Friday, 28 March 2014

Bayu Arjuna (Bahagian 2)






Bahagian 2: Penawar




Mak Kesum memerhati anaknya yang seakan mencari sesuatu di dalam biliknya.

"kamu dari mana Bayu? kenapa sudah malam begini baru pulang?" soal Mak Kesum.

"Bayu....Bayu ke kampung seberang mak."jawab Bayu berhelah. Bayu lantas mencapai sepersalinan  bajunya dan dimasukkan ke dalam bungkusan. Dia lantas meluru keluar.

"Kamu nak kemana lagi Bayu? Sudah lewat malam begini, denggan baju segala."Mak Kesum sedikit cemas. Bayu tersenyum.

"Mak, Bayu ingin keluar sebentar sahaja, Bayu janji sebelum tengah malam Bayu pulang." ucapnya ringkas sebelum meluru keluar menuju kembali ke hutan larangan. Mak Kesum hanya menggelengkan kepala.




"Arjuna..."panggil Bayu sebaik dia sampai ke pondok di tepi tasik hutan larangan itu. Putera Arjuna yang duduk memeluk lutut mendongak memandang Bayu. Tadi Bayu bergegas pulang untuk mendapatkan pakaian untuk Putera Arjuna. Tak elok rasasnya dibiarkan pemuda itu bertelanjang.

"ini aku bawakan pakaian."ucap Bayu sambil menghulurkan pakaian yang dibawanya itu. Arjuna lantas bangun dan menghampirinya. Perbuatanya itu membuatkan bahagian sullitnya terdedah pada pandangan mata Bayu. Bayu lantas menoleh ke arah lain. Dia jadi malu. Dia sendiri tidak tahu apa yang ingin dimalukan. Dia juga mempunyi organ yang sama.

"terima kasih."ucap Putera Arjuna sambil mengambil pakaian yang dihulurkan oleh Bayu. Sebaik pakaian itu bertukar tangan, Bayu lantas berpaling ke belakang menghadap tasik. Dia duduk dipangkin dan membiarkan Putera Arjuna memakai pakaiannnya itu dibelakangnya. Jantung Bayu berdegup laju. Dia sendiri keliru apa puncanya.

"terima kasih Bayu, kau telah memberiku pakaian." ucap Putra Arjuna sambil duduk disebelah Bayu.

"sama-sama." balas Bayu.

"tapi mungkin, esok selepas aku bertukar menjadi angsa semula, aku akan menghilangkan baju ini."ucapnya lagi. Bayu hanya memandang pemuda berdarah biru itu. Sebenarnya mindanya masih belum cukup mengahdam apa yang berlaku. Baru sebenatar dia memandang seekor angsa dan hanya selang beberapa ketika, angsa itu kini menjadi seorang manusia tampan yang kini sedang duduk disebelahnya.

"apa benar kamu ini angsa putih tadi?" soal Bayu lagi yang entah untuk keberapa kali. Putra Arjuna tersenyum.

"apa begitu sukar untuk mindamu percaya walau semuanya berlaku di hadapan matamu sendiri?" soal Putra Arjuna kembali. Bayu hanya tertunduk.

"Aku sering di hutan ini, dah pelbagai kejadian dapat ku lihat, namun inilah pertama kalinya aku melihat seekor haiwan bertukar menjadi manusia." cerita Bayu.

"Aku asalnya seoarang manusia, yang disihir menjadi angsa, gara-gara hasad seorang ahli sihir durjana."

"Apa yang sebenarnya terjadi padamu sehingga kamu menjadi seekor angsa dan terbuang ke sini?" soal Bayu ingin tahu.

"Aku sebanarnya seorang Putera dari Tira Kirana, Aku disihir menjadi seekor angsa kerana aku menolak cinta Malika, seorang ahli sihir yang beraja di Gunung Silantra."

"Tira Kirana? jadi.....Kamu adalah putera pada Raja Sang Saka Buana?" soal Bayu. Putera Arjuna mengangguk. Bayu jadi panik. Dia lantas turun dari pangkin dan melutut.

"Ampun Tuanku beribu ampun, bukan niat patik untuk melanggar batas, patik cuma tidak tahu siapa sebenarnya tuanku." ujar Bayu sambil tertunduk ke tanah. Putera Arjuna hanya memerhati.

"Sudah tiga purnama lamanya aku disini, apa kau tahu apa perkahabarannya Tira Kirana?" soal Putera Arjuna. Bayu hanya terdiam. Dia tahu persis apa yang berlaku cuma apa patut dia bicarakan segalanya?

"Katakan saja Bayu, aku bersedia dengan segala kemungkinannya."

"Ampunkan patik tuanku, dari apa yang patik dengar, Tira Kirana sudah tiada lagi. Kerajaan Ru Rendang sudah menawan Tira Kirana Sepurnama dulu." Putera Arjuna hanya diam medengar. Dia sudah mengagak ini akan berlaku. Tira Kirana memang dalam keadaan perang dengan Ru Rendang. Kemunculan Malika yang membuat huru-hara memburukkan lagi keadaan. Jadi kini tiada lagi Tira Kirana.

"apa yang terjadi denggan kedua oarang tuaku?" soal Putera Arjuna lagi.

"Ampun tuanku, soal yang itu Patik tidak tahu."jawab Bayu jujur. Putera Arjuna menarik nafas panjang, cuba meneka nasib yang menimpa keluarganya. Namun dalam keadaannya yang tersihir ini, tiada apa yang bisa dilakukannya. Putera Arjuna Bangun dan mendekati Bayu. Kedua tangan Bayu dipegang sebelum dia menyuruh Bayu bangun.

"Sudahlah Bayu, tak perlu lagi kau sebegitu. Tira Kiara sudah tiada, maka aku bukan lagi seorang putera. Aku hanya seorang insan biasa yang tersihir. Tidak pernah ku impi untuk kembali bertakhta, cukup sekadar aku pulih seperti sedia kala, bebas dari sumpahan ini." ucap Putera Arjuna.

"izinkan.....izinkan aku untuk membantumu."ucap Bayu lembut. Putera Arjuna berpaling memandang Bayu lalu tersenyum.

"memang itu yang aku harapkan darimu."






"keluar!!!!!!" lena bayu terganggu dengan suara pekikan kuat ibunya diselangi dengan bunyi angsa.

"keluar!!!!"sekali lagi Mak Kesum memekik. Bayu jadi kaget. Hampir sahaja penyapu yang dibawa oleh Mak Kesum mahu menghempap seekor angsa putih yang berlari sambil berterbangan di dalam kamar kecil itu.

"Mak..."jerit Bayu. Dia lantas mendapatkan angsa putih itu dan mendakapnya erat.

"ini angsa semalam bukan? bukankah mak sudah bilang, hantar semuala dia ke hutan sihir itu."tegas Mak Kesum sambil termengah-mengah.

"Tapi mak, angsa ini berbeza." Ucap Bayu.

"memang dia berbeza, dia itu angsa yang tersihir!!"

"mak....."

"sudah...mak tak mahu lohat lagi angsa itu dirumah kita ini."ujar Mak Kesum tegas sebelum keluar dari ruangan kamar kecil milik Bayu itu. Bayu hanya melihat ibunya mula menghilang di balik dinding.

"Maafkan aku ya Arjuna." ucap Bayu sambil memandang Angsa putih yang di dalam dakapannya.

"Kuaak..." Bayu tersenyum melihatkan riaksi dari Arjuna.





Bayu berjalan sendirian mengharung laluan rutinnya untuk mengutip hasil hutan. Di sebelahnya, si angsa putih Arjuna menemaninya.

"apa yang patot aku lakukan untuk menolongmu Arjuna?"soal Bayu sendiri.

"andai saja aku bisa melakukan sihir, akan ku sihirmu kembali menjadi manusia."

"sihir?" langkah Bayu terhenti. Arjuna yang berjalan perlahan disebelahnya turut terberhenti langkah.

"ya...sihir..." Bayu mendapat satu buah fikiran. Dia lantas tiba-tiba mengangkat Arjuna.

"aku tahu siapa yang mungkin bisa membantumu."ucap Bayu ceria. LAntas langkahnya diatur kembali ke arah kampung. Langkah yang perlahan mula menjadi laju senhinggalah dia mula berlari-lari anak.

"entah kenapa baru kini dia terfikirkan tantang ini. Dikampung ini sendiri ada seorang dukun yang bisa membuat sihir. Sudah tentu dia dapat memebantu. Bayu mula masuk ke kawasan pasar. Oang yang tadinya hanya sedikit mula sesak. Waktu begini memang pasar akan mulai sibuk.

"eh...Bayu.."kedengaran satu suara memanggil. Bayu memberhentikan langkah dan berpaling kebelakang.

"kemana kau tergesa-gesa?"soal seorang lelaki yang dalam lingkungan seusianya.

"eh...Aduka." ujar Bayu sebelum mendekati sahabat baiknya itu.

"kau tak ke hutan hari ini bayu?"sal Aduka yang juga merupakan seorang penjual susu.

"memang tadinya aku mahu ke hutan, tapi ada urusan lain yang ingin ku selesaikan. cerita Bayu. Mata Aduka mula tertancap pada seekor angsa putih yang dikendong Bayu.

"dari maka kau peroleh angsa ini? kemana pula mahu kau bawa?"

"erm....aku  sebenarnya mahu ke rumah Mak Bayan."

"Mak Bayan? apa yang kau mahu dari dukun tua itu?"

"Aduka, ada sesuatu yang sebenarnya aku ingin beritahu kepadamu."

"apa dia? ceritakan saja."

"bukan disini, kau ikut aku ke rumah Mak Bayan mahu?"

"tapikan aku harus menjual susu-susu ini." 

"tinggalkan saja pada Pak Megat. Kau ikut aku." Aduka berfikir seketika.

"sebentar." ucap Aduka. Aduka kemudanya berpaling ke belakang mencari kelibat Pak Megat. Pak Megat adalah seorang penjual sayur yang membuka gerai di sebelah gerai susunya.

"Pak Megat.."panggil Aduka.

"Ya Aduka."

"Apa boleh kiranya Pak Megat mengendalikan jualan saya ini? saya ada sedikit urusaan bersama Bayu."

"boleh...tinggalkan saja, nanti Pak Megat tolong jualkan."

"terima kasih Pak Megat, sebelum matahari menegak, saya pulang."

"baiklah...hati-hati dijalan."Aduka hanya tersenyum dan mengagguk. Dia kini kembali mendapatkan Bayu.

"Mari Bayu." ujar Aduka. Mereka berdua lantas mengorak langkah ke rumah Mak Bayan yang terletak di kaki bukit.






Aduka memerhati angsa yang dipegang oleh Bayu itu lama. Angsa putih itu diteliti. Sesekali dia memandnag pula wajah Bayu.

"Kau tak percaya pada kata-kataku?"soal Bayu.

"Bukan aku tidak percaya, tapi sukar. Aku tak pernah mendengar Manusia disumpah menjadi Angsa."ujar Aduka pula.

"Benar Aduka, aku tidak bohong. Angsa ini adalah manusia, seorang putera dari Tira Kirana. Kalau kau tidak percaya, tunggu sehingga matahari tenggelam, kau boleh lihat sendiri." ujar Bayu tegas. Aduka menarik nafas panjang.

"baiklah, aku percaya pada kau, jadi apa yang mahu kau lakukan sekarang?" soal Aduka.

"itulah sebabnya aku mahu berjumpa dengan Mak Bayan. Mungkin dia bisa lakukan sesuatu untuk emmbantu Arjuna."

"Baiklah, mari."Ucap Aduka. Dan sekali lagi mereka menyambung langkah masuk ke kawasan kaki bukit.

Selepas menyeberangi dua batang anak sungai dan mendaki bukit, akhirnya mereka tiba di tempat yang mereka ingin tujui. Sebuah rumah kayu besar berdiri megah dihadapan mereka. Inilah rumah Mak Bayan, seoarang dukun yang dulunya pernah berkhidmad sebagai nujum diraja kepada Raja Malingga, Raja Ru Rendang ke-9.

"Mak Bayan...!!" panggil Bayu.

"Mak Bayan..." giliran Aduka pula memanggil. 

"Apa dia tiada dirumah?" soal Aduka. Bayu memerhati keadaan sekeliling.

"Mak Ba..." belum sempat Bayu memanggil, pintu utama terbuka. Seketika kemudian seorang perempuan tua muncul dibalik pintu. Bayu dan Aduka tersenyum. Perempuan tua itu memerhati tetamunya itu dengan teliti.

"Kalian bertiga, apa yang bisa aku bantu?" soal perempuan tua itu. Bayu dan Aduka kaget.

"bertiga?" soal Bayu dan Aduka sesama mereka. Mak Bayan hanya tersenyum dengan riaksi Bayu dan Aduka.





Bayu dan Aduka memerhati Mak Bayan melakukan ritualnya pada Arjuna. Tadinya, hanya sekilas pandang, Mak Bayan sudah tahu sebenarnya Angsa yang dikendong bayu itu merupakan seoarang Manusia. Cuma dia tak tahu kuasa apa yang menukarkan manusia itu menjadi angsa. Selepas mendengarkan cerita dari Bayu, Mak Bayan terus memulakan ritualnya, cuba untuk menggugurkan sihir yang dikenakan keatas Arjuna.

"bagaimana Mak Bayan." soal Bayu ingin tahu. Mak Bayan menggeleng-gelangkan kepala. Ritualnya dihentikan dan dia merenung Bayu dan Aduka lama.


"sihirnya terlalu kuat, aku tak bisa membatalkan sihir ini." ucap Mak Bayan. Bayu kecewa mendengarkan jawapan dari Mak Bayan.

"jadi apa yang harus kami lakukan agar Arjuna kembali menjadi manusia.?" soal Aduka bagi pihak Bayu yang jelas seakan putus harap. Mak Bayan diam seketika tidak menjawab.

"aku bisa berikan kamu ubat. Ubat itu bisa mengekalkan Arjuna sebagai manusia. Tapi hanya untuk sementara."ujar Mak Bayan. Bayu dan Aduka berpandangan sesama sendiri. 

"Berikan saja Mak Bayan, kita akan ikhtiarkan jalan lain nanti." ujar Bayu. Mak Bayan mengaguk sebelum dia bangun dan berjalan masuk ke dalam sebuah kamar. Seketika kemudian dia keluar memebawa bersama-sama beberpa ramuan akar kayu, herba dan bunga-bungaan. Kesemua ramuan itu kediannya dimasukan ke dalam sebuah tempayan yang mendidih airnya.

"esok, sebelum matahari terbit, dan sebelum Arjuna kembali kmenjadi angsa, suruh dia minum ramuan ini. Ini bisa mengekalkan dia dalam bentuk manusia untuk tempoh satu hari. Keesokannya, sebelum matahari terbit sekali lagi, suruh dia minum ramuan ini lagi." Bayu dan Aduka mengangguk.

"Ramuan ini perlu ku masak dahulu, malam nanti, kamu bertiga dalang lagi. Ambil ramuan ini." arah Mak Bayan.

"Baiklah Mak Bayan. Terima kasih. Kami pulang dulu, nanti malam kami kembali. " ucap Bayu dan Aduka sebelum mereka beredar.






Bersambung...




6 comments:

  1. best ... aku suka

    ReplyDelete
  2. best2..sambungan dia sila updet secepat mungkin. hoho.. pandai2 je main arah org. :P

    ReplyDelete
  3. aku suke membaca... aritu aku baca satu cerita pendek kt blog sape ntah... pasal gay.. sumpahan angsa... permaisuri yg jahat, cinta sejati... dan romen2...

    aku ingat citer tu ang yg wat jg... eh?

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye ke wei??..kat blog mane tu?? aku x tau la pulak ad citer yg sama...citer ni aku pos kat blog ni je...x pulak aku pos kat tempat lain...sama sangat ke???

      Delete
  4. best... saya suka... saya bagi 5 bintang..

    ReplyDelete