Friday, 26 June 2015

Sebiru Warna Langit ( Bahagian 1)





Bahagian 1




Aku melangkah masuk ke dalam kelas. Hari ini hari pertama aku mengajar di sekolah ni.

“Bangun!” ketua kelas tingkatan 3B ini memberikan arahan pada semua pelajar lain di dalam kelas itu.

“Assalamualaikum cikgu!” ujar ketua tingkatan itu sebelum diikuti pelajar-pelajar lain.

“Waalaikumussalam. Kamu semua boleh duduk.” ujarku lembut.

“Assalamualaikum cikgu, maaf saya lambat.” tiba-tiba ada seorang pelajar lelaki masuk. Dia termengah-mengah. Mungkin dia berlari tadi.

“tak apa, kamu boleh duduk.” ujarku sambil tersenyum. Aku sebenarnya bukan tak kisah kalau ada pelajar lambat, cuma aku tak mahu hari pertama aku mengajar di kelas ni menjadi satu mimpi ngeri untuk pelajar-pelajar ni. Pelajar tadi bergerak ke tempatnya.

“Perkenalkan, nama saya Kamal, mulai hari ni, saya akan menggantikan Cikgu Talib yang bertukar ke sekolah lain. Sayapun sebenarnya baru hari ni mula mengajar disini, harap kamu semua boleh bekerjasama dengan saya.” ujarku lagi. Mataku tertancap pada pelajar lelaki yang lewat tadi. Dia masih belum duduk.

“kamu, yang lambat tadi.”panggil ku.

“Ya, Cikgu.”

“Siapa nama kamu?” soalku lagi.

“Ammar, Khairul Ammar.” ujar pelajar itu.

“Ammar, kenapa kamu tak duduk lagi? ada masalah ke?” soalku.

“tak ada apa-apa Cikgu.” ujarnya sambil tersenyum. Aku ternampak, meja dan kerusinya kotor sangat dengan sampah. Aku datang menghampirinya. Ya, memang benar, meja dan kerusinya penuh dengan sampah.

“kenapa tempat kamu ni kotor macam ni?” soalku kehairanan. Kedengaran pelajar-pelajar lain ketawa.

“Sa…saya yang buat cikgu, semalam saya tak sempat kemas.”ujarnya lagi. Aku memerhati tempat duduknya itu. Tak mungkin dia sendiri yang buat macam tu. Jelas sangat ada orang yang sengaja kotorkan tempat tu, dan yang pasti bukan dia yang buat.

“Sudah, bersihkan tempat kamu ni.” arahku.

“Baik Cikgu.” ujarnya lagi sambil tersenyum. Aku kembali semula ke depan.

“Seperti yang kamu semua tahu, saya akan ajar kamu subjek matematik dan saya juga akan jadi guru kelas kamu.” ujarku sambil bergerak semula ke depan.

“Jadi, sebelum saya mulakan kelas harini, saya nak berkenalan dulu dengan kamu. Boleh?”

“Boleh…” jawab pelajar-pelajar di dalam kelas tu. Aku tersenyum. Mataku sekali lagi terpandang Ammar yang sedang sibuk mngemas semula tempatnya. Apa yang terjadi pada dia sebenarnya?





Aku meletakan buku-buku yang ku bawa ke atas meja sebelum duduk di tempatku di bilik guru ini. Sesi pembelajaran dan pengajaran (P&P) hari ini sudah tamat.

“Cikgu Kamal, macam mana mengajar hari ni? OK?” soal Cikgu Hanis yang datang dan duduk ditempatnya yang bertentangan dengan tempat ku. Aku tersenyum padanya.

“Bolehla Cikgu.” jawabku sambil tersenyum. Cikgu Hanis kembali tersenyum padaku.

“Pelajar 3B tu baik-baik Cikgu, Cikgu tak payah la risau sangat.” ujar Cikgu Hanis lagi. Aku hanya tersenyum.

“Cikgu tinggal dimana ya?” soal Cikgu Hanis ramah.

“Buat sementara ni, saya menumpang di rumah saudara, tapi saya dah jumpa rumah dah, insyaallah hujung minggu ni saya pindah.” balasku mesra.

“ohh..”

“Oh ya, Cikgu Hanis ada mengajar kelas 3B tu?” soalku pula.

“ada, sejak mereka di tingkatan satu lagi saya dah mengajar mereka. Kenapa Cikgu?”

“kalau macam tu, Cikgu mesti dah kenal rapat dengan mereka kan?”

“boleh kata macam tulah, kenapa?” soal Cikgu Hanis.

“saya nak tanya tentang seorang pelajar, Ammar.” soalku.

“Ammar?”







Aku mengangkat kotak-kotak yang baru sampai masuk ke rumah baru aku ni. Hanya rumah pangsa kos rendah, jadilah dari tak ada. Lagipun hanya aku seorang. Tak perlulah nak bermewah-mewah. Lagipun inilah rumah paling hampir dengan sekolah tempat aku mengajar. Rakan karibku pun ada menolong. Aku keluar semula untuk menganggkat kotak-kotak yang lain.

“Cikgu!” seseorang menegurku. Aku menoleh memandang ke arah datangnya suara itu.

“Ammar?!” aku sedikit terkejut.

“Cikgu baru pindah sini ke?” soalnya sambil tersenyum. Aku juga turut tersenyum sambil mengangguk.

“Kamu pun duduk di flat ni ke?” soalku pula.

“Saya duduk kat sini.” ujarnya sambil menunjuk rumah disebelah rumahku.

“La, ya ke? berjiranlah kita ni?” ujarku sambil ketawa kecil.Ammar turut ketawa.

“Cikgu, nak saya tolong ke?” soal Ammar. Belum sempat aku menjawab, dia lantas mengangkat kotak terakhir diluar ni dan terus dibawa masuk ke dalam. Aku membontotinya.

“Cikgu, nak letak kat mana ni?” soal Ammar sambil memandangku.

“Letak sajalah kat situ.” ujarku sambil meletakan kotak yang ku bawa.

“Kamal, siapa ni?” soal rakan karibku yang turut menolongku hari ni, Zaid.

“ha, ini Ammar, pelajar aku, dia duduk kat sebelah ni.” ujarku. Ammar lantas bersalaman dengan Zaid.

“Ohh, berjiran la korang ya.” ujar Zaid pula. Kami bertiga ketawa kecil.

“Ada apa-apa lagi tak?” soal Zaid.

“tak ada dah kot, ini semua aku boleh buat sendiri. Kau baliklah.” ujarku pada Zaid.

“Oklah, aku balik dulu.” ujar Zaid sebelum meninggalkan rumah kecil ku ini.

“Terima kasih tau Zaid.” ucapku sebelum Zaid menghilang di balik tangga. Zaid hanya mengangkat tangan kanannya. Aku tersenyum. Kalau tak ada Zaid tu, boleh mati kering aku nak angkat semua barang-barang ni.

“Cikgu, Saya pun nak pergi dululah.” ujar Ammar.

“eh, nak balik dah?”

“tak, saya nak pergi kerja ni.”

“kerja?” soal ku kehairanan.

“saya kerja sambilan kat kedai runcit kat Blok A tu.” ujar Ammar lagi dengan senyuman yang memang tak pernah lekang dari bibirnya.

“ohh, ha yelah. Terima kasih ya sebab tolong saya angkat barang tu tadi.”

“Alah sikit je tu, oklah, saya pergi dulu Cikgu.” Ammar bersalam dengan ku sebelum meninggalkan rumah aku ni. Aku memerhati Ammar pergi sebelum dia hilang dibalik tangga. Baik sungguh budak ni. Lantas aku teringat semula kata-kata Cikgu Hanis tempoh hari.



“kenapa dengan Ammar Cikgu?” soal Cikgu Hanis.

“tak ada apa, cuma pagi tadi di kelas, saya nampak meja dia kotor sangat dengan sampah, macam ada orang yang sengaja letak. Saya tanya dia, dia cakap dia sendiri yang kotorkan. Tapi macam tak logik pulak, saya syak, dia kena buli. Betul ke Cikgu?” soalku ingin tahu sambil menceritakan peristiwa pagi tadi. Cikgu Hanis terdiam sebentar.

“Saya tak tahu nak cakap. Dia tak pernah mengadu yang dia kena buli. Dan tak ada cikgu pun yang pernah nampak dia kena buli. Tapi kami semua cikgu-cikgu pun syak benda yang sama. Kami pernah tanya dia, tapi seperti yang dia jawab pada Cikgu pagi tadi. dia asyik bagi alasan yang itu semua salah dia. Dia boleh jawab sambil tersenyum, macam memang tak ada apa yang berlaku pada dia.” cerita Cikgu Hanis.

“habis tu, tak akan kawan-kawan dia tak kata apa-apa atau ternamapak dia dibuli?” soalku lagi. Cikgu Hanis tersenyum.



“Cikgu baru sehari disini, mungkin Cikgu tak perasan. Sebenarnya, dia tu tak ada kawan langsung. Saya tak tahu apa puncanya. Tapi semua pelajar macam cuba mengelak untuk berkawan dengan dia. Ataupun mungkin dia yang tak mahu berkawan dengan sesiapa. Entahlah, susah nak cakap. Senang cerita, dia tu misteri sikit.” cerita Cikgu Hanis lagi.





Bersambung......





p/s:  ada cerita sebenarnya disebalik cerita ni....panjang cerita dia.
p/s: mungkin ada antara korang yang mungkin pernah baca cerita ni...
p/s: actually aku dah tulis cerita lama dah and aku dah pernah submit kat satu website ni...heheh
p/s: sorry kalau cerita ni agak boring...
p/s: Bayu Arjuna teta ada....cerita tu tak akan kemana-mana pun...dan akan diterbitkan secara bergilir dengan cerpen yang ni...
p/s: tolong komen banyak-banyak ye supaya aku lebih semangat nak menulis...heheh




Monday, 22 June 2015

Cerita Baru







“Sebiru warna langit tu. Tenang, itulah Ammar. Sangat tenang dan sabar walau apapun yang berlaku pada dia. Dia nampak lemah, tapi sebenarnya dia kuat di dalam. Macam langit. Nampak rapuh, tapi langitlah yang sebenarnya melindugi kita.”





Hi guys....

Jangan lupa baca cerita terbaru dari aku...

cerita ni bukan cerita PLU....dan bukan jugak cerita tentang cinta..

Cerita ni adalah mengenai kasih sayang...


Selamat membaca....




Sunday, 21 June 2015

Untuk Abah....






Assalamualaikum...


Hai guys...

Korang tau tak hari ni hari apa??


hehehehhe....

Happy Fathers Day!!!...yeay....hahahha

Aku sebenarnya nak buat dedikasi sikit sempena hari bapa ni....

Just nak wish selamat hari bapa pada Abah aku and semua bapa-bapa dan bakal bapa...


Abah....orang mintak 
maaf sebab selalu cakap kasar-kasar dengan abah,
tapi percayalah...orang sayang sangat kat abah...hehehe.
lagi satu...orang nak minta maaf sebab anak abah ni x berapa nak lurus sangat...
Tak boleh jadi anak terbaik Abah...
Tapi Insyaallah yang bengkok tu akan diluruskan jugak...Abah doakanlah yang terbaik untuk anak Abah ni...



Ni ada satu lagu khas untuk korang sempena hari bapa....



Eh.....Silap...kihkihkih...










Haa..yang ni baru betul...heheheh 




Ok..tu je....

Bye....

Assalamualaikum...


p/s: by the way....adik tasya manshahar tu hensem gak kan...heheh...
       eh!!...puasa!!......astaghfirullah al-Azim.... habis pahala puasa aku....:P

p/s: ada yang tuang puasa tak???!!!..heheh
p/s: selamat berbuka puasa...selamat bertarawikh...selamat beribadah....





Thursday, 18 June 2015

Marhaban Ramadhan Karim






Assalamualaikum...

Hi Guys...

Apa macam??..

Ada baik ka??..

hahahhaha

Hari pertama puasa ok tak?..

Insyaallah...harap- harap baik-baik je semua....



Tak ada apa pun sebenarnya aku nak cakap....just nak ucap selamat berpuasa pada semua readers blog ni...

Bulan-bulan puasa ni kurang-kurangkanlah benda2 lagha tu...

bawak-bawakla bertobat... ( bercakap untuk diri sendiri juga..)

Mana tahukan....mungkin bulan Ramadhan tahun ni menjadi titik permulaan untuk kita menjadi hamba Allah yang lebih cemerlang gemilang dan terbilang....heheheh...




Ni lagu faveret aku bila Ramadhan....bulu roma aku mesti meremang bila dengar lagu ni....




Ok....tu je nak cakap...

Selamat Berpuasa....

Bye....




p/s: jangan lupa pergi tarawikh....hihihi







Thursday, 4 June 2015

Bayu Arjuna (Bahagian Sembilan)



Bahagian 9: Taruna.






“Daulat Tuanku….Daulat Tuanku…Daulat Tuanku.” kedengaran suara rakyat bergema di saat rombongan bala tentera Tira Kirana yang dipimpin sendiri oleh Tuanku Raja Sang Saka Buana berarak masuk semula ke Istana. Di kiri kanan jalan utama ke Istana di Kota Tira Kirana itu penuh dengan segenap lapisan masyarakat menyambut kepulangan angkatan tentera Tira Kirana dari perbatasan.
Putera Arjuna berlari-lari anak menuju ke pintu utama istana sebaik terdengar gendang nafiri dimainkan menandakan raja sudah pulang. Sungguh gembira rasa dihatinya. Lebih gembira lagi daripada ketika perkhabaran kemenangan mereka diumumkan sepekan lalu.
Putera Arjuna akhirnya sampai di pintu utama. Kelihatan pembesar-pembesar Negara sudah berhimpun untuk menyambut kepulangan Raja kesayangan mereka. Putera Arjuna lantas mengambil tempatnya di sebelah Tuanku Permaisuri Si Putih Melati. Permaisuri menoleh memandang putera tunggalnya itu sebelum tersenyum. Putera Arjuna membalas senyuman ibundanya itu.
Gajah yang membawa Raja Sang Saka Buana berhenti betul-betul dihadapan tangga utama Istana. Raja Sang Saka Buana turun dari Gajah Perang miliknya itu dan perlahan mendaki tangga istana tersebut.
“Daulat Tuanku….Daulat Tuanku…Daulat Tuanku.” para pembesar bersorak sambil Raja Sang Saka Buana naik ke beranda besar Istana. Tuanku Permaisuri, Putera Arjuna dan Dato’ Bendahara datang mendapatkan Raja Sang Saka Buana.
“ Selamat Pulang Tuanku.” ujar Dato’ Bendahara, Permaisuri dan Puter Arjuna serentak sambil diiringi tunduk hormat. Raja Sang Saka Buana tersenyum senang. Baginda melihat wajah Permaisuri dan Putera Arjuna lama.
“Beta sudah pulang.” ucap baginda sambil tersenyum senang. Raja Sang Saka Buana meneruskan perjalanannya sambil kini diiringi oleh Permaisuri dan Bendahara. Putera Arjuna yang sepatutnya juga turut perlu mengiringi Raja Sang Saka Buana masuk ke dalam bertindak terus turun ke laman Istana. Matanya melilau mencari kelibat yang amat dirinduinya. Tidak jauh dari tempatnya berdiri, dia terlihat kelibat yang dirinduinya itu. Dia berlari sekuat hati sebelum menerkam tubuh sasa yang masih berpakain perang itu dari belakang.
“ Tengku…” ujar lelaki itu.
“ Taruna….” ujar Putera Arjuna manja. Putera Arjuna melepaskan pelukannya. Lelaki itu lantas berpaling dan sekali lagi merangkul tubuh kecil anak muda berusia 24 tahun itu.
“Tengku rindukan patik?” soal Taruna mengusik. Putera Arjuna hanya tersenyum manis. Hati muda Taruna terusik lagi dengan senyuman anak raja ini. Gembira benar Putera Arjuna dapat melihat wajah kekasihnya itu. Hampir empat purnama Taruna mengikut bala tentera Tira Kirana ke perbatasan untuk mengekang kemaraan tentera kerajaan Ru Rendang yang semakin berani masuk ke wilayah Tira Kirana.
“Taruna…ayuh..kekamar beta.” ujar Putera Arjuna sambil menarik tangan lascar muda yang baru berusia 26 tahun itu.
“Tengku….nanti dulu.” halang Taruna. Putera Arjuna berpaling.
“kenapa?” soal Putera Arjuna.
“Tengku….izinkan patik pulang ke rumah dahulu. Patik juga amat rindu dengan kedua orang tua patik.” ujar Taruna. Putera Arjuna mencerut wajahnya. Taruna tersenyum.
“Patik berjanji, nanti malam patik akan ke kamar Tengku.” ujar Taruna memujuk. Putera Arjuna masih mencebik. Perlahan Taruna menarik dagu Putera Arjuna dengan jarinya.
“Tengku, patik berjanji, patik akan menemani tengku sehingga esok pagi.” ucap Taruna lagi. Putera Arjuna mula tersenyum.
“Janji?” soal Putera Arjuna.
“ya…patik berjanji.” ujar Taruna sambil mengangkat tangannya bersumpah. Senyuman manis diwajah Putera Arjuna terukir lagi. Sekali lagi hati muda Taruna terusik.

“Taruna, ceritakan padaku, bagaimana keadaan di medan sepanjang empat purnama yang lalu?” soal Putera Arjuna teruja. Taruna yang bersandar di epala atiiil besar milik Putera Arjuna hanya tersenyum.
“Tiada yang menarik Tengku. Biasalah, medan perang, pembunuhan, kematian….tiada yang menarik untuk diungkapkan.” balas Taruna.
“bukan itu yang beta maksudkan.” keluh Putera Arjuna.
“Sudahlah….lebih baik rasanya Tengku yang menceritakan pengalaman Tengku mentadbir Tira Kirana ini sepanjang ketiadaan Tuanku.” ujar Taruna sambil menarik tubuh Putera Arjuna rapat ke arahnya.
“Juga…tiada yang menarik, hanya masalah-masalah biasa, soal lading,, soal baja, soal cukai, soal penipuan dalam jual beli….bosan..” ujar Putera Arjuna mengeluh. Semua itu adalah masalah-masalah biasa yang juga pernah ditanganinya sebelum dia di lantik sebagai pemangku Raja.
“Kenapalah agaknya ayahanda tak mahu membawa  beta ke medan….teringin rasanya beta berjuang bersama-sama kau dan seluruh angkatan tentera kita.” ujar Putera Arjuna lagi yang kini sudahpun bersandar di dada bidang milik Taruna. Taruna tergelak kecil dengan angan-angan Putera Arjuna itu.
“Kenapa kau ketawa?” soal Putera Arjuna.
“Maafkan patik, cuma…apa Tengku sudah cukup kuat untuk ke medan?”
“ehhh…kau jangan memandang rendah beta. Kau lihat ni..” ujar Putera Arjuna sambil menunjukan lengannya yang berotot kemas. Tidak besar, namun masih jelas kelihatan otot-otot kelelakian yang mula menghiasi tubuhnya.
“ya..ya…Tengku sudah cukup kuat.” ujar Taruna mengiyakan. Putera Arjuna tersenyum menang.
“Tapi….Tengku masih belum cukup kuat untuk yang ini kan.” ujar Taruna sambil meletakan tangan mulus milik Putera Arjuna pada zakarnya yang separuh tegang. Putera Arjuna sedikit kaget. Dia berpaling memandang wajah Taruna yang menyeringai nakal. Putera Arjuna tersenyum sebelum meramas lembut zakar idaman yang menjadi kerinduannya itu. wajah mereka makin mendekat sebelum bibir bertemu bibir. Malam itu mereka berdua melepaskan segala rerinduan yang terpendam sejak empat purnama yang lalu.

Taruna mengerutkan dahi apabila melihat sekumpulan pengawal Istana berlari menuju ke arah balairong seri. Hatinya jadi risau. Dia kemudiannya memanggil salah seorang dari pengawal itu.
“Apa yang berlaku?” soal Taruna.
“Tuan…ada pencerobohan di Balairong Seri.”
“Pencerobohan??...Tuanku dimana?” soal Taruna tegas.
“Tuanku di dalam Balairong Seri, sedang bermesyuarat dengan para pembesar.” ujar Pengawal itu lagi.
“Ini bahaya…sudah dikhabarkan pada ppara hulubalang?”
“Sudah Tuan…mereka sedang dalam perjalanan ke sana.”
“baguslah…lekas…kuta kesana.” ujar Taruna sebelum dia bersama-sama dengan pengawal tadi bergegas ke Balairong Seri.

Sesampai Taruna disitu kelihatan para hulubalang dan beberapa pendekar sepertinya sedang mengepung balairong seri. Dia langsung mendapatkan Demang, salah seorang pendekar yang turt bersamanya ke perbatasan purnama yang lalu.
“Apa yang berlakku Demang?” soal Taruna.
“Ada penceroboh di dalam….seorang wanita.” ujar Demang sambil menunjukan seorang wanita yang sedang berdiiri tegak dihadapan Raja Sang Saka Buana yang sedang duduk di singgahsannya.
“Apa lagi yang kalian tunggu, kkenapa tak masuk?” soal Taruna. Belum pun sempat Demang berkata apa-apa Taruna lantas berjalan masuk untukk menangkap penceroboh itu.
“Nanti…Taruna..!!!” belum pun sempat Demang mmeberi amaran, Taruna tibia-tiba tercampak kke belakang sebaik dia menjejak kaki masuk ke balairing seri. Seakan ada sesuatu daya kuasa yang menghalang sesiapapun masuk mahupun keluar dari ruangan itu.
“Apa itu?” soal Taruna sambil dia dibantu bangun oleh Demang.
“Aku tidak tahu….kemungkinan besar angkara sihir.” ujar Demang. Taruna membetulkan pakaiannya yang berkecamuk selepas tercampak tadi.
“Pawang diraja sudah dipanggil, dia dalam perjalanan ke sini.” ujar Demang lagi.

“Taruna!!” Taruna, Demang dan yang lain-lain berpaling ke arah datangnya suara itu. Kelihatan Putera Taruna datang menghampirinya.
“Ampun Tengku.” Taruna, Demang dan pendekar-pendekar lain menyembah hormat.
“Apa yang berlaku disini? bagaimana dengan Tuanku?” soal Putera Arjuna.
“Tengku, sepertinya ada penceroboh yang telah masuk ke dalam.” ujar Taruna. Putera Arjuna melangkah dekat ke pintu masuk. Baru sahaja dia ingin melangkah ke dalam, tangannya ditarik oleh Taruna.
“Jangan Tengku.” ujar Taruna.
“Tak mungkin aku hanya membiarkan ini terjadi. Tuanku masih di dalam.” ujar Putera Taruna.
“Ya Tengku, patik faham, ruangan ini telah disihir, tiada siapa yang boleh masuk atau keluar.”
“Benarkah begitu?” soal Putera Arjuna.
“Benar Tengku.”
“jadi apa yang harus kita lakukan?.” Soal Tengku Arjuna.

“Ampun Tengku, maafkan keterlewatan patik.” ujar Pawang Diraja yang baru tiba. Putera ARjuna memandang lelaki tua berusia hampir 80 tahun itu.
“Baguslah kau sudah tiba, lekas lakukan sesuatu.” arah Putera Arjuna.
“Ampun Tengku.” ujar Pawang Diraja itu lagi sebelum dia mengambil tempat betul-betul dihadapan pintu masuk kke Balairong Seri itu.
Pawang Diraja lantas mengambil segenggam beras dari tas yang dibawanya. Mantera mula dibaca. Usai membaca mantera, beras itu dicampak ke arah dinding sihir buatan penceroboh itu. Dinding yang tadinya lutsinar mula bercahaya terang sebelum berkecai bagai cermin dibaling batu.
“Sudah runtuh.” ujar Pawang diraja ringkas.
“Lekas masuk, kepung penceroboh itu!!” Teriak Putera Arjuna pada para pendekar dan hulubalang yang berkumpul di hadapan pintu itu tadi. Para hulubalang dan pendekar mula masuk dan mengelilingi penceroboh yang berjubah hitan dan juga berselubung hitam. Putera Arjuna lantas mendapatkan Raja Sang Saka Buana di singgahsana. Taruna mengekorinya.
“Ayahanda tak apa-apa?” soal Putera Arjuna.
“Beta tidak apa-apa.” ujar Raja Sang Saka Buana perlahan.
“Siapa dia ayahanda? apa yang dia mahukan? ” soal Putera Arjuna pada Raja Sang Saka Buana.
“Dia bukan orang biasa…wanita ini pengamal sihir. Kau harus berhati-hati Arjuna.” ujar Raja Sang Saka Buana. Putera Arjuna lantas memandang ke arah penceroboh itu.
“Siapa kau?! apa yang kau mahukan?!” soal Putera Arjuna Tegas. Penceroboh itu dengan perlahan menanggalkan selubungnya sebelum tersengih memandang Putera Arjuna. Putera Arjuna terkesima, tak disangka penceroboh ini merupakan seorang wanita yang sangat cantik.
“Putera Dewata Arjuna Sang Saka Buana.” wanita itu memanggil nama penuh Putera Arjuna sambil tersenyum.
“katakana apa yang kau mahu?” soal Putera Arjuna tegas.
“Apa mahuku?....aku mahukan kau….” ujar wanita itu tanpa berselindung.
“Apa maksudmu?” soal Putera Arjuna. Wanita itu tersenyum lagi. Langsung tak nampak walau sedikit riak takut diwajahnya selepas dikepung dengan para pendekar dan hulubalang disekelilingnya.
“Apa kata kau sampaikan hajatku itu pada puteramu Sang Saka Buana.” ujar wanita itu pada Raja Sang Saka Buana. Langsung tiada rasa hormat pada seorang Raja. Putera Arjuna berpaling pada yahandanya. Mata mereka saling bertemu. Raja Sang Saka Buana rasa seba salah.
“Katakan sahaja ayahanda.”
“Dia…dia ingin kamu…menjadi suaminya.”
“apa?!”

“Taruna…perlukah kau pergi?” soal Putera Arjuna lembut.
“Tengku….semboyan telah dibunyikan….patik perlu turut serta.”
“Tapi aku amat bimbang kalau-kalau terjadi sesuatu adamu.” ujar Putera Arjuna kerisauan. Arjuna datang dekat dengan Putera Arjuna sebelum membelai lembut wajah anak raja itu.
“Patik lakukan ini semata-mata untuk Tengku, tak mungkin patik mahu melihat orang yang patik sayang berkahwin dengan wanita sihir itu.” ujar Taruna memujuk. Putera Arjuna tersenyum kelat. Dia mengerti, namun berat untuk dilepaskan.
“Patik pergi dulu.” ucap Taruna sebelum mencium lembut dahi Putera Arjuna. Sempat Taruna memberikan tunduk hormat sebelum meninggalkan kamar kekasihnya itu. Putera Arjuna hanya menghantar Taruna dengan ekor mata.
Semboyan telah dibunyikan. Sekali lagi bala hulu baling dan pendekar Tira Kirana digerakkan. Kalau empat purnama dahulu mereka ke selatan menentang seteru tradisi Ru Rendang, kini mereka menghala ke utara, menuju ke Gunung Silantra. Gunung yang menjadi pusat bermaharalelanya seorang ahli sihir wanita yang telah menghuru-harakan Istana Tira Kirana beberapa pekan yang lalu, Malika, Malika Sang Ratu Sihir.
Raja Sang Saka Buana tidak mahu memperkenankan permintaan Wanita itu, maka kerna itu para hulubalang ini dihantar ke Gunung Silantra. Wanita Sihir itu perlu dihapuskan. Kekuasaannya perlu ditamatkan.

Pasukan tentera Tira Kirana berarak masuk ke dalam kawasan hutan tebal yang suram. Taruna mengetuai angkatan ke-7 yang anggotai oleh hampir 30 orang parajurit. Para parajurit mula merasakan kelainan apabila mereka masuk makin jauh ke dalam hutan yang kelam itu. Angin mula bertiup agak kencang menjadikan suasana lebih menyeramkan. Taruna melihat parajurit dalam angkatannya mula resah.
“Jangan takut, kita tidak akan apa-apa, kita merupakan tentera terkuat di rantau ini. Malika akan kita tumpaskan.” ucap Taruna cuba memberikan semangat.
“Tapi Tuan, Malika itu…..Malika itu pengamal sihir.” ujar salah seorang parajurit yang dibarisan hadapan.
“Tapi dia tetap seorang manusia.” balas Taruna pula. Taruna kembali memandang ke hadapan dan meneruskan perjalanannnya. Beberapa angkatan lain sudah jauh dihadapan. Taruna memandang ke sebelah kananya, kelihatan angkatan ke-5 pimpinan Demang bergerak dengan kelajuan yang sama dengan angkatannya.
Tiba-tiba langit bertukar gelap, angina yang tadi bertiup perlahan menjadi kencang, guruh berdemtum dan kilat sabung menyabung. Keaddan bertukar huru-hara hanya dalam sekelip mata. Para parajurit Tira Kirana mula jadi tidak keruan.
“Tuan…apa yang berlaku?” soal salah seorang parajurit pada Taruna.
“Aku tidak tahu….” balas Taruna yang turut mula gelabah.
Selang seketika terdengar bunyi seorang wanita mengilai kuat. Bunyinya cukup kuat, namun tidak dapat dipastikan dari mana datangnya suara itu.
“Berani kau semua mencabar Malika!!!” ujar suara wanita itu.
“Dimana kau?” teriak Panglima Berantai yang mengepalai misi ke Gunung Silantra ini.
“HAHAHAHHA…”Malika tertawa lagi.
“Aku berada dimana-mana. Ini wilayahku, kalian menceroboh wilayahku!!”
“Aku diperintahkan oleh Tuanku Raja Sang Saka Buana untuk mengapuskan kau. Tunjukan diri kau….kerahkan semua orang-orang kau…akan ku hapuskan kau semua atas nama Yang Maha Mulia Tuanku Raja Sang Saka Buana!!!” teriak Panglima Berantai Tegas. Kata-kata Panglima berantai itu disahut dengan hilaian tawa dari Malika.
“ HAHAHAHAHAH….kalian mahu hapuskan aku?!” soal Malika menyindir diringi dengan hilainnya yang begitu menyakitkan hati.
“Ternyata kau, orang-orang kau dan Raja kau belum betul-betul kenal dengan aku. Biar aku tunjukan pada kalian semua siapa Malika yang sebenarnya!!” ujar Malika. Tiba-tiba keadan jadi sunyi sepi. Suasana masih suram namun tiada lagi angina bertiup kencang, tiada lagi guruh berdentum dan tiada lagi kilat sabung menyabung. Para Parajurit Tira Kirana masing-masing terdiam. Masing-masing mula berwaspada. Memandang kiri dan kanan. Bersedia dengan sebarang kemungkinan.
“Semua bersedia!!!” Terika Panglima Berantai. Keadaan sekeliling jadi sunyi sepi. Tidak lama selepas teriakan Panglima Berantai itu, tiba-tiba para parajurit dikejutkan dengan satu lagi teriakn dari Panglima berantai.
“Arrkkkk…” namun teriakan kali ini kedengaran lain. Para parajurit dan pendekar berpaling melihat Panglima berantai. Masing-masing terkesima. Panglima berantai memuntahkan darah pekat sambil tangannya memegang kejap sebatang buluh runcing sepanjang hampir sedepa yang tertancap kejap pada dada kiri dan terus tembus ke belakang tubuhnya.
“Panglima!!” kedengaran suara-suara mula resah. Belum pun sempat mereka beriaksi pandangan mereka dialih pula pada bunyian nyaring dari udara. Kelihatan beratus-ratus buluh runcing yang tajam menghujani meraka.
“Lari!!!!!...selamatkan diri!!!” kedengaran suara berteriak. Taruna cemas. Para parajuritnya sudah mula melarikan diri. Taruna mengatur langkah berlari sambil mengelak buluh-buluh runcing itu.
‘adakah ini perbuatan Malika?’ soalnya sendiri. Kedengaran suara-suara teriakan para parajurit yang ditusuk buluh-buluh tajam itu. Mayat-mayat bergelimpangan. Keadaan yang amat sadis. Lebih buruk dari keadaan mereka ketika di medan perang. Taruna terus berlari cuba menyelamatkan diri. Entah nasib buruk apa menimpanya, dia tersadung akar kayu. Matanya memandang ke atas, kelihatan sebatang bulung runcing jatuh tepat kearahnya. Matanya membulat.

“Arghh…..” Gempita tersedar dari mimpi ngeri. Tubuhnya dibasahi peluh. Nafasnya laju. Gempita cuba mengingat kembali mimpinya tadi. Mimpi yang sering menjengah tidurnya setiap malam. Gempita menoleh memandang Menteri Merah yang masih nyenyak tidur disebelahnya sebelum dia kembali memandang ke hadapan. Fikirannya ligat memikirnya tentang mimpinya itu.
“Siapa Taruna?” soalnya sendiri….




Bersambung……





p/s:  Sorry lambat update...hamba dengan serendah hatinya memohom maaf di atas keterlewatan hamba.... Moleklah andai katanya tuan-tuan hamba semua memafkan hamba yang kerdil ini....

p/s: Sekali lagi aku nak tanya....ada tak sesiapa readers blog ni yang pandai lukis komik, tolong contact aku....aku nak mintak tolong lukiskan watak-watak dalam Bayu Arjuna ni....bukan nak suruh lukis komik Bayu Arjuna...just nak lukiskan watak-wataknya sahaja supaya lebih mudah readers nak berimaginasi...heheh... Once again...kalau ada yang pandai melukis tolong contact aku kat FB or G+....PLEASEEEEEEE........