Monday, 16 February 2015

Bayu Arjuna (Bahagian 6)





Bahagian 6: Sihir.








“Anding!!!” pekik Umbang cuba mencari Anding. 

“Anding….dimana kau?” pekik Bayu pula. Umbang, Bayu, Arjuna dan Aduka bertekad masuk ke hutan mencari Anding selepas Anding tidak pulang. 

“Anding!!!” panggil Umbang lagi. 

“Dimanalah si Anding ini.” keluh Aduka. 

“bersabarlah Umbang, aku yakin dia tidak jauh.” ujar Bayu cuba menenangkan Umbang. Arjuna hnya memerhati dari belakang. Jauh dilubuk hatinya dia berasa kagum dengan rasa cinta yang ditunjukan antara Umbang dan Anding. 

“Apa yang kau fikirkan Arjuna?” soal Aduka. Arjuna sedikit terkejut apabila dia ditegur dari belakang begitu oleh Aduka. 

“tiada apa….aku cuma….kagum.” 

“kagum?” 

“ya…kagum dengan cinta antara Anding dan Umbang. Aku tidak pernah menyangka yang cinta antara sesame lelaki juga bisa sedalam itu.” ujar Arjuna lagi. 

“ya benar.” Aduka bersetuju. 

“kau pastikah yang dikejar oleh Anding itu manusia?” soal Bayu pada Umbang. 

“Aku tidak tahu, tapi dari bayangan yang ku liihat, itu memang manusia.” ujar Umbang menceritakan bayangan yang dilihatnya tadi bersama Anding. 

“Anding!!” pekik Umbang lagi. Mereka masih meneruskan langkah masuk ke jauh ke dalam hutan. Bayu berpaling ke belakang untuk melihat Arjuna dan Aduka yang berjalan berdua di belakang dia dan Umbang. Mata Bayu tertancap pada samar-samar cahaya diufuk timur. 

“Arjuna!!” ujar Bayu sambal menunjuk kea rah cahaya yang dilihatnya. Matahari hampir terbit. Arjuna masih belum minum ramuan herba yang direneh mereka malam tadi. Arjuna dan Aduka berpaling kea rah yang ditunjukan oleh Bayu. Umbang juga berbuat begitu. 

“Matahari!!” Arjuna cemas. Bayu dan Aduka juga cemas. Umbang jadi keliru. 

“Lekas…kita mesti pulang.” ujar Aduka. Tidak mereka sedar mereka sudah mencari sebegini lama. 

“kenapa?...apa yang berlaku?” soal Umbang. 

“Cepat Aduka…bawa Arjuna pulang!!” ujar Bayu tegas. Aduka lantas menarik Arjuna pulang. 

“Aduka nanti…!!” ujar Arjuna sambal cuba melepaskan tangannya. 

“Arjuna, kita perlu pulang…kau perlu minum ramuan itu!!” ujar Aduka tegas. 

“tidak sempat..” ujar Arjuna pula. Hanya selang beberapa detik selepas Arjuna menuturkan kata-kata itu, badannya mula bercahaya. Cahaya yang asalnya hanya samar-samar perlahan-lahan menjadi terang. Aduka terpaksa melepaskan tangan Arjuna untuk melindungi matanya sendiri. Bayu dan Umbang juga turut terpaksa berpaling kea rah lain. Cahaya terang dari badan Arjuna tadi mulai hilang. Dan serentak itu juga cahaya mentari mula menyinar. Arjuna kembali bertukar kepada seekor angsa. 

“apa yang berlaku?” soal Umbang yang keliru. Aduka mendukung angsa putih itu sebelum mengutip semula pakaian milik Arjuna. Bayu berpaling memandang Umbang. 

“akan aku ceritakan padamu nanti.” ujar Bayu. Umbang hanya memandang Bayu sebelum mengangguk perlahan. Seraya itu juga mereka dikejutkan dengan bunyi seakan seseorang bergerak di dalam semak tidak jauh dari situ. 

“Siapa tu?!” ujar Umbang sambal terus bersiap sedia dengan sebarang kemungkinan. Bunyi itu semakin hampir sebelum seorang lelaki muncul di balik semak. 

“Anding!!!” ujar Umbang kelegaan. Meraka saling berpandangan sesama sendiri sambil masing-masing dalam kekeliruan. Anding kelihatan begitu lesu. Belum un sempat Umbang mengatur langkah mendapatkan kekasihnya itu, Anding rebah ke tanah. 





Gempita masuk menghampiri menteri merah yang sedang meniarap sambil diurut pembantunya. 

“Yang mulia, aku sudah pulang.” ujar Gempita sebelum menunduk hormat. Menteri Merah membuka matanya sebelum tersenyum. 

“Bagaimana dengan tugasmu?” soal Menteri Merah. Gempitatersenyum senang. 

“Sudah ku selesaikan.” 

“Jadi…apa yang kau tahu?” 

“Aku tahu siapa yang memberikan ramuan itu dan aku juga tahu kemana mereka mahu pergi.” jawab Gempita. Jawapan itu dibalas dengan ketawa kecil dari Menteri Merah. 

“Bagus Gempita, bagus….aku tahu tugas ini terlalu mudah untukmu. Tak sia-sia kepercayaan yang ku letak padamu.” ujar Menteri Merah memuji. Gempita hanya tersenyum riang. 

“Aku amat menghargai kepercayaan dari Yang Mulia.” balas Gempita pula. 

“Gempita…” panggil Menteri Merah sebelum dia bangun dan duduk di atas katil urut itu. Pembantu-pembantunya lantas menyarungkan semula pakaian Menteri Merah. 

“Mari ke kamarku. Akum ahu kau menceritakan segalanya.” ujar Menteri Merah sambil berlalu keluar dari ruangan itu. 

“Baik yang Mulia.” balas Gempita. 





“Bagaimana keadaannya?” soal Arjuna sambil duduk disebelah Umbang yang sedang mengelap tubuh Anding. 

“Beginilah keadaannya, tiada yang berubah.” ujar Umbang pula. Sudah dua hari Anding tidak sedarkan diri. Sudah beberapa dukun ditemui, semua tidak mampu berbuat apa-apa. Apa yang berlaku pada malam itu turut masih menjadi misteri. 

“Apalah agaknya yang berlaku pada malam itu.” soal Aduka pula. Bayu yang turut memandng kea rah Anding sambil duduk ditangga kembali memandang ke luar. Runsing pula dia memikirkan apa yang berlaku. Bila difirkan kembali apa yang berlaku pada malam itu, semuanya dalam keadaan kelam kabut. Anding muncul sebaik sahaja Arjuna kembali berubah menjadi seekor angsa. Belum sempat mereka berbuat apa-apa, Anding terus rebah tidak sedarkan diri. Terpaksalah dia dan Umbang memapah Anding pulang ke rumah. Perihal mengenai Arjuna terpaksa juga diceritakan pada Umbang. Dia sudah melihat sendiri apa yang berlaku, tidak wajar rasanya perihal it uterus disembunyikan. 

“Bayu…” panggil Arjuna yang kini sudah duduk disebelahnya. Bayu menoleh memandang Arjuna. 

“Apa yang harus kita lakukan?” soal Arjuna pada Bayu. Bayu sesekali menoleh kebelakang memandang Anding dan Umbang. 

“Maaf Arjuna, aku rasa, kita perlu tunggu sehingga Anding sedar. Aku tidak sampai hati untuk membiarkan dia begitu.” ucap Bayu. Arjuna tersenyum. Dia lalu meraih tangan Bayu dan digenggam erat. 

“Aku faham, kita tunggu sehingga Anding sedarkan diri.” ucap Arjuna pula. Bayu tersenyum senang. Aduka yang hanya memerhati kemesraan Bayu dan Arjuna jadi panas hati. Cemburu benar rasanya. Dia lantas keluar dari pondok itu melalui pintu belakang. Tanpa Aduka sedar, Umbang turut memerhati tingkahnya. Umbang seakan boleh membaca apa yang sebenarnya berlaku antara Aduka, Bayu dan Arjuna. 





“Aduka…” panggil Umbang lembut. Aduka menoleh memandang ke belakang. 

“Eh, Umbang.” 

“boleh aku duduk disini?” soal Umbang. Aduka hanya mengangguk. Tadi Umbang membontoti Aduka keluar. Dia hanya duduk bersendirian di pangkin di halaman pondok Umbang dan Anding ini. 

“boleh aku bertanya sesuatu?” soal Umbang. 

“Apa dia?” soal Aduka pula. 

“mungkin ini cuma perasaanku, tapi aku sudah perhatikan kalian sejak kalian datang tempoh hari.” ujar Umbang membuka becira. Aduka hanya mendnegar. 

“aku seakan merasakan ada sesuatu diantara kalian.” sambung Umbang. Aduka sedikit kaget. 

“apa maksud mu?” soal Aduka. Umbang memandang Aduka seketika. 

“Kau…..kau sebenarnya suka dengan Arjuna bukan?” soal Umbang berterus terang. Aduka kaget. Dia lantas memandang kehadapan. Lidahnya jadi kelu. Bagaimana Umbang boleh tahu? Umbang tersenyum memandang riaksi Aduka. Telahannya selama ini benar. 

“Bayu juga suka pada Arjuna bukan?” soal Umbang lagi. Aduka hanya diam tidak menjawab. 

“Bagaimana kau boleh tahu?” soal Aduka selepas masingmasing diam buat seketika. 

“Entah….mungkin deria keenam.” ujar Umbang separuh berjenaka. Aduka tersenyum kecil. 

“Mungkin kerana aku adalah seorang lelaki yang mencintai lelaki lain, maka aku juga boleh mengesan kalau ada lelaki lain yang sepertiku.” jawab Umbang. Aduka hanya diam. 

“Kau cemburu Arjuna dengan Bayu?” 

“siapa yang tidak cemburu?” soal Aduka pula. Umbang tersenyum. 

“Arjuna tahu kalau kau menyukainya?” soal Umbang. Aduka menggeleng. 

“dia tidak tahu. Malah dia juga tidak tahu yang Bayu juga menyukainya.” jelas Aduka. Umbang mengangguk faham. 

“Kenapa kau tidak berterus terang sahaja dengan Arjuna, mana tahu kalau dia juga ada perasaan yang sama denganmu?” 

“Apa bisa aku berbuat begitu? Itukan tidak kebiasaanya?” soal Aduka kembali. Umbang hanya tersenyum. 

“Kadangkala, melawan arus itu perlu jika kita tidak mahu terus hanyut ke muara.” balas Umbang berkias. 

“Seperti aku dan Anding. Andai sahaja aku tidak berterus terang dengan Anding yang aku mencintainya, mungkin sahaja aku dan Anding tidak saling mencintai seperti sekarang.” ujar Umbang lagi mengimbau memorinya bersama Anding satu ketika dahulu. 

“Tapi…bagaimana kalau dia menolak?” soal Aduka lagi. 

“Belum dipecahkan ruyung, mankan dapat sagunya. Belum lagi kau bertanya, mana kau tahu dia menolak atau tidak.” ujar Umbang memberi semangat. 

“Tapi…” 

“Bayu!!!!” belum sempat Aduka menghabiskan bicara, terdengar teriakan kuat Arjuna dari dalam rumah. Aduka dan Umbang bergegas masuk ke dalam rumah. 



“Bayu!!!” Arjuna berteriak sambil cuba melepaskan diri dari Anding. Anding kini sedang menindih Arjuna sambil mengunci kaki dan tangan Arjuna dengan tubuhnya. Wajahnya mneyeringai, matanya hitam pekat. 

“Anding!! kenapa dengan kau?” soal Arjuna. 

“Arjuna!!” panggil Bayu yang muncul dimuka pintu. Anding menoleh memandang Bayu. 

“Anding!!!” ujar Bayu. Anding berdengus-dengus ibarat haiwan buas. 

“Anding….kenapa dengan kau? lepaskan Arjuna.” ujar Bayu tegas. 

“Anding!!” teriak Umbang pula. 

“Kenapa dengan dia?” soal Aduka pada Bayu. 

“Aku tidak tahu.” ujar Bayu kembali. 

“Anding….apa sudah jadi? lepaskan Arjuna.” ujar Umbang cuba memujuk. 

“to…tolong…tolong aku..” ujar Arjuna yang masih berusaha melepaskan diri dari Anding. Anding mendengus kuat. Wajahnya menyeriangai. Amat menakutkan. Umbang seakan tidak percaya dengan apa yang dilihatnya. 

“Ini bukan Anding.” ujar Umbang. 

“Benar, ada sesuatu yang telah menagwal tubuhnya.” ujar Aduka pula. 

“Anding….lepaskan Arjuna…lepaskan dia!!!” teriak Bayu kuat. 

“Kita harus lakukan sesuatu.” ujar Aduka pula. 

“Anding….lepaskan Arjuna…jangan lakukan ini.” Umbang masih cuba memujuk. 

“Maafkan aku Anding.”Ujar Bayu sebelum dia menendang Anding kuat. Anding terpelanting ke dinding. 

“Arjuna.” Aduka lantas mendapatkan Arjuna. Bayu masinh dengan kekudanya. Anding bangun, berdiri dan memandang Bayu tepat. 

“huarrggggghhhhh!!!!!” Anding mendengus kuat sebelum dia berlari cuba mendapatkan Bayu. Abyu lantas membuka langkah dan lari keluar dari pondok itu. 

“Anding!!”panggil Umbang. Bayu dan Anding berhadapan sesama sendiri di halaman pondok itu. Wajah Anding membengis, marah dengan tindakan Bayu menendangnya tadi. Bayu sudah bersiap sedia untuk bertempur. 

“Kau tak apa-apa Arjuna?” soal Aduka sambil membantu Arjuna duduk. 

“Aku tidak apa-apa” ujar Arjuna termengah-mengah. 



Anding lantas mara kea rah Bayu. Bayu mengelak sebelum melapskan satu pukulan di belakang Anding. Anding tersungkur ke tanah. 

“Bayu…jangan apa-apakan dia.” rayu Umbang. Andinglantas bangun sebelum menerkam Bayu. Bayu mengelak, namun cakaran kuku Anding terkena lengannya. Lengan bajunya terkoyak dan lengannya berdarah. 

“Ini bukan Anding Umbang!!!” ujar Bayu. Bayu mara kea rah Anding. Mereka berdua bertempur. Anding ibarat bukan manusia. Kekuatanya bertambah berkali ganda. Bayu terpaksa menggunakan sepenuh tenaganya. Bayu melepaskan satu tendangan kuat tepat di perut Anding. Anding tercampak sebelum terseret ke tanah. Anding bertambah marah. Dia lantas menggenggam pasir sebelum dicampak tepat ke wajah Bayu. Bayu tak sempat mengelak. Dalam keadaan Bayu yang tak dapat melihat Anding mencapai dahan pokok kering. Dahan itu dihayun tepat kea rah kepala Bayu. 

“Anding!!” Entah bagaimana Umbang datang dan kayu itu tepat mengenai kepala Umbang. Umbang terpelantaing ke tanah. 

“Umbang!!!” teriak Aduka. Masa ibarat bergerak perlahan. Aduka lantas mendapatkan Umbang. Arjuna pula datang mendapatkan Bayu. Anding hanya memandang kesemua orang-orang disitu. Dia memerhati satu persatu wajah disitu. Dia lantas tertarik pada satu wajah. Wajah Umbang. Perlahan dia mendekati lelaki itu yang sedang terbaring lesu dengan berlumuran darah. Lantas tiba-tiba hatinya jadi sebak. Dia mula sedar semula dari dalam keaddan yang dia sendiri tidak mampu ungkapkan. 

“U….Um…Umbang…” ujarnya perlahan. 



“Aduh…” Bayu mengaduh disaat Arjuna menyapukan ubat pada luka-luka ditubuh Bayu. 

“Tahan sedikit.” Ujar Arjuna. Sambil merawat luka-luka ditubuh Bayu, sesekali pandangannya dialih pada Anding yang sedang membalut kepala Umbang dengan kain. 

“Maafkan aku Umbang.” ujar Anding. Matanya masih merah. Menyesali apa yang telah dilakukannya. Ini entah keberapa kali dia memohon maaf dari Umbang. 

“Sudahlah, sudahku bilangkan, ini bukan salahmu.” Ujar Umbang sambil menggeggam erat tangan Anding. Anding cuba mengukir senyum. Fikirannya amat kusut ketika ini. Rasa bersalah juga mnebal dalam dirinya. Anding berpaling memandang Bayu pula. 

“sudahlah, jangan mohom maaf lagi.” ujar Bayu sebelum sempat Anding membuka mulut. Dia tahu, Anding ingin memohon maaf lagi. 

“Tapi..aku rasa amat bersalah. Aku telah mencederakan kau dan Arjuna.” 

“Kau tak perlu risau Anding, kami tidak menyalahkanmu.” tambah Arjuna. 

“Benar kata Bayu dan Arjuna. Kami tahu ini bukan salahmu. Cuma, tolong ceritakan pada kami, apa yang sebenarnya terjadi.” ujar Aduka pula. Kesemua mata disitu berpaling memandang Aduka sebelum kembali melihat Anding yang sedang duduk melutut disebelah Umbang. 

“Aku….aku tidak tahu..” 

“Maksudmu?” soal Arjuna. 

“Aku tidak ingat apa-apa.” balas Anding. 

“Jadi…apa perkara terakhir yang kau ingat?” soal Umbang. Anding memandang wajah kekasihnya itu. Dahinya berkerut cuba menyelongkar peti ingatannya. 

“Pada malam itu….malam selepas kita semua pulang dari mencari pucuk bakawali…” ujar Anding cuba membuka cerita. 

“ya…pada malam itu…ketika kita duduk berdua di pangkin, ada sesuatu di dalam semak dank au mengejarnya.” sambung Umbang. Anding mengagguk. 

“Selepas itu apa yang berlaku? apakah yang kau kejar itu?” soal Aduka. 

“Aku mengejarnya ke dalam hutan. Apabila sampai ke kawasan tasik, benda itu hilang.” 

“Hilang?” soal Bayu pula. 

“Ya hilang…keadaan tasik itu amat menakutkan, aku rasa tak sedap hati, jadi…aku berpatah balik….tapi tiba-tiba aku tak dapat bergerak.” 

“Maksudmu?” soal Umbang lagi. 

“Seakan ada sesuatu yang menyelinap masuk ke dalam tubuhku. Aku hilang kawalan pada tubuhku sendiri. Tiba-tiba….” cerita Anding. Masing-masing menumpukan perhatian pada cerita Anding. 

“Tiba-tiba seorang lelaki muncul dihadapanku…” 

“lelaki? siapa?” soal Umbang. 

“Aku tidak tahu, aku tak kenal dia, lagipun keadaan begitu gelap ketika itu. Aku tidak dapat melihatnya dengan jelas.” 

“Selepas itu….apa yang terjadi?” soal Arjuna pula. Anding memandang Arjuna sebelum menggelengkan kepala perlahan. 

“Aku tidak ingat apa yang terjadi selepas itu. Bila ku sedar, aku hanya nampak…Umbang sudah terbaring berlumuran darah di pangkuan Aduka.” Cerita Anding jujur. Mereka masing-masing terdiam cuba menghadam semua yang telah diceritakan oleh Anding. 

“Apa kau disihir?” soal Umbang pula. 

“Mungkin juga. Aku memang tidak ingat apa-apapun.” 

“Tapi bagaimana pula kau boleh terlepas dari sihir itu?” soal Aduka pula. Anding hanya menggelengkan kepala. 

“Mungkin Anding hanya terlepas untuk seketika. Kita perlu ke dukun. Kita perlu pastikan yang Anding memang betul-betul sudah terlepas dari sihir itu.” Saran Bayu. Yang lain hanya mengangguk faham dan bersetuju dengan saranan Bayu. Arjuna tiba-tiba teringatkan sesuatu. Dia jadi resah sendiri. 

“Kenapa Arjuna?” soal Bayu yang perasan perubahan pada riak wajah Arjuna. Arjuna memandang Bayu dalam. 

“Ya Arjuna, kenapa?” soal Aduka pula. Arjuna berpaling memandang Aduka. Tidak dia perasan rupa-rupanya dia kini menjadi pusat tumpuan. Arjuna memandang setiap wajah yang ada disitu berkira-kira samada patut atau tidak dia menyuarakan kebimbangannya saat ini. 

“Kenapa Arjuna? ceritakan pada kami.” ujar Umbang juga. Sekali lagi Arjuna memandang wajah Bayu. 

“Ceritakan sahaja, jangan risau, ceritakan sahaja kegusaranmu, kita tanganinya bersama.” pujuk Bayu. 

“Aku…aku cuma terfikir. Bukan, aku punya perasaan yang semua ini angkara Malika.” ujar Arjuna menyuarakan kebimbangannya. 

“Malika?” soal Bayu. 

“Kenapa kau berkata begitu?” soal Aduka pula. 

“Aku kenal Malika, aku tahu kemampuannya. Kita kini sudah hampir dengan wilayahnya, mustahil dia masih belum mneyedari kehadiranku disini.” ujar Arjuna pula. Yang lain semua mengangguk faham. 

“Jadi….dia sedang cuba menghalangmu?” soal Umbang. 

“Mungkin.” balas Arjuna. 

“itu bermakna, perjalanan kita selepas ini tidak lagi semudah dulu.” ujar Bayu pula. Masing-masing hnya tertunduk memikirkan kata-kata Bayu itu. Perjalan mereka ke Gunung Guruh akan menjadi lebih sukar. Malika pasti tidak akan berdiam diri. 





Bersambung….. 




p/s: aku memang tak tahu langsung macam mana nak describe babak pertempuran tu...heheh...itu je termampu....heheh...

p/s: kalau korang perasan, kat tepi tu aku ada letak poll....tolong vote ye....terima kasih...








2 comments: