Thursday, 5 March 2015

Bayu Arjuna (Bahagian 7)





Bahagian 7: Buluh Runcing.






“Patik masuk mengadap Yang Berkuasa.” ujar Menteri Merah. Malika berpaling memandang Menteri Merah.

“Patik ada berita mengenai Putera Arjuna.” sambung Menteri Merah.

“Teruskan.” ujar Malika sambil tersenyum.

“Hasil dari risikan yang orang-orang patik lakukan, patik kini tahu siapa yang bertanggungjawab memberikan ramuan herba pada Putera Arjuna.” cerita Menteri Merah.

“Siapa?” soal Malika tenang.

“Seoarang ahli sihir tua di Kampung Lembah. Bayan namanya.”

“Bayan?”

“Benar Tuanku. Ramuan itu hanya berkesan pada Putera Arjuna untuk satu hari. Jadi, dia perlu meminumnya setiap hari untuk kekal sebagai manusia.” cerita Menteri Merah lagi. Malika hanay mendengar dengan tenang. Kadang-kadang dia tersenyum sinis. Malika membacakan mantera sebelum sebuah bola kaca muncul dihadapannya. Dalam bola kaca itu jelas terlihat Putera Arjuna, Bayu dan Aduka sedang merentas hutan.

“Siapa yang bersama dengan Arjuna?” soal Malika.

“Ampun tuanku, yang berbadan tinggi dan tegap itu, Bayu namanya dan yang seorang lagi yang bertubuh lebih kecil, Aduka namanya. Mereka berdualah yang menjumpai Putera Arjuna di Hutan larangan dan membeawanya bertemu dengan Bayan.

“Kemana hala tuju mereka?” soal Malika lagi.

“Ampun Tuanku, daripada risikan patik, mereka sedang menuju ke Gunung Guruh.” Malika tergelak kecil dengan jawapan Menteri Merah.

“Nampaknya mereka sendiri berjalan masuk ke mulut buaya….” ujar Malika sebelum dia ketawa besar.

“Mereka mahu bertemu si Adipati bukan?” duga Malika.

“Ya tuanku. Mungkin mereka mahu meminta bantuan Adipati.” ujar Menteri Merah.

“Apa yang si tua itu mampu lakukan?....ini Malika….aku yang paling berkuasa…” ujar Malika lagi diiringi tawa.




“Sudah siap Bayu?” Soal Arjuna.

“Sudah..” jab Bayu ringkas sambil berpaling ke arah Arjuna.

“Aduka?” soal Arjuna pula pada Aduka.

“Aku sudah lama siap. Hanya menunggu kalian berdua” ujar Aduka sedikit memprotes. Arjuna dan Bayu tersenyum.

“Kalian sudah siap?” soal Anding pula.

“Sudah Anding….” jawab Bayu pula.

“Terima kasih pada Kalian kerana membenarkan kami menumpang semalam dua disini.”tambah Bayu pula. Anding hanya tersenyum. Bayu, Arjuna dan Aduka mahu meneruskan semula perjalanan ke Gunung Guruh.

“Terima kasih juga pada kalian kerana membantuku tempoh hari.” balas Anding pula.

“Itu hanya perkara kecil. Sudah jadi tanggungjawab kami.”

“Kalian harus menjaga diri. Dengan apa yang telah berlaku ni, kalian kena lebih berhati-hati.” ujar Umbang pula sambil memberikan sebuah bungkusan pada Aduka.

“Apakah ini?” soal Aduka.

“Makanan, untuk bekalan kalian di jalanan.”ujar Umbang sambil tersenyum.

“Baiklah…kami akan lebih berhati-hati.” ujar Arjuna pula.

“Baiklah…kami pergi dahulu.” Ujar Bayu sebelum bersalaman dengan Anding. Mereka semua saling bersalaman dan berdakapan.

Usai bersalaman, Arjuna, Bayu dan Aduka keluar dari rumah itu dan terus bergerak menuju kea rah utara. Anding dan Umbang hanya memerhati mereka bertiga sehinggalah mereka hilang dari pandangan.




Bayu, Arjuna dan Aduka berjalan meredah hutan tebal menuju kearah Gunung Guruh. Sudah dua hari perjalanna mereka. Wilayah Tira Kirana sudah pun ditinggalkan kini mereka secara rasminya berada dalam wilayah kekuasaan Malika. Bayu memerhati keadaan sekeliling. Hutan tebal ini begitu suram, kelam dan dingin walaupun matahari sebenarnya sedang tegak di langit.

“Hutan ini…..aku merasakan kelainan pada hutan ini.” ujar Bayu.

“Benar….aku juga berasa begitu….” ujar Aduka menyokong.

“Kita kini di dalam wilayah kekuasan Malika. Hutan ini dan seluruh kawasan sekitarnya telah tersihir.”ujar Arjuna pula. Selepas beberapa langkah, tiba-tiba Bayu yang berjalan di hadapan sekali memberhentikan langkah sebelum berpaling ke belakang.

“Kenapa Bayu?” soal Aduka.

“Aku rasa…kita patut berehat dulu. Kita sudah berjalan sejak pagi.” ucap Bayu. Arjuna dan Aduka berpandangan buat seketika.

“Baiklah, aku juga sudah keletihan.” Arjuna bersetuju.

“Aku juga…” belum sempat Aduka menyudahkan kata-katanya dia lantas berpaling ke belakang. Dia seakan terdengar sesuatu.

“Kenapa Aduka?” soal Bayu yang kini sedikit cemas. Arjuna turut mula berjaga-jaga.

“Aku seakan terdengar sesuatu.”ujar Aduka. Aduka memusatkan pandangannya jauh ke dalam hutan tebal yang kelam itu.

“Tunduk!!!!” jerit Aduka tiba-tiba. Arjuna dan Bayu lantas mengikut arahan Aduka itu sebelum sebatang buluh runcing terbang kea rah mereka sebelum tercacak pada batang pokok betul-betul di belakang Bayu. Nafas mereka berombak kencang.

“Apa itu?” soal Arjuna. Bayu bangun perlahan dan memerhati buluh runcing yang teraccak elok di batag pohon besar itu. Buluh runcing itu dicabut dan dibelek.

“Buluh runcing?” soal Aduka sambil turut membelek buluh yang panjangnya hampir sedepa.

“Dari mana datangnya buluh ini?” soal Arjuna. Belum sempat soalan itu terjawab, sebatang lagi buluh runcing terbang laju ke arah mereka. Tidak sempat mereka mengelak, mata buluh yang tajam itu terkena sedikit dilengan Arjuna sebelum tercacak di pohon yang sama.

“Argh…!!!” Arjuna mengerang kesakitan.

“Arjuna!!” Aduka mendapatkan Arjuna.

“Kau tidak apa-apa?” soal Aduka cemas.

“tak..aku tak apa-apa…hanya calar sahaja.” ujar Arjuna sambil memegang lengannya yang mula berdarah.

“Ada yang tak kena ni.” ujar Bayu.

“Ya…benar…kita patut beredar.” ujar Arjuna. Belum pun sempat mereka mengatur langkah, sebatang lagi buluh runcing terbang ke arah mereka. Kali ini jatuh tercacak ke tanah betul-betul dihadapan Bayu.

“Lekas….kita perlu lari.” saran Aduka. Mereka lantas berlari. Namun kini berpuluh-puluh atau mungkin beratus-ratus buluh runcing muncul entah dari mana dan terbang keraah mereka. Mereka bertiga lari sambil cuba mengelak buluh-buluh runcing itu.

“Bayu..!!! kita perlu lakukan sesuatu!!” ujar Arjuna sambil mereka berlari.”

“Buluh ini seakan mengejar kita, kita tak mungkin terus-terusan berlari macam ni!!!” teriak Aduka pula. Bayu jadi cemas. Dia sendiri tak tahu apa patut dilakukan.

“argh…” Arjuna tersadung pada akar kayu dan jatuh tersungkur.

“Arjuna!!”Bayu memberhentikan langkah dan berpatah balik mendapatkan Arjuna. Aduka yang berlari dibelakng Arjuna turut membantu memapah Arjuna. Belum sempat merek abngun, beratus-ratus buluh runcing mula jatuh ke arah mereka. Mereka hilang punca. Tiada apa lagi yang mampu dilakukan. Mereka lantas berdakapan sesama sendiri menanti ditusuk oleh buluh-buluh itu. Terdengar jelas buluh-buluh itu tercacak ke tanah. Selang beberapa detik, bunyi buluh-buluh itu senyap, namun tak satu pun yang terkena pada mereka. Perlahan mereka bertiga bangun memerhati. buluh-buluh itu tercacak ke tanah di sekeliling mereka. Mereka seakan telah dipagar oleh buluh-buluh itu.

“Apa yang berlaku?” soal Arjuna. Mereka bertiga kebingungan. Kebingungan mereka bertambah apabila terdengar satu hilaian tawa seorang wanita yang bergema di dalam hutan yang tiba-tiba menjadi bertambah gelap.

“Apa itu?” soal Aduka cemas. Arjuna, Aduka dan Bayu menutup telinga mereka kerana tidak tahan dengan hilaian yang membingitkan telinga itu. Secara tiba-tiba satu bebola api muncul dihadapan mereka. Bebola itu semakin memebesar dan seakan mula berbentuk seorang manusia. Mereka bertiga hanya melihat dalam kebingungan dan ketakutan, namun tetap berwaspada. Seorang wanita kemudiannya muncul dari bebola api itu.

“Malika?!” ujar Arjuna. Wanita tadi tersenyum sebelum ketawa.

“Baguslah kau masih mengingatiku Putera Arjuna.” ujar wanita itu.

“Perempuan itu….Malika?” soal Bayu pada Arjuna.

“Ya…aku Malika.” ujar Malika sebelum sempat Arjuna menjawab soalan dari Bayu itu. Inilah pertama kali Bayu dan Aduka melihat sendiri seorang wanita sihir yang namanya sudah kerap kali didengar sebelum ini. Wanita ini cantik orangnya, namun disebalik kejelitaannya itu, tersimpan satu hati yang sangat busuk.

“Jadi ini sahabat-sahabatmu yang akan menentangku?” soal Malika memandang rendah pada Bayu dan Aduka. Kata-katanya ini turut diiringi hilaian tawa.

“Apa yang kau mahu Malika?!!” soal Arjuna tegas.

“Apa aku buat disini? Sudah tentulah aku menyambut para tetamuku, kalian kini sudah berada dalam wilayahku. Tak ramai yang berani kesini. Aku patut hargai kalian kerana berani kesini. Sebab itu aku menyiakan persembahan tadi untuk kalian.” ujar Malika bongkak.

“Menyambut kami dengan buluh runcing?!” soal Bayu pula. Malika ketawa besar dengan soalan dari Bayu itu.

“Bagaimana dengan persembahan selamat datang ku tadi? terhibur?”soal Malika bongkak.

“Kau hampir membunuh kami bertiga!!” ujar Arjuna tegas. Kata-kata itu disambut dengan hilaian tawa dari Malika.

“Mana mungkin aku membunuh kau….” ujar Malika sebelum dia hilang. Hanya seketika dia muncul semula betul-betul dihadapan Arjuna.

“Mana mungkin aku membunuh bakal suamiku sendiri.” ucap Malika sambil menyentuh lembut pipi Arjuna. Malika tiba-tiba hilang semula dari pandangan disusuli dengan hilaian tawanya yang mengerikan.

“Oh..ya….lupa untuk ku ucapkan pada kalian….Selamat Datang ke wilayah Malika” ujar Malika yang kini hanya tinggal suaranya diiringi dengan hilaian tawa. Secara tiba-tiba, keadaan sekeliling menjadi sunyi sepi. Suasana yang tadinya gelap beransur kembali ke sedia kala. Arjuna, Bayu dan Aduka masih pegun di dalam lingkaran buluh runcing itu. Masih bingung memkirkan apa yang terjadi.





Menteri Merah datang mendekati Malika yang sedang duduk sendiri di serambi Istananya itu.

“Ampun tuanku, patik Menteri Merah mengadap.”

“Owh….Menteri Merah….” ujar Malika acuh tak acuh. Menteri Merah hanya memerhati Malika yang jelas terpancar kegembiraan di wajahnya. Menteri Merah tersenyum.

“Ampun tuanku, maaf kalau patik bertanya, tuanku nampak gembia sekali hari ini, apa agaknya yang terjadi?” soal Menteri Merah. Malika memandang Menteri Merah sebelum tersenyum dan ketawa.

“Aku gembira kerana aku baru sahaja bertemu dengan Arjuna.” ucap Malika.

“ Tuanku bertemu dengan Putera Arjuna? Kalau boleh patik tahu, apa tujuannya tuanku berbuat begitu?”

“Apa salah aku menyambut tetamu ku?” soal Malika pula.

“Tidak tuanku, tidak menjadi kesalahan.” balas Menteri Merah.

“Aku tak tahu apa yang membuat mereka begitu berani masuk ke wilayahku. Dasar Naif!!” ucap Malika lagi.

“Ya…benar Tuanku.” Menteri Merah bersetuju.

“Tapi…Tuanku…bagaimana kalau mereka berjaya bertemu dengan Adipati dan Adipati bersetuju untuk membantu mereka?” Malika yang tadi tersenyum senang lantas berubah bengis dengan soalan dari Menteri Merah itu.

“Si tua itu tidak akan membantu mereka, dia tak akan mencampuri urusanku lagi.”

“Ampun tuanku, bukankah sebaiknya kita mengambil langkah berjaga-jaga, bagaimana kalau nanti Adipati bersetuju membantu mereka? Tuanku sendiri tahu keupayaan Adipati.” ujar Menteri Merah menasihat. Malika terdiam seketika berfikir.

“Baiklah….Menteri Merah”

“Patik, Tuanku.”

“Kau tahu apa yang kau patut lakukan bukan?.” arah Malika.

“Patik faham tuanku.”

“Baiklah, tapi ingat, akum ahu Arjuna hidup. Akum ahu dia melutut dan merayu padaku untuk dia dibebaskan dari sumpahan itu.”

“Ampun tuanku, patik mengerti. Akan patik laksanakan.” ujar Menteri Merah akur.




Aduka mencampak-campak ranting-ranting kayu kecil ke dalam unggun api sambil memandang Bayu dan Arjuna penuh cemburu.

“Aduh!!” Arjuna mengaduh.

“Tahan la sikit.” pujuk Bayu yang sedang menyapu ramuan herba ke luka di lengan Arjuna akibat dihiris buluh runcing milik Malika tadi.

“Sakit la Bayu.” Bayu tergelak kecil dengan rengekan Arjuna.

“Apalah kau ni. Katakan seorang putera Raja, tak kanlah luka yang sebigini sudah mengaduh begitu.” ujar Bayu mengusik.

“Putera raja juga seoarang manusia!!” ujar Arjuna membentak. Bayu tersenyum geli hati sambil mengemaskan ikatan yang membaluti luka di lengan Arjuna.

“Sudah siap.” ujar Bayu. Arjuna membelek-belek ikatan yang dibuat Bayu di lengannya.

“Terima kasih Bayu.” ucap Arjuna. Bayu masih tersenyum.

“Kalian masih boleh bersenda gurau begini? Kalian tak sedarkah kita berada di mana? Sudahlah hari sudah gelap. Entah makhluk apa yang akan menyerang kita malam ini.” ucap Aduka keras. Arjuna dan Bayu menoleh memandang Aduka.

“Benar kata kau.” ucap Bayu pula.

“Maaflah Aduka, bukan kami mahu bersuka-suka. Aku faham benar denngan bahaya yang kita hadapi sekarang. Kita tidak berkuasa untuk menentang malika. Memang benar, kau dan Bayu memang cukup kuat untuk bertempur dengan sesiapapun, tapi sihir…hanya boleh dihalang dengan sihir.” ujar Arjuna. Bayu dan Aduka hanya mendengar.

“Harap-harap Pendeta Adipati boleh membantu kita nanti.” ujar Aduka pula.

“Kalian berdua tidurlah, biar aku yang berjaga-jaga untuk malam ini.” ujar Bayu.

“Tapi Bayu…”

“Tak apalah Bayu, kau tidur, biar aku yang berjaga-jaga.”ujar Aduka memotong kata-kata Bayu.

“Ataupun kita bergilir-gilir sahaja.”cadang Arjuna pula.

“Baiklah, kita bergilir-gilir. Biarlah aku yang berjaga terlebih dahulu. Nanti bila malam sudah larut, aku kejutkan salah seorang dari kalian.” ujar Bayu pula.




“Gempita….” panggil Menteri Merah lembut sambil membelai lembut rambut panjang Gempita yang kini sedang berbaring di atas dadanya yang bertelanjang.

“Ya Yang Mulia.” balas Gempita.

“Adakah kau bahagia denganku?” soal Menteri Merah. Gempita mengiring memandang Menteri Merah lalu mengelus pipi berjambang Menteri Merah lembut.

“Sudah tentulah aku amat berbahagia dengan Yang Mulia.” balas Gempita. Menteri Merah ketawa senang.

“Bertuah aku memilikimu Gempita.” ujar Menteri Merah lagi.

“Aku juga bertuah kerana dimiliki oleh yang Mulia.” balas Gempita. Menteri Merah ketawa lagi.

“Gempita.” panggil Menteri Merah lagi.

“Ya Yang Mulia.”

“Nampaknya, malam ini kau tidak akan tidur.”

“Kenapa? Yang Mulia masih belum puas?” soal Gempita Mengusik. Menteri Merah ketawwa lagi.

“Bukan kerana itu.”

“jadi? katakana saja Yang Mulia.” balas Gempita yang kini sudah bangun dari pembaringannya. Menteri Merah turut bangun dan lantas bersandar di kepala katil.

“Ada tugasan buatmu Gempita.” ujar Menteri Merah.

“Tugasan Apa yang Mulia?”

“Putera Arjuna dan sahabat-sahabtnya itu kini sudah masuk ke wilayah kita.”

“Jadi? Apa yang Yang Mulia mahu aku lakukan?”

“Kau sendiri tahu hala tju mereka bukan. Akum ahu kau halang perjalanan mereka. Jangan biar mereka sampai ke gua Adipati di gunung Guruh.”

“Oh…itu tugas mudah.” balas Gempita. Menteri Merah tersenyum senang.

“Tapi ingat, Ratu Malika mahu Putera Arjuna tidak diapa-apakan.”

“Bagaimana dengan dua sahabatnya itu?” soal Gempita.

“Terpulanglah pada kau. Lakukan apa sahaja. Asal Putera Arjuna selamat dan datang kesini melutu, merayu pada Ratu Malika.” ujar Menteri Merah tersenyum senang.




Bersambung.....



p/s: sebenarnya aku dah tak sabar nak habiskan cerita ni sebab aku dah ad idea untuk cerita yang lain...hahahha...


No comments:

Post a Comment