muncul dimuka pintu. Syafiq tersenyum.

"eh...Syafiq...."ujar wanita itu.

"Apa khabar Mak Limah? sihat?"soal Syafiq sopan.

"sihat, alhamdulillah, lama benar Mak Limah tak nampak kamu."

"saya ada je Mal Limah, tak kemana pun." ucap Syafiq lagi.

"kamu datang nak jumpa Am ya?"soal Mak Limah.

"a'ah, dia ada Mak Limah?"

"Amri tak ada, dia dah keluar."

"dia pergi mana?"

"tak tahu pulak Mak Limah, dia tak bagitahu pulak, sedar-sedar dah hilang, cuba kamu tengok dekat kedai Pak Ngahnya tu...ada kat situ agaknya."

"ha yelah....terima kasih Mak Limah....Assalamualaikum." sempat Syafiq memberi salam sebelum berlalu pergi.




"Am..." panggil Pak Sam.

"Am..."Panggil Pak Sam lagi.

"Ya.."jawab Amri sebaik tersedar dari lamunan. Pak Sam ketawa kecil melihat riaksi anak buahnya itu.

"kenapa Pak Ngah?"

"kamu tu mengelamun dari tadi kenapa?"soal Pak Sam.

"tak ada apalah Pak ngah." dalih Amri.

"kamu ada masalah ke? kalau ada ceritalah pada Pak Ngah, kot Pak Ngah boleh tolong."ucap Pak Sam.

"tak ada apalah Pak Ngah, saya okey je." balas Amri. Pak Sam menggelengkan kepala.

"sudahlah, kamu ni, Pak Ngah tengok dah semacam je sejak kamu balik cuti. Ni ambil barang-barang ni, hantar rumah Haji Solehin."arah Pak Sam. Amri akur dan mengambil barang-barang yang dimaksudkan oleh Pak Sam. Barang-barang itu diangkut dan diletak di atas motorsikalnya.

"Am.."panggil Pak Sam lahi. Amri menoleh.

"dah hantar tu, kamu balik sajalah, rehat dekat rumah. Besok baru datang lagi."ucap Pak Sam. Amri hanya tersenyum sedikit dan mengaangguk. Enjin motorsikalnya dihidupkan dan dia terus meluncur pergi menyiapkan tugasannya.



"Assalamualaikum."

"Waalaikumussalam."Jawan Pak Sam.

"ha...Syafiq!, lama tak nampak kamu."sapa Pak Sam mesra.

"saya ada je Pak Sam. Pak Sam Sihat?"

"sihat Alhamdulillah."

"erm...Pak Sam....ada Amri datang sini?"soal Syafiq tanpa berlengah.

"ada tadi, tapi tadi Pak Sam dah suruh dia balik."

"Pak Sam suruh dia balik?"

"ha'ah...yelah, tak guna pun kalau dia ada kat sini kalau asyik mengelamun je, Pak Sam suruh lah dia balik, berehat kat rumah."

"oh ya ke..."

"ha...kamu rapat dengan si Amri tu kan, kamu tahu ke kenapa dia jadi macam tu? macam ada masalah besar je Pak Sam tengok." soal Pak Sam. Syafiq terdiam. Dia tahu benar tentang masalah Amri, dialah punca segalanya. Tapi tak mungkin untuk dia bercerita pada Pak Sam.

"biasalah, Pak Sam, masalah orang muda."dalih Syafiq. Pak Sam tersenyum sebelum ketawa kecil dengan jawapan Syafiq.

"heih...macam-macam budak-budak zaman sekarang ni."ujar Pak Sam pula. Syafiq hanya tersenyum sama.

"Pak Sam, saya pergi dululah ya."

"ha...yelah..."

"Assalamualikum."

"Waalaikumussalam."




Syafiq memandang kawasan sekeliling air terjun itu mencari kelibat Amri. Tadi selepas dia ke kedai Pak Sam dia kembali ke rumah Amri, tapi mortorsikal milik Amri tiada, itu tandanya dia belum pulang lagi. Selepas itu dia pergi pula ke tepi sungai tempat dia dan Amri selalu melepak dulu, Amri juga tiada disitu. Puas juga dia pusing satu kampung mencari Amri, tapi tidak bertemu. Lantas dia teringatkan air terjun ini. Air terjun in agak tersorok dan terletak dalam kawasan tanah yang dimiliki oleh kelurga Amri. Mereka pernah kesini beberapa kali dahulu. Syafiq tersenyum selepas ternampak Amri duduk bersendiri diatas sebuah abtu besar. Perlahan dia mendekati lelaki itu.

"boleh aku duduk sini?"soal Syafiq. Amri yang sedikit terkejut lantas menoleh kebelakang. Kelihatan Syafiq sedang berdiri tidak jauh darinya. Amri kembali menoleh kedepan tanpa menjawab. Syafiq lantas terus duduk disebelah Amri.

"penat tau, aku cari kau. Satu kampung aku pusing." cerita Syafiq.

"mana kau tahu aku ada disini?" soal Amri. Syafiq memandang wajah Amri sambil tersenyum.

"naluri."jawab Syafiq ringkas. Buat seketika hanya bunyi air terjun yang memenuhi suasana.

"aku...aku...dah putus dengan Zana." cerita Syafiq. Amri yang sedikit terkejut dengan berita itu masih cuba mengawal diri. Dia masih memandnag kedepan seakan Syafiq tiada disitu. Sekali lagi hanya bunyi air terjun memecah suasana.

"hari tu...aku ada jumpa Aidit." cerita Syafiq lagi. Amri menoleh memandang Syafiq. Dia tak pernah tahu yang Syafiq kenal dengan Aidit.

"dia ada cerita yang dia dah luah perasaan dia pada kau, tapi kau tolak." cerita Syafiq. Amri kembali menoleh kedepan.

"dia kata yang cinta kau hanya untuk aku." Jantung Amri berdegup laju. Apa maksud Syafiq membangkitkan isu ini.

"aku dah bagitahu kau kan, aku tak pernah tipu tentang perasaan aku."ucap Amri pula.

"aku tahu, aku tahu perasaan kau. Aku dapat rasakan. Cuma aku yang cuba menipu perasaan aku sendiri. Aku bersalah pada kau. Aku buat kau keliru, aku buat kau patah hati. Aku minta maaf. Aku yang salah."ucap Syafiq. Amri hanya menoleh memandang Syafiq dengan pandangan kosong.

"sebab tu, aku nak tebus balik kesalahan aku."

"apa maksud kau?" soal Amri. Syafiq memandang mata Amri dalam sebelum dia mencapai kedua tangan Amri. Tangan Amri digeanggam erat sebelum dicium penuh perasaan. Amri kaget.

"izinkan aku untuk mencintai kau, dengan sebenar-benarnya." ucap Syafiq serius. Amri memandang wajah Syafiq dengan pandangan berkaca.

"kau jangan nak mainkan perasaan aku."ujar Amri sambil cuba menarik semula tangannya. Namaun lantas tangan itu digenggam semula oleh Syafiq.

"aku tak main-main, kali ni aku serius. Aku dah fikri masak-masak, aku serius. Aku cintakan kau. Aku tak boleh tipu diri aku sendiri lagi." Amri memandang wajah Syafiq tepat. Jelas terpancar keseriusan pada wajahnya. Amri tertunduk dan air matanya mengalir laju. Dia benar-benar terharu dan gembira. Cintanya buat Syafiq akhirnya terbalas. Syafiq menarik dagu Amri dengan ibu jarinya. Air mata Amri dikesat.

"janganlah menangis, nati tak comel dah."ucap Syafiq bernada gurau. Amri tergelak kecil. Sempat lagi Syafiq bergurau.

"terima kasih Fiq." ucap Amri. Ucapan terima kasih itu disambut dengan pelukan dari Syafiq. Syafiq menarik Amri rapat ketubuhnya dan didakap erat. Amri mula terasa bahagia.

"I Love You."bisik Syafiq perlahan ditelinga Amri.

"I Love You More."balas Amri. Kedua mereka tersenyum gembira dalam dakapan masing-masing berharap hubungan ini akan kekal selamanya.





Tamat

9 comments:

  1. happy ending....nih lah yang aku suka....btw gud job n nice story....

    ReplyDelete
  2. terharunye~ good job Annas Yusry..keep writing.. kalau ada episode extra mengisahkan perjalanan cinta Amri dan Syafiq selepas ni, aku rasa lagi cun..kot~ cadangan saja.. apepun, aku suka gilak dengan cerita ni.. :)

    ReplyDelete
  3. alolololo... tersipu2 aku baca... hehe....

    ReplyDelete
  4. Bahagia nye...
    Annas yusri, teruskan brkarya..

    ReplyDelete
  5. alaaaaaa~ tiada part ehem ehem, hihi.... tp ttp best, haha....

    ReplyDelete
  6. finally... happy ending. heheheheh

    ReplyDelete
  7. salam hihihi...tnggah saya melayari internet search kisah cinta romantik..keluar lar pautan blog ini. so saya pon terklik lar pula.... mulanya nak pangkah jer tab broswer ni and baca citer len... tpi tak semena-mena saya tertarik dengan story ini... dan cerita ini mengajar saya yang cinta itu unversal... tak kesah lar ape jenis cinta itu as long iya suci..... nice story line and sesuai untuk tatapan umum,,, walaupun kisahnya berkisar tentang topik yang sangat taboo tapi tumbs up wa bagi lu der..... btw...saya bukan plu or seangkatndengan ya.... salam

    ReplyDelete
  8. good story.. love the ending.. start bace blog ni 2 hri lpas.. trus melekat sbb bnyk citer best.. hukhukhuk..

    ReplyDelete