Sunday, 20 July 2014

Raya, Latihan Industri dan Lagu Sedih







Assalamualikum...

Hi guys...



RAYA

Hari ni hari ke 22 kita berpuasa, dah nak raya dah....

aku sekarang ni memang dalam mode raya...hehehhe...dah start la kemas rumah segala. Langsir dah cabut, pastu sat gi nak lap tingkap pulak....

tahun ni raya ada spesial sikit..

pada yang tak tahu tu, abang aku dah kahwin bulan lima hari tu, so kalau sebelum ni kitorang beraya berenam satu family, tahun ni kitorang akan beraya bertujuh...heheh...tak tau kenapa, tapi aku rasa excited...hahah..

tapi malangnya tahun aku raya dua hari je sebab hari raya ketiga aku dah kene kerja balik...huhuhu...sedeyh...


Latihan Industri

Aku sebenarnya sekarang ni tengah buat latihan industri (LI). So busy sikitlah ( tulah sebabnya Bayu Arjuna x update lagi...heheh).

Buat LI kat pejabat kerajaan, so...tak de lah busy sangat sebanrnya, ada harinya aku just goyang kaki satu hari...hahah...

tapi dalam dua minggu ni, selalu jugaklah diorang bawak pergi site. Ada jugaklah something yang aku belajar yang tak diajar dalam kelas.

Tapi ada satu benda yang  aku rasa agak unik sikit...

Sejak aku start aku punya diploma tahun 2009, sampai lah aku dah nak habis aku punya degree, aku duk penang. So aku dah terbiasa dengan dialek utara. Serius cakap sebenarnya, aku sendiri kalau kat penang memang akan cakap dialek utara dengan org2 kat situ. Tapi sekarang bila aku buat LI kat sini, kat perak, semua orang kat ofis ni cakap dalam dialek perak. Tiba-tiba aku rasa macam pelik sikit...hahahha...padahalnya aku sendiri pun memang orang perak jugak. Terkena kejutan budaya sekejap....hahhaha

Masa bulan puasa ni memang kerja tak banyak, tapi katanya lepas raya ni akan ada beberapa projek akan jalan serentak, dan ada seorang assistant engineer kat situ kata mungkin aku akan kena tolong dia handle satu projek.....rasa cam best pulak..hahah..

oh ya, lupa bagi tahu, aku sebenarnya buat LI jat JKR unit selenggara. Mula-mula tu aku ingat unit ni handle projek selenggara jalan sahaja tapi rupa-rupanya unit ni juga handle semua projek-projek selenggara (maintenance) termasuk bangunan dan infrastructure lain. Jadi sebenarnya, unit ni memang amat sesuai dengan aku punya pengkhususan.


Lagu Sedih

So dalam dua hari lepas aku ada jumpa satu lagu korea ni kat youtube. Lagu ni dah terbit lama dah, tahun 2012, tapi aku baru je jumpa dua hari lepas.

lagu ni best dan sangat sedih...huhuh....

aku tak nak cerita banyak, apa kata korang tengok je.

Reminder: tengok sampai habis, kalau tak korang tak faham jalan cerita dia.






best tak???...sedih kan....hanya orang macam kita je yang faham perasaan tu...huhuhuh


ok...itu je untuk kali ni....

bye....




p/s: tak tahu kenapa tahun ni budak hensem yang tak suka senyum tu tak terawih kat surau. Hari tu je ada sekali dia datang...pastu x dtang dah..huhuhu...rindu nak tgk muka dia... T_T...




1 comment:

  1. Oh, dah tengok lagu K.Will tu lama dah.
    Bila first time tengok (dengan kengkawan), bila ending dia, What The Hell! Terekjut juga.
    tapi lagu dia best. Hehe.

    ReplyDelete