Tuesday, 3 March 2015

Dedication








Hi Guys…
Assalamualaikum…

Apa khabar semua…

Hari ni aku nak berceloteh sikit…

benda ni macam dedikasilah…

untuk someone…

my beloved BFF…

hahahha..

So..basically, post kali ni adalah untuk nak celebrate anniversary blog aku ni yang ke 2....



17 February 2015, maka genaplah usia blog aku ni 2 tahun. (sebenarnya aku dah lupa aku pasal anniversary ni...sbb tu baru sekarang nak mention...hahahah)

So.....balik pada dedikasi aku ni, mungkin korang dah tahu….dan mungkin juga ramai yg belum tahu…aku sekarang ni dah ada BFF…

Best friend forever…or maybe…best buddy forever…hahah

Identity BFF aku ni rasanya tak perlulah aku bagitahu kat sini. Tapi kalau korang friend aku kat fb, rasanya korang tau sapa dia…hahahha…

aku kenal dia dalam bulan april tahun lepas….exactly selepas sebulan aku bukak fb account (maksud aku….fb Annas Yusry).

dia yang mula-mula add aku kat fb and tegur aku….mula dari situlah kitorang mula berkawan…
dialah friend aku kat fb yang 2nd request aku punya wechat… (yg first aku tak ingat siapa…hahah)


Ni kitorang punya fisrt conversation...hahah...nampak tak....poyo kan.....

Selalunya aku tak bg…sbb aku ada satu je account wechat, maksudnya wechat aku yang betul….
jadi, kalau aku bg wechat aku kat sesiapa maksudnya aku kena expose diri aku yg sebenar.

Tapi dengan Mr BFF ni aku boleh bagi wechat aku kat dia. Mungkin sbb aku dah percaya kat dia.
Kitorang jadi lebih rapat lepas tu…..but then….tiba-tiba dia hilang.

Aku tak tahu apa jadi kat dia, dia tiba-tiba hilang macam tu je. Masa tu tiba-tiba aku rasa aku rindu sangat kat dia. Rasanya dekat dua bulan dah dia hilang. Masa tu aku dah mula fikir, mungkin aku patut lupakan je dia.

Lepas tu…tiba-tiba dia muncul balik. Aku happy balik…hahah…
Aku tak tahu kenapa, tapi aku tak pernah tanya dia apa yg jadi tiba-tiba dia hilang macam tu. Aku cuma berfikir, mungkin dia ada sebab dia sendiri dan aku kena hormati benda tu. Mungkin benda tu benda remeh je, tapi tak kisahlah tu. Sampai sekarang sebenarnya aku tak tahu apa yang jadi. Bagi aku yang dah lepas tu lepas lah. Yang penting sekarang dia dah janji yg dia akan sentiasa dengan aku…..hehehhe

Jujur, sebenarnya, lepas dari tu, aku sedar yang aku ada feeling pada dia….sebab tu, aku cuba untuk tak nak kawan rapat sangat dengan dia. Tapi mungkin jodoh agaknye…hahahah…aku jadi makin rapat dengan dia….sampailah aku dah terletak harapan pada dia.

Dia adalah lelaki pertama yang aku suka…maksud aku….cinta….hwahwahwa…

Aku bagitahu dia terus terang yang aku suka dia……dan….dia reject aku….huhuhuhu

Tapi aku macam ignore kan jawapan dia tu..aku terus macam paksa dia terima aku. Kitorang tak pernah declare apa-apa pun….tapi kitorang dah macam couple dah masa tu aku panggil dia B and dia panggil aku abang…hahah…sweet kan….hahah….(Mr BFF….ko ingat lagi tak??....hehehh)

Sampailah dia dah rimas agaknya….dia suruh aku stop….

Aku pun….tak naklah buat dia rasa tak selesa….so…aku pun stop…

But…seriously….aku tetap suka dia masa tu…aku sayang dia…..berkali-kali dah dia kata dia tak boleh balas perasaan aku tu….

Tapi….aku tetap suka dia…he’s my first love. (Yang lelaki la….hahahha)

So lepas dari tu….kitorang still berkawan cam biasa.

Dia pernah tanya aku….samada aku masih harapkan dia…
aku jawab lebih kurang macam ni…

“kau jangan risau…aku okey je….”

nampak tak….practically…aku tak jawab pun soalan dia tu…hahah

sebabnya….aku memang ada harapan lagi kat dia. Aku tak nak jujur dengan dia…sebab aku kenal dia, dan aku tau nanti dia akan rasa bersalah sebab dia rasa dia dah beri aku harapan palsu.

Hubungan kitorang pun berterusanlah macam tu….ada naik ada surut….kadang2 gaduh…aku marah dia…dia marah aku….aku merajuk…dia merajuk…..macam-macamlah….

Tapi yang pasti….hubungan kitorang dah makin evolve….in a positive way….

Macam mana nak cakap ye…..hmmmm….
Aku still sayang dia….aku still ‘cinta’ dia…tapi bukan macam yang dulu….yang ni lain….
Aku amat hargai hubungan kitorang sekarang…..

Dia pernah bagitahu aku hari tu…yang dia tak halang aku kalau aku nak couple….(aku tak sure yang dia maksudkan ni couple dgn lelaki atau dgn perempuan….tapi aku yakin dia maksudkan dengan lelaki)

Tapi….orang introvert macam aku ni….nak trust orang pun susah…inikan pulak nak couple….hmmmm….

But….seriously….kalau pun aku nak couple in the future…..aku tak kan couple dengan lelaki….sebab dah sah-sah couple dngan ellaki ni tak kan bawak kemana….in the end…..aku tetap kena kahwin….betul x???....

Tapi…..macam yang Shark tulis dalam novel dia dulu…(aku tak ingat chapter berapa)…..
“Tak salah mencintai lelaki lain….yang salah, bila bernafsu dengan lelaki lain”

So….Mr BFF…tak salah kan kalau kita Couple….hahahhaha…

ok…gurau je…..

Oh ya….lupa nak bagi tahu….Mr BFF nilah orang pertama yang aku kenal online yang aku jumpa….mula-mula aku tak nak jumpa dia….takut ada….segan pun ada…tapi dia berjaya pengaruhi aku…hehehhe….tapi dia buat spoil pulak kitorang punya first meeting tu…..heish…(Mr BFF….ingat lagi tak??...heheh)

So…bulan depan…insyaallah….genap satu tahun…kitorang berkawan….macam-macam dah jadi……tapi aku harap sangat hubungan ni akan kekal begini…..jangan dikurangkan dan jangan pula dilebihkan pada yang tak perlu.

Berharap sangat kitorang akan terus macam ni sehinggalah sampai ke satu masa dimana meneruskan hubungan ini adalah bukan satu pilihan. Memanglah aku berharap ianya kekal sehingga ke akhirat, tapi kita hanya merancang….tuhan yang menentukan. Kita tak tahu apa yang bakal terjadi esok, lusa, minggu depan, bulan depan, tahun depan atau mungkin 10 tahun lagi.

Akhir kata…..kepada readers blog ni….kalau korang ada BFF tu, hargailah mereka. Bukan mudah nak ada sahabat yang macam ni…

Kepada Mr BFF, aku dah cakap benda ni banyak kali dah kat ko….aku SAYANG ko…..heheheh…




So…itu je untuk kali ni….bye…











6 comments:

  1. wahhh.. untung ye.. btw. cngratz lar dpt kwn yg baik mcm ni.. orang baik deserves untk dpt kwn yg baik..


    btw, tlg ajar aku untuk jadi introvert jgk.. hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. er...tak tahu pulak 'introvert' boleh diajar pada orang...hahaha...

      btw, thanks...

      Delete
  2. Aku rasa sweet je baca cerita kau tentang bff kau. Menyayangi dia secara sederhana. Semoga bersahabat ke alam syurga.

    Aku setuju, sampai satu masa kita kena jugak balik pada fitrah alam iaitu kahwini gadis. Apapun jangan diputuskan ikatan yang sudah tertaut. hehe. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan.....swweet kan?...hahahha

      thanks sbb doakan....

      Delete
  3. aww, so sweet.. so jealous....
    aku doakan persahabatan korang kekal abadi walaupun kau mcm ala2 ade feeling kat die. jaga tatatertib persahabatan kay...

    (pagi2 buta buat blogwalking.. first time rasanya aku baca entri kau.. dulu pernah gak bukak blog ni, tapi tak kesampaian nak baca)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks gibb....aku pun pernah gak masuk blog ko...tp xx bce pape pun..hahah..pas ni aku baca ye...hahah..

      btw, gibb, sebenarnya, ko kenal BFF aku tu....hahahah

      Delete