Monday, 26 January 2015

Life is too short III



Assalamualaikum..

Hi Guys...

Apa khabar?

Bersawang dah blog ni...hehehe...


Hari ni sebenarnya dah masuk minggu ke dua aku bukak ladang anggur...huhuhuh...

Korang semua doakanlah aku dapat kerja yang best-best...gaji besor...tapi keje senang...hahah...


By the way sebenarnya, hari ni aku nak share something...

Sejak dua tiga bulan yang leaps ni, hidup aku diselubungi dengan hospital dan kematian...(cam creepy lak bunyinya..hahah).

Maksud aku, sejak bulan 11 tahun lepas, ramai sangat saudara-mara dan orang keliling aku yang meninggal ataupun masuk spital.

  1. Start hujung bulan 11 hari tu, suami pada seuu mak aku meninggal sebab eksiden. Yang ni aku tak rase pape sgt sbb aku tak kenal pon dia. Sepupu mak aku tu aku kenal la.
  2. Minggu yang sama ni juga ayah aku masuk spital....darah tinggi. Tapi nasib baik tak teruk. Alhamdulillah.
  3. Selang seminggu lepas tu, tiba-tiba dapat lagi berita yang nenak sedara aku merangkap adik pada nenek aku merangkap pada mak kepada sepupu mak aku tadi meninggal. Sesak nafas katanya. Yang ni aku ada rasa kehilangan sikit sbb aku dengan nenek sedara aku yang ni boleh kata rapat jugalah. Tapi aku  dapat nak g ziarah sebab dikebumikan kat Meru, Klang. Aku pulak kat Penang tengah sibuk dengan FYP. Minggu yang sama jugak aku dpat berita seorang lecturer aku masuk hospital sebab penyakit barah.
  4. Lebih kurang seminggu lepas tu, lecturer aku ni meninggal. Lecturer aku ni aku tak la kenal sangat sebenarnya. Rupa dia pon aku macam ingat-ingat lupa je...tapi banyak nota-nota dia yang aku dan budak2 kelas aku pakai. So kiranya dia menajar aku jugaklah....secara tidak langsung. Dalam minggu yang sama juga dapat lagi berita sorang lagi nenek sedara aku meninggal. Yang ni adalah adik kepada arwah tok aku.
  5. Dah reda sikit, lebih kurang dalam pertengahan bulan 12 tu, dapat pulak berita pak long aku masuk spital. Appendix nya pecah.
  6. Hari yang sama pak long aku discharge dari hospital, ayah aku pulak masuk hospital lagi. Kali ni sbb tekanan darah rendah. Dia pengsan kat tempat kerja. Bawak g hospital daerah. Sbbkan ayahku terhentak kepala dia kat lantai masa dia pengsan tu, doktor kat hospital daerah ni terus rujuk dia ke hospital besar kat Ipoh (Hospital Raja Permaisuri Bainun). Waktu ni serius aku dah mula cuak, fikir yang bukan2...sebelum tu dah berapa bnyak berita kematian yang aku dengar. Bila dah kat hospital, alhamdulillah, tak ada apa-apa kat kepala dia, tapi doktor detect benda lain pulak. Doktor suspek ayah aku ada batu dalam hempedu atau dalam bahasa perubatannya Cholelithiasis . Tapi Alhamdulillah, baru-baru ni buat further checkup, doktor kata tak ada batu dalam hempedu tu, cuma saluran masuk ke hempedu tu yang bengkak sikit.
  7. Ingatkan semua habis kat situ je, tapi awal tahun 2015 ni, ada lgi berita orang meninggal. Kali ni Pak Ngah aku pulak. Ayah dan Pak Long aku yang masuk hospital, tiba-tiba Pak Ngah aku pulak yang meninggal. Katanya sebab terjatuh dalam bilik mandi. Ajal....x siapa yang tahu.
  8. Lepas Pak Ngah aku ni, dpat pulak berita atuk BFF aku ni pulak meninggal. Baru je banjir surut...hmm Semoga kau tabah kawan...
  9. Ingatkan dah habis, rupanya belom lagi...Selang beberapa hari lepas atuk BFF aku ni, dapat pulak berita seorang lagi lecturer aku meninggal, yang ni aku x sure apa sebab dia. Dia tak pernah mengajar aku jugak...tapi aku penah attend ceramah dia.
  10. Yang ni yang paling lattest, baru sabtu lepas, dapat call dari kampung, nenak aku pulak sakit...demam kuat, sampai dia jadi macam mamai...tak kenal orang...tak igt dia kat mana..hanya boleh berdoa semuanya baik-baik sahaja..

Bila aku dapat semua berita kematian ni, aku terasa macam Allah tu nak tunjukkan aku sesuatu...hmmm

Hanya mampu berdoa dan berharap semuanya baik-baik sahaja.


~~al-Fatihah~~


Pak Cik Ismail
Hajah Mashitah binti Kassan Mokmin
Puan Nurlela
Mbah Simah
Haji Sayuti bin Samiran
Atuk BFF (x tahu namanya)
Encik Abbas


Semoga Allah Mencucuri Rahmat ke atas roh mereka.










p/s: Bayu Arjuna insyaallah akan diterbitkan x lama lagi...sabar ye...

p/s: pada yang tak tahu, maksud aku bukak ladang anggur itu adalah 'menganggur'...hahah

p/s: hari tu temankan ayah aku g hospital...ramai tol doktor2 muda yang hensem2...hahahha









1 comment:

  1. Alfatihah.Ya sama aku pun byk dpt berita kematian.Btw doktor-doktor handsome..hahaha.Yes,arjuna!!

    ReplyDelete