Friday, 6 March 2015

Negeri Perak, Sungai Perak dan Bahasa Perak.






Hi guys...

Assalamualaikum...

Aku tak tahu kenapa , tapi tiba-tiba aku rasa macam nak cakap pasal negeri kelahiran aku ni...negeri Perak.

hahahah....

mungkin korang rasa benda ni bosan...

tapi tak pe....

aku nak jugak tulis pasal ni...hihihi...

so....mungkin korang ramai yang dah tahu, macam yang aku dah bagitahu tadi, aku berasal dari sebuah negeri di sebelah pantai barat semenanjung Malaysia, Negeri Perak Darul Ridzuan.

Aku lahir di Perak, mak aku pun lahir di Perak dan ayah aku pun lahir di Perak....

so aku ni kiranya memang rak yat perak tulen @ Rakyat Paduka Seri Sultan Perak. Cumanya, mak aku sebenarnya berketurunan Jawa, so aku tak delah 'pure' sangat Peraknya...hahahha





Pada yang tak tahu ( ada ke?? hahahha) inilah negeri Perak. Kalau korang kira, ada sebelas daerah. Aku tak tahu kenapa ada sebelas. Gambar ni aku ambil kat google je. Mungkin satu hari nanti akan jadi sebelas agaknya...

Sebenarnya, currently, Perak hanya ada 10 daerah, dengan yang paling bongsu atau pun daerah yang ke-10 adalah daerah Kampar yang baru sahaja di isytiharkan sebagai sebuah daerah pada tahun 2009 oleh Sultan Perak ketika itu Almarhum Sultan Azlan Syah,

Aku pun tinggal kat daerah ni sebenarnya. Sbelum ni, daerah Kampar ni adalah sebahagian dari daerah Kinta.

Kalau korang tengok dalam peta ni lagi, daerah Selama tu sebenarnya sebahagian dari daerah LMS. LMS stand for Larut, Matang dan Selama. Daerah ni sebenarnya adalah gabungan tiga daerah kecil iaitu daerah Larut, Daerah Matang dan Daerah Selama.


Ini Keluarga diraja Perak yang sekarang, Paduka Seri Sultan Nazrin Syah, Raja Permaisuri Zara Salim dan Putera dan Puteri Meraka (aku tak tahu namanya...hahha)



Ramai yang tahu, Kerajaan Johor-Riau dulu diasaskan oleh Putera Sultan Mahmud Syah selepas Melaka jatuh ke tangan Portugis iaitu Sultan Aluddin Riayat Syah II. Sebab tu ramai yang beranggapan Keluarga Diraja Johor Sekarang adalah Bersusur galur terus kepada Sultan Mahmud Melaka.

Tapi ramai yang kurang tahu kalau Putera Sulung Sultan Mahmud, Raja Muzaffar Syah telah mengasaskan Kerajaan Perak. Ini bermakna, keluarga diraja Perak Sekarang juga bersusur galur terus kepada Sultan Mahmud Melaka.

Tapi, mungkin ada yang tak tahu, keluarga diraja Johor sekarang sebenarnya langsung tak ada kena mengena dengan Sultan Mahmud sebab keluarga diraja Johor sekarang adalah keturuna Temenggung Ibrahim yang mengambil alih kuasa di Johor selepas kejatuhan Empayar Johor Riau. Jadinya, sekarang, hanya keluarga diraja Perak sahaja yang masih ada darah Sultan terakhir Empayar Melaka, Sultan Mahmud Syah. ( Pada orang Johor, kalau korang rasa apa yang aku bagi tahu ni salah, tolong maafkan aku dan bagitahu aku kat mana yang salah....heheh).



Macam yang korang tahu, Negeri Perak ni namanya asal dari sebatang sungai iaitu Sungai Perak. Sebelum ni, aku tahu Sungai Perak ni panjang, tapi aku tak tahu panjang mana. Sampailah masa aku buat LI kat JKR tahun lepas. Dalam Office tu ada satu peta negeri Perak yang sangat Besar. So, masa aku tengok peta tu baru aku perasan betapa panjangnya sungai perak ni.









Aku tak tahulah berapa panjang sebenarnya sungai ni, tapi yang aku tahu, sungai Perak ni memang sepanjang negeri Perak tu sendiri. Bermula dekat Hutan Royal Belum di Hulu Perak dan berakhir kat Bagan Datuk dalam daerah Hilir Perak.

Kalau cakap Pasal Sungai Perak ni, kenalah jugak cakap tentang orang yang tinggal sepanjang sungai ni. Tapi aku tak nak la cakap pasal orangnya sangat, aku just nak cakap tentang bahasanya, Dialek Perak.

Tak macam dialek utara, atau Kelantan, tak semua kawasan di Perak bercakap dalam dialek Perak. Kalau korang tengok dalam peta kat atas tu, hanya kawasan dari daerah Kuala Kangsar ke selatan sahaja yang orangnya bercakap dalam dialek Perak.

Orang-orang di daerah LMS dan Kerian bercakap dalam bahasa atau dialek Utara. Kalau di sebelah hulu Perak, unik sikit. Orang-orang kat daerah ni bercakap dalam bahasa kelantan yang bercampur dengan dialek utara dan bercampur sikit dengan siam. Terutamanya yang tinggal di Gerik dan Pengkalan Hulu.

Bahasa Perak tu sendiri pun sebenarnya berbeza-beza mengikut kawasan. Bahasa Perak di Kuala Kangsar, tak sama dengan Bahasa Perak di Perak Tengah dan juga di Hilir Perak. Bagi bukan orang Perak, mungkin korang tak perasan. Aku sendiri yang orang Perak dan bercakap dalam bahasa Perak sendiri pun tak dapat nak bezakan. Tapi memang ada beza.

Kawasan aku ni, Daerah Kampar dan juga Daerah Kinta, bahasa Perak di kawasan ni tak sepekat bahasa Perak di Perak Tengah atau Kuala Kangsar. Aku sendiri sebenarnya hanya boleh bercakap dalam dialek Perak bila aku balik kampung atau pun berbual dengan orang Perak. Bila aku berbual dengan bukan orang Perak, secara automatiknya dialek Perak aku hilang...hahah tak tahulah kenapa, tapi aku memang macam tu.




Korang mesti pernah tengok video ni kan?...hahah....walaupun aku orang Perak dan bercakap dalam dialek Perak aku still gelak tengok video ni...ahhahah... Yang ni memang betul-betul dialek Perak sebab Kaza ni memang orang Perak. 

Dulu, seorang lecturer aku penah cakap, dia kata, dialek Perak adalah dialek paling kelakar dalam banyak2 dialek kat Malaysia ni. Bunyinye macam lecturer aku ni nak mempersenda. Tapi bila pikir balik memang betul pun. Aku sendiri selalu gelak bila dengar orang Perak bercakap, terutamnya bila aku balik ke kampung ayah aku kat Kampung Gajah (Bukan Batu Gajah tau....jangan confuse) bila hari Raya. Bila dengar sepupu-sepupu aku, mak-mak sedara aku, pak-pak sedara aku bersembang, mesti aku gelak........hahahha

Cuba korang ingat-ingat balik, semua cerita yang guna dialek Perak kat Malaysia ni tak kiralah TV ke Filem ke, semuanya tema komedi. Terutamnya filem Mamat Khalid....hahahha....

Tapi, sebenarnya susah nak ikut dialek Perak ni. Kalau orang tu bukan orang Perak, cuba nak bercakap dalam dialek Perak, pelik sangat bunyinye...Macam Sheila Rusli dalam cerita Ta'in dulu...Korang ada tengok tak??....aku menyampah betul tgk sheila rusli dalam cerita tu...bak kata orang Perak, "Getik aku menengoknye.."  hahahha....

Ramai sebenarnya artis Malaysia ni yang orang Perak, contohnye macam Kaza, Khatijah Tan, Amy Mastura, Wahid Senario, Pak Uda...

Sebut pasal Pak Uda, aku teringat lagu ni...



Lagu ni antara lagu rakyat Perak. Aku tak tahu kenapa tapi Perak ni kurang sangat lagu rakyat yang guna dialek Perak. Selain lagu-lagu Mr OS, memang tak ada lagu lain.




Ni lagu paling popular sekali kalau sebut pasal Perak....hahhah




Tak tahulah apa yang aku merepek kalai ni...tiba-tiba bercakap pasal sejarah dengan geografi bagai...ahhaha...


mungkin sebab...I'm proud of who I am....

Awok bangge jadi oghang Peghak

Ni aku punya current desktop background.....hahah...tgk...bertapa patriotiknya aku....heheheh


Hahahahha...

oklah....sampai sini je kot aku merepek...hahah..


Bye......







5 comments:

  1. rumah parents wahid senario kat ipoh, satu taman ngan paklong aku.. (tetiba nak cerita jugak)


    mak aku family die perak belah selatan n ayah aku perak belah utara. memang dapat lihat lah yang belah selatan lebih pekat loghat nya... time kecik pun aku kurang ngan family mak aku n mostly balik kampung ayah je, so kurangnya tahu loghat perak...

    did you know that kebanyakkan orang kat cameon highland pun berloghatkan negeri perak?

    ReplyDelete
  2. ate teman ni bukan le oghang peghok, tapi teman suka denga oghang bota cakap. :D

    dalam peta perak tu ada dalah beberapa tempat aku penah pi.. tepeng, seri iskandar, selama, ipoh. perak ni besaq sangat. selalu kalau berenti kat rnr tapah mesti nak beli limau dye.. hehe..

    ekceli fakta pasal kesultanan joho betul lah tu. yang base on susur galur kesultanan melaka tinggal perak je lah. yang pahang bukan rasanya..

    ReplyDelete
  3. Teman bangga yob kamu tau juga mengenai asal usul negeri perak. Mmg betul kerabat johor dri keturnan temengung. Sbb tu bila ada kemangkatan atau pertabaln sultan perak ia amat dinanti sbb penuh dengan adat resam warisan kesultanan perak.

    ReplyDelete
  4. batu gajah dekat dgn tapah.. aku slalu lepak tapah dulu.. ;)

    ReplyDelete
  5. wah... hebat la kau...
    kau tahu banyak pasal perak...
    ak walaupun orang perak, tapi tak tahu banyak pasal perak....
    kampung kau dekat la gan kampung aku.. raya nanti aku datang hehehehe....

    ReplyDelete