Monday, 13 April 2015

Klasifikasi






Assalamualaikum...

hi guys...

apa khabar...

pada yang sedang menunggu Bayu Arjuna tu insyaallah akan diterbitkan jugak nanti...jangan risau...heheheh (padahal x tulis apa pun lagi untuk ep 9)

Ada satu soalan cepuk mas untuk korang....

Sejak bila korang jadi PLU or sedar yang korang ni sebenarnya PLU?

Kalau aku....aku sendiri tak tahu sejak bila aku jadi PLU....mungkin memang sejak dilahirkan....hahaha

Yang pastinya aku memang suka pada lelaki sejak kecik lagi....macam yang aku dah cerita sebelum ni.

Tapi, aku mula sedar yang aku ni sebeanarnya PLU or GAY sejak aku form 1. Masa tu aku baru tahu atau baru kenal apa itu gay dan masa tulah yang aku sedar yang aku ni sebenarnya gay.

Masa aku masuk form 3 macam tu, barulah aku mula exposed pada pada internet dan benda2 gay ni.
Tapi sebenarnya...aku mula interact dgn plu2 ni secara langsung sebenarnya bila aku bukak account FB Annas Yusry ni tahun lepas. Sejak tu jugaklah aku mula kenal ramai plu-plu lain.

Macam yang aku pernah cerita sebelum ni, aku ni jenis yang suka memerhatikan orang. Jadi, dalam pemerhatian aku tu....aku boleh katakan yang golongan gay or plu ni boleh diklasifikasikan dalam tiga kumpulan utama.


1. Golongan 'Denial'

Bukan Daniel ye....Denial...Deny...maksudnya tak boleh terima....atau menolak. Golongan ni mungkin lebih ramai dari yang aku tahu. Mereka ni sedar yang mereka ni ada naluri songsang tu..tapi mereka tak nak terima atau mengakui perasaan tu.

Aku ada jumpa sorang ni....kat FB...dia kata dia reader blog ni. Bila aku tanay dia gay atau bisex...dia cakap dia tak tahu. Dia kata dia memang ada suka pada lelaki...tapi dia tak rasa yang dia gay....kata dialah...

So mungkin....plu-plu yang masih confuse dengan identiti diorang pun boleh dimasukkan dalam group ni gak.

2. Golongan Discreet atau 'in the closet'.

Mungkin korang sendiri ada dalam kumpulan yang ni dan kenal ramai yang dalam kumpulan yang ni. Plu-plu yang dalam kumpulan ini adalah plu yang sedar diri mereka ni gay dan terima diri mereka ni gay tapi menyembunyikan identiti gay itu dari umum. Kalau diorang expose pun just dalam kumpulan sendiri sahaja. Dalam komuniti kita Melayu Islam ni, inilah yang terbaik sebenarnya. Tak eloklah kalau nak expose sangat. Sebab tu, kalau nak cari exact amount of gay people kat Malaysia memang mustahil. Majoriti dari kumpulan ni kalau ditanya dia gay ke tidak, mesti diorang akan jawab tidak. Golongan yang macam ni biasanya dia akan ada macam dua sisi berbeza. Di satu sisi mereka adalah seorang lelaki normal dan satu sisi lagi mereka adalah gay. Mereka juga ibarat hidup dalam dua dunia yang berbeza.

Lepastu pulak, dalam grup ni, aku boleh bahagikan pula pada dua sub-group.

2.1 Golongan discreet yang tak rela.

Golongan yang ni adalah golongan yang sedar diri mereka tu gay, tapi tak rela membiarkan diri mereka terus jadi gay sampai mati. Golongan yang macam ni adalah golongan yang sedar apa yang diorang buat tu salah dan mereka bercita-cita untuk berubah ke arah yang lebih baik.

Tak kisahlah kalau kita jalan bengkang-bengkok sekali pun. As long as kita tak tersasar jauh dari landasan yang sebenarnya it should be okay. Aku dan ramai juga kawan2 aku kat FB tu adalah dari golongan yang ni.


2.2 Golongan discreet yang rela.

Apa yang rela??...hahha..Rela membiarkan diri dia kekal menjadi gay. Opposite dengan yang tak rela tadi, mungkin ada antara mereka ni dah ready untuk ke next stage...iaitu mengaku diri mereka gay secara terang terangan. Golongan yang macam ni bukan setakat rela, diorang mungkin happy dengan identiti mereka ni. Terlalu seronok dengan kenikmatan semenatra. Walau bagaimanapun mereka masih cuba untuk menyembunyikan identiti songsang mereka tu daripada kawan-kawan yang normal.

Ramai jugak yang aku jumpa macam ni kat FB. Siap ada yang yang dengan happy cerita baru buat projek dengan BF or akan buat projek. Seakan-akan diorang tak sedar yang apa yang diorang buat tu sebenarnya salah.


3. Golongan Exposed

Dan...golongan yang terakhir adalah golongan yang bukan setakat selesa dan gembira dengan identiti gay mereka, malah mereka secara terang-terangannya mengaku kepada umum yang mereka adalah gay and they are happy with it.

Golongan yang macam ni mungkin dah tersasar jauh dah. Tapi tak mustahil untuk mereka kembali ke laluan yang asal. Banyak jugak orang macam ni yang aku jumpa kat FB tu. Ramai yang hensem2 lak tu....heheheh






Memang betullah Allah yang bagi kita perasaan suka dengan lelaki tu, tapi tak bermaksud yang kita perlu terus jadi begitu. Allah dah ciptakan manusia itu akal yang tidak diberikan pada makhluk-Nya yang lain. Tapi kenapa kita tak pakai akal tu. Dah sedar..dah tahu yang gay tu tak betul, salah dan berdosa, kenapa masih nak jadi gay.

mungkin ada yang akan cakap macam ni..

"dah memang aku ditakdirkan untuk jadi gay"

memang betul...tapi kita kena ingat...rukun iman yang keenam...percaya pada Qada'dan Qadar.

Qada' dan Qadar adalah dua benda yang berbeza.

Qada' itu sesuatu yang dah ditetapkan Allah dan tidak dapat diubah langsung macam tarikh kita lahir, tarikh kita mati, dan siapa pasangan hidup hidup.

Tapi...Takdir tu datang dari perkataan Qadar ni. Qadar ni sesuatu ketetapan dari Allah,  tapi kita masih boleh ubah ketetapan tu.




Jadinya....kalau kita ada niat nak berubah...insyaallah kita akan berubah. Allah akan bantu. Percayalah.

ok...tu je nak tulis...

bye..

asssalamualaikum..


p/s: pos aku kali ini ilmiah sikit..hahah...lama dah aku nak try tulis something yang cam ni.






8 comments:

  1. blog aku je yang makin bangang bangang tak tulis ilmiah. kakakaka. nice entry

    ReplyDelete
    Replies
    1. x pe shark....pelan2....insyaallah suatu hari nanti akan ada juga yang ilmiah dr blog ko...hahah

      Delete
    2. Shark??kau dah private ke???nk gak...

      Delete
  2. Good point. Aku suka entri kau Annas. Like 1000x. Hahaha.

    Btw aku pun dalam kategori 2.1 gak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih.....insyaallah...kita sama-samalah berubah jadi lebih baik....

      Delete
  3. good.. thnx for something yg ilmiah.. ;-)

    ReplyDelete
  4. I nak tambah sikit point yang ke 3.

    golongan exposed ni terbahagi kepada 3:

    a) golongan exposed yang tersasar jauh: dorang ni biasanya dah tak ingat tuhan, dah tak amik keash hal2 agama. dorang just buat je ape yang dorang rasa baik untuk diri mereka (most of them are free thinker)

    b) golongan exposed yang masih tercari-cari:kebanyakannya golongan pondan yang baru berjinak-jinak. pada pandangan dorang, dorang masih x kisah if people call them with names mcm "nyah" atau "bapok", tapi jauh dalam sudut hati dorang, dorang still tahu benda yang dorang buat tu salah. dorang still ingat tuhan.

    c) golongan exposed yg masih tahu batasan: golongan ni tricky sikit, sbb dorang tak kisah org tahu orientasi sex mereka, tapi mereka sangat gentle n polite to society.kalau kat malaysia ni, nak bagi contoh mungkin xde kot, tapi kalau kat negara2 yg mengamalkan budaya gay seperti amerika, semestinya ramai. dorang ni mungkin terdiri daripada aktivis2 gay yang membantu kaum2 sejenis yang ditindas dan dipulaukan.

    ReplyDelete
  5. Cepat sambung Bayu Arjuna !!!!!!

    ReplyDelete