Saturday, 9 May 2015

Kerja Kahwin






Assalamualaikum..

Hi Guys...

apa khabar....


Aku minta maaf sangatsangat sebab belum update Bayu Arjuna lagi....

Aku busy sangat sebenarnya...

Minggu lepas kakak aku melangsungkan perkahwinannya....

baru tadi majlis di sebelah pihak lelaki pulak...



Siapa yang dah penah buat kenduri kahwin mesti tahu keadaannya..

Kerja kahwin ni bukan benda senang....

macammacam kena buat....

lagi2 kalau masak gotong-royong macam majlis kakak aku minggu lepas..

penat dia samai ke harini tak hilang lagi...

ni pun sebenarnya aku tak sihat sangat.

kata orang perak...badan rasa 'dedor' (dedar??) 

maksudnya, badan rasa tak sihat, rasa seram sejuk macam nak demam..



buat majlis bergotong-royong ni memang penat. Especially tuan rumah. Walaupun ramai yang datang menolong, tapi boleh katakan 60 ~ 70% kerja sebenarnya tuan rumah yang kena buat.

Tapi nak buat macam mana, nama pun gotong-royong. Yang datang tu pun semua sukarela. Takkan nak 'perosah' diorang buat kerja pulak.

Kenduri kakak aku ni...nak kata besar...tak lah besar sangat...nak kata kecik...besar jugaklah sebab kendurinya tiga hari berturut.

Hari jumaat akad nikah, jadinya adalah jamuan sikit. So..malam tu dah start la kontrak basuh pinggan. So yang ni kira okay lagilah.

Esoknya, hari sabtu, pagi-pagi lagi aku dah kena follow ayah aku pergi Ipoh, ambik daging. ( dari Kampar ke Ipoh lebih kurang satu jam, so...pergi balik lebih kurang dua jam.)

Balik2 je mulalah kerja aku. Macam2 kerjalah....tapi..mostly kerja angkat mengangkat. Kerja nonstop sampailah ke malam. Malam tu ada kenduri tahlil dan khatam quran. Malam tu serius aku rasa penat sangat. Sampaikan aku rasa macam nak menangis. Tapi nak buat macam mana, kena jugak buat. Nasib baik petang tu sepupu-sepupu aku dah sampai, so maam tu, diorang pulak yang ambik kontrak basuh pinggan. Kalau ikutkan aku, aku memang dah tak larat dah.

Malam tu la aku wassapp Mr BFF. Mengadu kat dia..huhu...(Sweet tak kitorang??...wink..wink).
Aku mengadu pasal sorang Bapak saudara aku ni....lebih tepat Ucu aku...

Ucu aku ni dah sampai sejak hari Jumaat lagi. Tapi langsung tak menyumbang. Pagi Sabtu tu dia just tolong kakak aku dan bini dia siapkan goody bag. Lepas zohor dia tidur sampai asar. Asar dia bangun, pastu duduk-duduk...borak-borak....pas maghrib dia terus memerap dalam bilik. Yang aku, abang aku, abah aku lintang pukang kat luar tu buat kerja...mana tak sakit hati, megholoh je kerjenya. Bukan kenduri orang lain pun....kenduri anak buah dia jugak.

Malam tu lepas orang-orang surau dah balik baru dia keluar. Tu pun sebab nak makan. Bila dia dah keluar tu, lepas dia makan, barulah dia ada tolong-tolong sikit bawak ayam yang dah siap digoreng masuk kerumah. Dan jugak lauk-lauk kenduri tahlil yang lebih-lebih tu pun kena bawak masuk juga. So dia lah yang angkat.

Malam tu pun sebenarnya, pakcik2, makcik2 dan sepupu sepapat aku yang lain pun semua dah sampai. Mak aku dah sewakan homestay untuk diorang sebab takut diorang tak selesa berhimpit kat rumah aku ni. Rumah aku ni bukannya besar mana pun.

Esoknya, (hari kenduri sebenar, hari Ahad), pagi2 lepas subuh tu memang dah busy dah. (Siapa yang pernah rasa buat kenduri kahwin bergotong-royong mesti tahu bagaimana keadaanya). Ingatkan bila makcik2 dan pakcik2 aku ni dah sampai, boleh lah diorang tolong pagi2 tu.

Tapi HARAM!!!!

dekat kul 9 baru seorang2 nampak muka.
Aku, abang aku, ayah aku....kakak ipar aku yang tengah pregnant tu dan kakak aku yang pengantin tu jugaklah yang kena berkangkang kirap subuh-subuh hari tu....

Itu baru saudara mara, belum cerita yang orang kampung sini yang datang konon nak menolong tu.
Dah pukul 11 pagi lebih, air minum masih belum dibancuh lagi. Aku ingatkan dah bancuh dah sebab dekat tempat bancuh air tu ada pakcik2 jiran aku ni bersembang-sembang dekat situ.

Tengah aku susun2 meja bawah khemah tu, tiba-tiba ayah aku panggil, dia kata air belum bancuh lagi. Dia suruh aku bancuh. Aku masa tu agak terkejut jugaklah. Bukan pakcik2 tu dah bancuh air ke?? kalau belum kenapa diorang boleh borak2 macam dah tak ada kerja. Maka jadilah dialog macam ni...

Abah: air belum bancuh lagi...pergi tolong bancuh sekejap. 

Aku: (mengerutkan dahi sambiil memandang ke 'station air') kenapa boleh tak bancuh lagi?

Abah: Tak ada siapa yang nak bancuhnya.

Aku:laaa..habis tu apa pakcik2 tu buat kat situ?

Abah: kalau dah diorang tak nak bancuh, tak kan nak paksa?

Aku: (aku pun sambil mengeluh panjang melangkah kaki kke tempat bancuh air, tapi sambil tu aku ada cakap sesuatu) Kalau datang nak duduk-duduk saja baik tak payah datang.

Aku cakap tu sebenarnya ditujukan pada pakcik2 tu. Aku cakap tak kuat pun, sebab pakcik-pakcik tu jauh so, diorang tak dengarlah. Tapi belum pun aku sampai ke 'station air' tu, abang aku dan abang sepupu aku dah sampai dulu. Diorang bancuh air. Bila dah diorang bancuh,, aku patah balkk la nak susun meja balik, Bila aku toleh balik ke belakang baru aku perasan, rupanya, Ucu aku ada duduk dekat situ. Tak jauh dari aku. Aku tak pasti dia dengar ke tak apa yang aku cakap. Tapi...persetankan dia...hahha...aku malas nak ambik peduli. Aku sambung balik keje aku.

Dlam kul 11.30 cam tu, aku masuk dalam, mandi dan tukar baju. Tuan rumah kenalah lawa sikit...heheh.... Dalam kul 12.00 tetamu dah start datang. Masa tu memang aku ambik kesempatan duduk dan rehat. Penat sangat dah. 

Masa tu barulah aku nampak pakcik2 dan sepupu sepapat aku ni ada real fuction. Diorangla yang jaga buffet, tambah mana yang kurang dan clearkan meja. Nasib baiiklah dia tolong jugak akhirnya. Aku memang dah give up dah masa tu. Serius penat. Mula petang jumaat sampailah ahad tu. Straight buat kerja. Berhenti betul2 untukk makan dan tido.

Tapi itu jelah masa yang ada untuk aku rehat. Petang tu, lepas asar semua sedara mara aku ni dah balik. Yang tinggal just family aku je..n pengantin. So kitorang jugaklah yang kena kemas semua. Clearkan segalanya. Nasib baiklah pinggan2 n gelas semua dah basuh. Yang tinggal just tray buffet, periuk2 dan besen2 besar yang perlu dibasuh.

Tu pun kitorang juas basuh dan simpan at least dalam pagar rumah. So yang kat luar pagar semua dah clear. Esoknya, hari isnin baru kitorang setelkan. Yang mana barang pinjam semua diasingkan dan dipulangkan balik pada tuan dia. Hari isnin tu memang just memulangkan barang je. So yang tinggal di rumah just barang2 sendiri. Tapi tu tak kisah sangatlah, barang sendiri, bila2 pun boleh kemas. Hari selasa, memang aku malas nak buat apa-apa, barang2 macam pinggan2, gelas..tray2 semua ada kat luar lagi. Hari rabu tu baru aku kemas semua. Alhamdulillah sekarang ni semua dah setel.

Tapi kesibukan aku belum habis lagi. Minggu depan aku kena Balik Pulau Pinang sebab nak Konvo....yeay.....hahah...

Hari selasa aku akan pergi ke sana, hari rabu ambik jubah dengan raptai dan konvo hari khamis. Family aku dtang hari khamis je. So hari selasa aku pergi sendiri je.

Jadinya, lepas aku konvo ni...isyaallah aku akan sambung balik bayu arjuna...

Aku tak boleh janji bila setiap episod tu akan dikeluarkan, tapi yang aku boleh janji, Bayu Arjuna tetap akan ditamatkan. Aku tak akan biar dia tergantung je macam tu.

Jadinya...korang rajinlah tunggu. Dan kalau dah keluar tu, rajin2 lah komen. Sebab komen koranglah yang buat aku bersemangat nak sambung. Kalau takka da komen, tu yang malas sikit tu..heheh...
So...komenlah bebanyak ye...heheh


ok....itu je nak celoteh hari ni...

bye...


p/s: aku tak tahu kenapa aku banyak guna dialek Perak dalam pos kali ni. Mungkin bersempena Pertabalan Sultan Perak agaknya...hehehe

dedor = rasa badan tak sihat macam nak demam.
perosah = memaksa
Ucu/Acu= Pak Su ( Adik beradik Mak atau Ayah yang paling bongsu).
megholoh = tidur.
kangkang kirap = bertungkus lumus

p/s: translation yang aku bagi ni mungkin kurang tepat untuk beberapa keadaan. Translation ni hanya sesuai untuk 'mood' post ni, 'mood komplen...mood tak puas hati...mood sakit hati.' kalau ada orang2 perak kat sini boleh le tolong berikan sedikit pencerahan pada oarang-orang yang tak berapa faham.

p/s: aku tak pasti orang di kawasan lain macam mana, tapi bagi orang2 di kawasan aku ni, perjalanan satu jam ke Ipoh, atau ke Teluk Intan atau ke mana-mana jelah, bagi kami perjalanan yang menagmbil masa satu jam tu, tak lah jauh sangat. Tapi bagi orang2 dari negeri2 yang lebih kecil macam Pulau Pinang, Perlis, perjalanan satu jam tu bagi mereka sangat jauh..heheh...






2 comments:

  1. biasa lah tu , sepupu sepapat sepapot ni , yang bengannya usu ko tu, pemals kot hahhahaa,,, abg jangut.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la.....nasib baik bini dia rajin....banyak jugaklah bini dia tolong. Makanan pengantin pun dia yang mask....dapatlah 'topup' balik kemalasan suami dia tu...heheh

      Delete