Wednesday, 28 January 2015

Bayu Arjuna (Bahagian 5)





Bahagian 5: Pucuk Bakawali.


Arjuna, Bayu dan Aduka berdiri tegak sambil memandang kearah sebuah pekan tidak jauh dari tempat mereka berdiri.
“Kita dimana?” soal Aduka.
“Inilah Pekan Sari.” ujar Arjuna teruja. Arjuna meneruskan langkah menghampiri pekan itu. Bayu dan Aduka hanya mengikut. Sesampai sahaja di pintu masuk kota, Arjuna berhenti.
“Kenapa Arjuna?” Soal Bayu. Arjuna memandang tepat ke arah sehelai bendera Kerajaan Ru Rendang yang berkibar megah di pintu masuk ke pekan itu. Bayu dan Aduka turut memandang ke arah bendera yang sama.
“Dahulunya, Bendera Tira Kirana berkibar megah disitu.” ucap Arjuna bernada sayu. Bayu dan Aduka tertunduk. Sebagai hamba rakyat kepada Raja Ru Rendang, Aduka dan Bayu sedikit berasa bersalah.
“Maafkan kami Arjuna.” ujar Aduka. Arjuna menoleh memandang Aduka dan Bayu lalu tersenyum.
“Sudahlah, bukan salah kalian, lagipun, bukan niatku untuk menyesali apa yang berlaku. Cuma aku teringat kembali zaman kerajaanku masih bertapak disini.” ujar Arjuna cuba memujuk. Pekan Sari ini asalnya sebahagian daripada wilayah kekuasaan Tira Kirana, namun kini Pekan ini beserta seluruh wilayah-wilayah Tira Kirana telah jatuh ke tangan Ru Rendang.
“Maaf sekiranya aku bertanya, apa kau tidak berniat untuk menegakkan semula kerajaan Tira Kirana?” soal Aduka jujur. Arjuna tersenyum.
“Berbohonglah kalau aku katakan tiada langsung niat itu. Tapi yang menjadi keutammanku sekarang adalah ingin sembuh dari sumpahan ini dan mencari dimana kedua orang tuaku.”Ucap Arjuna tekad.
“Sudahlah, nanti sahaja kita bahaskan soal ini, mari kita masuk. Bekalan kita ini harus diisi semula.” ujar Bayu pula. Arjuna tersenyum.
“baiklah, mari.” ujar Arjuna sebelum mengetuai kumpulan itu masuk ke dalam pekan sari. Pekan ini walaupun kini sudah menjadi sebahagian dari Ru Rendang, keadaannya masih tidak banyak berubah.  Arjuna cukup teruja bila kakinya menjejak masuk ke pekan ini. Terimbau kenangan zaman kecilnya. Dia gemar mengikut ayahandanya sekiranya baginda membuat lawatan ke pekan ini.

“Dulu, aku gemar melawat ke pekan ini bersama ayahandaku.” cerita Arjuna ceria pada Bayu yang berjalan beriringand engannya.
“oh..ya?” soal Bayu pula.
“Benar...bagiku, pekan ini lebih menyeronokan dari Kota Tira Kirana sendiri.” tambah Arjuna pula. Bayu tersenyum senang mendengar Arjuna bercerita.
“jadi....tempat kegemaranmu bila kesini dimana?” soal Bayu.
“tempat kegemaranku...”
“Sudahlah...kita kesini bukan untuk bersiar-siar.” pintas Aduka. Arjuna dan Bayu berpaling memandang Aduka. Aduka memandang Bayu tajam. Mereka berdua sempat beradu pandangan seketika.
“Benar kata Aduka. Kita ada misi yang lebih penting.” Kata-kata Arjuna itu menamatkan pandangan tajam antara Bayu dan Aduka.
“Jadi, apa yang kita perlukan sekarang?” soal Bayu.
“Kita perlukan beras, susu dan beberapa ramuan untuk air penawar Arjuna.” ujar Aduka. Bayu mengangguk faham.
“Baiklah, kita ke kedai yang itu.”Ujar Arjuna sebelum kembali mengetuai kumpulan itu kesebuah kedai beras. Bayu dan Aduka sempat berlawanan pandangan lagi.



“Pak Cik, berikan kami tiga cupak beras boleh?” Soal Bayu pada seorang lelaki seusia ibunya sebaik mereka bertiga tiba di kedai menjual bijirin dan beras itu.
“Boleh sahaja nak.” balas Pak Cik itu sambil tanganya ligat menyiapkan pesanan Bayu. Sambil itu matanya masih membelek tiga orang anak muda dihadapannya ini.
“Anak bertiga ni dari mana? kelihatannya bukan orang sini.” soal Pak Cik itu.
“Kami ini pengembara Pak Cik. Datang jauh dari Kampung Lembah.” cerita Aduka. Pak Cik tadi mengagguk faham.
“Cadangnya mahu ke mana?” soal Pak Cik itu lagi ramah.
“Cadangnya kami ingin ke Gunung Guruh.” jawab Aduka pula tanpa berselindung. Kelihatan Pak Cik itu sedikit terkejut bilamana nama Gunung Guruh disebut.
“Kamu bertiga mahu buat apa disana?” Soal Pak Cik itu lagi sambil menyerahkan bungkusan berisi tiga cupak Beras pada Bayu. Bayu, Arjuna dan Aduka berpandangan sesama sendiri. Mereka ragu-ragu untuk menjawan soalan dari Pak Cik itu.
“Kami....kami ada urusan disana.” Jawab Bayu cuba berselindung.
“Maaflah kalau soalan Pak Cik itu menyinggung kalian. Pak Cik bukan apa, cuma khawatir. Malika berkuasa di Gunung Guruh. Malika dan bala tenteranya itu amat berbahaya. Tengok sahajalah apa yang telah dilakukan pada Yang Mulia Tuanku Raja Sang Saka Buana dan kerabatnya.” cerita Pak Cik itu lagi.
“Apa yang Malika dah buat dengan ayah....maksud saya....Tuanku Raja Sang Saka Buana?” sampuk Arjuna yang hampir sahaja terlepas cakap tadi.
“Entahlah, tak siapa yang tahu. Dengar katanya, Tuanku Raja dan Permaisuri kini menjadi tahanan di Gunung Silantra. Puteranya pula disumpah menjadi angsa dan dicampak dihutan larangan. Mujur saja Ru Rendang terlebih dahulu menguasai negara ini. Jika tidak, tak tahulah apa nasib kami di tangan Malika.”
“Apa Pak Cik suka Tira Kirana dikuasi kuasa asing?” soal Arjuna ingin tahu.
“Kalau sudah namanya dijajah itu, tetap dijajah juga. Masakan Pak Cik boleh suka. Pak Cik lahir sebagai seorang hamba rakyat kepada Tira Kirana, matinya Pak Cik juga berharap masih begitu. Tapi apakan daya, semuanya sudah berakhir. Tira Kirana sudah tiada. Rajanya juga sudah tiada. Tapi, lebih baiklah Tira Kirana ini dikuasai Ru Rendang dari jadi hamba kepada Malika Sang Ahli Sihir Puaka. Sekurang-kurangnya Pak Cik masih boleh berniaga dan meneruskan hidup.” terang Pak Cik itu lagi panjang lebar. Arjuna, Aduka dan Bayu hanya mendengar cuba memahami perasaan Pak Cik itu sebagai seoarang warga jati Pekan Sari dan Tira Kirana.



“Ampun Tuanku Yang Berkuasa Ratu Malika, patik Menteri Merah masuk mengadap.” ucap Menteri Merah sebaik masuk ke dalam Ruangan Utama Iatana Malika di puncak Gunug Silantra.
“Ada apa?!” soal Malika tegas tanpa memandang Menteri Merah yang sedang duduk berlutut tidak jauh darinya.
“Patik ada mendapat perkhabaran dari orang suruhan patik di Pekan Sari.”
“perkhabaran apa?” soal Malika lagi sambil dia asyik bermain dengan ular sawa peliharaannya.
“perkhabaran......perkhabaran yang.....”Menteri Merah keberatan untuk menjawab.
“perkhabran apa??!!” jerkah Malika.
“perkhabaran yang....Putera Arjuna kini di Pekan Sari.” ucap Menteri Merah takut-takut.
“Apa?!” soal Malika seakan tidak percaya. Dia tidak menunggu Menteri Merah untuk menjawab sebelum dia membacakan mentera dan dalam sekelip mata satu bebola kaca muncul dihadapannya berserta dengan cahaya terang dari bebola itu. Cahaya terang itu bernasur hilang dan kini jelas kelihatan bayangan Arjuna, Bayu dan Aduka sedang membeli barangan di Pekan Sari dari bebola kaca itu. Berkerut dahi Malika bila melihatkan keadaan itu.
“Bagaimana dia boleh kembali menjadi manusia?! Siapa yang berani menentang kekuasaanku?!” soal Malika berang.
“Tuanku, pada pengamatan patik, sumpahan tuanku masih belum hilang. Dia boleh menjadi manusia kerana ramuan herba yang diminumnya.” terang Menteri Merah.
“dari mana dia mendapatkan ramuan itu?” soal Malika lagi.
“Patik masih belum mendapatkan jawapan untuk itu.” ucap Menteri Merah.
“Bodoh!!!!....lekas caritahu siapa yang berani menentangku itu.”Jerkah malika.
“Baik Tuanku.” ucap Menteri Merah takut-takut sebelum berundur keluar dari ruangan itu.



 “apa lagi yang kita perlukan?” soal Arjuna. Aduka membelek belek uncang besar yang kini mulai penuh dengan pelbagai ramuan makanan dan herba.
“ kita erlukan lagi pucuk bakawali.” ujar Aduka.
“dimana bisa kita mendapatkan pucuk bakawali?” soal Bayu pula.
“Aku tidak pasti....hmmm...mari kita ke gerai dihujung sana” Ajak Arjuna. Mereka bertiga lantas berferak ke sebuah gerai menjual pucuk hutan di hujung pasar ini.
“Maaf saudara, kami tumpang bertanya, dimana bisa kami mendapatkan pucuk Bakawali?” soal Arjuna pada lelaki penjaga kedai itu. Lelaki itu yang tadinya sedang mengemas sesuatu di belakang lantas menoleh memandang Arjuna dan rakanrakannya.
“ Bayu?!...Aduka?!” ujar lelaki itu terkejut sebaik melihat Bayu dan Aduka berdiri tegak di belakang Arjuna.
“Anding?!” ujar Bayu pula teruja. Lantas Bayu dan mendekat. Mereka bersalam sebelum saling berpelukan. Arjuna hanya memerhati dengan kekeliruan.
“Lama benar tidak bertemu....apa khabarmu?” soal Aduka sebaik melepaskan dakapannya dengan lelaki itu.
“Aku baik-baik saja. Kalian bagaimana?” Anding pula.
“Kami sihat sahaja.” balas Bayu pula dengan senyuman yang masih tak lekang di wajahnya.
“em..Bayu...” panggil Arjuna.
“oh ya...Arjuna ini Anding, sahabat aku dan Aduka, Anding, perkenalkan ini Arjuna.” ujar Bayu.
“Anding?...Anding....”
“Anding yang pernah aku ceritakan dulu.” pintas Aduka selepas melihat riak Arjuna yang seakan sedang mencari kepastian.
“ohh...aku Arjuna.” ujar Arjuna sambil menghulurkan tangan sebagai tanda salam perkenalan.
“Aku Anding” Anding membalas huluran tangan Arjuna.
“Apa sahaja yang kau ceritakan padanya tentang ku?” soal Anding pula.
“ Ya Aduka, apa yang kau ceritakan? kenapa aku tidak tahu?” soal Bayu pula. Adukan dan Arjuna berpandangan seketika.
“tiada apa, hanya bercerita tentang kenakalan kita berempat diwaktu kecil dulu.” ujar Aduka pula berselindung. Namun kata-kata itu hanya disambut dengan hilai tawa dari Anding dan Bayu.
“ oh ya....apa kalian buat disini? jauh benar kalian berkelana?” soal Anding. Arjuna, Aduka dan Bayu saling berpandangan.
“Ada urusan yang harus kami selesaikan.” ujar Bayu.
“apa kalian tidak mahu menceritakan kepadaku?” soal Anding pula. Sekali lagi Bayu, Arjuna dan Aduka berpandangan, cuba mencari kesefahaman antara mereka apa bisa perkara ini diceritakan pada Anding?
“baiklah, kalau kalian tidak mahu bercerita, benarkanlah aku membantu apa yang ku termampu.” ujar Anding pula. Bayu seakan termati kata. Apa yang harus dikatakan pada Anding.
“kami perlukan pucuk Bakawali, kalau kamu mahu membantu, tolong beritahu, dimana kami bisa mendapatkan pucuk Bakawali.” ujar Arjuna pula. Anding tersenyum.
“Pucuk Bakawali tidak terjual di pasar ini. Kalian harus mendapatkannya sendiri dihutan.”
“Kau tahu dimana bisa kami mendapatkannya?” soal Aduka pula. Anding terdiam seakan terfikirkan sesuatu.
“Beginilah, aku akan membawa kalian ke tempat dimana kalian boleh medapatkan pucuk Bakawali itu. Tapi, sebelum itu, apa kata kalian mengikut ku pulang dulu. Hari semakin meninggi, nanti petang, akan ku bawa kalian ke tempat itu.” ujar Anding. Arjuna, Bayu dan Aduka mengangguk setuju.
“Apa kami tidak menysahkanmu?” soal Bayu pula.
“eh..tidaklah, lagipula, pasti Umbang akan gembira apabila melihat kalian.” ujar Anding lagi, Bayu dan Aduka berpandangan lagi sebelum tersenyum senang.
“Umbang bersamamu?” soal Aduka.
“Sudah tentulah Umbang bersamaku, kemana lagi dia mahu pergi kalau bukan denganku?” soal Anding sedikit bernada gurau sebelum berderai ketawa antara mereka bertiga. Arjuna hanya tersenyum. Fikirannya sebenarnya ligat memikirkan tentang Anding dan Umbang. Tidak menyangka yang dia bakal bertemu dengan dua orang lelaki yang diceritakan oleh Aduka dulu. Timbul sedikit rasa teruja di dalah hatinya.



Menteri Merah jalan meluru laju ke arah kamarnya sendiri di Istana Malika. Pintu dikuak ganas.
“Pengawal!!” jerkah Menteri Merah.”
“Ya Yang Mulia”
“Jangan benarkan sesiapa menggangguku!!” ujar Menteri Merah marah.
“Baik Yang Mulia.” ujar pengawal itu sebelum keluar dan menutup pintu kamar itu rapat.
“Kenapa yang mulia? kenapa marah-marah begini?” ujar seoarang lelaki yang  datang mendekati Menteri Merah yang sedang duduk kerusi besar yang diletak elok di tengah-tengah kamar besar itu. Lelaki itu kemudiannya duduk rapat di sebelah Menteri Merah sebelum meletakan kealanya dibahu Menteri Merah. Tangan Menteri Merah diraih dan diusa lembut.
“Ini mesti kerana Tuanku Ratu bukan?” duga lelaki itu. Menteri Merah melepaskan keluhan berat.
“Siapa lagi kalau bukan kerana dia?” ujar Menteri Merah berang. Lelaki itu hanya tersenyum sinis.
“apa lagi mahunya kali ini?” soal lelaki itu lagi. Menteri Merah hanya diam tidak menjawab. Seleas seketika soalannya tidak terjawab, lelaki itu mendongak dan memandang wajah Menteri Merah.
“apa yang bisa ku bantu Yang Mulia?” soal lelaki itu yang kini turut membelai lembut wajah bengis Menteri Merah. Menteri Merah memandang wajah kekasihnya itu lama sebelum tersenyum.
“ya...kau saja bisa membantuku Gempita..” ujar Menteri Merah tersenyum senang.
“ Apa yang bisa ku lakukan, katakan saja.” balas Gempita yang kini sudah duduk tegak di sebelah Menteri Merah. Menteri Merah tersenyum lagi sambil kini mengusap-usap wajah kacak kekasihnya ini. Gempita nyata senang dengan kelakuan Menteri Merah. Menteri Merah bangun sebelum menuju ke sebuah meja lalu mencapai gelas berisi tuak. Tuak itu diteguk laju.
“Aku mahu kau ke Pekan Sari.” ucap Menteri Merah. Gempita bangun dan menghampiri Menteri Merah. Menteri Merah menuang lagi tuak ke dalam gelas tembaga.
“Aku mahu kau cari Putera Arjuna.” Gempita mengerutkan dahi.
“Putera Arjuna? Bukankah dia sudah disumpah menjadi Angsa?” soal Gempita.
“Benar, tapi ada seseorang yang telah memberikan dia ramuan yang bisa menukarkan dia kembali menjadi manusia untuk seketika.” ujar Menteri Merah lagi sebelum sekali lagi meneguk minuman keras itu.
“Aku juga mahu kau caritahu kemana hala tujuan dia, dan apa yang drancangkannya.” arah Menteri Merah lagi. Gemita hanya tersenyum sebelum mendekati Menteri Merah dan mendakanya dari belakang.
“Baiklah yang Mulia, akan ku tunaikan permintaanmu.” ujar Gempita berlapang dada.
“Tapi Yang Mulia, sebelumku ke Pekan Sari malam ini, tidakkah kau ingin bersamaku?” soal Gempita menggoda sambil tengannya bergerak ke celahan kangkang Menteri Merah. Menteri Merah tersenyum sebelum berpaling memandang Gempita.
“Kekasihku, sudah tentulah” ujar Menteri Merah sebelum bibir merah Gempita dipagut penuh nafsu. Pasangan kekasih ini bercumbuan semahunya. Tanpa menghiaraukan yang matahari masih tegak di langit, pasangan kekasih ini leka membiarkan diri mereka dihanyutkan lautan api asmara yang membara.



Bayu, Aduka dan Arjuna membontoti Anding dari Belakang. Anding membawa mereka ke pondoknya yang dibina dan dihuni bersama dengan kekasihnya, Umbang di hujung Kampung tidak jauh dari Pekan Sari. Setelah agak jauh mereka berjalan akhirnya mereka tiba di sebuah pondok kecil yang dibina di tebing sungai.
“ Bayu, Aduka, Arjuna, inilah pondokku, kecil sahaja, harap kalian selesa.” ujar Anding.
“Ini sudah cukup bagus Anding untuk kami menumpang teduh.”
“Umbang!!” panggil Anding sambil membuka pintu pondok tersebut.
“Umbang!!...aku sudah pulang..” ujar Anding lagi.
“Ya..ya...” kedengaran suara Umbang dari dalam.
“Umbang..lihat siapa yang ku bawa.” ujar Anding teruja. Umbang yang baru muncul dimuka pintu memandang kearah tetamu di pondok buruknya ini.
“ya tuhan....Aduka!!...Bayu!!” ujar Umbang ceria sebelum dia bergegas mendaatkan dua sahabatnya itu. Aduka dan Bayu turut tersenyum senang.
“Lama benar tidak bertemu, kau sihat Umbang?” soal Bayu.
“Aku sihat sahaja, kalian?”
“Kami juga sihat.” balas Aduka.
“oh ya...Umbang, kenalkan ini Arjuna. Arjuna, ini Umbang...sahabat kami.” Bayu memperkenalkan Umbang pada Arjuna.
“Aku Arjuna.” ujar Arjuna juga menghulurkan salam perkenalan.
“Aku Umbang.” balas Umbang.
“oh ya...Kalian buat apa di Pekan Sari?” soal Umbang. Untuk kesekian kalinya Arjuna, Aduka dan Bayu saling berandangan.
“Sudahlah...mari kita masuk dulu. Cerita sahaja di dalam.” pintas Anding cuba menenangkan keadaan.
“oh...benar, marilah...kita masuk dulu.” ajak Umbang. Mereka berlima pun masuklah ke dalam pondok kecil itu.



 “Bayu, aku masih tertanya-tanya, apa perlunya pucuk Bakawali ini kepadamu?” soal Anding sambil tangannya ligat memetik beberapa pucuk Bakawali di tebingan sungai ini. Lokasi ini terletak jauh ke dalam hutan. Selepas menjamu santapan tengahhari tadi, Anding membawa Bayu, Arjuna dan Aduka ke sini seerti yang telah dijanjikannya. Bayu memandang Anding lama. Masih ragu-ragu.
“Tidak kah kau percaya padaku Bayu?” soal Anding lagi. Bayu melepaskan keluhan berat.
“Baiklah, aku ceritakan kepadamu, tapi kau harus berjanji, jangan ceritakan apapun kepada orang lain.”
“Sudah berapa lama kita bersahabat Bayu, kau kenal benar aku. Tidak ada satupun rahsia yang kudengar penah ku pecahkan.” Bayu tersenyum senang mendengar kata-kata Anding itu. Bayu menghampiri Anding.
“Kau tahu siapa tu?” soal Bayu sambil menunjuk ke arah Arjuna yang turut sama memetik beberapa ramuan herba lain bersama Aduka dan Umbang.
“Arjuna?” balas Anding.
“Dia sebenarnya..Putera Arjuna, Putera kepada Raja Sang Saka Buana, Raja Tira Kirana.” terang Bayu. Membuntang mata Anding mendengarkan penjelasan Bayu itu.
“Apa benar Bayu?” soal Anding tidak Percaya. Bayu hanya mengangguk lemah.
“Tapi....tapi...bukankah Putera Arjuna sudah disumpah menjadi seekor Angsa?” soal Anding lagi.
“Benar, kerana itu kami perlukan ini.” ujar Bayu sambil menunjukan pucuk Bakawali yang berada digenggamannya.
“Kau tahu Mak Bayan?” soal Bayu lagi.
“Mak Bayan? dukun tua di rumah besar di puncak bukit itu?” soal Anding. Bayu menganggaguk.
“Dia lah yang telah membuat ramuan herba yang bisa merubah semula Arjuna menjadi manusia. Namun, kesan ramuan itu hanya untuk sementara. Arjuna perlu meminum ramuan itu setiap kali sebelum matahari terbit. Sekiranya tidak, dia akan kembali menjadi angsa sebaik fajar mula menyinar.” cerita Bayu. Anding mengangguk faham.
“Jadi, kalian sebenarnya mahu ke mana?” soal Anding pula.
“Kami mahu ke Gunung Guruh.”
“Gunung Guruh? untuk apa?” soal Anding bernada kerisauan.
“Menurut kata Mak Bayan, ada seoarang pendeta yang bermukim disitu. Pendeta Adipati. Beliau mungkin mampu untuk melakukan sesuatu.”
“Tapi...Gunung Guruh itu...”
“Ya, aku tahu...Malika berkuasa disitu. Tapi aku harus juga mencuba. Arjuna perli dilepaskan dari sumpahan itu.” Ujar Bayu bersungguh. Anding seakan sedikit terkesima dengan kata-kata Bayu itu.
“Bayu...apakah kau...”
“Apakah aku apa?” soal Bayu pula.
“tidak ada apa, cuma cara kau bercakap tadi seakan kau menyimpan perasaan pada Arjuna.”teka Anding. Bayu tersentak. Seraya itu wajahnya bertukar kemerahan. Anding tersenyum.
“Jadi benar, kau ada perasaan pada Arjuna?” soal Anding lagi. Bayu hanya terdiam. Sesekali Anding melirik memandang Arjuna.
“Aku faham Bayu, kalau sahaja hatiku ini bukan untuk Umbang, aku sendiri akan jatuh hati pada Arjuna. Sungguh elok parasnya. Siapa sahaja akan tergoda.” ujar Anding lagi. Bayu turut melirik kearah Arjuna sebelum tersenyum.
“Ya...benar..” balas Bayu bersetuju.
“Anding...aku ingin bertanyakanmu sesuatu..”
“Apa dia Bayu? katakan saja.”
“Apa sebenarnya rasa....mencintai....seorang lelaki?” soal Bayu teragak-agak. Anding tersenyum. Matanya dialih pula pada kekasihnya, Umbang.
“tiada yang berbeza Bayu. Cinta tetap cinta...walaupun yang kau cinta itu berjantina yang sama denganmu.” balas Anding.
“Bagaimana pula dengan......maksudku.....” Bayu teragak-agak. Anding tergelak kecil. Dia faham apa yang dimaksudkan Bayu.
“kalau hubungan kelamin yang kau maksudkan, yang itu kau kena rasakan sendiri.”
“Tapi....bagaimana? maksudku...sesama lelaki...” Anding tersenyum lagi dengan kenaifan sahabat baiknya ini.
“Lelaki juga kan ada lubangnya.” ujar Anding. Bayu sedikit tersentak.
“Maksudmu...lubang....belakang?” soal Bayu mencari kepastian. Sejak dia tahu tentang hubungan Anding dan Umbang, sejak itu juga dia mula terfikirkan tentang hal ini. Anding hanya tersenyum senyum.
“ Bayu....Anding...sudahlah...mari kita pulang. Hari semakin gelap.” panggil Umbang.
“Baiklah.”Balas Anding.
“Sudahlah Bayu, mari kita pulang.” ajak Anding. Bayu hanya mengangguk dan membontoti dari belakang. Fikirannya masih ligat memikirkan apa yang diperkatakan oleh Anding sebentar tadi.



Umbang berjalan erlahan mendekati Anding yang sedang duduk bersendirian di pangkin di luar pondok mereka.
“Anding...” tegur Umbang mesra sebelum duduk disebelah kekasihnya itu. Anding memandangnya sambil tersenyum senang. Dia kemudiannya melirik ke dalam pondok. Kelihatan Bayu, Aduka dan Arjuna sudah lena diulit mimpi.
“Lena mereka tidur.” ujar Anding. Umbang turut memandang ke dalam dan tersenyum.
“Penat barangkali.” balas Umbang pula.
“Kau kenapa tidak tidur lagi?” soal Anding pula. Umbang tersenyum lagi.
“kau sendiri kenapa belum tidur?” soal Umbang kembali.
“eh...eh...dia bertanya kita balik...” ujar Anding pula. Mereka berdua seraya ketawa. Hari makin larut malam, bulan mengambang penuh di langit. Tadi selepas mereka menjamu juadah makan malam, mereka sempat mereneh ramuan herba untuk Arjuna. Usai semuanya, masingmasing terus terlena.
“Anding..” panggil Umbang.
“Ya sayang...” balas Anding pula. Umbang tersenyum lagi. Senyum bahagia.
“Ramuan apa yang direneh mereka tadi?” soal Umbang yang masih belum tahu cerita sebenar. Anding memandang wajah kekasihnya itu lama. Wajah nan indah itu tidak pernah jemu ditatap matanya.
“Baiklah, aku ceritakan, tapi berjanjilah, jangan diceritakan pada sesiapa.” ujar Anding. Umbang mengangguk setuju.
“sebenarnya...” belum sempat Anding meneruskan kata, mereka berdua dikejutkan dan bunyi semak yang bergerak. Seakan ada sesuatu disitu.
“Apakah itu?” soal Umbang. Perlahan Anding bangun dan mendekati semak yang terletak hamir dengan pondok mereka itu. Umbang mengekorinya dari belakang. Semak itu bergerak lagi. Tapi kini lebih besar pergerakannya. Dengan sinaran cahaya bulan yang terang, Anding dan Umbang jelas nampak kelibat seseorang keluar dari dari semak itu dan berlari ke arah hutan.
“ Siapa tu?” jerkah Anding sebelum mengatur langkah cuba mengejar.
“Anding!!” Umbang cuba menghalang.
“Umbang, kau tunggu disini.” ujar Anding pantas sebelum meneruskan langkah mengejar lembaga itu.
“Anding!!” jerit Umbang kerisauan.
“Kenapa Umbang?” Umbang berpaling kearah datangnya suara itu. Kelihatan Arjuna sedang berdiri dimuka pintu. Selang beberapa detik, Bayu pula muncul.
“Apa yang berlaku?” soal Bayu pula. Umbang hanya mampu berbicara dengan mata. Arjuna dan Bayu berpandangan sesama sendiri. Mereka jadi risau.









Bersambung.....



p/s: lama dah cerita ni tergendala....hahah...selamat membaca ya....jangan lupa komen...huhuh
p/s: rasa best pulak menulis dalam bahasa melayu kalsik cam ni...hahha



1 comment:

  1. Oh, kiranya hubungan homoseksual di dunia lebih kurang macam dunia sebenarlah..?
    Anyways, bab ni memuaskan.

    ReplyDelete