Friday, 25 December 2015

Kembara Mencari Cinta (Bahagian 3)






Bahagian 3 : Jalan Pulang


Aku merebahkan badanku di sofa sambil melepaskan keluhan berat. Seketika kemudian aku terasa seseorang merangkul leherku.
                “baru balik.” ujar Alvin yang merangkulku tadi. Perlahan rangkulannya ku lepaskan.
                “kenapa you selalu balik lambat?” soal Alvin sambil duduk disebelahku.
                “sibuklah, banyak kerja.” jawabku ringkas sambil bangun dan menuju ke bilikku. Aku berpaling semula selepas sedar Alvin mengekoriku.
                “where are you going?” soal ku.
                “bed..”jawab Alvin ringkas.
                “but, this is my room.” balasku pula.
                “so?” ujar Alvin selamba sambil terus ingin masuk ke bilikku. Belum sempat dia melangkah masuk aku mengahalangnya. Aku tahu apa yang dia mahukan.
                “not tonight, please.”
                “again?”
                “Please Alvin, I penat. Banyak kerja kat office tadi.”dalih ku.
                “honey, dah seminggu, I miss you,” Alvin cuba memujuk. Aku menggelang perlahan.
                “sorry, next time ok?” ujarku lembut sebelum aku masuk kebilikku dan lantas menutup dan mengunci pintu.
                “Amy!!” kedengaran suara Alvin memanggilku. Aku lantas duduk di birai katil sebelum merebahkan badanku. Sejak peristiwa pada malam itu, aku mula menjauhkan diri dari Alvin. Bukan kerana aku marahkannya dengan Jeff, cuma kata-kata Abang Syam pada malam itu masih berlegar dalam benakku. Apa patut aku buat?


                “Amy, sampai hati kau buat macam tu Amy, Sampai hati!! Kamu tak kesian kat mak ke Amy?!, mak tak pernah ajar kau buat benda tu  Amy, dosa tu Amy, Dosa!! kamu tak sayang kat mak lagi ke Amy? Sampai hati kau Amy, Sampai hati!!” aku tersedar dari mimpi. Nafasku laju. Jantungku berdegup pantas. Aku duduk berteleku di atas katil. Kata-kata mak dalam mimpi ku tadi masih terngiang-ngiang dalam ingatan. Aku meraup wajahku. Aku melirik ke arah Alvin yang sedang tidur nyenyak di sebelahku. Hati ku jadi tak tenteram. Aku mula terfikir, kalaulah mak tahu apa yang aku buat ni, tak mustahil apa yang aku mimpikan itu akan berlaku. Ini kali ketiga aku mimpikan perkara yang sama sejak pertemuanku dengan Abang Syam tempoh hari. Sudah hampir setahun mak tidak ku jenguk. Bertanya khabar pun tidak. Timbul rasa rindu dan sesal dalam diriku. Tiba-tiba kedengaran telefonku berbunyi. Aku mencapai telefon bimbitku dan melihat nombor yang tertera pada skrin. ‘Pak Long?, kenapa dia telefon aku pukul dua pagi ni?’ soalku sendiri. Lantas panggilan itu kujawab.
                “Assalamualaiku, Amy ke tu?” soal Pak Long dihujung talian.
                “ya saya, kenapa Pak Long?” soalku pula.
                “Amy, bersabar ya, Pak Log nak bagitahu kamu satu benda ni.” ujar Pak Long. Aku mula rasa tidak sedap hati.
                “ke..kenapa Pak Long?” soalku lagi cemas.
                “mak kamu………….dah meninggal, terkena strok.” ujar Pak Long tenang. Jantungku mula bergerak laju semula. Nafasku juga kembali kencang. Mataku mula memerah dan berair.
                “Amy…”panggil Pak Long lembut. Aku seakan termati kata. Aku jadi buntu.
                “Amy, balik ya nak, insyaallah lepas subuh nanti mak kamu akan dikebumikan. Balik ya.”ujar Pak Long lagi.





                “sa…saya…saya balik sekrang.” ujarku ringkas.
                “ha yalah, baik-baik jalan ya, Pak Long tunggu. Assalamualaikum.”
                “waalaikumussalam.” Aku lantas bangun dari katil dan terus mneuju ke bilik air. Aku basuh mukaku sedikit sebelum kembali ke dalam bilik. Almari pakaiannku ku buka dan lantas menyarung baju dan seluar. Beg duit dan kunci kereta ku capai sebelum terus keluar. Enjin keretaku ku hidupkan dan terus meluncur pergi pulang ke kampung. Sepanjang perjalanan air mataku mengalir laju. Lantas kata-kata mak dalam mimpiku bergema lagi dalam kotak fikiranku.
                ‘mak, maafkan Amy mak.’ ujar ku perlhan. Dan tiba-tiba aku terdengar satu bunyi letupan kecil sebelum kereta yang kupandu laju hilang kawalan. Aku tak mampu mengawal keretaku sebelum aku terbabas dibahu jalan. Aku merempuh sebatang pohon besar. Aku terhantuk pada stering kereta. Kepala ku sakit, terasa berat dan pandanganku kabur. Seakan terbayang mak duduk di sebelah pemandu dan memandangku dengan pandanagn kecewa. Mataku makin berat, penglihatan ku semakin kabur sebelum duniaku gelap gelita.
                Perlahan mataku ku buka. Dunia yang gelap kini terang kembali. Aku memerhati segenap ruang asing diamana aku ditempatkan. Segenap ruang berwarna putih dan sangat cerah. Aku cemas. Diamna aku. Aku turun dari tempat aku dibaringkan. Aku berjalan meneroka tempat ni. Aku mahu menjerit meminta tolong, tapi entah kenapa suaraku tak keluar. Aku terpandang seseorang tidak jauh dari ku. Aku menghampirinya. Susuk tubuh wanita ini amat aku kenali. Wanita itu menoleh memandangku. Wajah sayunya memandangku lesu.
                “mak.” kata-kata itu hanya mampu terluah dalam hatiku. Ibuku memandangku dengan pandangan penuh rasa kecewa dengan mata yang penuh mutiara jernih. Hendak sekali aku memeluknya dan mengucap kata maaf padanya. Namun aku tak mampu. Kakiku ibarat pegun disitu. Suaraku juga tak keluar.
                “Sampai hati kau Amy, Sampai hati!!” ujar mak. Kata-kata itu mnuyusuk-nyusuk hatiku. Aku meronta-roanta mahu mendapatkan ibuku. Namun kakiku masih berdegil untuk bergerak. Suaraku juga masih enggan keluar. Aku menangis semahunya. Hatiku menjerit-jerit memanggil mak. Mak berjalan perlahan terus meniggalkan ku sambil mengulang ulang ayat yang sama sehingga dia hialang dari pandangan.
                “Ya, Allah!” nama yang maha suci itu tersembul dari mulutku. Aku terkesima. Sudah sekian lama nama yang maha agung itu tidak ku sebut.
                “Ya Allah!!” nama itu ku sebut lagi. Air mataku mengalir laju.
                “masih belum terlambat nak.” kedengaran satu suara. Aku menoleh ke arah datangnya suara itu. Kelihatan seorang lelaku berjubah putih dan berserban. Wajahnya tidak jelas, tapi aku yakin aku mengenali suara itu. Tapi siapa.
                “pintu taubat Allah masih terbuka luas untuk umatya yang mahu bertaubat. Bertaubatlah. Kembali ke jalan Allah. Insyaalah selamat.” ujar lelaki itu lagi. Aku terpaku disitu.
                “bertaubatlah!!” katnya lagi sebelum menghilangkan diri.

               
                Penglihatanku yang kabur bertukar cerah sedikit demi sedikit. Ruang asing itu ku perhatikan lama sebelum mataku tertancap pada satu wajah di sebelahku. Seketika kemudian datang seorang lelaki dan seorang wanita memeriksaku. Pendengaranku masih kurang jelas. Aku tidak dapat menangkap apa yang mereka bicarakan. Seketika kemudian lelaki dan wanita itu pergi meninggalkan ku. Pandanganku sekali lagi ku alih wajah yang setia menemaniku dari tadi. Penglihatan ku makin jelas dan aku dapan mengecam wajah lelaki separuh abad itu.
                “Pak Long.” ujar ku perlahan sambil cuba bangun.
                “eh..eh…tak payah bangun, kamu baru je sedar ni. Rehat dulu.” ujar Pak Long sambil menghalangku bangun.
                “saya dimana ni pak long. Apa dah jadi dengan saya?” soal ku ingin tahu. Ingtanku masih belum jelas. Aku tak tahu apa yang berlaku sebenarnya.
                “kamu di hospital sekarang, kamu kemalangan. Dah seminggu kamu koma, Alhamdulillah kamu dah sedar sekarang.” ujar Pak Long. Aku mula teringat kembali kejadian pada malam tu, ya aku kemalangan ketika ingin pulang ke kampung…untuk..mak….MAK!!
                “mak…pak long, mak..” aku mula cemas. Aku baru teringat tentang mak.
                “dah…dah…bertenang, mak kamu dah selesai dikebumikan..”
                “Pak Long, saya nak jumpa mak, saya nak minta maaf dengan dia.” aku mula meronta-ronta.
                “Amy, bertenang….nurse!!” jerit Pak Long sebaik aku mula cuba menaggalkan segala wayar yang melekat di tubuhku. Seketika kemudian wanita dan lelaki yang memeriksaku tadi datang kembali. Satu suntikan diberikan kepadaku. Aku mula tenang semula, kepalaku terasa berat sbelum sekali lagi duniaku gelap.
                Aku tersenyum sambil memandang Pak Long datang menghampiriku. Hampir setiap hari Pak Long datang melawat. Kadang-kadang Mak Long turut datang bersama. Amy, ni Pak Long bawakan cempedak goreng kegemaran Amy. Ujarnya. Aku tersenyum.
                “susah-susah je Pak Long ni. Dahlah datang sini jauh-jauh melawat saya.”
                “tak susah manapun, kebetulan pokok cempedak kat rumah pak long tu tengah berbuah, pak long suruhlah Mak Long kamu tolong gorengkan.” ujar Pak Long lagi sambil tersenyum ceria. Aku turut tersenyum. Sudah hampir dua minggu aku disini, hanya Pak Long seorang sahaja yang datang melawat. Alvin?, aku pun tak tahu dia tahu aku disini atau tidak. Biarlah mungkin ini yang terbaik. Aku perlu tinggalkan dia. Menurut Pak Long, punca kemalangan aku tempoh hari adalah kerana tayar belakang keretaku yang pecah secara tiba-tiba, kerana kereta itu ku pandu laju, aku hilang kawalan dan terbabas sebelum melanggar pokok. Daripada kemalangan itu, aku koma selama seminggu selain kakiku patah dan luka-luka kecil. Mimpi yang aku terima ketika aku koma dulu telah banyak menyedarkan aku. Aku baru tersedar yang aku telah tersasar jauh dari jalan Allah, kali terakhir aku solat masa di universiti dulu. Dan selepas itu bukan hanya solat, menyebut nama allah juga tak pernah. Mungkin ini peringtan yang Allah berikan padaku supaya aku kembali ke jalanya sebelum terlambat.
                “Amy, apa yang dimenungkan tu?” soal Pak Long. Aku tersedar dari lamunanku sebelum aku memandangnya lama.
                “Pak Long.”panggil ku. Pak Long memandangku.
                “ada seseuatu yang saya nak ceritakan pada Pak Log dan nak minta tolong dari Pak long.”
                “apa dia tu?”


Bersambung...



Wednesday, 23 December 2015

Dunia Baru





Hi guys...

Assalamualaikum..

Apa Khabar semua....

rindu tak kat aku????

hehehehhe......


How's life?

Ada okay ka adik manis??

hehehhehe....

Harap life korang sentiasa okay je...

Life aku???

hmmmm....

getting more interesting....

Apa yang interesting???


AKU DAH DAPAT KERJA!!!!.....Yeay!!!!!!!






Alhamdulillah.....lama gila aku menunggu.....tak sia-sia aku bersabar setahun...Akhirnya dapat kerja yang sangat-sangat baik.

Macam yang aku dah selalu cakap dulu, Yakin dengan Allah, Allah dah atur segalanya baik-baik, Rezeki itu hak Allah, kita hanya perlu berdoa dan berikhtiar.


Jadi.....Insyaallah mulai minggu hadapan bermulalah kehidupan aku yang baru, sebagai seorang yang bekerjaya...( Chewah...ayat.....!!! hakhak).



Oh ya..nak citer sikit....aku tak ingatlah aku dah penah citer ke tidak dekat korang aku terlibat dengan satu pertubuhan NGO kat kawasan aku ni. Ada ke aku citer???

Tak pelah, kalau dah penah meh aku citer lagi sekali....

So, aku adalah terlibat dengan satu pertubuhan belia kat tempat aku ni. Pertubuhan ni baru lagi dan aku ni kira sebahagian dari pioneer persatuan ni. Ahli-ahlinya pon lebih kurang sebaya aku je. Yang paling tua pun umur 26.

Persatuan ni sebenarna under pejabat agama Islam daerah, so....persatuan ni, dasarnya adalah Islam.
Aku join persatuan ni dulu pon sebabnya aku berfikir mungkin persatuan ni boleh menjadi sauh untuk aku tak hanyut terlalu jauh dari agama....maklumlah dunia orang macam kita nih....

Jadi, nak citer yang last week, kitorang ada anjurkan sebuah kem untuk kanak-kanak sekolah. Sejak awal bulan haritu mmg aku dah sibuk buat macam-macam. Bendani pun sebenarnya semua dilakukan secara sukarela. Semua urus setia dan fasilitator tak ada seorang pun yang dibayar. Semua buat secara sukarela.

penat tu memang penat sebab tak cukup petugas, tapi bila semua dah selesai, aku rasa puas dan rasa seronok. Buat benda sukarela ni, kepuasan dia datang bila kita tengok orang happy dengan apa yang kita buat. Macam kem ni lah, budak2 peserta tu semua happy dan parents pon bagi respon positif. Dari situlah kepuasan dia datang.

Lagipun sebenarnya, banyak benda yang aku belajar dari kem ni. Aku belajar macam mana nak anjurkan program. Aku belajar macam mana nak buat kertas kerja, aku belajar macam mana nak handle meeting, aku pun belajr mana nak jadi emcee.

Banyak softskill yg aku dapat. Sebelum ni, mse zaman sekolah, zaman universiti dulu aku bukan pernah join benda2 macam ni. Langsung tak ada minat. Tiba2 bila dah habis belajar ni baru terjebak. Bukan setakat join, siap organize lagi....hahah....serius aku tak pernah expect aku akan buat benda2 macam ni.

Sekarang baru aku betul2 faham apa pentingnya aktiviti kokurikulum mse skolah dulu....huhuhuhu..

ok....tu je nak celoteh kali ni. Selepas sekian lama menyepi...hahhaha....

Oh ya....bersempena dengan maulidurrasul esok....aku nak ucap selamat menyambut maulidurrasul 1437 H..













p/s: Bayu Arjuna masih krik...krik...krik.. lagi....hehehhe







Friday, 20 November 2015

Kembara Mencari Cinta (Bahagian 2)






Bahagian 2 : Nafsu


Aku membuka mataku perlahan. Ruang bilik ku sudah cerah. Matahari sudah tinggi. Aku bangun duduk di atas katil sambil mengeliatkan badan. Aku memandang ke sebelahku. Kelihatan Alvin sedang nyenyak tidur. Aku tersenyum sambil membelai lembut rambutnya. Alvin Chen adalah seorang lelaki kacukan Cina dan India. Aku mengenali ketika Latihan Industri setahun lepas. Kini dia adalah teman lelakiku dan kami tinggal serumah. Sejak aku dinodai oleh Abang Syam pada malam itu, ditambah lagi dengan rasa sakit hati ditinggalkan Rania aku telah berubah seratus peratus dari seorang lelaki normal kepada seorang lelaki homoseksual. Entah kenapa aku jadi gemar dengan hubungan sejenis. Sejak malam itu, aku sering mengulangi perbuatan itu dengan Abang Syam. Abang Syam pernah kata dia cintakan aku. Aku amat senang ketika itu. dan aku amat sayang padanya. Tapi selepas sahaja dia tamat belajar, dia terus meninggalkan aku dan hilang tanpa khabar berita. Dia kata dia sentiasa ada untuk aku, dia kata dia cintakan, tapi akhirnya dia sendiri hilang entah kemana. Cintakah itu? tak ada apa bezanya antara dia dan Rania. Sejak itu aku sudah tidak lagi percaya pada cinta. Pada aku, cinta itu hanya sebuah ilusi yang diciptakan oleh penulis novel dan skrip untuk menyedapkan cerita. Realitinya, semua tu tiada.
                Alvin sendiri kerap kali menyatakan dia cintakan aku, tapi aku? entah,aku tak tahu. Apa yang aku tahu, aku lakukan smeua ini semata-mata demi nafsu. Aku perlukan seseorang untuk melempiaskan nafsu songsang ku ini. Aku bangun dari katil dan menyarung kembali baju tidurku. Aku membuka pintu balkoni dan berdiri di balkoni mengadap langit lepas. Unit kondo ini aku sewa bersama-sama dengan Alvin memandangkan kami juga bekerja di syarikat yang sama. Lagipun  Alvin berasal dari sebuah kelurga yang berada, tak salah rasnya untuk aku mempergunakan Alvin memandang dia acap kali menyatakan dia cintakan aku.
                Tiba-tiba aku merasa ada seseorang memelukku.
                “Morning sayang.” kedengaran suara Alvin berbisik manja. Aku tersenyum.
                “its noon already.” balasku. Alvin tergelak kecil.
                “you buat apa kat sini seorang-seorang?” soal Alvin.
                “tak ada apa, saja je.” balasku.
                “so, what about our date tonight?” soal Alvin lagi.
                “as we planed, why? want to change anything?” soalku kembali.
                “nope, its already perfect.” balas Alvin lagi. Aku tersenyum. Sebenarnya tidaklah serancang mana. Hanya pergi menonton wayang dan menghabiskan masa di kelab malam. Itu saja.
                “sayang, jom mandi.” ajak Alvin manja sambil menggigit lembut telingaku.
                “you pergi dulu, I join you later.” balasku pula sambil tersenyum. Alvin meleraikan pelukannya.
                “jangan lambat tau.” ujarnya sebelum dia bergerak ke bilik mandi. Aku hanya tersenyum padanya.


                Aku meletakan gelas yang kosong kembali ke atas meja. Minuman setan ini telah menjadi sebahagian dari hidup aku sejak aku mula mengenali Alvin. Aku memandang sekeliling kelihatan ramai pasangan kebanyakannya pasangan gay sedang menari rancak mengikut rentak muzik bingit yang dipasang di kelab malam ini. Ini salah satu dari puluhan kelab-kelab malam di ibu kota dan majoriti yang datang ke kelab ini adalah pasangan gay seperti aku dan Alvin. Aku memandang Alvin yang sedang rancak menari bersama salah seorang pengunjung. Aku tersenyum patanya. Dia kembali senyum padaku sambil memberi isyarat tangan mengajak aku menari bersamanya, tapi aku menolak. Aku lebih suka duduk di kaunter ini sambil melihat mereka menari bagai orang hilang akal. Berkunjung ke kelab begini sudah menjadi kebiasaan untukku dan Alvin setiap hujung minggu.
                “hei…”tegur seorang lelaki sambil tersenyum. Aku memandangnya sambil tersenyum kembali.
                “Jeff.” lelaki tadi memperkenalkan diri sambil menghulurkan tangan.
                “Amy.” aku menyambut huluran tangan lelaki yang dalam lingkungan usia sama denganku.
                “you……you dengan Alvin Chen kan?” soal lelaki tadi. Aku mengerutkan dahi sebelum mengangguk.
                “ya, you kenal Alvin ke?” soalku pula. Jeff tersenyum.
                “lebih dari kenal. He’s my ex.” jawabnya selamba. Aku sedikit tersentak. ‘ex’? Alvin tak pernah ceritapun yang dia pernah ada pasangan sebelum aku.
                “don’t worry, I dah tak ada apa-apa dengan dia. In fact, we’re friend now.” ujarnya lagi sambil melambai pada Alvin. Aku memandang Alvin dan nampak dia turut melambai kembali pada Jeff. Pandanganku teralih pula pada Jeff.
                “Taste dia tak berubah kan, dia tetap suka pada lelaki melayu.” ujar Jeff lagi. Aku hanya mendengar. “ dah berapa lama you dengan dia?” soal Jeff lagi.
                “setahun.” jawabku ringkas.
                “owh…so, when your anniversary?” soal Jeff lagi sambil tersenyum. ‘ Perlu ke dia tahu?’ soal hati kecilku. Sebaik Jeff memperkenalkan dirinya tadi aku sudah rasa ada yang tak kena. Apa yang Jeff ni mahu?
                “two months ago.” jawab ku ringkas.
                “really?, so masih belum terlewatkan I nak ucap Happy Anniversary?”
                “what do you want?” soalku tanpa perlu berselindung lagi. Aku benar-benar rasa tak selesa.
                “relax bro, I bukan nak apa-apa pun, saja nak berkenalan.” balas Jeff pula.
                “hei guys, whats up.” Alvin datang dan menegur kami berdua.
                “nothing much.” jawab Jeff sambil tersenyum. Pandangan mata mereka berdua kambali bertaut. Hatiku jadi panas, Entah kenapa aku terus bangun dan meninggalkan mereka berdua disitu. Tak sanggup rasanya aku melihat semua itu.
                “hei..Amy, where’re you going?” soal Alvin.
                “I’m going home.”
                “home? come on dear, its still early.”
                “kalau you masih nak ada kat sini, up to you. I nak balik.” ujar ku tegas sambil terus meninggalkan kelab itu. Aku membawa kakiku melangkah terus menjauhi kelab itu. Aku melihat jam tangan ku, tepat jam sebelas malam. Memang masih awal. Aku membawa kaki ku bergerak dan duduk di kerusi yang terletak tidak jauh dari situ. Kepalaku berasa sedikit pening disebabkan minuman keras yang ku teguk di kelab tadi.
                “Amy.” kedengaran satu suara memanggilku dari belakang. Aku menoleh ke arah suara itu. Aku terkesima memandang leaki yang memanggilku itu. Wajah yang tidak lagi kujumpa sejak setahun lepas. Dialah orang yang bertanggungjawab mencampakan aku masuk ke dunia homoseksual ini.
                “Abang Syam.” ujarku perlahan. Abang Syam tersenyum memandangku.


                Aku memandang Abang Syam tepat. Aku rindu padanya, tapi dalam masa yang sama aku marah padanya. Sangat marah. Dia yang bertanggungjawab buat aku jadi macam ni sebelum dia hilang begitu sahaja dan sekarang tiba-tiba dia muncul.
                “Amy sihat?” soal Abang Syam selepas meneguk teh tarik yang dipesannya tadi. Aku diam tak menjawab.
                “Amy kerja kat mana sekarang?” soal Abang Syam lagi. Aku masih berdiam. Sengaja aku tak mahu menjawab soalannya.
                “Amy…”
                “Abang nak apa sebenarnya?” soalku kasar. Abang Syam sedikit tersentak.
                “Amy…abang tahu, Amy marah pada abang….abang sebenarnya…”
                “Abang, abang kemana selama setahun ni? abang kata abang sayang saya, abang nak jaga saya, tapi abang pergi mana?” soalku kasar.
                “jadi, Amy masih seorang…”
                “ya, saya masih seorang homoseksual, dan semuanya salah abang. Abang yang buat saya macam ni, kalau dulu abang tak rosakkan  saya, saya tak jadi macam ni. Ini semua salah abang!!!” luahku sepenuh hati.
                “Amy, abang betul-betul minta maaf, abang tahu itu semua salah abang. Abang datang cari Amy ni pun sebab abang nak tebus balik kesalahan abang. Abang dah bawa masuk Amy ke dalam dunia ni dan sekarang, abang nak bawa balik Amy keluar dari dunia ni.” ujar Abang Syam. Aku mengerutkan dahi keliru.
                “Apa abang cakap ni?” soalku lagi.
                “Dalam setahun ni, abang dah banyak sedar yang selama ni terlalu banyak dosa yang telah abang buat. Abang dah berubah sekarang ni. Abang bukan lagi seorang homoseksual, dan insyaallah dua bulan lagi abang akan bernikah. Abang dah berubah sekarang, dan abang nak Amy pun berubah sama. Abang sayangkan Amy, abang tak mahu Amy terus buat benda dosa ni.”
                “baru sekarang, abang nak cakap macam tu? kalau abang betul sayangkan saya dan nak saya berubah kenapa baru sekarang? kenapa tak semasa abang berubah dulu. Kenapa baru sekarang? kenapa abang tinggalkan saya dulu? kenapa? dah terlambat dah bang, terlambat.
                “Amy, masih belum terlambat lagi. Selagi pintu taubat Allah tu masih terbuka, selagi itu Amy masih ada peluang untuk berubah. Ikut abang ya, kita kembali ke jalan Allah. Kita ni dah tersasar jauh.” Abang Syam cuba memujuk. Aku sedar semua tu, tapi entah kenapa aku berasa amat berat untuk meninggalkan apa yang aku lakukan sekarang ni. Aku menggelangkan kepala perlahan.
                “Amy..”
                “dah lah bang, jangan ganggu hidup saya lagi. Saya tahu apa yang saya buat. Abang buat apa yang abang nak buat. Jangan kacau saya lgi.” ujar ku sambil bangun dari dudukku.
                “Amy…”panggil Abang Syam perlahan. Aku lantas mengatur kakiku meninggalkan restoran itu. Hatiku terasa sakit. Kata-kata abang Syam tadi masih bergema dalam fikirannya. Kata-katanya semua benar. Aku sendiri sedar apa yang aku buat ini salah, tapi aku masih tak mampu melawan kehendak nafsuku. Aku kalah dalan pertempuran ku sendiri menentang musuh nombor satu ummat manusia, nafsu.

Bersambung...



p/s: sorry guys....lambat pulak post....terlupa...hahhah
p/s: aku ni nama je menganggur, tapi banyak benda yang aku kena fikir dan uruskan...sampai terlupa yang aku ni ada blog....hahahhah....
p/s: jangan marah haaa.....



Saturday, 31 October 2015

Kembara Mencari Cinta (Bahagian 1)





Bahagian 1 : Cinta


Aku duduk bersendirian di kafetaria universiti. Tidak jauh kelihatan seorang gadis datang menghampiriku. Aku tersenyum padanya dan dia kembali senyum padaku.
            “Awak lama tunggu?” soal gadis itu.
            “tak sayang.” jawab ku dengan senyuman ceria. Ini Rania, teman wanita ku. Aku dan Rania kemudian berjalan meniggalkan kafetaria itu dan terus menuju ke tempat parkir kereta. Kami berdua masuk ke dalam kereta sebelum aku memandu kereta itu terus ke panggung wayang. Kami telah berjanji untuk menonton wayang hari ini. Rania adalah gadis pertama yang Berjaya mencuit hatiku ini. Boleh dikatakan cinta pertamaku. Rania seorang yang sangat cantik. Aku amat mencintainya. Dia juga mencintaiku. Aku tahu itu. Aku berasa amat bertuah kerana berjaya menambat hati Rania yang ketika itu menjadi rebutan pelajar-pelajar lelaki di universiti ini. Kemana sahaja kami pergi, kami akan menarik perhatian ramai orang.
            Usai menonton wayang, aku membawa Rania pergi membeli belah sebelum kami singgah di sebuah restoran untuk makan malam. Hampir setiap hujung minggu kami akan keluar bersama. Memang banyak duit yang aku habiskan untuk Rania, tapi aku tak kisah kerana aku amat mencintai Rania.
            “Awak, terima kasih sebab belikan saya baju ni.” ujar Rania lembut sambil tersenyum. Aku tersenyum senang memandang wajahnya. Manis sungguh senyuman itu.
            “Tak apa, sayang, untuk sayang, apa pun saya boleh belikan. Balas ku pula.” ya benar, aku sanggup buat apa sahaja demi Rania.


            Aku membaca khidmat pesanan ringkas (SMS) yang dikirim oleh Rania. Aku tersenyum sendiri. Hari-hari biasa begini memang kami jarang berjumpa kerana jadual kuliah yang padat. DItambah pula aku dan Rania di dalam kursus yang berbeza. Jadi hanya SMS sahaja yang menjadi pengubat rindu sementara menuggu hujung minggu tiba. Kedengaran pintu bilik ku dibuka. Aku memandang kearah pintu, teman sebilik ku yang juga merupakan seniorku, Abang Syam masuk dengan tuala di kepala. Dia baru sahaja selesai mandi.
            “tu sengih seorang-seorang, mesej ngan buah hatilah tu.” ujar Abang Syam mengusik. Aku tergelak kecil dengan dengan usikan Abang Syam itu.
            “mestilah bang, dengan siapa lagi.” ujar ku pula. Abang Syam menyidai semula tualanya sebelum dia berganjak ke mejanya untuk membelek nota-nota yang dicatatnya di kelas tadi. Aku masih terus saling membalas SMS dengan Rania.
            “kau ni abang tengok sayang benar dengan si Rania tu.” ujar Abang Syam. Aku memandangnya sekilas.
            “mestilah bang, buah hatikan, mestilah sayang.”balas ku pula yakin. Abang Syam memandangku sambil tersenyum. Dia kemudiannya berganjak ke katilnya dan duduk dibirai katil.
            “jangan letak hati kamu pada dia 100% Amy, nanti terluka, sakit.” ujarnya ringkas sebelum merebahkan dirinya pada katil. Aku memandangnya seketika sambil memikir kata-katanya itu. Ya, aku tahu itu.Tapi aku juga tahu, Rania mencintaiku, dia tak mungkin akan melukaiku.

            Sedang aku duduk di bangku di luar bangunan Fakulti Kejuruteraan, datang seorang lelaki menyapaku.
            “Assalamualaikum, Amy?” sapa lelaki itu. Aku mendongak memandangnya lama memikirkan siapa dia, macam kenal.
            “Johan?” tekaku. Lelaki tadi tersenyum sambil mengangguk. Aku menghulurkan tangan untuk bersalam. Dia menyambut tanganku sebelum duduk disebelahku.
            “Kau pelajar kat sini ke? tak pernah nampak pun kau sebelum ni.” soal ku ingin tahu. Johan adalah sahabatku ketika aku masih menuntut di sekolah dulu.
            “eh tak lah, aku datang sini dengan pensyarah aku. Dia ada urusan disini.” jawabnya. Aku mengangguk faham.
            “ Kau apa khabar? sihat?” soal Johan mesra.
            “Alhamdulillah, sihat.”jawabku pula.
            “Amy, aku tanya kau ni kau jangan marah tau.” ujar Johan. Aku mengerutkan dahi kurang faham.
            “kenapa? tanyalah.”
            “Aku dengar kau sekarang keluar dengan Rania ya?” soal Johan. Aku mengerutkan dahi lagi. Mana Johan tahu? macam mana dia kenal Rania?
            “ya, kenapa? macam mana kau tahu?” soal ku pula.
            “aku dengar cerita-cerita orang je. Jadi dah berpeluang jumpa kau ni, baik aku tanya kau terus.”
            “cerita-cerita orang?” soal ku tidak faham.
            “kau tak tahu ke?” soal Johan pula. Aku makin keliru. Kenapa? aku menggelangkan kepala.
            “Aku tak tahulah betul atau tidak, aku bukan kenalpun Rania tu, aku cuma dengar apa yang orang cerita. Rania tu sebenarnya ‘Playgirl’. Dia dah banyak kali tukar teman lelaki, kadang-kadang tu dua orang sekali gus.” cerita Johan. Darah ku menyirap mendengar cerita Johan itu. Hatiku panas. Rania bukan macam tu!
            “kau cakap baik-baik sikit Johan, Rania bukan macam tu. Aku kenal dia.” ujarku bernada keras.
            “ok…ok…maaf, aku tak berniat pun nak mengata dia, aku cuma dengar orang becerita. Aku pun tak tahu apa yang sebenarnya.”
            “Johan!!” kedengaran suara seseorang memanggil Johan dari belakang. Kami berdua menoleh serentak. Kelihatan seorang lelaki dalam lingkungan usia 40-an memanggil Johan.
            “oklah Amy, pensyarah aku dah panggil tu, aku pergi dulu.” Johan meminta diri sambil bersalam denganku. Dia lantas terus mendapatkan pensyarahnya itu dan terus pergi. Aku masih memikirkan kata-kata Johan. Tak mungkin, Rania tak akan buat macam tu. Dia cintakan aku, dia sayangkan aku. Dia tak mungkin buat macam tu.
            Enam bulan berlalu, kami sangat bahagia. Namun entah kenapa kini aku merasakan sedikit kalainan. Rania sudah tidak seperti dulu. Kami sudah jarang berjumpa. Kenapa? Aku cuba untuk tidak memikirkan persoalan itu kerana aku masih yakin, Rania mencintaiku. Namun fikiranku ligat memikirkan tentang cakap-cakap orang tentang Rania. Walau berkali aku cuba untuk tidak memikirkannya, perkara itu asyik singgah di dalam kotak fikiranku.
            “Apa dimenungkan tu?” soal Abang Syam. Aku tersentak dari lamunan.
            “tak ada apalah bang.” jawab ku ringkas sambil kembali menghadap komputer ribaku.
            “tak keluar dengan Rania hari ni?” soal Abang Syam. Aku menggelangkan kepala. Abang Syam memandangku.
            “kenapa ni? gaduh?” soal Abang Syam. Aku menggelangkan  kepala sekali lagi.
            “habis tu asal monyok je ni?” soal Abang Syam lagi. Aku memandangnya.
            “ceritalah kat abang, mana tahu abang boleh tolong. Tak baik tau simpan seorang-seorang macam tu. Nanti bernanah.” ujar Abang Syam. Aku tersenyum. Abang Syam memang pandai memujuk. Aku memang selalu kalah dengannya. Aku pun menceritakan segala yang terpendam dalam hatiku ini padanya. Rasa ringan sikit bila dah diluahkan.
            “tulah, abang dah cakap banyak kali dah. Jangan letak perasaan kamu pada dia 100%. Nilah sebabnya. Seyakin mana pun kamu pada dia, kamu tetap kena berhati-hati. Pergi jumpa dia bincang elok-elok. Kalau kamu pendam macam ni, sampai bila pun tak selesai.” ujar Abang Syam. Aku memikirkan kata-kata Abang Syam itu. Benar kata-katanya.
            Aku mendail nombor Rania berkali-kali. Namun tidak berjawab. Aku hairan, kenapa dia tidak menjawab panggilanku? tak pernahnya dia begini. Aku masih terus berusaha mendail. Sudah beberapa hari aku tidak berjumpa dengannya, berbual dengan telefon pun tidak. Rindu benar rasanya aku pada dia.
            Pandanganku tertancap pada seorang gadis yang jalan melintas dihadapanku. Aku tersenyum. Rania. Aku cuba mendapatkannya, namun langkahku kaku apabila aku ternampak dia bersama seorang lelaki. Aku kenal lelaki tu, Zul, rakan sekuliah Rania. Kenapa dia keluar dengan kekasih ku? Aku lantas mendapatkan mereka berdua. Ada yang perlu dibincangkan ni.
            “Rania.” panggil ku. Rania dan Zul memandangku.
            “Amy!!” Rania tersentak.
            “Rania, kenapa saya call awak tak jawab? awak buat apa dengan Zul kat sini?” soal ku. Aku memandang Zul tepat. Zul turut memandangku dengan pandangan bongkak.
            “Amy, look…”
            “Rania, awak tak khianati saya kan macam yang orang-orang cakap tu.” ujar ku lagi. Darahku bergerak laju. Aku dapat rasa ada sesuatu antara mereka.
            “Rania, you cakap sajalah yang sebetulnya pada mamat ni.” ujar Zul pula. Rania nampak ragu-ragu.
            “Rania, apa semua ni?” soal ku lagi. Zul kemudiannya bangkit dan berdiri disebelah Rania. Dia meletakan tangannya di pinggang Rania sebelum merapatkan tubuh mereka. Aku tersentak.
            “kurang ajar kau!!!” diluar kawalanku, aku melepaskan tumbukan tepat ke muka Zul. Aku benar-benar marah ketika ini. Zul yang berang dengan tindakan ku itu lantas membalas tumbukan ku tadi sehingga aku tersungkur ke lantai.
            “hei!! kau dengar sini!! Rania dah tak mahu kan kau lagi. Dia sekarang bersama aku. Dia cintakan aku.faham!!” herdik Zul.
            “Rania..”panggil ku meminta Rania memberikan penjelasan.
            “Amy, sudahlah tu. Saya tak mahu ada apa-apa hubungan dengan awak lagi. Saya dah ada Zul, dia jauh lebih bagus dari awak. Lupakan saya.” ujar Rania. Luluh hatiku mendengar kata-kata dari mulut Rania itu.
            “Zul, jom.” Rania mengajak Zul pergi dan meninggalkan aku keseorangan disitu. Tanpa ku sedar air mataku jatuh. Sangat aku tak sangka. Aku amat mencintai Rania dan aku yakin dia juga begitu. Tapi kenapa dia buat begini?! kenapa?! Rania saya cintakan awak, tolong jangan buat saya begini. Rania!!!!!
            Kedengaran pintu bilik ku dibuka. Aku tidak mengendahkannya. Pasti itu abang Syam. Aku terasa seseorang duduk di katilku.
            “Amy..” kedengaran suara Abang Syam lembut.
            “Amy, kamu ok tak ni. Betul ke apa yang abang dengar..” Aku yang tadinya baring mengiring ke kiri berpusing sedikit memandang wajah Abang Syam. Entah kenapa aku jadi semakin sebak melihat melihat wajah penuh ambil berat milik abang Syam. Aku bangun dan duduk bersila di atas katil.
            “dia dah tinggalkan saya.” ujar ku perlahan. Serentak itu juga abang Syam memeluk ku. Aku kaget. Tapi pelukan itu membuatkan air mataku jatuh. Abang Syam sangat mengambil berat perihal diriku. Dialah satu-satunya tempat aku meluahkan segala yang tersirat dihati. Tanpa paksaan aku membalas dakapan abang syam itu. Dakapan itu ternyata mampu mengurangkan kesakitan yang ditanggung oleh jiwaku.
            “Sabar ya Amy, abang ada kat sini untuk Amy, Amy lupakan saja Rania tu. Abang ada.” ujar Abang Syam sambil meleraikan pelukannya. Aku memandang wajahnya dengan penuh tanda tanya. Apa maksud di sebalik kata-katanya itu. Pandangan mata kami bertaut. Wajahku tiba-tiba berasa panas. Kulihat wajah abang Syam makin hampir dengan wajahku. Apa yang dia ingin lakukan. Selang seketika, bibir kami bertaut. Aku kaget! Apa yang Abang Syam cuba buat ni? dia cium aku? kenapa? mataku bulat. Ciumannya makin galak sehinggkan sukar untuk aku bernafas. Darah merahku menyirap ke seluruh tubuh. Aku keliru. Apa yang berlaku ni? Abang Syam menamatkan ciumannya dan memandang mataku tepat. Aku menarik nafas panjang. Jantungku berdegup laju. Nafasku kencang. Abang Syam merebahkan tubuhku ke tilam dengan perlahan. Dia tersenyum padaku. Aku masih keliru. Namun entah kenapa tubuhku seakan tak mampu untuk melawan. Abang Syam merapatkan wajahnya lagi ke wajahku, sekali lagi aku dicumbu. Dan malam itu bermulalah titik hitam dalam hidupku. Aku dinodai oleh seorang lelaki yang telah ku anggap macam abang kandungku sendiri. Bukan sekadar dinodai, malah dialah yang bertanggugjawab mencampakan aku ke dalam lembah noda yang sangat dalam. Kelembutan dan sifat ambil berat Abang Syam seakan Berjaya membuat aku terlupa yang hakikatnya dia dan aku sama-sama lelaki. Patah hati, kesunyian dan perasaan dikhianati membuat aku dahagakan kasih sayang dan belaiannya. Aku seakan tidak mampu untuk melawannya pada malam itu. Aku merelakan segalanya.




Bersambung...



p/s: bilalah aku nak dapat kerje ni??...arghhhhh...stressss!!!!!

p/s: jangan tanya aku pasal Bayu Arjuna......hmm....




Saturday, 10 October 2015

Sebiru Warna Langit (Bahagian 6 - Akhir)



Bahagian Akhir




Aku mengemas sedikit mejaku yang sedikit berselerak. Sudah seminggu berlalu semenjak kematian nenek Ammar. Ammar menolak untuk tinggal dengan sesiapa. Dia memilih untuk tinggal dirumah neneknya itu. Tapi aku dengan rela hati ingin menjadi penjaga Ammar yang rasmi. Hubunganku dengan Ammar kini semakin akrab semula. Kes khabar angin mengenai kami dulupun dah reda. Sedang aku mengemas, aku terjumpa kertas ujian milik Ammar. Aku tersenyum melihat kertas ujiannya itu. Kertas ujian pelajar lain telahpun ku pulangkan semula, Ammar diberi cuti oleh pihak sekolah selama tiga hari, jadi aku tak sempat memulangkan kertas ujian ini kembali padanya. Tiba-tiba aku teringatkan perbualan ku dengan Ammar pagi tadi.

"Ammar...." panggilku. Ammar masinh termenung memandnag ke luar kereta. Sedangkan kereta yang ku pandu ini sudahpun sampai ke destinasinya. Sudah menjadi kebiasaan kini untuk aku menghantar dan membawa Ammar ke sekolah bersamaku.
"Ammar..." panggilku lagi. Ammar tersedar dari lamunanya.
"Kenapa...dari rumah tadi saya tengok kamu mengelamun." soalku.
"Tak ada apalah cikgu....saya...teringatkan mimpi saya sejak dua tiga malam ni." cerita Ammar.
"Mimpi?...mimpi apa?" soalku lagi.
"Saya mimpi.....saya mimpi arwah nenek. Dia pakai telekung putih....lepastu dia panggil saya. Dia ajak saya ikut dia." cerita Ammar. Berderau datahku mendengarkan ceritanya.
"Ammar....mimpi je tu..mainan tidur." ucapku cuba menenangkan dia an diriku sendiri. Ammar hanya tersenyum.
"Cikgu....saya masuk kelas dulu." ucapnya sebelum bersalam denganku. Pintu kereta dibuka dan dia melangkah keluar. Aku hanya memerhati Ammar melangkah longlai ke kelasnya dari dalam kereta.

"Astaghfirullah al-Azim" aku mengucap panjang sebaik kembali ke alam realiti. Apa yang diceritakan oleh Ammar di dalam kereta pagi tadi masih memenuhi kotak fikiranku. Entah kenapa aku rasa tak sedap hati. Rasa seakan ada sesuatu yang buruk akan berlaku.

"Nauzubillahu min zalik.." ucapku lagi cuba menenangkan diri.

"Kenapa cikgu?" tegur Cikgu Hanis yang baru sampai ke tempatnya. Aku memandangnya sambil tersenyum.

"eh....tak ada apalah..." dalihku.

"yeke ni?...mengucap panjang tu." soalnya lagi.

"tak ada apa cikgu....cuma...entahlah....hati rasa tak sedap."

"Yeke....istighfar banyak-banyak cikgu. Moga dipermudahkan." balasnya. Aku hanya tersenyum. Aku menyambung mengemas barang-barangku dan mengambil beberapa buah buku rujukanku dan bergerak menuju ke kelas. Kertas Ujian Ammar itu ku simpan semula untuk ku serahkan kembali pada Ammar waktu dikelasnya tengahhari nanti.

Aku mengorak langkah terus ke kelas 3A yang terletak di blok sebelah, bersebelahan dengan kelas Ammar, 3B. Sampai di aras tiga, mataku tertancap pada kelibat Azmir dan Haris. Aku kaget, dengan jelas aku nampak mereka berdua menolak Ammar dari atas tembok koridor. Tubuh kecil Ammar melayang jatuh terus ke tanah. Buku-bukuku terlepas. Aku melihat ke bawah.

“AMMAR!!!” jeritku. Ammar terbaring kaku di atas permukaan tar dengan darah yang mula mengalir keluar dari kepalanya. Aku memandang Azmir dan Haris. Mereka berdua terjelepok ke atas lantai. Kelihatan mereka sendiri terkejut dengan apa yang berlaku. Tanpa dapat dikawal, air mataku jatuh sendiri. Aku lantas berlari turun semula ke bawah untuk mendapatkan Ammar. Sesampai di bawah, para pelajar lain sudah mula mengerumuni Ammar, begitu juga beberapa orang guru. Aku lantas mendapatkan Ammar. Perlahan aku memangku kepala Ammar.

“ya Allah, Ammar!!” Ammar kaku. Matanya masih celik dan tegak memandang ke langit biru.

“Masyaallah, Ammar, apa dah jadi ni?! apa mereka dah buat pada kamu?!” soalku dengan mata yang sejak tadi tak segan mengeluarkan mutiaranya.

“Cikgu…mereka tak….tak..bu..buat….apa-apa cik..cikgu..”ujar Ammar dengan suara tersekat-sekat. Darah yang mengalir keluar dari tubuh Ammar makin banyak. Keadaan menjadi semakin kecoh. Guru-guru yang ada disitu cuba menyuraikan para pelajar yang makin banyak berkerumun. Salah seorang dari guru itu menelefon ambulans. Aku menangis teresak-esak. Aku terasa seakan Amamr akan pergi juga meninggalkanku. Ya Allah, selamatkanlah anak ini Ya, Allah.

“Cikgu…”ujar Ammar lagi. Aku memandang wajahnya yang kian pucat.

“boleh tak, saya panggil cikgu, Abang?” soalnya. Air mataku makin laju dengan soalan dari Amar itu. Aku mengangguk. Ammar tersenyum.

“Abang..”panggilnya lagi.

“ya, Ammar.” jawabku sambil mengusap-usap kepalanya.

“Abang, saya….saya minta maaf..…” ujar Ammar lembut. Aku tersentak dengan kata-kata Ammar itu. Masyaallah!! aku benar-benar tak mampu mengaharungi detik ini.

“Ammar..” hanya namanya sahaja yang mampu ku sebut disaat ini. Aku benar-benar takut. Seketika kemudian, Ammar tidak lagi bersuara. Matanya masih celik. Darahku mula berderau.

“Ammar!!!” panggilku.

“Ammar!!!” aku menggoncangkan badannya. Namun tiada sebarang tindak balas. Tubuhnya kaku. Aku terpempan.

“Ammar!!!!!!” laungku sekuat hati.



“Bangun!! Assalamualaikum Cikgu!” ujar ketua tingkatan 3B sebelum diikuti pelajar lain.

“Waalaikummussalam, duduk.” ujarku. Mataku tertancap di tempat Ammar. Meja paling hujung itu bersih hari ni. Tidak seperti selalu, kotor dengan sampah. Seakan terbayang Ammar duduk disitu sambil tersenyum padaku. Aku menjadi sebak. Baru dua hari lepas Ammar pergi buat selamanya. Aku sebenarnya masih bersedih. Buat kali keduanya adik yang ku sayangi pergi meninggalkan ku. Aku lantas cuba melupakan Ammar buat seketika. Aku masih ada tanggungjawab yang kugalas. Masih ramai lagi pelajar yang menanti ilmu dariku. Aku memandang wajah-wajah di dalam kelas itu sekilas. Jelas sekali mereka muram. Kenapa? Mereka terkesankah dengan pemergian Ammar? tapi kenapa? Aku lantas berpaling menghadap papan putih untuk memulakan pembelajaran pada hari itu. Baru beberapa perkataan ku tulis aku terdengar esak tangis dari pelajar-pelajarku. Aku kembali mengalih pandanag kepada mereka.Ya benar, ada antara mereka yang menangis. Kenapa baru sekarang?! Kenapa selepas pemergian Ammar baru mereka mahu menagis untuknya?! sepanjang hayatnya mereka tak pernah pun menganggap Ammar sebahagian dari mereka. Kenapa sekarang?. Aku tak dapat mengawal perasaanku lagi. Aku tak mampu nak teruskan sesi pembelajaran kali ni. Aku lantas mengemas semula barang-barangku. Sedang aku mengemas, aku ternampak sekeping kertas ujian. Jelas tertulis dengan pen merah, 67 markah. Perlahan aku menarik kertas itu. Tertera jelas nama Khairul Ammar bin Rosli. Air mataku lantas menitis. Aku meletakan semula kertas itu bersama-sama dengan buku-bukuku. Lastas aku mengangkat barang-barangku dan keluar dari kelas itu. Aku membiarkan kakiku melangkah. Aku berhenti di sebuah tangga yang sedikit tersorok. Aku duduk di anak-anak tangga itu. Air mataku mengalir laju tanpa dapat ku bendung. Aku benar-bear rindukan Ammar.

“Jangan menangis cikgu, saya tak nak kerana saya, cikgu dapat susah.” Aku tersentak dengan kata-kata itu. Aku lantas menoleh melihat siapa yang mengungkapkan kata-kata itu. Cikgu Hanis tersenyum padaku. Aku lantas bangun dan mengesat mataku.

“Saya yakin, itulah yang akan Ammar cakap kalau dia nampak Cikgu macam ni.” ujar Cikgu Hanis lembut. Aku bungkam. Cikgu Hanis lantas menuruni tangga dan duduk di wakaf yang disediakan oleh pihak sekolah. Aku mengekorinya dan turut duduk di wakaf itu.

“Sudahlah cikgu, dia dah tak ada. Jangan menangis macam ni. Dia mesti sedih nanti.” Cikgu Hanis menenangkanku.

“Saya…saya sayangkan dia cikgu. Saya masih belum boleh terima.” ujarku meluahkan perasaan.

“Saya faham. Cikgu sayangkan dia, saya tahu. Tapi tak baik meratap macam ni.” Aku diam. Ada benarnya kata Cikgu Hanis itu. Aku perlu kuat. Aku tak boleh macam ni.

“Cikgu sendiri tahukan, Ammar tu baik orangnya. Allah nak pelihara dia dari dia buat sebarang dosa. Tulah sebab, Allah ambil dia lebih awal dari kita.” ujar cikgu Hanis lagi. Aku diam. Benar kata Cikgu Hanis itu. Aku kemudian mengeluarkan kertas ujian Ammar dan ku serahkan pada Cikgu Hanis.

“Apa ni?” soal Cikgu Hanis. Cikgu Hanis mengambil kertas itu dan membeleknya.

“Itu kertas ujian Ammar untuk ujian bulanan yang baru lepas ni. Masa ujian bulan lepas, dia hanya dapat 18 markah, tapi untuk yang ni, dia dapat 67 markah.” ujar ku. Cikgu Hanis tersenyum.

“Dulu saya ada cerita pada dia tentang arwah adik lelaki saya tu. dia cakap dia nak jadi pengganti adik saya tu. Saya bagitahu dia, kalau dia boleh dapatkan sekurang-kurangnya 50 markah untuk ujian yang ini, saya akan setuju jadikan dia adik saya.” ceritaku lagi.

“nampaknya dia dah Berjaya.” ujar Cikgu Hanis sambil tersenyum. Aku turut tersenyum.

“Malangnya, dia tak sempat nak tengok kertas tu. Saya belum sempat lagi nak serahkan kertas tu pada dia. Tapi Alhamdulillah, dia sempat panggil saya ‘abang’ satu panggilan yang dah lama dia nak guna, walaupun cuma sekali.”

“Saya yakin, itu dah lebih dari cukup buat dia cikgu. Ammar tu seorang yang sangat sederhana, sabar dan tenang, macam tu.” ujar Cikgu Hanis sambil menunjuk ke arah langit. Aku melihat ke arah yang ditunjukan oleh Cikgu Hanis.

“Sebiru warna langit tu. Tenang, itulah Ammar. Sangat tenang dan sabar walau apapun yang berlaku pada dia. Dia nampak lemah, tapi sebenarnya dia kuat di dalam. Macam langit. Nampak rapuh, tapi langitlah yang sebenarnya melindugi kita.” ujar Cikgu Hanis lagi. Aku memandang Cikgu Hanis sebelum pandanganku ku alih semula ke arah langit. Aku tersenyum. Entah kenapa, perbualanku dengan cikgu Hanis sudah meringankan sedikit kesedihanku. Ya Allah, tempatkanlah Ammar ditempat orang-orang yang beriman ya Allah. Aku yakin, syurga adalah balasannya.

“oh ya, apa dah jadi dengan Azmir dan Haris?” soal Cikgu Hanis. Aku tersenyum.

“Mereka masih dalam tahanan pihak polis sekarang ni. mereka ada  berjumpa dengan saya masa di balai polis tempoh hari. Mereka dah cerita semuanya. Kata mereka, mereka tak sengaja. Nampaknya macam betul-betul dah menyesal. Pengetua bagitahu haritu, mungkin dalam  minggu depan sebutan kes mereka akan dibuat. Biarlah mahkamah tentukan apa hukuman untuk mereka."

“oh, macam tu, tapi kalaupun mereka terlepas hukuman didunia, hukuman diakhirat itu masih ada. Setiap yang kita buat itu, baik atau buruk, pasti ada balasannya. Cepat atau lambat sahaja membezakan.” tambah Cikgu Hanis. Aku dan Cikgu Hanis tersenyum senang, Aku kembali memandang langit. Seakan terbayang wajah ceria Ammar tersenyum padaku. Ya, Allah, cucurilah rahmat pada rohnya, Amin.




Bersambung....




p/s: yeay...habis dah...hahahha...ada yang menangis tak??...hahha





Wednesday, 7 October 2015

Kembara Mencari Cinta (Promo)






PROMO


Aku duduk sendirian di tepi taman permainan sambil memerhati anak ku bermain bersama ibunya. Muhammad Aniq namanya. Aku tersenyum sendiri melihat gelagatnya. Isteriku sekali-sekala turut melirik ka arah ku sambil tersenyum. Minggu lepas, usia Afiq genap tiga tahun dan pada tarikh yang sama juga genap sudah lima tahun usia perkahwinan ku dengan isteriku, Zarina. Telah banyak ranjau dan duri telah kami lalui bersama. Alhamdulillah dengan berkat ilahi, kami Berjaya sampai ke tahap ini dan berharap ianya akan kekal begini sehingga ke kahir hayat.
            Orang selalu berkata rumah tangga yang bahagia itu perlu disulami cinta yang sejati, tapi aku tak pasti tentang itu. Cinta?, aku sendiri kurang arif apa itu cinta. Apa yang aku tahu, keluarga aku ini bahagia. Aku amat sayangkan anakku, isteriku? aku sayangkan dia, aku perlukan dia dan aku tak mahu berpisah dengannya. Cintakah itu? Kalau itu adalah definasi cinta, ya benar, aku cintakan isteriku. Tapi apa yang aku percaya dan aku yakini, Zarina telah memberi kesan yang amat besar terhadap diriku. Antara kami bukan sekadar cinta atau sayang. Ianya lebih kepada memerlukan antara satu sama lain.
            Perkahwinan kami juga dulu bukan atas dasar cinta. Bukan juga dipaksa sesiapa, kami sendiri yang merelakannya. Bukan sekadar itu, perkahwinan itu juga ditentang keluarga ku. Kalau dah macam tu, kenapa kami berkahwin? Hampir kesemua orang disekeliling ku mengatakan aku membuat kerja bodoh. Disaat itu sebenarnya aku juga tidak pasti dengan apa aku lakukan. Bukan sekadar itu, sebenarnya semua tindakan aku yang aku ambil sepanjang lima tahun ini penuh dengan ketidakpastian. Semuanya aku lakukan dengan gerak hati. Ketika itu hatiku kuat menyatakan aku perlu mengahwini Zarina.




Tunggu Kisah Berikutnya.....


p/s: ceritani nampak macam straight....tapi sebenarnya tak straight sangat...heheh

p/s: Sorry guys....aku memang tgh tak de mood nak tulis Bayu Arjuna...heheh....







Wednesday, 30 September 2015

Sebiru Warna Langit ( Bahagian 5)



Bahagian 5




Aku tersenyum sendiri melihat kertas ujian milik Ammar, 67 markah. Peningkatan yang amat drastik dari hanya 18 markah untuk ujian bulan lepas. Nampaknya dia benar-benar belajar bersungguh-sungguh sepanjang bulan ni. Aku meletakan semula kertas ujian milik Ammar itu. Aku melepaskan keluhan berat. Sudah seminggu berlalu dan tindakan Ammar menjauhkan diri dari aku memang sedikit sebanyak telah meredakan sedikit khabar angin yang bertiup kencang dulu. Tapi, aku sebenarnya terganggu. Kehadiran Ammar dulu sememangnya menyenangkanku. Aku berasa gembira bila bersama dia. Aku sebenarnya sudah jatuh sayang padanya. Sayang sebagai seorang adik. Ammar sebenarnya telah mengisi kekosongan yang telah ditinggalkan oleh arwah Aeril. Tapi kini, semuanya seakan kembali kepada sedia kala, tempat kosong itu akan kosong semula.

“Cikgu Kamal.” panggil seorang guru. Aku menoleh ke arah guru itu.

“Ya.”

“Tuan Pengetua minta cikgu datang ke pejabatnya sekarang.” ujar guru itu.

“Ha, yalah.” ujarku ringkas. Apa lagi yang Tuan Rahman nak ni. Aku lantas mengatur langkah ke pejabat pengetua. Perlahan aku mengetuk pintu pejabat Tuan Rahman tiga kali.

“Masuk!” arah Tuan Rahman dari dalam. Sempat aku menarik nafas panjang sebelum memulas tombol pintu bilik Tuan Rahman itu.

“Assalamualaikum.” aku memberi salam.

“Waalaikumussalam.” Jawab semua orang yang ada di dalam bilik pengetua itu. Aku sedikit kaget. Ramai rupanya orang yang didalam bilik itu. Aku memandang wajah mereka seorang demi seorang, Cikgu Hanis, dua orang budak nakal yang selalu menimbulkan masalah di sekolah ni, Azmir dan Haris dan, Ammar? Aku sedikit pelik, kenapa mereka semua ada disini, dan yang paling aneh, kenapa Ammar ada disini, apa yang dah berlaku?

“Cikgu Kamal, mari sini.” Panggil Tuan Rahman.

“ke…kenapa ni Tuan?” soalku.

“Cikgu, tadi saya nampak yang Azmir dan Haris sedang memukul Ammar, di belakang dewan besar.” ujar Cikgu Hanis. Aku lantas memandang Ammar. Terdapat kesan lebam pada wajahnya. Aku cemas lantas aku menghampiri Ammar.

“Kamu tak apa-apa Ammar?” soalku sambil meneliti kesan lebam diwajahnya. Tapi aku sedikit hairan, kalau in hanya kes pukul biasa, kenapa aku turut dipanggil?

“Bukan hanya itu sebab saya panggil cikgu kesini.” ujar Tuan Rahman pula. Aku mengerutkan dahi.

“Maksud tuan?” soalku pula.

“Azmir!, Haris! cepat cerita segalanya pada Cikgu Kamal dan minta maaf!”arah Tuan Rahman. Pandanganku teralih pula pada Azmir dan Haris.

“Cepatlah, tunggu apa lagi?!” arah Cikgu Hanis pula tegas.



“Cikgu, kami minta maaf cikgu, kami yang sebarkan cerita tentang…tentang cikgu dan Ammar.” ujar Haris dengan suara tersekat-sekat. Aku tersentak. Biar benar, mereka ni punca segala masalah ni!

“Be..betul cikgu, kami minta maaf, kami janji tak buat lagi.” tambah Azmir pula.

“Kenapa kamu buat semua ni?” soalku pula. Mereka berdua bungkam.

“Saya tak kisah kalau kamu benci pada saya, walaupaun saya rasa, saya tak pernah ada masalah dengan kamu, tapi jangan libatkan orang lain, jangan libatkan Ammar.” ujarku lagi. Mereka berdua masih bungkam.

“jadi macam mana cikgu? apa cikgu nak saya buat pada mereka berdua ni?” soal Tuan Rahman. Aku mengalih pandanganku pada Tuan Rahman pula.

“Macam mana Tuan tahu mengenai benda ni?” soalku pula.

“Saya yang adukan pada Tuan Rahman.” ujar Cikgu Hanis. Pandanganku teralih pula pada cikgu Hanis.

“Tadi saya ternampak mereka berdua ni membawa Ammar ke belakang dewan, jadi saya ikut mereka secara senyap. Mereka memukul Ammar, dan pada masa tu juga mereka telah mengaku perbuatan mereka memfitnah cikgu dan Ammar.” terang Cikgu Hanis. Aku mengarah pandanganku sekali lagi ke arah Azmir dan Haris yang tertunduk sejak tadi.

“Terpulanglah Tuan nak hukum mereka macam mana, saya serahkan segalanya pada Tuan.” ujarku pula. Tuan Rahman mengangguk.

“Baiklah, kamu berdua akan saya gantung selama seminggu mulai esok!!” ujar Tuan Rahman tegas.



Aku berjalan berdua balik ke bilik guru bersama Cikgu Hanis.

“Terima kasih ya Cikgu.” ujarku.

“eh, kenapa nak berterima kasih pulak ?”

“yelah, cikgu dah tolong bersihkan nama saya dan Ammar.” ujarku.

“Tak perlu berterima kasihlah Cikgu, ini juga sebahagian dari tugas dan tanggungjawab saya sebagai salah seorang ahli jawatankuasa Lembaga Disiplin sekolah ni. Lagipun, budak Azmir dan Haris tu memang dah melampau. Memang dah tiba masanya mereka tu menerima hukuman. Itupun nasib baik saya ternampak. Kalau tak, kes ni memang tak selesai lagi.” terang Cikgu Hanis. Aku tersenyum pada Cikgu Hanis.

“Cikgu, kalau saya tanya sikit, cikgu jangan marah tau.” ujar Cikgu Hanis perlahan.

“Apa dia cikgu?”

“Cikgu nampak ambil berat betul pasal Ammar tu kan. Sebenarnya, apa hubungan cikgu dengan dia?” soal Cikgu Hanis sedikit takut-takut. Aku tergelak kecil dengan soalan Cikgu Hani situ.

“Cikgu pun fikir saya macam tu ke?” soalku kembali.

“eh, taklah, bukan macam tu, saya…”

“dulu saya ada seorang adik lelaki, perangai dia lebih kurang sama dengan Ammar tu. Tapi, dua tahun lepas dia terlibat dalam satu kemalangan, dan meninggal dunia. Ammar tu dah banyak buat saya teringat pada arwah adik saya tu. Senang cerita sebenarnya, saya dah anggap Ammar tu macam adik saya sendiri, dan saya sayangkan dia, macam adik kandung saya sendiri.” terangku panjang lebar. Aku kemudian melepaskan satu keluhan berat.

“Kenapa cikgu? saya tersinggung perasaan cikgu ke?” soal Cikgu Hanis sedikit risau.

“Tak lah, sebenarnya, sejak kes ni mula timbul minggu lepas, Amamr dah jauhkan diri dari saya, dulu boleh kata hampir setiap malam dia akan datang rumah saya untuk betanya itu ini tentang pelajaran, tapi sekarang, nak tegok batang hidung dia pun susah.” luahku.

“Jadi cikgu rindu pada dia?” soal Cikgu Hanis pula.

“memang saya rindu, tapi sebenarnya, saya rasa bersalah pada dia. Dia sebenarnya buat macam tu demi saya. Dia tak nak saya terganggu dengan fitnah tu. Tulah sebab dia jauhkan diri dari saya.” cerita ku.

“Ammar tu memang baikkan cikgu, hati dia sungguh mulia.” ujar Cikgu Hanis lembut. Aku memandang Cikgu Hanis sambil tersenyum. Benar katanya, Ammar memang mempunyai hati yang sungguh mulia.



Tuk..tuk..tuk…pintu kelas 3B diketuk, aku yang sedang menulis nota di papan putih melihat ke arah pintu. Cikgu Hanis ! aku tersenyum ke arahnya.

“Cikgu, boleh saya berjumpa dengan Ammar sekejap?” soal Cikgu Hanis. Aku mengerutkan dahi. Kenapa?

“Ammar!” panggilku. Ammar lantas berdiri dan bergerak ke arah pintu mendapatkan Cikgu Hanis. Cikgu Hanis membawa Ammar sedikit jauh dari pintu.

“Baiklah yang lain, sambung salin nota ni.” arahku pada pelajar-pelajar lain dalam kelas. Dalam pada itu, mataku tak lari dari melihat Ammar dan Cikgu Hanis. Jelas, riak wajah Ammar berubah sebelum mutiara-mutiara jernih mula jatuh dari matanya. Aku Hairan. Aku lantas berhenti menulis nota dan menghampiri Cikgu Hanis dan Ammar. Ammar lantas masuk semula ke dalam kelas dan mengemas barang-barangnya.

“Kenapa Cikgu?” soalku pada Cikgu Hanis.

“Tadi, pihak hospital telefon, nenek Ammar, dah meninggal pagi tadi.” ujar Cikgu Hanis tenang. Aku terkesima.

“Innalillahi Wainnalillahi rojiun.”ucapku.

“Cikgu nak ikut ke hospital ke?” soal Cikgu Hanis.

“ha, boleh juga.” balas ku. Aku lantas masuk semula ke dalam kelas.

“Kelas, Cikgu ada kecemasan sikit, jadi kelas kita sampai disini saja.” ujarku. Keadaan kelas mula sedikit hingar bingar. Masing-masing dalam keadaan ingin tahu. Aku lantas mengemas barang-barangku.

“Ammar.” panggilku. Ammar memandangku. Matanya sudah penuh dengan air mata.

“Saya Hantar.”ujarku. Ammar mengangguk perlahan.



Orang ramai sudahpun mula meninggalkan tanah perkuburan ini, bacaan talkin baru sahaja selesai. Hanya tinggal Ammar, aku, Mak Som dan suaminya Pak Hasan di tanah perkuburan ini. Aku menghampiri Pak Hasan dan Mak Som yang berdiri tidak jauh dari pusara nenek Ammar. Ammar duduk berteleku di sebelah pusara neneknya itu.

“Kasihan budak tu, tinggal sebatang kara.” ujar Pak Hasan lembut. Aku mengangguk bersetuju. Mak Som mengesat air matanya.

“Dengan siapa dia nak tinggal lepas ni?” soal Mak Som pula. Pak Hasan melepaskan keluhan berat.

“Tak apalah, Pak Hasan dan Mak Som baliklah dulu, biar saya temankan Ammar kat sini. Nanti saya bawa dia balik.” ujarku lembut.

“betul ke ni? tak susahkan cikgu ke?” soal Pak Hasan pula.

“tak susah pun, Pak Hasan dan Mak Som baliklah dulu ya.”

“kalau dah Cikgu cakap macam tu, yelah, kami balik dulu, banyak benda nak siapkan untuk tahlil malam ni.” ujar Pak Hasan lagi. Aku mengangguk.

“Kami balik dulu ya cikgu.” ujar Mak Som pula, aku tersenyum sambil melihat mereka mula meninggalkan tanah perkuburan ini. Pandanganku kualih pula pada Ammar. Perlahan aku menghampirinya. Aku berdiri dibelakangnya.

“Cikgu..”panggil Ammar. Aku lantas duduk disebelahnya. Aku mengusap belakangnya perlahan.

“Cikgu….nenek…..nenek…dah pergi…” ujar Ammar dalam esak tangis. Aku jadi sebak melihatnya. Aku tahu betapa sayangnya dia pada neneknya ini.

“Nenek dah pergi….nenek dah tinggalkan saya…nenek tinggalkan saya seorang-seorang…”ujar Ammar lagi. Airmatanya makin galak mengalir.

“saya dah tak ada sesiapa cikgu…..nenek dah tinggalkan saya.”ujar Ammar lagi. Air mataku mula mengalir. Aku lantas menarik bahu Ammar menghampiriku. Tubuh kecil Ammarku peluk erat.

“Saya ada disini, kamu bukan seorang-seorang, saya ada…” aku cuba memujuknya. Ammar diam. Namun air matanya masih terus mengalir. Riak wajah cerianya hilang entah kemana, senyuman manis dibibirnya juga tak kelihatan lagi. Ammar menangis semahunya dalam dakapanku. Seakan dia melepaskan segala kesedihan yang dipendam dalam hatinya. Aku mengusap lembut belakang Ammar. Masyaallah, ya Allah, tabahkanlah hati anak ini ya Allah. Lantas aku teringat permintaan arwah nenek Ammar ketika ku melawatnya di hospital tempoh hari.

“Cikgu, mak cik tahu permintaan mak cik ni menyusahkan cikgu, tapi mak cik rasa cikgulah orang terbaik untuk jaga Ammar tu nanti, cikgu, mak cik minta tolong, kalau terjadi sesuatu pada mak cik, tolong jaga Ammar ya. Dia dah tak ada sesiapa lagi. Tolong ya cikgu..”

Kata-kata itu terngiang-ngiang dalam fikiranku, aku tersenyum sendiri.


‘ Mak Cik, saya berjanji saya akan jaga Ammar macam darah daging saya sendiri.’ ucapku didalam hati.



Bersambung....



p/s: minggu depan aku ad interview lagi....korang doakan aku ye...penat dah pergi interview ni...dapat kerjenya tidak juga...hmmmm....